May 2008
Monthly Archive
Sat 31 May 2008
Malam tadi selamat tiba di KL selepas talk di Brunei dan workshop di Sabah. Seronok betul dapat jumpa orang-rang Brunei- mereka memang peramah. Begitu juga seronok menjalankan Workshop Jutawan Internet Sabah peserta very friendly & sporting.
Berita baiknya- insyaallah atas permintaan ramai, Workshop Jutawan Internet akan dijalankan di BRUNEI pula!
Selepas setahun Workshop Jutawan Internet memasuki pasaran Singapura, kami akan melebarkan sayap ke Brunei pula pada bulan Ogos ini. Hari tu dah survey dah hotel bersama organizer (yang memberi kepercayaan kepada kami), dan memilih Empire Hotel, Brunei untuk menjalankan workshop.
Gambar sebelah bersama Mr.Faris, organizer Workshop Jutawan Internet, Brunei. Ketika melawat Empire Hotel… 7 star hotel lagi tu!
So lepas ini, bagi mereka yang ingin mengikuti Workshop Jutawan Internet, boleh mengikuti di…
KUALA LUMPUR - SINGAPORE - BRUNEI
Tip hari ini:
Teringat saya first time menjalankan workshop jutawan Internet di KL pada tahun 2005. Malam sebelum talk, memang tak dapat tidur kerana “takut” & “nervous”. Tetapi, saya paksakan juga.
Dalam melakukan apa sahaja untuk pertama kali, sememangnya anda perlu PAKSA diri anda. Apabila kita memaksakan diri, kita memaksa keluar dari zon selesa kita (comfort zone). Memang tiada cara lain untuk keluar dari comfort zone melainkan MEMAKSA DIRI.
Alhamdulillah, bermula tahun 2005 saya takut hendak mengendalikan my first workshop, kini Workshop Jutawan Internet mendapat tempat bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Singapura & Brunei.
So, next time bila anda melakukan sesuatu untuk pertama kali, PAKSA DIRI!
Pendapat Anda? [14] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Wealth, Success & LoveUp selling = menambahkan LAGI keuntungan andaKebarangkalian berjaya dalam promosi…Upah atau beri hadiah kepada diri sendiri
Thu 29 May 2008
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[31] Comments
Sebabkan post lepas berbunyi sedikit negatif, hari ini saya nak “balance”kan dengan posting positif pula.
Hari ini saya berada di Brunei, baru tiba semalam. Alhamdullah, kini saya mendapat kepercayaan kerajaan & semi kerajaan Brunei untuk membuat talk motivasi bertajuk “Mengenali Kekuatan dan Potensi Diri”. Pertama kali saya dijemput ke Brunei di bayar oleh kerajaan Brunei- banyak juga mereka bayar. Maklumlah, negara kaya raya
Seronok first time buat talk di sini dan mereka amat appreciate profesional speakers sehingga flight pun sponsor business class, hotel pun 5 star. Terasa macam selebriti barat pula
Tip hari ini saya nak berikan khas kepada mereka yang ingin menjadi motivators/professional speakers sebagai kerjaya seperti saya, Bro Kamal Affendi, Dr Tengku Asmadi (dari posting lepas). Tak kiralah, motivator/speaker bidang apa. Untuk berjaya sebagai speaker, pegang kepada 3 tip berikut:
- Fokus pada satu bidang sahaja, terutamanya bidang yang anda minat dan mempunyai pengalaman. Sebagai contoh, topik talk saya berkisar KEJAYAAN & JUTAWAN- ini menjadikan anda “pakar” dalam satu bidang!
- Gunakan style anda tersendiri- Be Original! tidak perlu terikut-ikut cara pakar motivasi/speaker lain. Sebagai contoh, gaya saya agak santai & bersahaja, cara pakaian ada sikit “rock” & tak formal, dan cara penjelasan menggunakan pengalaman sendiri- ini menjadikan anda unik!
- Pastikan anda boleh “connect” dengan audience. Caranya adalah, jangan cuba muatkan terlalu banyak point dalam waktu yang singkat. Ini akan menghilangkan connection orang ramai dengan anda. Speaker-speaker baru sering melakukan kesilapan ingin menyampaikan banyak informasi dalam waktu yang singkat. Sebagai professional speaker, LESS IS MORE!
Dengar-dengar cerita hari ni 1,500 rakyat Brunei akan dengar talk saya. Selamat menjadi profesional speaker & semoga lebih maju industri motivator & profesional speaker Malaysia!
Bagi anda, apa yang anda ingin lihat pada seorang motivator / professional speaker?
ps: Sabtu ni pula (lusa) saya akan berada di Sabah untuk menjalankan Workshop Jutawan Internet buat terakhir kali di Sabah (tahun ini). Bagi yang berminat, klik di sini atau hubungi Azran di 016-6966644 atau Azran d 014-6633311
Pendapat Anda? [31] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Irfan Khairi on Selling Service On The Internet @ BFM89.9fmIrfan Khairi on Selling Information Online @ BFM89.9fmPodcast: Irfan Khairi @ BFM89.9IK Podcast @ BFM89.9fm
Mon 26 May 2008
Posted by Irfan Khairi under
Highlight![44] Comments
Beberapa minggu lepas kes penggunaan PHD palsu oleh beberapa motivator didedahkan di dada akhbar oleh Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).
Pakar penganalisa jenayah Kamal Affendi mendedahkan di Kosmo
Dukacita, ada pula suara-suara yang mengatakan saya adalah antaranya yang membeli/menggunakan PHD palsu. Ada juga isu ini pernah dibangkitkan satu masa dulu, tetapi, saya sering mengambil pendekatan bersabar dan biarlah sesiapa sahaja membuat apa sahaja spekulasi mengenai saya.
Ingin saya tekankan bahawa, saya tidak pernah pun membeli sebarang gelaran atau menghadiri “pendidikan express/shortcut” untuk mendapatkan sebarang gelaran. Membeli sebarang gelaran, tak kira Dr, Dato ke, atau apa sahaja adalah tindakan yang TIDAK BERETIKA.
Saya dianugerahkan Honorary Certificate of Doctorate in Business Adminstration dari badan yang mendapat sokongan Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
Saya juga sejak tahun lepas sering mengatakan saya lebih selesa dipanggil “Irfan Khairi” daripada “Doctor” atau (Dr) Irfan Khairi, kerana ia lebih mendekatkan saya dengan orang ramai.
Syukur alhamdulillah, situasi saya mendapat perhatian termasuk Kamal Affendi, selaku penganalisa jenayah yang mendedahkan kes ini (seperti tertera di gambar akhbar di atas).
Irfan jujur. Dia telah berjumpa saya untuk mendapatkan kepastian.Dia memaklumkan perkara yang benar. Dia diminta hadir ke majlis tersebut untuk menerima sijil berkenaan dan tidak membayar satu sen pun. Dia jujur dalam jawapannya.
-Kamal Affendi
Pakar Penganalisa Jenayah
Berikut pula mesej dari Dr Tengku Asmadi, selaku presiden TAMRIN (Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia)- Pertubuhan yang secara langsung terlibat dalam pendedahan tersebut.
Assalamualaikum Bro. Irfan,
Alhamdulillah, saya syukur anda mengambil langkah memberikan penjelasan panjang lebar di blog anda bagi membetulkan apa yang salah dan menegakkan apa yang benar.
Tindakan anda adalah satu tindakan yang terpuji.
Untuk makluman semua, saya selaku Presiden TAMRIN ingin tegaskan bahawa Saudara Irfan Khairi bukanlah antara mereka yang telah didedahkan sebagai mereka yang menggunakan Ph.D palsu ini.
Saya bersetuju dengan pandangan sesetengah pengunjung bahawa gelaran ‘Doktor’ bukanlah tiket untuk masyarakat menghargai dan menerima kita. Saya sendiri kagum dengan Saudara Irfan sebelum isu ini timbul lagi.
Saya juga pasti, mereka yang menuduh Irfan bukan berniat untuk menjatuhkan tetapi saya kategorikan kepada beberapa kumpulan:
1. Masyarakat yang tidak mahu berguru dengan mereka yang tidak jujur lalu mencari kebenaran.
2. Mereka yang ada Ph.D yang betul dan bertungkus lumus mendapatkannya hingga mengambil masa bertahun-tahun tidak akan puas hati apabila ada segelintir yang dengan begitu mudah membeli gelaran. Saya bersetuju dengan mereka ini sebab Ph.D dan DBA mesti berkredibiliti.
3. Mereka yang tidak tahu apa punca dan sebab tetapi sama-sama terjun memberikan pandangan. Mereka ini ikut-ikutan.
Sekian dari saya.
-Dr Tengku Asmadi
Presiden TAMRIN
Syukur alhamdulilah, selepas 2 tahun saya bersabar atas tuduhan segelintir pihak yang tidak memahami situasi saya, kini, saya mendapat sokongan daripada Kamal Affendi sendiri dan Dr Tengku Asmadi, presiden TAMRIN.
Mereka yang menuduh saya pula berani lakukan di blog-blog atau forum online sahaja. Tak pernah seorang pun datang dan minta penjelasan secara ikhlas. Hanya percaya pada khabar angin dan menyebarkannya.
Harapan saya selepas ini, isu penggunaan PHD palsu tidak lagi terjadi kepada saya. Bagi anda yang membaca ini, harapnya tidak akan percaya dengan khabar-khabar angin mengenai saya.
Bagi saya, mereka yang cuba menjatuhkan saya (secara sedar atau tidak), adalah segelintir sahaja. Bilangan yang terlalu kecil. Oleh kerana setiap hari saya lihat di Tip Satu Minit ini, terlalu ramai yang memberi sokongan ikhlas kepada saya, sehingga mereka yang nak jatuhkan saya di tempat lain, langsung saya tak fikirkan dan tak nampak.
Terima kasih kepada anda kerana tak putus2 memberi sokongan & semangat kepada saya, dan memberi kepercayaan kepada saya ;)
ps: Terima kasih tak terhingga kepada Bro Kamal Affendi & Dr Tengku Asmadi kerana memberi kepercayaan dan sokongan kepada saya. Insyaallah dengan suntikan semangat tersebut saya akan lakukan bahagian saya dalam menaikkan lagi nama motivator Malaysia bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di luar Malaysia!
Pendapat Anda? [44] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Promosi mesej yang samaMesej perniagaan diulang enam kaliBagaimana hendak menjadi popular?Teknik promosi sekiranya modal terhad
Fri 23 May 2008
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[14] Comments
Dalam perniagaan Internet, tiada pertemuan 4 mata. Ia menjadi sedikit sukar untuk menimbulkan “kepercayaan” oleh kerana orang ramai sudah biasa dengan jual beli di hadapan mata.
Cara mengatasi ini agak mudah. Jawapannya- gambar, gambar & lagi gambar!
Oleh kerana punca utama orang tidak beli online adalah kerana tiada pertemuan 4 mata, maka, anda perlu lakukan simulasi pertemuan 4 mata. Perbanyakkan gambar yang berkenaan- gambar produk, gambar kedai (jika ada), gambar pemilik perniagaan, gambar pemberi testimonial, gambarajah, dan apa sahaja gambar.
2 tip:
- Bila mengambil gambar (produk atau pemilik), biarlah kelihatan profesional. Pastikan gambar terang. Tip mudah adalah, ambil gambar di luar rumah untuk mendapat cahaya matahari. Matahari adalah the best light source untuk gambar!
- Walaupun gambar adalah jawapannya, jangan terlalu banyak gambar sehingga melambatkan laman anda dibuka. Pilih gambar yang bersesuaian dan terbaik sahaja. Juga, pastikan gambar anda semuanya di-compresskan 70-80% JPEG compression adalah bagus.
Selamat bergambar dalam perniagaan internet!
Pendapat Anda? [14] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Minggu Pelanggan Tanpa Had: Pertemuan kali pertama = penampilan & keyakinanPerniagaan Internet yang tiada persainganSusah ke nak jadi jutawan??The 4-minute Mile… benteng di minda
Thu 22 May 2008
Posted by Irfan Khairi under
Bincang-bincang[50] Comments
Hari ini apa kata kita berbincang pula…
Persoalan kali ini sedikit negatif, tetapi dukacita, dari sejarah sering membuktikan kebenarannya.
“Mengapa bangsa Melayu sering terjerumus dalam skim cepat kaya?”
Sejak dulu lagi yang popular, skim cepat kaya Pak Man Telo. Beratus ribu orang Melayu lebur wang. Baru-baru ini juga skim-skim pelaburan Internet haram… orang Melayu juga majoritynya tertipu. Dan berbagai-bagai lagi program cepat kaya takkan terputus-putus digembar-gemburkan.
Tujuan perbincangan ini bukan hendak memperkecilkan kewibawaan bangsa saya sendiri, tetapi, untuk berbincang secara ilmiah, mengapa bangsa Melayu yang sering terperangkap dalam skim-skim cepat kaya ini. Jarang sekali bangsa lain- baik dalam negara atau luar negara.
Apa yang membuatnya bangsa Melayu mudah tertipu? Mudahan dari perbincangan ini sedikit sebanyak dapat mencari penyelesaiannya…
Pendapat Anda? [50] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Nampak apa yang kita mahu nampakPerancangan, blueprint, plan… semuanya perluKena tipu di Internet… kesian!Susah ke nak jadi jutawan??
Tue 20 May 2008
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[14] Comments
Pernahkah anda dalam keadaan perlu membuat keputusan? Mungkin dalam perniagaan, kewangan atau kehidupan seharian. Namun, anda menghadapi jalan buntu apabila ingin melakukan keputusan tersebut…
Caranya adalah untuk anda bayangkan anda mempunyai sekumpulan pembuat keputusan. Kumpulan tersebut terdiri daripada idola anda atau pakar-pakar industri masing-masing. Kumpulan ini dipanggil “Mastermind group”.
Bayangkan ketika anda buntu membuat keputusan, anda merujuk kepada kumpulan “imaginasi” anda atau “mastermind group” anda. Anda boleh meletakkan sesiapa sahaja anda inginkan di dalam kumpulan anda.
Kemudian, anda bagaikan “berdialog” dengan kumpulan anda. Mungkin anda boleh bertanya…
- “Sekiranya Bill Gates ingin mencipta produk baru,produk berkonsep apa yang akan diciptakan?”
- “Sekiranya Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai wang sebegini, di mana beliau akan menyumbang kepada masyarakat?”
- “Sekiranya Jamie Oliver diberi peluang memulakan rancangan TV baru, bagaimanakah konsepnya?”
Siapa teka bahawa soalan-soalan di atas adalah soalan yang saya tanya, memang betul pun
Dengan mempunyai “mastermind group” kita sendiri, kita akan mendapat idea-idea yang menarik daripada sesi “mindstorming” kita sendiri. Bunyi macam kerja gila bercakap seorang diri? Jangan terkejut, ini adalah idea daripada buku kekayaan terlaris di dunia- “Think & Grow Rich” oleh Napolean Hill.
ps: Sedikit rahsia… ketika saya menemuramah Dato Dr Fadzilah Kamsah, beliau juga menggunakan sebahagian daripada konsep ini, bahawa beliau sering “berdialog” dengan buku-buku bacaannya! Jeng jeng jeng!
Pendapat Anda? [14] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
2 positif lawan 1 negatif… siapa menang?Siapa cepat, siapa lambat?Syarat 80-20 dalam perniagaanSiapakah idola anda?
Mon 19 May 2008
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[30] Comments
Sebelum ini, Air Asia terkenal dengan harga penerbangan rendah. Kini, MAS pula memperkenalkan harga penerbangan murah dibawah FireFlyz… Apa yang terjadi kini adalah, persaingan harga. Sudah pasti MAS lambat laun akan menggunakan strategi Air Asia juga!
Kini, apabila Air Asia vs MAS, siapa yang untung?
Pada pendapat saya, yang untung adalah Singapore Airlines kerana memberi fokus kepada penerbangan eksklusif dan layanan istemewa
Singapore Airlines adalah antara jenama hebat penerbangan dunia.
Oh ya, pelanggan juga untung kerana dapat penerbangan pada harga rendah- serta pilihan antara Air Asia & MAS lagi tu! Yipee!
Tip Satu Minit: Jauhkan daripada terlibat dalam perang harga. Ia hanya merugikan anda. Ciptakan keunikan sendiri dan kelainan sendiri- anda dapat membentuk “harga” anda sendiri.
Walaupun ianya tidak salah menggunakan strategi “harga rendah” dalam perniagaan anda, ketahui bahawa strategi harga rendah mempunyai pelbagai kelemahan seperti:
- Pesaing juga akan merendahkan harga
- Mengurangkan untung untuk mempromosikan perniagaan semula
- Menjadikan jenama anda lemah
Menjadikan jenama lemah? Yes! Kalau kita sebut barangan “berjenama” atau barangan “branded” tidakkah ianya merujuk kepada barangan mahal?
Jadi, sekiranya anda ingin mewujudkan jenama hebat, jauhkan dari menurunkan harga
ps: Tip ini bukan sekadar untuk anda yang berminat untuk buka syarikat penerbangan sendiri- Perniagaan kecil-kecilan juga boleh guna tau!
Pendapat Anda? [30] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Air Asia vs FireflyPerlu diversify atau perlu niche?Perniagaan Internet Malaysia, Asia dan seDuniaIntegration Marketing - Mengambil peluang trafik yang sedia ada
Thu 15 May 2008
Posted by Irfan Khairi under
Tip Kewangan[35] Comments
Lama juga saya tidak masukkan tip Kewangan saya daripada segmen TV saya, WW di Astro Awani “Wanita & Wang”. Jadi, ini tip saya dari segmen saya pagi tadi… bukan untuk Wanita sahaja… Lelaki pun!
Pastinya anda tertarik bukan? Kerja sekali, tetapi pendapatan sampai bila-bila. bagaimana hendak lakukan? Jawapannya adalah: Residual income atau passive income- antara senjata untuk menjadi jutawan!
Berikut adalah beberapa contoh residual income atau pendapatan yang berulang…
Sekiranya anda hebat menyanyi, anda boleh buat album lagu. Penyanyi-penyanyi kita mendapat residual income. Walaupun album sudah keluar 10 tahun lalu, sampai kini masih menerima royalti dari jualan setiap album. Pernah terfikir tak mengapa penyanyi-penyanyi barat walaupun satu sahaja lagu sedap, tapi boleh jadi multimillionaire? cara yang sama- menerima royalti, tetapi royalti dari jualan album ke seluruh dunia!
Tapi IK, saya tak pandai menyanyi!
Kalau tak pandai menyanyi, atau menari macam saya ni (sapa tengok JTL tau lah!)
, kita boleh menulis buku. Penulis buku juga menerima royalti atas jualan setiap buku. Mungkin ia mengambil masa 2-3 bulan untuk siapkan satu buku, tetapi pendapatan dari royalti belian setiap buku akan diterima oleh penulis! Buku pertama saya RJJIT ditulis pada tahun 2005. Sehingga kini saya mendapat pendapatan darinya. Buku terbaru Nota Jutawan: Nota motivasi juga saya mendapat pendapatan setiap bulan…
Tapi IK, saya tak pandai menulis… camne?
Paling ramai jutawan tercipta di dunia daripada jutawan hartanah. Real estate. Dalam kata lain, beli rumah, dan dapatkan penyewa pada bayaran lebih daripada bayaran bulan-bulan kepada bank. Menyewa kan rumah (atau kedai/pejabat) juga anda hanya kerja sekali, tetapi pendapatan akan masuk sampai bila-bila selagi ada penyewa!
IK, hartanah ni kita perlu modal besar… saya takde modal camne?
Idea juga boleh menjadi residual income. Tak perlu modal.
Pernah anda lihat “battery indicator” pada battery Duracell? pernah anda menggunakan “Post-it”? Pernah anda lihat gambar Mickey Mouse atau Hello Kitty? Bagi pemain guitar electric, anda perasan tak bahagian besi pemegang tali tu adalah sesuatu ciptaan unik? Ini semua antara idea yang telah menjadi “patent”. Setiap kali idea tersebut digunakan, pencipta akan menerima pendapatan!
IK, saya ni tak pandai nak cipta benda-benda baru…
Kalau begitu, sesetengah perniagaan juga memberi “residual income”. Kerja sekali, pendapatan sampai bila-bila. Sebagai contoh, MIBO. Antara product MIBO adalah TM Smart Call. Sekali anda mendapat pelanggan Smart Call (boleh mengurangkan bil telefon pelanggan), selagi pelanggan tersebut menggunakan telefon, anda akan mendapat residual income. Kerja sekali, pendapatan sampai bila-bila!
IK… kalau saya tak pandai berniaga?
Haa… di sini lah saya nak quote kembali pesanan Dato Dr Fadzilah Kamsah:
“Orang lain buat duit, kita buat alasan!”
Banyak cara untuk menjana pendapatan… banyak cara untuk menjana pendapatan secara residual. Tetapi, kalu banyak alasan, jangankan residual income. Income yang kerja sekali, pendapatan sekali pun, kita takkan dapat
Kalau semua tak boleh, jawapannya dalam Al-Quran: banyak-banyak membaca… cari ilmu. Bila ada ilmu, yang tak boleh, kita bolehkan juga
ps: Bagi yang menghadiri sesi taklimat MIBO semalam, harap maaf kerana Dato Dr Azman Chin last minute tak dapat menghadiri sesi. Bagi yang berminat untuk mengetahui lanjut mengenai MIBO, boleh baca ringkasan di sini atau datang ke pejabat kami di UpTown Damansara. Sila hubungi Azran di 016-6966644 atau Azran di 014-6633311 untuk appointment.
Pendapat Anda? [35] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Lompat si katak lompat…“Magic Moment” dalam perniagaanMeja kemas, semua pantas!Pendapatan passive dalam perniagaan
Wed 14 May 2008
Posted by Irfan Khairi under
REALITY![54] Comments
10 perkara yang “mungkin” anda tidak tahu mengenai saya…
1. Dalam kereta IK selalu buat apa?
Saya pasang lagu rock. Lagu rock, walaupun bagi sesetengah pihak membingitkan telinga, tetapi, bagi saya, saya grow up dalam zaman rock. Bila pasang lagu rock, ia memberi motivasi untuk melakukan kerja dengan lebih cepat. Lagu favourite kini, “Gemuruh” Faizal Tahir (ada elemen motivasi dalam lagu tu… cuba dengar, saya tuju pada anda) dan juga Linkin Park & All American Rejects.
2. IK suka baca akhbar apa?
Honestly, saya jarang-jarang-jarang beli newspaper. Saya jarang baca newspaper sebab bagi saya terlalu banyak berita-berita negatif dalam akhbar. Dalam akhbar, lagi banyak berita negatif berbanding positif. Dan sekiranya saya baca, saya akan rasa “down” apabila membaca kisah2 negatif. Untuk keep me positif, saya ambil keputusan untuk tidak baca newspaper.
Beli newspaper pun, bila diri sendiri keluar dalam paper
3. IK minat bersukan? Sukan apa?
Sukan yang selalu saya main adalah “Snooker”! Ok, saya tahu, anda akan kata… “Snooker??? bukan ke itu sukan mat-mat rempit??”
Sebenarnya saya aktif main Snooker ketika di UK. Snooker adalah sukan ke-dua paling popular di UK (pertama football). Dan di UK, sukan Snooker memang class… bukan seperti yang sering di lihat di Malaysia yang sering dikaitkan dengan budak2 nakal. Sukan snooker di UK adalah sukan yang bersih & sihat. Siapa yang tak kenal Jimmy White, Steve Davis, Ronnie O sullivan antara top players Snooker di UK.
Bila di Malaysia, agak kurang sikit kerana Snooker sering di kaitkan dengan aktiviti kurang sihat. Kadang-kadang je main
4. IK selalu shopping di mana?
Haa.. yang ni jangan terkejut. Saya jarang beli baju mahal-mahal… jadi, tempat pilihan saya beli baju adalah di Reject Shop atau Factory Outlet Store. Sebab utamanya adalah, sejak saya masuk media, saya selalu perlu beli baju2 baru. Takkan masuk TV pakai baju sama je (maklumlah, takde sponsor!). Kalau setiap minggu masuk TV habis RM100-RM200, pikir 2-3 kali juga masuk TV
Lagipun, kalau saya pakai baju “tak branded” pun, orang still akan ingatkan baju saya jenis2 branded ha ha. Kira macam Michael Jackson kalau pakai baju pagoda putih pun, orang ingatkan harga ribu-ribu
Kalau saya pakai Roleh ciplak pun orang ingat saya pakai Rolex ori, betul tak?
Saya percaya kita pakai atau beli apa sahaja mengikut keselesaan kita. Kalau kita selesa pakai baju sederhana, apa salahnya. Kalau kita selesa pakai baju branded pun, takde salahnya. Duit usaha kita sendiri ye tak?
5. Apa gadget2 atau barang elektronik yang IK selalu bawa ke sana sini?
Seperti orang lain, tentu handphone. Sebagai tambahan saya ada ipod touch (untuk pasang lagu-lagu rock!) dan juga kalau travel jauh saya bawa PSP so boleh main game time-time travelling
Bagi yang minat game, sekarang saya main Final Fantasy Crisis Core.
6. Mengapa IK tidak memiliki BMW atau Mercedes? Bukan ke semua jutawan miliki kereta camni?
Jawapannya lebih kurang no.4. Kita beli apa yang kita minat dan suka… unfortunately (atau fortunately!), saya kurang minat kereta-kereta mewah. Bagi saya, ia tidak kena dengan jiwa saya dan juga personaliti saya… bagi mereka yang pernah jumpa saya pasti tau saya ni jenis yang amat-amat simple… jadi, sedikit “hipokrit” lah kalau orang macam saya bawak kereta-kereta besar.
Sekali lagi, kita lakukan apa sahaja untuk keselesaan kita. Kalau selesa bawa Mercedes, maka, Mercedes lah pilihan utama… kalau selesa pakai kereta lain, pun tak mengapa. Janji ia menggembirakan kita dan kita tidak lakukan untuk “impress” orang lain.
7. Kalau makan kat gerai IK suka order apa?
Nasi Goreng USA & fresh orange. Sebab? Mudah nak order… ada nasi, telur, daging, buah sekali harung
8. IK main muzik?
Main guitar sikit-sikit… belajar sejak di ITM. Maklumlah, masa student dulu time-time lepak, main guitar untuk buang masa. Saya ada 2 guitar acustic & 1 guitar electric. Tetapi guitar electric saya telah souveneer kepada jiran saya di Seremban sebelum pindah ke KL! Siap autograph lagi. (Muzamil, kalau terbaca ini, u are one cool dude!)
9. IK ada berapa banyak computer kat rumah?
Ada 6-7 (tak ingat). Satu desktop yang lain notebook. Rumah ada Wi Fi, so, tak kira dari bilik mana, boleh capai computer and buat kerja apa yang patut
Maklumlah, kerja Internet. Kalau tanya anak saya “Besar nak jadi apa?” jawabnya “Nak work Internet” (4 tahun)
10. Masa lapang suka buat apa?
Berjalan dengan isteri & anak-anak. Jarang sekali lepak dengan kawan-kawan… dah takde masa. So, time-time free, lepak dengan isteri & anak-anak bawa berjalan. Kalau anda terjumpa saya mana-mana jangan takut tegur… saya tak makan orang.
Kesimpulan REALITY hari ini: Saya pun orang biasa juga… tiada yang luar biasa
Anda bagaimana?
ps: Jumpa saya & Ikon jutawan Dr Azman Chin di Hilton, KL Sentral malam esok, Khamis 15hb (8 malam-10 malam). Ada tips-tips jutawan… PERCUMA untuk seisi keluarga. Sempena taklimat MIBO. Boleh anda lihat “kebiasaan” saya & Dr Azman Chin (Azman Chin luar biasa sikit!) ;)
Pendapat Anda? [54] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Cabaran Minggu Berfikir PositifRisau membawa stressKerja susah vs kerja mudahBila mendapatkan pekerja untuk perniagaan
Mon 12 May 2008
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[32] Comments
Adakalanya apabila kita umumkan matlamat kita, atau beri tahu pada orang lain, ia akan mendesakkan kita untuk mencapai matlamat tersebut.
Bill Gates sebelum beliau mencipta program (yang menjadi asas Windows) telah memberitahu syarikat yang ingin membeli perisian tersebut bahawa programnya telah siap dan beliau akan hantar dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.
Pada hakikatnya, ketika itu, Bill Gates tidak mempunyai apa pun!
Dengan memberitahu pihak lain, ia bertindak seperti satu “deadline” serta meletakkan tekanan untuk mencapai matlamatnya.
Pernahkah anda mencuba strategi ini? Beritahu pihak lain mengenai matlamat anda dan deadline (tak kira di kutuk atau diperli), ia akan bertindak sebagai satu booster untuk anda mencapainya.
Kalau tak capai, malu lah… sebab dah bagi tahu orang!
Cerita saya pula:
Tahun 2004, di seminar Azizi Ali, saya sebagai peserta bukan penceramah! Belum menulis buku RJJIT pun lagi, adalah orang pertama yang menyahut cabaran Azizi Ali untuk ke depan dewan di hadapan lebih kurang 80 peserta dan umumkan matlamat saya. Sehingga kini saya masih ingat matlamat yang saya umumkan ketika itu:
“Dalam masa 2 tahun, saya akan menjadi pakar perniagaan Internet yang dikenali Malaysia sepertimana Azizi Ali menjadi pakar kewangan Malaysia! Saya juga akan menjalankan seminar perniagaan Internet* seperti mana Azizi Ali menjalankan seminar kewangannya” (kalau tak percaya boleh tanya Azizi Ali sendiri!)
ps: Umum online tak kira ok! sebab orang tak kenal anda dan tak dapat lihat muka anda… kiranya anda masih boleh “sembunyi” lagi
*Workshop Jutawan Internet…
1: Workshop Jutawan Internet, KL - Ahad 25hb May 2008. Klik di sini
2: Workshop Jutawan Internet, Kota Kinabalu, Sabah - Sabtu 31hb May 2008. Klik di sini (tempat makin terhad)
Pendapat Anda? [32] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Tahu akan berjaya tetapi tidak tahu cara…Lain orang, lain cara motivasiApa yang memotivasikan anda?Nama produk asal mana?
Fri 9 May 2008
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[33] Comments
Dalam perniagaan, menjadi popular adalah satu keuntungan. Perniagaan seperti Bodyshop, Microsoft & McDonalds semuanya mendapat keuntungan daripada populariti pengasasnya- Anita Roddick, Gates & Ray Crock.
Tip kali ini khas untuk mereka yang ingin menjadi “popular” dalam perniagaan masing-masing. Mungkin terbaik untuk motivator, trainer, penulis buku, IM, dan perniagaan apa sahaja yang mengetengahkan diri sendiri pemilik perniagaan.
Soalan ini adalah untuk menjawab soalan rakan penulis saya, beliau bertanya: Saya dah tulis 8 buah buku… mengapa saya tak sepopular Irfan yang baru menulis 2 buah buku?
Anda hendak tahu?
1: Keluar dari mainstream
Anita Roddick keluar dari mainstream ketika memulakan perniagaan di mana bahan-bahan kecantikan sering kali berkaitan dengan barangan ujian saintifik dan menggunakan perubatan modern, Anita Roddick memulakan perniagaan kecantikan menggunakan bahan-bahan semula jadi.
2: Ketengahkan sesuatu yang mengejutkan
Bill Gates & Microsoft tidak lari dari kontroversi ketika permulaan Microsoft. Siapa tidak ingat perang Microsoft & Netscape? Sesuatu yang mengejutkan akan membuka mata orang ramai. Ia adalah sesuatu yang mengejutkan apabila perancangan Microsoft adalah untuk monopoly OS sedunia.
3: Sampaikan mesej yang sama
Apakah mesej anda? Terlalu banyak mesej berlainan akan mengelirukan orang ramai dan orang sukar mengingati anda. Ray Crock menciptakan mesej “kegembiraan” (good time, good place) berpuluh tahun dulu dan mesej tersebut digunakan sehingga hari ini di McDonalds tanpa ditukar! Sampaikan mesej yang sama berulang-ulang kali!
Sekiranya anda ingin jadi popular, pastikan anda (1) keluar dari mainstream, (2) ketengahkan sesuatu yang mengejutkan dan (3)sampaikan mesej yang sama berulang kali.
Sebenarnya hendak menjadi popular dalam perniagaan, tidak jauh bezanya menjadi popular sebagai seorang selebriti/artis. Suka saya memberi contoh antara penyanyi favourite saya kini, Faizal Tahir:
- Keluar dari mainstream: Apabila ROCK Malaysia (dan juga Indonesia) sering dikaitkan dengan band/berkumpulan, Faizal Tahir muncul dnegan ROCK SOLO (sesuatu yang tidak baru di US!)
- Ketengahkan sesuatu yang mengejutkan: Siapa yang ikuti industri hiburan, pasti ingat stunt “Superman” Faizal Tahir
- Sampaikan mesej yang sama: ROCK-ROCK-ROCK-SUPERMAN-SUPERMAN-SUPERMAN
Saya dah agak Faizal Tahir menang besar AIM dan Planet Muzik baru-baru ini.
Dengan 3 maklumat & contoh di atas, bagaimana saya, IK boleh dikenali sejak 3 tahun lalu? Kiranya cuba anda jadikan saya sebagai kes study…
ps: IK pun rock juga!
Pendapat Anda? [33] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Penjaga zoo popular maut- tip hari ini!Bagaimana untuk fikir di luar kotak?Kenapa hendak jadi jutawan?Yakin dengan diri sendiri!
— Next Page »