April 2009
Monthly Archive
Wed 29 Apr 2009
Lama pulak tak update Tip Satu Mini minggu ni! Terlalu sibuk… ish. So, saya “back date” kan entry ni… kiranya tip saya hutang minggu ini lah ok?
Kali ini rakaman seterusnya podcast saya di BFM89.9fm, mengenai “Promoting Your Service on The Internet”
Kiranya secara keseluruhan dah 1 jam 20 minit dah podcast saya. Rugi bagi siapa tak ikuti… ilmu free ni 
Semoga anda mendapat manfaat!
Podcast 5: Selling Your Service on The Internet - Irfan Khairi (22 min) 
Podcast 4: Selling Information Online - Irfan Khairi (16 min)
Podcast 3: Affiliate Program - Irfan Khairi (15 min)
Podcast 2: Starting an Internet Business - Irfan Khairi (25 min)
Podcast 1: The Importance of an Internet Presence - Irfan Khairi (20 min)
Bulan May ini saya akan kendalikan 3 Workshop Jutawan Internet di 3 lokasi iaitu KL (2/4), Kota Kinabalu (16/4) dan Kuching (23/4). “Pelajari Cara memulakan perniagaan Internet dari Rumah dalam Masa 7 Hari” di Workshop Jutawan Internet. Bagi yang berminat lawati http://www.rahsiainternet.com untuk keterangan lanjut dan pendaftaran.
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [5] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Irfan Khairi on Selling Information Online @ BFM89.9fmPodcast: Irfan Khairi @ BFM89.9IK Podcast @ BFM89.9fmMinggu MLM: Hard sell vs Soft sell
Mon 27 Apr 2009
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[23] Comments
Tip lepas untuk menambahkan keuntungan adalah dengan cara menambahkan pasaran. Bila kita tambahkan pasaran ke market yang baru, maka, jumlah prospek pun bertambah. Prospek bertambah = pelanggan bertambah = keuntungan bertambah.
Tapi, satu lagi perkara yang patut kita lakukan dalam waktu yang sama juga adalah tambahkan conversion rate pelanggan kita.
Conversion rate bermaksud nisbah prospek yang menjadi pembeli. Contohnya, kalau perniagaan Internet, dalam 100 pelawat, berapa yang membeli? Mungkin sorang membeli. maka, nisbahnya adalah 100:1
Kalau perniagaan konvensional, mungkin di kira daripada jumlah orang yang masuk kedai anda. Katalah anda mempunyai SPA. Sehari, 50 prospek masuk ke SPA anda dan bertanyakan perkhidmatan anda. Daripada 50 tu, berapa yang membeli perkhidmatan anda? Mungkin 10… maka, nisbahnya adalah 5:1
Sekiranya anda menjalankan perniagaan insurans, berapa ramai yang mendaftar untuk insurans anda bagi setiap prospek yang anda jumpa sehari? Kata lah anda jumpa 5 prospek sehari. Dan yang mendaftar adalah 2 orang. Maka, nisbah adalah 5:2.
Langkah #1
Ketahui conversion rate atau nisbah prospek:pelanggan untuk perniagaan anda. Ini adalah penting supaya kita tahu sama ada perniagaan kita efektif atau tidak. Contoh seperti 100:1, 5:1 dan 5:2 diatas.
Langkah #2
Tingkatkan conversion rate, iaitu daripada 100 pelawat laman web, boleh tak dapatkan 4 pelanggan? Daripada 5 prospek yang masuk kedai anda, boleh tak ubahkan 3 menjadi pelanggan? Daripada 5 prospek yang anda jumpa, boleh tak ubahkan 3 mendaftar.
Jadi, mengikut contoh di atas, nisbah prospek:pembeli menjadi 100:3, 5:3 dan 5:2.
Bila kita berjaya tingkatkan conversion rate, maka, kita akan mendapat untung yang lebih pada jumlah pelanggan yang sama. Dengan hanya menambah conversion rate, keuntungan pun bertambah.
Cara menambahkan conversion rate? Fokus kepada:
- Pastikan sasaran adalah bertepatan
- Menambahkan nilai dan manfaat produk & perkhidmatan anda
- Memperbaiki cara anda menutup jualan/memujuk pelanggan
ps: Workshop Jutawan Internet yang paling hampir akan diadakan di Kuala Lumpur pada Sabtu ini 2hb May 2009. Sekiranya berminat mempelajari cara memulakan perniagaan Internet dari rumah dalam masa 7 hari, sertai kami di http://www.rahsiainternet.com/workshop
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [23] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Beri jaminan @ guaranteeUp selling = menambahkan LAGI keuntungan andaMatlamat yang realistikMenambahkan pelanggan perkhidmatan anda
Fri 24 Apr 2009
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[24] Comments
Semalam di Radio24 saya kongsikan 3 cara menambahkan keuntungan. Untuk 3 hari ni, saya akan kongsikan ketiga-tiganya… hari ni kita mulakan tip#1, iaitu Mencari pasaran baru
Dalam perniagaan, kita mesti selalu menambahkan prospek kita. Salah satu kaedahnya adalah dengan mencari pasaran baru untuk produk atau perkhidmatan kita yang sedia ada.
Sekiranya anda dapati produk dan perkhidmatan anda kini berjaya di sesuatu pasaran, apa kata kembangkan pasaran tersebut. Bukan mencari pasaran yang segalanya berbeza… tetapi…
Cari demografi yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti pasaran yang berjaya itu, tapi, mungkin di tempat lain.
Contoh kes study:
Sejak 2005, Workshop Jutawan Internet mendapat sambutan hangat di Kuala Lumpur… sampai sekitar 2007 tak silap baru Workshop dijalankan di luar KL. Itu pun setahun 2-3 kali. Masuk 2009, sebulan 2-3 kali pula Workshop di jalankan di luar KL.
Pada bulan depan May, kami akan menjalankan workshop di Kuala Lumpur, Kuching dan juga Kota Kinabalu. Jadi, mereka yang berada di Sabah & Sarawak juga berpeluang menyertai workshop perniagaan Internet ini.
Workshop Jutawan Internet menggunakan tip hari ini, iaitu mencari pasaran baru.
Tak kira apa pun perniagaan anda, anda perlu mencari lebih ramai prospek di pasaran-pasaran baru untuk berkembang. Kalau menjual nasi lemak, sebelum ini di pejabat-pejabat… apa kata anda dapatkan pasaran baru di Kilang. Kalau ada kedai dobi sebelum ini hanya mendapat pasaran pelajar-pelajar universiti, apa kata, approach juga pasaran profesional yang takde masa nak cuci baju. Kalau ada perkhidmatan catering yang selama ni membuat catering majlis perkahwinan di KL sahaja, buka satu lagi cawangan di JB.
Dalam kata yang lain, untuk mencari pasaran baru, tanya pada diri anda sendiri, bagaimana perniagaan anda boleh membuka cawangan lain? (cawangan perniagaan! jangan fikir cawangan lain lak…:))
ps: Bagi yang berada di Sabah / Sarawak, pendaftaran untuk Workshop Jutawan Internet kini telah di buka. Layari http://www.rahsiainternet.com untuk maklumat lanjut dan pendaftaran. Sabah: 16/5/2009 dan Sarawak: 23/5/2009
Esok lusa saya akan tuliskan Menambahkan keuntungan #2 pula…
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [24] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Menambahkan keuntungan #2: Menambahkan conversion ratePANAS & SEJUK dalam setahunPerniagaan produk dan perkhidmatan ciptaan baru5 Tip perniagaan 2009 (ketika ekonomi down)
Tue 21 Apr 2009
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[29] Comments
Nak dibuatkan cerita, printer kat rumah saya ni rosak… so, saya pergi ke kedai komputer untuk beli printer. Sebab selalu print documents sahaja, so, beli yang murah je…
Belek punya belek, last-last, decide beli printer ni HP2560 harga RM118…
Dah beli printer, kena la beli katrij kaler & hitam putih. kalau tak, nak print macam mana… So, perlu beli katrij yang ni…
Harga katrij? RM120 untuk warna & hitam/putih….
Aik? Printer RM118… Katrij untuk print RM120? Lagi mahal katrij dari printer! pandai betul HP… macam batu cincin
Anyway… keadaan ini adalah salah satu strategi perniagaan juga.
Maksudnya, pihak HP tidak cuma mengira keuntungan pada jualan pertama, iaitu printer sahaja. Tetapi, pihak HP telah mengira keuntungan jangka masa panjang- katrij-katrijnya. Dengan memberi produk pertama pada harga murah, mereka dapat menarik lagi ramai pembeli dan keuntungan dijangka akan terima dalam jangka masa panjang.
Sebagai contoh, kata la saya gunakan printer ini selama 3 tahun. Setiap bulan (untuk memudahkan pengiraan) saya perlu ganti kedua katrij. Oleh itu, selama 3 tahun, harga katrij sahaja adalah RM4320 (RM120 x 36bulan). Tambah harga printer (RM118), jumlah jualan keseluruhan jangka hayat printer ni adalah RM4438
So… kiranya not bad lah jualan RM4438 untuk HP. Bukan setakat RM118 harga printer sahaja!
Cuba anda fikirkan perniagaan lain yang menggunakan strategi ini? Bolehkah anda menggunakan strategi ini untuk menggandakan keuntungan perniagaan anda?
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [29] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Beri pilihan… murah & mahalAir Asia vs MASMenetapkan hargaSegan letak harga!
Fri 17 Apr 2009
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan ,
SoHo[22] Comments
Semalam saya berada di Radio24 93.9fm berkongsikan mengenai tip-tip menjalankan perniagaan dari rumah (tak semestinya perniagaan Internet sahaja). Sempat juga Abang Abu join on air secara telefon berkongsi bersama. Berikut adalah antara tip-tip yang dikongsikan bagi yang terlepas
Kalau anda menjalankan perniagaan SoHo…
Jangan curi keuntungan perniagaan anda. maksudnya, untung dari perniagaan, elok-elok dikira sebagai “untung perniagaan” bukan masuk dalam poket anda dan membeli belah. Anda sebagai usahawan perlu ibaratkan mengambil “gaji tetap” dari perniagaan tersebut. Bukan untung extra, belanja extra…
Laburkan kembali keuntungan perniagaan untuk mengembangkan lagi perniagaan, promosi, menambah prospek, menambah kredibiliti dan sebagainya. Keuntungan perniagaan, adalah milik perniagaan… jangan dicuri!
Kalau anda menjalankan perniagaan SoHo…
Perlu mempunyai disiplin. Anggap perniagaan dari rumah seperti bekerja 9-5. Perlu mempunyai disiplin. Bila kerja dari rumah, memang katil dekat, TV dekat, DVD dekat, dapur dekat… semuanya dekat sampai mengujakan kita untuk relax. Nasihat saya… perlu mempunyai jadual seperti jadual di sekolah dulu. Waktu sekian-sekian… untuk melakukan sekian kerja…
Kalau menjalankan perniagaan SoHo…
Perlu mempunyai fokus. Jangan lakukan banyak perkara serentak. Sememangnya kerja dari rumah memberi kita masa & fleksibiliti. Ini pun akan menguja kita untuk mencuba berbagai-bagai perkara… berbagai bagai bisnes serentak.
Fokus kepada perniagaan kita yang satu supaya dapat membina kredibiliti dan kepakaran dalam satu bidang itu. Mat Salleh kata, don’t be jack of all trades and master of none. Fokus-fokus & fokus. Tumpukan usaha, tenaga dan juga modal kita pada satu perniagaan sehingga berjaya.
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [22] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
SoHo: Small office / Home office5 Tip perniagaan 2009 (ketika ekonomi down)SoHo: IK di KosmoSoHo: Rahsia Fokus - efficiency curve
Wed 15 Apr 2009
Setiap minggu pada hari Rabu pukul 1 tengah hari, saya menjadi tetamu BFM (Business FM) dalam siri Toolkit: Internet marketing. Bagi anda yang selalu terlepas rancangan ini, berikut adalah podcast terbaru saya di BFM89.9fm, mengenai “Selling Information Online”
Semoga anda mendapat manfaat!
Podcast 4: Selling Information Online - Irfan Khairi (16 min) 
Podcast 3: Affiliate Program - Irfan Khairi (15 min)
Podcast 2: Starting an Internet Business - Irfan Khairi (25 min)
Podcast 1: The Importance of an Internet Presence - Irfan Khairi (20 min)
.
Coming soon: Selling your services on the Internet!
Bagi anda yang ingin mempelajari cara memulakan perniagaan Internet dengan lebih mendalam, boleh sertai Workshop Jutawan Internet yang akan diadakan di Kuala Lumpur 2/5/09, Johor Bahru 9/5/09 dan Kota Kinabalu 16/5/2009. Klik di sini untuk maklumat lanjut & pendaftaran secara online
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [11] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Irfan Khairi on Selling Service On The Internet @ BFM89.9fmPodcast: Irfan Khairi @ BFM89.9IK Podcast @ BFM89.9fmYoung, Internet-Savvy and rich
Thu 9 Apr 2009
Laman web yang canggih manggih does not work. Sekiranya anda mempunyai laman web perniagaan Internet, permudahkan segala-galanya.
- permudahkan pelawat mendapat info
- permudahkan pelawat membuat belian
- permudahkan pelawat menghubungi
- permudahkan pelawat mencari jawapan kepada soalan mereka
- permudahkan apa sahaja…
Keep it simple!
Ramai yang fikir, lagi canggih manggih laman web, lagi hebat pulangannya. Tetapi, di Internet, ianya tidak benar. Keep it simple. Sesuatu yang simple/straight forward itulah yang lebih berkesan di Internet.
Tahukah anda pada tahun 2001, search engine paling hebat adalah Yahoo dengan 60% pengguna Internet menggunakannya. Dan Google pula pada masa itu hanya mencapai 14% pengguna Internet? (Ketika itu Google.com di tempat yang ke-8 search engine popular di bawah Yahoo, MSN, AOL, Lycos, Infoseek, Netscape & Excite)
Fast-forward 8 tahun kemudian pada hari ini, Google telah mengambil alih sebagai enjin pencari paling popular dengan lebih 60% pengguna Internet menggunakannya manakala Yahoo pula nombor-2. kebanyakan nama-nama search engine yang lain sudah tidak lagi kelihatan.
Sebabnya? Google MEMUDAHKAN carian. Google kept it simple!
ps: Workshop Jutawan Internet paling dekat akan diadakan di KL pada hari Sabtu ini, 11hb April. Klik di sini untuk maklumat lanjut. Bulan hadapan, kami akan jelajah ke KL, JB & KK, Sabah pula. So… tunggu!
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [36] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Permudahkan… simplify!Perniagaan Internet dan Strategi Laman MiniPerniagaan Internet dipecah kecilHits - kesilapan dalam mengira pelawat
Tue 7 Apr 2009
Fikirkan perniagaan 24jam sehari pun tak boleh juga
Ada kalanya kita perlu berhenti sebentar dan fikirkan juga mereka-mereka yang dalam kesusahan. Seperti mereka yang tertindas dan tertekan di Gaza.
So, hari ni, apa kata kita hayati Voices of Gaza oleh Razzi.muz.ik (lagu terbaru), ciptaan lagu & lirik oleh saya sendiri…
Lagu:
Voices of Gaza (Voices in You)
Oleh:
Razzi.muz.ik
Vokal:
Razzi Rahman (power!
)
Ciptaan & lirik:
IK
Minta anda tinggalkan juga komen di YouTube serta beri rating 5 bintang kepada klip Voices of Gaza sebagai tanda sokongan
ps: First time saya cipta lagu pula kali ini… jangan makan hati M Nasir…
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [20] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
IK di ranking #3. Tetapi bukan dalam perniagaan!Selamanya Reaching Higher! Razzi.muz.ikKisah RAZZI.MUZ.IK Part 3: Launching!IK’s Apprentice Coaching
Fri 3 Apr 2009
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[31] Comments
Bukan saya nak minta tolong anda, cuma nak beri tip bagaimana sekiranya anda ingin meminta bantuan orang
Sekiranya anda ingin meminta bantuan orang lain untuk melakukan sesuatu, caranya bukanlah dengan menyuruh mereka untuk lakukannya. Tetapi, menurutpakar psikologi, Les Giblin, caranya adalah…
Dengan meminta bantuan mereka untuk fikirkan bagaimana hendak melakukan sesuatu itu
Menurut Giblin, dengan bertanya idea daripada mereka, mereka akan rasa dihargai dari segi minda (untuk fikir) dan juga usaha (untuk melakukan sesuatu). Mereka akan rasa lebih bermotivasi untuk menggunakan kepintaran mereka. Quote daripada Winston Churchill juga berbunyi:
Let a person know you think they can do something, and they will!
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [31] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Anda hanya perlu mintaLakukan sesuatu yang baru… hari iniHangat-hangat tahi ayam..Tip untuk mendapat network berkualiti