March 2009
Monthly Archive
Tue 31 Mar 2009
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[35] Comments
Baru-baru ini first time saya berpeluang menaiki Firefly… sebelum ni naik Air Asia sahaja
Sebelum Firefly, ramai yang bandingakan Air Asia & MAS… sebenarnya, perbandingan tersebut tidak adil. Kerana Air Asia & MAS keduanya adalah kategori yang berbeza… pernah saya menulis tip perniagaan mengenai Air Asia vs MAS di sini…
So, sekarang, mula lah perbandingan Air Asia & Firefly… persaingan yang amat interesting terutamanya ketika ekonomi merundum. Sebab nya…
- Ketika tak gawat pun, industri penerbangan adalah industri yang susah nak buat duit…
- Harga tiket Air Asia & Firefly kini sudah lebih kurang sama. So, nak bersaing harga dah semakin payah…
- Ketika gawat, local syarikat/business trip juga akan revert kepada low cost airlines…
So, apa ynag buatkannya interesting adalah, kini, Air Asia & Firefly terpaksa bersaing pada satu elemen yang sering kali saya tekankan- JENAMA! atau BRANDING!
- Air Asia melaungkan slogan “Now Everybody can Fly!”… manakala Firefly pula melaungkan “Your Community Airline!” erkk! in my opinion, Air Asia menang pada slogan… apa maksud “Your Community Airline”? 1 markah untuk air asia…
- Mesej yang di sampaikan oleh Firefly adalah “Why go so far? Fly from Subang… LCCT 68km, Terminal 3 0km”. Bravo atas mesej penjenamaan tersebut!
Firefly menggunakan kelemahan LCCT iaitu “JAUH” sebagai perbandingan dalam penjenamaan. Dalam kes ini, LCCT tak bleh bersaing kerana… nak buat camno? Tak boleh nak dekatkan dah LCCT tu…
- Iklan Firefly kini seakan-akan Air Asia… warna pun lebih kurang sama, font pun lebih kurang sama, offer pun lebih kurang sama… mengakibatkan sedikit confusion untuk mencapai pasaran Air Asia… hmmm… a bit risky.
Persaingan Air Asia & Firefly dapat memberi berbagai-bagai pengajaran kepada kita sebagai usahawan. Nasihat saya, perhatikan kedua-dua low cost airlines dan study strategi masing-masing! Banyak boleh dipelajari…
Tip hari ini: Strategi bersaing yang amat hebat yang dilakukan oleh kedua-dua airlines ini adalah- bersaing pada sesuatu yang pesaing tidak boleh lawan. Contoh: Firefly menekankan lokasi yang dekat… pastinya Air Asia tidak boleh lawan pada lokasi. Juga, jangan bersaing pada harga… kerana sampai satu point, anda dan juga pesaing tidak akan mendapat keuntungan yang baik
ps: nak lagi interesting, Idris Jala patut pakai cap Firefly macam Tony pakai cap Air Asia… lagi hebat persaingan!
pps: Saya sokong yang mana- Air Asia or Firefly? Saya sokong airlines yang mana sponsor flight saya! ha ha… (hint to Tony)
Pendapat Anda? [35] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Perlu diversify atau perlu niche?Air Asia vs MASPerniagaan Internet Malaysia, Asia dan seDuniaIntegration Marketing - Mengambil peluang trafik yang sedia ada
Fri 27 Mar 2009
Suka saya umumkan tak lama lagi… sedikit teaser…
Sedikit info…
- Program 2 hari yang akan dikendalikan oleh 2 Mentor jutawan… siapa agaknya?
- Mendedahkan strategi perniagaan bagaimana untuk mendapat pulangan HEBAT ketika ekonomi GAWAT
- Khas untuk usahawan-usahawan ketika ekonomi merundum
- Bukan seminar perniagaan Internet (kalau nak seminar perniagaan Internet, klik di sini!)
- Khas ketika ekonomi down, yuran adalah amat rendah… RM500 untuk 2 hari?
- Juga akan ada program affiliate (best ni!)
Tunggu!
Have a great weekend!
Pendapat Anda? [29] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Seminar 2-Hari Bisnes Berapi: IK & Abang AbuProgram affiliate Bisnes Berapi- komisyen RM50Hi, my name is Sam, this is my card!Kalau anda menjalankan perniagaan SoHo (Small Office Home Office)…
Wed 25 Mar 2009
Podcast terbaru saya di BFM adalah mengenai program affiliate. Minggu depan insyaallah saya akan uploadkan pula terbaru iaitu “Internet Presence for the Service Industry”. Yang ni saya rasa best and banyak info untuk semua! Baru live siang tadi…:)
So, berikut podcast-podcast terkumpul saya di BFM!
Podcast 3: Affiliate Program - Irfan Khairi (15 min) 
Podcast 2: Starting an Internet Business - Irfan Khairi (25 min)
Podcast 1: The Importance of an Internet Presence - Irfan Khairi (20 min)
.
Minggu depan (Rabu) saya akan kongsikan tentang “Selling information online” pula…. Boleh dengar secara live di BFM 89.9FM (Lembah Klang only) jam 1 tengah hari.
ps: Kalau anda di KL mesti anda juga seperti saya selalu nampak iklan-iklan BFM di belakang teksi seperti “Break Faster, Macha!”, “Bribe Free Malaysian” & “Bodek Free Minutes”… very creative advertising!
pps: Saya akan terbang ke Kuching, Sarawak hujung minggu ini untuk mengendalikan talk perniagaan Internet (Sabtu) dan juga Workshop Mini Pelanggan Tanpa Had (Ahad) di Grand Margherita Hotel, Kuching. Sekiranya anda berminat untuk menyertai, klik di sini untuk maklumat penganjur.
Pendapat Anda? [10] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
IK Podcast @ BFM89.9fmIrfan Khairi on Selling Service On The Internet @ BFM89.9fmIrfan Khairi on Selling Information Online @ BFM89.9fmBersama Irfan Khairi @ WW Astro Awani
Mon 23 Mar 2009
Posted by Irfan Khairi under
Bincang-bincang[35] Comments
Walaupun saya sering cadangkan untuk seseorang itu lakukan apa yang mereka minat atau kepakaran masing-masing menjadi perniagaan, perlu diketahui juga, minat & kepakaran sahaja tidak mencukupi.
- Seseorang yang hebat menjahit, tidak semestinya akan hebat dalam perniagaan menjahit.
- Seseorang chef hebat tidak semestinya akan berjaya membangunkan perniagaan restauran
- Seorang yang hebat bermain piano tidak semestinya akan jadi usahawan piano hebat
Salah tanggap perkara di atas ni lah yang menyebabkan banyak perniagaan tidak berjaya. Jadi, apa sebenarnya yang penting?
Kali ni nak tanya pembaca setia Tip Satu Minit pula untuk jawapan
apa pendapat anda? Kongsikan di sini!
Pendapat Anda? [35] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Semua orang mempunyai idea hebatDapatkan pulangan yang tertinggiADA idea tetapi TIADA modalMemulakan perniagaan yang hebat
Sun 22 Mar 2009
Mengapa hanya terdapat 2% sahaja mereka yang berpendapatan tertinggi sahaja dalam industri masing-masing?
Jawapan: Kerana mereka yang top 2% ini sanggup melakukan perkara-perkara yang susah manakala selebihnya 98% hanya suka melakukan perkara-perkara yang mudah sahaja.
Sebagai contoh, usahawan-usahawan top 2% yang berjaya sanggup melakukan perkara-perkara yang dikira susah seperti melakukan promosi setiap hari, sering mencari contacts dan membuat network yang penting setiap minggu, dan melakukan perancangan dan strategi yang produktif perniagaan baru setiap bulan.
Manakala mereka yang bottom 98% pula hanya suka melakukan perkara-perkara mudah seperti tidak melakukan promosi, tidak menghadiri majlis-majlis network kerana tiada masa, dan hanya menjalankan strategi yang sama dalam perniagaan seperti 2-3 tahun yang lepas (tidak ubah).
Bagi mereka yang top 2%, kerja-kerja tersebut memang susah. Tetapi mereka lakukan juga.
Bagi mereka yang bottom 98%, mereka tak sanggup melakukannya.
Apa kata lepas ni, kita senaraikan perkara-perkara yang susah yang sebelum ini kita sering abaikan. Dan, kemudian… lakukannya juga!
Pendapat Anda? [33] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Mengurus masa… yang mana hendak didulukan?Kerja atau Karier?Rakaman album di KRU Music GroupMeja kemas, semua pantas!
Thu 19 Mar 2009
Posted by Irfan Khairi under
Highlight![31] Comments
Hari ni saya nak kongsikan majalah terbaru yang kini saya antara kolumnisnya- Majalah SOLUSI. Antara penulis-penulis lain juga terlibat termasuk: Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah, Ustaz Zahazan Mohamed, Irfan Khairi (Jutawan Internet), Ustaz Zaharuddin, Haji Muhammad Zakaria dan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (dari saifulislam.com) adalah antara nama-nama yang tidak asing dalam dunia motivasi dan keagamaan.
Oleh: Telaga Biru Sdn Bhd
Dengan segala kepincangan serta bencana moral yang berlaku di negara kita pada hari ini, jelaslah bahawa umat Islam bukan sahaja perlu meningkatkan ilmu dalam bidang fardu ain dan kifayah, tetapi turut berlatih untuk memajukan minda serta sentiasa termotivasi untuk mengelakkan diri dari segala gejala buruk yang berlaku di sekeliling mereka. Ini kerana, hanya dengan pengetahuan serta motivasi yang tinggi sahajalah yang dapat membantu anggota masyarakat untuk mengenalpasti baik-buruk sesuatu perkara seterusnya mengelakkan perkara tersebut dari terjadi kepada diri mereka.
Melihat peri pentingnya elemen-elemen ini dalam memantapkan kehidupan seorang Muslim, Telaga Biru Sdn. Bhd. telah menerbitkan sebuah majalah Islamik kontemporari yang sangat unik, khas buat mereka tercari-cari sebuah wadah bagi mempertingkatkan jati diri seorang Muslim.
Isu perdana majalah bertajuk SOLUSI ini sudah berada di pasaran bermula dari 1 Ogos 2008. Ia difahamkan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pihak pembaca. Antara faktor penarik majalah ini ialah fokus utamanya iaitu fardu ain dan motivasi menjadikan skop perbincangan setiap isu serta isi kandungannya menjadi sangat luas dan menarik untuk diperdebatkan. Antara topik yang dibincangkan setiap bulan ialah tauhid, fiqah, perniagaan (muamalat), perkahwinan (munakahat), tafsir al-Quran, kekeluargaan, isu remaja, seks, dan pelbagai lagi…. (…klik disini untuk membaca lanjut!)
ps: bagi anda yang sering memberi sokongan kepada saya, dapatkan majalah solusi di kedai2 ok
Memang banyak info-info menarik…
pps: Saya akan terbang ke Kota Bharu, Kelantan esok untuk menjalankan Workshop Jutawan Internet. Bagi yang di pantai timur dan ingin menyertai, layari http://www.rahsiainternet.com/workshop-kb
(more…)
Pendapat Anda? [31] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Salah siapa?Kitar hidup produk 2 tahunPeluang sekali seumur hidupSkill yang akan mengubahkan hidup anda - Public Speaking!
Tue 17 Mar 2009
Sering kali, ramai antara kita selalu mempunyai idea hebat. Silap-silap, semua orang pernah mempunyai idea yang hebat bermain di fikiran. Idea tersebut, mungkin dalam bentuk menciptakan sesuatu, menghasilkan sesuatu atau berniaga sesuatu.
Semua orang mempunyai idea hebat yang kadang kala berlegar difikiran yang mungkin boleh membuatnya kaya & juga terkenal.
Tetapi, kesilapan yang paling besar adalah, kita abaikan idea tersebut oleh kerana… idea itu datang daripada kita sendiri!
Kita sering melihat dan menganggap orang lain yang mendapat idea, dan mengimplementasikan idea tersebut adalah hebat dan lebih bijak dari kita. Bila tibanya kita sendiri mendapat idea, kita rasa kita ni kurang bijak… dan kurang hebat.
Pemikiran begitu adalah salah!
Lihat sahaja idea-idea perniagaan di sekeliling anda. Kebanyakannya bukanlah hasil daripada orang yang hebat & bijak. Tetapi, dihasilkan oleh mereka yang percayakan idea masing-masing dan mengambil langkah untuk mereliasasikan idea tersebut
ps: kan dah banyak kali kata… IK pun bukan hebat & pandai. Tetapi, sekadar mengimplementasikan segala idea yang saya ada
pps: Sekiranya anda mempunyai idea untuk memulakan perniagaan Internet, Sabtu ini 21hb saya akan berada di KB, Kelantan untuk mengendalikan Workshop Jutawan Internet. Klik di sini untuk maklumat lanjut. Workshop di KL pula akan diadakan bulan depan pada 11hb April. Klik di sini untuk maklumat workshop.
Pendapat Anda? [29] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
ADA idea tetapi TIADA modalKongsi idea dan bebaskannyaPassion is more important than brains & talentIdea hebat ketika cuti…
Sat 14 Mar 2009
Minggu lepas saya ada letakkan Podcast saya di Tip Satu Minit, tapi tah kenapa, dapat ramai orang kata sejak masukkan podcast tu di blog, ramai tak dapat access blog ni… so, saya dah keluarkan Podcast tersebut sementara cari, apa masalahnya…
Sementara itu, untuk mendengar podcast saya di BFM, yang kini dah ada 2 siri, boleh dengar secara terus di laman web BFM. Di bawah saya sertakan linknya untuk Siri 1 dan juga Siri 2
Enjoy!
Podcast 1: The Importance of an Internet Presence - Irfan Khairi (20 min)
Podcast 2: Starting an Internet Business - Irfan Khairi (25 min) 
.
Minggu depan (Rabu) saya akan kongsikan tentang program Affiliate pula. Boleh dengar secara live di BFM 89.9FM (Lembah Klang only) jam 1 tengah hari.
Pendapat Anda? [13] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Irfan Khairi on Selling Service On The Internet @ BFM89.9fmIrfan Khairi on Selling Information Online @ BFM89.9fmPodcast: Irfan Khairi @ BFM89.9Imbasan 2009… hello 2010!
Thu 12 Mar 2009
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[20] Comments
Adakalanya dalam menjalankan perniagaan, anda menghadapi sesuatu krisis. Apa yang anda perlu lakukan?
Berhenti sejenak dan fikirkan mengenai mesej yang tersirat dalam krisis tersebut.
Dalam perniagaan (atau kehidupan harian), krisis merupakan satu petanda bahawa sesuatu yang dilakukan adalah salah/tidak betul. Sekiranya anda lakukan perkara yang sama sahaja, maka ia akan menjadi semakin teruk. Oleh itu, berfikir sejenak, apakah perubahan yang perlu anda lakukan dalam perniagaan anda?
Boleh dilihat dalam sejarah perniagaan, banyak perniagaan mengambil kesempatan sesuatu krisis untuk melakukan perubahan. Donald Trump pernah berhutang USD1billion satu masa dahulu, dan menganggapnya sebagai satu “turning point” untuk mengubahkan perniagaannya. Malaysian Airlines juga, pernah menggunakan krisis untuk mengubahkan strateginya dan mengubahkan kerugian kepada keuntungan. Bagi perniagaan-perniagaan kecil juga, perlu mencontohi keadaan ini.
Sekiranya perniagaan anda mengalami sesuati krisis, ia adalah petanda sesuatu perubahan perlu dilakukan!
ps: Sekiranya anda ingin pelajari cara memulakan perniagaan Internet dari rumah, saya akan berada di Puteri Pacific Johor Bahru Sabtu ini (14hb) untuk mengendalikan Workshop Jutawan Internet. Sekiranya berminat, klik di sini untuk keterangan lanjut.
Pendapat Anda? [20] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Waktu terbaik untuk melabur pada hartanahPerubahan musim dalam perniagaan10 orang terkaya Malaysia rugi berbillionBerubah dalam perniagaan
Sun 8 Mar 2009
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[23] Comments
Fikirkan dan “demand” yang terbaik untuk diri kita. Yakin bahawa kita mempunyai potensi yang amat luar biasa dan kita boleh berjaya dalam apa sahaja kita lakukan sekiranya kita letakkan fokus kita sepenuh hati kepada perkara tersebut.
Bayangkan juga masa depan kita hanya dihadkan oleh imiginasi kita dan apa sahaja pencapaian kita sehingga hari ini hanyalah sebahagian kecil daripada apa yang sebenarnya boleh kita capai.
Fikirkan bahawa waktu-waktu terbaik kita akan datang tidak lama lagi dan apa sahaja yang telah kita lalui sebelum ini adalah satu persiapan untuk mencapai sesuatu yang lebih hebat di masa hadapan!
Sering ingatkan dan fikirkan perkara ini, dan potensi yang amat hebat akan dapat dicungkil dari diri kita!
* Pesanan favourite saya dari pakar pembangunan diri, Brian Tracy
Pendapat Anda? [23] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Idea dari negara luar… dibawa ke MalaysiaOutsider’s Edge - kejayaan mereka yang tersisihBila pergi holiday, bawa balik idea perniagaanMentor Jutawan: Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah
Tue 3 Mar 2009
Posted by Irfan Khairi under
Highlight! ,
REALITY![28] Comments
Posting REALITY kali ini, saya nak updatekan pembaca blog saya aktiviti-aktiviti saya bulan ni…
Isnin 2/3/2009 (semalam)
Saya berada di KLfm pada jam 12 tengah hari untuk sesi temubual personaliti bersama DJ Julia… was a good & fun interview di mana saya siap buat pengakuan terbuka saya minat KRU on air! Adoi… tak rock la…
Rabu 4/3/2009
Pertama kali saya akan mengendalikan program radio terbaru “Business Toolkit: Internet Business” di BFM 89.9fm (The Business Station). Program ini saya akan kongsikan cara memulakan perniagaan Internet dan tip-tip/strategi menjayakan sesuatu perniagaan Internet. Jangan lepaskan program ini setiap minggu!
Tak sabar untuk esok sebenarnya… dan ada sedikit nervous kerana first time mengendalikan rancangan 100% in English.
Khamis 5/3/2009 (pagi)
Segmen mingguan saya di WW, Astro Awani “Bersama Irfan Khairi”. Kali ini episod terakhir WW, kerana lepas ni Astro Awani akan ada morning talk-show pula. Insyaallah saya akan terlibat juga, tapi belum confirm. Jadi, untuk Khamis ni, special sikit kerana saya akan ceritakan tentang perniagaan Internet dari jam 10.30am-11.00am. Last saya di WW sejak setahun lebih
Khamis 5/3/2009 (tengah hari)
Saya mengendalikan segmen mingguan saya program “Yo!” di Radio24 93.9fm. Bagi anda yang sering ikuti saya di Facebook pasti tahu saya telah mengendalikan program ini selama 1 bulan dah ni. Program “Yo!” fokus kepada remaja & belia-belia untuk berbincang secara santai mengenai kaedah-kaedah buat duit. Topik daripada kumpul duit untuk kahwin, sampai la topik berhutang
Ikuti “Yo!” setiap minggu pada hari Khamis jam 1 tengah hari.
Khamis 5/3/2009 (malam)
Oh ya… Khamis malam jam 10.00pm temui saya di TV9 dalam rancangan LIVE “Semanis Kurma”. bagi peminat-peminat Ustazah Norbahyah, pastinya tahu tentang program ini. Program bicara santai bersama Ustazah Siti Norbahyah dan suaminya Ustaz Wan Akashah. Khamis ini, saya sebagai tetamu undangan… hmm… agak-agaknya apa topiknya kali ini???
Sabtu 7/3/2009 Saya akan mengendalikan seminar Workshop Jutawan Internet di Kuala Lumpur!
Sabtu 14/3/2009 Saya akan mengendalikan seminar Workshop Jutawan Internet di Johor Bahru!
Sabtu 21/3/2009 Saya akan mengendalikan seminar Workshop Jutawan Internet di Kota Bharu!
Sabtu 28/3/2009 Saya akan mengendalikan seminar Pelanggan tanpa Had di Kuching! (Hubungi En Syuaib di 019-8466502)
Pada hujung bulan ini…
Juga buku terbaru saya “RahsiaInternet: Soal Jawab” akan berada di pasaran. Buku ini memuatkan soalan dan jawapan terkumpul yang telah saya terima melalui bengkel dan seminar perniagaan Internet saya di serata Malaysia sejak tahun 2005 lagi. Buku ini akan berada di kedai-kedai buku utama di seluruh Malaysia.
Time table saya memang padat (yang di atas pun hanya ringkasan!
) tak termasuk jemputan-jemputan talk yang lain… tetapi, yang penting kita enjoy apa yang kita lakukan. Jadual padat camne pun, kalau kita enjoy & have fun, semua rasanya mudah kan?
ps: Oh ya… ada sesiapa sempat menonton saya di TV9 minggu lepas dalam program “Apa ke halnya?” bersama Mr Os & Shamsul Ghau Ghau? That was fun… sapa tak sempat, melepas la melihat teman cakap loghat Perok. Teman oghang kuale… kome tak tau? Insyaallah bila dapat copy nanti saya akan letakkan di YouTube!
Pendapat Anda? [28] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Aktiviti IKSB bulan ini: Sidang Media Impian, Terhangat & WorkshopIK sedang menulis!Katakan tidak!Kerja-kerja amal… pulangan berbagai bentuk!