Monthly Archives: May 2006

Angan-angan positif

“A picture paints a thousand words”. Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang. Atau, 10 tahun dari sekarang.

Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.

Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!

Malu memulakan dan menjalankan perniagaan…

Sememangnya masyarakat Malaysia ramai yang malu-malu cat (kucing). Nak memulakan perniagaan pun malu. Jumpa pelanggan pun malu. Perasaan malu ada baiknya, tetapi adakalanya, akan menghentikan pencapaian kita. Saya sendiri pun pemalu juga orangnya 🙂

Tetapi, bila tiba bab perniagaan, saya fikirkan 3 perkara ini apabila timbul rasa malu…

1. Menjalankan perniagaan adalah perkara yang mulia dan amat digalakkan oleh agama. Berniaga BUKAN meminta sedekah, jadi buangkan sifat malu itu.

2. Kata pakar perniagaan barat, sifat “malu” adalah perkara yang paling BAIK yang boleh terjadi kepada pesaing anda. Lagi anda malu, lagi mudah pesaing anda mengaut pasaran perniagaan anda! Lebih mudah mereka menyaingi anda.

3. Sebab itu saya menjalankan perniagaan Internet… salah satu kebaikan perniagaan internet adalah tidak perlu berjumpa dengan pelanggan! 🙂 dan sekiranya anda ingin mempelajari perniagaan internet, anda boleh klik di sini.

Malu adalah sifat semula jadi yang ada pada setiap insan. Tanggungjawab kita adalah untuk memastikan sifat tersebut tidak menghentikan kita dalam meraih rezeki 9/10 yang dijanjikan dalam perniagaan. Bak kata orang… malu bertempat lah. Siapa malu, dialah yang rugi.

Perancangan, blueprint, plan… semuanya perlu

Kata pakar motivasi “Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”

Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading.

Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?

Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima.

Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditpu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri. Termasuk lah peluang buat duit di Internet yang menipu… 😉

Menetapkan harga

Menetapkan harga bagi produk anda adalah antara strategi terpenting dalam perniagaan. Terdapat 4 komponen dalam strategi pemasaran iaitu, Product, Place, Price dan Promotion.

Namun, seringkali HARGA (Price), tidak di ambil endah oleh peniga. Kebanyakan akan mengambil keputusan meletakkan harga yang rendah untuk bersaing.

Perlu diingat bahawa, meletakkan harga yang rendah sememangnya boleh menarik pelanggan. Tetapi, ia juga menarik pesaing anda untuk turut merendahkan harga dan terjadinya perang harga.

Akibat perang harga, keuntungan akan berkurang. Ini mengakibatkan dana untuk promosi juga berkurangan. Dana untuk promosi adalah amat penting dalam mengembangkan sesuatu perniagaan. Merendahkan harga produk atau perkhidmatan anda akan meyukarkan proses mengembangkan perniagaan anda di masa hadapan.

Daripada bersaing dengan mengurangkan harga, lebih efektif anda tambahkan nilai produk atau perkhidmatan anda… kemudian, duduk dan lihat perniagaan anda berkembang dengan pesat!

Dengan ilmu, semuanya boleh!

Manusia diberi anugerah akal fikiran yang merupakan anugerah yang paling istemewa sekali.

Bina satu senarai- apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan yang paling penting untuk andapunyai dalam mencapai matlamat anda?

Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa jua  yang anda perlu tahu dalam mencapai matlamat anda. Semua orang yang berjaya adalah orang yang berilmu dalam bidang mereka tersendiri 🙂

Pentingnya pemasaran perniagaan

Pemasaran perniagaan adalah amat penting dalam sesuatu perniagaan. Kata seorang pakar perniagaan:

“Marketing is too important to be left to the marketing people!”

Maksudnya, sekiranya anda memiliki perniagaan, usah 100% beri tanggungjawab pemasaran kepada bahagian pemasaran. Anda sebagai pemilik harus mengetuai pemasaran perniagaan anda sendiri oleh kerana pemasaran adalah amat penting dalam kejayaan perniagaan anda.

95% perniagaan kecil-kecilan gagal dalam tahun pertama oleh kerana kurangnya strategi pemasaran!

AWAS! Rintangan di hadapan anda

Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah semestinya akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan-rintangan tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu. Ingin menjadi jutawan? Maka, didepan anda akan ada SEJUTA rintangan! Betul… saya telah melaluinya 😉

Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut.

Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan-rintangan yang akan muncul.

Logo perniagaan anda

Ciptakan satu logo untuk perniagaan anda. Logo, walaupun kecil, memberi impak yang amat besar kepada sesuatu perniagaan. Kecil-kecil cili padi la katakan!

Logo akan memberi gambaran profesional kepada perniagaan anda kerana manusia lebih mudah mengingati gambar/imej daripada perkataan. Pelanggan anda akan mudah ingat logo/imej anda. Di situ la datangnya pepatah “A picture paints a thousand words”

Coca-Cola, Pepsi, 7-eleven, Shell, Petronas, Malboro, Dell, Windows, Intel-Inside, Tip Satu Minit… dapatkah anda gambarkan logo-logo tersebut? Sudah pasti!

Cuba fikir sejenak dan lihat disekeliling anda. Kesemua perniagaan, produk dan perkhidmatan yang berjaya pasti mempunyai LOGO tersendiri. Anda juga perlukannya untuk berjaya!

Tetapkan deadline matlamat anda

Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bila kah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun?

Kebanyakan orang tidak menetapkan deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri! oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja!

Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang sahaja! berikan satu tarikh deadline yang baru! Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat. 🙂

Cara paling efektif dalam pengiklanan

Apabila mengiklankan perniagaan anda, cara paling efektif adalah dengan cara memperbanyakkan medium-medium iklan. Bermaksud, jangan tumpukan kepada satu cara sahaja seperti mengedarkan leaflet sahaja. Gunakan kepelbagaian kaedah seperti leaflet, kad bisnes, poster, iklan surat khabar, iklan majalah dan kalau boleh Internet, radio dan tv juga!

Ianya lebih efektif mempelbagaikan cara iklan dalam jangkamasa 2-3 bulan berbanding dengan fokus kepada satu cara pengiklanan sahaja sepanjang tahun!