November 2008


Berikut keratan dari research online yang dilakukan oleh eMarketer.com

More than half (53%) of Internet users had visited websites referred by friends or family members in the previous 30 days.

Lebih dari 53% pengguna Internet telah melawat laman web yang telah disyorkan oleh kenalan/keluarga dalam masa 30 hari yang lepas.

Apakah maksudnya? Maksudnya, promosi mulut-ke-mulut, atau word of mouth atau buzz marketing adalah amat penting! Lebih daripada separuh pengguna Internet tu :)

Jadi, ianya amat-amat penting untuk mendapat pengesyoran dari berbagai pihak. Untuk jadikan laman web anda “recommended” oleh seseorang, berikut beberapa tips:

  • Pastikan isi kandungan laman anda berkualiti dan mempunyai informasi yang menarik dan selalu updated
  • Laman web anda juga perlu unik dan sukar untuk dapat di laman web lain!
  • Pesan kepada pelawat laman web anda untuk syorkan laman web anda! Bila anda tinggalkan pesanan, baru pelawat akan terfikir untuk recommend kepada kenalan lain :)

Dah baca tip hari ini, jangan lupa recommend blog saya ni kepada kenalan atau keluarga anda :p

Pendapat Anda? [40] Comments

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Blog perniagaan Internet
  • Hits - kesilapan dalam mengira pelawat
  • “Squeeze page” dalam perniagaan Internet
  • Minggu Pelanggan Tanpa Had: Kumpulan referal profesional

  • Ramai dah mula bertanya-tanya mengenai Razzi.muz.ik sejak minggu lepas. Apa taknya, dah keluar Harian metro… dan juga disebut kat TV beberapa kali. Ada gak yang tanya… aik, IK menyanyi ke???

    First and formost, saya tak nyanyi… kalau saya nyanyi, berpanjangan lah musim hujan sekarang ni sampai ke tahun depan. So, baik saya tak nyanyi :)

    So, baik saya mengambil kesempatan kat blog ni untuk menceritakan serba sedikit mengenai Razzi.muz.ik sebelum u all ingatkan saya dah jadi rockers!

    logo-gold-small.jpg

    Begini kisahnya…

    Razzi.muz.ik is a band yang dianggotai oleh 3 ahli: Razzi Rahman, Muzam & IK. Bila digabungkan, menjadilah Razzi.Muz.ik. Kalau di baca, bunyinya adalah “Razzi Muzik”. Di mana Razzi Rahman selaku vokalis, dan saya & Muzam selaku pemain guitar electric. And yes, kami main lagu genre rock… bukan rock kangkang or rock jiwang or rock leleh… tapi rock yang bermesej la…

    Rock yang bermesej??? Maksudnya, lagu-lagu yang kami mainkan, semuanya mempunyai mesej positif. So, awal-awal lagi, anda boleh expect takde lagu putus cinta… punah harapan… gelap gelita… etc. Walaupun, takde salahnya lagu-lagu begitu, cuma, pendekatan kami, niatnya untuk menyampaikan mesej-mesej positif…

    So, bagi mereka yang sentiasa menyokong saya sejak 4 tahun lepas, jangan risau, imej kami semua teramat-amat lah bersih. Walaupun rock, tapi rock bersih :)

    Sedikit about the group…

    Razzi Rahman @ Brother Love as many of us tau (kecuali muda mudi zaman ni), era 90-an dulu, merupakan penyanyi yang aktif. Memang glamour… sehingga masuk juara lagu dengan lagu “Syakila”. So, bab nyanyian, memang our band serahkan kat Razzi la. Kalau saya nyanyi, jangankan muzik-muzik… muzak-muzak pun tak tentu boleh masuk.

    Muzam pula is my friend/neighbour masa saya tinggal di Seremban. As many of u know, sekarang saya dah pindah KL. masa dok Seremban, very fortunate of me to have a neighbour yang kaki muzik and also siap ada bilik jamming kat rumah! So, petang-petang, time boring saya layan lah jamming… actually Muzam tought me how to play the drums- memang main drum boleh hilangkan stress sebab u release any stress kepada drum! Anyway… Muzam memang minat muzik and good at playing guitars & drums… tapi jangan terkejut. Thus guy is a PILOT! Yup… bawak kapal terbang is his full time job. So, jangan main-main… band kami rock high flying punya!

    Then, there’s me, IK… bagi yang follow my blog, surely tau yang saya ni minat muzik & rock. A few times saya sebut tentang muzik/rock di blog ni. And many probably tau saya pun main guitar… bila ada launching saya sebagai duta produk, mesti saya main satu lagu, with Razzi to sing and Muzam to play!

    Dalam band ni juga, saya selaku penulis lirik 2 lagu yang telah disiapkan. Sebab tu juga saya agree to this project sebab matlamat saya dari dulu sampai kini tetap sama, iaitu untuk menyampaikan mesej-mesej motivasi, beri semangat, persahabatan, kekeluargaan dan segala-galanya yang positif.

    2 lagu yang kami akan sampaikan, satu lagu English bertajuk “Reaching for the Stars’ dan satu lagu BM bertajuk “Selamanya”. Sedikit daripada liriknya…

    Reaching Higher adalah lagu berkonsepkan motivasi. Mengenai semangat yang perlu ada untuk seseorang. Saya rasa lagu ni dan liriknya boleh relate kepada ramai antara kita yang telah melalui macam-macam ragam di dunia dalam mencapai kejayaan… So, here’s the lyrics:

    Looking back
    To the times I had
    I never knew I’d come this far away
    So here I am
    Not turning back again
    A dream I had before seems so close to me…

    I will fight
    Everytime I fall
    And one night
    You’ll see me standing tall…

    I’m reaching for the sky
    I’ll raise the stakes, I’ll make mistakes,
    But I do it my own way…

    I’m reaching for the stars
    I’m not afraid, I will not break,
    No matter what they say to me….

    Lagu kedua pula lagu Selamanya. Mengenai erti persahabatan dan how important a friendship is. Not just friend-friend, tapi juga untuk our partner or spouse, suami-isteri. Tanpa sokongan orang yang tersayang, nak capai apa sahaja kejayaan memang payah. So, lagu ni pula adalah lagu persahabatan :)

    Syukur ku
    Kepada Tuhan
    Kau di sini

    Dari dulu kita bersama
    Teman sejati

    Ku damba kamu teman
    Waktu jatuh bangun
    Tak kira hujan terang
    Pelengkap ku…

    Akan kita
    Tempuh bersama
    Menuju
    Bersama selamanya

    Akan kita
    Hingga akhirnya
    Gemilang
    Bersama selamanya

    So, there you go! Tu lah dianya lagu untuk single pertama kami. Kisah Razzi.muz.ik Part 1 ni untuk kongsikan anda mengenai the band dan juga mengapa saya lakukan ini. Sebab taknak pulak orang kata IK dah jadi rockers! ha ha… Esok lusa saya kongsikan cerita lain pula. Especially mengenai pencipta lagu-lagu diatas! Orang-orangnya hebat! :)

    Seperti saya kata, my message is still the same- hendak menyampaikan mesej-mesej motivasi. Dan seperti posting saya sebelum ni, dengan harapan, melalui lagu, dapat lah sampaikan mesej-mesej saya kepada lebih ramai muda-mudi! :)

    Tip hari ini:

    Ok, masih nak juga beri tip satu minit. Iaitu untuk kita mewujudkan “kelainan”. Dalam perniagaan dan juga hidupan harian: Be different!

    Jarang sekali motivator buat album rock… tapi saya lakukan because it’s different.

    Bila kita berbeza, orang ramai akan mudah mengenali kita. Kerana kita unik. Dalam seminar perniagaan saya, saya selalu sebut mengenai USP (Unique Selling Proposition) yang maksudnya adalah, untuk kita membezakan diri kita dengan pesaing.

    Sememangnya “being different” mempunyai risikonya tersendiri… mungkin orang akan terima, mungkin orang takkan terima. Tapi, itulahnya the “excitement” menjadi usahawan. Berani menghadapi risiko :)

    Bila kita membezakan diri kita atau perniagaan kita, kita dapat mencipta jenama yang dikenali. Dan semuanya tahu bahawa jenama yang dikenali adalah jenama yang sering mendapat perhatian dalam perniagaan. Kuncinya- be different!

    ps: Saya akan berada di Johor esok bukan untuk buat concert :) tetapi untuk mengendalikan Workshop Jutawan Internet pertama di JB, di hotel Putri Pacific. Bagi yang berminat, klik di sini atau hubungi Azran di talian 016-6966644

    Pendapat Anda? [16] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Kisah RAZZI.MUZ.IK Part 2: The Creators
  • Kisah RAZZI.MUZ.IK Part 3: Launching!
  • Selamanya Reaching Higher! Razzi.muz.ik
  • Dapatkan majalah I, Dara.com & Maskulin Feb 2009

  • Pengumuman:

    Tak lama lagi, mungkin anda tak dapat access IrfanKhairi.com / Tip Satu Minit ini. Sebabnya, IrfanKhairi.com dalam proses pemindahan server :)

    Jadinya, akan mengalami down time selama 24-72 jam…

    Sementara downtime, saya akan berada di FACEBOOK ;)

    ps: Kiranya ini akan menjadi first time IrfanKhairi.com down selama 2-3 hari sejak tahun 2006!

    Pendapat Anda? [10] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Pengumuman
  • Menjadikan perniagaan sebagai tabiat
  • Pesanan tahun baru 2007!
  • IrfanKhairi.com upgrading

  • Bagi anda yang mengikuti perkembangan saya di FACEBOOK, pasti tau, projek terbaru saya adalah saya kini terlibat dalam band muzik bernama Razzi.muz.ik…kalau nak tahu lebih lanjut mengenai ini, nanti sehari dua lagi saya ceritakan!
    Baru-baru ini, kami aktif mencari penaja untuk Razzi.muz.ik… so, tip saya kali ini adalah mengenai mendapatkan penaja :)

    Dalam perniagaan, ianya adalah strategi yang baik untuk mendapatkan penaja. Tak kira sama ada perniagaan anda masih baru, atau pun sudah besar, mendapat penaja adalah satu “bonus” untuk perniagaan anda. Bagi mereka yang fikirkan penajaan hanya untuk mereka yang tak berduit sahaja, sedangkan Ferarri F1 pun bermacam-macam penaja, apatah kita perniagaan kecil pun boleh juga dapatkan penaja:)

    Sejak 2-3 minggu lepas kami banyak mencari penaja dan alhamdulillah, daripada syarikat kecil (boutique)… hingga syarikat besar seperti hotel 5 bintang sudi menaja kami.

    Sememangnya sekiranya anda sudah mempunyai nama, ianya lebih mudah mendapatkan penaja, tetapi berikut adalah beberapa tip bagi mereka yang belum punyai nama hendak mendapatkan penaja:

    1. Dapatkan penaja yang sama “standard” atau lebih sikit dengan anda. kalau belum mempunyai nama yang besar, masakan, kita approach perniagaan-perniagaan yang besar seperti Nike atau Chilli’s untuk sponsor kita. Cuba dulu perniagaan-perniagaan kecil seperti butik kecil atau restoran kecil…
    2. Dalam penajaan, yang menaja mementingkan “Apa yang mereka akan dapat dari tajaan ini?”. Sering kali, apa yang diberikan adalah pengiklanan. Pastikan nilai iklan yang anda berikan adalah berlipat kali ganda nilai pemberian sponsor tersebut. Dalam keadaan ini, anda perlu beri lebih nilai!
    3. Approach secara professional dan friendly. Untuk mendapatkan sponsor, anda perlu hebat dalam komunikasi. tak boleh malu-malu kucing… kena malu malu rimau :) Keputusan sponsor biasanya dilakukan oleh satu pihak (orang). Kalau pihak tersebut sukakan anda, maka, lebih mudah mendapat sponsorship! So, jangan kekwat… jangan sombong… BE NICE secara ikhlas!

    Berikut adalah ketika Razzi.Muz.ik membuat photoshooty semalam di studio Wow Photo. Dalam kes ini, Wow Photo sponsor untuk gambar2 album dan promo materials kami! In return, setiap kali kami gunakan gambar Wow Photo, kami akan kredit kepada mereka… nilainya? terlalu tinggi! Free promo besar-besaran… :) Itulah kekuatan sponsorship… baik untuk kita yang mendapat sponsor, juga baik untuk mereka yang memberi sponsor…


    Razzi Rahman, Muzam & IK… trio Razzi.muz.ik (ni bukan cover album tau!) Ni gambar candid :)

    Sedang posing untuk cover album with jurugambar, Hafiz Wow Photo

    Checking out pictures yang Hafiz ambil… memang class! Kalau anda memerlukan photographer professional yang memang high class- untuk family potrait, wedding, graduation, party dan sebagainya, I recommend Wow Photo! Not just sebab mereka sponsor kami, tapi mereka benar2 professional dan hasilnya memang cun :) Hafiz memang a passionate photographer!

    Sebagai bonus, ni salah satu gambar yang di ambil… ada gaya rockers tak? Rockers tak serius! :) Gambar2 di atas di ambil oleh Amin (Senior Photgrapher Wow Photos) sebagai “Behind the Scenes”. Gambar2 yang betul… kena tunggu!
    So, jadikanlah sponsorship sebagai strategi perniagaan yang bijak!
    Thanks to Wow Photo for sponsoring us dan juga Saiful Nang for hooking us up dengan Wow.
    1. For more info about Razzi.muz.ik, boleh masuk http://www.razzimuzik.com
    2. Insyaallah sehari dua lagi saya ceritakan perjalanan Razzi.muz.ik dalam menjadi artis rakaman sekadar berkongsi pengalaman dan cerita REALITY :)
    3. Dan yang paling penting sekali…
    Jangan fikir saya tukar jadi rockers pulak! ha ha… saya masih menyampaikan mesej yang sama selama ini kerana lagu2 yang saya tulis (penulis lirik!) berkonsepkan kejayaan & persahabatan… about being who you are, tak kira apa orang kata… dan mencapai kejayaan your own way ;)
    Dengan harapan, pendekatan menyampaikan mesej kejayaan/inspirasi melalui muzik boleh mencapai lebih ramai muda-mudi yang tak minat sangat membaca buku motivasi & kejayaan saya :)

    ps: Sesiapa yang nak sponsor kami, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Any company nak sponsor videoclip music kami? :)

    Pendapat Anda? [22] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • ADA idea tetapi TIADA modal
  • Kos satu pelanggan
  • Buang orang tengah dalam perniagaan
  • Program loyalty dalam perniagaan

  • Alhamdulillah, buku terbaru saya Nota Jutawan, Nota Perniagaan kini berada di pasaran! So, boleh pakat beli ramai-ramai :)

    Siri kedua “Nota Jutawan” kali ini fokus kepada tips-tips perniagaan. Seperti siri pertama (Nota Jutawan Nota Motivasi- klik di sini), buku ini penuh dnegan gambar-gambar dan ilustrasi menarik untuk menjadikan bacaan dan pemahaman tersangatlah mudah (dan menghiburkan)


    Petikan dari belakang buku:

    Penulis buku terlaris Nota Jutawan Nota Motivasi, Irfan Khairi kini menghasilkan siri seterusnya dalam Nota Jutawan Nota Perniagaan. Seorang usahawan Internet yang berjaya dan diberi jolokan Jutawan Siber, Irfan juga berkecimpung dalam berbagai-bagai perniagaan termasuk syarikat pengurusan acara, syarikat penerbitan serta syarikat produksi.

    Dalam buku ini, Irfan Khairi berkongsi berbagai-bagai tip dengan para usahawan dan juga bakal usahawan dalam mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang perniagaan.

    Buku penuh warna warni ini memberi senarai panduan dalam bentuk yang paling mudah berserta ilustrasi menarik!

    So, beli, jangan tak beli :) Boleh beli secara online di bawah… atau dapatkannya di kedai-kedai buku berhampiran. Kalau beli secara online, first 50 copies ada tandatangan :)

    • Harga buku: RM30.00
    • Pengendalian & penghantaran: RM5.00
    • Jumlah: RM35.00

    ====================

    (1) PEMBAYARAN KAD KREDIT

    Klik pada button di bawah. Sebagai langkah keselamatan, penghantaran buku akan dilakukan ke alamat yang tertera di kad kredit sahaja.

    ====================

    (2) PEMBAYARAN BANK-IN / INTERNET BANKING

    • Bank: CIMB
    • Nombor Akaun : 1253-0013642-05-7
    • Nama: Irfan Khairi Sdn. Bhd.
    • Nombor pendaftaran syarikat: 719344P
    • Jumlah bank-in: RM35.00

    Selepas membuat bayaran, sila email info@rahsiainternet.com dengan tajuk Email: “Nota Perniagaan” bersamaan:

    • Nama
    • Alamat E-Mail anda
    • Nombor transaksi (PENTING)
    • Alamat untuk menghantar buku anda
    • Scan bank-in slip pembayaran anda (sekiranya menggunakan bank-in)
    • Maklumat perkhidmatan online banking yang anda gunakan (sekiranya menggunakan online banking)
    Pendapat Anda? [47] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Nota Jutawan: Nota Perniagaan

  • Kadang kala, bila kita perlukan sesuatu bantuan dari seseorang atau pihak untuk perniagaan kita, kita hanya perlu MINTA sahaja. Jangan malu/segan, just MINTA. Ada yang takut-takut nak minta sesuatu, kerana segan, atau malu, atau takut “nanti tak dapat!”. Pendapat saya…

    • Kalau tak minta, jawapannya adalah 100% takkan dapat punya.
    • Kalau minta, jawapannya menjadi 50%-50% mungin dapat bantuan tersebut atau mungkin tidak dapat. Tetapi, kebarangkalian dapat sudah bertambah berbanding dengan tak minta langsung :)
    • Kalau minta, disamping memberi sesuatu kembali sebagai manfaat pada orang yang diminta, jawapannya sudah 70% anda akan dapat apa yang anda minta!

    So, lain kali perlukan bantuan, jangan malu atau segan untuk meminta bantuan. Hendak lebih hebat dan menambahkan kebarangkalian mereka akan membantu anda, berikan sebab dan manfaat kepada mereka dan bukan hanya mengharap mereka 100% membantu anda sahaja ;)

    Pendapat Anda? [30] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Minta tolong lakukan sesuatu…
  • Bagaimana memindah ke web hosting baru dari yang lama
  • Perniagaan Internet & keluarga
  • Apakah langkah seterusnya?

  • Apa bestnya being financially free?

    Bagi saya bukan “material” things yang kita ada tetapi, bagi saya adalah “TIME” atau masa yang terluang :) Dah lama saya tak update ruang Reality di blog ni, so posting saya kali ini dibawah tajuk Reality pula…


    Cinta Strawberry 1 day old!

    Atas permintaan ramai, ramai yang nak tengok gambar terbaru my baby girl, Cinta Strawberry… maklumlah, kat blog ni, Strawberry ada ramai auntie & uncle angkat cyber :) So, bagi yang follow ruang ni, pasti ingat Cinta dilahirkan pada 8/8/08. Bagi yang nak refresh balik, boleh klik sini untuk posting/gambar pada hari kelahirannya.

    Kini, Strawberry dah 3 bulan lebih, dan sejak seminggu dua lepas, dia dah pandai senyum-senyum & main-main. So, ini gambar dia tengah senyum khas untuk aunties & uncles cyber :)

    Cinta Strawberry - Smiling happily 3 bulan!

    Seperti saya sebutkan sebelum ni, the best thing about being financially free & kerja dari rumah adalah, kita ada banyak masa dengan keluarga, especially kids! Masa anak pertama dulu, saya masih kerja full time dengan syarikat… so, kerja pagi, balik lewat petang. Dan selalu miss time-time my first child growing dari baby…

    Alhamdulillah, bila dah buat full time perniagaan Internet, dah tak miss lagi dah sebabkan financially free memberi “time”. Dan time is much-much better than material :)

    Kelakar juga for the past few weeks ketika menjalankan Workshop Jutawan Internet, ramai dok mencari Cinta Strawberry- memang saya selalu bawak pun pergi workshop (time break), dan bila Cinta sampai, ramai kerumun tengok dia. Kalah papa dia… lagi glamour baby dari kita! :)

    ====================

    Workshop Perniagaan Internet akan datang:

    * Kuala Lumpur pada hari Ahad 23hb November. Klik di sini
    * Johor Bahru pada Sabtu 29hb November. Klik di sini

    Atas permintaan yang tinggi, Workshop Mini “Terhangat di Pasaran” akan di adakan sekali lagi pada hari Sabtu 22hb November. Klik sini untuk maklumat workshop mini Terhangat di Pasaran untuk pelajari cara bagaimana mengubahkan informasi menjadi produk yang terhangat di pasaran!

    Atau hubungi 016-6966644 / 014-6633311 untuk sebarang bantuan & pertanyaan.

    Pendapat Anda? [40] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Antara minat, passion dan wang
  • 08-08-08 Tarikh keramat :)
  • Beri pelanggan pinjam produk perniagaan kita
  • Business business pun, tetap ROCK!

  • Semalam, saya di jemput ke MHI TV3 untuk berkongsikan bagaimana anda boleh mengubahkan hobi anda menjadi perniagaan di Internet. Banyak idea dan contoh menjadikan hobi kepada perniagaan Internet, tetapi, tidak sempat saya berikan semalam oleh kerana waktu yang terhad. Oleh itu, saya mengambil peluang ini di sini untuk beri lebih banyak lagi contoh-contoh ;)

    Bahagian 1:
    Tip YouTube: Tekan PLAY, kemudian tekaun PAUSE. Tunggu sampai loading habis penuh, baru tekan PLAY balik :)


    Bahagian 2:


    Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini, ramai yang bertanya pada saya, bagaimana cara terbaik untuk menambahkan pendapatan secara sampingan?

    Jawapannya adalah mengubah kan apa yang anda tahu, apa yang anda minat, atau apa sahaja hobi anda menjadi perniagaan Internet!

    Setiap kali saya sebutkan itu, ramai yang akan berkerut dahi dan bertanya, “Boleh ke?”

    Sudah tentu boleh! Sekiranya hobi anda adalah cross-stitch, mengapa tidak menjadikan ianya sebagai perniagaan di Internet? Sekiranya anda minat memancing, jadikan topik memancing sebagai perniagaan anda. Sekiranya anda minat bersukan badminton katakan, mengapa tidak menulis ebook berkaitan dengan badminton- pastinya ramai peminat badminton seluruh dunia mencari maklumat atau tips-tips bermain badminton di Internet!

    Sememangnya terlalu banyak lagi hobi yang boleh diubah menjadikan idea perniagaan- anda berpengalaman dalam bidang seni memepertahankan diri, silat? Sudah tentu ramai peminat seni mempertahankan diri di seluruh dunia ingin mempelajari silat. Anda suka memasak? Mengapa tidak jual resepi masakan Melayu kepada mereka di negara barat? Resepi masakan melayu sememangnya amat sukar untuk didapati di negara-negara luar, tetapi, Internet membolehkan ini dilakukan… hanya kepada mereka yang bijak dan cepat mengambil tindakan!

    Berminat dalam bidang kewangan? Anda boleh menjual buku-buku kewangan sedia ada di Internet. hanya perlu hubungio penerbit, dan beli buku-buku tersebut pada harga diskaun untuk dijual semula. Amat passionate dengan topik keagamaan, anda juga boleh pergi ke pemborong, dan membeli ukiran-ukiran Al-Quran dan menjualnya semula di Internet ke pasaran global. Atau anda seorang agen MLM yang mempunyai banyak stok dalam simpanan? Mengapa tidak menjualnya di Internet?

    Tidak kira apa sahaja hobi, minat, pengalaman, pengetahuan, pekerjaan anda kini dan sebelum ini, ada caranya untuk anda ubahkannya menjadi perniagaan di Internet dan mendapat pendapatan sampingan untuk menampung waktu keadaan ekonomi yang meruncing.

    ====================

    Bagi yang berminat mengubahkan hobi menjadi perniagaan Internet, daripada rumah:

    Dua Workshop Jutawan Internet akan di adakan pada bulan ini:

    Atas permintaan yang tinggi, Workshop Mini “Terhangat di Pasaran” akan di adakan sekali lagi pada hari Sabtu 22hb November. Klik sini untuk maklumat workshop mini Terhangat di Pasaran untuk pelajari cara bagaimana mengubahkan informasi menjadi produk yang terhangat di pasaran!

    Atau hubungi 016-6966644 / 014-6633311 untuk sebarang bantuan & pertanyaan.

    Pendapat Anda? [54] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • No related posts

  • Nama anda, jenama anda!

    Dalam perniagaan, satu tip untuk memudahkan anda dalam membina jenama perniagaan:

    Namakan perniagaan anda dengan nama anda!

    Contoh: Irfan Khairi Sdn Bhd / atau Irfan Khairi Design / Irfan Khairi Arts

    Mengapa?

    1. Syarat utama untuk membina jenama yang hebat adalah memberi nama yang unik kepada perniagaan anda. Nama anda sendiri adalah unik.
    2. Perniagaan yang mudah diingat adalah perniagaan yang mempunyai personaliti. Anda adalah personaliti perniagaan anda sendiri.
    3. Perniagaan yang berjaya adalah perniagaan yang membina perhubungan. Manusia membina perhubungan dengan manusia- dan bukan sekadar nama perniagaan yang tidak ada kena mengena.

    Cuba anda senaraikan 10 jenama-jenama barangan mewah yang anda kenali. Mercedes, Loreal, Armani, Yves Saint lauren, Versace dan sebagainya… besar kemungkinan hampir semuanya adalah “Nama” pengasas (atau nama seseorang)!

    Tak salah menggunakan nama yang bukan nama anda. Tip ini hanya untuk memudahkan orang mengingati jenama anda, gunakan nama anda dalam perniagaan! :)

    ps: Atas permintaan yang tinggi, Workshop Mini “Terhangat di Pasaran” akan di adakan sekali lagi pada hari Sabtu 22hb November. Klik sini untuk maklumat workshop mini Terhangat di pasaran!

    Juga, 2 Workshop Jutawan Inetrnet akan di adakan pada bulan ini, di KL pada hari Ahad 23hb November- klik di sini untuk KL. Dan juga pertama kalinya di Johor Bahru pada 29hb November. Klik di sini untuk tempahan tempat di JB.

    Pendapat Anda? [37] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Rahsia membina jenama
  • Ada apa pada nama?
  • Jenama… jenama… dan lagi jenama! (3x)
  • Hari #3: Membina Laman Web CaraPromosi.com

  • 2 minggu lepas, 25hb October,berlangsungnya majlis tandatangan MOU & sidang media saya sebagai duta program perniagaan Impian, di JW Marriott Kuala Lumpur. Berikut adalah beberapa gambar yang di ambil bagi mereka yang tak sempat datang…

    signing.jpg
    Majlis tandatangan MOU
    banner.jpg
    Tandatangan banner dengan Mr Allen Lee
    speech.jpg
    Memberi sepatah dua kata
    media.jpg
    Sidang media takkan lengkap sekiranya tiada pihak media!
    (saksikan klip ini di bawah)
    band.jpg
    Tak lupa juga persembahan band kami! Rugi tak tengok saya main :)
    (sedang upload ni juga…)

    In a nutshell, Impian adalah program perniagaan berkos rendah, untuk sesiapa sahaja mendapat lesen pengedar U-Mobile. Kan sekarang ni, mana-mana pun ada iklan U-Mobile… so, dengan menyertai Impian, anda boleh mendapat lesen mengedarkan U-Mobile.

    Yang bestnya, bukan sekadar menjual top-up U-Mobile sahaja (menjual topup pun sebenarnya tak banyak pulangan), tetapi, anda boleh turut mengedarkan lesen pengedaran tersebut untuk mendapatkan pulangan yang maksima.

    Sebagai tambahan, terdapat 11 aliran pendapatan yang akan diterima oleh ahli Impian.


    Ada banyak lagi maklumat mengenai program Impian, U-Mobile ini. Sekiranya anda ingin ketahui dengan lebih lanjut, sertai taklimat percuma yang akan diadakan pada 13hb ini (Khamis) jam 8.00malam di CitiTel hotel, Midvalley. Inyaallah saya juga akan berada di sana untuk kongsikan satu dua tip mengenai Impian!

    Taklimat Impian, U-Mobile
    Masuk: Percuma
    Tarikh: Khamis 13hb November 2008
    Waktu: 8.00 malam - 10.30 malam

    Sekiranya ingin menghadiri, sila lakukan tempahan tempat dengan cara menelefon atau SMS 016-6966644 dengan nama-nama yang akan hadir.

    *Saya juga adalah duta MIBO (Malaysian Independant Buisiness Ownership), dan sebagai perbandingan, untuk menyertai Impian adalah jauh lebih murah dari MIBO. Dengan RM500 pun dah boleh sertai program Impian.

    Pendapat Anda? [51] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Boleh putus asa dalam perniagaan…
  • Program TV “Menjana Impian”
  • Menjana Impian… matlamat jangka pendek
  • Aktiviti IKSB bulan ini: Sidang Media Impian, Terhangat & Workshop

  • obama.jpgMungkin semua dah tau, prez US baru Barack Obama. Saya suka baca biografi-biografi orang yang berjaya, dan antara banyak-banyak info yan gmenarik mengenai Obama, adalah, beliau telah bercita-cita untuk menjadi president ketika di bangku sekolah lagi. Sekolah rendah!

    Ketika Obama bersekolah rendah di Indonesia, seperti kita masa di sekolah rendah kita perlu tulis, bila besar nanti nak jadi apa. Standard lah, jawapan saya masa kecil dulu, Polis, Bomba, Askar… dan budak2 perempuan pula Pembaca berita, Pramugari & Cikgu :) begitu juga rakan2 Obama yang lain…

    Tapi, bagi Barack Obama, cita-citanya sejak sekolah rendah adalah menjadi “PRESIDENT”! :)

    Kalau seseorang boleh berpegang kepada cita-cita sejak sekolah rendah lagi dan mencapainya sehingga kini, apa lagi kita yang dah besar pandai- pastinya boleh mempunyai cita-cita & mencapainya!

    ps: Workshop Mini Pelanggan Tanpa Had akan diadakan pada Sabtu ini 8hb November. Sekiranya anda menjalankan perkhidmatan, dan ingin tahu cara mendapat pelanggan tanpa had menggunakan Internet, klik di sini!

    Pendapat Anda? [42] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Dua cara mengejar cita-cita
  • Yakin dengan diri sendiri!
  • Kenapa hendak jadi jutawan?
  • Cita-cita setinggi bintang

  • Next Page »