January 2008
Monthly Archive
Thu 31 Jan 2008
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[23] Comments
Istilah mat salleh berbunyi “Stop Living In The Past… Start Living in The Future”
Maksudnya, sering fikirkan masa hadapan. Abaikan apa yang telah berlaku semalam, minggu lepas, bulan lepas dan tahun lepas- walaupun ianya adalah kejayaan.
Segala yang lepas, bukannya anda boleh ubahkan lagi. Tetapi, anda boleh ubahkan masa hadapan anda.
Saya sering abaikan pencapaian saya yang lepas. Sebab itu sering saya usahakan pencapaian yang baru!
ps: Malam ini, Khamis 31hb Januari, terdapat taklimat MIBO “MIBO Discovery” akan diadakan di Hilton KL (KL Sentral) jam 8.00mlm - 10.00mlm. Bagi anda yang berminat untuk mengikuti taklimat MIBO, jangan lepaskan kali ini… (2 hari lepas diadakan di Klang, ramai yang hadir & join MIBO- walaupun hujan lebat!)
Pendapat Anda? [23] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Senyum untuk semuaSkill yang akan mengubahkan hidup anda - Public Speaking!Tiba di FrancePeluang sekali seumur hidup
Tue 29 Jan 2008
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[30] Comments
Cara anda bertanya akan menentukan jawapan yang anda dapat!
Sekiranya anda ingin mendapat jawapan yang lebih bermanfaat mengenai perniagaan, produk atau idea anda, ubah cara pertanyaan anda!
Cuba rujuk post saya “REALITY!” semalam. Soalan saya adalah:
So, amacam? best tak REALITY?
Sudah pasti, soalan berbentuk meminta “pujian” begitu mengundang jawapan yang positif. Dan memang betul pun, 100% menyokong tanpa sedikit komen pun.
Selalunya bila kita tanyakan pendapat tentang produk atau idea kita, kita akan tanya:
- Ok tak idea saya ni?
- Bagus tak idea ni?
- Best tak produk saya?
- Hebat tak proposal saya ni?
- Betul tak cara saya ni?
Kesemua soalan sebegitu akan mendapat jawapan yang positif!
Sekiranya anda ingin jawapan yang lebih manfaat, tanya seperti ini:
- Apa yang saya boleh perbaiki dalam idea ini?
- Di mana silapnya idea saya ni?
- Apa yang tak bagusnya dengan produk saya ni?
- Bagaimana hendak perhebatkan lagi proposal saya ni?
- Apa yang salahnya dengan cara ni?
Dengan bertanyakan soalan sebegini, meminta “kritikan” sudah tentu anda mendapat jawapan yang lebih bermanfaat dan yang lebih jujur dan anda boleh memperbaiki produk atau idea perniagaan anda.
Lain kali ingat, untuk mendapat jawapan yang lebih baik, kaedah soalan anda perlu di tanya seperti meminta kritikan, dan bukan pujian
Tip hari ini!
ps: Jangan lupa taklimat PERCUMA MIBO malam ini bagi mereka yang mempunyai masa terluang! Ketahui bagaimana anda juga boleh menjalankan perniagaan ICT mempromosikan produk & perkhidmatan ICT paling tinggi permintaan kini.
Tarikh: 29hb Januari 2008
Tempat: Klang Executive Club, Bandar Baru Klang (Belakang Jaya Jusco Lama)
Waktu: 8pm - 10pm
Insyaallah, saya akan berada di sana. Dan saya dibertahu, jutawan MLM Dato Dr Azman Ching pun akan turut beri sokongan malam ini…
Pendapat Anda? [30] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Buku idea perniagaan sayaKongsi idea dan bebaskannyaLompat si katak lompat…Idea perniagaan ada dalam diri anda!
Mon 28 Jan 2008
Posted by Irfan Khairi under
REALITY![48] Comments
Untuk memeriahkan lagi Tip-Satu-Minit, saya ambil keputusan untuk melahirkan satu kategori baru di sini dipanggil… REALITY!
Apa bendanya REALITY! ni?
Basically REALITY! ala-ala reality TV show seperti The Osbornes, Hey Paula, Anna Nicole, cuma this time, lebih kepada blog lah… sehari hidup saya. Taklah dis-functional seperti contoh2 reality show di atas
Kenapa saya decide untuk buat kategori baru?
I would say, ianya sebahagian daripada “motivasi” juga oleh kerana hendak menunjukkan kepada anda, saya juga hidup a normal life- seperti anda. Mungkin ada yang kata, Irfan ni dah kaya banyak releks je kat rumah… kereta orang basuh, rumah orang gaji cucikan… takpayah risau benda2 kecil ni… kemana sahaja driver bawak.
Sebenarnya saya juga punyai hidup yang biasa- mungkin sama seperti ramai yang membaca. First thing, di rumah, mana ada saya relax, infact, saya takde orang gaji pun! Sama seperti anda juga malam-malam saya pun bawak sampah keluar rumah juga taruh dalam tong… (silap-silap, anda orang gaji yang buatkan!
) cuma bab mencuci kereta je malas, tak pernah cuci sendiri… so, hantar ke kedai cuci. Urusan rumah, sama-sama saya dan isteri lakukan sendiri tanpa pembantu rumah. Jaga anak-anak pun sendiri hantar ke sekolah sendiri…
Ok, catatan pertama di bawah REALITY saya nak kongsikan dengan anda sebenarnya sekarang saya dalam proses pindah rumah! Yup… anda yang pernah pindah rumah pasti tau betapa penatnya.
Kini saya tinggal di Seremban (mungkin ada yang tahu), rumah ni saya beli pada tahun 2004. Our dreamhouse! Bungalow 3 tingkat tanah dalam lingkungan 10,000 kaki persegi. Boleh tahan besar juga…
Sejak umur 23 tahun saya dan isteri dah bayangkan rumah ini dah (visualize). Alhamdulillah berkat doa & usaha, 2004, saya memilikinya- sebijik seperti yang dibayangkan…
Tapi, mengapa 2008 berpindah pula?
Tahun 2004, saya & isteri tersayang decide untuk tinggal di Seremban oleh kerana jauh sikit dari KL. Kami ni walaupun orang KL, tetapi, tak berapa minat dengan lifestyle KL yang agak sesak. Masa tu, saya belum menulis buku Rahsia Jutawan Jutawan Internet lagi.. Dalam kata lain, masa tu, takde siapa lah kenal “Irfan Khairi”. Semua buat tak tau je
Kami plan nak tinggal di Seremban oleh kerana kami sudah sedia financially free. Saya pun cadang nak jalankan Internet business sahaja sorang2… in other words, retire young!
Nak dibuatkan cerita, 2005, tergerak untuk saya keluarkan buku untuk mengajar orang ramai mengenai perniagaan Internet. Saya rasa, since saya dah make a lot of money melalui Internet, tak baik pula saya simpan rahsia. So, tu yang saya tulis buku tu dengan sokongan Azizi Ali, jurulatih jutawan.
2005, buku diterbitkan, terus meletup… bukan kedai buku yang meletup. Tetapi, jualan melampaui apa yang di sangka. Perlahan-lahan, ramai yang mula buka mata… meminta buat seminar… pihak media juga membuka mata. 2006, pihak media akhbar dan majalah banyak memberi sokongan kepada saya…
Masuk 2007 dan kini 2008, lifestyle saya berubah tidak seperti apa yang saya cadang ketika 2004.
Ingatkan nak duduk diam-diam di Seremban jalankan perniagaan Internet 100%, tetapi, atas permintaan yang tinggi dari orang ramai, institusi, pihak kerajaan, pihak bukan kerajaan, media dan semua pihak… maka, sering saya dipanggil ke KL untuk memberi motivasi, buat business talk, menjalankan pengambaran program TV dan macam macam lagi.
Sejak hujung 2007, hampir setiap hari ulang alik ke KL dari Seremban… sampai naik penat.
Yang penatnya bukannya apa, tetapi, drive ke KL 1 jam… balik ke seremban 1 jam lagi. Di situ dah rugi 2 jam dalam kereta. YES, saya tidak mempunyai driver! Saya bawak kereta sendiri bang… Banyak perkara boleh saya lakukan dalam masa 2 jam (perniagaan Internet & menulis buku). So, kira rugi lah.. kalau 20 hari, dah 40 jam masa terbuang dalam kereta. Macam-macam boleh disiapkan dalam masa 40jam yang rugi tu!
Nak dijadikan cerita, saya dan isteri decide untuk pindah semula ke KL… dengan perniagaan di KL (ada 2 perniagaan kini selain Irfan Khairi Sdn Bhd), jadi, ia memudahkan urusan perniagaan sekiranya saya tinggal di KL. Juga, dengan permintaan media radio & TV, saya juga rasa baik kalau saya berada di KL 24jam…
Mainly disebabkan kerja saya mula beralih ke KL, saya pun pindah ke KL.
So itu lah dianya, sekarang ni berhempas pulas menyimpan barang dalam kotak. Baru semalam mintak kotak-kotak dari kedai runcit. Dapat juga lah dalam 10 kotak. Insyaallah minggu hadapan saya akan pindah ke KL pula. Ada sesiapa nak tolong angkat-angkatkan barang?
Pindah ke mana? SECRET! Takleh bagi tahu… sebab apa saya takleh bagi tahu? Sebab di Seremban ni pun, ada juga yang tahu mana saya tinggal, sehinggakan hilang privacy saya dan keluarga.
Ada yang datang beramai-ramai (orang tak kenal) depan rumah dan bergambar di hadapan rumah saya. Macam rumah Elvis pulak dijadikan rumah saya ni… siap ada sesi ambik gambar lagi. Kalau rumah Elvis ok juga sebab deorang charge pelawat untuk masuk and ambik gambar. Duit pun masyuk
Rumah saya takkan nak charge pula kalau orang nak ambik gambar. Tapi takpe, sekurang-kurangnya saya terasa macam Elvis!
By the way, ada sesiapa nak beli rumah saya di Seremban ni? serious buyers only sebab harga lebih kurang sejuta
nanti minggu depan saya letakkan gambar rumah for sale ni di episod akan datang “Reality”!
So, amacam? best tak REALITY? Perlu saya teruskan atau, tak mahu ambik tahu sehari hidup Irfan Khairi? Apa kata kita undi (maklumlah, reality show kan ada undi)
… saya cadang menulis REALITY! seminggu sekali sahaja… yang lain masih tips satu minit…
Pendapat Anda? [48] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Rumah untuk dijualREALITY!: Pulang ke rahmatullah…Irfan Khairi on Selling Service On The Internet @ BFM89.9fmIrfan Khairi on Selling Information Online @ BFM89.9fm
Sat 26 Jan 2008
Posted by Irfan Khairi under
Santai[16] Comments
1: Taklimat percuma MIBO (Malaysian Independant Business Ownership)
Bagi anda yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, hari Selasa ini bersamaan 29hb Januari, akan berlangsungnya taklimat percuma MIBO di Klang. Saranan saya, bagi yang berminat untuk memulakan perniagaan berteraskan ICT produk & perkhidmatan berpermintaan tinggi kini, join us di Klang. Semua persoalan anda akan terjawab!
- Tarikh: 29hb Januari 2008
- Tempat: Klang Executive Club, Bandar Baru Klang (Belakang Jaya Jusco Lama)
- Waktu: 8pm - 10pm
Slogan MIBO: Sediakan diri untuk satu pengalaman yang akan mengubah perjalanan hidup anda. Hadiri taklimat program MIBO percuma!
*Insyaallah, saya juga akan ada di sana.
====================
2: Kursus Rekacipta Laman web
Rakan perniagaan kami, Maxhosting.com.my akan mengadakan kursus membina laman web komprehensif. Semua peserta akan disediakan PC dan dibimbing setiap langkah dalam membina laman web sendiri serta perkara-perkara asas grafik dan banyak lagi dalam kursus satu hari ini! Kursus hands-on
- Tarikh: 23hb Februari 2008
- Tempat: Cosmopoint, Petaling Jaya
- Waktu: 9.00am - 5.00pm
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, klik di sini
*RM50 diskaun untuk peserta Workshop Jutawan Internet
**RM100 diskaun untuk pengguna MaxHosting.com.my
====================
3. Workshop Jutawan Internet
Workshop perniagaan Internet #1 terdekat akan diadakan pada 23hb Februari (English) dan juga 24hb Februari (Bahasa Malaysia). Seperti biasa, tempat makin terhad macam goreng pisang panas. So, sesiapa ingin pelajari cara memulakan perniagaan Internet dari rumah dala masa 7 hari, apa kata sertai kami…
- Tarikh: 23hb Februari 2008 (English)
- Tarikh: 24hb Februari 2008 (Bahasa Malaysia)
- Tempat: JW Marriott Kuala Lumpur
- Waktu: 8.45am - 6.30pm
Untuk pendaftaran & maklumat lanjut, klik di sini
Terima kasih kerana menyokong!
Pendapat Anda? [16] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Mengejar peluang perniagaanSoalan kepada pelanggan andaGerak Usahawan 2007 & Think and Grow RichKejayaan dan World Cup 2006
Thu 24 Jan 2008
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[37] Comments
Saya kenal seorang yang kurang mepunyai idea perniagaan. Memang nak dapat idea perniagaan sukar baginya… tetapi, apabila beliau mendapat satu idea perniagaan- terus beliau focus 100% untuk memastikan satu idea tersebut dijayakan dengan sempurna.
Saya juga kenal seorang yang selalu mendapat idea perniagaan… seminggu, mungkin satu idea perniagaan difikirkan. Bila dapat idea sahaja, beliau excited, dan menulis idea tersebut dalam buku notanya. Tetapi, kenalan saya yang ini, sejak saya kenalinya setahun dua yang sudah, satu perniagaan pun tidak berjalan! Idea sahaja banyak, implementasi tidak lagi…
Apabila saya bandingkan dua keadaan ini, nampaknya, kenalan yang kurang mempunyai idea akan menghargai idea tersebut dan 100% berusaha sampai idea tersebut direalisasikan. Kerja nya dari mula… sampai perniagaan berjaya!
Yang sorang lagi pula, apabila dapat idea, dia cepat-cepat mulakan idea tersebut… tetapi, sekali nampak sedikit kesukaran sahaja, terus lentur semangatnya. Terus fikirkan untuk memulakan idea yang lain. Bila mulakan idea yang lain, tak sampai suku jalan, dah fikir idea lain yang lebih baik. jadi kerja pun tak sampai suku jalan… Bila mula idea baru, mula ragu-ragu tentang idea tersebut dan fikir idea perniagaan baru…
Akhirnya, satu perniagaan pun tidak dimulakan. Bak kata lagu masa kita kecil dulu…
“Lompat si katak lompat”. Lompat dari satu idea, ke idea yang lain… dari satu perniagaan ke satu perniagaan yang lain..
At the end of the day, kenalan yang mempunyai banyak idea dan tidak mulakan walaupun satu perniagaan tidak ke mana. Bila di tanya, banyak alasan yang diberi…
Ragam manusia berbagai. Anda bagaimana? Adakah anda yang fokus pada satu idea, atau anda jenis yang melompat dari satu idea ke idea yang lain, dan sedar-sedar sehingga kini tidak mencapai kejayaan perniagaan?
Pendapat Anda? [37] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
No related posts
Tue 22 Jan 2008
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[67] Comments
Buku terbaru saya, Nota Jutawan: Nota Motivasi, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd boleh didapati di pasaran. Untuk sementara waktu sahaja, bagi mereka yang berminat untuk mendapatkannya, tetapi sukar untuk mencarinya di kedai, boleh dapatkannya sekarang secara online.

Petikan dari belakang buku:
Menjadi seorang jutawan merupakan impian semua orang. Membaca pengalaman seorang yang telah pun mencapai taraf jutawan ialah tindakan yang paling wajar.
Buku ini bukan tentang perniagaan Internet. Irfan Khairi berkata dia merancang untuk menjadi jutawan ketika berumur 18 tahun. 3 tahun kemudian barulah beliau berjumpa dengan perniagaan yang kebetulan melalui Internet. Katanya lagi “Sesiapa sahaja boleh menjadi jutawan.”
Anda juga. Anda boleh menjadi jutawan dalam bidang yang anda ceburi sekarang! Bagaimana? Buku penuh warna warni ini memberi senarai panduan dalam bentuk yang paling mudah berserta ilustrasi menarik!
Setiap muka surat adalah berwarna penuh dan menggunakan kertas glossy… memang high quality. Hanya terbaik untuk tatapan anda dan juga untuk pemberian kepada orang yang disayangi- untuk rakan, anak, murid, ibu, bapa, guru, suami, isteri, boyfriend, girlfriend… sesiapa sahaja! Klik play di bawah untuk melihat review buku Nota Jutawan bersama Dangsuria di WW, Astro Awani…
- Harga buku: RM39.90
- Pengendalian & penghantaran: RM3.10
- Jumlah: RM43.00
====================
PEMBAYARAN KAD KREDIT
Klik pada button di bawah. Sebagai langkah keselamatan, penghantaran buku akan dilakukan ke alamat yang tertera di kad kredit sahaja.
====================
PEMBAYARAN BANK-IN / INTERNET BANKING
- Bank: CIMB
- Nombor Akaun : 1253-0013642-05-7
- Nama: Irfan Khairi Sdn. Bhd.
- Nombor pendaftaran syarikat: 719344P
- Jumlah bank-in: RM43.00
Selepas membuat bayaran, sila email info@rahsiainternet.com dengan tajuk Email: “Nota Motivasi” bersamaan:
- Nama
- Alamat E-Mail anda
- Nombor transaksi (PENTING)
- Alamat untuk menghantar buku anda
- Scan bank-in slip pembayaran anda (sekiranya menggunakan bank-in)
- Maklumat perkhidmatan online banking yang anda gunakan (sekiranya menggunakan online banking)
Pendapat Anda? [67] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Satu siri produk dalam perniagaanNota Jutawan: Nota PerniagaanBuku terbaru IK: Nota Jutawan, Nota PerniagaanBuku terbaru Irfan Khairi- Nota Jutawan!
Sun 20 Jan 2008
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[36] Comments
Saya kini berada di Singapura, Workshop Jutawan Internet, Singapore went well semalam. Thanks to Abang Abu and team Now Asia! Kini tengah tunggu flight balik ke KLIA.
Semalam juga Radio Singapura interview saya dan salah satu soalan adalah:
Bagaimana Irfan membahagikan masa- perniagaan, keluarga, memberi talk, TV, radio dan perniagaan Internet?
Jawapan saya adalah:
Seperti budak-budak sekolah yang mempunyai jadual waktu, saya juga mempunyai jadual waktu yang ditetapkan. Time slot sekian-sekian, saya lakukan kerja A. Time slot sekian-sekian, saya lakukan kerja B… dan seterusnya. Jadual waktu satu minggu seperti di sekolah!
Dengan menjadualkan waktu anda seperti “time table” masa kita di sekolah dulu, ia memberi waktu kita lebih teratur. Bayangkan sekiranya di sekolah, tiada time table. Tidakkah serabut jadinya?
Pendapat Anda? [36] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
¨Strategy X¨ Perniagaan Internet di FranceIrfan Khairi - Terhangat di pasaran!A day at a time…Selamat Hari Raya Aidiladha
Wed 16 Jan 2008
Hari ini saya menjalankan rakaman JUTAWAN! bersama pakar motivasi yang tidak perlu saya perkenalkan lagi, Dato Dr Fadzilah Kamsah. Pertama kali bersua dan beramah mesra dengan Dato’, sambil minum kopi, memang seronok. Sejak belajar lagi saya berangan akan bertemu DFK di arena yang sama, kini sudah bertemu.
Walaupun kami di bawah label yang sama, Telaga Biru, tapi, inilah kali pertama saya berjumpa DFK- kedua-dua sibuk! Oh ya, buku terbaru DFK, “Petua Menangani Stress” dilancarkan serentak dengan “Nota Jutawan, Nota Motivasi”. Kalau pergi ke kedai, jangan lupa dapatkan kedua buah buku ini!
DFK bila bersemuka, memang gayanya sama seperti di TV. Memang beliau amat peramah dan buat saya rasa senang berbual. 3 jam bersamanya (1 jam rakaman Jutawan… lagi 2 jam, berbual-bual!), terasa sekejap sahaja. Dan dalam waktu yang suntuk itu, banyak saya pelajari bagaimana beliau dapat menjadi motivator utama Malaysia! Insyaallah saya akan aplikasikan
Pengumuman hari ini:
Program bicarawara JUTAWAN bersama Irfan Khairi kini di slot baru (ya… tukar lagi!) ke setiap hari Rabu jam 7.15malam.
Mengapa ditukar lagi? Alhamdulillah, Jutawan adalah antara top rated shows di Radio24 dan diberitahu hari Rabu adalah hari paling ramai pendengar radio!
Rancangan bersama DFK akan disiarkan pada Rabu hadapan 7.15pm di radio24 93.9FM.
Tip hari ini, pesanan DFK kepada semua:
Terlalu banyak peluang perniagaan sebagai PIONEER (pertama sekali dalam pasaran- rujuk buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar) di Malaysia.
DFK memberi contoh dirinya sendiri, saya dan juga Chef Li. mencapai kejayaan dengan menjadi pioneer- tetapi, masih BANYAK lagi ruang pioneer di Malaysia!
Bagaimana hendak melihat peluang menjadi pioneer dalam perniagaan anda? jangan lepas “Jutawan bersama Irfan Khairi” minggu hadapan!
Special thanks to my good friend, soundman/pilot Muzamil for helping- ini kali pertama Jutawan dirakam di luar studio!
Pendapat Anda? [33] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Irfan Khairi- artis motivator Telaga BiruWang & Anda - Jejak JutawanPengambaran VCD/DVD “OK, Let’s Talk!”Mentor Jutawan: Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah
Tue 15 Jan 2008
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[22] Comments
Interesting question daripada zul semalam:
Saya ada terbaca dua pendapat mengenai apa yang kita mahukan:
Pendapat 1: Elakkan daripada memberitahu kepada orang lain agar mereka tidak memperlekehkan impian-impian kita. Atau dalam perbincangan di sini, orang akan kata TAK BOLEH. Jadi, untuk elakkan mendengar kata-kata negatif tu, jangan beritahu orang apa impian kita.
Pendapat 2: Beritahu pada orang lain. Tujuannya agar kita bermotivasi atau ada “tekanan” untuk mencapai impian tersebut. Kalau tak tercapai, ‘malu’lah sebab dah cakap macam-macam.
So, pada pandangan Abg Irfan sendiri, cara mana satukah yang paling bagus? Atau melihat pada keadaan juga?
Pendapat saya:
“Beritahu pada orang lain. Tujuannya agar kita bermotivasi atau ada “tekanan” untuk mencapai impian tersebut. Kalau tak tercapai, ‘malu’lah sebab dah cakap macam-macam.”
Sebabnya, bukan sekadar memberi tekanan & malu kepada kita sahaja, malah proses berkongsikan idea kita dengan orang lain juga boleh mengembangkan idea tersebut menjadi idea yang lebih baik. Sebagai tambahan, bila dengar yang “tak boleh” kita boleh tahu sebab apa dan sudut pendapat sesetengah orang kata “tak boleh”
Contoh daripada semalam:
- “Tak boleh… Usahawan Internet tidak mempunyai tempat di media sebab Internet banyak yang dilihat negatif”…. penyelesaiannya, saya jadikan strategi dan approach media dengan kesan-kesan positif perniagaan internet
- “Tak boleh… Suara saya halus/perlahan sangat untuk TV & radio” … penyelesaiannya saya pelajari teknik-teknik komunikasi berkesan supaya memenuhi citarasa media.
- “Tak boleh… Workshop Jutawan Internet tidak akan berjaya punya sebab terlalu mahal untuk “orang kita”” … penyelesainnya saya timbulkan kesedaran kepada orang ramai bahawa “orang kita” bukannya corot sangat- ramai yang berpendapatan agak baik dan sanggup melabur untuk ilmu. suatu yang membanggakan orang2 kita!
So, bila kita kongsikan idea kita dengan orang lain, kita juga dapat belajar dari orang lain walaupun orang lain bersikap negatif. Kita positifkan balik
Kalau kita simpan idea sendiri… takut2 kita pula yang syok sendiri dengan idea tersebut
ps: Sebut tentang skill komunikasi, 15hb March 2008 nanti sifu komunikasi saya, Nizal Mohammad akan kendalikan workshop NizalTalk! yang telah lama tertunda. Sekiranya berminat, lawati http://talk.nizal.com Pengacara terkenal Nizal Mhammad lah yang selama ini banyak memberi ilmu komunikasinya kepada saya menjadikan saya dari malu-malu kucing (meow) kepada malu-malu harimau (aum!) :)
Pendapat Anda? [22] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Bila orang kata TAK BOLEH!Bila kena kutuk, apa nak buat?Bakat semulajadi mungkin tak menjadiKisah RAZZI.MUZ.IK Part 3: Launching!
Mon 14 Jan 2008
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[19] Comments
Bila orang kata TAK BOLEH, anda katakan BOLEH!
Teringat saya 3 tahun lepas ketika buku saya baru keluar di pasaran, dan orang ramai belum lagi mengenali saya, saya memasang cita-cita untuk sering keluar TV/Radio/majalah dan menjalankan seminar serata Malaysia.
Bila saya beritahu orang, ini jawapannya:
- Tak boleh… Usahawan Internet tidak mempunyai tempat di media sebab Internet banyak yang dilihat negatif
- Tak boleh… Suara saya halus/perlahan sangat untuk TV & radio (ini orang media yang kata!)
- Tak boleh… Workshop Jutawan Internet tidak akan berjaya punya sebab terlalu mahal untuk “orang kita”
Dan seribu satu lagi “Tak boleh”. Sekiranya saya makan hati dengan semua “tak boleh” yang dilemparkan, sudah pasti, tidak lah saya berada di mana saya kini.
Dalam psikologi manusia, ia adalah lebih mudah melihat yang negatif (TAK BOLEH) terlebih dahulu daripada positif (BOLEH). Oleh itu, sekiranya anda tunjukkan idea anda kepada orang lain, ianya amat mudah mendapat jawapan “Tak boleh” berbanding dengan “BOLEH!”
Tanggungjawab anda adalah, tak kira apa orang kata, anda tetap perlu fikirkan “BOLEH!”. Bagaimana pula pengalaman anda?
Pendapat Anda? [19] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Bila kena kutuk, apa nak buat?Bakat semulajadi mungkin tak menjadi90% of success is “showing up”Bila orang kata TAK BOLEH! Part 2
Fri 11 Jan 2008
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[46] Comments
Sempena tahun baru Maal Hijrah, saya mulakan dengan pelancaran buku terbaru saya- Nota Jutawan: Nota Motivasi!
Bagi penggemar Tip-Satu-Minit, ini kiranya satu koleksi tip-tip Motivasi saya di pakej kan dalam keadaan yang lebih menarik- dipenuhi gambar-gambar bewarna pada setiap muka surat… dan juga Nota Jutawan adalah hard-cover. Kalau baling pun, tak rosak… juga disertakan quotes dan kata-kata semangat untuk membangunkan motivasi diri anda.

Mulai tahun ni juga, seperti saya pernah sebut sebelum ini, saya mulakan rebranding diri saya dalam buku-buku/cd dan juga bahan ilmiah yang lain dengan “Irfan Khairi” sahaja untuk mengelakkan kekeliruan antara saya dan pakar motivator yang lain di mana “Dr” saya adalah dalam bidang perniagaan, bukan phd seperti pakar motivasi yang lain. Rujuk rebranding saya di sini…
So, no more “Dr” ya lepas ni
Amat sesuai disimpan sebagai koleksi, tinggal dalam kereta, jadi coffee table book, hadiah untuk yang tersayang… kiranya apa sajalah
Seperti anda sedia maklum, cara pembacaannya juga dalam bentuk nota-nota pendek dan bukan dibaca macam buku biasa. Jadi, boleh la di bawa ke mana-mana untuk santapan minda jutawan anda
Memang cool buku ni dengan pendekatan berbeza berbanding buku2 motivasi yang kini berada di pasaran, especially untuk generasi baru… cool habis!
Bila ianya berada di pasaran? Saya diberitahu oleh penerbit, Telaga Biru ianya sudah berada di pasaran. Bila ia akan berada online? Insyaallah minggu hadapan! Berapa harganya… ops, saya pun tak tahu lagi!
Insyaallah tahun ini, lebih banyak produk-produk Irfan Khairi Sdn Bhd akan berada di pasaran!
Tip hari ini: Don’t be afraid to be different! Pendekatan saya sejak tahun lepas adalah berbeza dengan pakar2 lain. Perbezaan menjadikan anda unik. Sering kita takut hendak jadi unik kerana “orang lain tak buat, kita pun tak buat”. Sekiranya itu pemikiran kita, maka, kita akan sentiasa dalam kepompong kesederhanaan. Break out- be different!
Amacam, ok tak cover buku ni?
ps: Malam ini tiada “Jutawan bersama Irfan Khairi” di Radio24 oleh kerana dipindahkan ke hari dan waktu baru yang LEBIH RAMAI PENDENGAR! Nanti saya umumkan…
Pendapat Anda? [46] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Nota Jutawan: Nota PerniagaanBuku terbaru IK: Nota Jutawan, Nota PerniagaanNota Jutawan: Nota Motivasi“Jutawan” bersama pakar motivasi; Dato Dr Fadzilah Kamsah!
— Next Page »