February 2007


kmg.jpgSemalam saya menjalankan rakaman album sulung di studio KRU.

Ada yang tanya, bagaimana saya boleh lakukan banyak kerja serentak- dengan perniagaan internet, mengendalikan seminar, jemputan berceramah, masuk tv, menulis (buku/artikel/blog) dan sebagainya, dan kini, rakaman album pula.

Jawapannya, MOMENTUM! Selagi kita sedang ada momentum, lakukan apa yang termampu. Segala kerja berat akan menjadi semakin mudah apabila kita telah membina momentum. 

Ada kata-kata hikmat mengenai momentum yang saya teringat: “To make sure a job is done, give it to a busy person!”

Tanpa momentum, hendak memulakan satu kerja pun payah. Dengan momentum, kerja yang besar, dapat ditangani dengan lebih mudah. Teruskan momentum anda!

Eh, ni bukan rakaman album lagu… tetapi album motivasi pertama saya :) Gaya je macam rakam lagu, tapi tengah mengolahkan skrip motivasi kewangan tu, KRU sebagai production house. Jadi, nantikan cd motivasi saya nanti :) Jadi macam Dr Fadzilah Kamsah pulak…

Pendapat Anda? [32] Comments

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Wang & Anda - Jejak Jutawan
  • Siapakah “mastermind” group anda?
  • Bila kelemahan menjadi kekuatan
  • Makan malam seperti Mat Salleh

  • gs.jpgKali ini saya dijemput sebagai tetamu dalam siri talk-show baru, Gedik Santai di TV3.

    Gedik santai adalah rancangan talk-show baru yang diacarakan oleh dua pengacara popular, Raja Azura (Kak Engku) & Sharifah Shahirah. Talk show based sitcom ini mengenakan konsep baru. Untuk pilot episode (episod pertama), 3 tetamu jemputan iaitu Syafinaz (judge One In A Million), pelakon Zahida Rafiq dan saya.

    Bagi sesiapa yang berminat, ni jemputan khas ni. Datanglah untuk rakaman Gedik Santai di Sri Pentas 2 (Shah Alam) pada hari Jumaat ini jam 3.00-6.00ptg. Jangankan tengok di TV, tengok saya secara live recording lagi tu :)

    Sebenarnya, takut2 sikit pun ada sebab Kak Engku & Sharifah Shahirah memang kaki mengusik. Bersedia saja lah saya ;)

    Terima kasih kepada TV3 sekali lagi kerana tidak jemu-jemu menjemput saya. Amat berterima kasih oleh kerana kini, media penyiaran (kesemuanya) juga memberi peluang usahawan Internet menjadi personality. A good news untuk semua usahawan Internet (nanti takde la orang pandang usahawan Internet sebelah mata)!

    Jangan lupa, bagi mereka yang takde kerja, boleh kita jumpa Jumaat ini :)

    Pendapat Anda? [21] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Irfan Khairi dalam Gedik Santai, TV3
  • Kick-Start & Gedik Santai
  • Menjual pengalaman
  • Azwan Ali & Irfan Khairi buat apa tu!!??

  • Semalam saya ditemuramah oleh Saudara Ahmad Fadzli Yusuf untuk buku terbarunya akan datang. Ahmad Fadzli adalah penulis buku “55 Petua Orang Berjaya” bersama Dato’ Dr Fadzilah Kamsah.

    Soalan dalam temuramahnya untuk saya adalah, sekiranya ada 3 elemen dalam menentukan kejayaan saya, apakahnya?

    Susah juga hendak difikirkan oleh kerana perlu beri 3 sahaja… sedangkan, memang banyak elemen-elemen kejayaan yang perlu ada. Setelah difikirkan, maka 3 jawapan saya adalah:

    1. Passion… minat yang amat sangat
    2. Skill… boleh ditimba dan dipelajari dengan ilmu
    3. Hard work… persistence & berdisiplin

    Simple & straight forward. Tetapi, selalunya yang simple & straight forward yang memberi pulangan lumayan kepada kita. Yang simple & straight forward juga yang selalu ramai tidak lakukan (pembaca tip satu minit sudah pasti lakukannya! :) ).

    Pendapat Anda? [23] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Rakan joint venture (JV) yang berbeza
  • Skill yang akan mengubahkan hidup anda - Public Speaking!
  • Permudahkan… simplify!
  • Penjaga zoo popular maut- tip hari ini!

  • Hari ini, Nescafe Kickstart mula disiarkan di TV3.

    Jadi, siapa yang nak tengok saya jadi judge ala-ala Simon Cowell (tak seganas Simon!)untuk peserta-peserta mengejar hadiah RM150,000, tune in to Nescafe Kick-Start TV3, setiap Sabtu jam 7.00 malam.

    Hari ini disiarkan ketika audition… dimana kami judges, berdepan dengan >100 peserta. Nak memilih memang payah, sebab ada 3 judges untuk pilih 8 tempat! Audition mengambil masa 2 hari.

    Tahniah kepada Popiah Pictures kerana menerbitkan rancangan yang berkualiti. Good luck to all the remaining participants. And also, to the judges Weng Keong & Azah 3R, see u in the finals :)

    Selamat bercuti kepada semua (saya tak cuti sebab esok ada Workshop Jutawan Internet!)

    Pendapat Anda? [24] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Nescafe Kick-Start Finale LIVE
  • Irfan Khairi in Kick-Start reality TV!
  • Tidak terlalu banyak warna
  • IK dulu dan kini di TV

  • arnab.jpgKata Confucius (bukan konfius), “A man who chases two rabbits catches none”

    Fokus kepada kerja yang anda ingin lakukan atau matlamat yang ingin anda capai. Sering saya mendengar cerita, seseorang itu mempunyai pelbagai idea… berpuluh-puluh idea perniagaan. Kesemuanya membuat dirinya teruja/excited.

    Tetapi, masalahnya adalah tidak fokus! Bertahun-tahun berlalu, tanpa satu pun idea perniagaan tersebut terlaksana.

    Kadang-kala saya juga terjerat dalam keadaan ini. terlalu banyak idea untuk diimplementasikan, sehingga satu pun tak menjadi diimplimentasikan oleh kerana tidak memberi fokus.

    Jadi, benar apa kata Confucius. Kalau kejar dua arnab, nanti satu pun tak dapat! peringatan untuk saya sendiri juga :)

    Pendapat Anda? [24] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Wang atau Kebahagiaan- yang mana pilihan anda?
  • Rakan joint venture (JV) yang berbeza
  • Irfan Khairi- artis motivator Telaga Biru
  • Carta The Millionaire Mind Top 20 (Bahagian II)

  • Selamat kembali dari cuti!

    “If I had nine hours to cut down a tree, I would spend six hours sharpening my axe!” ~Abraham Lincoln

    “Before everything else, getting ready is the secret of success” ~ Henry Ford

    “When schemes are laid in advance, it is surprising how often circumstances fit in with them” ~Sir William Olser

    Berhenti seketika, anda sering membaca Tip Satu Minit, tetapi adakah anda melakukan perkara yang paling penting sekali dalam mencapai kejayaan?

    skema.gifDi hadapan meja kerja saya ada sekeping kertas yang mengandungi segala perancangan saya tahun ini - berapa product baru yang akan dicipta, berapa kursus baru yang akan dijalankan, peluang perniagaan industri lain, pelan mengembangkan syarikat dan sebagainya.

    Satu skema perancangan telah dirancangkan sejak awal lagi, dan setiap hari, saya akan berusaha mencapai segalanya.

    Ambil sekeping kertas, dan sediakan skema perancangan anda untuk tahun ini. Siapa yang belum melakukan latihan ini, adalah dalam kerugian!

    ps: Bagi mereka yang tidak tahu melakukan skema perancangan, ini adalah contoh gambarajah skema tersebut. Seperti flow chart sahaja.

    Pendapat Anda? [27] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Perniagaan yang berubah
  • Tidak semua menjadi
  • Perancangan, blueprint, plan… semuanya perlu
  • Cuba sesuatu yang baru- explore!

  • Hari ni saya menjalankan shooting satu product VCD/DVD bersama Nizal Mohammad. Product tersebut bertajuk “OK, Let’s Talk”. Tak dapat pula post gambar hari ini sebab tak bawa camera! :)

    Shooting went well. Ini merupakan produk pertama daripada brother Nizal kita; satu ala-ala talk show Nizal bersama saya mengenai Komunikasi & Wang. Agak sukar bagi saya to keep up sebab Nizal sudah profesional bab-bab talk show ni!

    Produk tersebut akan di jual dan juga diberi percuma kepada peserta NizalTalk! apabila siap nanti.

    Tip hari ini (tip cuti Tahun baru Cina), adalah untuk anda ciptakan produk sendiri! Dengan mencipta produk sendiri, ia akan menjana passive/residual income kepada diri anda. Dalam erti kata lain, kerja satu kali, income akan anda terima sampai bila-bila (selagi produk dijual).

    Lebih banyak punca passive income anda, lebih banyak pendapatan anda di masa hadapan!

    Seperti Dato Dr Fadzilah Kamsah yang mempunyai banyak produk di pasaran di bawah nama beliau dari buku sehingga kaset/cd/vcd motivasi, sekiranya lebih dari 30 produk kesemuanya, dan setiap satu menjana sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan, pendapatan passive/residual di situ sahaja sudah RM30,000 setiap bulan (”contoh je ni… CONTOH!” - bak kata Dato’ :) )

    Seperti buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar, CD Rom Langkah 1-2-3 dan Ebook 101 Cara Promosi, kesemuanya menjadi aliran passive/residual income kepada saya buat tahun-tahun yang akan datang!

    Pendapat Anda? [19] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Shooting “Strategy X” di University of Oxford
  • Strategy X - Strategi perniagaan Internet & bukan Internet
  • ¨Strategy X¨ Perniagaan Internet di France
  • Workshop Komunikasi Efektif Nizal Mohammad (TV3)

  • Sekiranya ada satu sahaja elemen untuk diubahkan dalam diri kita untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, elemen tersebut adalah SIKAP atau attitude.

    Dengan mengubah sikap diri sendiri (dalaman), ia akan mengubah kejayaan kita (luaran). Sikap kita terhadap kerja, masa, wang, kejayaan, orang disekeliling, ilmu dan sebagainya.

    Semua orang yang sudah berjaya kini, pada satu masa dahulu telah mengambil keputusan untuk lebih serius dalam mencapai kejayaan. Keputusan untuk lebih serius dengan diri sendiri akan mengubahkan sikap kita dalam berbagai bidang.

    Mereka yang berjaya menanamkan sikap melakukan kerja yang sukar, penting & memberi pulangan. Manakala mereka yang tidak berjaya menanam sikap suka melakukan kerja yang mudah, tidak penting & sentiasa untuk release stress.

    ps: Bagi yang menyambut CNY, happy CNY! Yang lain-lain, selamat bercuti! 

    Pendapat Anda? [32] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Jangan sombong dalam bertanya!
  • Baca… jangan tak baca
  • Senarai jangan buat (Stop Doing List!)
  • Nasihat perniagaan Abdul Rahman B Auf

  • Siapa tengok berita di TV9 tadi? Sebentar tadi berita TV9 ada menemuramah saya mengenai perniagaan Internet.

    Saya amat berterima kasih kepada pihak media oleh kerana memberi peluang perniagaan Internet dipaparkan di media sejak kebelakangan ini. Ini akan menambahkan lagi kredibiliti arena perniagaan Internet di Malaysia. Kali ini, Berita TV9 pula.

    irfantv9.jpg

    Kali ini, saya ditemuramah tentang ramai menganggap perniagaan Internet ini terlalu mudah, dan boleh goyang kaki sahaja. Lebih daripada 90% perniagaan Internet gagal oleh kerana kekurangan promosi.

    Anda di Tip Satu Minit ketahui cara mengelakkan ini - www.CaraPromosi.com

    Perniagaan Internet, sama seperti perniagaan bukan Internet. Anda tidak boleh lakukan sambil lewa sahaja. Bukan mudah untuk mencapai apa yang saya capai- namun, ianya tidak mustahil dan memerlukan banyak usaha.

    Apa yang lebih menarik lagi tadi, bukan setakat saya sahaja keluar TV, malah usahawan Internet lain juga dipaparkan. Iaitu bekas peserta Workshop Jutawan Internet, Razzi Rahman daripada HalalGelatine.com!

    razzitv9.jpg

    Kali ini, saya extra happy oleh kerana anak murid juga turut dapat masuk berita atas kejayaannya! Tahniah to Razzi Rahman. Rujuk testimonial Razzi sebelah kanan page ini pada tahun lepas - kini masuk berita pula!

    Sebenarnya, sejak 2 tahun lepas, salah satu target saya adalah untuk memaparkan lebih ramai usahawan Internet di media  - ini akan menambahkan lagi keyakinan terhadap perniagaan Internet.

    Ada juga perancangan untuk memaparkan Internet Marketer Malaysia di media. Namun, sehingga kini belum ada rezeki lagi.

    Insyaallah, saya akan sentiasa mempromosikan industri perniagaan Internet di Malaysia supaya ianya makin meluas dan lebih ramai boleh mendapat rezeki daripada perniagaan Internet :)

    Bagi mereka yang ingin berjaya dalam perniagaan Internet, sertai Workshop Jutawan Internet bulan ini pada 25hb Februari 2007 dan ketahui bagaimana Razzi Rahman berjaya dalam perniagaan Internet menjual barangan local ke tahap global!

    Pendapat Anda? [25] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Selamat datang September 2006
  • Pelancaran saluran baru: ASTRO AWANI
  • JUTAWAN! Waktu baru, hari baru :)
  • Jenama… jenama… dan lagi jenama! (3x)

  • Hari ni cuti from tip satu minit sebab ruang kali ini dibuka untuk pengunjung tip satu minit untuk network. Ye lah, ramai yang respond setiap hari di Tip Satu Minit. Ramai yang membaca tanpa respond… tetapi, tak ramai yang kenali antara satu sama lain.

    Mana lah tahu, sedar, sedar salah satu di Tip Satu Minit ni, jiran kita sendiri… atau member sekolah lama, atau saudara sekandung :)

    Kali ini kita network sesama kita untuk berkenalan. Networking memainkan peranan yang penting dalam perniagaan seperti yang tertulis di dalam CaraPromosi.com, rugi pula kalau kita di Tip Satu Minit ni tidak network bersama.

    Yang sering bagi komen, saya tahu akan turut sertai sama. Cuma bagi yang sering membaca sahaja tu, apa kata kali ini anda tulis juga sedikit :)

    Ok, saya akan mulakan… klik pada “Pendapat anda?”

    Pendapat Anda? [134] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Networking- kualiti, bukan kuantiti
  • Antara strategi & teknik Part 2
  • Tip Satu Minit… menjadi program TV?
  • Ucapan Selamat Hari Raya & Sembang Raya…

  • Seringkali kejayaan sesuatu perniagaan datangnya bukan pada jenis perniagaan yang mula-mula diceburi. Perniagaan berubah, begitu juga dengan kejayaan.

    Sebagai contoh, handphone yang popular ketika ini NOKIA, pada asalnya merupakan syarikat membuat kertas.

    Sering kali juga kita dengar kisah kejayaan daripada mereka yang tidak menceburi sesuatu bidang itu ketika belajar. Diri saya sebagai contoh, pada asalnya mengambil jurusan Ekonomi & Finance (ITM)- tetapi, kejayaan yang dijumpa adalah dalam bidang Internet & motivasi (perniagaan).

    Beri peluang untuk diri anda menjadi flexible. Ubah mengikut pengalaman.

    Pendapat Anda? [28] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Perniagaan yang berubah
  • Up to date & trendy
  • Skill yang akan mengubahkan hidup anda - Public Speaking!
  • Tangga kejayaan… tangga yang betul?

  • Next Page »