May 2007
Monthly Archive
Wed 30 May 2007
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[27] Comments

Siri “Temu Bual” di Astro
Beberapa hari lepas ketika rakaman siri “Temu Bual” di Astro, salah satu soalan yang diajukan kepada saya adalah, apakah 5 kekuatan saya yang membawa saya kepada kejayaan.
Jawapan saya adalah:
1. Fokus
Mempunyai daya fokus yang kuat. Apabila menetapkan matlamat, saya memberi fokus yang amat hebat kepada matlamat tersebut. Perkara-perkara lain yang tidak membawa kepada pencapaian matlamat itu akan menjadi sebagai “gangguan”…
2. Mencari ilmu
Saya agak rajin mencari ilmu dengan cara membaca dan juga bertanya pada mereka yang lebih pakar…
3: Bijak mencari peluang
Saya banyak berfikir dan mencari peluang. Setiap hari saya akan fikirkan beberapa idea perniagaan. Bila tidak ada benda nak buat, saya akan fikir peluang-peluang menambahkan pendapatan…
4: Kreatif
Bukan sahaja kreatif dari segi rekacipta, tetapi, kreatif dalam cara pendekatan. Saya sering mencari idea-idea baru dalam pendekatan perniagaan atau konsep. Sebagai contoh, menggunakan pendekatan “Tip Satu Minit” untuk blog.
5: Kesabaran
Untuk berjaya, sememangnya terdapat banyak cabaran. Cabaran dalam perniagaan, cabaran dalam usaha, tak lupa juga cabaran dari segi mental apaila terdapat segelintir dikeliling kita cuba menjatuhkan dan melemahkan usaha kita…
Senaraikan apakah kekuatan anda dan asahkan kekuatan tersebut supaya ianya dapat memberi pulangan kepada anda. Amat penting untuk mengetahui kekuatan kita supaya kita dapat mengasahkannya dan praktiskan kekuatan-kekuatan tersebut.
Sememangnya kita sering dengar untuk kita fokus kepada kekuatan kita. Tetapi, pernah tak kita berhenti seketika dan menyenaraikan apakah kekuatan-kekuatan kita?
Setelah identify kekuatan kita, lagi mudah untuk kita gunakan kekuatan kita itu.
Pendapat Anda? [27] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Bila kelemahan menjadi kekuatanCari KEKUATAN pesaing dan ciptakan kelaianan!Carta The Millionaire Mind Top 20 (Bahagian II)Dengan ilmu, semuanya boleh!
Tue 29 May 2007
Ramai yang masih baru membina laman web perniagaan pada mulanya akan ghairah dalam meletakkan iklan-iklan (kebanyakannya iklan dari affiliate) dengan harapan, lagi banyak iklan, lagi mudah ianya akan di klik dan dapat komisyen.
Masalahnya, apabila terlalu banyak iklan di laman anda, laman menjadi tidak profesional. Iklan juga menjadi tidak fokus dan ia mengakibatkan tiada siapa yang klik!
Sebaiknya, hadkan bilangan iklan di laman anda mengikut jumlah (mungkin 2-3 iklan sahaja) ataupun industri (fokus kepada 1 industri sahaja). Untuk memaksimakan pulangan daripada iklan-iklan affiliate, kuncinya adalah untuk meletakkan iklan yang berkaitan dengan laman anda sahaja, dan berikan fokus kepada iklan tersebut, seperti testimonial peribadi ataupun artikel khas mengenai sesuatu perniagaan itu.
Terlalu banyak iklan di sesebuah laman web akan mengurangkan keberkesanan iklan tersebut.
Sebagai pengiklan pula, a good tip adalah untuk iklan di tempat yang tidak banyak iklan disiarkan untuk memaksimakan klik!
ps: Workshop Jutawan Internet akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 7hb July 2007! Bagi mereka yang berada di Malaysia Timur, kita jumpa di sana. Untuk maklumat lanjut klik di sini!
Semenanjung pula, next Workshop Jutawan Internet pada 16hb June 2007 di JW Marriott, KL. Klik di sini!
Pendapat Anda? [26] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Iklan menjadi tidak efektif apabila…Iklankan informasi dalam perniagaanCara paling efektif dalam pengiklananHuruf di laman web perniagaan Internet
Mon 28 May 2007
Posted by Irfan Khairi under
Highlight![27] Comments
Semalam saya dijemput untuk 2 rancangan Astro sekali! Personally, saya amat gembira diberi peluang ini- first time bersama Astro! Recording untuk rancangan pertama adalah “Perspektif Kita” sebuah rancangan berbentuk forum/debat dikendalikan oleh pengacara Suhaimi Sulaiman.
Gambar bersama Suhaimi Sulaiman & tetamu “Perspektif kita”
Perbincangan topik adalah, mengapa belia Malaysia kurang menyerlah di arena antarabangsa. Saya selaku salah seorang panelist.
Rancangan kedua pula adalah “Temubual”, sebuah talk-show yang dikendalikan oleh newscater tidak asing lagi Amir Mahmood Razak. Very interesting oleh kerana konsepnya adalah 90% soalan datang dari audience!
Bersama Amir Mahmood Razak dalam “Temu bual”
Rancangan ini pula memaparkan kisah kejayaan & peribadi saya sebagai personaliti. Probably one of the best interviews I had sebab rancangan selama 1 jam!
Thanks to Astro oleh kerana beri peluang & kepercayaan kepada saya untuk rakaman kedua program baru ini. Special thanks to Bro Suhaimi, Bro Amir & Kak Rozina Aziz (orang kuat astro) will be in touch! Seronok dapat kenal dengan semuanya
Tip hari ini…
Ketika forum “Perspektif kita”, salah satu isu yang timbul adalah, peluang sering tidak diberikan kepada anak-anak muda/belia kita untuk menunjukkan kecemerlangan mereka.
Jawapan saya kepada isu itu adalah, jangan menunggu peluang datang kepada anda atau jangan mengharapkan peluang. Anda sebagai empunya badan perlu mencari dan mengejar segala peluang yang ada.
Be a go getter! Sistem education kita kebanyakan mengamalkan keadaan di mana pelajar di spoon fed everything. Sedikit sebanyak, selepas pengajian, amalan ini yang di tunggu-tunggu (peluang datang kepada mereka).
Sekiranya anda menunggu peluang, ia tidak akan tiba. Ciptakan peluang sendiri dan ia akan menjadi lebih mudah untuk anda menunjukkan kecemerlangan anda :)
Pendapat Anda? [27] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Rakaman pilot “Tip Irfan Khairi”Bersama Irfan Khairi @ WW Astro AwaniOgos 2006 - Bulan Merdeka!Irfan Khairi as seen on TV
Fri 25 May 2007
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[20] Comments
Ramai yang takut-takut memberitahu idea yang mereka miliki. Sebagai contoh, apabila terfikir idea yang hebat, idea tersebut di simpan- takut nanti orang lain curi pula idea kita.
Bukan mengatakan ia tidak pernah terjadi- memang ada kalanya sekiranya kita berkongsi idea yang hebat, orang lain akan ceduk idea kita dan kita tidak dapat apa apa.
Tapi benarkah kita tidak dapat apa-apa?
Sebenarnya, apabila kita membebaskan idea hebat kita kepada orang lain, kita akan menjadi lebih kreatif. Ini kerana, secara psikologi, ia memaksa kita untuk mencari idea yang lebih baik daripada idea asal tersebut. Ia juga memaksakan kita mengambil tindakan yang pantas untuk merealisasikan idea kita.
Dengan hanya menyimpan idea yang kita ada, kita bagaikan tidak mempunyai apa lagi dan idea tersebut adalah “reserve” terakhir yang kita miliki. Ini hanya menghalang diri kita untuk berkembang menjadi lebih maju.
ps: Tip 1 minit adalah contoh saya berkongsi idea-idea dan memaksa diri saya untuk menjadi lebih kreatif dan hasilkan lebih banyak tip-tip baru & pencapaian baru
psst… Ahad ni ada lagi pencapaian terbaru saya. Nampak gayanya dapat lagi la ucapan “tahniah” dari anda
Pendapat Anda? [20] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Buku idea perniagaan sayaLompat si katak lompat…Semua orang mempunyai idea hebatADA idea tetapi TIADA modal
Thu 24 May 2007
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[47] Comments
Ok, hari ini saya pula nak tanya anda soalan
Soalan ini memang sering saya terima. Mungkin anda juga pernah dengar soalan sebegini, atau anda sendiri pernah tanya soalan ini.
Apabila merancang untuk memulakan perniagaan, satu perkara menjadi tanda tanya dan juga menghalang kita mengambil langkah memulakan perniagaan tersebut. Soalannya adalah:
Ada orang nak beli ke produk/perkhidmatan ini?
Bagaimana caranya hendak mejawab soalan ini? Apa yang perlu kita lakukan untuk memastikan jawapan ini?
Pendapat Anda? [47] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Beli kereta guna duit orang…Berbelanja ke arah pendidikan - Osman AffanPerniagaan Internet tiada pertemuan 4 mataSenyum untuk semua
Tue 22 May 2007
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[24] Comments
Baru-baru ini, saya berkesempatan berbual dengan seorang jutawan (kita gelarnya Mr.A) yang mempunyai beberapa perniagaan. Saya sering kagum dengan mereka yang menjalankan beberapa perniagaan sekali gus yang melibatkan ramai pekerja oleh kerana, bagaimana dirinya mencari masa untuk mengendalikan kesemua perniagaan???
Jawapan Mr. A adalah, kerjanya hanya memulakan perniagaan, dan melantik seorang pengarah atau pengurus perniagaan itu. Segala keuntungan perniagaan itu, beliau mengambil 30% sahaja. Namun, beliau tidak perlu mengendalikan perniagaan itu- hanya menubuhkan sahaja.
Ini memberi kebebasan kepadanya untuk membina perniagaan lain dan melantik pengurus & pengarah untuk perniagaan yang lain pula. Perniagaan ini juga beliau mengambil 30%, namun, membebaskan masanya memulakan perniagaan yang lain.
Saya juga bertanya. Mengapa 30%? Selalunya, pengasas perniagaan mengambil sekurang-kurangnya 50% keuntungan. Baru puas hati
Beliau berkata, sekiranya mengambil 50% keuntungan, memang puas hati
Tetapi dimana dirinya tidak terlibat dalam pengendalian, ia akan mengurangkan motivasi pengurus & pengarah perniagaan tersebut. Dengan mengambil 30%, jumlahnya adalah kecil dan berpatutan untuk dirinya tidak bekerja. Masanya lebih efektif di tumpukan untuk membina lagi perniagaan lain.
Amat bijak. Sekiranya masanya bebas dan mendirikan 10 jenis perniagaan, Mr.A menerima 30% x 10 atas keuntungan setiap satu perniagaan yang ditubuhnya. Dan masih tidak memerlukan dirinya untuk mengendalikan walaupun satu perniagaan.
At a larger scale, konsep ini juga di lakukan oleh billionaire-billionaire di dunia yang memiliki berbagai-bagai jenis perniagaan besar multi-million-dollar. Perniagaan mereka tetap berjalan walaupun tanpa kehadiran mereka.
Fikirkan, bagaimana anda boleh membina satu perniagaan, yang tidak memerlukan diri anda untuk perniagaan tersebut dijalankan. Ataupun, mungkin suatu hari nanti anda boleh membebaskan masa anda dari perniagaan anda dan memulakan beberapa lagi perniagaan menggunakan konsep ini.
*Tip bonus Mr.A* Mr. A juga mempunyai konsep yang bijak iaitu kesemua perniagaan yang dimulakan tidak menggunakan wangnya sendiri, tetapi menggunakan pinjaman dari institusi kewangan. Kejayaan perniagaan pertama memudahkan mendapat pinjaman seterusnya dari institusi kewangan untuk perniagaan kedua, dan kitaran ini berulang untuk setiap perniagaan dan pinjaman.
ps: I’ll be conducting the Internet Millionaire’s Workshop (English version) this Saturday 26th May at JW Marriott, KL. Only 2 seats left. Interested? Click here….
Pendapat Anda? [24] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Bagaimana Nicole David lakukannya?Francais… bagaimana hendak melakukannya?Tak perfect lagi!Minda anda seperti komputer
Mon 21 May 2007
Posted by Irfan Khairi under
Highlight![40] Comments
Pada hari Jumaat lepas, saya mengambil satu lagi langkah ke hadapan dalam industri motivasi. Saya dengan formalnya telah menjadi artis motivator syarikat rakaman/ penerbitan/ pengedaran Telaga Biru! Bagi anda yang belum kenal Telaga Biru, Telaga Biru adalah syarikat di mana nama-nama pakar motivasi terkenal kita bernaung. Antaranya termasuk:
- Dato Dr Fadzilah Kamsah
- Dr HM Tuah Al Haj
- Ustazah Siti Nor Bahyah (favourite saya ni!) :)
- Dr Shukri Abdullah
- Prof Hj Md Izuddin
- … dan ramai lagi
Hari Jumaat lepas, berbual panjang dengan Tn Hj Waharp, tuan punya Telaga Biru bersama orang-orang kuat Telaga Biru. Amat seronok dapat bertukar fikiran dengan kumpulan yang sangat kreatif dan berpandangan jauh.
Isi-isi perbincangan dan peranan Telaga Biru dengan saya (dan juga sebaliknya), semua tu biarlah rahsia… trade secret
Gambar saya & tuan punya Telaga Biru. Di belakang anugerah kecemerlangan Dato Fadzilah Kamsah & Ustazah Bahyah. Mana la tau, lepas ni ada rezeki saya kat dinding tu!
Mengapa saya pilih Telaga Biru? Mengapa Telaga Biru pilih saya? Apa perancangan saya selepas ini? Bagaimana saya akan approach motivasi masyarakat? Banyak persoalan… tapi tu biarlah time kita berbual di kedai kopi, boleh jawap
Apa apa pun, saya amat happy to be a part of this great team!
Buat masa ini, boleh saya beritahu dalam masa 2-3 bulan ini, memang banyak perkara baru saya akan lakukan. Very interesting… mana la tahu, esok lusa ada lagi kejutan!
Pendapat Anda? [40] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Kedai online @ e-shop StormReadersBuku terbaru Irfan Khairi- Nota Jutawan!Storm Readers - MLM 100% Syariah compliantWang & Anda - Jejak Jutawan
Fri 18 May 2007
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[29] Comments
*PENTING: Tip hari ini merujuk kepada pelaburan offline dan BUKAN pelaburan Internet. Moga dijauhkan dari pelaburan Internet yang sering diperkatakan hari ini*
Semua tahu bahawa kita perlu create multiple-streams-of-income. Betapa pentingnya aliran pendapatan berganda.
Salah satu caranya adalah melabur keuntungan perniagaan kita. Sebaiknya, lakukannya secara automatik. Bukan melabur pada pelaburan Internet. Tetapi, laburkan di Institusi kewangan yang sah. Sebaiknya offline
Setiap bulan lakukan auto debit ke akaun perniagaan anda untuk menyalurkan keuntungan perniagaan anda ke akaun pelaburan. Tidak kisah, sedikit, ataupun banyak, tetapi, setiap bulan, ianya dilakukan secara automatik.
Auto-Debit adalah instruction yang anda beri kepada bank anda untuk mengeluarkan sejumlah wang secara automatik ke sesuatu akaun yang lain setiap bulan. Dalam tip ini, ia disalurkan ke akaun pelaburan pula.
Sekiranya anda lakukan auto debit ke akaun pelaburan untuk mendapat pulangan (kini terdapat banyak akaun pelaburan berteraskan pelaburan Islam yang boleh memberi pulangan ><15%) katakan RM1,000 setiap bulan. Berapa lama perlu tunggu untuk wang tersebut menjadi RM1,000,000? Lebih kurang 18 tahun sahaja.
Simple tip, tetapi, tidak ramai yang melakukan auto debit ke akaun pelaburan setiap bulan. Bila tak lakukan auto-debit, sering kita terlupa untuk meletakkan sebahagian wang kita untuk dilaburkan.
ps: Walaupun sekiranya anda tidak menjalankan perniagaan, ianya adalah idea yang amat baik untuk anda melakukan auto debit sebahagian dari pendapatan bulanan anda ke akaun pelaburan. RM200-RM500 setiap bulan pun sudah memadai… kalau boleh, lebih!
pps: Alhamdulillah kini ada banyak peluang pelaburan berteraskan Islam yang disediakan oleh bank-bank tempatan yang memberi pulangan yang amat baik. Sebagai contoh, Selasa depan akan dilancarkan CIMB Islamic Funds. hubungi bank anda untuk bertanyakan mengenai akaun pelaburan yang disediakan :)
*PENTING: Tip hari ini merujuk kepada pelaburan offline dan BUKAN pelaburan Internet. Moga dijauhkan dari pelaburan Internet yang sering diperkatakan hari ini*
Pendapat Anda? [29] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Berapa peratus untuk promosi perniagaan?Rahsia Menjalankan Perniagaan Dari Rumah Secara AutomatikMelabur untuk ilmu… berapa banyak RM?Perniagaan Internet separa automatik
Wed 16 May 2007
Sering kali perniagaan Internet di kaitkan dengan B to C (Business to Consumer). Iaitu, perniagaan menjual terus kepada pengguna. Sebagai contoh, menjual makanan kering terus kepada pengguna.
Satu aspek yang sering dilupakan dan barangkali boleh memaksimakan keuntungan perniagaan Internet adalah B to B (Business to Business). Ini pula bermaksud perniagaan menjual produk/perkhidmatan kepada perniagaan lain. Sebagai contoh, menjual makanan kering terus kepada kedai-kedai makanan.
Ada yang tanya, boleh jadi jutawan ke dengan hanya menjual produk seperti rempah atau keropok di Internet? Jawapannya, sudah tentu BOLEH dengan menjual dalam unit yang lebih besar (pukal) kepada peniaga-peniaga lain
Sekiranya menjual kepada pengguna, kebiasaannya, pengguna akan membeli dalam unit yang kecil. Tetapi, sekira menjual kepada kedai-kedai, belian adalah berbentuk pukal. Fikirkan bahawa terdapat berpuluh ribu kedai-kedai runcit halal dan juga kedai-kedai runcit cina dan india di negara-negara barat. Kedai-kedai ini boleh menjadi pelanggan anda sekiranya perniagaan anda adalah B to B.
Bukan sahaja untuk makanan, tetapi produk-produk lain juga seperti sekiranya menjual peta Malaysia, kita tidak bergantung kepada pengguna (pelancong) sahaja, tetapi, kita boleh menjual secara pukal kepada travel agent (perniagaan)- sepertimana saya pernah lakukan.
Buka fikiran kepada peluang-peluang perniagaan Internet. Sekiranya perniagaan Internet anda B to C, fikirkan bagaimana ia boleh menjadi B to B juga
Pendapat Anda? [27] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Apa yang kita promosi, bukan itu yang untungBerapa peratus untuk promosi perniagaan?Perniagaan online, promosi offline?Strategi Jutawan Internet Irfan Khairi
Tue 15 May 2007
Posted by Irfan Khairi under
Highlight![31] Comments
Selamat Hari Belia!
Bagi mereka yang miss artikel hari Sabtu, hari ini pun ada artikel mengenai saya di Berita Harian. Terasa macam artis pulak dah selang sehari keluar muka kat paper. Perasan artis

Kali ini, di dalam sisipan khas “Hari Belia Negara 2007 - Belia Peneraju Kemerdekaan Gemilang”. Agak gembira saya turut disertakan di kalangan nama-nama seperti Nicol David & Azranlin Zulkifli sebagai ikon sukan. Manakala untuk keusahawanan & perniagaan pula saya & Fazley. Walaupun saya masih menganggap diri saya sebagai “new-comer” jikalau dibandingkan dengan ketiga ikon itu.
Sebagai tambahan, bukan sahaja Berita Harian, malah New Straits Times juga ada sedikit clip mengenai saya di bawah “National Youth Day” bertajuk “It’s never too young to be rich and famous”
Apa yang ramai kini dapat lihat adalah kisah kejayaan saya. Namun, apa yang tidak dapat dilihat adalah tanggung jawab & harapan yang diberikan oleh berbagai pihak. Not an easy task. Bak kata Spider-Man…
With great power, comes great responsibilities
On another note…
A good artikel juga di muka surat 7 (sebelah artikel Fazley… ni baru betul artis, dapat la page besar)
. Iaitu mengenai belia-belia boleh memohon bantuan kewangan Tabung Ekonomi Belia (TEB) bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan. Baru-baru ni saya post mengenai memerlukan modal dalam memulakan perniagaan, di sini, Majlis Pembangunan Ekonomi Belia (MPEB) juga memberi bantuan dari segi permodalan perniagaan.
Oh ya, sedar-sedar Tip-Satu-Minit dah menjangkau umur 1 tahun jagung. Terasa macam baru sahaja lagi saya start blogging. Pengikut Tip-Satu-Minit juga semakin ramai! :) Terima kasih kepada semua dan saya sering doakan kejayaan anda.
Pendapat Anda? [31] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Idea dari negara luar… dibawa ke MalaysiaIrfan Khairi on Selling Information Online @ BFM89.9fmBila pergi holiday, bawa balik idea perniagaanIrfan Khairi on Selling Service On The Internet @ BFM89.9fm
Mon 14 May 2007
Posted by Irfan Khairi under
Highlight![27] Comments

Kepada mereka yang beli Berita Harian Sabtu lepas, mungkin terbaca artikel 2 mukasurat mengenai saya di bawah “Sembang Sabtu” di tulis oleh wartawan Azrul dari Berita Harian.
Tu dia… Jutawan Internet Lemah Angka lagi tu
artikel kali ini berbeza sedikit sedikit daripada artikel mengenai saya sebelum-sebelum ini sebab kali ini lebih kepada peribadi dan zaman-zaman sekolah dulu.
Jadi, bagi yang baca, tahulah apa kerja saya masa muda-muda dulu. Bagi yang tak baca… haaa… secret!
Terima kasih kepada media atas kesudian temuramah untuk sembang sabtu. Selalu, tokoh-tokoh yang veteran seperti ahli politik, ahli sukan & penghibur yang dah lama bertapak sahaja dalam kolum Sembang Sabtu. Kali ini, saya pula ditemuramah sebagai tokoh perniagaan Internet pula.
A very good artikel kalau nak tahu perkara2 yang tidak didedahkan sebelum ini
ps: Terima kasih & all the best kepada peserta Workshop Jutawan Internet semalam. Mudah-mudahan bertambah ramai usahawan Internet di Malaysia
Pendapat Anda? [27] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Irfan Khairi & Hari Belia NegaraNetworking- kualiti, bukan kuantitiIdea hebat ketika cuti…Ucapan Selamat Hari Raya & Sembang Raya…
— Next Page »