August 2007
Monthly Archive
Fri 31 Aug 2007
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[16] Comments
Terfikir saya untuk menulis sedikit mengenai kemerdekaan, tetapi, tidak datang idea pula. Kemudian, teringat saya pada satu artikel saya yang baru-baru ini keluar dalam majalah Maskulin.
Bagi yang tidak tahu, saya merupakan penulis tetap untuk majalah Maskulin (Motivasi Dr.Irfan) dan juga NUR terbitan Karangkraf (Ruang Bisnes). Artikel ini teringat saya mengenai kemerdekaan- walaupun tidak secara langsung. Terfikir tentang pemimpin-pemimpin yang memeperjuangkan kemerdekaan 50 tahun lalu sudah pasti menerima pelbagai tentangan pihak penjajah!
Artikel mengenai kejayaan dan apa yang datang bersama kejayaan bertajuk “Tidak semuanya indah apabila berjaya”.
Dalam artikel ini saya menyebut tentang konsep “Inverse Paranoid”. Iaitu tip terakhir saya ingin kongsikan dengan anda yang saya kongsikan juga di Gerak Usahawan 2007!
Klik di sini untuk artikel sepenuhnya
Selamat bercuti & menyambut hari kemerdekaan ke-50
(more…)
Pendapat Anda? [16] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Berita Harian - Sembang SabtuIdea dari negara luar… dibawa ke MalaysiaUcapan Selamat Hari Raya & Sembang Raya…Irfan Khairi & Hari Belia Negara
Wed 29 Aug 2007
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[35] Comments
Masih lagi tip Gerak Usahawan…
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Alang-alang jadi usahawan, biar jadi USAHAWAN JUTAWAN!
- 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. Itu semua tahu
- 74% jutawan di dunia adalah daripada bidang perniagaan!
- Kebanyakan perniagaan yang berjaya kini, bermula sebagai perniagaan sambilan atau perniagaan kecil-kecilan, termasuk, Micorsoft, Dell, Body Shop, Selangor Pewter, Irfan Khairi Sdn Bhd dan banyak lagi!
Menjadi usahawan adalah matlamat yang agak mudah. Tetapkan matlamat anda untuk menjadi usahawan jutawan.
Tuliskan matlamat tersebut atas kertas supaya ia memasuki minda-separu sedar anda dan minda anda akan berusaha mencari peluang-peluang menjdai usahawan jutawan!
Keusahawanan adalah kerjaya pilihan. Dan alang-alang menjadi usahawan, biar jadi usahawan jutawan!
Pendapat Anda? [35] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Gerak Usahawan Nasional 2007- Part 1SoHo: IK di KosmoGerak Usahawan 2007 & Think and Grow RichAktiviti IKSB bulan ini: Sidang Media Impian, Terhangat & Workshop
Tue 28 Aug 2007
Antara tip-tip saya bentangkan semalam tentang peluang perniagaan Internet terutama untuk kita di Malaysia (juga Singapura & Brunei), ketika Gerak Usahawan 2007 adalah…
- Jumlah pengguna Internet Asia adalah lebih tinggi daripada jumlah pengguna Internet Amerika Syarikat dan juga Eropah. Bagi setiap 5 orang pengguna Internet di dunia, 3 daripadanya adalah pengguna Internet Asia! (Sumber: IWS)
- Statistik ini memberi peluang perniagaan Internet bagi usahawan Internet Malaysia oleh kerana lokasi Malaysia yang sangat strategik di tengah-tengah Asia. Ia memudahkan penghantaran produk dan perkhidmatan dan juga mengurangkan kos penghantaran.
- Jumlah pengguna Internet di Malaysia kini adalah seramai 14 juta pengguna. Sementara jumlah pengguna Internet sedunia adalah seramai 1.2 billion pengguna! (Sumber: IWS). Majoriti pengguna Internet sedunia memahami Bahasa Inggeris.
- Laman web perniagaan Internet berbahasa Malaysia juga mempunyai pasaran yang luas oleh kerana pasaran boleh menjangkau pengguna Internet Malaysia, Indonesia, Singapura dan juga Brunei. Statistik menunjukkan bahawa 20 juta penduduk dunia menggunakan bahasa Malaysia. (Sumber: CIA)
Ingin saya quote Pak Lah ketika pelancaran Gerak Usahawan mengenai keusahawanan…
Mengenai peluang besar dalam bidang keusahawan, Perdana Menteri menegur golongan yang tidak berfikiran jauh supaya menilai dan mengambil kesempatan daripadanya dan tidak hanya tertumpu untuk mencari kerja makan gaji.
Katanya, Malaysia yang makmur dan pantas membangun membentangkan banyak peluang perniagaan, cuma ramai yang kurang menggunakan akal dan malas hingga peluang itu tidak dapat dimanfaatkan.
“Rasulullah sendiri menyatakan bahawa sembilan daripada 10 bahagian rezeki itu datangnya daripada perniagaan. Semuanya bergantung kepada usaha kita,” katanya. (sumber: Berita Harian)
Perniagaan Internet adalah satu pilihan dalam memulakan perniagaan! Sekiranya berminat, Workshop Jutawan Internet terakhir sebelum puasa adalah pada hari Sabtu ini.
Esok saya akan beri lagi tip yang dikongsikan
Pendapat Anda? [18] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Menjadi pemborong onlinePerniagaan Internet & billionairesPerniagaan bukan Internet vs. Perniagaan InternetIdea dari negara luar… dibawa ke Malaysia
Sun 26 Aug 2007
Posted by Irfan Khairi under
Highlight![89] Comments
Alhamdulillah Gerak Usahawan 2007 tadi berjalan dengan lancar. Hadirin usahawan & bakal usahawan ada juga 700-800 orang! Wow… banyaknya. Semoga semuanya dapat manfaat daripada talk saya
Antara yang menarik terjadi:
- Sesi saya dimulakan lewat sedikit 4.00pm (sepatutnya 3.30pm)oleh kerana sesi-sesi sebelum saya terlewat. Namun, ramai sanggup menunggu dengan penuh sabar sesi saya… sesi penutup! Terima kasih atas sokongan semua
- Full house dewan besar tu sampai ramai yang perlu berdiri untuk masa 1 jam setengah!
- Sebuah klip berita TV9 dimainkan menunjukkan kejayaan perniagaan Internet oleh salah seorang peserta Workshop Jutawan Internet. Menjual produk Halal dari Kelantan ke seluruh dunia!
- Bersemangat membuat pesembahan punya pasal, saya sampai berdiri atas meja VIP! Nasib baik VIPnya takde!
- Lepas talk, berpeluang berjumpa bakal-bakal usahawan yang bersemangat!
Juga, sesi bersama saya tadi di siarkan di TV3 Buletin Utama
Saya pun tak sempat tengok sebab masih dalam kereta on the way balik rumah dari PWTC! Terima kasih kepada TV3
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Gerak Usahawan 2007 semoga ia dapat manfaatkan masyarakat Malaysia tentang Keusahawanan Kerjaya Pilihan.
Bagi mereka yang tak berkesempatan menyaksikan persembahan saya semalam, esok saya akan tulis sedikit tips yang saya kongsikan kepada lebih 700 peserta gerak Usahawan
Jumpa lagi!
ps: Workshop Jutawan Internet terdekat akan dijalankan pada 1hb September 2007. Workshop terakhir sebelum cuti Ramadhan! Hanya 3 tempat kosong.
Pendapat Anda? [89] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Gerak Usahawan Nasional 2007- Part 1Alang-alang jadi usahawan…Gerak Usahawan 2007 & Think and Grow RichPerniagaan Internet Malaysia, Asia dan seDunia
Sat 25 Aug 2007
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[15] Comments
Pagi tadi pelancaran Gerak Usahawan Nasional 2007 di PWTC oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Pak Lah!. Sesak juga PWTC di buatnya. Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Dato’ Seri Mohamed Khaled ternampak saya buat pertama kali ketika itu, terus sebut “Eh, ni yang jutawan Internet tu kan?”. Wah… boleh tahan juga!
Esok sesi saya adalah pada jam 3.30-5.30pm di PWTC
Sekiranya berminat, datanglah ke Gerak Usahawan- banyak yang anda boleh pelajari daripada pameran-pameran yang disediakan.
Daripada hendak menyertai MLM, hendak menyertai franchais, hendak mencipta franchais, hendak mendapatkan pinjaman bank, atau grant… macam-macam ada. Bagi usahawan & bakal usahawan, Gerak Usahawan adalah bantuan kerajaan dalam mempromosi keusahawanan. Pameran & booth bermula pada jam 9.30 pagi. Slogannya pun “Keusahawanan kerjaya pilihan!”
Sesi saya, saya akan kongsikan sedikit pengalaman dan juga cara memulakan perniagaan Internet. Apa yang saya akan ceritakan esok, hanyalah “pengenalan kepada perniagaan Internet”- jadi, yang advance-advance takde diceritakan
. Khas untuk membuka mata mereka yang masih belum mengetahui perniagaan Internet. Berikut adalah antara isi kandungan talk saya esok…
- Membina minda usahawan jutawan
Alang-alang hendak jadi usahawan, baik jadi usahawan jutawan! Tetapi, apa yang diperlukan untuk jadi usahawan jutawan?
- Kehebatan perniagaan Internet
Bagaimana perniagaan Internet dapat membantu usahawan. Kekuatan perniagaan Internet di Malaysia, Asia dan juga pasaran Islam!
- Nak jual apa online?
Soalan cepu emas ramai yang tidak tahu jawapannya. Nak jual apa online?
Jumpa di sana! Keusahawanan kerjaya pilihan
Pendapat Anda? [15] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Gerak Usahawan 2007 & Think and Grow RichGerak Usahawan Nasional 2007- Part 2Alang-alang jadi usahawan…Perniagaan Internet Malaysia, Asia dan seDunia
Fri 24 Aug 2007
Posted by Irfan Khairi under
Highlight![24] Comments
Bulan ini saya menjadi cover majalah perniagaan Apprentice- edisi merdeka! Best jadi cover majalah ni untuk publisiti, yang tak bestnya adalah masa time nak beli majalah di kedai mamak, nanti mamak tu jeling-jeling saya
Berita baik juga, bekas peserta Workshop Jutawan Internet, juga ada menulis untuk majalah ini, Irwan Dahnil. Namanya ada tertulis di bawah nama Azizi Ali dan atas nama Billi Lim. Keep up the good work!
Tip hari ini…
Membeli iklan di dalam majalah adalah salah satu cara promosi. Apa yang baiknya mengenai iklan di majalah adalah, anda mendapat market yang targeted.
- Ini kerana, setiap majalah mempunyai golongan pembacanya yang setia. Berdasarkan tema majalah tersebut seperti perniagaan, laman rumah, memancing, silat, keluarga, wanita, lelaki, kereta dan sebagainya… pengiklan dapat mengsasarkan iklan tepat pada pasaran yang ingin ditumpukan, tidak seperti surat khabar yang lebih bersifat umum.
- Majalah juga sering dijadikan koleksi untuk beberapa lamanya oleh kerana amat jarang orang membuang majalah (tidak seperti surat khabar). Selagi majalah di simpan, selagi itu juga iklan anda akan terkandung dalam majalah itu.
- Ilklan di dalam majalah adalah murah berbanding iklan akhbar, tv & radio. Murah + Tepat pada sasaran = Cara Promosi yang kos efektif!
Fikirkan sasaran pengguna perniagaan anda dan senaraikan apakah majalah-majalah di kedai yang menepati sasaran anda.
Up to date, sudah 3 majalah saya menjadi cover. Lepas ni, boleh la apply kat majalah Vogue jadi model pulak
Teringat pula time gambar saya keluar dalam filem Nana Tanjung!
ps: Workshop Jutawan Internet terakhir sebelum saya cuti Ramadhan akan dijalankan pada 1hb September! Signup & pelajari strategi menguasai pasaran Internet Malaysia untuk industri anda seperti bekas-bekas peserta Workshop. Layari http://www.rahsiainternet.com/workshop untuk pendaftaran.
Pendapat Anda? [24] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Dapatkan majalah I, Dara.com & Maskulin Feb 2009Irfan Khairi berlakon filem “Nana Tanjung”!Berfikiran negatif dan berfikiran positif- mana mudah?“Usahawan Muslim Perlu Rebut Peluang Perniagaan Internet”
Wed 22 Aug 2007
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[21] Comments
Tak kira betapa hebat kita merancang atau bersedia dgn ilmu yang ada, ada kalanya perancangan kita tidak menjadi. Diri saya sendiri juga begitu
Tahun ini, 2 perancangan perniagaan saya yang pernah sebut di Tip Satu Minit tidak menjadi. Iaitu…
- Strategy X (klik di sini)
Dokumentari perniagaan di mana 40% di rakam di UK. Strategy X adalah sesuatu yang penting, tetapi, sehingga kini, timing untuk keluarkannya masih belum tepat. Pasaran masih belum bersedia :(
- E-commerce Academy (klik di sini)
Perancangan yang agak besar juga ni antara salah satu azam saya tahun ini. Tetapi, makin banyak yang dilakukan untuk memulakan academy ini, makin sukar dan banyak halangan. Tidak seperti yang saya sangka- panjang cerita!
Kedua projek ini saya batalkan buat masa ini… modal dan usaha yang dikeluarkan pun burn.
Seperti kita semua ketahui, gagal sekali dua, bukan bermakna selamanya… walaupun 2 perancangan besar saya tidak menjadi untuk tahun ini, bermacam-macam lagi peracangan yang menjadi pada tahun ini
Pengajaran? Lakukan banyak perkara! Mat salleh kata, don’t put all eggs in one basket. Cuba bina aliran pendapatan berganda dari berbagai-bagai arah.
Sekiranya satu idea tidak menjadi, anda mempunyai 10 lagi idea lain. Sekiranya 1 perniagaan gagal, anda mempunyai 5 lagi perniagaan yang berjaya.
Bila sesuatu tidak menjadi, usah risau, gundah atau frust. Ia hanya menunjukkan kita ni manusia biasa dan kita hanya merancang & berusaha. Apa yang membezakan dengan mereka yang terus berjaya & mereka yang terus gagalan adalah…
…Lebih banyak perancangan & lebih banyak usaha! ;)
Pendapat Anda? [21] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Selamat menyambut Ramadhan yang muliaKenapa hendak jadi jutawan?Takut pesaing dalam perniagaan!Semua orang di dunia seperti anda
Tue 21 Aug 2007
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[12] Comments
Dalam perniagaan, sebagai usahawan, kita perlu menjangka pasaran perniagaan kita pada keadaan pasaran yang akan berubah mengikut musim. Musim yang dimaksudkan ini, adalah musim jangka pendek (bukan trend).
Contoh:
- Sesetengah perniagaan kurang pelanggan ketika cuti sekolah. Sesetengah perniagaan mendapat lebih keuntungan dari cuti sekolah.
- Sesetengah perniagaan kurang pelanggan ketika bulan puasa (dah dekat ni!). Sesetengah perniagaan pula mendapat lebih keuntungan ketika puasa (seperti gerai Ramadhan).
- Sesetengah perniagaan menjangka keuntungan yang lebih pada hujung bulan apabila pengguna menerima gaji!
- Sesetengah perniagaan menjangka keuntungan pada hujung tahun apabila pengguna menerima bonus!
- Sesetengah perniagaan akan menjangka penurunan keuntungan ketika cuti umum seperti cuti raya dan sebagainya…
Tip Satu Minit:
Ambil calander setahun, dan tandakan di dalam kalender tersebut minggu-minggu yang PANAS (warna merah) untuk keadaan di mana anda menjangka keuntungan yang lebih. Dan tandakan juga di kalender minggu-minggu yang SEJUK (warna biru) untuk keadaan di mana anda menjangka keuntungan kurang.
Melalui kalender PANAS & SEJUK ini, anda dapat melihat trend keuntungan perniagaan anda.
- Cipta strategi bagaimana anda boleh memaksimakan keuntungan bila musim perniagaan PANAS.
- Ubah strategi perniagaan ketika musim perniagaan SEJUK untuk mencari keuntungan baru ketika keuntungan perniagaan dijangka menurun- contoh, menjalankan perniagaan sampingan baru.
Sebagai usahawan, perhatikan musim perniagaan PANAS & SEJUK dalam satu tahun dan adjust strategy anda untuk memaksimakan keuntungan bagi keseluruhan tahun :)
Sesiapa boleh beri contoh?
Pendapat Anda? [12] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Perniagaan dan World Cup 2006Jujur bila berniaga… keuntungan jangka panjang!Pengumuman: Nescafe Kick-Start musim-4 dibuka…Perubahan musim dalam perniagaan
Sun 19 Aug 2007
Posted by Irfan Khairi under
Highlight![17] Comments
Semalam berlangsungnya Workshop Jutawan Internet di Singapura pertama. Alhamdulillah, berjalan dengan lancar dengan lebih 50 peserta.
Sejurus selepas Workshop, saya ditemuramah pula oleh Radio Singapore International, MediaCorp Radio dan untuk menyampaikan mesej perniagaan Internet kepada pendengar Singapura, Brunei & Indonesia.
Melihat permintaan ilmu perniagaan Internet yang tinggi di luar Malaysia juga, insyaallah Workshop Jutawan Internet akan memasuki pasaran Brunei tidak lama lagi. Workshop di Singapura kedua pula akan diadakan pada bulan hadapan 8hb September November (sebelum puasa!). Tu pun dah penuh! Bagi yang nak join juga, perlu tunggu selepas raya nanti.
Seronok saya melihat teman-teman di Singapura juga turut bersemangat dalam memulakan perniagaan Internet seperti di Malaysia juga.
Special thanks to Abang Abu, Thomas & team NowAsia!
Tip satu minit…
Sesetengah orang akan tanya, “mengapa ini… mengapa itu”, yang akan menjadi alasan. Anda perlu kata MENGAPA TIDAK!? dan teruskan mencapai kejayaan, demi kejayaan untuk diri anda!
Worshop Jutawan Internet International? Mengapa tidak! Why not!
Bagi yang tidak mahu melepaskan, Workshop Jutawan Internet di Kuala Lumpur akan diadakan pada 1hb September 2007- tempat semakin terhad! Pelajari cara memulakan perniagaan Internet yang menguntungkan dalam masa 7 hari
Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Pendapat Anda? [17] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
5 cara untuk jadi jutawanWorkshop Jutawan Internet di AstroWorkshop Jutawan Internet: Singapore - KL - SabahMengalih bahasa perniagaan Internet
Thu 16 Aug 2007
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[33] Comments
Terdapat dua cara sahaja dalam mengejar cita-cita. Cara berjalan & cara berlari…
1) Berjalan…
Sekiranya anda taking your own sweet time. Anda berusaha pada kadar yang perlahan, sedikit demi sedikit. Hari ini mungkin bersemangat… esok lusa kurang semangat. Setiap pagi bangun tidur, anda rasa it will be the same day as yesterday. Untuk menyiap kan sesuatu kerja, ia mengambil masa yang lama. Semangat anda adalah rendah walaupun sememangnya mempunyai matlamat dan cita-cita. Dalam mencapai sesuatu yang membanggakan, ia mengambil anda berminggu-minggu atau berbulan-bulan walaupun anda merasa diri anda cukup bermotivasi. Anda sering rasakan kejayaan adalah jauh lagi…
Berjalan mengejar cita-cita mengurangkan momentum anda. Ia juga mengambil masa yang amat lama dan kadangkala, ia membosankan apabila tiada apa yang tercapai dalam masa terdekat…
2) BERLARI!
Sekiranya anda bersemangat setiap hari. Bangun pagi dan rasa teruja bahawa hari ini anda akan mencapai matlamat anda tetapkan pada hari ini! Setiap masa adalah amat berharga dan anda menyiapkan segala kerja anda dengan pantas dan cekap! Anda mempunyai semangat dan momentum yang tinggi. Selang beberapa hari, anda mencapai sesuatu yang membanggakan diri anda sendiri… Anda rasa puas dan ketagih dengan kejayaan dan setiap jam sentiasa membuat anda lakukan sesuatu kearah mencapai cita-cita anda!
Berlari mengejar cita-cita akan meninggalkan orang lain jauh ke belakang!
Berjalan adalah mudah dan dilakukan oleh semua orang. Berlari adalah lebih sukar dan memenatkan- oleh itu, ramai tidak melakukannya cuma apabila terpaksa!
Pilihannya adalah pilihan anda!
Pendapat Anda? [33] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Cita-cita Obama sejak sekolah rendah!Yakin dengan diri sendiri!Kenapa hendak jadi jutawan?Cita-cita setinggi bintang
Tue 14 Aug 2007
Posted by Irfan Khairi under
Highlight![22] Comments
Hampir satu tahun lalu saya ada menulis ura-ura mengenai “Tip Satu Minit Menjadi Program TV?” Malangnya, ura-ura pada ketika itu tidak menjadi
takde rezeki! Kerana terdapat masalah teknikal sedikit dengan production company yang memberi proposal tersebut… lagi pun, ura-ura sahaja masa tu- belum masuk studio penggambaran pun.
Tetapi, berita terbaru untuk pembaca Tip Satu Minit, saya tak mahu meletakkan harapan anda tinggi sangat sebab perancangan tahun lepas tak menjadi, tetapi, perkembangan terbaru…
Hari ini saya menjalankan satu penggambaran pilot untuk Astro! Saya mengendalikan satu segmen khas memberi Tip - tapi bukan satu minit… sebab diberi dalam 6-7 minit. mungkin “Tip Irfan Khairi” (belum tetapkan nama segmen lagi). Pilot maksudnya rakaman pertama. Sekiranya tiada aral melintang dan pihak Astro setuju, maka, segmen saya akan menjadi segmen tetap setiap minggu
…Gambar di atas, breifing oleh Mr Kam
Gambar di bawah, di set…
Sekiranya semua berjalan lancar, ia merupakan suatu yang baru untuk industri Internet Malaysia!- Pertama kali (?) blog menjadi segmen di TV. Mana lah tahu lepas ni boleh saya kendalikan program macam Aznil ke, AC ke, Kak Nita ke…
Kalau ada rezeki kali ini! Jadi, doa-doakanlah orait? Cayalah! <— boleh jadi trademark saya kat TV ni
Pendapat Anda? [22] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Irfan Khairi on Selling Service On The Internet @ BFM89.9fm“Jutawan” bersama pakar motivasi; Dato Dr Fadzilah Kamsah!Irfan Khairi on Selling Information Online @ BFM89.9fmSoal Jawab Mudah Perniagaan Internet
— Next Page »