February 2009


Bila menjalankan perniagaan perkhidmatan, perhubungan pertama (first contact) adalah penting. Dan waktu paling penting sekali adalah minit pertama pertemuan dengan bakal pelanggan. Bak kata Mat Salleh…

First impression lasts forever

Di sini lah penampilan & keyakinan kita memainkan peranan penting.

Penampilan:

Bagi mereka yang “kureng” sikit bab-bab dressing (macam saya :) ), nasihat saya, dapatkan majalah-majalah lifestyle yang berada di pasaran. Bagi lelaki, majalah MASKULIN is good dan bagi wanita, majalah NUR is good too. Keduanya mempunyai sisipan grooming & fashion. So, ini yang anda perlukan untuk memperbaiki penampilan diri anda.

Bakal pelanggan akan lebih yakin dengan penampilan yang lebih menarik oleh kerana first impression lasts forever!

Keyakinan:

Di sini, malu-malu kucing takkan menjadi. So, kena buang perasaan malu tu dan ctunjukkan keyakinan diri. Sekiranya anda “kureng” bab keyakinan berdepan dengan pelanggan, nasihat saya adalah untuk anda rajin practice. Practice di hadapan cermin apa yang anda hendak katakan pada pertemuan pertama. Sediakan beberapa “skrip” yang berkaitan dengan keadaan. Practice bercakap… practice senyum di cermin. Kalau anda malu practice bersendirian dihadapan diri anda… apatah lagi hendak berdepan dengan orang bukan?

Dengan penampilan & keyakinan yang tinggi, pastinya kita akan memberi good first impression kepada prospek kita. Dan lebih dekat prospek itu akan menjadi pelanggan :)

Boleh tak anda berikan juga tips penampilan & keyakinan… so, dapat bantu sesama kita :) Tinggalkan tip anda di sini!

============

Esok  (Sabtu 28hb Feb) saya akan kendalikan Workshop Mini Pelanggan Tanpa Had di Vistana Hotel, Kuala Lumpur. Workshop mini ini akan mendedahkan strategi dan teknik menggunakan Internet untuk melipatkali gandakan pelanggan bagi perkhidmatan anda. Tempat workshop mini ini adalah terhad kepada 10 peserta sahaja untuk memudahkan interaksi (hanya 1 tempat tinggal… any takers??? :) ). Sekiranya anda berminat, klik di sini. 

Pendapat Anda? [26] Comments

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Menambahkan pelanggan perkhidmatan anda
  • Perniagaan Internet tiada pertemuan 4 mata
  • Irfan Khairi dalam Gedik Santai, TV3
  • Minggu Pelanggan Tanpa Had: Kumpulan referal profesional

  • Salah satu cara terbaik untuk menambahkan pelanggan perkhidmatan kita adalah referal (recommendation) dari profesional yang lain.

    Kita sering fikirkan recommendation datangnya daripada pelanggan-pelanggan sedia ada. Memang betul!

    Tetapi, kita juga perlu ada sekumpulan profesional yang saling recommend produk dan perkhidmatan masing-masing.

    Contoh, baru-baru ini saya membeli rumah dari seorang agent hartanah. Agent hartanah tersebut mempunyai satu kumpulan referal profesional seperti…

    • Peguam (untuk mengendalikan soal undang-undang berkaitan rumah pelanggan)
    • Bank (untuk mengendalikan pinjaman bank pelanggan)
    • Financial Advisor (untuk menasihatkan tentang investment pelanggan)

    Dengan mempunyai satu kumpulan referal professional seperti ini, ia bukan sahaja memudahkan kerja agent hartanah tersebut, tetapi juga kumpulan profesionalnya juga akan sering menghantar pelanggan kepadanya untuk melipatkali gandakan pelanggan!

    Kiranya satu keadaan win-win!

    So, dalam menambahkan pelanggan perkhidmatan anda, bukan sahaja fikirkan referal dari pelanggan, dari orang ramai… tetapi juga golongan profesional-profesional lain yang berkaitan dengan industri anda untuk melipat kali gandakan pelanggan.

    Dapatkan kumpulan referal profesional untuk perkhidmatan anda! :)

    ============

    Hujung minggu ini  (Sabtu 28hb Feb) saya akan kendalikan Workshop Mini Pelanggan Tanpa Had di Vistana Hotel, Kuala Lumpur. Workshop mini ini akan mendedahkan strategi dan teknik menggunakan Internet untuk melipatkali gandakan pelanggan bagi perkhidmatan anda. Tempat workshop mini ini adalah terhad kepada 10 peserta sahaja untuk memudahkan interaksi (hanya 3 tempat tinggal). Sekiranya anda berminat, klik di sini. 

    Pendapat Anda? [14] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Menambahkan pelanggan perkhidmatan anda
  • Be a giver… Jadi seorang pemberi!
  • Keuntungan perniagaan daripada pelanggan-pelanggan yang lepas
  • Siapa cepat, siapa lambat?

  • Oleh kerana ekonomi down, ramai yang terlibat dalam bidang perkhidmatan (insurans, MLM, kewangan, hartanah, takaful, mutual funds dan sebagainya) semakin sukar mencari pelanggan. Oleh itu, minggu ini, saya ingin kongsikan sedikit mengenai cara mendapat Pelanggan Tanpa Had- ketika ekonomi down.

    Hari ini sedikit tip untuk mendapat network yang ramai.

    Kita sedia ketahui, dalam perniagaan perkhidmatan terutamanya, networking memang penting. Istilah yang selalu sangat digunakan adalah “If you are not networking, you are not working!”

    Menurut buku Love is the Killer App: How to win Business oleh Tim Sanders, beliau menyebut untuk “mencintai” network kita. Maksudnya untuk benar-benar ingin membantu dan melihat orang lain berkembang. Dan bukannya semata-mata menggunakan network untuk kepentingan sendiri sahaja.
    Dalam mendapat network yang berkualiti, 3 perkara penting perlu anda miliki:

    • Perlu berlimu
      Untuk mendapatkan network yang baik, anda perlu emnunjukkan anda seorang yang berilmu. Anda perlu banyak membaca buku dalam bidang anda sendiri. Sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari berkenaan dengan industri anda. Ilmu ini dapat dikongsikan dengan network anda.
    • Perlu menambahkan jaringan
      Cari peluang untuk ke majlis atau network gathering. Lebih ramai orang anda jumpa, lebih banyak peluang network anda boleh dapat. Satu peringatan di sini adalah, di sesuatu majlis, jangan terlalu sibuk berpindah-pindah tempat dan mengedarkan kad bisnes anda. Fikirkan KUALITI hubungan yang anda boleh jalinkan, dan bukan sekadar KUANTITI.
    • Perlu punyai perasaan tolong menolong
      Utamakan network anda dan bukan agenda anda terlebih dahulu. Lebih banyak bertanya dan mendengar daripada anda sahaja yang bercerita. Sebolehnya, bantu network anda tidak kira bidang apa pun, sebagai contoh, sekiranya network yang anda kenali seorang pemilik perniagaan cetakan, selepas berjumpa dan kenal, cuba dapatkan pelanggan cetakan untuknya. Anda tidak akan rugi apa-apa. Malahan, dengan mengutamakan agenda network anda, pastinya memberi kesan hubungan jangka panjang untuk anda!

    So, untuk memudahkan anda melakukan network, ingat 3 perkara itu: Ilmu + Tambah jaringan + Tolong menolong = Network yang berkualiti!

    ============

    Hujung minggu ini  (Sabtu 28hb Feb) saya akan kendalikan Workshop Mini Pelanggan Tanpa Had di Vistana Hotel, Kuala Lumpur. Workshop mini ini akan mendedahkan strategi dan teknik menggunakan Internet untuk melipatkali gandakan pelanggan bagi perkhidmatan anda. Tempat workshop mini ini adalah terhad kepada 10 peserta sahaja untuk memudahkan interaksi. Sekiranya anda berminat, klik di sini. 

    Pendapat Anda? [29] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Networking- kualiti, bukan kuantiti
  • Network berguna vs Network kurang berguna
  • Tip Satu Minit Network
  • Perniagaan produk berkualiti pun PASTI akan GAGAL

  • Dalam keadaan ekonomi yang gawat kini, ianya merupakan satu cabaran dalam perniagaan untuk mendapatkan pelanggan-pelanggan baru. Persaingan semakin sengit, serta kuasa belian semakin kurang.

    Satu cara untuk meningkatkan keuntungan perniagaan anda adalah dengan cara mencapai pelanggan-pelanggan lama anda. Ini kerana, ianya difahami bahawa…

    Untuk mendapatkan pelanggan *baru* adalah jauh lebih sukar daripada mendapat pelanggan daripada pelanggan-pelanggan yang lepas (past customers).

    So, rujuk kembali database pelanggan-pelanggan atau client anda yang lepas. Ciptakan satu produk atau perkhidmatan untuk golongan ini. Dengan mencapai pelanggan/client yang lepas, 3 perkara penting ini telahpun berlaku:

    • Pelanggan lepas sudah sedia percayakan anda.
    • Pelanggan lepas sudah selesa dengan kaedah transaksi perniagaan anda.
    • Pelanggan lepas sudah tahu kredibiliti perniagaan anda.

    so, bagaimana untuk menambahkan keuntungan perniagaan ketika kegawatan ekonomi? Antara caranya adalah- sasarkan pelanggan/client anda yang lepas :)

    ps: Workshop Mini Pelanggan Tanpa had akan menunjukkan bagaimana anda boleh menggunakan Internet untuk melipatkali gandakan perniagaan perkhidmatan anda. Klik di sini sekiranya anda menjalankan perniagaan berbentuk perkhidmatan (services).

    Pendapat Anda? [21] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Syarat 80-20 dalam perniagaan
  • Up selling = menambahkan LAGI keuntungan anda
  • Kupon Diskaun… Pelanggan Berulang!
  • Pelanggan perniagaan anda mengenali 250 orang lagi!

  • Salah satu cara untuk meningkatkan kepercayaan orang ramai pada laman web kita adalah dengan memuatkan gambar-gambar dalam laman web.

    Tetapi, berhati-hati kerana meletakkan gambar yang tidak berkualiti, ataupun tidak profesional sebenarnya akan menjatuhkan kredibiliti dan keyakinan orang ramai terhadap sesuatu laman web pula!

    Di sini satu contoh asas fotografi yang anda boleh gunakan untuk produk laman web anda: “Latar belakang yang bersih”

    bagbg.jpg

    Nampak tak perbezaan kualiti gambar yang diambil dengan hanya memahami asas fotografi? Pastinya gambar berlatar belakang bersih memberi impak yang lebih kepada produk anda!

    Tip ini di ambil dari ebook “33 Rahsia Merakam Gambar Menarik Dengan Hanya Mengetahui Asas Fotografi” oleh Noorizam Sabran (Ijam)

    Berita baiknya adalah, Ijam, salah seorang Apprentice program Online Mentoring RahsiaInternet.com telah menyediakan ebook percuma ini untuk anda memahami 33 Asas penting fotografi untuk menjadikan gambar-gambar anda lebih cantik & profesional.

    Sekiranya anda ingin pelajarinya, dapatkan ebook percuma ini dari sini: “33 Rahsia Merakam Gambar Menarik Dengan Hanya Mengetahui Asas Fotografi”

    Thanks to Ijam for a great free product!

    Bukan setakat gambar untuk laman web anda sahaja, melalui ebook percuma ini, anda juga dapat ambil gambar-gambar anda bersama keluarga yang lebih profesional gitu! :)

    So, download the free ebook untuk mendapat tip-tip fotografi untuk perniagaan Internet anda :)

    ps: Sekiranya anda berminat untuk menyertai program Apprentice Online Mentoring, lawati http://www.irfankhairi.com/apprentice Kami telah membuka intake yang ke-2. Ijamp adalah salah seorang apprentice program kami dan feel free to contact Ijamp untuk bertanyakan pengalaman hasil program mentoring ini :)

    Pendapat Anda? [21] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Perniagaan Internet tiada pertemuan 4 mata
  • Hits - kesilapan dalam mengira pelawat
  • Tidak terlalu banyak warna
  • Huruf di laman web perniagaan Internet

  • Teringat satu kisah saya terbaca lebih kurang begini…

    Ada satu kilang ni, tiba-tiba terhenti segala jentera/peralatan kerana mengalami masalah peralatannya. So, pemilik kilang ini pun terpaksa panggil seorang expert/pakar untuk periksa seluruh peralatan, saluran elektrik, paip-paip dan segalanya. Bila pakar tersebut sampai ke kilang, beliau pun periksa, dengan hanya sebuah notepad dan pen sahaja berjalan dan menjenguk saluran elektrik dan paip…
    Masuk hari kedua, sambil berjalan-jalan dalam kilang (sambil diperhatikan oleh pemilik), beliau bersuara…

    “Aha! ni lah masalah dia!” sambil mengambil kapur dalam poket seluarnya, dan menandakan “X” pada salah satu saluran paip.

    Pemilik kilang pun, berterima kasih, kerana kini beliau tahu masalahnya dan boleh memanggil engineer untuk memperbaiki paip tersebut.

    Keesokan harinya pula, pemilik kilang terkejut kerana menerima bil daripada pakar tersebut. Bil nya menunjukan RM20,000!

    Ha!??? Dengan hanya menandakan X pada satu saluran paip, aku kena charge sampai RM20,000!

    Tak puas hati punya pasal, pemilik kilang minta pakar ni beri pembahagian bayarannya kerana, sudah pasti, takkan sebab taruh pangkah X je dah kena charge RM20,000.

    Keesokan harinya, pemilik kilang menerima pembahagian bil. Dalam bil tersebut tertulis:

    • Harga kapur untuk menandakan X                            RM 1.00
    • Harga mengetahui di mana meletakkan X                  RM 19,999

    :)
    Motif cerita…

    Dalam hidup, untuk berjaya dalam perniagaan/hidup/kewangan dan apa sahaja, kita kena tahu di mana kita perlu letakkan X kita. Ini adalah kunci kejayaan yang paling utama.

    Anggap kapur tersebut adalah apa yang kita ada (kepakaran/kewangan/motivasi/ masa atau apa sahaja). Dan X adalah di mana kita meletakkan apa yang kita ada di tempat/keadaan yang sebaiknya.

    X adalah fokus kita dalam hidup. Kebolehan anda untuk memilih waktu yang sesuai, tempat yang sesuai, dan aktiviti yang sesuai untuk meletakkan X anda supaya memberi impak yang TERBAIK dalam hidup anda adalah kunci untuk mengoptimakan hidup kita sendiri.

    Pendapat Anda? [33] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Mengapa perlu fokus
  • Sekiranya ada dua arnab? Pilih satu!
  • Di mana nilai diri anda tertinggi?
  • Promosi kepada siapa?

  • Kita pencuri? Apa la IK ni buang tabiat :)

    Yup… kita semua sebenarnya pencuri sekiranya kita tidak lakukan atau berikan yang terbaik.

    Semestinya kita tak curi duit… tak curi barang… tak rompak orang, tetapi, kita masih lagi pencuri sekiranya kita don’t do our best.

    Sebab nya, bila anda tidak lakukan yang terbaik, anda mencuri masa… anda mencuri waktu dari syarikat anda, anda mencuri usaha dari kawan-kawan pejabat anda, anda mencuri daripada keuntungan “yang sepatutnya” anda dapat dalam perniagaan, anda mencuri daripada pulangan yang anda dapat berikan kepada keluarga anda, dan yang paling penting sekali, anda mencuri daripada “potensi” sebenar diri anda sendiri.

    So, lepas ni, kalau anda TIDAK lakukan terbaik yang sebolehnya anda berikan… just ingat bahawa, anda seorang pencuri! :)

    Pendapat Anda? [41] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Menangguhkan kerja = pencuri masa + pencuri hidup
  • Selamat menyambut Ramadhan yang mulia
  • Selamat menyambut bulan Ramadhan 2009
  • Selamat Hari Raya Aidiladha

  • Dalam perniagaan Internet dan juga perniagaan bukan Internet, promosi adalah amat-amat-amat penting. Kita pun tahu 94% kegagalan perniagaan adalah kerana tidak melakukan promosi.

    Promosi perlu dilakukan secara berterusan- non stop. Sekiranya kita berhenti promosi, maka, keuntungan pun akan berhenti juga. Bererti, kalau kita rasa perniagaan kita sudah hebat oleh kerana kita dah melakukan promosi, sekiranya kita berhenti promosi… mungkin sebulan dua akan datang, keuntungan pula akan kurang.

    Dalam kata lain, keuntungan kita hari ini adalah hasil promosi kita dua bulan lepas!

    Jadi, kalau kita berhenti promosi hari ini, ia pastinya akan menganggu keuntungan kita akan datang.

    Ada yang tanya… business IK dah hebat. IK tak perlu promosi pun, ramai pelanggan.

    Jawapan: Betul ke saya tak perlu promosi? Selang 2 hari, saya tulis blog… selang seminggu saya tulis newsletter RahsiaInternet… Setiap bulan saya tulis artikel untuk beberapa majalah. Tak lupa pula radio & TV promotion :)

    So, if perniagaan saya pun, saya promosi hampir every day untuk berjaya, perniagaan anda juga perlu promosi everyday untuk berjaya :)

    Jangan lupa, promosi should be non-stop! :)

    Pendapat Anda? [28] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Mentor Jutawan: Irfan Khairi
  • Buat Keputusan Hari Ini!
  • Membuat keputusan yang salah?
  • Kerja susah vs kerja mudah

  • Ok, hari ni saya nak jadi penjual majalah sekejap :) not bad apa, since one of my mentor, Dato Husammuddin pengasas Karangkraf jadi jutawan bermula sebagai penjual majalah :) Di ebook Mentor Jutawan, saya ada menemubual Dato Husammudin. Klik di sini.

    Bulan ni, 3 majalah membuat coverage mengenai saya, keluarga & kawan-kawan. So, bagi anda yang selalu tanya…

    “Bila IK nak tunjuk gambar family?”, here you go :)

    montage-feb-magazines.jpg
    • Majalah I Februari 2009

    Kisah saya & family di ruang “Jendela Keluarga”. Very interesting kali ni sebab first time anak-anak sekali saya masukkan dalam majalah. Sebelum ni tak pernah lagi :) My wife Shaz pernah juga masuk majalah. So, kalau anda nak tahu cerita latar belakang saya, Shaz & kids, boleh dapatkan Majalah I keluaran Februari. Thanks to Azlin & Chip!

    Nak tahu bagaimana saya & Shaz berjumpa? Dapatkan majalah ini! :)

    • Majalah Dara.com Februari 2009

    Coverage majalah Dara.com pula mengenai kejayan saya dan beberapa orang lain di bawah tajuk “Resepi kejayaan”. Kisah kali ini mengenai tips untuk berjaya ketika muda-mudi. Khas untuk pelajar-pelajar IPT, ada beberapa tips sini bagaimana nak jadi kaya raya (bukan hantu raya) :)

    Special thanks to team Dara.com & Siti Nurazlina

    • Majalah Maskulin Februari 2009

    Coverage kali ini mengenai saya & kawan-kawan pula. kebanyakan anda dah tahu me and my boys mempunyai band Razzi.muz.ik yang dianggotai oleh myself, Razzi Rahman @ Bro Love dan juga Muzamil, so, this is the first time Razzi.muz.ik muncul dalam majalah.

    Saya juga merupakan kolumnis majalah Maskulin, dan dalam edisi kali ini saya menulis mengenai Frekuensi Pemikiran Besar!- ada kena mengena dengan tip saya semalam.

    Thanks to Izwa & lady boss Wan Mahani for the coverage.

    Sekiranya anda belum dengar lagu Razzi.muz.ik, lawati http://www.razzimuzik.com dan listen to two of our songs: Selamanya & Reaching Higher. Keduanya membawa mesej semangat setia kawan serta semangat untuk berjaya ;)

    So, bulan ni, ketepikan budget sikit ok… boleh beli majalah-majalah di atas from Karangkraf- ha ha!

    Jangan lupa, esok (Khamis), saya akan on air secara live di WW Astro Awani 10.30am dalam segmen “Bersama IK” dan juga di Radio24 93.9fm dalam segmen “Yo!” jam 1.15pm.

    Special thanks also to semua media massa, TV, radio yang sering support me all the way!

    ps: Workshop Jutawan Internet terdekat adalah pada hari Sabtu 7hb Feb ini. Bagi yang ingin menghadari dan ketahui bagaimana saya make my million on the Internet, klik di sini untuk maklumat lanjut. C u there!

    Pendapat Anda? [21] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Irfan Khairi berlakon filem “Nana Tanjung”!
  • Salah siapa?
  • Minggu Pelanggan Tanpa Had: Pertemuan kali pertama = penampilan & keyakinan
  • Matlamat “Jutawan!”

  • simon.jpgKatakan  dalam satu group, ada 10 ahli. Dalam group tu pula ada 2 orang yang berfikiran positif, bercakap positif, dan berkelakuan positif. Dalam group tu juga, ada 1 orang berfikiran negatif, bercakap negatif, dan berkelakuan negatif.

    Apa akan terjadi pada group itu bila mengandungi 2 orang positif, dan 1 orang negatif? 2 positif lawan 1 negatif, siapa akan menang?

    Jawapan: Yang 1 negatif akan menang :(

    Ini kerana, sesuatu yang “negatif” lebih senang di sebarkan. Perkara  negatif juga lagi senang untuk “berjangkit”. Yang negatif lagi senang untuk difikirkan.

    Contohnya, kalau dalam satu pejabat, ada 2-3 orang yang berfikiran positif… dan ada sorang sahaja berfikiran negatif. Yang negatif tu pasti akan menjatuhkan moral dan semangat teman-teman pejabat yang lain, tak kira walaupun ada 2-3 orang lain yang bersemangat, positif & mempunyai keyakinan tinggi.

    Mempunyai 1 orang berfikiran negatif dalam group/kumpulan/kenalan anda adalah agak berisiko, kerana bila-bila masa sahaja ia dapat berjangkit dengan ahli-ahli lain :)

    So, berhati-hati with negative people around you. Ianya berjangkit dengan orang lain… takut2 terjangkit kepada anda :)

    Pendapat Anda? [36] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Cabaran Minggu Berfikir Positif
  • Bila berfikiran negatif adalah baik…
  • Cabaran Minggu Berfikir Positif : Hari ke-3
  • Berfikiran negatif dan berfikiran positif- mana mudah?