January 2007
Monthly Archive
Wed 31 Jan 2007
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[16] Comments
Survey yang dilakukan di restoran-restoran menunjukkan bahawa, pelanggan memilih sesuatu restoran berdasarkan kriteria berikut (mengikut turutan):
- Perkhidmatan
- Kualiti makanan
- Harga
Agak menarik oleh kerana “perkhidmatan” menjadi pilihan utama, dan “harga” menjadi pilihan terakhir.
Pada zaman ini, perkhidmatan adalah amat penting dalam mencapai pulangan perniagaan yang tinggi dan bersaing dengan pesaing. Berikan keutamaan kepada perkhidmatan perniagaan anda.
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [16] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Perniagaan produk dan perkhidmatan ciptaan baruKuasa tiga untuk menarik pelangganPromosi kepada siapa?Perniagaan produk berkualiti pun PASTI akan GAGAL
Tue 30 Jan 2007
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[36] Comments
Satu masalah yang saya sering lihat di kalangan usahawan baru Malaysia adalah… segan letak harga
Contoh, bila bakal pelanggan tanya pada usahawan, harga untuk perkhidmatan, jawapannya “Takpe lah… sikit-sikit je. Berapa pun boleh…”. Apabila usahawan mempunyai produk baru untuk di jual, nak letak harga pun segan. Sehingga meletakkan harga pada paras yang minimum (lepas kos sahaja).
Adakah anda dikalangan mereka yang segan meletak harga apabila ditanya?
Soalan saya, agak-agaknya, kenapa begini? Kenapa masyarakat kita segan letak harga untuk produk & perkhidmatan kita?
Juga, macam mana nak hilangkan rasa segan silu tersebut oleh kerana segan letak harga sebenarnya akan memakan perniagaan sendiri.
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [36] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Perniagaan yang meletakkan harga tinggiAnda hanya perlu mintaMenetapkan hargaTak kira berapa harga anda… pasti ada orang membeli
Thu 25 Jan 2007
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[12] Comments
Untuk memaksimakan jualan produk atau perkhidmatan anda. Fikirkan soalan ini.
Dengan produk atau perkhidmatan anda yang sedia ada, bolehkah anda bawa ke pasaran yang berbeza?
Contoh, sekiranya saya menjual eBook 101 CaraPromosi, pasaran sedia ada adalah usahawan Internet. Bolehkah produk yang sama dijual kepada agen insurans yang ingin mempromosikan perkhidmatan mereka bukan di Internet? Bolehkah produk yang sama di pasarkan di peringkat antarabangsa (apabila dialih bahasa)? Bolehkah produk yang sama di extract (pendekkan) untuk dijadikan free gift menarik lebih ramai pembeli?
Semua ini adalah contoh produk yang sama, pasaran berbeza. Ia merupakan satu strategi untuk memaksimakan pendapatan anda. Salah satu soalan yang paling utama saya sering tanya pada diri sendiri untuk mengembangkan perniagaan-perniagaan saya adalah:
“Bagaimana perniagaan ini dapat mengaut keuntungan dari pasaran yang berbeza?”
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [12] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Perniagaan produk baru di pasaranMenambahkan keuntungan #1: Cari pasaran baruPerniagaan produk dan perkhidmatan ciptaan baruRakan joint venture (JV) yang berbeza
Thu 25 Jan 2007
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[3] Comments
Kepada pembeli Cara Promosi ingin umumkan versi baru 1.1 telah pun siap dan sedia untuk download.
Guna maklumat seperti di email yang anda terima ketika membeli. Download di tempat sama, guna username dan password sama. Cuma, anda perlu UNREGISTER versi 1.0 terlebih dahulu (klik pada huruf R ebook lama) sebelum register versi 1.1.
Hari ini kami akan emailkan instructions update 1.1
Update 1.1: Cara-cara promosi di susun menjadi semakin kemas menurut kos. Juga, terdapat rating (bintang) cara yang mana kami syorkan. Beberapa kesilapan juga telah dibetulkan.
Bagi yang belum membeli, dapatkan CaraPromosi.com oleh kerana matlamat Cara Promosi adalah akan sentiasa update menjadi semakin kemas, semakin banyak info dan menjadi “the ultimate promotion guide” untuk usahawan Internet tempatan. Dapatkan sebelum promosi FREE upgrade di tarik balik.
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [3] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
PengumumanPengumuman: IrfanKhairi.com cuti :)Tempat terbaik mempromosi perniagaanEbook 101 Cara Promosi dilancarkan!
Tue 23 Jan 2007
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[17] Comments
Salah satu cara motivasikan diri anda adalah dengan anda mengingat kembali detik-detik yang bermakna atau pencapaian anda sebelum ini.
Mungkin dulu anda pernah memenangi pertandingan melukis? Mungkin dulu anda pernah memenangi marathon? Mungkin anda pernah berjumpa dengan idola anda? Mungkin anda pernah menonoton filem yang mengerakkan semangat anda? Mungkin anda pernah pergi mengembara? Membantu mereka yang dalam kesusahan?
Fikir kembali detik-detik pencapaian anda. Satu teknik adalah menulisnya dan merujuk kepada gambar-gambar ketika itu. Bayangkan semangat anda ketika itu, tersemat sehingga kini untuk mencapai kejayaan yang seterusnya!
Menjadikan persitiwa lampau sebagai “trigger” usaha anda akan datang adalah kaedah motivasi yang efektif untuk menanamkan semangat momentum yang mungkin sudah pudar.
Secara peribadi, saya rasakan menulis dalam blog juga turut membantu dan saya sendiri dapat melihat pencapaian sejak tahun lalu dan sedikit demi sedikit, memperbaiki pencapaian yang sedia ada. Oh ya, saya memasukkan category baru iaitu Highlight! sebagai koleksi kisah saya untuk memotivasikan diri saya …
Apa kata anda tulis pencapaian anda di sini yang boleh menjadi trigger kepada kejayaan akan datang!
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [17] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Menaikkan semangat pada bila-bila masa sahajaLain orang, lain cara motivasiMotivasi diri = Anjakan tiba-tiba!Apa yang memotivasikan anda?
Mon 22 Jan 2007
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[25] Comments
Imej apa yang anda tunjukkan?
Imej adalah penting dalam perniagaan oleh kerana bak kata Nizal (www.nizaltalk.com), there’s only one time for you to make the first impression. Imej akan membezakan anda dengan orang lain. Adakah anda menonjolkan imej yang diingini?
Dalam perniagaan/koprat, anda perlu menonjokan imej yang penuh dengan keyakinan. Bayangkan setiap kali anda melihat Donald Trump di kaca TV, seringkali memakai suit bertali leher. Memberi imej kekuatannya dalam perniagaan.
Lihat pula bilionaire Richard Branson, walaupun tycoon perniagaan, tidak seperti Donald Trump, memakai pakaian yang tidak formal, tetapi kemas dan smart. Memberi imej down to earth dan keseronokan. Perniagaan tidak semestinya suit & bertali leher! Imej saya lebih kepada Richard Branson daripada Donald Trump
Fikirkan mengenai imej anda tonjolkan melalui perniagaan anda. Jangan fikir perniagaan kecil & perniagaan Internet tidak perlu mempunyai imej!
Apabila anda telah mengetahui imej yang anda ingin tonjokan, gunakannya dalam perniagaan anda. Imej anda akan memberi jenama kepada perniagaan anda.
Siapa tahu imej apa yang saya sering gunakan?
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [25] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Bila tiba masanya untuk merekacipta…Penggunaan gambar/imej dan video di InternetLogo perniagaan andaVoices of Gaza (Voices in You) Razzi.muz.ik
Fri 19 Jan 2007
Beberapa hari lalu saya menjalani pengambaran sebagai pengacara/motivator untuk program motivasi di TV. Lokasi di Bursa Malaysia, Kuala Lumpur.
Kali ini, production house yang terlibat adalah Wayang Tinggi Productions. Di set, apa yang menguja saya adalah saya dapat pelajari berbagai-bagai benda baru. Daripada kamera, bunyi, lampu, dan segalanya yang teknikal dalam production. Bukan itu sahaja, saya turut pelajari cara mengendali di depan kamera, timing untuk edit serta perkara-perkara yang berkaitan dengan industri production.
Dalam apa sahaja anda lakukan, banyak bertanya untuk mendalami sesuatu bidang yang bukan kepakaran anda. Bertanya adalah short-cut untuk memperolehi ilmu dari pakar! Bukan sahaja bertanya akan menambahkan ilmu anda, malah, ia merapatkan anda dengan mereka di sekeliling anda dan memudahkan komunikasi.
Orang yang anda tanya juga akan rasa dihargai dan akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda berjaya dengan membantu anda dari segi berkongsi ilmu/pengalaman.
Industri TV bukan bidang saya. Tetapi daripada banyak bertanya pada tidak kira siapa, berbagai-bagai dapat saya pelajari dalam waktu yang singkat untuk memperbaiki performance pada masa yang akan datang.
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [25] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Jangan sombong dalam bertanya!Ebook shortcut - Menghasilkan ebook tanpa menulisTidak pakar, tak mengapa!Pakar-pakar dalam membuat keputusan
Thu 18 Jan 2007
Semalam first time berjumpa Yusry KRU, selebriti yang tidak asing lagi. Makan malam bersama beberapa associate. Congratulations to Yusry oleh kerana jualan Cicak-Man melebihi RM5 juta!
Sejak dulu lagi saya agak minat dengan KRU bukan sebab peminat fanatik, tetapi oleh kerana usaha mereka & passion mereka. Juga, mentaliti mereka sebagai usahawan yang berjaya. Mereka sangat kreatif & inovatif.
Berpeluang berjumpa Yusry, macam2 juga bercerita. Very down-to-earth. Saya pukul 1 pagi baru sampai rumah! Apa yang dibincangkan… haa… kena “biarlah rahsia” lagi.
Dengan Cicak-Man, Yusry telah set a new standard untuk perfileman Malaysia. Terutama dalam bidang graphics & animation. Perkataan yang saya gunakan adalah “Raise the bar” untuk industri perfileman. Tahniah kepada Yusry for a job well done.
Bagi saya, matlamat saya juga adalah sama seperti Yusry. Untuk “raise the bar” kepada usahawan-usahawan Internet Malaysia. Selama ini perniagaan Internet selalu di kaitkan dengan small-scale. And ramai bila sebut perniagaan Internet, tak ramai yang beri kepercayaan.
Harapnya, anda juga mempunyai semangat dan kekuatan untuk ”Raise the Bar” industri anda tersendiri! Think BIG & nothing is impossible :)
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [23] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Irfan Khairi on Selling Service On The Internet @ BFM89.9fmIrfan Khairi on Selling Information Online @ BFM89.9fmPodcast: Irfan Khairi @ BFM89.9IK Podcast @ BFM89.9fm
Wed 17 Jan 2007
Tahun 2007 bermula dengan langkah kanan. Dengan pelancaran produk baru, serta tawaran tersebut! Berbagai-bagai perancangan saya untuk tahun 2007 ini dan semakin ketat jadual. Semalam full day shooting untuk Nescafe Kick-Start (TV3), hari ini pula shooting untuk rancangan motivasi Get-Set-Go (TV2) sebagai motivator/host untuk 3 episode.
Tip hari ini adalah untuk berani mencuba. Kita takut mencuba sesuatu yang baru oleh kerana takut kepada kegagalan. Boleh ke saya lakukan ini? Boleh berjaya ke? Apa jaminan saya akan berjaya?
Sekiranya anda melandakan diri anda dengan berbagai-bagai kerisauan yang menyebabkan anda tidak berani mencuba, maka, anda yang dalam kerugian!
Cuba lakukan sesuatu yang baru setiap hari. Keluar dari comfort zone anda. Jangan takut kepada kegagalan oleh kerana itu adalah penyebab utama anda tidak maju ke hadapan
Kegagalan akan mengajar kita. tetapi TAKUT kepada kegagalan akan menghentikan langkah kita untuk mencuba.
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [28] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Pesaing memburukkan & menjatuhkan anda…Cuba, try & testTempat terbaik mempromosi perniagaanIrfan Khairi 20 tahun dulu…
Tue 16 Jan 2007
Posted by Irfan Khairi under
Cabaran 7 Hari[16] Comments
Terima kasih atas sokongan yang diberikan. Sambutan CaraPromosi.com memang hebat!
Bagi mereka yang telah order semalam, anda akan terima ebook tersebut hari ini. Jadi, check email anda untuk mendapatkannya. Juga, kalau tak dapat, please check “bulk folder” anda, mana la tahu, tersesat ke situ.
Sekiranya sehingga petang tak dapat juga, email info@rahsiainternet.com
Bagi mereka yang belum membeli, cepat sebelum lewat oleh kerana malam ini tepat jam 12.00 malam, harga pelancaran tamat! Dapatkan ebook 101 Cara Promosi di www.CaraPromosi.com
Esok kita start semula Tip-Satu-Minit. Ada beberapa berita/update saya ingin sampaikan tetapi belum sempat lagi oleh kerana Minggu Memulakan Perniagaan internet
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [16] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Personaliti dalam perniagaanApa yang anda fikirkan?Perkhidmatan yang pantas!Teknik “Halo” dalam perniagaan
Mon 15 Jan 2007
Ebook 101 Cara Promosi kini boleh didapati di www.CaraPromosi.com
Beberapa maklumat tambahan:
- Buat masa ini, kami offer free update untuk ebook 101 Cara Promosi yang akan datang. Oleh kerana ebook ini masih baru, akan terdapat beberapa pembaharuan/update untuk memperbaiki. Segala update dalam masa terdekat dan juga pada bila-bila masa sahaja akan diberi secara percuma buat pembeli-pembeli awal.
- Kami menggunakan perisian membina eBook baru (bukan PDF) kerana ingin mencuba perisian tersebut. Perisian ini membolehkan username dan password diberi kepada individu dan mengelakkan piracy. Namun, ianya mengambil masa 24 jam selepas membuat bayaran untuk pemprosesan.
- Ebook ini mengandungi 101 cara promosi dan tip-tip memaksimakan pulangan promosi. Ianya hanya untuk usahawan Internet yang benar-benar serius mengembangkan perniagaan Internet mereka. Ianya tidak sesuai bagi mereka yang inginkan jalan mudah memperolehi pendapatan di Internet!
- Oh ya… tiada lagi testimonial. Jadi, pelanggan awal boleh memberi testimonial dan yang bersesuaian akan diletakkan di laman web www.CaraPromosi.com (bersamaan URL laman anda). Memberi testimonial juga adalah salah satu cara promosi laman web anda!
Dapatkan cara promosi pada hari ini di www.CaraPromosi.com
Harga? Rujuk laman web… terdapat harga diskaun pelancaran untuk masa 2 hari ini sahaja.
Terima kasih atas sokongan anda. Tetapi lebih pentingnya, sama-sama dapat menyaksikan proses membina perniagaan Internet di Minggu Memulakan Perniagaan Internet untuk anda sendiri mempelajari cara memulakan sebuah perniagaan Internet
Klik sini untuk rujukan.
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [25] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Pengumuman: Cara Promosi Versi 1.1 (baru)Perniagaan online, promosi offline?Hari #5: Meletakkan harga ebook Cara PromosiHari #2: Domain Name & Web Hosting
— Next Page »