September 2007


Pengumuman:

Esok (Ahad 30hb September) saya akan ditemuramah di Radio24 mengenai perniagaan Internet. Bagi anda yang mempunyai masa terluang, tune in to Radio24 (channel radio baru yang dilancarkan oleh Bernama)

rad24.gifTemuramah bersama saya berkenaan “Perniagaan Internet” (rasanya lah :) ) akan berlangsung pada jam 10.00am-11.00am 12.00pm (tak pasti bila!).

Tune in to Radio24 di 93.9FM radio anda atau bagi mereka online, boleh dengar secara live streaming di http://www.radio24.com.my

Jumpa di radio! :)

*******************

Bagi anda yang berminat, selepas raya, pada bulan November ini kami akan menjalankan 3 Workshop Jutawan Internet. Book now sebelum seats dipenuhi (so far sudah ramai yang daftar dan beberapa tempat yang tinggal sahaja)…

Pendapat Anda? [24] Comments

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Matlamat “Jutawan!”
  • “JUTAWAN!” siri #1 berjaya :)
  • Selamat datang September 2006
  • Irfan Khairi speaker pakar

  • Tip kali ini daripada segmen saya di WW-Bersama Irfan Khairi hari ini di Astro Awani. Saya memberi beberapa tip mengenai Kad Kredit! Ada kad kredit pun susah, takde kad kredit pun susah :)

    ww1.jpgRamai antara kita mempunyai tabiat tidak suka membuka penyata kad kredit! Ini disebabkan, penggunaan kad kredit yang tidak bertanggungjawab menyebabkan hutang keliling pinggang. Apabila ini terjadi, nak buka penyata kad kredit pun malu-malu…

    Sering kali, apa yang dilakukan adalah membayar jumlah minimum sahaja setiap kali menerima penyata kad kredit.

    Tahukah anda, sekiranya anda mempunyai hutang kad kredit, contohnya mempunyai hutang RM5,000, dan hanya membayar jumlah minimum yang tertera setiap bulan…

    … ianya akan mengambil lebih kurang 19 tahun untuk melangsaikan keseluruhan hutang anda? Sebagai tambahan, anda akan membayar hampir RM10,000 secara keseluruhan!

    Di situlah terjadinya jerat kad kredit… setiap kali anda membayar baki minimum, masih terdapat lagi baki-baki lain yang dikenakan dalam lingkungan 18% interest.

    ww2.jpgJadi, berpada-pada dalam menggunakan kad kredit, dan sebolehnya, langsaikan hutang kad kredit secepat mungkin oleh kerana interest kad kredit adalah interest pinjaman yang paling tinggi! :)

    Jumpa lagi di minggu hadapan di WW- bersama saya!

    Pendapat Anda? [41] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Nota Jutawan: Nota Motivasi- Buku baru Irfan Khairi
  • Nota Jutawan: Nota Motivasi
  • Perniagaan mail order yang dilupakan…
  • Berjimat dari belian emosi

  • “Tak cukup masa”… “sibuk sangat”

    Mungkin itulah alasan yang paling ketara sekali di zaman ini.

    Anda pernah tak guna alasan ini? :) Saya pernah! Walaupun so far rasanya saya belum jadikannya alasan untuk terlepas menulis di Tip Satu Minit ini- walaupun sememangnya saya sibuk :)

    Apa sahaja kerja yang kita lakukan memerlukan masa. Tak kira kerja apa. Dengan itu, memang kita tidak boleh lari dengan masa.

    Satu strategy saya dalam menguruskan masa saya adalah strategy 10/90.

    Strategy ini mengatakan, kita perlu menggunakan 10% daripada masa kita untuk merancang masa kita, dan ini akan menjimatkan 90% daripada masa kita dalam mencapai sesuatu matlamat (jangka panjang atau jangka pendek).

    Adakah anda merancang masa anda? Maksud saya, benar-benar merancang sehingga mengambil masa 30 minit-1 jam hanya untuk merancang masa? :)

    Kalau tidak, anda perlu mulakan merancang masa anda 10% untuk menjimatkan 90%!

    Berhenti dari menggunakan perkataan “Tak cukup masa” atau “sibuk sangat” dari penggunaan anda. Dengan cara ini sahaja, anda akan MENCARI MASA dan tidak menjadikannya alasan!

    Pendapat Anda? [24] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Pengumuman Irfan Khairi sebagai duta…
  • Latihan yang mungkin akan mengubah hidup anda!
  • Perniagaan Ummatan Wasatha
  • Dua cara mengejar cita-cita

  • Di sini saya ada satu cara paling baik dan paling pantas membina perniagaan yang pasti berjaya- hampir guarantee!

    Caranya adalah memperbaiki sesuatu idea perniagaan yang berjaya sedia ada.

    Ianya dikatakan, dengan hanya perbaiki atau improvement sebanyak 10% sahaja sesuatu yang sedia ada, anda telah temui formula mencapai kejayaan dalam sesuatu perniagaan. Tidak perlu 100% pembaikan pun… 10% pun sudah mencukupi untuk mendapat pasaran yang besar.

    Ramai yang menyangka, untuk memulakan perniagaan, perlu mencipta idea baru yang 100% unik. Sememangnya, itu adalah satu cara… di mana kebarangkalian kegagalan adalah agak tinggi. Risiko juga adalah tinggi.

    Namun, sekiranya anda memperbaiki idea perniagaan yang berjaya sedia ada, kebarangkalian untuk gagal adalah lebih rendah oleh kerana model yang diikuti adalah model perniagaan yang sedia mempunyai permintaan :)

    Pendapat Anda? [18] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Kaizen… Rahsia Orang Jepun Terbongkar
  • Tak perfect lagi!
  • Perniagaan mesti bergerak… macam cowboy!
  • Anda sebagai CEO syarikat anda

  • Kali ini saya ingin mulakan kategori baru di Tip Satu Minit: Irfan@TV. Atas permintaan mereka yang ingin melihat saya di TV, tapi tak sempat! Jadi, ini untuk test round…


    Siapa dapat tengok, angkat tangan! :)

    Kalau tak dapat, try http://www.youtube.com/irfanTV

    ps: Workshop Jutawan Internet di KL akan diadakan pada 4hb November 2007- tempat semakin terhad! Minggu berikutnya kami akan ke Singapura… dan minggu berikutnya pula insyaallah kami akan ke Kuching, Sarawak! Mereka yang berada di Sarawak, tunggu… :)

    Pendapat Anda? [32] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Gerak Usahawan Nasional 2007- Part 2
  • Gerak Usahawan Nasional 2007- Part 1
  • Alang-alang jadi usahawan…
  • Gerak Usahawan 2007 & Think and Grow Rich

  • Pagi tadi secara langsung segmen saya di Astro Awani, WW-Bersama Irfan Khairi; siri ke-3.

    Anyway, pagi tadi saya memberi tip kewangan mengenai asas pelaburan. Asas pelaburan yang amat penting untuk semua ketahui adalah konsep “compounding”.

    Compounding adalah konsep yang paling penting untuk anda fahami dan manfaatkan oleh kerana ia adalah kunci kekayaan & kebebasan kewangan.

    Maksud compounding adalah wang yang anda laburkan, dan menerima pulangan pelaburan, akan berkembang dan menerima pulangan pelaburan pada tahun-tahun yang akan datang.

    Maksudnya, sekiranya anda laburkan RM100 sahaja pada pelaburan yang memulangkan 10%, RM100 itu akan menjadi RM110 tahun depan. RM121 tahun selepasnya. RM133.10 tahun berikutnya… dan seterusnya.

    Dalam masa 7 tahun, pada pulangan 10%, wang anda akan berganda 2.

    • Kalau RM100, sekiranya anda tidak sentuh, akan menjadi RM200.
    • Kalau laburkan RM1,000 dan tidak disentuh selama 7 tahun, ia akan menjadi RM2,000!
    • Bayangkan bagi mereka yang sedia kaya, dan mempunyai RM1 juta. Di biarkan selama 7 tahun, pada kadar pulangan 10% akan menjadi RM2 juta! Ini barulah maksudnya duduk rumah, goyang kaki! :) Ini antara sebab mengapa yang kaya menjadi semakin kaya- mereka memahami konsep penting COMPOUNDING!

    Jadi, daripada tip semalam, simpanan anda bulan-bulan 10% tu, laburkannya untuk mendapat pulangan 10% pula. Dan segala simpanan anda akan berganda dua kali dalam masa 7 tahun!

    Pendapat Anda? [28] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Wang atau Kebahagiaan- yang mana pilihan anda?
  • Jangan takut dengan WANG!
  • Rahsia aliran pendapatan berganda
  • Bayangkan pendapatan anda berganda 10x

  • Seringkali dalam buku kewangan menyeru kita untuk simpan 10% daripada pendapatan kita. Konsep “Pay yourself first!”

    Adakah anda melakukan ini?

    Konsep ini pada mulanya datang dari buku klasik The Richest Man in Babylon, yang mengatakan untuk simpan apa sahaja pendapatn harta kita 1/10 bahagian. Zaman kini, kita gunakan 10%.

    Bagi mereka yang tidak melakukan ini, lakukan sekarang oleh kerana ia akan membawa anda kepada bebas kewangan dalam tahun-tahun akan datang. Bagi mereka yang tidak melakukan ini, mungkin selama ini terasa, hendak simpan 10% daripada pendapatan amat sukar. Sebab hujung bulan, memang habis semua duit, tak sempat menyimpan pun!

    Jadi bagaimana?

    Mudah sahaja, sekiranya anda tidak mampu menyimpan 10% dari pendapatan bulanan anda, mula pada 1% sahaja. Sekiranya pendapatan RM2,000, simpan RM20 sahaja. Takkan simpan RM20 tak boleh? :)

    Sebulan dua kemudian, bila anda sudah selesa dengan menyimpan 1%, naikkan kepada 2%. Menjadi RM40 sebulan. Teruskan sehingga 3%… 4%… berbulan-bulan yang akan datang. Dengan cara ini, dalam 1 tahun, anda akan rasa selesa menyimpan 10% daripada pendapatan anda.

    Sekiranya tidak boleh menyimpan 10% kerana terasa amat sukar, tidak mengapa, mulakan dengan 1% sahaja dulu. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!

    Ingat, pay yourself first. Maksudnya, dapat gaji, terus simpankan % tu terlebih dahulu. Kemudian, baki, baru gunakan untuk bayaran2 tanggungan hidup :)

    Esok saya akan ceritakan bagaimana hendak melipatkali gandakan simpanan anda!

    ps: Sedar-sedar Cd Audio Motivasi saya “Wang & Anda” sudah berada di pasaran! Saya pun tak perasan ianya sudah berada di pasaran sejak minggu lepas. Hari ini saya mendapat panggilan mengatakan sudah OUT OF STOCK!

    Print pertama kami hanya print 500 sahaja… kesemuanya SUDAH HABIS dikedai dan kini, kami sedang print lagi! Wah… memang tak sangka begitu cepat habis sehingga kami sendiri tak sempat nak jual online :) Terima kasih atas sokongan anda! 

     

    Pendapat Anda? [23] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Kenapa tidak ada keyakinan diri?
  • Anda sebagai CEO syarikat anda
  • Katakan tidak (setuju)
  • Kerja untuk diri sendiri

  • Ada satu keadaan ini dikenali sebagai “Parkinson’s Law”. Maksudnya dalam perihal kewangan adalah…

    Lagi banyak pendapatan kita, lagi banyak perbelanjaan kita!

    Ini sememangnya berlaku dan menjadi satu tabiat yang asasi bagi manusia. Betul tak? :) Lagi banyak pendapatan anda, lagi banyak perbelanjaan anda…

    Cara untuk mencapai kebebasan kewangan adalah untuk dengan sengaja, melawan tabiat tersebut. Dalam kata lain, kita perlu tangani/violate Parkinson’s Law ni…

    Selalunya, bila pendapatan kita RM2,000 sebulan, perbelanjaan kita mungkin pada kereta sederhana, rumah sederhana, makan-minum di restoran, holiday pun dalam negara sahaja…

    Tapi, apabila pendapatan kita bertambah, rezeki bertambah menjadi RM5,000 sebulan, sedar-sedar kita akan tukar kereta baru yang lebih mewah, rumah lagi besar mungkin banglow, makan minum diluar pun di hotel, holiday pula ke luar negara!

    Itu lah dianya Parkinson’s Law.

    Semestinya ia terjadi pada semua orang, termasuk saya sendiri! :) Bak kata anda, kalau pendapatan dah banyak, tak puas lah kalau kita tak guna kan!

    Nasihat saya, cuma, berpada-pada bila ada kenaikan rezeki. Sememangnya sering kita tekankan, untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10% pendapatan anda.

    Tetapi, perlu ingat, sekiranya pendapatan meningkat, % simpanan juga perlu meningkat untuk mengelakkan Parkinson’s Law. Mungkin ketika pendapatan RM2,000, anda boleh simpan RM200 (10%). Tetapi, sekiranya pendapatan RM5,000, jangan pula masih di 10%, tetapi, naikkan simpanan kepada 20% (RM1,000).

    Dengan cara ini, anda masih lagi dapat menggunakan kewangan anda yang meningkat dan memuaskan hati anda (RM4,000), serta, menyimpan dengan lebih banyak dan melawan Parkinson’s Law (RM1,000)! :)

    Pendapat Anda? [21] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Satu jam seminggu
  • Erti financially free… kewangan mandiri
  • Ubahkan Diri Anda
  • Perakaunan dalam perniagaan

  • Sempena pelancaran “Tip Kewangan” di Tip-Satu-Minit, serta pelancaran CD Audio “Wang & Anda”…

    …apa kata minggu ini, saya berikan Tip Kewangan sahaja! :) Kita kira ini minggu Tip Kewangan!

    Kekayaan bukan bererti berapa banyak pendapatan kita, tetapi berapa banyak kita dapat menyimpan pendapatan kita!

    Beberapa soalan lepas berbunyi:

    Bagaimana hendak mengawal belian emosi. Walaupun sudah merancang, tapi, kita tetap rasa nak beli juga?

    Caranya adalah…

    1. Seperti menetapkan matlamat, merancang kewangan juga perlu ditulis! Ambil kertas, dan tulis perancangan kewangan anda. Dengan menulis berapa budget anda untuk bulan ini, subconcious mind anda akan membantu anda dalam usaha membendung belian emosi.
    2. Ketika pergi ke pusat membeli belah, bawa wang tunai sahaja, dan tinggalkan kad kredit anda di rumah. Bawa cukup2 untuk budget belian anda dan sedikit extra untuk kecemasan.
    3. Ketika ingin membeli sesuatu yang diluar perancangan anda, berhenti seketika dan beri masa untuk anda fikir. Bukan masa 10 minit-20 minit… tetapi, yakinkan diri anda untuk tunggu 2 minggu sebelum membeli. Ini kerana, dalam masa itu, anda akan dapat tahu sama ada barang tersebut PERLU DIBELI, atau TIDAK PERLU DIBELI.

      Kalau PERLU juga selepas 2 minggu, teruskan belian anda. Sekiranya selepas 2 minggu anda rasa TIDAK PERLU, maka, anda telah menjimatkan wang anda! :)

    Sekali lagi, Kekayaan bukan bererti berapa banyak pendapatan kita, tetapi berapa banyak kita dapat menyimpan pendapatan kita!

    Sekiranya pendapatan kita RM5,000 sebulan tetapi kita belanja RM4,800 sebulan, maka, mereka yang berpendapatan RM1,500 tetapi belanja RM1,000 sebulan adalah lebih kaya dari kita!

    Pendapat Anda? [21] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Tip kewangan!
  • Kupon Diskaun… Pelanggan Berulang!
  • Up selling = menambahkan LAGI keuntungan anda
  • Cayalah domain name ni!

  • Suka saya umumkan kategori baru di Tip Satu Minit… iaitu TIP KEWANGAN!

    awanilogo1.gifTip kewangan semestinya akan mengandungi tip-tip kewangan peribadi. Insyaallah saya akan muatkan tip-tip yang saya kongsikan di ruang saya “WW-Bersama Irfan Khairi” di Astro Awani setiap Khamis (11.30 pagi / 4.30 ptg / 6.30 pagi).

    wanganda-small.jpgJuga, sebagai susulan kepada CD motivasi kewangan saya “Wang & Anda” yang bakal diedarkan dalam bulan Ramadhan ini oleh Telaga Biru Sdn Bhd.

    Mula-mula terfikir juga untuk buat blog berasingan “Wang & Anda”, tetapi, takut tak cukup masa maintain 2 blog sekali. Jadi, Tip-Satu-Minit berubah sedikit jadi Tip Perniagaan, Tip Kewangan & Tip Motivasi… boleh kan? :)

    Tip Kewangan pertama sepertimana di WW semalam…

    Bulan perayaan ini, pusat membeli belah, kedai-kedai, shopng complex semua akan mula menurunkan harga dari 20% hinggalah ke 70% discount.

    Penurunan harga ini adalah untuk menarik emosi orang ramai membuat belian oleh kerana apa sahaja keputusan membuat belian, 90% datangnya dari emosi (bukan logik!)

    Musim perayaan pula, emosi adalah pada tahap yang amat tinggi dan pusat membeli belah semuanya tahu berkenaan ini. Dengan itu, harga pun diturunkan sehingga 70%!

    Beringat-ingat untuk tidak membazir. Bulan Ramadhan bukanlah perayaan membeli belah dan makan-makan. Tetapkan budget berapa anda ingin belanjakan bulan raya ini, dan stick to the budget. jangan terlebih budget anda. Inilah caranya untuk mengawal keputusan belian secara emosi- yang 90% tu!

    Gagal merancang adalah merancang untuk gagal dalam kewangan!

    ps: Di WW, saya akan beri 3 tip kewangan berdasarkan topik sebab diberi 7 minit. Di Tip Satu Minit, saya tulis 1 sahaja untuk memenuhi konsep Tip-Satu-Minit.

    Pendapat Anda? [22] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Satu jam seminggu
  • Erti financially free… kewangan mandiri
  • Ubahkan Diri Anda
  • Perakaunan dalam perniagaan

  • Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya mengucapkan…

    …selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pembaca Tip-Satu-Minit yang beragama Islam.

    Hayati fadhilat Ramadhan dan cari keberkatan-Nya. Moga kita dianugerahkan kekuatan menjalani tuntutan puasa & melipat kali gandakan amal.

    Sama-sama doakan kejayaan bersama yang berlipat kali ganda! :)

    ps: Cuti tip hari ini! ;)

    Pendapat Anda? [27] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Selamat menyambut Ramadhan yang mulia
  • Selamat berpuasa!
  • Selamat Menyambut Aidil Adha
  • Selamat Hari Raya Aidiladha - pengorbanan

  • Next Page »