Monthly Archives: June 2006

Mengurus masa… yang mana hendak didulukan?

Dalam pengurusan masa, sekiranya anda mempunyai banyak tugasan yang perlu di lakukan dalam sehari, yang mana patut anda mulakan dulu?

Pakar pengurusan masa berpendapat bahawa anda patut mulakan tugasan yang paling BESAR dan paling SUSAH terlebih dahulu. Lakukannya di awal pagi sebelum melakukan tugasan-tugasan yang lebih kecil.

Hakikatnya, lebih ramai yang suka melakukan dan menyiapkan kerja-kerja kecil sehingga siap terlebih dahulu sebelum memulakan kerja yang besar.

Kebaikan memulakan kerja yang susah dahulu di awal pagi adalah, kebanyakan insan paling produktif di awal hari berbanding dengan lewat. Sekiranya kerja besar dilakukan pada lewat hari, produktif menurun dan masa yang diambil untuk menyiapkan kerja besar tersebut berganda-ganda!

Saya sendiri sering mengikuti petua ini dan mendapati produktiviti bertambah. Anda patut mencubanya! 🙂

Rahsia aliran pendapatan berganda

Multiple streams of income! Anda cuma perlu memerhati ahli-ahli perniagaan yang berjaya dan anda dapat lihat bahawa aliran pendapatan berganda adalah rahsianya!

Teringat ketika bersembang dengan Chef Wan dan beliau menceritakan bahawa beliau mendapat multiple streams of income dari royalti, buku resepi, perniagaan, endorsement, mengacara dan juga duta chef ke luar negara.

Siti Nurhaliza juga mempunyai beberapa aliran pendapatan, selain royalti jualan album, juga beliau mempunyai beberapa perniagaan yang lain termasuk Siti Nurhaliza production, collection dan yang terbaru, publishing. Saya pasti beliau juga turut melabur!

Pendapatan saya juga bukan 100% dari Internet. Kini, selain dari perniagaan Internet, dari royalti buku, jemputan ceramah, perniagaan bukan internet, perlesenan/licensing (macam franchising), pelaburan dan beberapa aliran lain.

Aliran pendapatan berganda adalah konsep yang penting untuk melipatkali gandakan pendapatan anda. Fikirkan bagaimana anda boleh mengaplikasikan konsep ini kepada diri anda. Bagaimana anda boleh dapatkan sekurang-kurangnya 4 aliran pendapatan dalam masa satu tahun dari sekarang?

Erti kejayaan?

Malam tadi Usik-Usik Chef Wan di TV9 disiarkan temubual Chef Wan bersama saya, Siti Nurhaliza & Cik Azlina (pengasas D’Nevachee) bertajuk “Anak Melayu Jutawan”.

Salah satu soalan yang menarik minat saya dari Chef Wan kepada kami adalah:

“Apakah erti kejayaan?”

Untuk berjaya dalam kehidupan, kewangan dan perniagaan, anda perlu tahu erti kejayaan. Bagi anda, apakah erti kejayaan?

Mari kita berkongsi tip!

ps: Siapa tahu jawapan saya kepada soalan itu?

Kenapa anda tidak beli dari saya?

Hari tu saya ada menulis tip soalan terbaik yang anda boleh tanya pelanggan-pelanggan anda. Hari ni pula, tip saya adalah soalan terbaik anda boleh tanya kepada mereka yang tidak beli dari anda.

Tanyakan kepada mereka yang tidak beli dari anda, apakah punca keputusan mereka tidak membeli? Semestinya ada sebab mengapa mereka tidak membeli dari anda. Ketahui sebab tersebut! Sekiranya sebabnya adalah berpihak kepada anda, cuba perbaiki isu tersebut untuk masa-masa yang akan datang.

Mungkin mereka tidak membeli kerana tidak suka warna produk anda. Maka, cari alternatif untuk mempelbagaikan warna produk anda. Mungkin mereka tidak membeli kerana produk anda mahal. Maka, cari alternatif untuk menurunkan harga produk anda. Mungkin mereka tidak membeli kerana perkhidmatan yang anda sediakan tidak secepat yang mereka harapkan. Maka, cari alternatif untuk mempercepatkan perkhidmatan anda.

Sekiranya anda dapat menangani isu-isu “rejection” mengapa mereka tidak membeli dan memberi alternatif lain, anda akan mendapati semakin kurang akan reject produk atau perkhidmatan yang anda sediakan. Berikan alternatif!

Kena kritik… apa nak buat? Kena sindir… apa nak buat?

Sebelum ini banayk tip-tip saya menyentuh faktor dalaman diri untuk berjaya- seperti takut kegagalan… tiada keyakinan diri… dan sebagainya.

Tetapi ada juga faktor luaran yang boleh mengakibatkan kita tidak mencapai kejayaan. Iaitu, kritikan orang lain terhadap usaha kita serta sindiran orang lain terhadap usaha kita. Kadangkala kritikan dan sindiran itu datangnya dari orang-orang yang rapat dengan kita seperti kenalan, atau ahli keluarga sendiri.

Kritikan dan sindiran pada asasnya datang dari zon selesa juga. Ingat tak tips saya mengenai zon selesa diri kita sendiri yang mengakibatkan malas?

Well, kritikan dan sindiran orang sekeliling juga adalah akibat zon selesa. Tetapi, zon selesa bagi pihak mereka pula. Mereka seakan “tidak selesa” oleh kerana kita berusaha untuk berjaya lebih dari mereka. Sindiran dan kritikan yang bersifat negatif adalah semata-mata untuk menarikkan kita kembali kepada “zon selesa” mereka iaitu tidak berusaha untuk mencapai kejayaan.

Apa yang anda boleh buat? Anda telah cuba berfikiran positif, tetapi sindiran dan kritikan terasa amat hebat sekali!

Tip saya adalah, maafkan mereka yang mengkritik dan menyindir anda. Sekiranya anda memaafkan mereka, anda akan merasa satu bebanan atau dendam hilang dari diri anda. Maafkan mereka oleh kerana mereka tidak nampak usaha anda adalah untuk memperbaiki diri anda sendiri pada masa yang akan datang. Selepas memaafkan mereka, go ahead dan teruskan usaha anda untuk mencapai kejayaan!

Kan saya kata, untuk berjaya bukanya senang 🙂

 

Jujur bila berniaga… keuntungan jangka panjang!

Beberapa hari lepas, saya mencari keropok lekor untuk anak. Mereka suka yang rangup (crispy). Terjumpa satu gerai brother ni menjual keropok lekor. So, saya tanya brother tu:

“Rangup tak keropok ni?”. Jawabnya: “Memang rangup… baru saja goreng!”

So, saya pun beli. Dalam kereta, bila cuba keropok lekor tu, punya lah liat… sejuk pula tu (kalau baru goreng, mesti panas sikit kan?). Jadi itulah kisahnya peniaga yang tidak jujur. 🙂

Walaupun RM2.00 sahaja keropok lekor tu, tetapi, akibat tidak jujur, peniaga tersebut hilang seorang pelanggan seumur hidup.

Dalam perniagaan, anda perlu melihat keuntungan di jangka waktu panjang, dan bukannya jangka waktu pendek. Sekiranya melihat keuntungan waktu pendek, disitulah terjadinya kes-kes sebegini dimana peniaga tidak jujur untuk mengaut keuntungan yang cepat dan tidak memikirkan keuntungan jangka panjang.

Bayangkan hilang seorang pelanggan mungkin membeli keropok lekor RM2.00 seminggu. Sebulan sudah RM8.00. Setahun sudah RM96.00 hasil jualan tidak dapat. Sekiranya 30 pelanggan terkena nasib yang sama, sudah kerugian RM2,880!

Mungkin anda juga pernah terkena sebegini dan serik dengan peniaga yang tidak jujur. Kongsikan pengalaman untuk teladan bersama 🙂

Tempat terhangat untuk melabur RM1,000, RM5,000 atau RM10,000!

Sekiranya anda mempunyai wang sebanyak RM1,000, RM5,000 atau RM10,000, di manakah tempat terbaik dan terhangat di pasaran untuk anda laburkan wang anda untuk mendapat pulangan yang maksimum?

Jawapannya adalah, laburkan pada diri anda sendiri! Gunakan wang itu untuk meningkatkan ilmu anda dalam mencari pendapatan yang lebih!

Sememangnya jumlah RM1,000, RM5,000 atau RM10,000 boleh dilaburkan di institusi kewangan untuk pulangan mungkin 10%… atau 12%? Tetapi, sekiranya anda melaburkan untuk meningkatkan ilmu anda dalam bidang perniagaan (contohnya), ia dapat melipat kali gandakan pendapatan anda sehingga 100%…200% dan selalunya lebih dari itu sekiranya anda melabur secukupnya dalam ilmu.

Izinkan saya beritahu satu rahsia kepada anda (Rahsia orang kaya!). Bagi yang melabur jumlah seperti di atas, sehingga berpuluh-puluh ribu di institusi kewangan, pulangan mungkin dalam 10%-12%. Tetapi, bagi mereka yang mempunyai dana yang lebih besar (beratus ribu), terdapat lebih banyak peluang pelaburan yang disediakan badan kewangan yang memberi pulangan sehingga 30% dan lebih. Peluang pelaburan ini tidak dibuka kepada umum walaupun melalui bank tempatan- ia diberi kepada mereka yang berpendapatan tinggi sahaja. Sebab itulah orang-orang yang kaya, menjadi LEBIH kaya kerana dana yang banyak memberi peluang pulangan pelaburan yang lebih tinggi.

Oleh itu, tempat pertama untuk anda melaburkan wang anda adalah kepada ilmu anda sendiri untuk melipat kali gandakan ilmu anda dan ia juga akan melipatkali gandakan pendaptan anda!

Laburkan wang anda pada ilmu dengan membaca buku perniagaan, buku motivasi, menghadiri kursus (seperti Workshop Jutawan Internet! :)), kaset motivasi dan sebagainya yang dapat meningkatkan keupayaan anda menjana pendapatan yang lebih. Jangan kedekut dalam melabur pada ilmu oleh kerana pulangan yang anda akan dapat adalah berkali-kali gandanya!

Business plan perniagaan kecil

Soalan: Untuk perniagaan kecil-kecilan, apakah tips-tips untk menyediakan business plan yang lengkap dan teratur?

Jawapan: Tidak perlu sediakan business plan yang lengkap dan teratur!

Perniagaan kecil mempunyai advantage jika dibandingkan dengan perniagaan yang besar oleh kerana fleksibiliti dan kepantasan dalam membuat keputusan. Saya masih menganggap syarikat saya Irfan Khairi Sdn Bhd sebagai perniagaan kecil-kecilan oleh kerana saya inginkan advantage perniagaan kecil.

Agak-agaknya, bagaimana rupa business plan syarikat Irfan Khairi Sdn. Bhd?

Ini dianya…

Ya. Itulah business plan saya. Dan hasilnya adalah CD ROM Langkah 1-2-3, dua minggu selepas saya menconteng 2 mukasurat di note book saya. Tiada business plan formal! Klik di sini untuk melihat hasilnya (dua minggu kemudian).

Hasil jualannya- melebihi RM10,000 sebulan. (CD sahaja). Bayangkan, idea yang simple, di implemen dengan betul dan pantas, menghasilkan pendapatan tambahan melebihi RM10,000 sebulan.

Apa yang penting adalah fleksibiliti dan kepantasan anda mengimplemetasi idea dan rancangan anda. Tidak perlu menyiapkan business plan yang 100% teratur menggunakan Microsoft Word.

Jangan lupa, enjin rocket yang pertama dicipta adalah hasil contengan di atas napkin makanan sahaja. Implementasi adalah lebih penting dari business plan yang teratur.

ps: Perancangan yang teliti mesti ada… cuma jangan terlalu mengambil masa dengan business plan sehingga anda hilang momentum dan motivasi untuk implemenkan idea anda… itulah kuncinya!

500+ Idea Perniagaan! WOW…

First of all, a very good work pada yang participate soalan semalam. Tak sangka, sampai  30 join sama. Pada asalnya target 10 sahaja!

Very impressive! Memang ternyata… pembaca-pembaca Tip Satu Minit semuanya power-power. Ada “aura” la katakan 🙂

Next, salah satu tujuan saya tanyakan soalan itu adalah untuk participants dari pembaca-pembaca. Kan ramai pembaca yang boleh bagi response. Selalu senyap sahaja. Kali ini ramai nama-nama baru muncul. Diam-diam ubi berisi la orang kata :). So, selamat datang dan harap2 dapat la sama2 beri response nanti untuk membantu satu sama yang lain bagi tip2 yang akan datang.

Ok, mari kita lihat semula soalan semalam.

“Berikan 20 idea perniagaan yang anda boleh mulakan dalam jangkamasa 1 tahun ini?”

Sedar tak ini adalah soalan goal setting (menetapkan matlamat). Ia mengandungi “Apa yang anda ingin lakukan” iaitu, memulakan perniagaan. Dan ia juga mengandungi “deadline”, jangkamasa 1 tahun.

Jadi, sesiapa yang kata mereka tak pernah buat goal setting, kesemua 29 yang menulis di sini sudah pun melakukan goal setting! Tahniah!

Kenapa soalan menyebut 20 idea perniagaan?

Kerana pakar psikologi katakan bahawa sekiranya anda senaraikan 20 jawapan, ia TIDAK MUDAH. Setakat bagi 4-5 jawapan, agak mudah… sekiranya beri 10-13 soalan,  susah sikit… tapi untuk menyenaraikan 20 jawapan- perlu memerah otak! betul tak?

You all should be proud of yourself sebab bukannya mudah untuk list 20 idea perniagaan yang berkaitan dengan anda. Kebanyakan nak dapat 2-3 idea perniagaan pun sukar- masih tertanya-tanya soalan “nak mulakan business apa?”. Anda mempunyai 20 idea perniagaan yang sedang menunggu usaha sedikit sahaja untuk mereliasasi.

Sekarang, ada yang tertanya-tanya… apakah ganjarannya yang saya katakan semalam bagi yang listkan 20 idea perniagaan?

Sebenarnya, ganjarannya hanya dirasai oleh 29 ahli yang turut serta menyumbangkan idea mereka. Yang membaca sahaja dan tidak participate tidak dapat merasakannya.

Apabila saya menjalankan latihan ini pada diri saya setiap tahun, apa yang saya dapat adalah:

  • Idea menjadi semakin berkembang. Apabila menulis 4-5 idea… nanti, 4-5 idea yang baru datang ke fikiran. Dan makin lama, makin bertambah baik idea tersebut. Setiap idea improve the one before. Ada juga idea yang boleh digabungkan menjadi satu peluang perniagaan yang unik!
  • Idea menjadi semakin jelas difikiran. Dapat mengambarkan diri menjalankan perniagaan tersebut dan mereliasasikan idea perniagaan tersebut. Gambaran adalah penting dalam usaha mencapai matlamat.
  • Memberi motivasi kepada diri saya sendiri bahawa terdapat berbagai-bagai idea perniagaan yang boleh dijanakan dengan hanya berfikir.
  • Selepas menulis idea-idea, ianya masuk ke dalam fikiran kita (subconcious mind). Sehari suntuk, dan beberapa hari kemudian, beberapa bulan kemudian, kita akan dapat lihat dengan lebih jelas peluang-peluang bagaimana idea perniagaan kita boleh menjadi nyata. Peluang2 perniagaan yang anda tuliskan akan datang kepada anda secara automatik- anda hanya perlu merebutnya sahaja! Tak percaya, just tunggu & lihat…

Bagi anda yang berkongsikan idea perniagaan semalam, apa kata anda kongsikan pengalaman anda… apa yang anda dapat ketika memerah otak semalam? Ganjarannya adalah berlipat-lipat kali ganda walaupun tidak dilihat dari mata kasar. Betul tak? Klik pada “Comments” dan kongsikan bersama!

Menetapkan deadline adalah amat penting. Saya amat yakin (teramat yakin!) bahawa sekurang-kurangnya salah satu dari 20 idea yang anda tulis akan menjadi nyata- walaupun anda meletakkan usaha yang minima. That’s the power of goal setting.

Finally, pengajarannya adalah (Tip Satu Minit hari ini)…

Pendapatan BERJUTA hanya memerlukan SATU idea sahaja. Anda telah berikan 20 idea. Secara berkumpulan, telah memberi lebih dari 500 idea. Nampakkah anda betapa besarnya peluang yang ada untuk menambahkan pendapatan anda?

Sejak 7 tahun yang lepas, salah SATU dari idea saya telah memberi ganjaran melebihi RM1 juta. Sekarang, tiba masa anda pula untuk mendapatkan ganjaran anda!

Bak kata worldcup… impossible is NOTHING!

ps: esok saya akan tunjukkan cara menyediakan business plan untuk mereliasasikan idea anda. 🙂 

Latihan yang mungkin akan mengubah hidup anda!

Ok, hari ini, tip saya akan berlarutan sehingga 2 hari… Sambungannya esok.

Kali ini saya ingin memberi anda latihan yang mungkin akan mengubah hidup anda. Jawab soalan ini:

“Berikan 20 idea perniagaan yang anda boleh mulakan dalam jangkamasa 1 tahun ini?”

Klik pada “Comments” di atas, dan tulis kan 20 idea perniagaan yang terbaik untuk anda.

Ingat- perlu cukup 20… Kalau tak cukup, jangan tulis. 🙂 Ada ganjaran bagi mereka yang tulis 20 idea perniagaan yang berkaitan dengan diri mereka… pastikan idea tersebut logik untuk diaplikasikan oleh anda sendiri. Kalau kata “buka shopping complex” atau “buka panggung wayang TGV”  mungkin tidak logic melainkan anda kaya raya dan mempunyai modal yang secukupnya :).

Lagi berkait rapat jawapan anda dengan diri anda sendiri, lagi efektif latihan ini. Jadi, perlu fikir dan tak boleh main tulis sahaja…

Syaratnya: Perlu ada sekurang -kurangnya 20 ahli yang menjawab untuk saya sambungkan latihan ini. Selagi tiada 20 penyertaan, tiada sambungan esok… sehingga cukup 20 ahli.

(Pada asalnya ingin 10 penyertaan sahaja. Tetapi, kita upgrade kepada 20!)