Monthly Archives: October 2006

Ikut jejak langkah idola

Satu cara motivasi adalah mengikut jejak langkah idola anda.
Salah satu kisah menjejak idola yang paling hebat adalah Tiger Woods. Ketika muda, Tiger Woods mempunyai seorang idola iaitu Jack Nicklaus yang merupakan juara golf ketika itu.

tiger.jpg

Tiger meletakkan gambar Jack Nicklaus di dalam biliknya, dan di bawah gambar tersebut, Tiger meletakkan timeline kerjaya pencapaian Jack Nicklaus dalam pertandingan golf selama 20 tahun.

Tiger Woods merujuk kepada timeline tersebut supaya dirinya dapat menyaingi idolanya itu. Sehingga suatu hari, pencapaian Tiger Woods melebihi Jack Nicklaus.

Teknik menjejak idola yang dilakukan oleh Tiger Woods adalah amat efektif oleh kerana beliau merujuk pencapaiannya pada hanya seorang juara golf sebagai benchmark pada ketika itu. Jejak langkahnya adalah amat fokus!

Adakah anda mempunyai idola? Bagi saya sedikit sukar untuk mempunyai hanya satu idola seperti Tiger Woods. Tetapi saya mempunyai beberapa idola dalam bidang-bidang yang berbeza sebagai benchmark untuk motivasi dan mencapai kejayaan.

tigerjack.jpg
Akhirnya, Tiger bertemu idolanya, Jack Nicklaus!


Agak-agaknya berapa umur Tiger Woods ketika mula mengikut jejak langkah idolanya itu?
Siapa boleh teka?

Perniagaan Internet & billionaires

Perniagaan Internet telah melahirkan satu generasi eCEO yang bukan sahaja kaya, tetapi muda. Antaranya adalah…

Michael Dell; Dell COmputers
Tedd Waitt; Gateway Computers
David Filo; Yahoo!
Jery Yang; Yahoo!
Jeff Bezos; Amazon.com
Pierre Omidyar; eBay
Rob Glaser; RealNetworks
Jeff Skoll; eBay
Vinny Smith; Quest Software
Monte Zweben; Blue Martini Software

Kesemua nama di atas adalah antara yang menjadi BILLIONAIRE pada usia awal 30-an (bukan setakaht jutawan… tetapi bilionair!) Kesemuanya mempunyai persamaan iaitu, mengsasarkan pasaran sedunia. Perniagaan Internet membolehkan anda menjalankan perniagaan sedunia untuk mendapatkan pasaran yang lebih besar.

Sekiranya rakyat Malaysia mengikuti saranan kerajaan menjadi Malaysia/Melayu GLOKAL, mana tahu suatu hari nanti nama orang kita juga turut tersenarai ๐Ÿ™‚

Pada ketika ini, terdapat 1 billion pengguna Internet sedunia! ๐Ÿ™‚ Perniagaan Internet di Malaysia masih ditahap baru, namun, peluang ini perlu diambil untuk menjadi perintis (pioneer) industri anda untuk menjadi pertama memasuki fikiran pengguna (rujuk Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar m/s 60- antara bab yang paling penting dalam buku saya. Baca berulang kali… ramai tak perasan kepentingannya!- kaitkan bab ini dengan nama-nama diatas).

Untukย maklumat lanjut: Workshop perniagaan Internet.

85% kejayaan anda bergantung pada orang lain

85% daripada kejayaan anda bergantung pada orang di sekeliling anda, pengetahuan yang anda dapat dari orang lain serta kenalan-kenalan anda.

Saya pasti anda kenali muli-millionaire Robert Kiyosaki. Dalam salah satu temuramahnya, Kiyosaki mengatakan bahawa dirinya ingin menjadi amat kaya, oleh itu beliau bergaul dengan billionaires!

Begitu juga motivator Anthony Robbins mengatakan dirinya merapati orang-orang yang lebih berjaya daripadanya dan lebih bermotivasi dari dirinya.

Dalam menentukan bulatan kenalan anda, anda perlu memilih sedikit.

Bukan bererti tidak kawan dengan sesetengah orang! Tetapi, dekati juga mereka yang lebih berjaya daripada anda, baca kisah-kisah mereka yang berjaya dan aplikasikan apa yang dapat dipelajari daripada bulatan kenalan anda yang berjaya.

Sekali lagi saya ulangi statistik… 85% kejayaan anda bergantung pada orang lain. Oleh itu,tentukan siapakah “orang lain” itu!

ps: Sejak beberapa bulan lepas saya mendekati mereka yang berjaya dalam bidang membina Institusi, Kolej dan juga University. Bulatan kenalan ini yang memotivasikan saya untuk memulakan suatu Academy saya berkaitan dnegan E-dagang!

Perniagaan produk dan perkhidmatan ciptaan baru

Terdapat ramai usahawan-usahawan yang inovatif dan mencipta sesuatu produk atau sesuatu perkhidmatan yang baru untuk pasaran (belum terdapat di pasaran lagi). Kebiasaannya mereka akan fikirkan, sejurus selepas produk dan perkhidmatan dikeluarkan di pasaran, orang ramai akan berpusu-pusu membeli produk dan perkhidmatan baru tersebut dan perniagaan mereka akan terus berkembang maju.

Namun, sekiranya anda tergolong dalam kumpulan mencipta sesuatu yang baru untuk pasaran perniagaan, anda perlu mengetahui statistik ini…

  • 2% dari pasaran anda akan menerima ciptaan yang baru serta merta.
  • 12% dari pasaran anda akan menerima ciptaan yang baru selepas setahun ianya di dalam pasaran
  • 22% dari pasaran anda akan menerima ciptaan yang baru selepas dua tahun ianya di dalam pasaran
  • 64% lagi akan terus tunggu dan lihat sehingga waktu yang sesuai!

Mencipta sesuatu yang baru untuk pasaran perlu lebih banyak kesabaran dan ketabahan untuk menunggu orang ramai menerima produk dan perkhidmatan tersebut.

Perniagaan Internet dan juga perniagaan bukan Internet yang memasarkan sesuatu keluaran yang baru perlu mempunyai modal yang mencukupi untuk menanggung perniagaan buat satu jangkamasa yang panjang.

Secara psikologi, ini adalah kerana orang ramai akan berasa lebih was-was dengan produk atau perkhidmatan yang baru dan akan mengambil pendekatan “tunggu dan lihat”.

Bolehkah anda memberi contoh produk/perkhidmatan yang mengalami/pernah mengalami keadaan ini?

Cara nak maintain motivasi

Saya sering di tanya soalan ini, tetapi,belum berkesempatan untuk menjawabnya:

Bagaimanakah cara terbaik untuk maintain motivasi? Selalunya, pada mula terasa motivasi yang amat tinggi. Tetapi, lama kelamaan, motivasi seakan hilang dan tidak bersemangat untuk melakukan sesuatu…

Jawapannya mudah sahaja. Motivasi akan hilang apabila momentum anda hilang.

Bayangkan satu kereta api sedang bergerak dengan amat laju. Momentumnya amat tinggi sehingga ianya adalah amat sukar untuk berhenti secara tiba-tiba. Anda juga perlu menjadi seperti kereta api yang laju bergerak untuk maintain momentum anda.

Apabila anda terasa tiba-tiba bersemangat dan bermotivasi, katakan untuk memulakan perniagaan Internet, dengan serta-merta lakukan sesuatu dan jangan berhenti. Jangan biarkan sehari…atau dua hari anda tanpa melakukan sesuatu dalam memulakan perniagaan Internet anda. Sekiranya anda berhenti, momentum akan menurun. Apabila momentum menurun, motivasi juga akan turut hilang.

Kadangkala ada masanya tiba-tiba anda terpaksa berhenti atas sebab yang tidak dapat dielakkan untuk beberapa hari (katakan terpaksa pergi outstation), teruskan juga momentum anda dengan sering memikirkan atau menulis nota dan idea tentang apa yang anda ingin lakukan.

Momentum tidak semestinya berbentuk fizikal, tetapi juga mental. Teruskan momentum walaupun dalam kepala. Dan sekiranya ini terjadi, minda separuh sedar anda yang akan meneruskan momentum anda!

Sederhana tidak mencukupi!

Malam tadi saya berbuka puasa di Sri Pentas (Stesen untuk TV3, Channel 8 & TV9) sempena episod akhir siri realiti “Menjana Impian” TV9.

menjanaimpian2

Terdapat sesi akhir bersama kesemua peserta (di lakukan behind the scene dan tidak akan disiarkan) kiranya last words untuk motivasikan peserta bersama Saudara Nizal & saya sendiri. Tip hari ini, bukan daripada saya, tetapi daripada my brother Nizal kepada peserta yang saya ingin berkongsi dengan anda.

Katanya… (lebih kurang)

Bila diluar nanti, be the VERY BEST of what you want to be. Kalau nak jadi jururawat, jadi jururawat yang TERBAIK. Kalau nak jadi composer, jadi composer yang TERBAIK. Kalau nak masuk bidang broadcasting, jadi yang TERBAIK sekali. You need to be the VERY BEST in what you do.

Pesanan Nizal adalah amat tepat sekali. Tambahan, baru saya teringat, ia adalah nasihat sama yang diberikan oleh Azizi Ali ketika seminar jutawannya.

menjanaimpian3

Dunia ini penuh dengan mereka yang mencapai kejayaan yang sederhana. Pencapaian sederhana tidak mencukupi. Untuk berjaya dengan cemerlang, anda perlu jadi the VERY BEST dalam industri anda sendiri. Dan berita baiknya, di Malaysia, masih banyak lagi ruang-ruang untuk jadi the VERY BEST yang masih belum dipenuhi.

menjanaimpian1

Kepada adik-adik Menjana Impian & pembaca Tip Satu Minit, nasihat ini adalah nasihat yang terbaik sekali untuk anda ikuti.

ps: lagi berita baik dari TV9 untuk saya. insyaallah akan ada lagi penglibatan saya bersama TV9 tidak lama lagi dalam rancangan reality TV baru (berkaitan dengan IT!).

pps: tadi juga dapat bertemu dengan Adibah Nor. Salah seorang penyanyi favourite saya. Tapi tak sempat bergambar!

Promosi mesej yang sama

Satu kesilapan dalam mempromosi kan sesuatu perniagaan (perniagaan Internet dan juga bukan Internet) adalah kekerapan menukarkan mesej promosi yang di sampaikan.

Sebagai contoh, minggu ini dalam mesej promosi, menekankan mesej A. Minggu kedua menekankan mesej B. Minggu ketiga menekankan mesej C. Dengan harapan, bertukar-tukar mesej sebegini kerap dapat memberi prospek lebih banyak maklumat.

Kajian menunjukkan bahawa 90% daripada apa sahaja mesej promosi akan dilupakan oleh prospect dalam masa 2 minggu yang pertama!

Oleh sebab itulah, dalam mempromosikan perniagaan anda, anda perlu berulang kali menyampaikan mesej yang sama supaya dapat menanam mesej tersebut di dalam fikiran prospect anda.

Perancangan 2006/07 Irfan Khairi

Selamat bercuti!

Biasanya hari Ahad, tidak ramai yang mengunjung Tip Satu Minit (tidak seperti hari kerja). Hari ini saya ingin berkongsi salah satu perancangan saya dengan anda… rugi lah siapa tak masuk ๐Ÿ™‚

Kini saya sedang berbincang dengan beberapa pihak untuk mewujudkan sebuah institusi berkaitan dengan e-dagang. Tujuannya untuk melahirkan lebih ramai pakar perniagaan Internet yang bertauliah di Malaysia.

Salah satu sebab saya akan ke UK lepas raya nanti (selain dari melancarkan buku SOIMR di sana) adalah untuk berbincang dengan pihak di sana untuk membawa persijilan/pengiktirafan UK ke Malaysia dalam bidang e-dagang…

Jadi, sekiranya Tuhan murahkan rezeki kita semua, akan wujudnya…

academy.gif

psst… ni bukan nama & logo final. Ini nama & logo proposal sahaja… yang real & final tak tahu lagi (takpun biarlah rahsia) ๐Ÿ™‚ Tip hari ini adalah untuk mengikut saranan kerajaan, iaitu untuk menjadi rakyat Malaysia/Melayu Glokal. Berfikiran lokal, berfikiran global.

Tak kira lah kita orang Malaysia semua berbadan kecik (berbanding dengan mat salleh)… tapi fikiran kena BESAR! Sebenarnya, tiada yang mustahil, melainkan apa yang mustahil di dalam fikiran kita sahaja (4 minute mile… benteng di minda).

Doa-doakan okay! Doa bulan Ramadhan ๐Ÿ˜‰

Bila ada masalah… terdapat penyelesaian

Perniagaan adalah memberi “penyelesaian”.

Tidak kira apa perniagaan yang ada di sekeliling kita, ianya adalah untuk menyelesaikan masalah. Sebagai tambahan, apabila terdapat “masalah” ia akan menjadi suatu isu yang sering diwar-warkan.

Sebagai contoh, lihat keadaan jerebu kini di merata-rata. Ianya adalah masalah.

jerebu

Masalah ini membawa kepada isu kesihatan yang menjadi bahan bualan yang diwar-warkan (word of mouth). Di sini menjadi peluang usahawan mengambil kesempatan sesuatu masalah menjadi perniagaan. Daripada masalah ini, usahawan dapat ketengahkan produk seperti:

  • Topeng jerebu
  • Air filter
  • Water filter
  • Vitamin / Food suppliment
  • … dan sebagainya

Salah satu cara efektif mempromosikan produk anda adalah dengan mengetengahkan masalah (sebutkan statistik yang menghiraukan sekiranya boleh!), kemudian berikan cara penyelesain- cara ini boleh digunakan untuk iklan, brochure, poster, laman web perniagaan Internet dan lain-lain.

Tiada pengalaman, bagaimana hendak berjaya?

Adakah anda sering dikritik tentang “tiada pengalaman” atau “tidak cukup pengalaman” dalam memulakan perniagaan?

Ada masanya, tiada pengalaman adalah baik untuk anda.

Untuk berjaya pada usia muda, sudah tentu pengalaman menjadi isu utama untuk meneruskan usaha.

Sebenarnya, anda boleh ambil kekurangan ini sebagai kekuatan anda oleh kerana apabila tidak berpengalaman, seseorang itu akan lebih cenderung mencuba benda benda baru.

Kurang pengalaman akan membuatkan anda tidak bersandarkan pada sejarah, tetapi memaksa anda untuk fikir di luar kotak.

Lain kali sekiranya orang mengkritik anda tentang “kurangnya pengalaman dalam memulakan perniagaan”, ingat bahawa Bill Gates, Michael Dell dan saya sendiri juga memulakan perniagaan tanpa pengalaman!