February 2008
Monthly Archive
Fri 29 Feb 2008
Posted by Irfan Khairi under
REALITY![19] Comments
Bagi anda yang tertanya-tanya, bagaimana sebenarnya aktiviti mingguan saya, kali ini dalam “Reality” saya akan tuliskan sedikit ringkasan aktiviti saya sepanjang minggu ini
Workshop Jutawan Internet dijalankan di JW Marriott KL! Terima kasih kepada peserta-peserta yang sungguh sporting! Semoga berjaya dalam perniagaan Internet.
Workshop hari ini mendapat liputan daripada akhbar KOSMO. Terima kasih kepada KOSMO kerana memberi sokongan! Workshop Jutawan Internet seterusnya akan diadakan pada 22hb March 2008. Klik untuk maklumat lanjut.
Hari ini saya berada di studio Popiah Pictures di Jalan Bukit Bintang untuk menjalankan penggambaran “Nescafe Kick-Start” Musim ke-4! Bagi anda yang tak tahu, ini kali ke dua saya menjadi judge untuk program Nescafe Kick-Start… besar tanggungjawab sebab perlu memilih siapa yang berhak menang RM30,000 dan RM150,000 untuk menjadikan impian mereka satu reality.
Nescafe Kickstart akan mula disiarkan di TV3 minggu hadapan.
Shooting untuk rancangan sebegini agak memenatkan oleh kerana dari pagi sampai ke malam. Makan minum semua di Popiah Pictures. Bersama saya, judges lain adalah Azah 3R, Peter Ong dan host Cheryl Samad. Ucapkan good luck kepada peserta-peserta Nescafe Kick-Start tahun ini… final akan diadakan pada bulan April nanti
Sepanjang hari ini, memang di studio shooting for Kick-Start.
Sepatutnya, pagi ini saya perlu berada di studio Radio24 untuk rakaman “Jutawan bersama Irfan Khairi” Tetamu adalah Dr HM Tuah. Sepatutnya kali kedua Dr Tuah menjadi tetamu ikon jutawan saya… tetapi, last minute pula rancangan dibatalkan oleh kerana baru baru ini, Dr Tuah menjadi peneraju programnya sendiri di Radio 24 bertajuk Seribu Motivasi. Polisi Radio24 pula, tetamu tak boleh dikalangan peneraju program… maka, rakaman jutawan di batalkan.
Rakaman di ubah hari esoknya bersama ikon jutawan Dato Dr Azman Ching. Kali ini, dirancang untuk membuat rakaman temubual melalui telefon oleh kerana Azman Ching sibuk esok!
Sebelah petang pula, terdapat sesi presentation & pitching untuk propose satu documentary dengan sebuah syarikat semi kerajaan di Impiana KLCC. Oh ya… saya juga antara pengarah syarikat milik mantan pengacara TV3, Nizal Mohammad- Nizal dot com Sdn Bhd. Nizal dot com adalah syarikat production & media di mana saya sebagai Digital Content Director. Haa… sekarang anda baru tahu saya pun milik perniagaan lain selain Irfan Khairi Sdn Bhd!
Nizal dot com adalah sebuah production & media house di mana kami focus on producing dokumentari untuk broadcasting dan juga new media. Syarikat milik bersama Nizal, saya sendiri dan Nahar Khan (Nahar dulu2 penulis skrip XXRay dan pengarah siri-siri Kisah Benar dan banyak lagi. Seorang pengarah award-winning- very talented!)
Di Impiana ketika presenting project proposal, dapat lihat pengarah terkenal lain seperti U-Wei (Kaki Bakar) dan produser Raja Azmi (Black Widow) turut sama persembahkan proposal mereka.
Hmmm… berjayakah Nizal dot com dalam presentation proposal kami? Kami pun sedang menunggu jawapannya… doa-doakan ya. kalau menjadi, inilah antara project besar syarikat production kami
Pagi ini saya ke Wisma Bernama, tingkat 15- Radio24 untuk menjalankan sesi recording bersama ikon jutawan Dato Dr Azman Ching. Pertama kali Jutawan melakukan temubual melalui telefon.
Malangnya… sekali lagi terdapat kesulitan. Dah la semalam dengan Dr Tuah tak menjadi, pagi ini juga tak menjadi apabila studio mengalami technical problem! Apabila bersama Azman Ching on air, saya dnegar suaranya… tetapi, beliau tak dengar suara saya.
Kelam kabut panggil krew teknikal bernama… tetapi, masalah tidak dapat settle dalam waktu yang singkat kerana saya & Azman Ching masing-masing punyai urusan yang lain.
Nak tak nak, hari ini, Jutawan di batalkan dan dimainkan rakaman Jutawan dari tahun lepas.
Juga hari ini, berteleconference dengan seorang ikon jutawan Singapura, Abang Abu- pernah menjadi tetamu Jutawan bersama Irfan Khairi Disember lepas kerana ingin menjemputnya ke KL sekali lagi untuk program Jutawan, serta, berita baik bagi kita di KL, untuk promosikan seminar terhangat di pasaran Singapura- MAP UNTUK KAYA kelolaan abang Abu yang akan diadakan pada bulan May nanti.
MAP UNTUK KAYA di KL akan diuruskan oleh sayarikat saya IKSB. Bagi pembaca setia Tip satu minit, jangan lepaskan peluang ini… jauh dari Singapura Abang Abu akan tunjukkan anda MAP untuk jadi KAYA.
Setiap pagi Khamis, saya akan berada di studio Astro Awani di Bursa Malaysia untuk mengendalikan segmen Motivasi Kewangan & Perniagaan saya di WW bersama Dangsuria. Malangnya, Dangsuria tidak dapat ke studio pula oleh kerana dibawa ke hospital kerana sakit gastrik. Semoga beransur sihat dengan cepat…
Di WW hari ini, saya menceritakan tentang 7 peringkat “Financial Freedom”. Bagaimana hendak mencapai financial freedom… nanti insyaallah saya akan tulis peringkat-peringkatnya di sini.
Hari ini saya cuti dari segala aktiviti. Meluangkan masa bersama isteri & anak-anak. Bawa semua makan luar and spend some quality time!
Seminggu kalau setiap hari sibuk, pasti luangkan masa juga untuk keluar dengan keluarga. Aktiviti yang saya recommend untuk semua orang!
Pejam celik, dah masuk bulan March 2008! Cepat sungguh masa berlalu. Bila lagi banyak aktiviti, lagi cepatlah masa berlalu!
Baru tadi, manager saya Azran ingatkan saya bahawa esok saya perlu berada di Astro, Bukit Jalil sempena rancangan “Temujanji”. Hampir terlupa saya! Sebuah rancangan di mana saya sebagai tetamu jemputan akan ditanya soalan oleh penonton di studio. Kira open for all questions!
Minggu hadapan, rancangan ini akan diudarakan… nanti saya beritahu tarikh keluar tv ok
Itulah sebahagian aktiviti saya minggu ini…
Somehow, masa saya muda-muda dulu, saya dapat bayangkan satu hari nanti saya akan berada dalam industri media & broadcasting. nak glamer lah kononnya masa tu ;) rasanya masa tu ramai remaja-remaja punyai impian yang sama. Bila lihat jadual harian saya minggu ini, seperti setiap hari dipenuhi urusan media… wow. that’s the power of visualizing!
Whatever the mind can conceive, the body can achieve!
====================
Untuk pengetahuan anda, masa muda2 dulu saya seorang yang pendiam & pemalu. Nak bercakap dengan orang pun malu, apatah lagi nak bercakap di media seperti kini!
Sekiranya anda ingin pelajari bagaimana hendak hilangkan perasaan malu apabila berkomunikasi, apa kata anda sertai kami di NizalTalk! bersama Nizal Nohammad. Komunikasi adalah amat penting bukan sahaja untuk perniagaan dan media siaran tetapi juga dalam hidup, sama ada bersama rakan-rakan atau keluarga.
Nizal adalah mentor saya dalam bidang komunikasi. Sekiranya anda ingin pelajari ilmu-ilmu komunikasi efektif, jangan lupa NizalTalk! 15hb March 2008 ini. Pendaftaran kini dibuka!
Selamat bercuti!
Pendapat Anda? [19] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Pendapatan sederhanaPromosi mesej yang samaBersama Azizi Ali hari ini!Siapakah idola anda?
Wed 27 Feb 2008
Posted by Irfan Khairi under
Tip Kewangan[21] Comments
Mereka yang berjaya dari segi kewangan adalah mereka yang mengambil masa yang lama memantau dan meninjau keadaan kewangan mereka. Walaupun sebelum mencapai apa-apa kejayaan kewangan.
Berapa lama masa anda berikan untuk diri anda memantau keadaan kewangan anda setiap minggu?
Tanamkan tabiat memberi sekurang-kurangnya 1 jam setiap minggu untuk berhenti dan semak keadaan kewangan semasa.
Ramai antara kita seakan “malu” hendak duduk dan pantau keadaan kewangan semasa kita oleh kerana “takut” melihat keadaan kewangan yang tidak mengizinkan.
Mereka yang ingin berjaya dalam kewangan mesti meletakkan masa khas sekurang-kurangnya satu jam setiap minggu untuk melihat kedudukan kewangan senidiri.
Pendapat Anda? [21] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Berapa kerap kita perlu menulis di blogProses pindah.. memenatkanBuku & DVDBaca… jangan tak baca
Tue 26 Feb 2008
Posted by Irfan Khairi under
Santai[23] Comments
Sesuatu untuk difikirkan…
Sekarang ni anda “bekerja” atau menjalankan “karier” anda?
KERJA - bersifat sementara
KARIER - apa yang anda ingin lakukan seumur hidup
Ramai yang terperangkap dalam “KERJA” dan bukan “KARIER”…
Pendapat Anda? [23] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Menangguhkan kerja = pencuri masa + pencuri hidupInternet untuk menambahkan prospek perkhidmatan andaUpah atau beri hadiah kepada diri sendiriMengurus masa… yang mana hendak didulukan?
Fri 22 Feb 2008
Dua hari lepas dalam program bual saya, “Jutawan bersama Irfan Khairi” di Radio24 saya berkesempatan menemubual Dato Hussamuddin, pengasas Kumpulan Karangkraf. Karangkraf adalah penerbit majalah terbesar di Malaysia- kebanyakan majalah yang anda lihat di kedai2 mamak tu, karangkraf lah yang punya… mereka juga menerbitkan buku dan akhbar…
Memang seronok berbual dengan Dato Hussamuddin, seorang yang sangat-sangat low profile! Patutlah ramai staff karangkraf sayangkannya…
Tip yang saya ingin kongsikan dengan anda yang saya dapat dari Dato Hussamuddin adalah, FOKUS amat penting dalam perniagaan.
Memang saya pernah sebut tentang focus, tetapi, selepas berbual dengan Dato, baru saya faham sepenuhnya…
Dato Hussamudin hanya memiliki perniagaan Karangkraf sahaja. Beliau focus sepenuhnya… saya persoalkan juga, mengapa tidak buka perniagaan lain? Dan beliau berkata, fokus adalah amat penting dalam perniagaan untuk memastikan kejayaan.
Saya juga turut tanya tentang diversify, dan beliau setuju, diversify juga penting, tetapi, sekiranya ingin diversify, pastikan ia kena mengena dengan perniagaan utama.
Sebagai contoh, Karangkraf juga membuka sebuah syarikat percetakan- Ultimate Print.
Contoh yang diberikan adalah, sekiranya Ultimate Print tidak mempunyai pelanggan, dengan hanya mencetak majalah & buku Karangkraf sahaja, sudah boleh hidup.
Namun begitu, kini Ultimate Print juga adalah syarikat percetakan terbesar di Malaysia.
Sehingga kini, Dato Hussamuddin hanya fokus kepada industri penerbitan sahaja dengan Karangkraf & Ultimate Print. Dan keduanya menjadi syarikat gergasi di Malaysia!
Jadi, sekiranya anda hendak memulakan perniagaan baru, pastikan ianya berkaitan dengan perniagaan asal dan keduanya saling membantu sesama sendiri seperti sayrikat penerbitan dan syarikat percetakan!
ps: Sebut tentang Karangkraf, teringat saya artikel saya untuk majalah NUR & Maskulin bulan ini tak siap lagi!
Pendapat Anda? [28] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Cara menjadi kreatif dan menjana ideaLompat si katak lompat…Otak yang lesuTidak semua menjadi
Wed 20 Feb 2008
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[32] Comments
Beberapa minggu lepas saya berkesempatan bertemu dengan salah seorang pakar motivasi yang saya hormati, Dr HM Tuah- first time berjumpa secara tidak sengaja oleh kerana beliau ditemuramah sebelum segmen saya di Wanita & Wang Astro Awani.
Soalan first saya kepada Dr Tuah adalah, bagaimana beliau cari masa untuk menulis berpuluh-puluh buah buku (sehingga 5 buku setahun) di samping menulis lebih 20 artikel setiap bulan untuk majalah?
Rahsianya adalah, beliau menggunakan kuasa mindanya. Beliau gambarkan seperti mindanya adalah folder-folder dalam PC. Ketika sedang melakukan satu kerja, secara sub-concious (bawah sedar), folder yang lain juga turut dibuka dan memproseskan kerja-kerja lain.
Cara melatih minda untuk berfungsi sebegini memang rumit untuk jadi master. Sedikit sebanyak, saya juga sering menggunakan teknik ini.
Sekiranya anda ingin cuba adalah, fikirkan 6-7 kerja yang anda ingin siapkan esok sejurus sebelum tidur. Ulangkan kerja-kerja tersebut dalam kepala anda, dan apabila bangun tidur esok hari, sambung apa yang dimainkan dalam kepala sebelum mulakan hari anda.
Secara bawah sedar, kerja-kerja tersebut akan diproseskan dalam minda anda. Pada mulanya, ia agak sukar, tetapi, with practice, anda juga dapat melakukannya.
ps: Ramai jutawan menguasai teknik sub-concious ini untuk menyiapkan lebih banyak kerja dalam waktu yang sangat singkat!
Pendapat Anda? [32] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Minda separuh sedar (Subconcious Mind)Mengiklan melalui brochure dan pampletPerniagaan yang memeningkanPerniagaan produk informasi & motivasi diri
Sun 17 Feb 2008
Posted by Irfan Khairi under
Tip Kewangan[27] Comments
Satu konsep yang baik yang dipelajari dari buku Rich Dad Poor Dad adalah menggunakan wang orang lain (Other People’s Money).
Konsepnya begini…
Sekiranya anda ingin membeli kereta, anda tidak beli kereta menggunakan duit sendiri. Tetapi, anda beli katakan 2 buah unit kondo menggunakan duit bank (sudah tentu ada sedikit downpayment, ubah suaian kondo, basic furnitures etc…)
2 unit kondo tersebut sewakan dengan keuntungan RM500 satu. In total, dapatlah RM1,000 daripada duit sewa…
Dari wang tersebut, baru anda beli kereta pada harga RM100,000… dan bayaran bulanan duit kereta itu adalah daripada pendapatan 2 unit kondo RM1,000 setiap bulan.
Cara ini amat menarik oleh kerana, orang lain yang membayar kereta baru anda- other people’s money! Anda bukan sahaja dapat kereta baru free (orang bayar), malah, anda dapat 2 unit kondo lagi tu…
Saya juga menggunakan cara ini
==================
Pengumuman: Taklimat PERCUMA MIBO (Malaysian Independent Business Ownership) akan diadakan pada hari Selasa ini bersamaan 19hb Februari di Klang. Bagi yang ingin mengetahui bagaimana MIBO dapat membantu anda memulakan perniagaan ICT, join kami.
Insyaallah saya akan turut ada di sana sebagai duta MIBO, dan juga tetamu istemewa, ikon jutawan Dato Dr Azman Ching juga akan memberi sokongan! 8.30pm di Kelab Eksekutif Klang (Klang Executive Club- bersebelahan Jusco Bukit Raja). Jumpa di sana!
Pendapat Anda? [27] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Duit sen vs duit kertasSenyum untuk semuaBerbelanja ke arah pendidikan - Osman AffanIK bawak kereta apa?
Thu 14 Feb 2008
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[30] Comments
Memang tidak dapat dinafikan bahawa komunikasi adalah penting dalam perniagaan. Tahukah anda perkataan apa yang paling penting dalam komunikasi?
Pakar perniagaan mengistilahkan bahawa komunikasi adalah “kom-YOU-nikasi”. Perkataan paling penting adalah YOU atau AWAK… atau lebih tepat lagi, NAMA seseorang itu.
NAMA seseorang itu adalah perkataan yang paling sedap didengari oleh seseorang. Untuk hebat dalam perniagaan, anda perlu hebat dalam komunikasi. Dan untuk hebat dalam komunikasi, anda perlu memupuk tabiat menyebut NAMA seseorang itu.
Apabila anda diperkenalkan dengan seseorang, cuba hafal namanya dan sebutkan namanya dalam perbualan. Mereka akan merasakan anda mengambil berat tentang mereka dan lebih mesra dengan anda- amat penting dalam perniagaan!
Berikut beberapa tip sekiranya anda jenis selalu terlupa nama orang yang baru diperkenalkan:
- Dapatkan nama orang itu, dan dalam perbualan, sebutkan namanya beberapa kali dalam perbualan dengannya
- Selepas meninggalkan seseorang itu, ulang sebut namanya seorang diri beberapa kali.
- Sekiranya anda takut lupa namanya, tulis namanya pada kertas untuk rujukan sepanjang hari.
Saya teringat pertama kali bertemu dengan Dato Dr Fadzilah kamsah. Memang Dato hebat dalam menggunakan nama seseorang. Sepanjang perbualan dengan Dato, beliau sering menggunakan nama “Irfan” beberapa kali membuatkan kita merasa mesra dengannya!
Satu tip perniagaan secara halus
Pendapat Anda? [30] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Nama Perniagaan AndaCara mudah dalam membina jenama perniagaan andaAda apa pada nama?10 orang terkaya Malaysia rugi berbillion
Mon 11 Feb 2008
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[28] Comments
Terima kasih atas ucapan takziah dan doa anda semua.
Life goes on!
Anda perlu menjadi seperti personaliti perniagaan anda. Maksudnya, sekiraya anda menjual barangan untuk bersenam, pastikan diri anda juga selalu bersenam dan mempunyai gaya hidup yang sihat.
Sekiranya anda menjual barang kecantikan, pastikan anda juga menggunakan barangan kecantikan tersebut dan mencantikkan diri anda sendiri.
Sekiranya anda seorang pakar motivasi, anda juga perlu mempunyai motivasi yang tinggi dan mengamalkan apa yang anda ajar.
Teringat saya pesan Dato Dr Fadzillah Kamsah, takkan pula nak jual ubat jerawat, tapi wajah kita dipenuhi jerawat!
Ini penting kerana anda sendiri menjadi iklan kepada perniagaan anda. Patikan anda hidupkan nilai-nilai dan gaya perniagaan anda oleh kerana anda adalah personaliti perniagaan anda!
Pendapat Anda? [28] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Personaliti dalam perniagaanPenjaga zoo popular maut- tip hari ini!Cara mudah dalam membina jenama perniagaan andaPerniagaan dan World Cup 2006
Fri 8 Feb 2008
Posted by Irfan Khairi under
REALITY![46] Comments
Sebentar tadi, bersamaan hari Khamis 7hb Februari, datuk saya sebelah ayah, Hj Ibrahim pulang ke rahmatullah.
Dalam sibuk proses memindah rumah dari Seremban ke KL, pada pukul 5.30pm saya terima panggilan dari abang saya mengatakan bahawa datuk kami telah meninggal dunia di IJN selepas 2 minggu di ICU.
6.00pm - Saya sekeluarga bergegas ke Azran Alam oleh kerana jenazah telah di bawa ke rumah pakcik saya dari IJN…
7.00pm - Berhadapan dengan jenazah dan sedekahkan surah Yasin. Dalam tak sedar, air mata pun mengiringi. Terasa sayu & sebak atas pemergian datuk saya.
8.00pm - Saudara mara mula memenuhi rumah pakcik di Azran Alam. Berbincang untuk kebumikan pada malam ini juga. Alhamdulillah, mendapat tempat di tanah perkuburan Kiara, Damansara.
9.00pm - Jenazah dimandikan dan kami menjalankan solat jenazah.
11.00pm - Bertolak dari Azran Alam ke tanah perkuburan Kiara, Damansara.
11.30pm - Saya, cucu-cucu tok yang lain dan pakcik2 mengusung jenazah ke kubur.
12.00am - Jenazah selamat di semadikan. Diiringi doa seisi keluarga…
Untuk pengetahuan anda, datuk saya (kami panggil Tok Haji) meninggalkan kami pada umur 87 tahun. Sudah 2 minggu berada di IJN oleh kerana jantung semakin lemah. Paling akhir saya berbual dengan Tok Haji adalah ketika hari raya korban lepas.
Di IJN, sudah 2 minggu tok tak sedar diri. Hanya mesin sahaja yang membantu pernafasan tok.
Teringat saya tentang perbincangan terakhir dengan tok. Pesanan terakhir tok kepada saya, dah berjaya ni jangan lupakan sedekah kepada sekolah-sekolah agama dan orang-orang susah. Saya juga sempat beri tahu tok tentang yayasan saya
Bersyukur dapat kongsikan dengan tok tentang yayasan saya sebelum beliau pergi. Semoga dapat memberi kebanggaan dari cucunya yang sorang ni (tok mempunyai berpuluh cucu… cicit pun ada juga)
Sejak saya sering muncul di media, asalkan jumpa tok sahaja, memang itu yang tok sebutkan kepada saya, untuk tidak lupa membantu mereka yang dalam kesusahan. Insyaallah pesanan itu tidak akan saya lupakan. Mungkin teringatkan kata-katanya inilah juga saya terasa sebak…
Moga pembaca blog ini dapat hadiahkan Al-Fatihah kepada Tok Haji Ibrahim
Al-Fatihah…
Pendapat Anda? [46] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Formula yang pasti menjadiRumah untuk dijualMenjadi Mentor JutawanBerita terbaru IK di media & broadcasting
Tue 5 Feb 2008
Ramai yang fikir, untuk memulakan perniagaan Internet, kita perlu ciptakan produk sendiri seperti ebook, atau menulis buku, atau membuat kraftangan sendiri, atau menjahit baju sendiri… dan sebagainya.
Pada asasnya, perniagaan Internet adalah seperti perniagaan bukan Internet. Tidak semestinya anda perlu ciptakan produk sendiri from scratch. Berikut adalah 2 idea mudah…
- Pergi ke kedai buku, dan lihat senarai best seller. Dapatkan buku-buku best seller daripada penerbit (maklumat penerbit terdapat di muka pertama buku) pada harga diskaun (biasanya 40% diskaun). Jual di Internet pada harga kedai, iaitu 40% keuntungan. Perniagaan Internet anda fokus pada menjual buku-buku best seller sahaja- sudah semestinya mempunyai permintaan!
- Pergi ke pusat pemborong dan beli beberapa ukiran ayat Al-Quran- di Malaysia harga ukiran kayu adalah amat rendah berbanding luar Malaysia. Bina satu laman web bernama QuranCarves.com- laman web yang fokus kepada ukiran-ukiran Al-Quran dan menjual ukiran-ukiran tersebut ke pasaran global yang sedia membeli pada US dollar (harga lebih tinggi).
Teringat saya tentang Ray Croc- pemilik McDonalds. Satu masa dulu, beliau melihat burger-burger yang dihasilkan oleh adik beradik McDonalds, membeli burger dan sistem yang dicipta oleh mereka, dan menjual semula kepada pelanggan! Bukan Ray Croc yang mencipta burger tersebut, tetapi beliau melihat peluang, beli dan menjualkannya semula!
Seperti perniagaan bukan Internet, tidak semestinya anda menjual produk yang anda ciptakan sendiri. Anda boleh beli daripada A dan jual kepada B. Model perniagaan yang amat mudah, tetapi mereka yang masih baru lagi di Internet tidak nampak.
ps: Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dari rumah, Workshop Jutawan Internet terdekat akan diadakan pada 24hb Februari 2008- klik di sini. Tempat semakin terhad!
Pendapat Anda? [31] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Perniagaan Internet dipecah kecilMalu memulakan dan menjalankan perniagaan…Perniagaan Internet tiada pertemuan 4 mataKejayaan dan World Cup 2006
Sun 3 Feb 2008
Hari Khamis (malam Jumaat) lepas saya dijemput untuk keudara di radio IKIM bersama Ustaz Zamri. Kali pertama bersama radio IKIM!
Topik perbincangan adalah mengenai buku terbaru saya- Nota Jutawan, Nota Motivasi yang kini sednag hangat di pasaran! Oh ya, bagi mereka yang belum tengok klip review buku saya di WW bersama Dangsuria, boleh klik pada YouTube di bawah…
Nota Jutawan, Nota Motivasi boleh didapati di kedai-kedai buku ataupun secara online di sini…
Radio IKIM menerima pemanggil ketika itu (yang turut memenangi buku saya!) dan salah satu soalan pemanggil yang saya ingin kongsikan…
Yang mana lebih hebat dan efektif: Motivasi secara dorongan, bimbingan dan galakan ATAU motiasi secara tekanan, cabaran dan dicabar?
Pada pendapat saya, kedua-duanya SAMA penting. Tetapi, jika diberi pilihan yang mana lebih hebat dan efektif, jawapan saya adalah: Tekanan, Cabaran dan perasaan di cabar!
Ini kerana, sekiranya kita lihat mana-mana jutawan atau usahawan yang berjaya kini, dan mengkaji latar belakang mereka, hampir kesemuanya (yang self-made millionaires) bermula dengan kesusahan dan kedaifan. Ini merupakan TEKANAN.
Maksud DICABAR pula, saya sebutkan bahawa, tidak semestinya dalam konteks “kawan kita cabar kita untuk berjaya… atau keluarga kita cabar kita untuk berjaya”. Tetapi, DICABAR dengan diri sendiri. Tercabar dengan keadaan sekeliling.
Mungkin kita lihat keadaan kewangan kita sekarang ni yang agak sukar, maka, kita terasa tercabar dengan keadaan sendiri.
Mungkin kita lihat orang lain punyai rumah bunglow besar-besar, kereta besar, hand phone je kecik, maka kita pun tercabar dengan keadaan sekeliling.
Mungkin juga anda sendiri dicabar oleh seseorang!
“Cabaran” adalah satu makanisma untuk kita bersaing dengan diri sendiri.
Pendapat Anda? [21] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Motivasi diri = Anjakan tiba-tiba!Jadualkan hari andaIrfan Khairi di radioIrfan Khairi - Motivasi di TV…