July 2006


Bagaimana dengan minggu berfikir positif kita? Masuk hari ini, sudah hari ke-tiga. Bagi mereka yang terlepas pengenalan, sila lihat Tip Kejayaan hari Sabtu lepas.

Adakah susah untuk berfikir positif setiap masa?

Terdapat dua jawapan- bagi mereka yang sudah biasa dengan berfikir positif, cabaran 7 hari ini akan kelihatan mudah. Bagi mereka yang sering diganggu fikiran negatif, akan mendapati cabaran 7 hari ini agak susah (ada sahaja fikiran negatif memasuki fikiran kita).

Cara pemikiran manusia sama ada positif atau negatif adalah satu tabiat (habit). Sekiranya anda sering berfikir positif, anda akan mengamalkan tabiat berfikir positif kebanyakan masa. Sekiranya anda sering berfikir negatif, tanpa anda sedar fikiran ini akan menjadi tabiat anda dan amat sukar anda menghindarinya.

Berfikir negatif akan selalu mengakibatkan kesedihan, kemurungan, bad mood, cepat marah dan hilang daya fokus kearah kejayaan.

Teruskan berfikir positif dan sekiranya fikiran negatif memasuki fikiran anda dalam masa 7 hari ini, cepat-cepat ubahkannya menjadi positif. Ini akan melatihkan anda mengamalkan tabiat/habit berfikir positif.

Latihan hari ini dan esok- tunjukkan anda berfikir positif pada orang sekeliling anda. Tunjukkan anda optimistik dan berkeyakinan tinggi. Anda akan dapati mereka yang disekeliling anda pun akan menjadi positif, optimistik dan yakin.

Berita baiknya adalah, berfikir dan berkelakuan positif adalah berjangkit! Anda akan dapat melihat perubahan mereka disekeliling anda. Kalau tak percaya, cuba try!

Sering kali terjadi melalui pengalaman saya memberi talk perniagaan internet ataupun talk motivasi/pembangunan diri. Saya sampaikan “aura” :)  positif, optimistik dan keyakinan. Alhamdulillah, setelah selesai sesi, boleh dilihat peserta-peserta semakin positif, optimistik dan yakin dengan diri sendiri!

Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini? Kongsikan bersama pengalaman anda…

Pendapat Anda? [21] Comments

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Cabaran Minggu Berfikir Positif
  • Cabaran Minggu Berfikir Positif : Hari ke-7
  • Berfikiran negatif dan berfikiran positif- mana mudah?
  • Hari pertama: Memilih produk untuk dijual

  • Bila tiba masanya untuk merekacipta bahan-bahan promosi anda, mungkin poster, brochure, laman web, kad bisnes, atau apa sahaja yang memerlukan sentuhan kreatif- JANGAN lakukannya sendiri sekiranya anda bukan seorang yang kreatif!

    Shukur Alhamdulillah saya diberi anugerah kreatif dalam merekacipta- kebanyakan bahan promosi syarikat saya, saya sendiri yang mereka cipta.

    Tetapi, tidak semua orang mempunyai bakat kreatif dalam merekacipta. Namun, apabila mereka yang tidak mempunyai bakat cuba juga mereka cipta bahan promosi perniagaan mereka, ia hanya memberi sentuhan tidak profesional kepada keseluruhan imej perniagaan anda.

    Grafik berkait rapat dengan imej dan jenama keseluruhan sesuatu perniagaan. Sekirannya anda tidak kreatif, dapatkan bantuan mereka yang kreatif atau upah profesional untuk membantu anda! Ia akan memberi impak positif dan profesional kepada imej dan jenama keseluruhan perniagaan anda.

    Pembeli akan lebih mudah membeli dari peniaga yang menunjukkan imej profesional, walaupun perniagaan kecil-kecilan.

    Pendapat Anda? [9] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Hari #3: Membina Laman Web CaraPromosi.com
  • Cara nak maintain motivasi
  • Motivasi diri = Anjakan tiba-tiba!
  • Menaikkan semangat pada bila-bila masa sahaja

  • Kita tahu bahawa berfikir positif dalam apa sahaja adalah perkara yang akan membantu pencapaian kejayaan kita. Namun, seringkali fikiran negatif akan hadir dalam minda kita.

    Disini ada satu latihan yang pasti akan membantu anda dalam berfikir positif.

    Latihannya adalah, untuk 7 hari yang akan datang, paksa diri anda untuk berfikir dan bercakap mengenai perkara yang positif sahaja. Sekiranya perkara negatif terlintas, cepat-cepat ubahkannya menjadi positif. Comment di Tip Satu Minit juga perlu positif :)

    Sekiranya anda berjaya dengan latihan ini selama 7 hari berturut-turut, anda akan dapati perubahan yang positif dalam cara pemikiran anda!

    Bermula Cabaran Minggu Berfikir Positif! Siapa yang sanggup menyahut cabaran ini?

    Pendapat Anda? [32] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Cabaran Minggu Berfikir Positif : Hari ke-3
  • Cabaran Minggu Berfikir Positif : Hari ke-7
  • Berfikiran negatif dan berfikiran positif- mana mudah?
  • Apakah 5 kekuatan anda?

  • Tidak kira media apa yang anda gunakan, terdapat 3 kunci kepada iklan yang berjaya. Kunci-kuncinya adalah:

    • Cipta keseronokan
    • Beri berita
    • Menyeru ambil tindakan

    Sebagai contoh, lihat iklan ini:

    “Jutawan Internet Malaysia mendedahkan Cara Memulakan Perniagaan Internet yang Menguntungkan dari Rumah dalam Masa 7 Hari! Sertai Workshop Jutawan Internet hari ini”

    Ia mengandungi ketiga-tiga kunci iklan yang efektif di atas. “Jutawan Internet Malaysia”- memberi berita. “Cara Memulakan Perniagaan Internet yang Menguntungkan dari Rumah dalam Masa 7 Hari!”- mencipta keseronokan. “Sertai Workshop Jutawan Internet hari ini”- menyeru ambil tindakan.

    Itulah rahsia pengiklanan yang berkesan :)

    Sekiranya anda mendapati tip ini menarik, maka, di Workshop Jutawan Internet, anda akan dapat lebih banyak tip lagi untuk melipat kali gandakan perniagaan Internet dan bukan Internet anda! Klik di sini (satu lagi contoh iklan yang mengandungi 3 kunci tersebut!) :)

    Pendapat Anda? [22] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Kos satu pelanggan
  • Maksima pulangan melalui program affiliate
  • Iklan menjadi tidak efektif apabila…
  • Kuasa tiga untuk menarik pelanggan

  • Ada kata yang berbunyi, sekiranya anda tidak mangambil dadah, tetapi anda berkawan dengan mereka yang mengambil dadah, lambat laun anda juga turut akan mengambil dadah. Sekiranya anda tidak minum arak, tetapi anda sentiasa bersama mereka yang minum arak, lambat laun, anda juga akan minum arak (hendaknya anda dijauhkan dari dua contoh negatif ini!)

    Namun begitu, ianya adalah benar. Anda akan turut menjadi sama seperti bulatan kenalan anda! Berkenalan dengan usahawan-usahawan berjaya sentiasa dapatkan nasihat dari mereka yang berjaya di dalam industri anda. Cuba luangkan banyak masa anda bersama mereka yang bergelar jutawan.

    Lambat laun, anda juga akan mencapai seperti mereka! Itulah kekuatan sesuatu bulatan kenalan. Ia akan membentukkan anda menjadi seperti bulatan kenalan tersebut.

    Peribahasa mat salleh “If you want to soar with the eagles, you should not flock with the turkeys!” (Sekiranya anda ingin terbang gagah seperti sang helang, anda jangan menyertai kumpulan ayam belanda!)

    Pendapat Anda? [30] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • 85% kejayaan anda bergantung pada orang lain
  • Be a giver… Jadi seorang pemberi!
  • Kelilingi diri anda dengan mereka yang hebat…
  • Yang kaya menjadi semakin kaya… Bhg2

  • Idea yang hebat seringkali datang pada individu yang bebas dari tugas harian dan mempunyai masa untuk berfikir- tiada mesyuarat, panggilan telefon, berjumpa dengan pelanggan dan aktiviti-aktiviti perniagaan yang lain.

    Dari masa ke semasa, bebaskan waktu anda dari perniagaan untuk berfikir dan mencari idea-idea bagaimana anda boleh melipatkali gandakan keuntungan perniagaan anda.

    Ada seorang rakan saya tukang jahit pakaian batik setiap hari sibuk dengan menjahit dan tiada masa untuk memikirkan bagaimana beliau boleh mengembangkan perniagaannya. Sehingga satu hari beliau mengambil keputusan untuk bercuti dari kerja harian untuk berfikir tentang menjana idea baru sahaja.

    Keesokan harinya, beliau mendapat idea- daripada kain-kain batik yang berlebihan selepas di potong dari gulungan kain, beliau mendapat idea menggunakan kain berlebihan tersebut menjadi tali leher batik dan menjualnya!

    Jikalau anda mendapati diri anda terlalu sibuk dengan kerja harian dan kurang menjanakan idea perniagaan- take a break! Berhenti cuti untuk berfikir sahaja- ia akan mengubahkan hidup anda!

    Pendapat Anda? [28] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • ADA idea tetapi TIADA modal
  • Kongsi idea dan bebaskannya
  • Cara menjadi kreatif dan menjana idea
  • Buku idea perniagaan saya

  • Tetapkan matlamat anda untuk menjadi jutawan bukan kerana wang ringgit dan kemewahan semata. Tetapi, tetapkan matlamat anda untuk memperolehi ilmu dan pengalaman yang ditimba dalam perjalanan mencapai matlamat tersebut.

    Wang berjuta boleh habis dibelanjakan dalam sekelip mata. Tetapi ilmu dan pengalaman tidak akan hilang.

    Kata seorang pakar perniagaan dan jutawan, “Perniagaan bernilai berjuta yang anda bina boleh musnah dalam sekelip mata. Tetapi, dengan ilmu dan pengalaman yang anda ada, anda boleh melintas ke seberang jalan, dan membina empayar perniagaan baru yang boleh menjana berjuta ringgit lagi.”

    Betapa benar kata-kata itu. Itulah sebabnya anda mungkin pernah dengar jutawan-jutawan yang gagal dalam perniagaan oleh sebab yang tidak dapat dielakkan, kemudian, membina empayar perniagaan baru yang kemudiannya meraih berjuta-juta lagi! Ilmu dan pengalaman tidak hilang!

    Pendapat Anda? [23] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Menulis matlamat… menulis lagi!
  • Strategi Jutawan Internet Irfan Khairi
  • Matlamat yang realistik
  • Alang-alang jadi usahawan…

  • Selain daripada logo, dalam proses memberi jenama kepada perniagaan anda adalah- berikannya slogan!

    Slogan adalah kata-kata yang memberi gambaran menyeluruh kepada perniagaan anda dalam beberapa perkataan sahaja.

    Slogan yang terbaik adalah slogan yang memberi perbezaan perniagaan anda dan perniagaan pesaing-pesaing anda. Slogan juga perlu “straight to the point”  dan memberi impak kepada mereka yang membaca.

    Kini banyak slogan yang agak lemah oleh kerana peniaga tidak memikirkan kesan slogan kepada perniagaan. Berikut adalah contoh slogan-slogan yang kurang berkesan.

    “We are #1 in customer service”
    “Your one stop computer shop” 
    “Quality is our #1 priorty”
    “Your IT solutions”

    Slogan yang terbaik adalah yang unik, dan memberi impak supaya orang ramai ingin menggunakan produk dan perkhidmatan anda:

    “When it absolutely, definitely need to be there” – Fedex
    “The Original Jeans” – Levi’s
    “Pizza in 30 minutes or FREE” – Dominos Pizza
    “There’s Hertz, and not exactly” - Hertz

    Pendapat Anda? [30] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Apa itu perlesenan (licensing)?
  • Rahsia membina jenama
  • 3 events akan datang…
  • Apa itu perlesenan (licensing)? Bahagian II

  • Tidak kira tahap mana kepakaran anda, anda masih perlu menuntut ilmu. Dan cara termudah dan terpantas adalah dengan bertanya!

    Sehingga kini saya masih lagi menuntut ilmu dan menambahkan lagi ilmu dalam bidang perniagaan, Internet dan kejayaan dengan banyak bertanya. Bertanya memudahkan pembelajaran oleh kerana anda akan mendapat jawapan yang tepat dengan apa yang ingin anda cari.

    Entah kenapa, seringkali, bila seseorang itu ingin bertanya, beliau merasakan dirinya amat rendah. Akhirnya, beliau tidak bertanya dan simpan sendiri segala persoalanan.

    Apabila saya ingin memulakan Blog Tip-Satu-Minit ini, saya mempunyai masalah besar- saya tidak tahu banyak mengenai BLOG! (Pakar perniagaan Internet tak tahu blog?) Jadi, saya banyak bertanya. So, here’s a credit to my friend Sunny Tan of Tips.com.my. Ketika saya hendak memulakan blog, saya banyak bertanya kepadanya oleh kerana beliau lebih pakar dalam blog dan teknologinya berbanding saya.

    Apabila bertanya, kita akan mendapat ilmu. Dengan ilmu tersebut, kita boleh kembangkannya dan mengaplikasikannya dengan cara tersendiri. Daripada saya buta-blog, kini blog mendapat sambutan hebat. Semua daripada sikap bertanya.

    Jangan malu dalam bertanya, sekiranya malu bertanya, maka anda sendiri yang akan rugi!

    Ps: Sedikit mengenai blog ini- Blog ini ditubuhkan pada 3hb May 2006. Saya amat suka blog ini kerana ia adalah personal website saya dan berpeluang untuk menulis apa sahaja dan boleh berinteraksi dengan pembaca. Blog ini juga mempunyai “moderator” iaitu salah seorang krew Rahsia Internet. Tugasnya adalah untuk tapis comment-comment yang tidak berkenaan sebelum ianya keluar live!- TQ Man.

    Pendapat Anda? [29] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Bertanya tidak kira pada siapa
  • Hari pertama: Memilih produk untuk dijual
  • Jangan takut dengan WANG!
  • Komunikasi budak Mat Salleh vs budak Malaysia part II

  • Mengiklan melalui brochure dan pamplet sering di lihat sebagai tidak efektif- mungkin kerana sekiranya kita sendiri menerima brochure atau pample, kita akan terus buangnya ke tong sampah!

    Brochure dan pamplet boleh menjadi teknik promosi yang efektif sekiranya digunakan secara betul. Brochure dan pamplet amat efektif sekiranya di beri pada pasaran yang tertumpu.

    Sebagai contoh, untuk mempromosi Workshop Jutawan Internet, brochure diberikan kepada mereka yang pernah menghadiri kursus atau seminar sebelum ini. Sekiranya menjual buku, maka, brochure diberi kepada pelawat kedai buku sahaja. Sekiranya menjual peralatan komputer, berikan brochure pada mereka yang mempunyai komputer.

    Di sini anda perlu bekerjasama dengan peniaga lain yang menjual produk dan perkhidmatan yang seiring degan industri anda. Lakukan sistem barter- anda memberi brochure rakan niaga kepada pelanggan anda, dan rakan niaga anda pula memberikan brochure anda kepada pelanggan mereka- promosi efektif yang berkos rendah!

    Pendapat Anda? [20] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Teknik menulis brochure atau pamphlet
  • Jutawan! bersama jutawan muda ICT
  • Marketing Mix
  • Dua langkah dalam pengiklanan perniagaan Internet

  • Semua comment semalam amat tepat sekali! Faktor ilmu, pengalaman, contacts, memang memainkan peranan penting dalam kejayaan perniagaan. Tetapi, jangan lupa, dalam masa 2-3 tahun pun anda boleh melipatkali gandakan ilmu, pengalaman dan contacts. Tidak perlu tunggu 20-30 tahun.

    Sebenarnya cepat atau lambat mencapai kejayaan itu memang tiada kena mengena dengan umur. Tetapi, bergantung kepada bila anda mulakan matlamat anda untuk mencapai kejayaan dan berusaha kearahnya. Mengapa yang berjaya kebanyakan 40-an, 50-an dan 60-an?

    Ia adalah kerana golongan ini lambat dalam menetapkan matlamat mereka. Sekiranya lewat menetapkan matlamat, maka, lewatlah jadinya mencapai matlamat.

    Bagi saya, mungkin anda pernah terbaca, saya menetapkan matlamat untuk berjaya (capai jutawan) pada umur 18 tahun, dan berusaha keras untuk mencapai matlamat itu. Capai matlamat - 25 tahun.

    Arnold Susahnakeja (Terminator), menjadi Mr Olympia pada umur 22 tahun. Cita-citanya tercapai. Agaknya bila beliau menetapkan matlamat? pada umur 16 tahun!

    Colenel Saunders (KFC) mencapai cita-citanya pada umur 72 tahun! Agaknya bila beliau menetapkan matlamat? pada umur 65 tahun!

    Kesimpulannya, sekiranya awal anda menetapkan matlamat anda dan berusaha, maka awal anda akan mencapai matlamat tersebut. Sekiranya lewat anda menetapkan matlamat, dan lewat berusaha, maka, lewat lah kejayaan akan berpihak kepada anda.

    Secara purata, ia mengambil masa 7 tahun untuk mencapai sesuatu matlamat yang dikatakan berbaloi. Rujuk kepada comment2 semalam untuk banyak point-point yang menarik serta pesanan2 motivasi. Dala mmasa 7 tahun itu, gandakan ilmu anda, gandakan pengalaman anda dan gandakan contacts anda.

    Paksa diri anda untuk tetapkan matlamat hari ini dan mula mengejar matlamat tersebut. Sekiranya anda tunggu lagi, maka, makin lewatlah anda akan mencapai kejayaan.

    Matlamat + Usaha yang keras + Doa = Kecemerlangan

    ps: Saya dalam perancangan menjalankan program motivasi 2 hari untuk remaja-remaja (program cuti sekolah) untuk membuka mata remaja bahawa kejayaan boleh dicapai tidak kira peringkat umur dan strategi untuk mencapai apa sahaja matlamat yang ditetapkan. Abang-abang dan kakak-kakak yang ada anak remaja, cuti sekolah bulan hadapan, boleh sertai program tersebut! (program untuk anak-anak… bukan ibubapa!) :)

    Pendapat Anda? [34] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Apa yang anda fikirkan?
  • Program TV “Menjana Impian”
  • Ubah hidup anda dengan lebih pantas
  • Perbelanjaan membesarkan anak

  • Next Page »