Monthly Archives: June 2006

Takut kena reject!

Beberapa hari lepas saya ada menyebut tentang perasaan malu dalam memulakan perniagaan.

Antara faktor utama seseorang itu tidak memulakan perniagaan adalah: Takut kepada rejection!

Kita takut bahawa orang yang kita cuba menjual produk atau perkhidmatan kita, menolak produk atau perkhidmatan kita. Dalam hal ini, terdapat 2 pesanan:

1: Sekiranya anda takut rejection, maka, bidang perniagaan bukanlah untuk anda. Ini adalah kerana, secara purata, daripada 10 pelanggan yang anda cuba menjual, 8 akan reject product atau perkhdmatan anda! Fahami bahawa dalam menjual sesuatu, semestinya terdapat lebih ramai orang yang akan menolak produk dan perkhidmatan anda daripada menerimanya.

2: Sekiranya anda takut rejection, fahami bahawa penolakan produk dan perkhidmatan anda bukanlah sebab personal (bukan sebab prospect tersebut tidak suka anda!). Cuma, mereka menolak produk dan perkhidmatan anda kerana, mereka tidak memerlukannya, mereka tidak mahu, mereka tidak boleh gunakannya, mereka tidak mampu atau apa sahaja sebab.

Jadi, jangan takut rejection. Dalam perniagaan, rejection adalah kebiasaan.

Skill yang akan mengubahkan hidup anda – Public Speaking!

Beberapa tahun yang lalu, saya tidak percaya bahawa terdapatnya satu skill dimana sekiranya anda mahir menggunakannya, ia akan mengubahkan hidup anda. Namun, skill ini adalah antara perkara yang paling ditakuti oleh orang ramai…

Public Speaking Skill!

Ya- sekiranya anda mahir pengucapan awam (public speaking), ianya akan mengubahkan hidup anda. Public speaking adalah antara skill yang dimiliki oleh orang-orang yang berjaya. Bill Gates, Donald Trump, Richard Branson, Warren Buffet… dan yang lain-lain mahir dengan public speaking.

Beberapa tahun lalu, saya amat takut dengan public speaking. Sehinggakan saya tidak percaya bahawa public speaking boleh membantu dalam kejayaan. Hingga tiba masanya saya memaksa diri memahirkan diri dengan public speaking, keyakinan saya berubah dan kejayaan pun berganda!

Sekiranya anda tanya sesiapa sahaja kenalan saya ketika di sekolah rendah, sekolah menengah, ITM hingga universiti, semua ketika itu tidak akan sangka bahawa public speaking kini menjadi sebahagain hidup saya. Sekiranya saya yang dulunya pendiam dan pemalu pun boleh lakukannya, saya yakin anda juga boleh.

Kini pun masih pendiam dan pemalu 🙂

ps: Public speaking bukan sahaja untuk berceramah, tetapi sebagai skill komunikasi bersama teman pejabat, pelanggan, majikan, di dalam meeting, negotiating, dan apa jua keadaan berkomunikasi dengan orang ramai yang kita kenal atau tidak dikenali.

Soalan kepada pelanggan anda

Soalan penting yang anda boleh tanya kepada pelanggan anda adalah:

“Mengapa anda membeli dari saya dan bukan pesaing saya?”

Tanya soalan ini kepada pelanggan-pelanggan anda dan anda akan mendapat jawapan yang dapat mengubah perniagaan anda!

Jawapan yang diberi oleh pelanggan anda adalah “alat” yang anda akan gunakan untuk mendapatkan bakal pelanggan yang akan datang.

Sebagai contoh, sekiranya kebanyakan pelanggan anda memberitahu anda bahawa mereka membeli dari anda kerana “kepantasan anda menyiapkan kerja mereka”, maka, dalam mendapatkan pelanggan yang akan datang, ketengahkan kekuatan anda ini iaitu “kepantasan menyiapkan kerja”

Kisah orang-orang yang berjaya

Salah satu teknik untuk mencapai kejayaan dengan pantas adalah dengan mengikuti langkah orang-orang yang berjaya.

Di dunia kini, terdapat orang-orang yang berjaya dalam semua bidang. Anda tidak perlu mencipta teknik atau kaedah baru untuk mencapai kejayaan- pelajarinya dari mereka yang telah berjaya.

Don’t reinvent the wheel. Lihat tokoh-tokoh yang berjaya dalam industri anda dan ikuti langkah-langkah mereka. Bukan tiru bulat-bulat kerana ia hanya akan menjatuhkan kredibiliti anda :), tetapi modelkan kejayaan yang telah dicapai dengan keadaan anda. Gunakan teknik-teknik dan kaedah yang sama.

Ingin mulakan perniagaan, tapi tiada idea…

Ini satu tip untuk mencari idea perniagaan dengan mudah, tetapi efektif…

Cari sesuatu masalah, kemudian berikan penyelesaiannya dalam bentuk perniagaan. Apa jua perniagaan yang berjaya adalah perniagaan yang menyelesaikan sesuatu masalah.

Lihat disekeliling anda dan perhatikan peluang perniagaan melalui masalah-masalah yang timbul. Satu cara adalah baca akhbar! Sebahagian besar berita di dalam akhbar adalah berteraskan masalah. Contoh masalah: Jerubu. Untuk menangani masalah ini, ada usahawan yang mengambil peluang menjual topeng muka. Contoh masalah: Kes kecurian motor yang tinggi. Untuk menangani masalah ini, jual ‘stoplock’ motor yang sukar untuk dipecah. Contoh masalah: Kes remaja dibuli di sekolah… adakah anda mempunyai idea untuk ini? Mungkin menulis sebuah buku mengenai “Masalah Remaja Yang Terganggu dan Bagaimana Menanganinya”? Saya harap anda mempunyai idea sekarang bagai mana mencari idea perniagaan 🙂

Idea perniagaan ada di mana-mana. Setiap hari, mungkin anda sendiri menghadapi sesuatu masalah. Mungkin juga beribu-ribu orang lain menghadapi masalah yang sama. Apa kata anda ambil peluang perniagaan daripada masalah itu?

When there’s a problem, there’s an opportunity! Cakap omputeh sikit 🙂 Terasa macam David Beckham.

Susah ke nak jadi jutawan??

SUSAH! Memang susah…. Siapa kata senang? 🙂

Kalau senang, ramai sudah jutawan di dunia ini. Tetapi hakikatnya, hanya lebih kurang 5% penduduk sahaja yang hidup senang lenang dan betul-betul bebas kewangan.

TETAPI, ada satu perkara yang akan memudahkan anda untuk menjadi jutawan… (bukan menyertai skim cepat kaya Internet yang menjanjikan berjuta sekelip mata!).

Iaitu, lakukan apa yang anda suka. Lakukan apa yang anda enjoy. Sekiranya anda menjalankan perniagaan yang berkait rapat dengan minat anda, hobby anda, atau passion anda, maka, perjalanan menjadi jutawan menjadi lebih mudah.

Bagaimana pula sekiranya tiada minat atau hobby? Bolehkah kita mulakan sebarang perniagaan sahaja? Boleh… lakukan apa perniagaan sahaja, tetapi, dalam proses menjalankan perniagaan itu, bina minat keatas perniagaan tersebut. Belajar untuk meminatinya juga oleh kerana ia akan memudahkan anda untuk mencapai jutawan. Seperti orang kata: Tak kenal, maka tak cinta!

Kos satu pelanggan

Salah satu pengiraan kos yang paling penting tetapi sering diendahkan adalah…

“Berapakah kos untuk mendapat satu pelanggan?”

Ketahui berapa kos anda perlu untuk mendapatkan seorang pelanggan, sebagai contoh, sekiranya kempen iklan anda berharga RM500 dan anda berjaya mendapat 25 pelanggan, maka, kos untuk mendapatkan satu pelanggan adalah RM20.

Terdapat pelbagai kegunaan pengetahuan ini. Sebagai contoh, bandingkan kos untuk mendapatkan satu pelanggan bagi kempen iklan surat khabar, banner, radio, internet, flyer dsb…

Kemudian lihat media iklan mana yang memberi kos satu pelanggan paling rendah. Jawapan ini merupakan media iklan anda yang paling efektif!

Ubah hidup anda dengan lebih pantas

Ini adalah antara strategi utama saya mencapai jutawan pada usia muda… syukur alhamdlillah…

Satu kebolehan yang anda perlu amalkan untuk mencapai kejayaan dengan cepat adalah kebolehan mengimplementasikan apa yang anda belajar dengan cepat.

Amalkan kebolehan ini. Sekiranya anda pelajari sesuatu yang anda fikir boleh mengubahkan hidup anda, amalkannya secepat mungkin- jangan membuang masa atau tunggu waktu yang sesuai oleh kerana waktu tersebut tidak akan muncul!

Sekiranya anda pelajari sesuatu dari Tip Satu Minit ini, cepat-cepat amalkannya. Sebagai contoh, selepas membaca tip logo, sekiranya anda mempunyai perniagaan dan tidak mempunyai logo, cepat-cepat lakukan sesuatu untuk mendapatkan logo. Sekiranya anda membaca tip mengenai merancang hari esok anda, cepat-cepat lakukannya dan rancang hari esok anda.

Kebolehan mengimplementasikan apa yang anda belajar (tidak semestinya dari Tip Satu Minit) secepat mungkin akan mengubahkan hidup anda dengan lebih pantas! Jangan tunggu lama-lama… nanti lama-lama… (siapa boleh sambung?) 🙂

Perniagaan dan World Cup 2006

Baru-baru ini, empat buah kedai mamak berdekatan dengan rumah saya mendirikan projector screen besar. Kedai yang kebiasaan tutup pukul 12mlm pula, kini tutup selepas subuh.

Kenapa? sudah tentu, World Cup.

Satu pengajaran boleh diambil dengan senario ini, iaitu mengadaptasikan perniagaan anda dengan musim atau persekitaran. Usahawan yang bijak adalah mereka yang peka dengan persekitaran dan bijak mengambil peluang dengan persekitaran. Be flexible!

Musim perkahwinan? sekiranya anda seorang jurugambar, sediakan diskaun untuk pakej perkahwinan. Musim perayaan? sekiranya anda mempunyai kedai kek, sediakan pakej perayaan menarik penempahan kek!

Fikir secara kreatif dengan musim-musim yang akan datang dan aplikasikannya dengan perniagaan anda.

Fleksibiliti akan memberi personaliti kepada perniagaan anda!

Kejayaan dan World Cup 2006

World Cup pun bermula. Walaupun saya jarang menonton bola sepak (tak cukup masa), tetapi, World Cup, tak pernah miss. Sebabnya, hanya yang terbaik di dunia sahaja beraksi…

Anyway, tip hari ini ada berkaitan World Cup. Pernah dengar istilah “Success breeds success”?

Ia bermaksud, apabila anda berjaya, kejayaan yang akan datang adalah lebih mudah. Kejayaan yang pertama adalah paling sukar, tetapi, sekali anda mencapai kejayaan dan matlamat anda yang pertama, kejayaan yang akan datang adalah lebih mudah untuk dicapai.

Ini terjadi kepada setiap orang yang berjaya. Apabila berada di atas, ditambahkan dengan usaha, kejayaan yang seterusnya adalah lebih mudah.

Pelajaran yang boleh di ambil dari World Cup. Juara-juara World Cup kebanyakannya adalah negara yang pernah memenangi World Cup sebelumnya. Brazil, Italy, Argentina dan Germany…

“Success breeds success” akan terjadi kepada anda juga! Usahakan kejayaan pertama dahulu… kejayaan seterusnya akan menjadi semakin mudah!