|
Soalan Lazim
Mengapakah mentoring
itu penting?
mentoring adalah penting
untuk membantu seseorang itu dari segi motivasi dan juga strategi
yang betul melakukan sesuatu. pastinya anda tahu bahawa ahli-ahli
sukan utama termasuk Tiger Woods, Nicole Ann David, Michael Schumacher,
walaupun merupakan jaguh sukan dalam sukan masing-masing, masih
memerlukan seorang mentor atau jurulatih untuk memperbaiki mutu
permainan dan juga membina motivasi untuk mencapai keputusan yang
lebih baik.
Online mentoring ini terbahagi kepada 2 kaedah:
- Online Chat -
Anda akan berhubung secara terus dengan Irfan Khairi setiap minggu
selama 2 jam (2 sesi) untuk membantu anda dalam perniagan Internet
tidak kira tahap anda. Pada setiap sesi mentoring, Irfan akan
membantu anda memulakan perniagaan Internet atau membawa perniagaan
Internet anda ke tahap yang lebih tinggi. Namun ianya bergantung
pada matlamat utama anda dan idea anda. Pada penghujung setiap
sesi, Irfan akan memberi tugasan (task) kepada anda untuk anda
selesaikan dalam jangka masa 1 minggu. Bila bermulanya sesi yang
baru, Irfan Khairi akan berbincang dengan anda mengenai tugasan
yang telah diberikan. Setiap tugasan adalah untuk membantu anda
membina perniagaan Internet anda yang lebih baik. Sesi online
chat menggunakan Yahoo Mesengger.
Online chat setiap minggu bersama Irfan
Khairi dijadualkan pada hari Isnin dan Khamis antara jam 9.00
malam - 11.00 malam selama 1 bulan (2 sesi seminggu).
- Email - Adakalanya
anda perlu bertanyakan soalan melalui email. Soalan anda juga
akan di jawab oleh Irfan Khairi untuk memastikan anda medapat
penyelesaian yang terbaik.
Apakah perbezaan antara
Online mentoring dan Workshop Jutawan Internet?
Workshop Jutawan Internet
adalah kursus perniagaan Internet satu hari di mana peserta akan
didedahakn cara memulakan perniagaan Internet dan strategi-strategi
perniagaan Internet yang terbukti untuk menjadikan sesuatu perniagaan
Internet itu berjaya.
Online mentoring pula
adalah lebih kepada bimbingan dan bantuan peserta untuk mencapai
sesuatu matlamat yang spesifik dalam perniagaan Internet. Ianya
lebih kepada perbincangan, memberi nasihat, strategi, dan juga bertukar
fikiran supaya proses memulakan perniagaan Internet anda adalah
lebih lancar dan menggunakan strategi yang berkesan. Online mentoring
akan memantau peserta 2 kali setiap minggu dalam jangkamasa 1 bulan
dan memberi nasihat atas setiap matlamat kecil yang telah di tetapkan
untuk mencapai satu matlamat yang besar pada penghujung sesi mentoring.
Adakah terdapat diskaun
untuk peserta Workshop Jutawan Internet?
Ya, diskaun diberikan
untuk bekas peserta Workshop Jutawan Internet. Harga bagi bekas
peserta Workshop adalah RM450 (diskaun
RM200).
Adakah
1 bulan cukup untuk memulakan perniagaan Internet?
Masa yang diberikan 1 bulan adalah cukup. Namun, ia juga bergantung
kepada keselesaan peserta. Sesetengah peserta dapat melakukan segalanya
cepat, manakala, terdapat juga yang ingin mengambil langkah yang
lebih relaks. Sekali lagi, ianya bergantung kepada keselesaan peserta.
Syarat dan peraturan:
- Selepas anda membuat
pembayaran, pihak RahsiaInternet.com akan memantau idea perniagaan
anda. Sekiranya idea perniagaan anda adalah bercanggah dengan
konsep perniagaan Internet yang kami lakukan (seperti skim piramid,
atau skim cepat kaya), pastinya Irfan Khairi tidak dapat menerima
anda sebagai apprentice. Walau apa sebab pun sekiranya anda tidak
diterima penyertaan, wang anda akan dikembalikan 100%.
- Kami berhak menolak
sebarang penyertaan dan wang akan dipulangkan 100%.
- Program ini berlangsung
selama 1 bulan, dan sesi online chat tidak boleh dibawa kehadapan.
Sekiranya anda tertinggal sesi online chat, sesi tersebut tidak
digantikan dengan sesi lain. Tetapi, anda masih lagi boleh menghubungi
Irfan Khairi melalui email.
- Yuran penyertaan tidak
akan dikembalikan sekiranya anda berhenti di tengah jalan (sebelum
tamat 1 bulan).
- Sesi
pertama PERCUMA.
Sekiranya Online mentoring ini bukan untuk anda, beritahu kami
sebelum masuk minggu ke-dua dan kami akan memulangkan yuran penyertaan
anda.
Sebarang pertanyaan,
sila email info@rahsiainternet.com atau hubungi 016-6966644
Berminat?
klik di sini untuk kembali ke laman utama dan daftar
HakCipta
terpelihara © 2009 RahsiaInternet.com & Irfan Khairi Sdn
Bhd. Segala yang terkandung di dalam laman web ini tidak boleh di
cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran
pemilik.
|