June 2007
Monthly Archive
Fri 29 Jun 2007
Posted by Irfan Khairi under
Highlight![26] Comments
Dalam mood yang agak menurun apabila berbincang topik negatif “Kenapa Malaysia?” semalam (saya tak berapa suka membincang topik negatif oleh kerana ia menurunkan motivasi), sedar-sedar, malam tadi muncul pula sinar harapan terutama untuk orang Malaysia! It gives everybody hope!
Sering kali saya menerima inspirasi dari orang-orang yang hebat yang saya temui. Malam tadi, saya berpeluang berjumpa dan berkenalan dengan our very own Malaysian astronaut Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masri…
Very nice and humble person. Seorang yang berkarisma, tak lupa juga very smart (IQ & EQ)!
Beliau kini menjalankan latihan di Moscow, tetapi balik Malaysia 3 minggu dan akan balik ke sana tidak lama lagi. Beberapa bulan lagi, kita akan menyaksikan orang tempatan kita ke angkasa- a very BIG DEAL!
Ketika bertukar fikiran, saya tanya tentang matlamatnya (soalan standard saya kepada orang berjaya). Bilakah dirinya meletakkan matlamat untuk menjadi angkawasan? Jawapannya amat di luar jangkaan saya…
Ketika berumur 10 tahun!
Now, that’s what I call goal setting! Sudah tentu, ketika 10 tahun, kita tak tahu apa-apa mengenai matlamat. Tetapi, dengan mempunyai sesuatu untuk dipegang, usaha dan cita-cita akan membawa kita mencapai apa sahaja matlamat kita.
Betapa bangganya melihat orang Malaysia mencapai cita-cita yang setinggi bintang. Belia inilah yang patut diberi pendedahan di media-media massa dan berkongsi kisah kejayaannya dalam memberi inspirasi kepada orang ramai.
Wishing Dr Sheikh all the best & kirim salam pada bulan
Bila lagi saya boleh mengaku “I have an astronaut friend!”
How about that for “Kenapa Malaysia?”. Orang Malaysia kini mencapai setinggi bintang!
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [26] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Cita-cita Obama sejak sekolah rendah!Dua cara mengejar cita-citaYakin dengan diri sendiri!Kenapa hendak jadi jutawan?
Wed 27 Jun 2007
Semestinya, senang atau susah sesuatu perkara, bergantung kepada mindset kita. Semalam, saya sebut “Tidak semudah yang disangka“. Bukan maksudnya “susah”. Kalau fikir susah, maka, memanglah ianya akan menjadi susah oleh kerana itu yang difikirkan. Jadi, first sekali, kita perlu positif, dan sering-seringlah gunakan perkataan positif
Untuk penyelesaian kepada masalah-masalah yang diutarakan semalam, teruskan bacaan…
(more…)
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [15] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Dalam perniagaan, beri sesuatu yang tidak disangkaSimpanan yang tidak dikira5 Strategi Menawani Pasaran Perniagaan AndaKeselamatan perniagaan Internet
Wed 20 Jun 2007
Posted by Irfan Khairi under
Highlight![29] Comments
Khas untuk pembaca Tip Satu Minit, ini preview “cover” audio CD saya yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Baru sahaja dapat dari Telaga Biru cover design dibuat oleh team designers mereka. Bila tengok, nampak macam Fadzilah Kamsah & Ustazah Bahyah punya cover je. Maklumlah, satu label
“Wang & Anda” saya akan gunakan konsep motivasi kewangan peribadi pula. Perancangan Telaga Biru dengan saya antaranya adalah untuk posisikan saya sebagai motivasi kekayaan & kewangan(wealth).
Agak-agaknya, mengapa saya lakukan motivasi kewangan & kekayaan dan bukan kejayaan seperti pakar-pakar motivasi lain? Pop quiz ni!
Additional info: Rakaman Wang & Anda dilakukan di studio KRU. Sebahagian dari keuntungan royalty “Wang & Anda” akan disalurkan ke yayasan saya, Yayasan Ilham Budi.
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [29] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Ikut jejak langkah idolaSiapakah idola anda?Matlamat seorang jutawanWang atau Kebahagiaan- yang mana pilihan anda?
Tue 19 Jun 2007
Kurangkan animasi di laman web anda. Lebih kurang 10 tahun lalu, ketika saya menuntut di university di UK, saya telah menghantar kerja laman web yang disiapkan. Lecturer saya Mr Collin, memberi komen kepada satu kelas bahawa konsep laman web yang saya lakukan adalah salah. Walaupun nampak cantik, tetapi ianya salah.
Sebab utamanya adalah laman saya mengandungi animasi. Ketika itu, laman web kerja saya, saya meletakkan logo yang berputar (beranimasi) untuk “mencantikkan” lagi laman web.
Bengang juga dengan lecturer sebab bagi saya, memang cantik laman yang saya buat tu. Jadi, saya pun persoalkan lecturer saya tu “But, it looks great!” memuji kerja sendiri kat lecturer. Darah muda lah katakan… nakkan conflict saja
.
Katanya, dari segi penggunaan (usability), animasi menarik fokus pelawat daripada membaca laman web kita.
Pada mulanya (sehingga beberapa tahun kemudian), saya tidak menerima alasannya.
Sehinggalah saya berkecimpung dalam perniagaan Internet, baru saya tahu maksud lecturer saya itu.
Animasi sebenarnya menarik perhatian pelawat laman web perniagaan kita daripada matlamat utama laman web, iaitu, MEMBUAT BELIAN!
Animasi menghilangkan fokus dan juga menganggu pelawat. Animasi termasuk, GIF animation, flash animation dan juga favourite ramai, teks bergerak.
Bagi mereka yang masih baru membina laman web, sudah past mengalami masalah seperti saya 10 tahun yang lalu. Iaitu, memikirkan, lagi banyak animasi, lagi banyak benda bergerak, maka lagi cantik. Sebenarnya, lagi banyak animasi, lagi hilang tumpuan pembaca!
Buang segala animasi di laman web anda (termasuk iklan). sekiranya anda hendak juga meletakkan animasi, hanya satu animasi sudah memadai. Laman web anda akan kelihatan lebih profesional.
Untuk rujukan kembali, laman web perniagaan Internet anda perlu…
Dalam erti kata lain, laman web yang efektif mengandungi elemen “Less is more!”
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [19] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Bila cartoon memberi motivasiFormula yang pasti menjadiPerniagaan Internet yang tiada persainganTiada pengalaman, bagaimana hendak berjaya?
Mon 18 Jun 2007
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[17] Comments
Dalam semua perniagaan, tidak kira besar atau kecil, usahawan yang bijak perlu menyediakan manual proses perniagaan.
Kunci sesuatu manual proses perniagaan adalah, ia memberi aliran kerja atau proses menjalankan perniagaan dnegan mudah dan tepat.
Dalam erti kata lain, manual proses perniagaan adalah rekod bertulis langkah-demi langkah mengikut turutan, apa yang perlu di lakukan untuk menjalankan proses-proses perniagaan tersebut.
Penggunaan manual proses perniagaan yang efektif boleh memberi sesiapa sahaja menjalankan perniagaan tersebut oleh kerana prosesnya dapat diduplikasikan dengan mudah.
Katakan, anda bertukar pekerja untuk membantu anda dalam perniagaan. Manual proses tersebut dengan mudahnya akan menunjukkan setiap langkah yang perlu di ambil untuk menjayakan perniagaan tidak kira siapa yang mengendalikan perniagaan anda.
Contoh penggunaan manual proses yang efektif adalah McDonalds! Tidak kira siapa sahaja yang bekerja dengan Mc Donalds, walaupun hanya lepasan SPM, mereka dapat mengendalikan proses-proses menjayakan Mc Donalds.
Adakah anda mempunyai manual proses untuk perniagaan anda?
ps: Terima kasih pada peserta-peserta Workshop Jutawan Internet pada hari Sabtu lepas-FULL HOUSE! moga bertambah lagi usahawan-usahawan di Malaysia!
Worshop Jutawan Internet akan diadakan di KL pada 1hb July dan di Kota Kinabalu, Sabah pada 7hb July. Tempat semakin terhad!
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [17] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Minggu Memulakan Perniagaan InternetIrfanKhairi.com upgradingJawapannya: Burger yang “sistematik”!Hari #3: Membina Laman Web CaraPromosi.com
Fri 15 Jun 2007
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[22] Comments
Pernah tak anda merasa stress atau tension? Punca utama stress datangnya daripada kita “risau” sesuatu. Bila kita selalu risau, itu yang menyebabkan stress. Dan stress pula banyak mengakibatkan penyakit
Ada research mengenai “risau” mengatakan:
- 40% orang risau pada sesuatu, tetapi sesuatu yang dirisaukan itu tidak terjadi pun
- 30% orang risau pada perkara-perkara yang sudah lepas dan tidak boleh diubahkan pun
- 12% orang risau tentang kesihatan
- 10% orang risau tentang perkara-perkara yang amat kecil
- 4% pula risau tentang perkara yang akan datang dan tidak boleh kita ubah pun
- Manakala 4% lagi adalah risau yang boleh kita lakukan sesuatu!
Jadi, next time anda risau dan terasa stress, lihat kembali statistik ini. Risau anda dalam % yang mana? Mudah-mudahan ianya akan mengurangkan stress anda!
Bila kita gembira dan senang hati selalu, lebih mudah untuk kita mencapai apa sahaja cita-cita kita.
Senyum selalu & selamat bercuti
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [22] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Perniagaan yang memeningkanJanji pada diri sendiri… janji anda kepada saya!Buka fikiranPerniagaan dan komunikasi
Thu 14 Jun 2007
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[21] Comments
Dalam perniagan, bukan semua skill kita ada dalam diri kita sendiri. Jarang sekali kita dapat melakukan semuanya seorang diri.
Selalunya, memang kita akan rasa puas sekiranya kalau kita lakukan sendiri. Bila kena dengan masa dan keadaan, rakan niaga dapat memajukan sesuatu perniagaan melalui joint venture.
Dalam memilih rakan joint venture, ada banyak kriteria-kriterianya. Ini adalah kerana, silap pilih, perniagaan pun boleh jadi tak tentu arah.
Satu kriteria yang sering dilupakan adalah- pilih rakan niaga yang mempunyai skill yang jauh berbeza dengan diri anda sendiri.
Sering kali, secara tidak sedar dalam sesuatu joint venture, sesuatu perniagaan menghampiri “partner” JV yang mempunyai skill set yang hampir serupa. Keadaan ini walaupun tiada salahnya, tetapi, ia kurang optima oleh kerana dua skill akan overlap.
Sebaiknya, dapatkan rakan JV yang mempunyai skill set yang berbeza.
Terutama di pasaran Malaysia, di mana target market adalah agak kecil berbanding dunia, rakan JV yang berbeza adalah lebih penting.
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [21] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Produk sama tetapi pasaran berbezaJom bantu mereka: ‘Tabung Bencana Alam - Kami Prihatin’ majalah JutawanMengiklan melalui brochure dan pampletMenjana Impian… matlamat jangka pendek
Tue 12 Jun 2007
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[22] Comments
Sekiranya kita masuk Starbucks & Coffee Bean, kita akan disajikan dengan “pengalaman” atau lifestyle!
Starbucks, Coffee Bean, Mercedes Benz, GUCCI, LV (belajar LV dari rancangan Gedik Santai!) dan sebagainya menjual pengalaman & lifestyle. Orang ramai sanggup bayar pada harga yang tinggi untuk membeli “pengalaman”.
Sekiranya anda ingin menjual sesuatu yang berharga tinggi, anda perlu menjual “pengalaman”. Mereka yang mempunyai pendapatan yang tinggi, tidak risaukan wang. Tetapi, mereka ingin membeli pengalaman.
Tip yang amat “berharga” bagi anda yang ingin menjual barangan berharga tinggi!
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [22] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Tiada pengalaman, bagaimana hendak berjaya?Jutawan murah… jutawan mahalPerniagaan produk, perkhidmatan atau informasi?Perniagaan Internet B to B - maksima keuntungan
Mon 11 Jun 2007
Sebelum ni, saya ada sebut mengenai penggunaan warna yang pelbagai di dalam laman web akan memberi gambaran kurang profesional di sesebuah laman web.
Begitu juga dengan penggunaan huruf atau font yang pelbagai. Mengguna terlalu banyak font style akan memberi gambaran yang kurang profesional bagi sesuatu laman web.
Contoh, penggunaan font size yang pelbagai- size 3, size 4, size 5, size 6 dalam satu laman web. Juga, penggunaan font yang berbagai seperti Times New Roman, Arial, Helvetica, Script, Futura, dan sebagainya dalam satu laman web.
Sebaiknya, hadkan font style yang anda gunakan bagi size, tidak lebih dari 3 saiz. Bagi font juga, tidak lebih dari 2 jenis font. Ini akan memberi consistency kepada keseluruhan laman anda.
Kalau kita ingat kembali beberapa tip laman web yang pernah ditulis di sini:
- Jangan guna terlalu banyak font syle
- Jangan guna terlalu banyak warna
- Jangan letak terlalu banyak iklan
ianya adalah asas kepada laman web yang simple. Sepertimana yang sering kita dengar konsep KISS- “Keep It Simple”
ps: Worshop Jutawan Internet akan diadakan di KL pada 16hb Jun dan di Kota Kinabalu, Sabah pada 7hb July. Tempat kedua-duanya semakin terhad.
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [18] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Tiada lagi animasiPerniagaan Internet dan Strategi Laman MiniHits - kesilapan dalam mengira pelawatGandakan pelawat - dapatkan recommendation dari pelawat anda
Thu 7 Jun 2007
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[26] Comments
Ada banyak! Nama adalah langkah pertama membina jenama perniagaan yang hebat
Membina jenama adalah antara strategi perniagaan yang penting. Langkah pertama dalam membina jenama adalah memilih nama perniagaan anda. Nama perniagaan sebaiknya mempunyai antara ciri-ciri tersebut dalam membina jenama yang kuat:
- Ianya patut menunjukkan manfaat perniagaan tersebut: RahsiaInternet, Air Asia & Microsoft
- Ianya patut menunjukkan ciri-ciri produk melalui perbuatan & warna: Sunkist Oranges, Petronas & Burger King
- Mudah untuk disebut, dikenali dan diingat: Google, Yahoo & Amazon
- Berbeza dengan nama lain yang terkenal: McDonalds, Kodak & Toyota
Sekiranya mengandungi keempat-empat ciri tersebut- lagi baik!
Ianya dikatakan bahawa menggunakan nama sendiri adalah strategi yang baik oleh kerana menepati keempat-empat ciri-ciri diatas, contoh: Dell Computers, Aminah Hassan & Irfan Khairi!
Namun, perlu juga menggunakan strategi meningkatkan nama jenama untuk memastikan nama jenama kita terus dikenali.
ps: Worshop Jutawan Internet akan diadakan di KL pada 16hb Jun dan di Kota Kinabalu, Sabah pada 7hb July. Tempat kedua-duanya semakin terhad.
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [26] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Nama Perniagaan AndaCara mudah dalam membina jenama perniagaan andaSiapa nama dia?Perniagaan Internet & billionaires
Tue 5 Jun 2007
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[36] Comments
Salah satu idola perniagaan saya adalah Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari. Belum lagi berpeluang berjumpa dengannya… kalau berpeluang, that would be the day!
Satu pengajaran hebat daripadanya adalah untuk beri balik kepada masyarakat. Beliau melakukan ini melalui Yayasan Al Bukhari. Yayasan Ilham Budi yang saya sedang usahakan adalah hasil inspirasi daripada langkahnya.
Hadis ada menyebut, harta kita tidak akan berkurangan sekiranya berzakat & bersedekah. Ianya adalah amat benar. Lagi banyak anda memberi dengan ikhlas, lagi banyak anda menerima.
Saya teringat masa saya muda dulu (form 4 ke form 5), saya ada menghadiri Kursus Bina Negara. Dan ketika itu, ada satu ceramah yang amat hebat. Penceramah (tak ingat nama) menyebut tentang konsep sedekah (walaupun ceramah itu bukan seperti ceramah-ceramah agama yang selalu kita dengar, penceramahnya agak modern). Beliau menyeru untuk semua sedekah RM10. Pada ketika itu, maklumlah, kita budak sekolah menengah. RM10 tu banyak sangat!
Tetapi penceramah itu kata, beliau GUARANTEE yang beberapa hari lepas kita sedekah tu, kita akan dapat balik jumlah tersebut dan selalunya lebih daripada itu! Apa yang saya tertarik sebab penceramah tu kata “guarantee”. Selalu penceramah lain akan kata ”Insya-Allah”
So, I gave it a shot. Lepas Kursus Bina Negara, saya pun sedekah RM10 di masjid. Memang berat masa tu…
Beberapa hari kemudian, bagaikan magic, memang betul. Saya menerima RM50 daripada abang saudara yang balik dari bekerja di luar negara. Pada ketika itu, saya amat terkejut bahawa it works! Sememangnya harta tidak akan berkurangan sekiranya kita bersedekah!
Lepas sekolah menengah (umur 18 tahun), saya mulakan quest saya menjejak langkah-langkah jutawan. Oleh kerana buku2 berkisar jutawan berbahasa Malaysia tidak banyak (takde pun), so, saya baca buku mat salleh. Kisah-kisah mat salleh jutawan & billionaire juga menyebut tentang konsep ini. Konsep memberi balik… giving back. Atau lebih dikenali dalam buku2kekayaan mat salleh sebagai… thithing.
Ramai jutawan dan billionaire melakukan ini sehinggakan ianya amat sukar mencari mereka yang berjaya yang TIDAK “beri balik” kepada masyarakat. Satu perkara saya pelajari yang amat penting adalah untuk anda beri balik. Give back. Mereka yang menjadi jutawan & billionaire mengamalkan konsep ini sebelum mereka mencapai apa-apa kekayaan pun.
Enjoy atau gunakan pendapatan yang anda terima untuk lifestyle anda, tetapi, dalam pada itu, beri balik kepada masyarakat. Apabila anda memberi balik, anda akan merasakan bahawa harta & kekayaan ada banyak dan berlebihan di dunia ini (abundance). Dengan memberi balik, ianya akan datang semula kepada anda dalam berbagai bentuk dan secara berlebihan ;)
So, why not, sedekahkan RM50… RM100… atau lebih ke mana-mana, dan yakini bahawa anda akan dapat balik tidak lama lagi.
~Pesanan Yayasan Ilham Budi
ps: Memberi balik, bukan sekadar memberi balik wang sahaja, malah, anda juga boleh beri balik dari segi usaha, tenaga dan masa anda
pps: American Idol pun Give Back juga. Lihat pulangan balik nya
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [36] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Up selling = menambahkan LAGI keuntungan andaAntara minat, passion dan wangBoleh putus asa dalam perniagaan…Back to the Future
— Next Page »