November 2007


Pejam celik pejam celik, dah nak masuk bulan terakhir tahun 2007!

Wow… macam roller coaster tahun ini. Kebanyakan daripada matlamat tahun 2007 saya sudah pun tercapai- alhamdulillah. Ada yang belum tercapai, tapi, insyaallah akan dilaksanakan pada bulan Disember, sebelum masuk 2008 :)

Bagaimana pula dengan anda? Sudahkah anda melaksanakan matlamat 2007 anda? Sekiranya belum, masih belum terlewat lagi… masih ada 1 bulan untuk melangsaikannya!

Ada juga sesetengah orang matlamat 2006 yang dibawa ke 2007 belum lagi dilaksanakan… terpaksa bawa ke 2008. Nasihat saya, sekiranya ini terjadi kepada anda, maka matlamat anda itu terlalu besar untuk dicapai. Kecilkan sedikit matlamat tersebut supaya ia dalam lingkungan “boleh” dicapai.

Pesanan Azizi Ali, tetapkan matlamat “at the edge of fantasy, but in the realms of reality!”

Walaupun tinggal 1 bulan lagi untuk tahun 2007, saya tidak akan duduk diam :) Ada 2-3 matlamat yang belum tercapai dan akan saya langsaikan sebelum masuk 2008! Anda juga, apa kata jangan tunggu 2008 dan bawa ke hadapan matlamat anda. Ada 1 bulan lagi… sama juga dengan 30 hari… sama dengan 720 jam… sama dengan 43,200 minit! Kan banyak masa tu… jangan rugikan masa anda ;)

Pendapat Anda? [26] Comments

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Menulis matlamat… menulis lagi!
  • Matlamat yang realistik
  • Tulis… jangan tak tulis!
  • Tetapkan deadline matlamat anda

  • dutamibo.jpgSemalam berlangsungnya majlis pengumuman & sidang media saya sebagai duta MIBO! Tentu anda tertanya-tanya… apa tu MIBO? MIBO maksudnya “Malaysian Independent Business Ownership”. Sebuah produk/perkhidmatan syarikat J & C Pacific!

    Rakaman daripada berita Bernama di Astro Ria semalam boleh didapati di http://www.youtube.com/irfanTV

    Pendek kata, MIBO adalah peluang keusahawan sederhana besar. Saya kategorikan MIBO ini sebagai peluang perniagaan sederhana besar di mana untuk usahawan yang benar-benar serious dalam perniagaan ICT secara offline- mungkin juga bagi mereka yang sudah sedia mempunyai pengalaman membuka kedai offline.

    Saya diberitahu, kini sudah ada 150 usahawan MIBO!

    Sekiranya anda ingin tahu maklumat lanjut, lawati keratan akhbar mengenai MIBO sebelum ini di…

  • http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_business.php?id=292999
  • http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_08.htm
  • http://www.theedgedaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_ef0cf27d-cb73c03a-17ebe660-b5a2b81e
  • http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/Industries/SMEs/20071102014826/Article/
  • http://web5.bernama.com/client/mecd/newsbm.php?id=276513
  • *Note… di atas beberapa keratan akhbar lepas. Bukan keratan akhbar majlis semalam… insyaallah majlis semalam akan keluar hari ini atau lusa kut di media. 

    Ini beberapa gambar daripada majlis tersebut…

     

    ikmibo1.jpg
    Saya bersama COO J & C Pacific, Mr Allen menandatangani poster!
              

    ikmibo2.jpg
    Sidang media menjawab soalan wartawan… terima kasih kepada wartawan yang snetiasa memberi sokongan!
    ikmibo3.jpg
    Terima kasih Nizal Mohammad kerana menjadi emcee majlis! I owe you millions!
    ikmibo4.jpg
    Persembahan Razzi Rahman “Rembulan kesiangan” bersama IK… nantikan album kami
    Satu kejutan surprise semalam, rugi sapa yang tak tengok! Saya mengundang Razzi Rahman (KunciCinta.com) untuk mendendangkan lagu favourite saya suatu masa dulu, “Rembulan Kesiangan”!

    Dan yang lagi mengejutkan, saya mengiringinya dengan bermain guitar! haaa… jangan terkejut. Saya boleh bermain guitar sebenarnya. Usahawan-usahawan juga… tapi rock 90-an memang saya layan ;)

    Actually, saya request special performance dari Razzi Rahman untuk nyanyikan lagu “Rembulan Kesiangan” sebab antara liriknya yang dari dulu hingga kini yang saya sering ingat-ingatkan diri saya (dan kini ingin sampaikan kepada anda…)

    Apakah lumrah manusia,
    Bila terang, ramailah yang datang,
    Dan bila, gelap gelita,
    Hilang kasih hilanglah saudara…

    Namun musim bertukar ganti,
    Turun hujan, kemarau pun pergi,
    Yang layu kan tumbuh kembali,
    Bulan terang datang memuji…

    Terima kasih banyak-banyak kepada kenalan wartawan yang hadir serta tetamu-tetamu. Walaupun tak sempat beramah mesra dengan tetamu- harap maaf… saya terpaksa rush ke Melaka oleh kerana ada majlis pada pukul 2pm!

    Seronok dapat main guitar & Razzi Rahman menyanyi sebab masa form 4 form 5 dulu saya minat lagu Rembulan kesiangan! Memang dulu tak pernah termimpi saya akan mengiringi Razzi dalam persembahan!

    Tetapi, mimpi/impian saya untuk menjadi duta produk/perkhidmatan telah dimakbulkan dengan menjadi duta MIBO.

    Malam tadi, di berita Astro Ria, disiarkan coverage majlis tersebut ;) Nak tengok? Lawati YouTube saya di http://www.youtube.com/irfanTV

    See you there!

    Pendapat Anda? [72] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Business business pun, tetap ROCK!
  • Pengumuman: 3 aktiviti IKSB bulan ini…
  • Perniagaan MIBO - Aliran pendapatan berganda
  • Peluang perniagaan ICT 2008 - MIBO

  • cal.gifSejak kebelakangan ini, makin banyak aktiviti saya dan semakin sibuk jadinya… dari mengendalikan segmen “Wanita & Wang” di Astro Awani, mengendalikan rancangan radio “JUTAWAN!” di Radio24 dan kini pula diberi peluang menjadi duta ________.

    Teringat saya kepada satu pesanan motivasi yang ingin saya kongsikan dengan anda.

    Take it a day at a time!

    Saya menempuh hari, seperti ianya satu hari yang baru setiap hari. Apabila bangun tidur, jangan pula mengeluh dan mengatakan hari ini akan jadi sama seperti hari semalam dan sebelumnya!

    Tetapi, percaya dalam hati bahawa hari ini adalah hari yang baru, dan anda adalah orang yang baru yang lebih produktif dan lebih optimistik untuk mencapai apa sahaja kejayaan daripada semalam!

    It’s a brand new day! take it a day at a time… ;)

    Pendapat Anda? [17] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Jadualkan hari anda
  • IK dulu dan kini di TV
  • JUTAWAN! Waktu baru, hari baru :)
  • Young, Internet-Savvy and rich

  • Seperti yang saya post kan di sini, tempat untuk sidang media pengumuman saya sebagai duta _____ sudah penuh. Masih terlalu banyak email yang kami terima oleh kerana ramai yang ingin menghadiri juga. Namun, tak dapat kami penuhi permintaan yang ingin hadir…

    Beberapa pesanan:

    1. Sekiranya anda tidak menerima confirmation jemputan dari kami, maka, tempat anda memang tiada. :( harap maaf!
    2. Sebenarnya, sekiranya tiada rezeki anda menghadiri sidang media ini, jangan sedih sangat… oleh kerana, ini adalah “sidang media”. Masa saya hari Selasa nanti kebanyakan untuk pihak media. Sebab itu juga tempat untuk tetamu dihadkan kepada 20 sahaja.
    3. Ini bukan gathering… jadi, mungkin juga tidak berkesempatan untuk saya beramah mesra dengan tetamu lain. Tambahan, sejurus selepas majlis sidang tersebut, saya perlu menghadiri majlis di tempat lain pula- jadi, jangan kecil hati pula kalau saya tak sempat beramah mesra! :)
    4. Saya juga turut menjemput beberapa Internet Marketer (IM) Malaysia, yang dah top, dan juga yang menaik top :) Ini kerana sebagai tanda terima kasih saya kepada semua atas sokongan kepada saya sejak 2 tahun lepas. Di samping itu, sedikit sebanyak dengan jemputan ini dapat memberi idea untuk ke bidang media juga! Banyak boleh di pelajari di sidang media! Secara tidak langsung, sidang media saya ini adalah gathering IM Malaysia… tapi, tolak saya lah ;)
    5. Bagi yang menerima jemputan & confirmation dari kami, walaupun saya mungkin tidak sempat beramah mesra dengan anda, tetapi, ada satu KEJUTAN SURPRISE untuk anda yang memberi sokongan dan turut hadir, walaupun untuk sidang media. Memang HEBAT kejutan ini… :)
    6. Bagi anda yang tidak dapat hadir pula, jangan risau. Saya akan tulis di sini mengenai kejutan tersebut… so, anda juga tidak terlepas! Cuma yang hadir dapat tahu beberapa jam lebih awal- dan secara langsung!

    Insyaallah kalau ada rezeki, boleh satu hari nanti buat gathering dan bertukar-tukar fikiran dengan lebih sempurna :)

    Pendapat Anda? [4] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Pengumuman Irfan Khairi sebagai duta…
  • Business business pun, tetap ROCK!
  • “Mentor Jutawan” akan datang…
  • Sehari di Singapura “Think & Grow Rich”

  • Hari ini “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi” saya akan menemuramah seorang jutawan yang telah gagal berkali-kali- Billi Lim!

    Tak sabar ke studio Radio24 hari ini untuk menemuramahnya!

    Ramai antara kita sering gagal… hari ini, saya akan cungkilkan RAHSIA KEGAGALAN dari Billi Lim. Bagaimana hendak menukarkan KEGAGALAN menjadi KEJAYAAN.

    Jadi, jangan lupa, temujanji kita di Radio24 93.9FM dari 3pm-5pm atau secara streaming di www.radio24.com.my. Lawati www.JejakJutawan.com untuk maklumat lanjut

    Kalau hendak telefon ketika temubual tersebut, dial: 03-26927939

    Jangan lupa temu janji kita di JUTAWAN! dan juga WW bersama Irfan Khairi di Astro Awani 11.30pagi ini. Saya akan sampaikan tip mengenai INSURANS ;)

    Pendapat Anda? [14] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Mentor Jutawan: Billi Lim, Jutawan Berani Gagal
  • JUTAWAN! Waktu baru, hari baru :)
  • “JUTAWAN!” bersama ikon jutawan: Azizi Ali
  • Jutawan siapa?

  • Berita terkini: HARAP MAAF… jemputan ditutup oleh kerana telah penuh!!!

    Bagi anda yang terbaca mesej di sini beberapa hari lepas, saya ada umumkan bahawa saya telah dipilih menjadi duta/jurucakap bagi sebuah syarikat. Yea! :)

    Jadi disini saya ingin menjemput pembaca setia Tip Satu Minit ke majlis pengumuman & sidang media saya sebagai duta _________.

    Tarikh: Selasa 27hb November 2007
    Masa: 10.30 pagi -12.00 tengah hari
    Tempat: JW Marriott, Kuala Lumpur

    Suka saya jemput anda untuk memeriahkan majlis, TAPI, tempat adalah amat terhad (MAAF… SUDAH PENUH!)..

    Masuk percuma! Makan-makan ringan ada… pemberian percuma pun ada, sekurang-kurangnya sebuah buku dah dalam tangan :) … tapi yang lebih penting adalah peluang networking yang anda akan dapat sesama yang hadir nanti. Networking penting!

    Buat masa ini, tak boleh saya umumkan lagi duta produk/perkhidmatan apa- biarlah rahsia. Tetapi, memadai kalau saya sebut ia berkaitan dengan industri ICT & keusahawanan. Perlu sokongan penuh usahawan-usahawan Internet oleh kerana lagi hebat industri ICT kita, lagi hebat peluang perniagaan Internet untuk maju, bukan? ;)

    Sesiapa sahaja boleh datang- ini majlis pengumuman sahaja. So, takde jual produk / perkhidmatan punya- jangan takut ;) Bagi mereka yang terlibat dengan industri ICT & minat bidang perniagaan, adalah yang terbaik- ada peluang perniagaan. (MAAF… SUDAH PENUH!)..

    Pembayang tambahan: Produk/perkhidmatan ini bukan perniagaan Internet, ataupun MLM…

    Pendapat Anda? [61] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Business business pun, tetap ROCK!
  • Pengumuman: 3 aktiviti IKSB bulan ini…
  • Irfan Khairi - duta MIBO
  • A day at a time…

  • Terdapat 3 fasa dalam perniagaan tidak kira perniagaan Internet atau bukan Internet…

    Fasa pertama…

    Perniagaan bermula. Sering kali bermula dengan cita-cita, minat & passion! Usahawan memulakan perniagaan di peringkat awal. Selalunya, pada fasa ini, seorang diri, atau satu team kecil dalam memulakan perniagaan. Usahawan perlu roll up their sleeve and do the work! Kadang kala sehingga 24jam sehari mengendalikan perniagaan!

    Oleh kerana minat & passion, kerja dapat di lakukan dengan sempurna… namun, berita buruknya, pada fasa pertama perniagaan, statistik menunjukkan lebih daripada 90% perniagaan GAGAL!

    Walaupun fasa pertama adalah kecil, bukan bermakna keuntungan juga adalah kecil. Ada juga jutawan di lahirkan di fasa pertama perniagaan.

    Ketika umur 21-25, saya bersama isteri berdua mengerjakan perniagaan Internet, dari pagi sampai ke malam. Makan Internet, minum Internet & tidur Internet. Alhamdulillah, pendapatan melebihi RM1juta. Walaupun dalam fasa pertama perniagaan. (Perniagaan Internet pertama saya adalah perkhidmatan. Oleh itu, tidak boleh menjadikannya automatic/auto pilot).

    Namun begitu, fasa pertama mempunyai kelemahan yang amat ketara. Walaupun wang boleh diperolehi, adakalanya lumayan! Tetapi, usahawan akan terikat dengan perniagaan! Dalam erti kata lain, Financially Free, tetapi bukan Time Free. Tiada atau kurang masa bebas! 

    … bersambung untuk penyelesaian esok.

    Esok saya akan menceritakan fasa 2 perniagaan, kemudian fasa 3 perniagaan yang merupakan puncak kejayaan sesuatu perniagaan! ;)  

    Pendapat Anda? [18] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Pesanan Cayalah! ditutup
  • Memiliki perkataan
  • Perubahan musim dalam perniagaan
  • Cita-cita yayasan saya tercapai!

  • Berita Jenama #1:
    Semalam siri “Jutawan! bersama Irfan Khairi” memang penuh dengan maklumat! Berikut adalah gambar saya & Spencer!

    spencer_irfan_poster_small1.jpg

    Seronok juga semalam kendalikan program dalam dwi-bahasa/rojak. Terasa macam Ryan Seacrest- jenama penyampai radio & host hebat! (perasan Ryan Seacrest) :)

    Berita Jenama #2
    Workshop Jutawan Internet adalah jenama yang telah saya bawa ke luar Malaysia. Esok, (17hb Nov 07) Workshop Jutawan Internet akan diadakan di Singapura untuk kali yang ke-3! Insyaallah workshop juga akan dijalankan di Brunei pada awal 2008 nanti. Dengan kekuatan Internet, ianya adalah lebih mudah untuk membawa jenama Malaysia ke luar Malaysia.

    Ingin menyertai workshop perniagaan Internet #1 paling laris dan pelajari cara membawa jenama anda keluar Malaysia? Sertai kami di KL pada 1hb Disember 2007.

    Berita Jenama #3 :) :) :)

    Yang ini memang best! Sekali lagi salah satu MATLAMAT BESAR saya untuk tahun 2007 tercapai!

    Yang ini saya sendiri excited… insyaallah dalam masa dua tiga minggu lagi, saya akan menjadi duta jenama (brand spokesperson) untuk sebuah produk/perkhidmatan! Haa… produk apa? Ni secret lah- Takkan “Ali Cafe” kut ;) Nanti akan diumumkan apabila siap hitam putih nanti. Insyaallah akan mendapat coverage media sekiranya semuanya berjalan lancar. Seperti biasa, saya perlukan sokongan padu anda! ;)

    Sedikit pembayang: produk/perkhidmatan yang akan melahirkan lebih ramai usahawan ICT… dan harapan saya secara peribadi melahirkan lebih ramai jutawan ICT! Produk/perkhidmatan yang disokong oleh sebuah syarikat multi-million dollar & sebuah bank tempatan! :) Hebat ni… tapi biar lah rahsia untuk sementara… ;)

    3 berita jenama di atas menunjukkan betapa pentingnya membina jenama! ;)

    Pendapat Anda? [17] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Bila jenama perniagaan Internet berbeza…
  • Rahsia membina jenama
  • Ada apa pada nama?
  • Perniagaan & tanggungjawab sosial

  • Hari ini di “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi” saya akan menemubual seorang tycoon pengiklanan & penjenamaan, jutawan jenama, Spencer Wing. Bagi anda yang tidak mengenalinya, inilah orangnya yang dibayar BERJUTA RINGGIT oleh Petronas, Tourism Malaysia, Tenaga Nasional, Multimedia Development Corp (MDC) tujuan membina jenama yang hebat!

    Topik hari ini yang akan dibincangkan adalah topik yang AMAT penting dalam perniagaan- tidak kira untuk perniagaan besar ataupun perniagaan kecil! Buktinya, sebut sahaja NAMA mana-mana jutawan, sudah pasti anda akan dapat mengingati JENAMA jutawan tersebut- betul kan?

    Anda patut harapkan, pesaing-pesaing anda TIDAK mendengar program hari ini oleh kerana program hari ini akan dapat melonjakkan jenama perniagaan anda ke aras yang baru! 

    Jadi jangan lupa, hari ini pukul 3.00pm - 5.00pm bersama saya di Radio24 93.9FM atau secara streaming di www.radio24.com.my ”JUTAWAN! bersama Irfan Khairi”! Cayalah!

    Jangan lupa juga, nanti ketika “Jutawan”, anda boleh call-in dan bertanyakan apa sahaja soalan berkenaan membina jenama yang hebat! Kali ini saya sendiri & Spencer Wing akan menjawabnya! So, bagi yang belum savekan nombor keramat ni, lakukan sekarang: 03-26927939

    ps: Bagi yang masih ingat, tahun lepas saya ada membuat dokumentari di UK & France bertajuk “Strategy X”… ingat tak? Khas untuk anda hari ini, “Strategy X” sebenarnya adalah Strategy MEMBINA JENAMA YANG HEBAT! dan itulah yang saya akan cungkilkan dari Jutawan jenama, Spencer Wing!

    Pendapat Anda? [24] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • 90% of success is “showing up”
  • Pelancaran buku perniagaan Internet
  • Cara paling efektif dalam pengiklanan
  • Dua langkah dalam pengiklanan perniagaan Internet

  • Matlamat pertama anda seharusnya adalah untuk jadi financially free… atau kewangan mandiri, atau bebas kewangan (sama je)

    Ada juga antara kita tidak mahu jadi jutawan. Kalau tak nak jadi jutawan pun tak mengapa, itu terpulang pada individu. Namun, sekurang-kurangnya anda perlu menjadi bebas kewangan. Apakah maksud bebas kewangan?

    Bebas kewangan adalah apabila pendapatan resedual (passive income) kita melebihi perbelanjaan bulanan kita. Dalam kata lain, walaupun kita tak perlu kerja, kewangan kita sudah mencukupi untuk menampung perbelanjaan bulanan.

    Contoh, sekiranya kos sara hidup kita sekeluarga adalah RM4,000, kita perlu memiliki pendapatan residual melebihi RM4,000.

    • Mungkin, dalam pelaburan ASB mempunyai RM200,000- ini memberi pulangan pelaburan dalam lingkungan RM1,600 sebulan.
    • Mungkin kita ada menyewa 2 buah rumah, dan satu rumah pendapatan kita adalah RM500 dari sewa sebuah rumah. Maka, pendapatan dari sewa rumah adalah RM1,000
    • Mungkin kita memiliki perniagaan Internet secara automatik yang memberi pulangan RM1,500 sebulan

    Dengan 3 pendapatan residual di atas, jumlah menjadi RM4,100 sebulan. Dengan ini, anda telah menjadi financially free, kewangan mandiri atau bebas kewangan! Anda tidak perlu kerja lagi seumur hidup!

    Capaikan bebas kewangan terlebih dahulu. Kemudian, perjalanan untuk menjadi jutawan adalah lebih mudah!

    ps: Sekiraya anda ingin memulakan perniagaan Internet untuk mendapatkan pendapatan residual/passive seperti di atas, sertai Workshop Jutawan Internet yang akan diadakan di J.W Marriott Kuala Lumpur pada 1hb Disember 2007. Jadikan Azam baru 2008 untuk memiliki perniagaan Internet yang memberi residual income!

    Pendapat Anda? [21] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Erti kejayaan?
  • Fasa PERTAMA dalam perniagaan
  • Satu jam seminggu
  • Apa saya buat dengan my first RM1,000,000?

  •  

    tgh1.jpg

     

    Satu strategi untuk anda mengurangkan kos perniagaan anda dan juga menambahkan keuntungan adalah dengan membuang “orang tengah”.  

    Lihat perniagaan anda. Bolehkah anda mengurangkan “orang tengah”? Sekiranya anda mendapatkan stok daripada agent stok (orang tengah), bolehkah anda mendapatkan stok terus daripada pembekal? Atau, lebih baik, terus daripada pengilang! Ataupun, mungkin anda adalah pembekal, bolehkah anda menjual terus kepada pelanggan tanpa melalui pengedar (orang tengah)?

    Perniagaan Internet, perniagaan mail order dan juga perniagaan MLM adalah antara perniagaan yang secara modelnya telah sedia membuang orang tengah.

    Tahukah anda, Michael Dell menjadi BILLIONAIRE dalam masa 3 tahun sahaja kerana berjaya mencipta model perniagaan menjual komputer dengan membuang “orang tengah”?

    Pendapat Anda? [24] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Buang masa sahaja membaca buku
  • Peluang perniagaan ICT 2008 - MIBO
  • Perniagaan Internet Malaysia, Asia dan seDunia
  • Rancang hari anda pada malam sebelumnya!

  • Next Page »