October 2008
Monthly Archive
Thu 30 Oct 2008
Di Internet, anda perlu mengulangi mesej perniagaan anda berkali-kali sehingga sesuatu mesej itu terbenam dalam minda prospek anda. Six until it sticks… atau versi melayunya saya sebutkan sebagai “Enam sehingga terbenam”!
Oleh kerana terdapat pelbagai perniagaan Internet, dan berbagai-bagai mesej perniagaan terdapatnya di Internet, kita perlu mengulangi mesej perniagaan kita berkali-kali supaya kita dapat stand out from the crowd.
Jangan fikir bila kita sampaikan mesej perniagaan kita satu kali sahaja, terus orang akan membeli apa yang kita hendak jual. Kerana, mesej tersebut belum lagi terbenam dalam minda bakal pelanggan. Ulang mesej perniagaan sekurang-kurangnya enam kali, barulah makin dekat pelanggan itu menjadi pembeli.
Jadi, ingat formula ini:
Enam sehingga terbenam!
Bagaimana hendak mengulang mesej sehingga 6 kali (atau lebih) di Internet? Antara jawapannya adalah menggunakan blog seperti blog Tip Satu minit IrfanKhairi.com ini. Terutamanya untuk mereka yang menjalankan industri perkhidmatan (service industry), blog di mestikan!
Di Workshop Mini “Pelanggan tanpa Had” pada Sabtu, 8hb November 2008, saya akan menunjukkan berbagai kaedah & strategi perniagaan Internet bagaimana hendak mendapat lebih ramai pelanggan untuk perkhidmatan anda. Antara kaedahnya adalah “Enam sehingga terbenam” ini. Sekiranya anda menjalankan perniagaan berbentuk perkhidmatan, klik di sini untuk pelajari cara mendapat pelanggan tanpa had! Tempat terhad, tinggal 3 tempat kosong sahaja!
Pengumuman: Buat pertama kalinya Workshop Jutawan Internet akan di kendalikan di Johor Bahru pada 29hb Novembr 08 Klik di sini untuk menghadiri. Workshop Jutawan Internet di KL, terdekat adalah 16hb November 08.
Pendapat Anda? [29] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Promosi mesej yang samaTeknik promosi sekiranya modal terhadBagaimana hendak menjadi popular?Bila cartoon memberi motivasi
Tue 28 Oct 2008
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi ,
Santai[68] Comments
I’m sure anda pun tahu bahawa elemen elemen seni seperti lagu, art, theater, lakonan dan sebagainya boleh memberi impak motivasi dan inspirasi kepada kita. Mungkin pernah terjadi!
Tip satu minit hari ni: I suggest anda dengar lagu-lagu berbentuk motivasi dan selami liriknya sekali
Antara lagu yang sering kita dengar…
- Fikirkan boleh! (Metropolitan)
- Gemuruh (Faizal tahir)
- I believe I can Fly (R. Kelly)
- Faith of The Heart (Russell Watson - Start Trek Enterprise soundtrack)
- We Are The Champions (Queen)
Baru baru ini saya berpeluang berjumpa komposer Zul Mahat dan juga Johan Nawawi kerana mereka hadir memberi sokongan persembahan band saya di majlis pelancaran Impian hari Sabtu lepas (sebenarnya mereka nak tengok Hujan di Planet Hollywood, tapi sempat meluangkan masa melihat kami juga!)
Untuk memendekkan cerita panjang… sekarang ni saya, razzi rahman & muz dalam proses merakam album single! Yes, Zul mahat akan buat lagu dan saya akan menulis lirik. Performed by our very own band.
*Dengar-dengar cerita, rakaman akan di buat di studio M.Nasir, Luncai Emas*
Harapannya, lagu ni akan menjadi antara lagu-lagu “motivasi” seperti di atas. Jangan main-main… IK lepas ni ada album! Baru la artist
So, khas untuk anda… sebahagian lirik yang saya telah tulis (nanti saya kasi dengar melody juga ok?)
Looking back
To the times I had
I never knew I’d come this far away
So here I am
Not turning back again
A dream I had before seems so close to me…
I will fight
Everytime I fall
And one night
You’ll see me standing tall…
I’m reaching for the sky
I’ll raise the stakes, I’ll make mistakes,
But I do it my own way…
I’m reaching for the stars
I’m not afraid, I will not break,
No matter what they say to me….
Tu je buat masa ni… yang lain secret!
Also, saya tulis lagu in English dulu… yang BM pun insyaallah ada.

Persembahan “Gemuruh” versi akustik di JW Marriot!
So, watch out untuk project saya yang ini. It will be fun! Dan semestinya… lagu berbentuk ROCK! Lawati www.RazziMuzik.com!
Anda ada tak lagu2 yang motivasi favourite?
Pendapat Anda? [68] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Menaikkan semangat pada bila-bila masa sahajaVoices of Gaza (Voices in You) Razzi.muz.ikRakaman album di KRU Music GroupMotivasi diri = Anjakan tiba-tiba!
Fri 24 Oct 2008
Posted by Irfan Khairi under
Bincang-bincang[52] Comments
Kejayaan seseorang itu adakah ianya kerana luck (nasib) atau hadrwork (berusaha keras)?
Hari ni kita bincang-bincang sedikit, kerana ianya penting…
- Contoh seperti ikon2 bilionaire saya sebut semalam, adakah mereka semuanya ber”nasib baik” kerana mencapai status kejayaan berbillion?
- Lihat juga Bill Gates… adakah Bill Gates ber”nasib baik” kerana menciptakan software yang hampir seluruh dunia menggunakannya?
- Kisah Donald Trump saya kongsikan post yang lepas, adakah Mr Trump bernasib buruk kerana rugi 1 billion, dan nasib baik pula kerana berjaya memperolehi berbillion billion selepas itu?
So, what is it actually? LUCK atau HARDWORK?
Ianya penting kerana ia akan memberi perspektif kepada kita. If we really think it’s luck all the way, then, itu lah yang kita akan tunggu dan harapkan. If we really think it’s hardwork, maka, itulah yang kita akan lakukan.
Atau is it memang ada orang yang betul2 lucky dalam mencapai kejayaan… macam menang lottery? Apa pendapat anda?
ps: Bagi yang akan attend Workshop terhangat di pasaran esok dan Workshop Jutawan Internet Ahad ni, see you soon!
Also, bagi mereka yang confirm RSVP untuk launching saya sebagai duta Impian, U-Mobile… jumpa anda esok pada jam 3.00petang!
Ada tak sesiapa yang nak juga datang ke launching esok 3.00pm @ JW Marriott, tetapi tak sempat reserve tempat? Kalau ada, email info@rahsiainternet.com and kita tengok ada tak lagi tempat kosong…
Pendapat Anda? [52] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Dua langkah dalam pengiklanan perniagaan InternetPassion, Skill & Hardwork - simple!Bagaimana Nicole David lakukannya?Cari KEKUATAN pesaing dan ciptakan kelaianan!
Tue 21 Oct 2008
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi ,
Santai[59] Comments
Baru-baru ni saya baca akhbar The Edge dan artikel yang menarik dan tertarik minat saya menceritakan tentang 10 orang terkaya di malasyia rugi hampir RM20billion (on paper) secara keseluruhan akibat krisis ekonomi sejak beberapa minggu lepas.
Nama-nama termasuk Robert Kuok, Lim Goh Tong Family, Tan Sri Mokhtar Bukhari dan lain-lain…
Bayangkan, 10 orang terkaya Malaysia kerugian RM20billion… BILLION. Bukan million tu!
So, siapa kata kalau ada duit banyak, tiada masalah? 
Jadi, bagi kita yang dalam krisis kewangan, beringat-ingat selalu dan bersyukur dengan apa yang ada. Bukan bermaksud takde wang masalah… ada wang pun, masalah lain pun datang juga. Tapi, ia bergantung kepada diri sendiri bagaimana reaksi kita kepada sesuatu masalah.
Tahukah anda Donald Trump pernah rugi & hutang berbillion, kemudian dengan usaha dan bijak melihat peluang, beliau dapat kembali and made billions more?
Bagi 10 orang terkaya di Malaysia, saya pasti mereka tidak akan duduk diam, tetapi akan cari peluang-peluang lain untuk dapatkan kembali RM20billion tersebut walaupun dalam keadaan krisis ekonomi. Kita bagaimana?
Pendapat Anda? [59] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
10 terkaya di MalaysiaLuck atau Hard work?Perancangan 2006/07 Irfan KhairiMencuba pelbagai cara untuk berjaya
Sat 18 Oct 2008
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[28] Comments
Terlalu banyak perniagaan saya lihat “membesar” dengan cepat dan kemudiannya, habis rebah… kalau tak rebah pun, “surviving”.
Take note, saya guankan perkataan “membesar” bukan maksudnya “mengembang”. Perniagaan yang mengembang is good. Perniagaan yang membesar ni adalah, bila belum mempunyai pelanggan yang ramai, atau belum ada banyak job, terus menyewa ofis besar… ofis mahal. Belum jadi hebat, terus beli kereta besar. Belum banyak jobs, terus dapatkan ramai pekerja… untuk meramaikan pejabat yang besar tu tadi
Perkara ini sering terjadi oleh kerana salah anggap bahawa, untuk menjalankan perniagaan yang berjaya, perlu ada kesemuanya besar- pejabat, kereta, pekerja (ramai… bukan besar. kalau pekerja besar, lain cerita
). Usahawan beranggap, kalau semuanya kautim, semuanya boleh nampak dek mata, perniagaan pun akan jadi besar dan hebat.
Tidak semestinya!
Pada peringkat awal, apa yang penting, bukanlah pejabat, kereta, pekerja dan sebagainya, tetapi, apa yang penting adalah pastikan terdapatnya pelanggan! Pastikan terdapatnya jobs berbayar untuk dilakukan.
Bila anda mendapatkan semuanya besar-besar, nanti overhead perniagaan pun besar juga. Dan sekiranya tiada aktiviti perniagaan atau kurang aktiviti perniagaan untuk menampung overhead yang besar, maka di situlah banyak perniagaan terperangkap dalam kitaran “surviving”. Maklumlah, overhead sampai RM15,000-RM20,000 sebulan. Maknanya nak cover cost sahaja perlu business >RM20,000.
Itu baru cost… nak bayar diri sendiri dan promosi perniagaan, takkan bayar guna bulu kening kut?
Jadi, berhati-hati bila memulakan perniagaan. Jangan terperangkap dengan kitaran ini. Seperti saya, dan ramai lagi usahawan-usahawan lain, start small. Kembang sedikit demi sedikit. Tak salahnya bermula kecil. Jaringan gergasi BodyShop, Cadbury, HP semuanya bermula dengan hanya tempat kecil sahaja dengan diri sendiri sebagai usahawan, penjual dan melayan pelanggan!
Pendapat Anda? [28] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
SoHo: Besar tidak semestinya bagus!Perniagaan Internet -bersaing dengan syarikat besarCara mencapai matlamat yang besarCita-cita Obama sejak sekolah rendah!
Thu 16 Oct 2008
Posted by Irfan Khairi under
REALITY![14] Comments
Masa kecik-kecik dulu, saya dah mula menulis. Nak kata hebat menulis tu, tak lah… tapi, kalau SRP atau SPM, bila diberi pilihan karangan BM nak buat karangan berbentuk surat rasmi atau karangan bercerita, sememangnya saya akan pilih yang bentuk “cerita”
Dapat juga A2 in BM ketika SPM. Kira ok lah tu
Juga kalau di sekolah menengah (Bukit Bintang Boys School, PJ) kalau ada pertandingan menulis, selalunya untuk yearbook, saya mesti masuk. Menang nombor #1, memang tak pernah langsung. Tapi, setakat dapat tempat #3 dan sagu hati tu boleh la juga.
Bagi saya, menulis buku / ebook adalah cara yang baik untuk make good part time income. Menulis buku yang diterbitkan oleh penerbit dan dijual di kedai-kedai, anda akan menerima royalti. Selalunya dalam lingkungan 8%-15% (bergantung kepada kehebatan penulis).
Sekarang ni, 3 aktiviti menulis saya adalah:
- Saya sedang menulis ebook terbaru “Hebat Affiliate”. Iaitu ebook menunjukkan bagaimana hendak memaksimakan pendapatan melalui program affiliate (menjual produk orang lain). Sekarang ni sudah makin banyak program affiliate, tetapi, RAMAI yang menyertai program affiliate tidak tahu kaedah sebenar mempromosi program affiliate. Sebabkan ini, langsung tidak menerima komisyen. Kalau ada pun sedikit sahaja. Sekiranya anda pernah menyertai program affiliate, berkemungkinan besar anda juga begini.
Insyaallah akan berada di pasaran bulan hadapan!
- Beberapa hari lepas, saya dapat panggilan dari penerbit saya Telaga Biru Sdn Bhd dan mengatakan buku terbaru saya dalam siri Nota Jutawan akan berada di pasaran bulan hadapan. Yea!Buku terbaru ini bertajuk “Nota Jutawan; Nota Perniagaan” susulan kepada buku bestseller “Nota Jutawan; Nota Motivasi”. So, bagi mereka yang dapat manfaat dari buku Nota Motivasi, pastinya akan dapat manfaat juga di Nota Perniagaan. Isi kandungan juga bergambar penuh dan berilustrasi cantik
- Setelah sekian lama senyap dengan buku berbentuk Internet secara printed, tak lama lagi juga TrueWealth Sdn bhd (syarikat Azizi Ali yang merupakan penerbit buku2 berbentuk Internet saya) akan mengeluarkan buku terbaru. Buku terbaru ini bertajuk “Soal Jawab Lazim Perniagaan Internet” yang memuatkan FAQ mengenai perniagaan Internet yang saya terima dari Workshop Jutawan Internet sejak tahun 2005 lagi.
So, itu antara projek menulis saya.
Minggu depan, saya juga akan mengendalikan “bengkel menulis” tapi, lebih kepada menulis “ebook” di Workshop Mini Terhangat di Pasaran. Sekiranya anda berminat untuk menulis ebook dan memperolehi pendapatan sampingan daripada menulis sebuah ebuku, apa kata sertai workshop mini (separuh hari) ini pada 25hb Oktober 2008. Untuk keterangan lajut, klik di sini.
Melalui hasil penulisan, saya mendapat pendapatan residual 5 angka setiap bulan. Buku atau ebook adalah jenis pendapatan yang, buat kerja sekali, pendapatan akan datang berkali-kali. Tapi, apa yang lagi best, bukan sekadar pendapatan sahaja, tetapi, buku membolehkan seseorang itu berkongsi ilmu dengan lebih ramai lagi. In other words, parting of knowledge dapat dilipat kali gandakan
Bila kita berkongsi dan menyampaikan ilmu dan pengalaman dengan orang ramai, kita akan dapat kepuasan yang amat tinggi!
Jadi, itulah asal usul saya dalam “menulis” sejak sekolah hingga ke hari ini mengendalikan bengkel mini “Terhangat di Pasaran” sendiri!
ps: Panel Realiti di sebelah kanan blog ini sekarang memuatkan 3 aktiviti realiti saya terbaru. Jadi, boleh la tengok2 apa sebenarnya saya lakukan setiap hari. Checkout panel “IK’s Reality: LIVE!”
Pendapat Anda? [14] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Menulis matlamat… menulis lagi!Tulis… jangan tak tulis!Minda separuh sedar (Subconcious Mind)Mencuba pelbagai cara untuk berjaya
Tue 14 Oct 2008
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[26] Comments
Sering saya ditanya oleh kenalan-kenalan saya dalam bidang perkhidmatan (seperti ejen insurans, ejen kewangan, ejen
hartanah, konsultan, penasihat, pemilik nursery dan sebagainya…), bahawa mereka tidak mempunyai produk untuk dijual di Internet.
Maka, apa gunanya perniagaan Internet?
Pemikiran begitu adalah salah! Internet boleh digunakan untuk menjana prospek berlipat kali ganda jumlahnya. Tidak semestinya anda mempunyai produk fizikal untuk menjalankan perniagaan Internet. Perkhidmatan anda sendiri adalah “produk” anda.
Sekiranya anda melihat laman-laman web luar negara (terutamanya barat), ramai yang mengendalikan perniagaan perkhidmatan menggunakan Internet untuk menambahkan bilangan pelanggan mereka. Di Malaysia, masih ramai yang tidak tahu kaedah ini dan hanya bergantung kepada perjumpaan empat mata untuk mendapatkan prospek dan pelanggan.
Salah satu contoh menjana prospek adalah melalui BLOG seperti blog ini. Blog ini boleh menarik dalam lebih daripada 1,000 pelawat setiap hari. Ini bermaksud, lebih 1,000 prospek setiap hari. Untuk berjumpa lebih 1,000 individu secara peribadi sebagai prospek setiap hari adalah agak mustahil. Tetapi, dengan kebolehan Internet, ia menjadi realiti.
Sekiranya anda, kenalan atau keluarga anda menjalankan karier dalam bidang perkhidmatan, gunakan Internet untuk menambahkan bilangan prospek, menambahkan pelanggan dan juga meluaskan pasaran anda. Terutamanya dalam keadaan ekonomi menurun ini, mereka yang menjalankan perkhidmatan perlu mendapatkan alternatif lain untuk menambahkan pelanggan.
ps: Sekiranya anda tidak mempunyai masa untuk mempelajari setiap detail bagaimana menggunakan Internet untuk perluaskan pasaran bidang perkhidmatan, tidak lama lagi saya mengendalikan satu workshop mini “crash course!”. Sekiranya karier anda adalah dalam bidang perkhidmatan, klik di sini untuk maklumat lanjut.
Pendapat Anda? [26] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Menambahkan pelanggan perkhidmatan andaMenambahkan keuntungan #2: Menambahkan conversion rateMenambahkan keuntungan #1: Cari pasaran baru5 Tip perniagaan 2009 (ketika ekonomi down)
Mon 13 Oct 2008
Posted by Irfan Khairi under
Tip Kewangan[37] Comments
Inilah waktu terbaik untuk beli rumah / hartanah- bila ekonomi jatuh!
Walaupun ramai “jutawan” akan menjadi “bukan jutawan” bila ekonomi jatuh, di waktu yang sama, ramai juga yang “bukan jutawan” akan menjadi “jutawan” oleh kerana bijak mengambil peluang ekonomi jatuh.
The simple formula: Bila ekonomi jatuh, harga rumah akan jatuh. Harga rumah jatuh oleh kerana akan terdapat ramai “distress” seller atau mereka yang memiliki rumah, terpaksa jual rumah mereka pada harga rendah kerana tak mampu membayar balik bank. Sebagai pelabur bijak, kita perlu cari rumah-rumah begini (yang mempunyai lokasi yang baik), dan tawarkan harga terbaik untuk membeli.
Beri masa, dan ekonomi pastinya akan perbetulkan sendiri, rumah yang kita beli pada harga murah, akan menjadi mahal dengan lebih cepat. Bila kita jual balik, keuntungan pun berganda-ganda!
Ini adalah salah satu cara Azizi Ali menjadi jutawan bertahun-tahun yang lalu. Ketika sekitar 1990-an Malaysia mengalami krisis ekonomi. Beli pada harga “bargain”, dan jual bila ekonomi naik semula.
So, bagi mereka yang mempunyai wang lebih, this is the best time untuk membeli rumah dan melabur pada hartanah!
Soalan: Er… camne kalau takde wang? IK & Azizi boleh la sebab ada sen…
Bagi yang takde simpanan, jangan dijadikan alasan untuk tidak buat apa-apa. 10 tahun lalu ketika krisis ekonomi, saya sendiri pun takde wang dan tak boleh beli sebarang rumah. Duduk pun di flat takde bilik! tetapi, waktu itu, saya kata pada diri sendiri, krisis ekonomi seterusnya, I must have money to buy houses!
Jadi, 10 tahun lepas, saya “melepas” daripada mengambil tindakan kerana takde wang. Tidak lagi sekarang oleh kerana saya telah sediakan diri untuk mengambil peluang ini.
Jadi nasihat saya, bagi anda yang tidak berpeluang membeli rumah kali ini, anggap ini sebagai satu “panggilan” untuk tidak melepaskan peluang membeli rumah ketika krisis ekonomi yang akan datang. Mana tahu, 10 tahun… 15 tahun akan datang. So, mulakan perniagaan (perniagaan Internet menjual informasi is a good one!), mulakan simpanan… perlu prepare for that seperti mana saya prepare myself sejak 10 years ago
ps: Baru semalam saya beli satu lagi rumah di KL. Yea…
Pendapat Anda? [37] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Melabur untuk ilmu… berapa banyak RM?Potensi kita yang luar biasaTempat terhangat untuk melabur RM1,000, RM5,000 atau RM10,000!Kita semua pencuri
Fri 10 Oct 2008
Posted by Irfan Khairi under
Highlight![24] Comments
Suka saya umumkan 3 aktiviti IKSB bulan ini, dan juga ingin mengambil peluang menjemput teman-teman pembaca Tip Satu Minit. Bukan jemput ke “open house” tapi, lebih kurang la, sebab saya snediri tak buat open house
- Aktiviti 1: Jemputan ke majlis pelancaran “Impian” U-Mobile.
Sabtu 25hb, jam 3.00 petang akan berlangsung pelancaran program perniagaan U-Mobile, “Impian” dan juga majlis sidang media saya sebagai duta Impian. Jadi, di sini, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan rakan-rakan Tip Satu Minit untuk turut serta hadir
Sudah tentunya percuma, tetapi, perlu reserve kan tempat ok, oleh kerana terbuka kepada 50 yang booking terawal sahaja.
Terdapat sedikit free door gift, makan-makan, dan juga persembahan khas oleh band kami “Blood Brothers”! (jangan lepaskan ni- baru rock!). Blood Brothers= Razzi Rahman (vocal), Muzamil (lead guitar) & IK (rythm). Bila lagi nak tengok Razzi Rahman penyanyi yang popular satu ketika dulu beraksi secara live!
Tarikh: Sabtu 25hb Oktober 2008
Waktu: 3.00pm-5.30pm
Tempat: JW Marriott, Kuala Lumpur
Aturcara majlis…
3.00pm - Ketibaan tetamu & rakan media
3.15pm - Majlis MOU dan pelancaran bermula
3.40pm - Persembahan “live” Blood Brothers!
3.50pm - Jemputan menjamu makanan petang
4.00pm - Majlis pelancaran tamat
4.15pm - Preview pertama perniagaan “Impian” U-Mobile
5.30pm - Tamat preview
Sebab saya takde open house, ini kira open house saya lah ok?
Sejurus selepas sidang media & majlis pelancaran, Impian akan mengadakan taklimat- jadi, bagi mereka yang ingin mengetahui sama ada Impian boleh menjadi perniagaan ‘impian’ anda, jangan lepaskan taklimat ini. Alang-alang dah ada di situ, why not ketahui lebih lanjut right? Sekurang-kurangnya dapat ilmu perniagaan yang menarik!
*** TERBARU: JEMPUTAN TELAH DITUTUP! HARAP MAAF… DAH FULLY BOOKED. BAGI YANG TELAH MENGHANTAR RSVP, SILA TUNGGU EMAIL CONFIRMATION. TQ!***
- Aktiviti 2: Workshop Mini terhangat di Pasaran
Pada hari yang sama, sebenarnya, sebelum pelancaran Impian (25hb, pukul 9.00 pagi), saya menjalankan workshop mini *terbaru* saya iaitu “Terhangat di Pasaran”. Memang hangat pun, kerana kini tinggal 5 sahaja tempat kosong!
Di Workshop Mini Terhangat di Pasaran, saya akan kongsikan cara dan strategi bagaimana anda boleh menghasilkan produk informasi (ebook) yang terhangat di pasaran untuk meraih pendapatan perniagaan melalui Internet. Untuk maklumat lanjut, klik di sini. Jangan lepaskan peluang ini kerana workshop mini seterusnya belum lagi tahu akan dijalankan bila.
- Aktiviti 3: Workshop Jutawan Internet
Workshop perniagaan Internet 1# terlaris akan dijalankan pada keesokan harinya pula pada Ahad 26hb. Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dari rumah, join us di Workshop Jutawan Internet. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
So, itulah dianya 3 aktiviti IKSB 2 minggu akan datang
Jadi, check kalender anda, kalau free, apa kata sertai mana-mana aktiviti IKSB di atas! Oh ya, jangan lupa… majlis pelancaran Impian U-Mobile, akan terdapat persembahan live daripada band kami: “Blood Brothers”. Kalau siapa sebelum ni terlepas kami di pelancaran MIBO, haaa… inilah masanya
Jumpa di sana!
Pendapat Anda? [24] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
IK sebagai duta Impian, U-MobileSidang media Selasa iniPengumuman: 3 aktiviti IKSB bulan ini…Diari saya minggu ini…
Wed 8 Oct 2008
Posted by Irfan Khairi under
Bincang-bincang[34] Comments
Hari ini saya nak minta pendapat anda & berbincang sedikit…
As many of you know, saya seorang speaker (bukan “speaker” macam kotak pembesar suara tu!
). Dan saya sering mengendalikan talks seluruh malaysia dan ada kalanya luar Malaysia.
Nak katakan saya ni “pakar motivasi”, atau “trainer”, atau “motivator”, atau “pensyarah”, atau “penceramah” saya rasa bukan. Sebab most of the time, saya kongsikan pengalaman saya sahaja. So, saya tak tahu lah saya di kategori yang mana.
Anyway, soalan saya adalah tak kira apa yang anda panggil, dalam seorang “speaker”, apakah ciri-ciri yang membuat anda suka melihat/mendengar/tertarik/tak boring/tumpukan sepenuh tumpuan dan sebagainya? Jadi…
What makes a good keynote speaker?
Pendapat anda amat dihargai supaya boleh saya implementasikannya! tak lupa juga, bagi mereka yang berminat untuk menjadi speaker, boleh mempelajari melalui perbincangan ini apa yang diperlukan untuk menjadi seorang speaker yang hebat
ps: bagi anda yang pernah melihat saya buat talk, pasti dah tau gaya & cara saya.
pps: sekiranya anda inginkan saya untuk buat talk untuk majlis anda (kecuali majlis perkahwinan), boleh hubungi krew saya di sini.
Pendapat Anda? [34] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Irfan Khairi di BruneiKatakan tidak (setuju)Keselamatan perniagaan InternetPerbelanjaan membesarkan anak
Tue 7 Oct 2008
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[20] Comments
By now ramai tahu apa tu “Blackberry” kan? Satu strategy syarikat yang mengeluarkan Blackberry sehingga kini, menjadikan Blackberry sangat2 popular di kalangan professionals, adalah…
Ketika conference2 besar di jalankan, cara promosi Blackberry adalah dengan memberi semua peserta sebuah “Blackberry” untuk digunakan sehingga tamat conference. Kiranya, pinjam la.
Apa yang terjadi adalah, peserta2 conference, yang sedianya tergolong daripada golongan professional (mostly berpendapatan sederhana dan tinggi), mula belek2 blackberry dan cuba check email in-box sementara dapat cuba Blackberry.
Ramai peserta dikalangan profesional yang jatuh cinta dengan Blackberry, dan terus membelinya selepas sesuatu conference!
Ada satu lagi kisah seorang salesman kereta mewah/sport ketika ekonomi merundum, menjalankan strategi yang sama. Memberi percuma kereta tersebut untuk digunakan (pinjam), oleh pelawat kelab-kelab golf (semestinya berpendapatan tinggi). Apabila mereka diberi pinjam kereta tersebut selama seminggu, kebanyakan ahli2 kelab golf tersebut dah jatuh cinta dengan kereta tersebut, dan sayang untuk tidak membeli!
Walaupun ekonomi merundum, salesman ni berjaya memperolehi sales yang paling tinggi.
Tip hari ini adalah, untuk kita fikirkan produk atau perkhidmatan kita boleh tak diberi 100% free untuk sementara (bukan preview, tetapi 100% free). Atau dipinjam untuk seketika kepada bakal pembeli.
Cuba ciptakan keadaan “sayang kalau tak beli!” kepada bakal pembeli, supaya mereka terus membeli selepas tamat tempoh “pinjam”!
Pendapat Anda? [20] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Beri pilihan… murah & mahalUp selling = menambahkan LAGI keuntungan andaKuasa tiga untuk menarik pelangganBeri jaminan @ guarantee
— Next Page »