October 2007
Monthly Archive
Wed 31 Oct 2007
Mempunyai matlamat adalah penting. tetapi, apa yang lagi penting adalah usaha anda untuk memastikan matlamat anda tercapai. Esok, insyaallah saya akan tanyakan pada tetamu ikon jutawan, Dr Azman Chin, pendapatnya mengenai matlamat.
Sebelum itu, saya hendak membawa anda time-travel sediit lebih kurang 2 tahun yang lalu. Ketika, orang ramai masih belum mengenali saya… “siapa lah Irfan Khairi ni… tak kenal pun!”
Pada July 2005, ketika ditemubual oleh majalah Maskulin, ketika itu tak ramai yang mengenali saya (kesian!)…
Maskulin:
Apakah matlamat jangka panjang anda?
Irfan Khairi:
Untuk menjadi ikon kepada kejayaan perniagaan berasaskan internet di negara ini.
Rujukan: http://www.rahsiainternet.com/media/maskulin.htm
Sejak menetapkan matlamat itu, saya terus berusaha untuk mencapaikannya sehingga kini, alhamdulillah, ramai yang setuju matlamat saya tercapai.
Jadi, hari ini, saya ingin umumkan matlamat saya untuk program “Jutawan! bersama Irfan Khairi”…
Matlamat saya untuk jadikan program “Jutawan!” sebagai salah satu program bual bicara radio yang paling popular di Malaysia!
Sudah tentu, seperti matlamat saya 2 tahun lalu, saya akan berusaha keras untuk mencapaikannya!
Tip Satu Minit hari ini…
Adakah anda mempunyai matlamat yang anda sanggup berusaha mencapainya? Hari Isnin lepas ketika saya menemubual Azizi Ali di udara (pengenalan program “Jutawan!”), beliau berkata…
Ramai orang mempunyai matlamat dan impian. Tetapi, hanya sedikit sahaja yang sanggup berusaha keras untuk mereliasasikannya!
Berdebar-debar hendak mengemudikan program “Jutawan! bersama Irfan Khairi” esok! Tak sabar, dalam waktu yang sama, amat teruja! Pertama kali jadi penyampai radio
Look out Halim Othman!
Jangan lupa pesanan saya semalam: CALL IN- 03-26927939 (save dalam phone)! ketika program untuk memeriahkan lagi rancangan! Bila lagi berpeluang nak bersembang dengan saya & ikon jemputan esok!
Pendapat Anda? [30] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Menulis matlamat… menulis lagi!Strategi Jutawan Internet Irfan KhairiMatlamat yang realistikMatlamat seorang jutawan
Tue 30 Oct 2007
Saya amat teruja dengan peluang yang diberikan untuk mengendalikan program saya sendiri di Radio24 mulai Khamis, 1hb November ini! Teruja sehingga tak terkata! Kini tinggal lebih kurang 48 jam sahaja sebelum program “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi” akan keudara buat pertama kalinya
Radio24 | 93.9FM | 3pm-5pm | Setiap Khamis
JUTAWAN! adalah talk show di mana saya akan menemuramah usahawan-usahawan jutawan yang berjaya dari pelbagai industri. Setiap episod/siri akan memaparkan seorang tokoh jemputan JUTAWAN!. Tidak seperti talk show yang lain, konsep talk show ini adalah berkisarkan pembangunan diri di mana teknik dan strategy kejayaan dan perniagaan akan didedahkan!
Apa yang membezakan mereka yang bergelar jutawan dan mereka yang mencapai kejayaan sederhana? Apakah mindset seorang jutawan? Bagaimana kita boleh aplikasikan strategi perniagaan dan pembangunan diri usahawan-usahawan jutawan ini? Dan macam-macam lagi persoalan menarik mengenai minda jutawan!
Semalam, saya di udara bersama Nizal Mohammad di Radio24 untuk preview program “JUTAWAN!”.
Harap maaf, oleh sebab terlalu sibuk, tak sempat saya post kan mesej untuk memberi tahu anda mengenai preview semalam yang berlangsung dari 9mlm hingga 12 mlm di radio24. Mungkin ramai yang terlepas!
Tetapi tak mengapa… kini, krew saya sedang menaip semula transkrip preview tersebut untuk bacaan anda. Apabila siap nanti, kami akan berikan PDF preview tersebut kepada anda… mungkin dalam format e-book percuma.
Apa yang anda perlu lakukan adalah, sertai laman web JEJAK JUTAWAN di http://www.jejakjutawan.com dan kami akan hantarkannya kepada anda apabila siap kelak (dalam 2-3 hari lagi).
Apa yang menariknya ketika preview semalam, saya melakukan call-in jutawan Hartanah, tak lain-tak bukan, Azizi Ali untuk turut serta memberi pendapat tentang rancangan JUTAWAN.
OK, special announcement, hari Khamis ini tetamu pertama JUTAWAN! bersama Irfan Khairi adalah seorang jutawan MLM. Seorang usahawan MLM yang berjaya meraih berjuta daripada MLM.
Hari Khamis ini, tak sabar saya hendak mencungkil dan mengorek rahsia seorang jutawan MLM dan motivator, Dato Dr Azman Chin!
Bagi mereka yang pernah menyertai MLM, pastikan anda bersama saya hari Khamis ini untuk mengetahui bagaimana anda dapat melipat kali gandakan keuntungan perniagaan MLM anda.
Bagi mereka yang merancang untuk menyertai MLM, pastikan anda bersama saya untuk mengetahui apakah langkah pertama yang paling penting dalam menjayakan perniagaan MLM anda.
Bagi mereka yang tidak minat dengan MLM, pastikan anda juga bersama saya nanti oleh kerana ilmu yang disampaikan oleh Azman Chin nanti pasti akan memberi manfaat kepada anda untuk menyediakan anda berfikir seperti seorang jutawan- tanamkan minda jutawan dalam apa sahaja industri yang anda minat!
Berbagai-bagai soalan yang saya sediakan untuk memastikan Azman Chin membongkar segala rahsianya. Oleh kerana saya juga pernah melalui perjalanan mencapai jutawan, soalan-soalan saya pasti akan membuka minda anda tentang minda seorang jutawan
Dan yang paling best sekali…
Kami mengambil keputusan untuk membuka talian telefon untuk ANDA sendiri call in dan bertanya apa sahaja soalan pada ikon-ikon jutawan kelak. Ilham ini saya dapat dari Tip Satu Minit oleh kerana, ramai yang sering mengadu, tidak berpeluang untuk bersemuka atau berinteraksi dengan jutawan.
Kini, tiada lagi alasan untuk anda tidak berinteraksi dengan jutawan oleh kerana saya akan menerima call-in daripada anda. So, sama-sama kita LIVE on air ok?
So, keluarkan handphone anda sekarang, dan ambil nombor ini…
03-26927939
Save kan nombor ini dalam phone book anda oleh kerana nombor ini untuk anda mendapat akses kepada ikon jutawan pada hari Khamis ini (dan setiap Khamis akan datang). Dah save kan? Kalau belum, cepat-cepat savekan… dan tulis sebagai Irfan Khairi Radio24!
Ok, pastikan anda bersama saya hari Khamis ini pukul 3pm-5pm di Radio24 gelombang 93.9FM.
Radio24 hanya didengari di Selangor sahaja melalui radio buat masa ini. Bagi mereka yang tidak dapat 93.9FM, masih lagi tiada alasan oleh kerana anda boleh mengikuti secara LIVE STREAMING di http://www.radio24.com.my (saya cadangkan guna earphones supaya tiada maklumat penting terlepas!)
So, 3 perkara saya ingin ingatkan anda…
- Pastikan anda menyediakan buku nota dan pen untuk mencatit info-info penting yang disampaikan di “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi”. Ini adalah syarat 101 Irfan Khairi dalam menuntut ilmu
- Pastikan anda call-in ketika siaran untuk bertanyakan soalan-soalan pada saya atau Jutawan MLM, Azman Chin! Nombor sudah save dalam phone? 03-26927939. Saya hendak lihat talian telefon di studio nanti berkelip-kelip dengan pembaca Tip Satu Minit yang tak sabar bertanyakan soalan!
- Ingat bahawa… Jejak sejuta ringgit bermula daripada motivasi satu impian! Dan ini adalah usaha saya mendekatkan lagi ikon-ikon jutawan negara kepada masyarakat umum untuk memberi inspirasi dan motivasi! Untuk sebarang update Jutawan, sertai Jejak Jutawan di http://www.jejakjutawan.com sekarang!
Kita berjumpa di JUTAWAN! bersama saya, Irfan Khairi! Cayalah
Radio24 | 93.9FM | 3pm-5pm | Setiap Khamis
Pendapat Anda? [53] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
5 cara untuk jadi jutawanJutawan siapa?Jutawan “modern” tak seperti jutawan dulu-duluKenapa hendak jadi jutawan?
Mon 29 Oct 2007
Teknik “Squeeze page” adalah teknik yang sering digunakan dan menerima hype baru-baru ini dikalangan Internet marketers kini.
Squeeze page adalah laman web yang hanya meminta maklumat seperti nama & alamat email pelawat di mukasurat pertama. Squeeze page juga memuatkan manfaat-manfaat yang diterima oleh pelawat sekiranya mereka meninggalkan nama dan alamat email.
Contoh squeeze page: http://www.jejakjutawan.com
Pakar perniagaan Internet berpendapat bahawa dengan mendapatkan nama dan email pelawat, mereka dapat menggunakan maklumat ini untuk promosi susulan yang lebih efektif. Ini adalah kerana, perhubungan yang berterusan melalui email akan menambahkan lagi kepercayaan pelawat untuk menjadi pembeli.
Kekuatan Squeeze page:
Menambahkan lagi jumlah subscribers kepada mailing list. Ini kerana, sekiranya pelawat melawati sesuatu laman web perlu memberi nama dan email terlebih dahulu sebelum menerima apa sahaja maklumat terkandung dalam laman web itu
Squeeze page yang baik dapat mengubahkan 50%-60% pelawat menjadi subscribers email (bukan pembeli!). Manakala tanpa squeeze page, laman web biasa yang baik dapat menarik 20%-30% pelawat kepada subscribers email (bukan pembeli!).
Kelemahan Squeeze page:
Terlalu sedikit informasi untuk menambahkan kepercayaan pelawat kepada pemilik laman web/perniagaan Internet. Walaupun jumlah subscribers meningkat, nilai kualiti subscribers tidak diketahui. Sesetengah orang yang berkemampuan (prospect) mungkin tidak selesa dengan meninggalkan email tanpa maklumat yang lanjut, maka, kita kehilangan prospek.
Pendapat saya:
Nanti kita tengok result squeeze page saya ni, dan saya akan laporkan di sini keberkesanan sesuatu squeeze page untuk anda pertimbangkan
Lawati sqeeze page JEJAK JUTAWAN dan dapatkan akses percuma kepada laman web JEJAK JUTAWAN! Satu lagi rangkaian Irfan Khairi Sdn Bhd
Lawati http://www.jejakjutawan.com untuk melihat “squeeze page” in action sekarang
Pendapat Anda? [22] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Hits - kesilapan dalam mengira pelawatIrfan Khairi di Berita TV9Irfan Khairi & Hari Belia NegaraSoHo: IK di Kosmo
Sat 27 Oct 2007
Posted by Irfan Khairi under
Santai[13] Comments
Pengumuman:
Nescafe-KickStart sudah nak masuk musim ke-4 dan pendaftaran telah dibuka. Insyaallah saya juga akan menjadi judge untuk musim ke-4 ini. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai, layari http://www.kickstart.com.my/ dan lakukan pendaftaran online.
Apa kata bagi student & belia-belia muda cuba sertaia… tak rugi, bukannya kena bayar apa2 untuk masuk. Kalau menang, Hadiah utama RM150,000! Hadiah sagu hati RM30,000 untuk 4 orang!
Tip daripada saya bagi mereka yang ingin menyertai, jawab 3 soalan yang diberi dengan penuh perancangan. Jangan main tulis sahaja. Kalau tak merancang = anda merancang untuk gagal!
Saya diberitahu program akan bermula pada Januari 2008. So, nanti sekali lagi saya akan jadi macam Simon Cowell! Mana lah tahu kut-kut pembaca Tip-Satu-Minit short listed untuk bertanding!
Pendapat Anda? [13] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Nescafe Kick-Start Finale LIVENescafe Kick-Start mula disiarkan!IK dulu dan kini di TVIrfan Khairi in Kick-Start reality TV!
Thu 25 Oct 2007
Posted by Irfan Khairi under
Tip Kewangan[22] Comments
Tip saya di segmen WW-bersama Irfan Khairi di Astro Awani hari ini, saya berbincang mengenai “Pencen tak Berduit”.
Baru-baru ini, laporan dalam Utusan Malaysia mengatakan bahawa purata caruman KWSP untuk pencarum adalah RM114,000 seorang selepas mereka pencen. Apaka maksud ini?
- Secara purata, mengikut jangka hayat 55-75 tahun, pencarum hanya menerima RM475 sebulan!
- RM475 sebulan adalah dibawah paras kemiskinan di Semenanjung Malaysia iaitu RM530
- Sekiranya pencarum melakukan pengeluaran KWSP awal, jumlah ini akan berkurang lagi dan merumitkan kos sara hidup mereka yang pencen!
Jadi apa perlu anda buat?
- Jangan 100% mengharapkan simpanan KWSP sahaja. Anda perlu menyimpan juga sendiri!
- Pengeluaran awal KWSP adalah “last resort” sekiranya mesti keluarkan wang sahaja!
- Mulakan perniagaan atau mula melabur supaya kewangan masa depan kita lebih terjamin
Mudahan kita tidak pencen tak berduit. Matlamat kita adalah untuk “Retire Rich, Retire Young!”
Pendapat Anda? [22] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Lain orang, lain cara motivasiApa yang memotivasikan anda?Duit sen vs duit kertas
Wed 24 Oct 2007
Sejak beberapa hari lepas, selepas saya di-confirmkan untuk mengendalikan rancangan “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi” di Radio24 93.9FM, saya amat terkejut dan terharu juga apabila meneyenaraikan jutawan-jutawan yang bakal saya temuramah mulai minggu hadapan (hari Khamis… jangan lupa!)
Kebanyakan nama dalam senarai saya adalah individu yang saya sendiri jadikan idola dalam bidang kejayaan dan perniagaan. Kini, saya berpeluang pula untuk bertemu dan mencungkil rahsia-rahsia kejayaan mereka dan berkongsi dengan orang ramai.
Pernah saya terbaca (tak ingat di mana), bahawa kita akan menjadi seperti indivdu yang kita idolakan. Melihat perjalanan saya sehingga kini, memang saya setuju 100% dengan kenyataan ini!
Fikirkan siapakah idola anda- ingat, tidak semestinya satu sahaja. Lagi banyak, lagi bagus! Ikuti langkah-langkah mereka dan strategi mereka. Kita tidak perlu mencipta kaedah kejayaan baru- hanya ikut strategi idola-idola kita sahaja dan kita juga dapat mencapai kejayaan.
Ikut jejak langkah idola < — lihat posting ini. Kisah Tiger Woods kini terjadi pada saya pula
Tak sabar berjumpa dan menemuramah jutawan usahawan mulai minggu hadapan! Malam tadi saya dapat bertemu dengan salah seorang daripadanya dan beliau bersetuju untuk turut berkongsi kisah kejayaannya di udara bersama saya!
Siapa dalam senarai saya? insyaallah nanti saya akan update di sini bersama highlight setiap temuramah tersebut. Dengan ini juga saya mulakan kategori baru di Tip Satu Minit iaitu: Mentor Jutawan! Moga ia dapat memanfaatkan anda.
Latihan untuk anda: Senaraikan idola-idola anda, sekurang-kurangnya 3 individu! dan fikirkan strategi kejayaan mereka. Bayangkan anda juga boleh mencapai kejayaan seperti mereka!
Pendapat Anda? [35] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Ikut jejak langkah idolaMenjadi bintangSiapakah “mastermind” group anda?Siapa cepat, siapa lambat?
Tue 23 Oct 2007
Posted by Irfan Khairi under
Highlight![45] Comments

Berita baik saya ingin kongsikan dengan anda! Bermula 1hb November, saya akan mengendalikan sebuah rancangan “talk-show” bertajuk “JUTAWAN!” setiap minggu. Tetapi… bukan talk-show TV seperti mana ramai menyangka semalam. Tetapi, talk-show untuk radio. Radio 24! Yes!
JUTAWAN! adalah talk show di mana saya akan menemuramah usahawan-usahawan jutawan yang berjaya dari pelbagai industri. Setiap episod/siri akan memaparkan seorang tokoh jemputan JUTAWAN!. Tidak seperti talk show yang lain, konsep talk show ini adalah berkisarkan pembangunan diri di mana teknik dan strategy kejayaan akan dibincangkan.
Apa yang membezakan mereka yang bergelar jutawan? Apakah mindset seorang jutawan? Bagaimana kita boleh aplikasikan strategi perniagaan dan pembangunan diri usahawan-usahawan jutawan ini? Dan macam-macam lagi persoalan menarik mengenai minda jutawan!
WOW! :) Saya amat teruja dengan peluang yang diberikan ini… ramai nama-nama hebat industri akan turut menjadi tetamu undangan JUTAWAN! bagi setiap siri dan saya tak sabar untuk mengendalikan program 2 jam ini!
Itulah matlamat besar saya yang saya sebutkan semalam. Tidak 100% seperti matlamat yang saya bayangkan, oleh kerana matlamat saya adalah mengendalikan rancangan TV berkonsepkan sebegini. Tetapi, tawaran dari Radio 24 ini is excellent sebab dapat menemuramah selama 2 jam terus… (kalau TV selalunya 30 minit shj… sedikit singkat).
Ok, nak juga saya sebutkan tentang “re-branding” yang saya sebutkan semalam…
Oleh kerana kini saya makin banyak menerima tawaran di media untuk menyampaikan mesej-mesej motivasi, saya dapat lihat arah hala karier saya sebagai motivator. TETAPI, bagi mereka yang sering mengikuti perkembangan saya, tahu bahawa, strategi yang saya gunakan adalah menjadi lain-daripada yang lain.
Oleh itu, kalau lihat kembali tajuk talk-show saya ni, JUTAWAN! bersama Irfan Khairi, saya mengambil keputusan untuk tidak menggunakan “Dr” dalam penampilan saya di arena motivasi.
Antara sebabnya:
- Motivator sering di kaitkan dengan Dr seperti Dr Fadzillah Kamsah, Dr Tuah, Dr Shukeri dll… walaupun saya menghormati kesemua pakar motivasi negara, saya ingin mengambil pendekatan berbeza (USP) seperti mana saya sering lakukan
- Bagi yang mengetahui, doctorate yang saya miliki adalah DBA (Business Administration) dan bukan PHD. Pakar motivasi negara kesemuanya adalah PHD holders. Oleh itu, sebaiknya saya tidak menggunakan DBA saya untuk mengelakkan kekeliruan dan juga salah tafsir terutama dalam bidang motivasi. DBA (perniagaan) adalah berbeza dengan PHD (filosofi).
- Dengan pendekatan “Irfan Khairi” saya sering rasa lebih dekat dengan pembaca, pendengar dan penonton. Beberapa kali saya sudah sebutkan ini di Tip Satu Minit. Tambahan, bagi mereka yang pernah melihat saya beri ceramah, pendekatan adalah agak berlainan dari motivator lain. Juga, rancangan “JUTAWAN!” nanti, muzik tema saya agak “rock” dan konsep talk-show saya agak “edgy” & “funky” sikit… jadi, sebaiknya, saya hilangkan identiti motivator konvensional :)
Rowan Atkinson yang lebih dikenali sebagai Mr.Bean adalah seorang pemegang phd
Oleh kerana branding yang digunakan untuk mendekatkan dengan penonton, maka, di media, Mr Bean tidak menggunakan “Dr. Rowan Atkinson” A lesson saya pelajari dari Mr Bean!
Jadi, lepas ini, penampilan saya adalah “Irfan Khairi” sahaja…. itulah re-branding saya. Seperti asal 2 tahun lalu So, jangan ketinggalan…

Radio24 | 93.9FM | 3pm-5pm | Setiap Khamis
Saya akan gunakan peluang yang ada untuk mendekatkan lagi mindset jutawan kepada pendengar-pendengar melalui “JUTAWAN!”, selaras dengan minat saya dalam, membuka kunci kemampuan diri pendengar dalam mencapai kejayaan, kekayaan & kesejahteraan!
Terima kasih kepada Radio24 kerana memberi peluang ini kepada saya, terutama Sheikh Raffi- one of the most creative person in the media/broadcasting industry I have met!
Cayalah! (oh ya… “Cayalah!” akan jadi tag line saya…)
ps: Perasan tak, saya di studio Astro Awani secara LIVE setiap Khamis 11.30am di Wanita & Wang (channel 123 astro) … lepas tu, terus cabut ke studio Radio24 untuk rancangan secara LIVE JUTAWAN! juga… wah. Sibuk macam PM
bagi mereka yang mengikuti WW bersama Irfan Khairi, jangan lupa pula untuk dengar talk-show saya di radio24!
Pendapat Anda? [45] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Bersama Jutawan yang GAGAL! Billi LimBersama Azizi Ali hari ini!“JUTAWAN!” bersama ikon jutawan: Azizi AliJutawan siapa?
Mon 22 Oct 2007
Esok ada satu pengumuman yang agak menarik! Salah satu matlamat *BESAR* saya tercapai lagi untuk tahun ini. Yea!! :) Nampak gayanya, bertambah la ucapan tahniah
Kali ini, tidak 100% seperti yang saya bayangkan, tetapi, ia amat memadai! Cuma, untuk menjayakan matlamat saya ini, saya memerlukan sedikit “re-branding”.
Tip hari ini…
Dalam perniagaan, “re-branding” bermaksud menukarkan cara pendekatan sesuatu perniagaan melalui jenama. Contoh re-branding baru-baru ini mungkin anda perasan adalah re-branding Bank Islam.

Ada banyak tujuan re-branding, tetapi, secara rata, ia adalah untuk memberi tanggapan baru, imej baru untuk keadaan semasa yang berubah.
Esok saya akan umumkan matlamat BESAR saya yang tercapai dan juga sedikit re-branding untuk diri saya sendiri sempena matlamat tersebut.
To make it interesting, saya nak beri hadiah kepada siapa boleh teka MATLAMAT BESAR saya yang tercapai ini. Apa pula pencapaian saya kali ini? Sedikit preview:
Clue: Gabungan 2 pencapaian saya sejak 2 bulan lepas! banyak kali juga saya pernah hint berkenaan ini
ps: Jawapan pertama yang tepat sahaja dapat hadiah! hadiah memang menarik… tidak pernah diberikan lagi!
Pendapat Anda? [40] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Buku terbaru Irfan Khairi- Nota Jutawan!Selamat datang September 2006Ucapan Selamat Hari Raya & Sembang Raya…Idea dari negara luar… dibawa ke Malaysia
Sun 21 Oct 2007
Posted by Irfan Khairi under
Highlight![7] Comments
Terima kasih atas sokongan anda, selepas 1 hari sahaja Cayalah di lancarkan, terlalu banyak pesanan yang kami terima sehingga terpaksa ditutup!
Pesanan untuk Cayalah akan dibuka semula bulan hadapan selepas Cayalah fasa pertama selesai
bagi yang berminat, boleh email kami di info@rahsiainternet.com supaya boleh masuk ke dalam waiting list kami untuk Cayalah fasa ke-2…
Cayalah!
================
Sekiranya anda ingin tahu strategi perniagaan Internet bagaimana anda juga boleh menjual produk dan perkhidmatan yang laris di Internet, sertai Workshop Jutawan Internet yang akan diadakan di bulan hadapan di Kuala Lumpur & Singapura!
Jumpa di sana!
Pendapat Anda? [7] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Cayalah!com- pelan perniagaan short-cutPelancaran Cayalah!Cayalah domain name ni!Perniagaan mail order yang dilupakan…
Fri 19 Oct 2007
Yang ditunggu pun telah tiba! Ramai yang menghantar email bertanyakan pelancarannya sejak 2 bulan lepas lagi… dan finally, team Cayalah!com pun sudah bersedia di hadapan desktop masing-masing!
KONSEP:
Konsep yang akan digunakan oleh Cayalah!com adalah perkhidmatan mereka cipta laman web perniagaan Internet ber kos rendah. Idea ini saya sudah simpan agak lama dah, cuma tidak tahu hendak menggunakan pendekatan bagaimana. Sehingga lately ni mendapat ilham daripada AirAsia- menggunakan harga rendah kepada pelanggan dengan mengurangkan kos di mana yang boleh.
MASALAH:
Dalam mencari idea memulakan perniagaan, apa yang saya sering nasihatkan adalah mencari “masalah”, kemudian, berikan penyelesaian. Masalah yang sering saya lihat kini adalah perniagaan Internet mula mendapat sambutan di Malaysia, cuma, apabila melihat laman web usahawan Internet, ianya kurang profesional dari segi reka cipta. Ini memberi tanggapan tidak profesional, lalu, mengurangkan keyakinan dan kredibiliti sesuatu laman web itu dan mengurangkan jualan :(
Contoh SEBELUM mendapat sentuhan Team Cayalah…

Laman web yang tidak profesional akan mengurangkan peluang jenama sesuatu perniagaan itu meningkat!
PENYELESAIAN:
Cayalah!com adalah, ia berkonsepkan website “face-lift” di mana sasaran pelanggan adalah mereka yang sedia memiliki laman web, tetapi, ianya tidak begitu berjaya oleh kerana tidak kelihatan profesional. Cayalah!com akan memberi sentuhan “face-lift” dan mencipta laman web yang lebih profesional agar dapat meningkatkan kepercayaan dan memudahkan jenama sesuatu laman web itu diterima.
Contoh SELEPAS mendapat sentuhan Team Cayalah!

Laman web yang profesional mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari seluruh dunia! Keyakinan dan kepercayaan pelawat meningkat= Jualan dan keuntungan turut meningkat!
Mungkin ramai yang tertanya, berapa harganya? Kos rendah… tetapi how much? Well, untuk mendapatkan jawapannya, sila ke http://www.cayalah.com
Memang murah!
Tetapi, sedikit cliche’… murah-murah pun, ini harga pelancaran sahaja. Bagi mereka yang ingin merebut harga ter-rendah ini, perlu melakukan secepat mungkin sebelum harga promosi dinaikkan (masih rendah)
Jadi, klik di sini untuk mendapat keterangan lanjut! Memang Cayalah!
Pendapat Anda? [17] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Pelancaran “sesuatu” yang menggegarkan ESOK!Pesanan Cayalah! ditutupPelancaran buku perniagaan InternetCayalah!com- pelan perniagaan short-cut
Thu 18 Oct 2007
Dalam menjalankan perniagaan, tidak semestinya apa yang kita promosikan adalah apa yang membuatkan kita keuntungan yang maksima. Ini juga adalah strategi dalam perniagaan.
Sebagai contoh, kalau kita lihat iklan McDonalds, apa yang sering dipromosikan? BigMac kan?
Sebenarnya, bagi McDonalds, apa yang membuat keuntungan yang banyak adalah Fries & Minuman- dan bukannya BigMac.
Strategy ini adalah untuk anda mengetengahkan sesuatu yang menarik sebagai promosi. Dalam kes ini, BigMac yang besar dan kelihatan lazat….
Tetapi, dalam mendapat keuntungan yang maksima, adalah dengan menjual sesuatu yang mempunyai margin keuntungan besar dan permintaan tinggi! Dalam kes ini, fries & minuman.
BigMac menjadi daya penarik sahaja, walaupun orang tidak ramai yang beli, namun, keuntungan datang dari produk-produk lain (yang pastinya orang akan beli). Bagaimana anda dapat gunakan strategy ini dalam perniagaan Internet anda?
Saya juga menggunakan strategy ini untuk RahsiaInternet.com. sesiapa perasan?
ps: Seminggu juga kita bercuti di Tip Satu Minit… ada yang masih lagi bercuti?
Insyaallah esok, ada satu pelancaran produk Rahsia Internet baru!
Tungguu… (tiada hadiah bagi yang teka betul)
Pendapat Anda? [14] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Berapa peratus untuk promosi perniagaan?Perniagaan Ummatan WasathaPerniagaan online, promosi offline?Air Asia vs MAS
— Next Page »