March 2008


soho.jpgSoHo atau Small office/Home office dikatakan tempat bekerja/menjalankan perniagaan dari rumah. Perniagaan Internet adalah satu contoh SoHo. MIBO juga adalah SoHo.

Saya telah menjalankan perniagaan dari rumah sejak tahun 1999 lagi dan yang paling menarik adalah, kos pengendalian yang amat-amat rendah dan pencapaian pelanggan yang amat tinggi. (*gambar sebelah bukan SoHo saya… SoHo saya lagi semak! :) )

Dato Dr Azman Chin pernah beritahu saya tentang sebuah concept yang mengatakan tidak lama lagi (beberapa tahun lagi), hanya 2 jenis perniagaan sahaja yang akan berjaya:

Perniagaan SoHo: kerana kos overhead dan pengendalian yang amat rendah dan kebolehan mencapai pelanggan yang lebih besar dengan teknologi sedia ada seperti Internet & handphone.

atau…

Perniagaan besar-besaran: kerana boleh leverage pada jenama, kewangan dan tenaga pekerja yang ramai.

Perniagaan sederhana besar akan mengalami kesukaran oleh kerana perlu menanggung kos overhead yang tinggi dan sukar leverage pada jenama & kewangan.

So, a very-very hot tip: SoHo is the way to go!

ps: Sekiranya anda ingin memulakan SoHo perniagaan Internet, Workshop Jutawan Internet paling hampir akan diadakan pada 12hb April 2008 di JW Marriott. Tajuk: “Cara Memulakan Perniagaan Internet dari Rumah dalam masa 7 Hari!” Klik sini untuk keterangan lanjut.

pps: Minggu ini saya ingin mulakan minggu SoHo… so, tip2 minggu ini berkaitan dengan SoHo!

Pendapat Anda? [36] Comments

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • SoHo: IK di Kosmo
  • SoHo: Rahsia Fokus - efficiency curve
  • Wealth, Success & Love
  • Jutawan SoHo

  • Saja-saja untuk tatapan anda…

    Pertama kali keluar di TV, tahun 2005 di Selamat pagi Malaysia ketika buku “Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar” baru di lancarkan…

    Lihat betapa gementarnya saya! :)


    Baru-baru ini keluar di “TemuJanji” Astro Awani bersama Amir Mahmood Razak.

    Nampak perbezaan tak? bagi saya, banyak perbezaan. Jauh lebih yakin!

    Tip hari ini, there’s always a first time dalam apa sahaja! First time tu lah yang akan membawa kita lebih jauh. Kalau takde first time, takde lah apa pun pencapaian.

    Itulah pertama kali saya keluar TV di Selamat Pagi Malaysia 3 tahun lalu bersama Syed Munawar…

    Baru-baru ini, saya merupakan “judge” dalam Nescafe Kick-start di siarkan di TV3 setiap hari Ahad jam 11.30pagi. Ini adalah musim kedua saya sebagai judge. Sudah 2 episod berlalu- saya sendiri tidak berkesempatan melihat. Ada orang kata, saya agak tegas di Kick-start! Ye ke? :)

    Pendapat Anda? [30] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Idea dari negara luar… dibawa ke Malaysia
  • Rahsia mencapai kecemerlangan pingat emas
  • Jutawan “modern” tak seperti jutawan dulu-dulu
  • Menjadi bintang

  • rich.jpgSekiranya anda mempunyai idea perniagaan, lakukannya serta merta- sepantas kilat!

    Richard Branson, pengasas syarikat penerbangan Virgin Atlantic hanya mengambil masa 6 bulan daripada mula berbincang mengenai idea memulakan syarikat penerbangan sendiri, sehingga penerbangan pertama Virgin Atlantic… 6 bulan sahaja!

    Begitu juga dengan Virgin Finance, beliau hanya mengambil masa kurang daripada 6 bulan untuk memulakan syarikat insurans sendiri. Dimana, syarikat insurans biasanya di UK mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk bermula.

    Kunci kejayaan Richard Branson adalah melakukan sesuatu sepantas kilat! Ia akan menggamamkan pesaing-pesaing anda dan memberi anda momentum yang sangat tinggi untuk meneruskan perniagaan.

    ps: “Jutawan! bersama Irfan Khairi” di radio24 hari ini saya ceritakan tentang perniagaan Internet. Tiada ikon jemputan kali ini sperti minggu lepas… sambungan edisi “Jutawan Internet bhg II”. Beberapa tip perniagaan yang belum pernah saya dedahkan, ada saya kongsikan ;) Sekiranya anda ingin mengikuti, anda boleh dengar secara streaming di www.radio24.com.my (ulangan jam 12tgh mlm nanti)

    pps: Workshop Jutawan Internet terdekat adalah 12hb April 2008. Sekiranya anda mempunyai idea perniagaan Internet, anda juga perlu mengambil langkah sepantas kilat!

    Pendapat Anda? [19] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • No related posts

  • Mulai hari ini, anggap diri anda sendiri memiliki syarikat dan anda sebagai CEO syarikat anda. Syarikat anda bernama: SAYA Sdn Bhd

    SAYA Sdn Bhd mengeluarkan produk: Diri anda sendiri.

    Dengan memikirkan anda sebgai sebuah syarikat, anda bertanggungjawab kepada diri anda sendiri untuk perbaiki:

    • Production
    • Kualiti produk anda
    • Latihan
    • Development
    • Komunikasi
    • Strategi
    • Produktiviti
    • Perkembangan
    • Kewangan

    Satu strategi dalam buku-buku motivasi dan kewangan adalah untuk fikirkan diri anda sebagai “Self Employed”. Fikirkan anda adalah syarikat SAYA Sdn Bhd dan bertanggungjawab atas produk anda sendiri: DIRI ANDA!

    Tidak kira apa pekerjaan anda kini, anda adalah CEO syarikat anda sendiri!

    Pendapat Anda? [16] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Perniagaan Internet -bersaing dengan syarikat besar
  • SoHo: Besar tidak semestinya bagus!
  • Untuk anda berjaya, bantu orang lain untuk berjaya
  • Perniagaan berubah - perlu flexible!

  • Susulan dari post saya semalam… tip hari ini: 

    Tak kira berapa banyak buku kita baca, sekiranya kita tak aplikasikan apa yang dibaca, tak guna juga. ZERO. Tiada pulangan.

    Bagi saya, buang masa sahaja saya membaca kalau saya tidak apply apa yang dibaca

    Saya pastikan selepas membaca sebuah buku, sekurang-kurangnya saya akan aplikasikan 3-4 idea serta merta. WAJIB!

    Seperti buku “Business The Richard Branson Way”, yang baru saya habis baca beberapa hari lepas, saya dah mula aplikasikannya dan sudah melihat pulangan RM ;)

    Jadi ingat… ada orang yang rajin membaca, tetapi tidak lakukan apa-apa pun. Ada juga yang membaca sedikit, tetapi terus aplikasikan apa yang dipelajari untuk mendapat pulangan.

    Dalam kes ini, yang membaca sedikit lagi untung berlipat kali ganda.

    Bayangkan sekiranya anda membaca banyak, dan aplikasikan juga adalah banyak… memang tiada sebab anda untuk gagal!

    Pendapat Anda? [28] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Baca… jangan tak baca
  • Jutawan banyak membaca!
  • Satu idea sahaja
  • Anda baca lagi tak?

  • Sekiranya anda tertanya-tanya, pada masa lapang, apa yang saya buat… jawapannya: Baca BUKU atau tengok DVD!

    Saya ni dengan buku & DVD memang tidak dapat dipisahkan… buku, mungkin anda boleh agak, saya selalu baca buku. DVD? bocor rahsia… saya memang gila wayang! Dari kecik sampailah dah besar ni…

    Mungkin ada yang terbaca sejarah saya, antara perkara yang memotivasikan saya ketika muda-muda dulu mencapai kejayaan adalah selebriti2 barat kerana mereka melakukan apa yang mereka minat (berlakon atau menyanyi) disamping menerima bayaran yang amat lumayan- rumah besar-besar mcm istana!

    Kalau keluar, memang selalu saya akan beli buku & dvd.

    rb2.jpgBuku, saya selalu beli buku-buku perniagaan, buku motivasi & buku biografi orang-orang yang berjaya. Pengakuan terbuka: Novel saya tak pernah baca… tak kira novel mat salleh atau novel melayu :) Kalau membaca memang gila, selalunya beratus ringgit habis pada buku setiap bulan. Buku terbaru adalah: Business the Richard Branson Way. Sebuah buku mengenai pengasas Virgin Group… “the rebel billionaire”! Belinya semalam, habis pun semalam… selalunya begitulah, kalau beli buku, hari tu juga habis baca… paling kuat 2-3 hari habis.

    Saya recommend anda baca buku sekurang-kurangnya sejam sehari… kalau ikut cara ini, seminggu pasti habis satu buku!

    voe.jpgKalau DVD pula, saya tengok semua jenis film! Tak kira, action ke, adventure ke, drama ke, comedy ke… semuanya tengok. Tak kira film glamour atau film tak glamour, saya tengok juga. Kadang-kadang, film yang tak glamour ni lagi best dari film-film glamour dan menang bayak film awards. DVD juga, sebulan beratus ringgit habis macam buku- jangan terkejut! Film terbaru saya tengok beberapa hari lepas “In the Valley of Elah”. Memang best!

    Seminggu mesti saya tengok 2 DVD!

    Bagi saya, tengok DVD adalah cara saya relaxkan otak saya dari memikir perniagaan… Golf? Tak pernah main! Apa lagi nak buat? ;)

    Pendapat Anda? [25] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Jutawan banyak membaca!
  • Baca… jangan tak baca
  • Anda baca lagi tak?
  • Satu idea sahaja

  • Dalam motivasi, seringkali motivasi diri tidak datang kepada kita dengan cara sikit demi sikit… tetapi, secara “anjakan tiba-tiba”. Atau dalam kata lain, sudden burst!

    Maksudnya, katakanlah anda mendapat inspirasi atau motivasi untuk melakukan sesuatu. Motivasi tersebut selalunya bukanlah datang dalam diri secara sikit demi sikit… seperti hari ni 1% … esok 1% motivasi… lusa 1% lagi… tulat 1% … bukan begitu.

    Tetapi, anjakan tiba-tiba adalah seperti contoh, hari ini terus dapat 10% motivasi diri… esok… 1%… lusa 1%… tulat 20%… dan seterusnya 1%… 1%!

    Ianya terjadi dalam semua perkara berkenaan dengan motivasi diri sendiri.

    Sekiranya anda fahami konsep ini, anda akan fahami bahawa dalam memotivasikan diri, ia berfungsi sebagai anjakan tiba-tiba dan bukan sikit demi sikit. 

    Anda boleh menggunakan teknik ini sebaik mungkin supaya mendapat momentum untuk terus bermotivasi.

    Ianya penting terdapatnya peningkatan motivasi dari hari ke hari! Tetapi, menurut kajian, cara peningkatan motivasi seseorang itu adalah sudden burst dan bukan sikit demi sedikit :) Cuba cerminkan pada pengalaman anda senidiri… apabila mendapat motivasi, adakah ianya secara tiba-tiba atau sikit demi sedikit?

    ps: Malam ini di rancangan radio saya di Radio24 “Jutawan bersama Irfan Khairi” saya akan menjawab soalan-soalan pendengar mengenai perniagaan Internet. Topik hari ini, “Jutawan Internet”… so, tiada ikon jemputan hari ini… saya sendiri sahaja ;)

    Pendapat Anda? [17] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Cara nak maintain motivasi
  • Menaikkan semangat pada bila-bila masa sahaja
  • Kurangkan perasaan malu
  • Cara mencapai matlamat yang besar

  • Sekiranya anda menjalankan perniagaan (tak kira perniagaan Internet atau bukan Internet), berapa peratuskah keuntungan anda dilabur balik untuk promosi perniagaan?

    • 10%?
    • 20%?
    • 30%?

    Menurut J Conrad Levinson, pakar perniagaan ‘Guerrilla’, sebaiknya anda melabur 20% keuntungan perniagaan anda kembali kepada promosi. Kalau untung RM5,000 terus laburkan RM1,000 untuk tujuan promosi mengembangkan perniagaan. 

    Anda bagaimana?

    Pendapat Anda? [30] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Promosi mesej yang sama
  • Kebarangkalian berjaya dalam promosi…
  • Marketing Mix
  • Hari #5: Meletakkan harga ebook Cara Promosi

  • Cuba anda fikikan…

    • Sekiranya Alexander Graham Bell tidak menciptakan telefon, bagai manakah keadaan kita kini? Adakah kita berkomunikasi menggunakan asap?
    • Sekiranya Thomas Edison tidak menciptakan lampu mentol, adakah malam-malam kita akan menggunakan pelita untuk menerangi?
    • Sekiranya Wright Brothers tidak mencipta kapal terbang, adakah sehingga kini kita akan menggunakan kapal laut sahaja ke luar negara?

    Sudah tentunya tidak!

    Sejarah menunjukkan bahawa, apa sahaja idea dan ciptaan akan timbul pada waktu yang sama. Sekiranya Alexander G Bell tidak mencipta telefon, sudah tentu di satu tempat lain di dunia, seseorang akan mencipta telefon. Sekiranya Thomas E tidak mencipta lampu mentol, sudah tentu seseorang lain akan menciptakannya. Sekiranya Wright Brothers tidak mencipta kapal terbang, tahukah anda, pada waktu yang sama di France, sekumpulan orang sedang membina kapal terbang juga (dan mereka tidak tahu mengenai usaha Wright Brothers juga membina kapal terbang).

    Apa yang saya ingin sampaikan hari ini adalah, sekiranya anda mempunyai satu idea yang baik. Mungkin satu ciptaan, atau idea perniagaan… atau model perniagaan… apa sahaja idea pada ketika ini…

    Ketahui, somewhere out there, orang lain juga mempunyai idea yang sama pada masa yang sama.

    Aplikasikan pemikiran ini apabila anda mendapat idea. Sekiranya tiada Tony Fernandez, adakah maksudnya tiada Air Asia? Saya rasa tidak… pasti ada orang lain yang akan menubuhkan syarikat penerbangan low cost. Sekiranya tiada Irfan Khairi, adakah perniagaan Internet tidak mendapat sambutan di media? Saya pasti tidak… pasti ada orang lain yang boleh membawa perniagaan Internet ke media dan mendapat perhatian satu Malaysia.

    Ianya bergantung kepada anda untuk merialisasikan idea tersebut supaya anda yang mendapat tempat pertama sebagai peneraju dan anda yang mendapat pasaran yang lebih besar!

    Kenapa tidak anda yang jadi pencetus pertama dan menjadi peneraju idea anda sendiri! ;)

    =================== 

    PENGUMUMAN:  Program NizalTalk! oleh pengacara terkenal, Nizal Mohammad. Pelajari teknik komunikasi efektif! 80% kejayaan perniagaan adalah dalam komunikasi. Bagi anda yang terlibat dalam perniagaan atau ingin melibatkan diri dalam perniagaan, pastikan anda ketahui bagaimana hendak berkomunikasi dengan efektif. Program satu hari yang menghiburkan- pasti anda tidak kering gusi :)

    Tajuk: NizalTalk!
    Penyampai: Nizal Mohammad
    Tempat: De’Palma, Ampang.
    Waktu: 9.00am - 6.00pm
    Tarikh: Sabtu 15hb March 2008 (ESOK!)

    Untuk maklumat lanjut, sila ke http://talk.nizal.com

    Hanya 2 tempat kosong sahaja tinggal, sekiranya berminat, hubungi Shah di 016-6966644 untuk booking hari ini.

    Pendapat Anda? [15] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Minda separuh sedar (Subconcious Mind)
  • Menjadi bintang
  • Idea hebat ketika cuti…
  • Bersama Jutawan yang GAGAL! Billi Lim

  • Pengumuman:

    1: Taklimat percuma MIBO discovery bersama ikon jutawan, Dr Azman Ching (penasihat MIBO) & Irfan Khairi (duta MIBO). MIBO (Malaysian Independant Business Ownership) adalah program keusahawan untuk melahirkan usahawan-usahawan ICT terutama yang ingin menjalankan perniagaan dari rumah (SOHO).

    Tajuk: MIBO Discovery (Masuk adalah percuma)
    Penyampai: Dato Azman Ching & Irfan Khairi
    Tempat: Hilton KL Sentral, Kuala Lumpur
    Waktu: 8.00pm - 10.00pm
    Tarikh: Khamis 13hb March 2008 (ESOK!)

    Datang beramai-ramai taklimat PERCUMA ini untuk mengetahui apa yang digembar-gemburkan mengenai MIBO, sebuah program keusahawanan yang mendapat sokongan Persatuan Usahawan Muda Malaysia dan Kementerian Belia & Sukan. tak perlu daftar… jumpa terus di Hilton, KL Sentral ! ;)

    Nota: Tiba di Hilton KL Sentral, lihat papan tanda “J & C Pacific - MIBO discovery” untuk ketahui dewan taklimat. Datang awal supaya dapat duduk di depan!

    ==========================

    2: Program NizalTalk! oleh pengacara terkenal, Nizal Mohammad. Pelajari teknik komunikasi efektif! 80% kejayaan perniagaan adalah dalam komunikasi. Bagi anda yang terlibat dalam perniagaan atau ingin melibatkan diri dalam perniagaan, pastikan anda ketahui bagaimana hendak berkomunikasi dengan efektif. Program satu hari yang menghiburkan- pasti anda tidak kering gusi :)

    Tajuk: NizalTalk!
    Penyampai: Nizal Mohammad
    Tempat: De’Palma, Ampang.
    Waktu: 9.00am - 6.00pm
    Tarikh: Sabtu 15hb March 2008 (SABTU INI!)

    Untuk pendaftaran, sila ke http://talk.nizal.com atau hubungi Shah di 016-6966644

    Nota: Program NizalTalk! hanya dijalankan 3 bulan sekali sahaja. Program seterusnya, mungkin pada bulan Julai. Jangan lepaskan program yang ini!

    ==========================

    3: Workshop Jutawan Internet, Irfan Khairi. Pelajari cara memulakan perniagaan Internet dari rumah dalam masa 7 hari. Klip video temubual Dangsuria & IK mengenai Workshop Jutawan Internet di bawah…


    Tajuk: Workshop Jutawan Internet
    Penyampai: Irfan Khairi
    Tempat: JW Marriott, Kuala Lumpur
    Waktu: 9.00am - 6.30pm
    Tarikh: Sabtu 22hb March 2008 (SABTU DEPAN!)

    Untuk pendaftaran, sila ke http://www.rahsiainternet.com/workshop atau hubungi Shah di 016-6966644

    Jangan lepaskan peluang program-program IKSB! Jumpa di sana :)

    Pendapat Anda? Comments Off

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Katakan tidak!
  • Jutawan SoHo
  • Tabung Yayasan Ilham Budi
  • Workshop Jutawan Internet: Singapore - KL - Sabah

  • Hari ini saya ditemuramah mengenai perniagaan Internet di MHI TV3…

    Kali terakhir saya di MHI sudah lama… hampir 3 tahun lepas! WOW… begitu pantas masa berlalu.

    Isu yang dikupaskan hari ini adalah keselamatan perniagaan Internet

    Di MHI dimainkan juga beberapa klip responden mengenai transaksi Internet dan kebanyakan daripada mereka berasa ragu-ragu tan tidak yakin dengan transaksi di Internet.

    Bagi yang menonton tadi, tahulah jawapan saya dan beberapa point yang diberi…

    Terima kasih juga kepada pemanggil-pemanggil telefon yang menyokong perniagaan Internet- antaranya pembaca blog ini :)

    Tetapi, apa pendapat anda pula? Mengapa ada segelintir yang tidak yakin dengan transaksi online, dan bagaimana hendak membuang rasa tidak yakin itu?

    ps: Klik di sini untuk menyertai Workshop Jutawan Internet di JW Marriott KL, 22hb March ini…

    Pendapat Anda? [25] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Nota Jutawan: Nota Motivasi- Buku baru Irfan Khairi
  • Nota Jutawan: Nota Motivasi
  • SoHo: IK di Kosmo
  • Perniagaan bukan Internet vs. Perniagaan Internet

  • Next Page »