September 2008


Pasti anda tahu bahawa Rasulullah saw adalah seorang usahawan. Tahukah anda baginda sudah bermula sejak berumur 12 tahun?

Di bawah jagaan Abu Talib as, Rasulullah saw telah mula mengikut Abdul Talib as berniaga sehingga ke Syria. Abdul Talib adalah mentor perniagaan kepada Rasulullah ketika muda. Ketika itu baginda dikenali sebagai “Al Ameen”, seorang yang jujur, boleh diharap dan dipercayai.

Oleh kerana kehebatan Rasulullah saw dalam perniagaan, baginda berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul!) ketika berumur 25 tahun.

Apa yang diniagakan oleh baginda? Ianya termasuk, herba, kain, wangian, kismis, kurma, dan juga barangan mewah untuk dijual kepada mereka yang berada. Ada satu ketika, di waktu berniaga, Rasulullah telah memperolehi keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama- ini menunjukkan kehebatan baginda dalam berniaga!

Dah nak masuk hujung-hujung bulan Ramadhan ni, apa kata kita kenangkan kisah Rasulullah sebagai seorang usahawan muda. Semoga boleh menjadi inspirasi kepada kita semua dalam memulakan perniagaan dan menjalankan perniagaan dengan sempurna. Jadilah seorang usahawan Al-Ameen!

Bagi yang dah nak balik kampung, berhati-hati di jalan raya, semoga selamat sampai dan selamat kembali. Have a great raya!

Daripada saya, isteri dan sekeluarga serta krew Irfan Khairi Sdn Bhd, mohon maaf sekiranya ada tersalah dan silap. Dengan ucapan…

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin! Dengan ingatan tulus ikhlas :)

-IK

impianposter.gif
Sedikit teaser untuk anda! Klik di sini…

 

Pendapat Anda? [39] Comments

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Bersihkan pendapatan perniagaan Internet
  • Alang-alang jadi usahawan…
  • Berita Harian - Sembang Sabtu
  • Jutawan! bersama jutawan muda ICT

  • Dalam mengumpul kewangan dan menambahkan kekayaan, kita bukan sahaja sepatutnya fikir bagaimana nak invest, bagaimana nak jimat wang, bagaimana nak tambahkan pendapatan, dan sebagainya… tetapi, kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi/hilang/burn wang kita…

    Contoh:

    • meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak di bayar (mungkin anda pernah terkena!)
    • membuat pelaburan yang jelas merugikan (seperti beli rumah untuk disewa di kawasan tiada permintaan)
    • tertipu pada sesuatu SCAM

    Tip saya kali ini, hendak kongsikan pada anda satu “formula” supaya kita tidak rugi/hilang/burn duit kita pada SCAM (penipuan). Formula ini berbunyi: NO SCAM!

    N bermaksud: NAME.

    anonym.jpgNAME. Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan tersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka menyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan anda ketahui nama sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.

    O bermaksud: OVER PROMISE. 

    OVER PROMISE. Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang diberikan adakah ianya over promising? Atau janji yang lebih-lebih dan tak masuk akal? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan bukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk (melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa dnegan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE!

    S bermaksud: SEARCH.

    search.jpgInternet penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internet bersebar dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakan kekuatan Internet ini untuk membuat sedikit research. Anda perlu membuat SEARCH atau CARIAN, terutamanya di Google.com. Masuk Google.com dan lakukan research dengan cara type nama pemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat. Atau type nama program atau sistem yang digunakan.

    Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akan mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas hati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya, ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidak melakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!

    C bermaksud: CONTACT.

    Pastikan anda mempunyai contact details lengkap syarikat atau perniagaan tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM suka menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat, nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apa kata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan CONTACT details mereka. Ingat, wang anda dalam keadaan bahaya sekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak terjerat!

    A bermaksud: ASK.

    ask.jpgTanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar industri! Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM. Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang sesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islam juga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu. Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya - tanya dan tanya lagi!

    M bermaksud: MAKE SURE!

    Pastikan anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkah N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan pelaburan anda. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM, sebenarnya, sebelum menyertai telah ada “rasa tak sedap hati”. Tetapi, sebabkan perasaan “ingin tahu” dan juga “cepat kaya” memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis SCAM.

    Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda rugi WANG. tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalam memperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, anda akan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaan dan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akan kurang, dan kita mula stress… harapnya tidak terjadi pada kita ok? :)

    Baca kembali NO SCAM di atas dan fikirkan. Kalaulah semua kita ikuti langkah-langkah ini, insyaallah tiadalah yang terjerat dengan SCAM-SCAM yang berlaku keliling kita.

    Bagi anda yang pernah terkena SCAM (harapnya tidak ramai lah dari pembaca blog saya:)), apa kata anda rujuk semua di atas dan cuba jawab point-point di atas. Adakah anda melakukan segalanya sebelum terkena SCAM tersebut?

    • N - NAME
    • O - OVER PROMISE
    • S - SEARCH
    • C - CONTACT
    • A - ASK
    • M - MAKE SURE!

    Maklumat tambahan:

    Bagi anda yang mempunyai blog, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan sekiranya anda boleh link kepada tip hari ini. Ini kerana, dengan ilmu sedikit extra formula N-O S-C-A-M ini, maka kita dapat kurangkan rakan-rakan kita yang lain dari terkena SCAM. Mudahan kita juga berhati-hati di masa yang akan datang!

    ps: Saya juga ada klip video di Astro Awani berkongsikan ini, nanti saya upload ;) Kita boleh buat kempen online NO-SCAM ok?

    Pendapat Anda? [42] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Yang mana SCAM? Adakah ini SCAM?
  • Kena tipu di Internet… kesian!
  • Formula yang pasti menjadi
  • Perancangan, blueprint, plan… semuanya perlu

  • Kita sedia tahu networking memang penting dalam perniagaan. Dan kebanyakan masanya, bila sebut networking, kita fikir offline punya network.

    Kini, dengan kehadiran web2.0, networking di bawa to a different level dengan kekuatan Internet. Dan pastinya ramai telah sedia mengetahui tentang laman web “social networking” seperti MySpace, Facebook, Twitter, LinkedIn dan sebagainya…

    Tip kali ini untuk perniagaan Internet adalah untuk kita take advantage of these social networking sites untuk perkembangkan perniagaan. Cuma, perlu ingat, di social networking sites juga mempunyai etika yang perlu dipatuhi terutamanya mengenai spamming.

    Bayangkan, dengan kekuatan Internet, lamanweb social networking ni boleh mengembangkan jaringan kenalan kita exponentially. Contoh, kawan kita akan perkenalkan kita pada kawan mereka, dan kawan mereka akan perkenalkan pada kawan yang lain… dan seterusnya. Dengan kenalan network yang besar, maka lebih ramai orang mengenali anda, dan lebih ramai mengetahui tentang perniagaan anda.

    Cuma, satu tip dari saya… di laman web social networking ni, tujuan utama adalah untuk mengenali orang dan orang mengenali kita sebagai “usahawan”. Maka, tujuan utama social networking sites ni bukan untuk promosi perniagaan! Tetapi, ia akan menjadikan kita lebih dikenali, jenama kita lebih dikenali dan secara tak langsung, perniagaan juga akan dikenali.

    Irfan Khairi's Facebook profileSo, bagi anda yang mempunyai account FACEBOOK, boleh la add saya sebagai “friend”… search “Irfan Khairi” atau klik icon di sebelah

     Bagi yang mempunyai account TWITTER, boleh “follow” saya untuk mengetahui update-update saya. http://www.twitter.com/irfankhairi

    Selamat ber-social network!

    Pendapat Anda? [46] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Networking- kualiti, bukan kuantiti
  • Network berguna vs Network kurang berguna
  • Menambahkan pelanggan perkhidmatan anda
  • Pengumuman Irfan Khairi sebagai duta…

  • Ramai yang menangguh-nangguhkan melakukan sesuatu kerana terlalu banyak berfikir langkah-langkah yang akan datang tak menentu. Biar saya jelaskan…

    Mungkin, nak memulakan perniagaan Internet, tetapi fikir kalau pelanggan minta refund macam mana? kalau nak promote menerusi search engine, macam mana? kalau nak buat blog untuk promote produk macam mana?

    TETAPI, bila ditanya… nak jual apa di Internet? Jawapannya… “belum tau lagi!”

    Langkah pertama pun masih belum buat, mengapa pula hendak fikirkan langkah 7, 8, dan 9?

    Sememangnya perancangan penting- tetapi, perancangan yang melewat-lewatkan kerja sendiri, hanya memudaratkan diri. Kita dok fikirkan langkah-langkah yang jauh ke hadapan, sedangkan, langkah awal, langkah asas, langkah pertama kita tak buat pun lagi. Bukan sahaja untuk perniagaan Internet ya… untuk apa sahaja.

    Pakar psikologi mengatakan, keadaan ini terjadi apabila seseorang itu “sengaja” tidak mahu meletakkan tanggungjawab pada diri sendiri. Jadi, mencipta alasan-alasan yang jauh kehadapan untuk menangguhkan kerja.

    Bagaimana hendak menangani ini?

    Apa kata anda ibaratkan anda seperti memandu kereta. Dari Johor, ke KL… (dari mana-mana pun takpe, nanti bukan orang Johor kecik hati pula :) )

    Ok, anda dari Johor ke KL, dan anda memandu pada malam hari. Just say, lampu-lampu kat highway tiada, dan hanya lampu kereta anda sahaja menyuluhi jalan. Apa yang anda nampak? Adakah anda nampak 100 kilometer di hadapan? Adakah anda nampak 10km di hadapan? Adakah anda nampak 1km di hadapan?

     

    carnight.jpg

     

    Sudah tentunya tidak! Lampu anda hanya menyuluh lebih kurang 50-100 meter dihadapan sahaja bukan?

    Tetapi, adakah anda meneruskan perjalanan, walaupun anda tak dapat melihat 1km… 10km… 100km akan datang? 

    Sudah tentunya ya! kerana anda yakin, lambat laun anda akan sampai KL juga, walaupun apa yang anda perlu lakukan adalah, sampai sahaja yang 100 meter pertama itu terlebih dahulu, dan 100 meter yang seterusnya anda akan dapat lihat!

    Sama juga dengan melakukan sesuatu, jangan terlalu risau sangat langkah 7, 8, 9 dan seterusnya sekiranya ia hanya melewat-lewatkan langkah pertama anda memulakan sesuatu! Mulakan lagkah pertama, dan langkah-langkah seterusnya akan menjadi lebih terang! Jadi seperti memandu kereta di malam hari :) Zoom!

    Pendapat Anda? [45] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Hari #6: Memaksimakan transaksi CaraPromosi.com
  • Bayangkan pendapatan anda berganda 10x
  • Hari pertama: Memilih produk untuk dijual
  • Hari #3: Membina Laman Web CaraPromosi.com

  • Sedikit kisah mengenai Irfan Khairi Sdn Bhd…

    Tahukah anda Irfan Khairi Sdn Bhd bermula tanpa menggunakan wang saya sendiri?

    Mungkin anda pernah dengar istilah ni “nak buat duit, kena ada duit”

    Sebenarnya, ada caranya untuk buat duit- tanpa duit.

    Tahun 2005, ketika saya pulang ke Malaysia (dari UK), saya menulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar. Tidak menggunakan modal sendiri, saya mendapatkan TrueWealth Publishing untuk menerbitkan buku tersebut. Saya masih lagi ingat, cek royalti pertama saya terima berjumlah RM36,000 (selepas 6 bulan).

    Walaupun, saya sendiri sudah mempunyai wang, tetapi, saya sering berpegang kepada konsep “bootstrap” yang bermaksud, mulakan perniagaan dengan modal sendiri yang kecil, dan kembangkan perniagaan dengan keuntungan perniagaan.

    Ketika itu juga, saya mula dijemput sebagai guest speaker. tahun 2005, jemputan saya, mana ada sampai 1 jam… 2 jam bercakap. Sekadar cakap 20 minit-30 minit sahaja untuk berkongsi pengalaman. Pengalaman pertama adalah di seminar Azizi Ali (berkongsi pengalaman selama 20 minit)- for free lagi tu, sebab orang tidak mengenali saya!

    Dari situ, saya mula mendapat perhatian berbagai pihak. Daripada berucap selama 20 minit, sesi seminar Azizi yang datang, saya dijemput untuk mengendalikan satu segmen selama 2 jam! (mula dibayar)

    Di situlah mula saya bina keyakinan untuk memulakan seminar saya sendiri yang sehingga kini dikenali sebagai “Workshop Jutawan Internet”. Sekali lagi, tidak menggunakan sebarang modal pada ketika itu, membuka tempahan kepada orang ramai, dan menggunakan wang tempahan untuk booking hotel. Peralatan seperti microphone, projector dan sebagainya juga sewa hotel sahaja… tak beli pun masa tu.

    Keuntungan daripada mengendalikan seminar, dan juga royalti buku, barulah saya mewujudkan Irfan Khairi Sdn Bhd pada tahun 2006- mempunyai pejabat, peralatan semniar sendiri dan juga beberapa pekerja. Pada awal penglibatan saya pada tahun 2005, saya hanya menggunakan syarikat perseorangan, ketika itu dikenali sebagai “Abadi Consulting” sempena nama anak! :) dan dikendalikan 100% oleh saya dan isteri sahaja.

    So, Irfan Khairi Sdn Bhd yang anda lihat berkembang hari ini sehingga melakukan produksi adalah hasil daripada idea dan ilmu sahaja. Idea & ilmu saya menulis buku pertama 3 tahun lepas.

    Walaupun saya mempunyai wang untuk menubuhkan syarikat pada tahun 2005- terus menyewa pejabat dan terus mendapatkan pekerja, tetapi, itu bukan jalan yang saya pilih. Saya memilih memulakan perniagaan dengan tidak melaburkan sebarang wang sendiri dan bootstrap.

    Tip hari ini…

    Sedikit sebanyak, daripada perkongsian ini, saya harap anda dapat fikirkan bagaimana anda boleh memulakan perniagaan tanpa modal. Buang jauh-jauh istilah yang anda pernah dengar “Untuk buat duit, kena ada duit!”… atau “Untuk mulakan perniagaan, kena ada modal!”. Dengan kreativiti, ilmu, usaha besertakan doa, anda boleh memulakan perniagaan tanpa menggunakan wang.

    Setelah 3 tahun, Irfan Khairi Sdn Bhd telah mengeluarkan berbagai produk di RahsiaInternet.com, masih mengendalikan Workshop Jutawan Internet yang laris sehingga ke Singapura dan Brunei, serta, Workshop Mini terbaru: “Terhangat di Pasaran!”

    Terima kasih atas sokongan anda!

    ps: agak-agaknya mengapa saya ambil pilihan tidak menggunakan duit sendiri untuk memulakan Irfan Khairi Sdn Bhd?

    Pendapat Anda? [53] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Irfan Khairi on Selling Service On The Internet @ BFM89.9fm
  • Irfan Khairi on Selling Information Online @ BFM89.9fm
  • Podcast: Irfan Khairi @ BFM89.9
  • IK Podcast @ BFM89.9fm

  • Bagi anda yang mengikuti perkembangan saya sejak tahun lepas, pasti tahu saya juga mempunyai production company. Baru-baru ini membuat project bersama KRU studios (masa muda2 dulu dok dengar lagu KRU, tak terfikir pula akan bekerjasama satu hari nanti). Dan project terbaru, insyaalah akan membuat satu “Reality cooking show” bersama Celebrity chef, Chef Ismail.

    Reality show ni akan mengikuti kembara selebriti Chef kita, Chef Ismail ke Frankfurt, Germany. Malam ini Chef Ismail akan bertolak ke Germany untuk promosikan masakan Malaysia di sana (Bye-bye chef!) Krew production team pula akan bertolak ke sana insyaallah seminggu dua lagi…

    ikchefnizal2.jpgJadi, semalam, ada sedikit meeting lah dengan Chef Ismail. Saya dah kenal Chef Ismail lama dah… memang baik & friendly orangnya. Bagi anda yang pernah ke restorannya “Rebung” di Bangsar pasti tahu bagaimana Chef melayan pelanggan-pelanggan. Infact, Chef banyak mengajar saya mengenai “branding”, dan tip-tip dari Chef Ismail juga saya menjadi duta kepada produk. Insyaallah tak lama lagi saya jadi duta satu lagi produk perniagaan telekomunikasi pula! Tunggu…. (secret #1)

    Ok, kalau lihat gambar saya, Chef Ismail & Nizal, apa kena la saya pakai smart semacam je…

    Actually, meeting dengan Chef berlangsung kul 10 malam. Sebelum tu, saya menghadiri Majlis Berbuka Puasa Astro di KLCC. Tu yang smart sikit tu…

    Cuma, di majlis berbuka puasa tak sempat lak nak bergambar sebab dok bersembang saja dengan tetamu dan kenalan-kenalan personaliti Astro yang lain. Ramai sungguh yang datang… sampai naik pening kepala nak tegur siapa.

    Yang seronoknya, Azwan Ali (saya kenal ketika Jangan Tidur Lagi) pun ada… saya sempat perli Azwan, “Datang naik apa?” (sebab dalam Melodi minggu lepas Azwan cerita pasal keretanya di curi!). Azwan melawak: “Naik LRT!”

    Rasanya kebanyakan personaliti Astro ada semalam, dan syok juga dapat jumpa (walaupun sekejap), Mentor Jutawan kita, Dato Dr Fadzilah Kamsah dan isteri. Cuma, sorang personaliti yang dari dulu saya nak jumpa, tak pernah terjumpa lagi… Aznil Hj Nawawi… belum ada rezeki! (Kalau Aznil terbaca ni, jemput la saya ke Macam-macam Aznil ha ha)

    Mudah-mudahan, lepas ni peluang saya bersama Astro bertambah lagi! Mana la tau, sekarang saya bersama Astro Awani… lepas-lepas ni boleh Astro Oasis pula. Boleh u all panggil saya ustaz IK :)

    Insyaallah tak lama lagi, saya akan umumkan perkembangan terbaru saya dalam bidang media & broadcasting (satu lagi bidang yang menjadi minat saya dari dulu). Hopefully menjadi berita baik untuk semua. Tungguuuu juga. Masih lagi secret… (secret #2)

    Ok, sebut tentang media / broadcasting/ TV dan sebagainya, saya kini cuba “experiment” dengan satu perkhidmatan baru, iaitu Twitter.com/irfankhairi. Kalau anda lihat belah atas kanan, ada logo ni…

    Ha… basically, “Reality:LIVE!” adalah penambahan bagi segmen “Reality!” blog ini. Seperti kita tahu, “Reality!” menceritakan kisah-kisah benar yang terjadi pada saya.

    Manakala, Reality:Live! pula adalah update-update pendek dan ringkas mengenai saya.

     
    Menggunakan perkhidmatan Twitter, saya boleh update bahagian “Reality:Live!” dengan hanya menghantar SMS sahaja. So, kalau ada update menarik, saya akan SMS kepada anda semua, melalui ruang di atas nun. So, anda dapat update saya on the spot- secara LIVE! Hebat betul teknologi! ;)

    Pendapat Anda? [40] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Irfan Khairi di Berita TV9
  • Berita Harian - Sembang Sabtu
  • Pelancaran saluran baru: ASTRO AWANI
  • Iklan yang pasti menarik pelanggan

  • Hari ini saya ada persoalan yang nak dibawa berbincang… nak tahu pendapat anda.

    Zaman sekarang, zaman teknologi, berbagai-bagai kemudahan teknologi digunakan untuk memudahkan manusia- seperti Internet, segala maklumat dihujung hari! handphone, dalam poket je boleh hubungi sesiapa… dah ada email. hantar email terus je, tak perlu tunggu beberapa hari untuk tunggu surat sampai. Ada video conferencing… tak perlu pergi meeting bersemuka. menjimatkan masa… mesin fax, pc, blueberry, pda, wireless internet, 3G, GPRS, Astro pun ada boleh mendapat berita dari seluruh dunia… semuanya memudahkan pengguna. Dan mempercepatkan segala urusan. tak begitu?

    Tetapi, persoalannya, mengapa dengan penambahan begitu banyak rekaan-rekaan canggih yang bertujuan untuk mempercepatkan urusan manusia, kita masih lagi kelam kabut tak cukup masa? Segala-galanya masih mengejar masa… lebih teruk dari sebelum ciptaan-ciptaan ini?

    Kalau di bandingkan dengan dolu-dolu… bila kurangnya penciptaan canggih manggih ni, seperti masa agak relax sikit. Ni, bila ada ciptaan canggih, yang sepatutnya mengurangkan kerja & masa kita… tetapi, kenapa masih kita terkejar-kejarkan masa lebih teruk dari zaman dulu?

    Hmmm…. ;) Apa pendapat anda?

    Pendapat Anda? [50] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Mengapa membina jenama perniagaan adalah penting
  • Nasihat perniagaan Abdul Rahman B Auf
  • Iklankan informasi dalam perniagaan
  • Up to date & trendy

  • Sempena hari Jumaat, saya letakkan artikel mengenai saya yang di paparkan oleh majalah islamik I- keluaran karangkraf. Artikel ni dipaparkan 2 tahun lepas, cuma baru-baru ini bila saya upgrade laman web rahsiainternet.com sahaja, baru dapat update dengan artikel tersebut. Moga memberi manfaat pada anda!

    =============

    “Usahawan Muslim Perlu Rebut Peluang Perniagaan Internet”
    majalah islamik “I”.

    Sejak terdedahnya kisah tokoh usahawan internet, Irfan Khairi yang berjaya memperoleh pendapatan RM 1 juta hasil perniagaan internetnya, rakyat Malaysia mula membuka mata. Terutamanya golongan muda yang bersemangat tinggi, mereka tidak kisah mengeluarkan wang untuk membeli buku-buku panduan dan cakera padat yang menjelaskan langkah-langkah untuk memulakan perniagaan internet. Bagi yang lebih berkemampuan atau yang benar-benar serius mahu membuka perniagaan internet sendiri, mereka mula menghadiri kursus-kursus berkaitan yang yurannya hampir mencecah empat angka, kerana yakin nilai pulangan yang jauh lebih tinggi daripada itu.Perkara ini diakui sendiri oleh Irfan Khairi , penulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar, buku bahasa Melayu yang pertama yang menceritakan tentang potensi perniagaan internet, sekaligus membongkar rahsia-rahsia perniagaan internet. Sejak munculnya buku tersebut di pasaran pada tahun lepas, perniagaan internet di Negara ini mula menampakkan perkembangan rancak, meskipun di Barat industri ini sudah berkembang hebat sejak sepuluh tahun yang lalu.“Industri ini masih baru di Negara ini. Cuma sejak kebelakangan ini ia sudah mula mendapat sambutan dan kepercayaan orang ramai. Saya harap dengan kehadiran saya dalam industri internet sejak tahun lepas sedikit sebanyak membuka lebih banyak mata terutama di kalangan masyarakat bumiputera tentang peluang perniagaan melalui internet ini,” ujar Irfan Khairi yang ditemu bual baru-baru ini.

    FENOMENA BARU

    Fenomena ini jelas dapat dilihat apabila buku tersebut menjadi Best-Seller di kedai-kedai buku terkenal seperti di MPH dan Kinokuniya. Cakera padat bertajuk Manual Langkah 1-2-3 Membina Laman Web Perniagaan Internet turut mendapat sambutan di samping Workshop Jutawan Internet yang dikendalikan sendiri oleh Irfan Khairi. Itu belum lagi diceritakan tentang produk-produk seumpamanya yang dikeluarkan oleh usahawan-usahawan internet lain.
    Bumiputera yang memiliki tahap ekonomi yang masih rendah tidak harus melepaskan peluang keemasan ini berlalu begitu sahaja. Peluang ini harus direbut sebaik mungkin kerana ia sedang terbuka luas dan masih banyak ruang yang belum diteroka, memandangkan Malaysia masih lagi berada di tahap awal dalam penerimaan perniagaan melalui internet.

    “Masih terdapat terlalu banyak ruang yang boleh dieksploitasi oleh kaum bumiputera di arena internet. Sebagai contoh, ketika saya bersiar-siar di kedai buku agama, terlalu banyak buku agama yang ada di pasaran tetapi tidak ada dijual di pasaran internet. Di situ saja satu idea memulakan perniagaan internet - menjualbuku-buku agama - boleh dilakukan,” kata Irfan.

    POTENSI MASA DEPAN

    Tambah Irfan, potensi perniagaan internet pada masa hadapan akan menjadi semakin luas. Seperti televisyen, radio, surat khabar, dan majalah yang merupakan media yang tidak luntur dek masa, demikian juga dengan internet.

    “Pada masa ini pengguna internet di Malaysia mencecah 10 juta orang. Pada tahun lepas, jumlahnya adalah sembilan juta orang, bererti kenaikan sebanyak 1 juta pengguna setahun. Tetapi kita harus ingat, kenaikan itu tidak berlaku secara linear.

    Tahun hadapan bukan bermakna lagi satu juta pengguna internet, tapi mungkin 1.5 juta atau 2 juta. Saya yakin, pengguna internet dan penerimaan internet akan terus berkembang di Malaysia seiring dengan usaha kerajaan yang turut menekankan kepentingan industri ICT di Negara ini.”

    Mungkin ramai yang teruja membaca kisah Irfan Khairi, tetapi masih tidak tahu untuk bertindak. Sebenarnya sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan internet sekiranya ada minat untuk melakukannya. Ini kerana perniagaan internet tidak memerlukan modal yang tinggi, kerana ia boleh dimulakan dengan modal serendah RM500 sahaja. Ia juga tidak memerlukan pengetahuan teknologi maklumat yang tinggi kerana hari ini terdapat banyak buku-buku panduan mengenainya serta perisian-perisian yang membolehkan seseorang itu membina laman web nya sendiri.

    “Sebenarnya untuk memulakan perniagaan internet, seseorang itu tidak perlu ilmu yang mendalam dalam bidang teknologi maklumat. Sudah memadai bagi seseorang yang tahu menggunakan internet - samada untuk melayari laman-laman web, menggunakan emel atau membuat penyelidikan.

    Sekiranya tahu menggunakan perisian mudah seperti Microsoft Word, maka, sudah cukup untuk memulakan perniagaan internet. Asalkan mereka sanggup belajar dan ambil langkah demi langkah,” kata Irfan. Irfan menjelaskan adalah amat rugi bagi seseorang usahawan yang sudah memiliki perniagaan sendiri tidak mahu merebut peluang ini.

    Ini kerana, menjual produk di kedai konvensional hanya dapat menerima kunjungan orang-orang yang berada di persekitaran kedai itu. Tetapi dengan cara mengembangkan perniagaan itu di internet, usahawan tersebut boleh mencapai pengguna internet satu Malaysia yang jumlahnya melebihi 10 juta orang.

    Bahkan, mereka boleh pergi lebih jauh dengan menjual produk mereka ke seluruh dunia dengan jumlah pengguna internet kini melebihi 1 billion orang.

    Internet memiliki banyak kelebihan berbanding perniagaan konvensional kerana ia tidak dibatasi oleh sempadan geografi, bangsa dan agama.

    Kerana itu, sesiapa sahaja boleh berjaya di internet jika rajin berusaha, pandai membaca peluang dan yakin kepada diri sendiri.

    PENYELESAI MASALAH

    Perniagaan internet adalah penyelesai kepada banyak masalah. Ia boleh menyelesaikan masalah mereka yang menghadapi kesesakan lalu lintas, kepada ibu-ibu yang mahu menjaga sendiri anak-anak serta kepada mereka yang masih menganggur.

    “Hari ini ramai orang yang menghadapi masalah dengan pekerjaan mereka, termasuk juga mereka yang tidak ada kerja. Mereka ini harus memberi peluang kepada diri sendiri untuk mencuba perniagaan melalui internet ini. Ia boleh dijalankan di rumah dengan kos yang sungguh minimum.

    “Bagi graduan menganggur pula, mereka patut merebut peluang ini dan tidak menunggu pekerjaan makan gaji. Bahkan saya sarankan bukan sahaja kepada graduan menganggur, tetapi sesiapa juga sebagai satu cara mendapatkan pendapatan sampingan dan memantapkan ekonomi” kata Irfan lagi.

    KISAH KEJAYAAN IRFAN KHAIRI

    Saya mula berjinak-jinak dengan perniagaan internet kira-kira 7 tahun yang lalu ketika berada di United Kingdom. Pada mulanya, saya tidak berapa pandai berniaga melalui internet. Minat berniaga sudah ada sejak di bangku sekolah, tetapi, berniaga di internet adalah perkara baru.

    Pada mulanya saya hanya melakukan perniagaan internet secara sambilan. Pada mulanya juga, amat sukar untuk saya mendapatkan pelanggan!boleh dikatakan selama setahun saya gagal dalam perniagaan internet - malah mengalami kerugian. Saya bertekad untuk terus berjaya.

    Jadi saya berusaha mengumpulkan wang untuk menghadiri kelas perniagaan internet dan membeli bahan-bahan rujukan perniagaan internet.

    Selama 2 tahun saya bekerja sebagai tukang cuci di pasaraya untuk menampung bahan-bahan pembelajaran serta menghadiri seminar mengenai perniagaan internet. Alhamdullillah, secara perlahan-perlahan saya dapat memperbaiki perniagaan saya. Pengalaman juga turut membantu sehingga saya berumur 25 tahun (empat tahun lalu).

    Allah Maha Pemurah memberi rezeki kepada perniagaan internet saya untuk meraih lebih dari RM1 juta keuntungan dalam masa 3 tahun. Dua tahun lepas saya kembali ke Malaysia dan mendapati perniagaan internet di Malaysia tidak mendapat sambutan.

    Ketika itu, saya bertekad untuk mendidik masyarakat Malaysia serta memberi kesedaran tentang peluang yang terdapat melalui perniagaan internet melalui buku serta bengkel yang saya anjurkan di RahsiaInternet.com.
    Alhamdullillah, kini masyarakat lebih ramai dapat menerima perniagaan internet dan saya juga akan terus dengan usaha saya selagi termampu, Insya-Allah.

    MELABUR PADA DIRI SENDIRI

    Seringkali saya di Tanya. “Irfan, saya ada wang simpanan RM 5,000 yang saya boleh laburkan. Dimana boleh saya laburkannya untuk mendapat pulangan tertinggi?”

    Jawapan saya adalah : Laburkan pada ilmu.

    Kawan baik saya, jutawan Azizi Ali sering memulakan ceramahnya dengan soalan “Berapa banyakkah anda sanggup melabur untuk memperolehi pendapatan sebanyak RM1 juta?”. Pelbagai jawapan yang diterima. Ada yang menjawab RM1,000.00. Ada yang menjawab RM10,000. Ada juga yang menjawab RM100,000!

    Walaupun soalannya berbunyi agak simple, namun, jawapan yang diberi menggambarkan sama ada anda serius dalam mencari ilmu untuk menjana pendapatan yang tinggi.

    Melihat orang-orang yang berjaya di seluruh dunia,mereka merupakan orang yang suka mencari ilmu untuk memperbaiki diri sendiri. Orang yang berjaya adalah mereka yang sering dahagakan ilmu dan sentiasa menuntut ilmu untuk mencari idea-idea baru, teknik dan strategi yang mereka boleh gunakan dalam memperbaiki diri sendiri dan menjana lebih banyak pendapatan.

    Fikiran adalah anugerah yang paling tinggi nilanya pada setiap manusia. Manusia juga dikatakan tidak pernah menggunakan keseluruhan potensi kuasa fikiran yang mereka ada.

    Berapa banyak anda patut melabur pada ilmu?

    Di sini terdapat satu formula mudah untuk melabur untuk ilmu. Formulanya berbunyi laburkan 3% daripada pendapatan bulanan anda kepada ilmu yang dapat memperbaiki nilai diri anda.

    Ini bermakna sekiranya pendapatan bulanan anda adalah RM2,000 sebulan, laburkan RM60 setiap bulan untuk ilmu memperbaiki diri anda. Mungkin dengan jumlah ini, anda akan dapat membeli 2 atau 3 buah buku yang berkaitan dengan industri anda. Ataupun, simpan 3% selama 4 bulan untuk mengumpul RM240 untuk anda menghadiri kursus yang boeh memperbaiki nilai diri anda.

    Sekiranya anda melabur pada ilmu, sebanyak 3% daripada pendapatan anda setiap bulan, ilmu tersebut akan menambahkan pengetahuan dan kepakaran anda dan ia turut akan menambahkan pendapatan bulanan anda.
    Sekiranya anda inginkan kemewahan dan kekayaan, anda perlu menjadi lebih baik dari mereka di dalam bidang anda. Untuk menjadi lebih baik - ilmu diperlukan!

    Pasaran pendapatan adalah adil. Pasaran akan memberi pulangan yang hebat kepada mereka yang hebat di dalam industri masing-masing. Sekiranya anda menjalankan tugas sederhana, pulangan anda juga turut sederhana. Sekiranya anda mempunyai kepakaran yang tinggi atas hasil anda mendalami ilmu bidang anda sendiri, anda juga akan mendapat pulangan yang tinggi dalam bidang anda.

    Katakan dengan melaburkan wang anda dalam memperbaiki diri anda pada setiap bulan sehingga anda menerima pendapatan RM4,000 sebulan. Dengan hanya menyimpan 10% setiap bulan daripada pandapatan tersebut ke akaun pelaburan yang memberi pulangan 10% setahun, akaun simpanan anda akan mencecah RM1 juta dalam masa 31 tahun sahaja! Anda akan pencen sebagai seorang jutawan!

    Ramai yang akan mengeluh. Menjadi jutawan dalam masa 30 tahun adalah waktu yang lama! Bagaimana Irfan melakukan dalam masa 3 tahun?

    Di sinilah pelaburan pada ilmu pengetahuan menjadi lebih penting. Sering saya dengar kisah kejayaan di mana seseorang itu mendapat satu idea atau mempelajari satu teknik dari menuntut ilmu yang telah memberi mereka pulangan sehingga RM5,000, RM10,000, RM20,000 atau lebih setiap bulan!

    Secara peribadi, diri saya sendiri juga turut menerima pendapatan yang berganda hasil daripada mendapat idea dan teknik daripada sering mencari ilmu. Dalam mencari ilmu, memang perlu kita melabur.

    Cara-cara mencari ilmu :

    1. Melalui buku-buku. Jangan lupa,tidak semestinya anda membeli buku. Perpustakaan membolehkan anda membaca apa saja buku dari pelbagai bidang tanpa anda perlu membeli buku-buku tersebut. Alasan tiada wang untuk membeli buku tidak diterima di sini.

    2. Salah satu cara terpantas mencari ilmu adalah mempelajari daripada mereka yang pakar. Dalam bidang apa sahaja pun, terdapat pakar yang telah berjaya. Pelajari dari pakar industri anda dan ia merupakan short-cut untuk anda berjaya. Ingat, anda tidak perlu mencipta kaedah baru- ikuti kaedah dan strategi yang digunakan oleh orang yang berjaya, dan anda juga akan turut berjaya!

    3. Anda juga boleh menyertai seminar dan kursus dalam memperbaiki nilai anda sendiri. Walaupun anda perlu melabur sejumlah wang dan tenaga anda untuk ke tempat kursus, sering kali saya mendengar kisah-kisah kejayaan daripada pelaburan sebegini. Peserta-peserta kursus saya juga ramai yang telah berjaya melalui kaedah ini!

    Terdapat banyak cara untuk menambahkan ilmu yang akan menambahkan isi dompet anda! Apa yang menghalang anda hanyalah kemahuan anda dan kesungguhan anda untuk mencari ilmu tersebut.

    =============

    Sabda Rasullullah saw:

    Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara : sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang berdoa untuknya.

    Apa kata kita mulakan perniagaan berbentuk ilmu (produk informasi). Bukan sahaja ia adalah sesuatu yang amat mulia dalam agama, ia juga boleh memberi pulangan, untuk ekonomi ummah.

    Berbagai-bagai produk boleh dijual di Internet. Produk terlaris yang dijual di Internet adalah produk informasi. Sekiranya anda berminat untuk mendalami teknik dan strategi menghasilkan dan memasarkan produk informasi di Internet, sertai Workshop *mini* terbaru, Terhangat di Pasaran yang akan diadakan pada 25hb Oktober 2008. Klik di sini untuk maklumat lanjut- lebih banyak maklumat telah di tambah!

    Pendapat Anda? [16] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Irfan Khairi di Berita TV9
  • Nasihat perniagaan Abdul Rahman B Auf
  • Rakaman pilot “Tip Irfan Khairi”
  • Selamat menyambut Ramadhan yang mulia


  • Pagi tadi di WW, Wanita & Wang saya dapat berkongsikan sedikit mengenai menjual produk informasi di Internet. Ada beberapa tip mencipta produk informasi yang terhangat di pasaran di atas! Klik button play di atas untuk lmenonton. *Tip: tekan play, kemudian tekan pause. Apabila loading bar dah penuh, tekan play semula untuk memastikan klip tak tersekat-sekat macam Astro bila hujan*

    Sedikit tambahan di sini, dalam klip saya sebut tentang “being in the driver seat” dan “menjadi own boss”… salah satu episod Wanita & Wang saya beri beberapa perbezaan minda kaya dan minda miskin. So, nak elaborate sikit di sini…

    Ini kerana, tidak seperti menjual “produk” yang sudah sedia ada di pasaran di Internet, untuk meghasilkan produk informasi sendiri, perlukan usaha dan komitmen yang lebih tinggi. Kalau nak jual produk, kita boleh dapatkan produk dari pemborong, dan jual semula online.

    Tetapi, kalau nak hasilkan produk informasi sendiri, perlu sit down and get to it! Perlu menulis dan menyusun produk anda untuk jadikannya terhangat di pasaran. Oleh sebab itulah perlu mempunyai MINDA KAYA untuk membuat keputusan dan memberi komitmen.

    MINDA KAYA sebagai perumpamaan, perlu berada di “driver seat”. Seorang yang membuat keputusan hala tuju diri sendiri. Mereka ini jenis yang tak perlu di suruh untuk melakukan sesuatu untuk kebaikan diri. Contohnya, dalam perbincangan di atas, maksudnya dengan inisiatif sendiri mencari masa dan mencipta produk informasi sendiri.

    So, minda kaya mempunyai prinsip diri yang teguh untuk melakukan sesuatu tanpa perlu didesak orang- in other words, dengan inisiatif sendiri. Menganggap diri sebagai boss, dan tiada boss di atas diri sendiri.

    Bila menganggap kita adalah boss kepada diri sendiri, tanggungjawab kita untuk melakukan apa sahaja untuk menjadi bebas kewangan. Dengan keputusan dan pilihan sendiri, mengambil masa dan memberi dedikasi mungkin satu bulan untuk menghasilkan produk informasi sendiri.

    MINDA MISKIN pula adalah apabila kita umpama “penumpang” sahaja. Kita biar orang lain yang ambil keputusan untuk diri kita. Kita lihat orang lain buat sesuatu yang menguntungkan (tak semestinya wang), kita tak tentu akan ikut. Kita bersikap tunggu dan lihat. Selagi tidak didesak atau tidak di suruh, kita tidak lakukan sesuatu yang kita sendiri tahu memberi pulangan. Dalam erti kata lain, tidak dapat membuat keputusan dan memberi komitmen kepada diri sendiri. Mudahan dijauhkan minda miskin dari kita.

    So, jangan lupa klik PLAY pada klip di atas untuk mengikuti perbincangan menjadi usahawan informasi. Dan aplikasikan MINDA KAYA anda hari ini :)

    (*Note: Maksud saya minda kaya dan minda miskin, bukan orang kaya dan orang miskin. Tetapi, MINDA kaya dan MINDA miskin)

    Workshop Terhangat di Pasaran - klik di sini

    Pendapat Anda? [22] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Menjadi perniagaan pertama atau pioneer tidak menjanjikan kejayaan
  • Irfan Khairi - Terhangat di pasaran!
  • 5 Tip perniagaan 2009 (ketika ekonomi down)
  • Iklankan informasi dalam perniagaan

  • Minggu ini saya nak teruskan perbincangan mengenai “Terhangat di Pasaran”.

    Apakah kebaikan menjual informasi online dalam format ebook?

    • Produk terhangat di pasaran.
      Pengguna Internet paling ramai menggunakan internet untuk mencari informasi. Maksudnya, permintaan untuk informasi di Internet adalah amat tinggi. Oleh itu, menjual info di Internet adalah menjual sesuatu yang sedia hangat di pasaran :)
    • Ebook tidak mempunyai kos (per unit).
      Ia hanyalah file sahaja. Ertinya, kalau anda jual ebook anda pada harga RM10, maknanya, RM10 lah untung anda… kalau jual pada harga RM20, maka RM20 lah untung anda… kalau jual pada RM50, maknanya, RM50 lah untung anda untuk setiap belian. 100% untung pada anda.
    • Kos pengendalian yang rendah
      Memulakan perniagaan Internet menjual ebook dari rumah tentunya kos pengendalian adalah rendah. Mempunyai PC & Internet pun, dah boleh jalan perniagaan (of course, elektik pun perlu :) ) Kerja dari rumah, dan kos perniagaan adalah rendah- tidak perlu mempunyai kedai yang memakan kos sewa, elektrik, air, pengangkutan, dan sebagainya…
    • Tidak perlu menyimpan stok.
      Menjual produk keras (hard goods? :) ) di Internet memerlukan anda menyimpan stok. Kalau nak jual buku di Internet, pastinya anda memerlukan menyimpan stok-stok buku. Saya tahu, kerana di pejabat kami ada >1,000 stok buku perlu simpan! Tetapi, menjual ebook, tak perlu menyimpan stok, kerana sekali lagi, ia hanyalah file kecil yang tersimpan di komputer anda.
    • Cepat untuk disiapkan.
      Dengan dedikasi dan usaha yang bersungguh, ia boleh mengambil masa satu bulan atau kurang untuk menyiapkan satu ebook. Bila sudah siap, anda mempunyai produk yang akan memberi anda pulangan sampai bila-bila selagi anda menjualnya.
    • Cepat untuk dipasarkan.
      Untuk memasarkan ebook, jangkamasa yang di ambil adalah cepat. Bila siap sahaja menulis, boleh terus jual. Kalau buku betul, selepas menulis, perlu mencari penerbit. Dan penerbit akan memproses buku tersebut… mendapatkan pengedar… sampai ke kedai… dan sebagainya. Ada kalanya mengambil masa yang lama untuk buku sampai pasaran. 

      Pengalaman saya, buku saya ada yang ambil masa 6 bulan selepas hantar penerbit untuk sampai di pasaran. 6 bulan! Saya dengar keluhan rakan-rakan penulis novel ada yang perlu menunggu setahun atau lebih sebelum novel mereka diterbitkan. Kalau ebook, lepas 6 minit menulis, dah boleh start jual :) Yea! (namun begitu, mempunyai buku betul mempunyai kebaikan tersediri juga… yang saya akan kongsikan lain hari)

    • Tak perlu takut kehabisan stok.
      Ebook berformat digital. Tak perlu takut stok habis. Sekiranya anda menjual produk, dan produk tersebut kehabisan stok, sudah pasti perniagaan anda juga akan terganggu. Menjual informasi dalam format ebook, tidak akan ada kehabisan stok- maka, perniagaan boleh dijalankan tanpa sebarang gangguan sampai bila-bila.
    • Tiada pesaing yang tepat.
      Sekiranya anda mencipta produk informasi, produk itu adalah 100% milik anda dan tidak mempunyai pesaing. Anda menjual produk informasi yang unik tanpa pesaing. Sekiranya anda menjual produk seperti handphone, ipod, buku yang sedia ada di pasaran, atau sebagainya, pastinya, produk-produk tersebut mempunyai pesaing tepat. Orang lain pun boleh jual juga!
    • Menarik minat kumpulan pengguna.
      Sekiranya anda menjual informasi mengenai bercucuk tanam (gardening). Peminat cucuk tanam akan membeli daripada anda sebagai “collection”. Bukan bermaksud, sekiranya mereka sudah memiliki buku gardening yang lain, mereka takkan beli buku gardening sudah. Produk informasi (ebook atau buku) adalah complementary products.

      Walaupun topik/subjek yang sama, kumpulan pengguna akan masih membeli. Contoh, adakah anda memiliki buku Robert Kiyosaki “Rich Dad Poor Dad” sahaja, atau anda masih lagi membeli buku-buku lain mengenai kewangan? Daripada Azizi Ali, Donald Trump, IK, Chef Li dan sebagainya…

    • Terlalu banyak topik ebook yang belum ditulis- terutamanya pasaran Malaysia!
      masih ada banyak ruang untuk ebook di luar sana, terutamanya untuk pasaran Malaysia. Abook mengenai cara bermain golf belum ada, ebook mengenai cara main sepak takraw belum ada, ebook mengenai mempertahankan diri dengan silat belum ada, ebook mengenai bagaimana wanita boleh belajar skill-skill asas mempertahankan diri pun tiada lagi. Ebook mengenai mencantikkan rumah mengikut citarasa Malaysia pun belum ada. Ebook mengajar graduan bagaimana hendak menghadapi temuduga kerja pun tiada di pasaran… dan senarainya berterusan.

      Terlalu banyak ebook (berbahasa Malaysia) yang masih belum ditulis. Dan seperti biasa, sekiranya anda pertama di fikiran, anda akan jadi pioneer dan ramai akan ingat anda (seperti yang terjadi pada saya). TETAPI, sekiranya anda bukan pioneer pun, apasalahnya… lihat tip “Menarik kumpulan pengguna” di atas.

    • Boleh menjalankan perniagaan di mana sahaja
      Menjalankan perniagaan menjual produk, anda tidak boleh menjalankannya di mana sahaja (melainkan mempunyai staff untuk uruskan penghantaran). Tetapi, menjual informasi dalam format ebook, anda boleh menjalankan perniagaan di mana sahaja.

      Dengan membawa laptop, balik kampung raya atau bercuti di luar negara, perniagaan boleh terus dijalankan pada bila-bila masa sahaja dan di mana sahaja kerana stok anda adalah file digital. (Teringat saya dulu, masa awal-awal penglibatan saya menjual peta Malaysia di Internet, saya terpaksa bawa beberapa stok peta Malaysia ketika cuti di Venice kerana kalau ada orang buat pesanan, boleh saya terus hantar!)

    • 100% anda yang control
      Mempunyai perniagaan dari rumah is great. Tiada boss, tiada perlu bergantung pada sesiapa, kerana perniagaan 100% milik kita. Sekiranya menjual produk, kita perlu bergantung pada pengeluar, pemborong, penghantaran, dan sebagainya. Pada bila-bila masa sahaja, boleh berlaku kesilapan dan menganggu perniagaan. Menjual informasi berformat ebook, 100% tanggungjawab kita. I like! :)
    • Residual income/passive income
      Residual income yang bermaksud buat kerja sekali, pendapatan datang berkali-kali. Apabila kita menulis satu ebook, mungkin mengambil masa 1 bulan, tetapi, kita boelh menjana pendapatan darinya untuk bertahun-tahun akan datang!
    • Terlalu banyak idea = Multiple source of income
      Terlalu banyak idea-idea ebook boleh ditulis. Dalam buku idea saya sahaja ada lebih daripada 10 ebook idea yang saya belum sempat menulis! Ini bererti, simpanan produk kita untuk masa hadapan sudah sedia ada… tinggal tunggu masa untuk menulis sahaja. Ini juga memberi multiple source of income!
    • Kalau tak pandai menulis?
      Belajar menulis… saya sendiri pun bukan pandai sangat menulis. Just look at this blog… bahasa pun berterabur ;) tetapi, with practice, dan pelajari asas menulis, semua orang boleh menulis (akan ditunjukkan di workshop mini Terhangat di Pasaran). Ada juga cara-cara yang tidak memerlukan kita menulis pun ada.

    Berikut adalah antara kebaikan-kebaikan menjual informasi di Internet. Bukan sahaja produk informasi “Terhangat di pasaran”, tetapi juga, memberi berbagai pulangan (bukan sahaja dalam bentuk wang) kepada kita. Makes a perfect home business.

    Oleh kerana ramai yang berminat dan mengikut tip saya untuk melakukan kerja & perniagaan dengan pantas di sini, saya pun menetapkan tarikh Workshop mini Terhangat di pasaran seperti berikut…

     

     

    Workshop Mini Terhangat di Pasaran, Irfan Khairi
    Tajuk: Cara mencipta Produk Informasi (ebook) yang Terhangat di Pasaran dalam masa 30 hari!
    Tarikh: Sabtu 25hb Oktober 2008
    Tempat: JW Marriott, Kuala Lumpur
    Waktu: 9.00am-1.00pm (morning coffee/tea & 1 break)

    Pendaftaran pun telah di buka! Untuk pendaftaran workshop mini pertama ini, klik di sini.

    Kita jumpa di sana!

    Oh ya…. harga! ;)

    Ni yang selalunya ramai berdebar-debar sebab IK selalu taruh harga tinggi ;) . Harga tinggi with great content + u can make money, kira ok la kan? :)

    Untuk pengenalan dan especially untuk penyokong tip satu minit, saya membuka harga pengenalan special pada RM340 sahaja. Ramai tentu tahu harga Workshop Jutawan Internet saya yang full day berharga RM890. Workshop half day Terhangat di Pasaran pada harga RM340 is a bargain. Less than half price!

    Tetapi, tentunya harga ini adalah harga special. Harga special maknanya, harga untuk bekas peserta Workshop Jutawan Internet dan… 10 peserta terawal yang daftar.

    Harga sepenuhnya, saya cadang hendak letak pada RM360-RM390… belum decide lagi. Berkemungkinan RM390 kerana “Workshop Mini Hartanah Azizi Ali” adalah pada harga RM390. Jadi, untuk selaraskan harga pasaran… berkemungkinan besar harga Workshop Mini Terhangat di Pasaran juga akan menjadi RM390 sejurus selepas mendapat 10 pendaftaran pertama.

    So, harga pengenalan RM340 ini hanya untuk 10 pendaftaran terawal sahaja (tak termasuk peserta Workshop- peserta workshop, bila-bila pun harga pengenalan).

    Jadi, bagi yang berminat, boleh mendaftar di sini…

    Jumpa di sana! Workshop mini seterusnya belum tahu bila atau akan ada seterusnya bergantung kepada jadual kesibukan saya… so, baik datang yang ini kerana yang ini dah confirm ;)

    Pendapat Anda? [31] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Kenapa hendak jadi jutawan?
  • Segan letak harga!
  • Perniagaan produk informasi & motivasi diri
  • Perniagaan apa yang boleh jadikan kita jutawan?

  • Ramai betul yang meneka semalam… tapi, tiada yang mengena! Yang teka saya nak buat resepi masakan pun ada… sebab logo berasap & tengah bulan puasa! :)

    So, tibalah masanya untuk saya jelaskan… apa dianya sebenarnya. Jom tengok logo ni balik…

     

    terhangat-logo.jpg

     

    • Nama yang dipilih “Terhangat di pasaran”. Apakah produk paling laris dijual di Internet? Apakah produk terhangat di pasaran di Internet?
    • Mungkin anda perasan, mungkin tidak… font yang digunakan adalah font typewriter lama. Zaman guna carbon dulu-dulu…
    • Cara layout logo, ada nama saya di atas. Perasan tak, logo yang mempunyai nama saya di atas hanyalah logo Workshop Jutawan Internet? (sebelum tukar website baru)

    Jadi, kalau kita kaji point-point di atas… jawapan yang kita dapat adalah:

    • Produk paling laris di Internet adalah produk INFORMASI. Setuju?
    • Zaman dulu, penulis buku (penulis informasi) menggunakan typewriter (sebelum ada computer!)
    • “Terhangat di Pasaran” adalah workshop/seminar terbaru saya selepas 3 tahun hanya menjalankan “Workshop Jutawan Internet”!

    So, secara ringkasnya, Terhangat di Pasaran adalah:

    Workshop Mini (separuh hari) yang mendedahkan cara & teknik bagaimana anda boleh mencipta produk informasi yang terhangat di pasaran untuk di niagakan di Internet!

    Latarbelakang…

    Sebenarnya, idea ini saya telah fikirkan lama. Tetapi, baru-baru ini, sejak pelancaran Mentor Jutawan, baru saya dapat lihat keberkesanannya untuk pasaran Malaysia.

    Bagi anda yang mengikuti perkembangan blog ini, tentu tahu mengenai Mentor Jutawan kan? Dan ketika itu, saya ada beri tahu saya akan kongsikan perkembangan jualannya dengan anda.

    Well, Alhamdulillah, dalam masa 1 bulan sahaja, ebook Mentor Jutawan (harga RM40) terjual dalam lingkungan 1,000 unit! Ini bererti, dalam satu bulan, Mentor Jutawan telah menjana RM40,000 in sales.

    Ok, saya tahu, mungkin anda kata “Tak aci la… IK kan glamer, boleh la jual banyak tu and dapat untung banyak tu”

    Tapi, point yang saya ingin sampaikan kepada anda, bukan berapa banyak saya dapat, tetapi, saya ingin anda lihat perbezaan saya sebagai penulis (produk informasi) buku dan sebagai penulis (produk informasi)  ebook.

    Perbezaannya adalah begini, katalah, sebulan buku saya “Nota Jutawan; Nota Motivasi” (harga RM40) terjual 1,000 unit. Sama seperti Mentor Jutawan. Sebagai penulis, saya mendapat royalty dalam lingkungan RM2.00 sahaja untuk setiap buku.

    • Jadi, melalui buku biasa, apabila terjual 1,000 unit sebulan pendapatan royalty saya adalah RM2,000.
    • Dibandingkan dengan menjual 1,000 unit ebook Mentor Jutawan, pendapatan saya pula RM40,000.

    Kalau diberi pilihan antara dua tu, mana pilihan anda? Adakah RM2,000 sebulan atau RM40,000 sebulan?

    Point yang saya ingin anda nampak adalah, BUKAN berapa banyak saya perolehi online, tetapi, bagaimana menjual informasi online dapat menggandakan pendapatan seorang penulis buku/ebook atau produk informasi. Produk informasi tidak mempunyai kos setiap unit.

    • Bayangkan, sekiranya anda menjual produk informasi berharga RM40, dan terjual 2 unit sehari sahaja. Tidakkah ini bermakna, sebulan pendapatan anda adalah RM2,400?
    • Bayangkan, sekiranya anda menjual 2 produk informasi yang berlainan pada harga RM40, dan hanya terjual 2 unit sahaja sehari. Tidakkah bermakna, pendapatan anda adalah RM4,800 sebulan?
    • Nota: Saya hanya beri contoh kalau anda jual 2 ebook sehari setiap satu. Kalau nak dibandingkan dengan saya, memanglah tak aci, orang ramai telah kenal saya, dan sehari berpulu-puluh unit terjual :)

    How would you feel to have Internet business, kerja dari rumah dan memperolehi pendapatan >RM4,000? Dengan hanya menjual produk informasi.

    Dari situlah saya mendapat idea untuk menjalankan Workshop Mini “Terhangat di pasaran” ini. Untuk mendedahkan strategi dan teknik menghasilkan produk informasi yang terhangat di pasaran- mempunyai permintaan yang tinggi.

    Dari pengalaman saya sebagai penulis, saya telah menghasilkan 3 buku bestseller (2 lagi sedang dalam proses penerbit insyaallah akan terbit tahun ini). Ebook pula, saya telah menghasilkan 4 buah ebook (termasuk mentor Jutawan). Atas pengalaman saya menulis ini lah, saya fikir, saya boleh mendedahkan strategi-strategi menulis produk informasi yang berpermintaan tinggi, terutamanya untuk tujuan dijual online. Atau in other words, ebook!

    Zaman ini…

    Zaman ini adalah zaman informasi. Informasi adalah produk paling laris (terhangat) di pasaran :) . Dan, bukan lagi sesuatu yang pelik bahawa, ramai jutawan-jutawan Internet dihasilkan melalui menjual informasi online, atau infopreneur. Bagi yang menghadiri Workshop Jutawan Internet, sememangnya ada sesi khas mengenai “ebook”. Sebab saya akui kepentingannya dalam menjana pendapatan.

    Oleh kerana zaman ini adalah zaman informasi, inilah masanya kita akan lihat ramai infopreneur dilahirkan. Dulu-dulu zaman pertanian, lahirnya usahawan pertanian. Zaman perindustrian, lahirnya usahawan perindustrian. Zaman informasi, tentunya usahawan informasi.

    So, itulah dianya, serba sedikit mengenai Workshop Mini terbaru saya yang bakal diadakan selepas raya nanti :)

    Antara modul yang saya telah siapkan adalah:

    • Bagaimana hendak menjana idea menciptakan produk informasi?
    • Bagaimana hendak menjadikan minat/industri kita sendiri sebagai produk informasi?
    • Bagaimana hendak mencipta produk informasi yang sedia mempunyai permintaan tinggi?
    • Bagaimana hendak melakukan research di Internet dan ketahui apa sebenarnya produk informasi yang terhangat di pasaran!
    • Bagaimanakah teknik menulis sebuah produk informasi?
    • Cara menghasilkan produk informasi, walaupun anda tidak pandai menulis! (dan jawapannya bukan mendapatkan orang untuk menulis untuk anda- cara percuma pun ada!)
    • Strategi menghasilkan produk informasi dengan pantas- siapkan 2-3 produk serentak!
    • Bagaimana hendak menarik orang membeli produk informasi kita dan bukan produk orang lain (yang mungkin berharga lagi rendah dari produk kita)
    • Bagaimana hendak menyediakan produk informasi supaya orang tak boleh pirate/cetak rompak/ciplak?
    • Apa perlu buat sekiranya produk informasi (ebook) anda diciplak?
    • Bagaimana hendak menjual produk informasi (ebook) di Internet?
    • Bagaimana teknik menjual produk informasi, walaupun di Internet, ada banyak informasi percuma?

    Dan ada lagi…

    Ringkasnya, selepas workshop mini separuh hari ini, peserta akan didedahkan bagaimana mereka boleh menghasilkan produk informasi dan menjualnya di Internet- dari peringkat awal menjana idea produk informasi, sehingga melindungi produk daripada diciplak. Boleh dikatakan ianya seperti bengkel menulis, tetapi tidak seperti bengkel menulis buku yang sedia ada di luar sana, ini lebih fokus kepada menulis ebook yang ”Terhangat di pasaran”!

    Pesanan saya…

    Saya selalu baca respon-respon anda di Tip Satu Minit ini, dan saya dapati ramai antara anda pandai menulis dan banyak informasi hendak dikongsikan. Think about it, why not fikirkan the possibility untuk menjadi seorang infopreneur dan kongsikan ilmu yang anda ada dengan orang ramai disamping memperolehi pendapatan melalui perniagaan Internet.

    Pendapat anda?

    Oleh kerana “Workshop Mini Terhangat di Pasaran” masih di fasa awal, saya ingin mendengar pendapat anda juga. Bagaimana saya boleh improve “Workshop Terhangat di pasaran”? bayangkan sekiranya anda sertai, apa yang anda ingin tahu? Apa yang membolehkan / membantu anda untuk menjadi seorang infopreneur? Apakah keraguan anda mengenai menjual informasi di Internet?

    Apa sahaja pendapat/komen/ idea amat-amat dialu-alukan! Sama-sama kita jadikan “Terhangat di pasaran” Workshop best seller seperti Workshop Jutawan Internet!

    ps: Workshop Jutawan Internet selepas puasa di jadualkan pada Ahad, 26hb Oktober 2008. Bagi yang berminat, klik di sini!

    pps: Nampak gayanya, tiada pemenang teka-teki semalam… rasanya, tiada yang kaji logo di atas betul-betul kut? Saya kan asalnya seorang designer… pastinya logo saya buat memberi clue terbesar ;)

    Pendapat Anda? [47] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Cara mudah dalam membina jenama perniagaan anda
  • Sejarah Irfan Khairi Sdn Bhd
  • Irfan Khairi on Selling Service On The Internet @ BFM89.9fm
  • Irfan Khairi on Selling Information Online @ BFM89.9fm

  • Next Page »