May 2009


gates.jpgDalam perniagaan, ada kalanya kita perlu melakukan presentation. Tak kira, presentation proposal, atau melakukan sedikit “talk” atau ceramah, mendapatkan sponsor, atau apa sahaja. Skil presentation adalah penting dalam perniagaan.

Lihat sahaja Donald Trump, Bill Gates, Anita Roddick, Steve Jobs, Oprah Winfrey… semua ikon perniagaan yang turut hebat dalam skill komunikasi & presentation… mungkin juga sebaliknya, mereka hebat dalam skil presentation dan akibatnya perniagaan menjadi hebat.

Skil komunikasi/presentation adalah penting dalam mengembangkan lagi perniagaan kita. Berikut adalah beberapa tips:

Start with a BANG!

Mula dengan sesuatu yang mengejutkan… atau membuat pendengar anda teruja. tak semestinya mula dengan lawak. Sekiranya anda bukan jenis yang suka melawak, tak perlu pun takpe. Tetapi, mulakan sesuatu yang boleh menarik perhatian pendengar anda. Sekiranya anda membuat presentation untuk mendapatkan derma bagi mereka yang kurang bernasib baik, apa kata mulakan dengan slides gambar-gambar orang2 yang kurang bernasib baik dalam keadaan yang menyedihkan.

Kemudian tanya… “Bayangkan ibu bapa dan adik beradik anda dalam keadaan ini…”. Pastinya dapat menangkap perhatian audience pada minit yang pertama.

Keep it short

Ini kesilapan yang selalu saya lihat bagi mereka yang masih lagi baru dalam bidang membuat presentation. Terlalu banyak yang ingin disampaikan. Contoh, masa yang diberikan 10 minit, dalam masa itu, 20 point ingin disampaikan. Ataupun, sering kali juga, membuat presentation dan memakan masa yang lama. Saya pasti anda sendiri pernah mengalami ini, duduk di dewan dan mendengar presentation yang lama (dan agak membosankan) kerana speaker tersebut hendak menyampaikan seluruh mesej!

Keep it short. Bagi anda yang pernah melihat saya melakukan talk pendek atau jadi tetamu jemputan membuat talk, pastinya perasan sering kali saya hanya cakap untuk 10-15 minit sahaja. Ada kalanya saya bercakap 5 minit sahaja dan hanya menyampaikan 2-3 point penting. Make your audience want more… dari pada mengharapkan anda cepat habis bercakap! Keeping it short bererti anda tidak menyampaikan terlalu banyak point serta tidak memakan masa yang lama.

Relate with them

Manusia mempunyai tarikan emosi. Manusia akan tertarik dengan manusia yang “lebih kurang” sepertinya. Tentukan audience anda dan cuba dapatkan sesuatu yang boleh anda kaitkan dengan audien. Contoh, sekiranya anda bercakap dihadapan golongan koporat, pastikan pakaian anda juga seperti koprat dan beri contoh pengalaman berkaitan dengan industri koprat. Sekiranya anda bercakap dengan golongan suri rumah, masukkan elemen-elemen menjaga anak dan mengendalikan rumah dalam talk anda.

Dengan mempunyai persamaan dengan mereka yang anda bercakap, hubungan antara anda dan audience menjadi semakin rapat dan mereka dapat menerima anda dengan lebih mudah.

Survey ada mengatakan, public speaking adalah #1 perkara paling menakutkan untuk orang ramai. Masa saya dulu2 di sekolah & university, saya sendiri antara mereka yang takut hendak memberi public speaking. Tak berani! Tapi, sekarang, public speaking & presentation menjadi antara rutin karier saya :)

By the way… pernah tak anda lihat komunikasi saya pada 2005? Klik di sini untuk melihat… memalukan! Untuk perbandingan… saya letakkan yang 2008 punya juga. Klip 2008 menggunakan 3 tip yang saya kongsikan di atas- start with a bang, keep it short & relate to them- enjoy! :)

FREE TALK ASAS PERNIAGAAN INTERNET BERSAMA IK…

Hari Khamis 4hb ni, saya akan adakan free talk di Cititel, MidValley pada pukul 8.00 malam. Khas untuk anda ingin tahu mengenai perniagaan Internet. So, kalau anda free, and nak dengar talk saya mengenai asas perniagaan Internet untuk 1 jam, free je…

Juga, akan ada sedikit preview percuma workshop mini & workshop jutawan Internet. Also, for the first time, akan ada *sale* buku & produk RahsiaInternet.com. Up to 40% discount.

Sekiranya anda berminat untuk preview percuma ini dan ikuti talk saya, just email sales@rahsiainternet.com dengan nama & nombor handphone anda. Tajuk email, TALK PERCUMA DI CITITEL MIDVALLEY

Tempat terhad kepada 60 orang sahaja, so booking awal-awal. 20 peserta yang terawal akan terima sebuah buku  bernilai RM25. Buku betul, bukan ebook :) Jumpa di sana!

Pendapat Anda? [23] Comments

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Mencari idea dalam perniagaan
  • Mentor Jutawan: Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah
  • Diari saya minggu ini…
  • Irfan Khairi speaker pakar

  • Urgh… saya tahu, sesiapa sahaja yang mempunyai blog, pastinya adakalanya mengalami blues tak update blog :)

    Berminggu-minggu (ada yang berbulan!) berlalu tanpa update blog. Sounds familiar?

    Ada banyak sebab terjadinya blues tak update blog. Antaranya (yang selalu) sibuk, takde idea nak tulis apa, terlupa, menunda-nunda kan masa…

    Tak kira, apa sahaja sebab, memang tak dinafikan, blog adala media yang selalu perlu di update. Nama pun BLOG berasal usul dari perkataan Web Log. Kiranya macam online diary…

    Berikut beberapa tip bagi anda yang dah lama tak update blog, atau sering dilanda Blues tak update blog :)

    1. Tentukan hari menulis blog. Seperti saya sendiri, memilih Isnin, Rabu & Jumaat sebagai “Hari mesti menulis”. Walaupun sesuatu idea saya dapat hari Selasa, saya tetap tulis hari Rabu. Kalau ada sesuatu nak dikongsikan hari Khamis, saya tulis juga hari Jumaat.Dengan cara ini, kita dapat disiplinkan diri untuk menulis secara konsisten.
    2. Buka fikiran dengan perasaan “ingin berkongsi”. Dalam hidupan harian, kita akan melalui pelbagai pengalaman. Setiap kali melalui apa sahaja pengalaman, tanya pada diri sendiri, “bagaimana nak kongsikan pengalaman ini di blog?”Secara sedar dan sengaja, buka kan minda dan sering tanya pada diri sendiri setiap apa yang terjadi, anda ingin kongsikan manfaatnya dengan orang ramai.
    3. Bawa buku 555 ke mana sahaja. Ok… ok… saya tak lah bawak buku 555 yang kutip hutang tu. Tetapi, setiap kali saya dapat idea nak kongsikan sesuatu di blog, saya akan catatkan nota dalam ipod atau handphone saya.Catat nota in point form sahaja, tak perlu menulis seluruh entry. Tunggu hari-hari yang ditetapkan (Point 1), baru tulis seluruh entry di blog.
    4. Of course, ni sebenarnya tak perlu saya sebut. Bina blog yang membawa topik kegemaran anda. Tip Satu Minit ini lebih kepada tip-tip perniagaan & motivasi… yang menjadi minat saya dari dulu lagi. Update blog ini menjadi hobby yang menyeronokkan dan bukan kerja yang memenatkan.So, pilih topik yang besesuaian dengan anda untuk blog! Saya dah menulis di Tip Satu Minit ni sejak tahun 2006. Disebabkan minat, sehingga kini masih menulis tanpa jemu.

    Mudah-mudahan dengan tip-tip di atas, kurang sikit kita bersama mengalami blues tak update blog :)

    Pendapat Anda? [22] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Berapa kerap kita perlu menulis di blog
  • Pengumuman: Cara Promosi Versi 1.1 (baru)
  • IK zaman dolu-dolu…
  • Ebook 101 Cara Promosi dilancarkan!

  • Lumrah manusia melihat kepada kecantikan. Setuju?

    Sebab itu juga dalam perniagaan, segala persembahan kita mesti cantik. Dari logo, laman web, packaging, design, business card, cara pemakaian, keterampilan, semuanya kena cantik.

    apple.gifA lesson yang kita perlu ambil adalah daripada Syarikat Apple. Pernahkah anda memasuki kedai Apple/Mac? Semua produk keluaran Apple cantik-cantik belaka. Daripada sekecil-kecil iPod nano yang very sleek looking, iPod touch yang kelihatan seperti teknologi 10 tahun akan datang, siapa pernah lihat MacAir pasti jatuh cinta dengan laptop yang hanya beberapa milimiter tebal, desktop iMac juga boleh tahan. Pendek kata, Apple menggunakan “kecantikan” untuk menarik pelanggan! (pasti produk & functionality juga berkualiti tinggi)

    Tahukah anda Steve Jobs pengasas Apple juga mengasas PIXAR (syarikat animasi yang buat Cars, Toy Story, Monsters Inc, Inredibles dll). Pixar juga menggunakan strategy yang sama dalam mementingkan kecantikan.

    Dalam perniagaan anda juga, pastikan kesemua aspek design adalah cantik belaka, dan bukan ala kadar sahaja. Gunakan kecantikan untuk menarik emosi manusia.

    So, take a step back dan lihat semua aspek persembahan perniagaan anda dari bahan marketing hingga produk. Dan tanya…

    Cantik tak?

    ps: Workshop Jutawan Internet akan diadakan di Vistana Hotel, Kuala Lumpur pada hari Sabtu 30hb ini. Sekiranya anda ingin pelajari cara memulakan perniagaan Internet dari rumah, klik di sini untuk maklumat lanjut & pendaftaran. Atau hubungi Azran di 016-6966644 (waktu pejabat)

    Pendapat Anda? [16] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Menjadi personaliti perniagaan anda
  • Bagaimana hendak menjadi popular?
  • Francais… bagaimana hendak melakukannya?
  • Masalah harga rendah

  • Cuba kita jujur dengan diri kita. Di mana keadaan kita ketika ini? Ianya adalah salah kita.

    Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan kerja kita, ianya salah kita. Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan kewangan kita, ianya salah kita. Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan hidup kita, ianya salah kita. Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan perniagaan kita, tentunya ianya salah kita.

    Dalam apa sahaja yang terjadi, jawapannya tetap satu- di mana sahaja kita berada ketika ini, ianya salah kita.

    Sekiranya keadaan kewangan kita teruk, ertinya kita yang teruk dalam mengurus kewangan. Sekiranya pendapatan kita teruk, ertinya ilmu, skill dan kebolehan kita adalah teruk. Sekiranya perniagaan kita kini teruk, ertinya kita seorang usahawan yang teruk.

    Pahit, tetapi benar. Lain kali kita menghadapi apa sahaja masalah, siapa yang kita harus persalahkan? Orangnya ada di depan kita apabila melihat cermin.

    *extract daripada artikel saya akan datang majalah MASKULIN :)   Dapatkan majalah MASKULIN & SOLUSI di pasaran setiap bulan untuk kolum tulisan saya…

    Pendapat Anda? [21] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • The blind leading the blind
  • Membuat keputusan yang salah?
  • Angin yang sama kita layari
  • Siapa cepat, siapa lambat?

  • Penahkah anda dengar tentang “Rule of 5″?

    Kita semua tahu tentang 94% perniagaan (Internet dan juga bukan Internet) gagal kerana tidak melakukan promosi. Bagaimana kah kita hendak tauhu sama ada promosi kita mencukupi?

    Di sini lah timbulnya “The Rule of 5″. ia mengatakan bahawa pada setiap masa, sekurang-kurangnya anda mempunyai 5 cara promosi yang bergerak serentak. Itu lah dia nya Rule of 5.

    Contoh, pada satu waktu mungkin:

    1. Anda mengedarkan flyer
    2. Anda membuat pengiklanan di Internet
    3. Anda membuat free preview mengenai perkhidmatan anda
    4. Anda promosi melalui email (bukan spam!)
    5. Anda berjumpa prospek

    Cukup lima… itulah The Rule of 5. Lima kaedah promosi dilakukan serentak. Di atas contoh sahaja… terpulang kepada anda kaedah apa yang anda gunakan.

    Sekiranya anda melakukan perniagaan, dan lihat keuntungan tidak memberangsangkan… cermin kembali perniagaan anda. Adakah anda aplikasikan the Rule of 5? Kalau tidak… sendiri mau ingat! :)

    Juga ingat… the Rule of 5 adalah MINIMA. Kalau yang minima pun anda tidak lakukan… maka, jangan disalahkan perkara2 lain.

    Salahkan diri anda sebagai pemilik perniagaan. :)

    Pendapat Anda? [34] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Berapa peratus untuk promosi perniagaan?
  • Promosi dua bulan lepas, keputusan hari ini
  • Promosi mesej yang sama
  • Kebarangkalian berjaya dalam promosi…

  • Beberapa hari ni, IrfanKhairi.com melalui proses pemindahan ke web hosting lain- upgrade server. Alhamdulillah kini semua sudah settle.

    Akibatnya, beberapa hari lepas:

    • Saya tak dapat update blog Tip Satu Minit ni.
    • Beberapa comment sehari dua lepas hilang
    • Tak dapat login ke akaun affiliate Mentor Jutawan

    Sekarang dah OK, so IrfanKhairi.com akan berfungsi spt biasa…

    Sedikit perkongsian maklumat untuk hari ni:

    Kalau anda menjalankan perniagaan Internet, atau mempunyai blog atau laman web, ada kalanya anda perlu berpindah server. Server yang lebih baik untuk menampung kapasiti aktiviti laman web anda. Ini yang terjadi pada IrfanKhairi.com apabila webhosting lama (A) sudah tak larat nak menampung IrfanKhairi.com. So, saya berpindah ke webhosting (B) baru.

    Berikut adalah proses berpindah webhosting untuk pengetahuan anda…

    1. Webhosting syarikat A akan menghubungi anda untuk beri tahu mereka dah tak dapat menampung kapasiti laman anda. So, anda perlu cari webhosting lain. Saya pun mendapatkan webhosting syarikat B.
    2. Sering kali webhosting syarikat B akan membantu dalam proses pemindahan. Kerana mereka dapat ‘business’ :) . Anda juga boleh request perkhidmatan Web Host Migration ini.
    3. Syarikat B akan backup semua file dari syarikat A. Anda perlu beri username dan password anda kepada syarikat B. Mereka akan pindahkan semua file ke server baru (B).
    4. Take note, pemindahan file sahaja berlaku sehingga kini. Nama domain (IrfanKhairi.com) belum lagi pindah…
    5. Anda perlu pindahkan domain name (IrfanKhairi.com) supaya ditujukan ke webhosting B pula
    6. Untuk domain name pula, anda perlu mengubah NAMESERVER domain name dari A kepada B. Untuk mengubahkan nameserver, anda perlu login ke akaun domain name management anda (berbeza dengan akaun webhosting).
    7. Ubahkan nameserver kepada nameserver baru (di beri oleh syarikat B… kalau tak, anda perlu minta)

    Beri beberapa masa… dan viola! Proses pemindahan pun selesai :)

    *Sebenarnya, langkah 2 & 3 di atas boleh dilakukan oleh anda sendiri. Melainkan, sekiranya anda mempunyai pelbagai script/program/database atau tak ada masa melakukannya, minta perkhidmatan “Web host migration” ini dari webhost baru anda. Sering kali percuma… adakalanya mereka charge.

    Moga dapat membantu :)

    Pendapat Anda? [19] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Tip perniagaan Superman
  • Hits - kesilapan dalam mengira pelawat
  • Hari #2: Domain Name & Web Hosting
  • IK pindah rumah… SOHO baru, yea!

  • Berikut adalah antara tip-tip dalam menghasilkan logo untuk perniagaan anda:

    • Walaupun ramai memahami logo mempunyai “simbol” sering kali, logo berbentuk teks/tulisan lebih mudah diingati orang ramai. Contoh, Coca-Cola, Microsoft, Dell, Ebay, Yahoo, Amazon… perlu saya teruskan?
    • Pilih warna logo anda berbeza dengan warna yang digunakan oleh pesaing anda.
    • Gunakan font yang mudah dibaca dari jarak jauh, atau apabila logo anda dikecilkan
    • Pastikan warna logo anda digunakan secara konsisten di bahan-bahan promosi perniagaan anda
    • Logo yang efektif berteraskan segi empat atau bulat. Logo berteraskan tiga segi tidak efektif :)

    Kita perlu faham bahawa, logo, bukan sekadar imej sahaja. Logo yang efektif adalah apabila ia berjaya dikaitkan dengan jenama perniagaan, dan memberi kesan “emosi” kepada target market pengguna apabila melihat logo tersebut. Apabila mempunyai kesan “emosi”, pastinya logo tersebut lebih diingati.

    Contoh, tip logo saya lepas, terdapat beberapa logo yang memberi kesan emosi yang negatif. Seperti Carlsberg, Playboy dan Coca-Cola. Walaupun negatif (bagi masyarakat kita), bagi target market mereka, ia menjadi sesuatu yang sering diingati.

    Fikirkan pula logo yang memberi kesan positif dari logo-logo seperti Mercedes, Harley Davidson dan juga Intel. Pastinya logo yang memberi kesan (tak kira positif atau negatif) akan sering diingati.

    Bottom line, logo yang memberi kesan emosi pada perniagaan adalah logo yang berjaya! :)

    Pendapat Anda? [9] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Logo perniagaan anda
  • Cayalah domain name ni!
  • Logo perniagaan anda… ada ke takde?
  • Slogan perniagaan anda

  • Salam hormat,

    Good news & bad news! Berita baiknya, IrfanKhairi.com (Tip Satu Minit) semakin ramai pelawat dan semakin banyak aktiviti berlangsung di server IrfanKhairi.com termasuk blog… dan terutamanya program affilaite mentor Jutawan. Ini mengakibatkan IrfanKhairi.com perlu di upgrade ke server baru…

    Berita kurang baiknya…  tak tau bila dalam masa terdekat ini, IrfanKhairi.com akan tutup kedai mungkin untuk sehari dua, untuk membolehkan proses transfer ke server baru. Yang lebih pantas dan bergaya ;)

    So, sekiranya anda ke sini, dan server down… atau tak dapat masuk Tip Satu Minit, harap bersabar sehingga proses transfer selesai :)

    Wassalam!

    -ik

    ps: Sementara itu, saya akan lakukan posting Tip Satu Minit seperti biasa…

    Pendapat Anda? [8] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Pengumuman: IrfanKhairi.com cuti :)

  • Saya sudah menulis blog ini sejak 2006, tapi entah kenapa, for the past 3 years, saya pernah menulis kepentingan mempunyai logo perniagaan hanya sekali sahaja- tu pun tahun 2006! Macam mana lah boleh terlepas pandang…

    logos1.gifMungkin juga, kerana memiliki logo untuk sesebuah perniagaan adalah asas membina jenama perniagaan, disebabkan topik yang terlalu asas, saya pun terlepas pandang. Yang bahayanya, disebabkan ianya asas perniagaan juga, banyak perniagaan, terutamanya perniagaan kecil-kecilan mengabaikannya dan tidak mempunyai logo!

    Sekiranya anda mempunyai perniagaan kecil-kecilan… adakah anda mempunyai logo? Sekiranya tidak maka, jenama anda tidak akan berkembang.

    Logo adalah penting kerana ianya adalah antara “first contact” prospek dengan perniagaan anda. Logo seringkali berbentuk “imej” atau “gambaran”, membolehkan perniagaan anda mudah diingati pelanggan- berbanding dengan perniagaan yang tidak mempunyai logo.

    Cuba fikirkan… ada tak perniagaan yang berkembang maju, tanpa mempunyai logo? … tiada bukan?

    So, soalan utama…

    ADAKAH PERNIAGAAN ANDA MEMPUNYAI LOGO?

    ps: pasti anda perasan RahsiaInternet.com & Tip Satu Minit ni pun mempunyai logo!

    Pendapat Anda? [21] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Logo perniagaan anda
  • Logo perniagaan yang memberi kesan emosi
  • Ubah hidup anda dengan lebih pantas
  • Pemilihan warna yang bijak untuk perniagaan

  • Anda jenis penjual (salesperson) yang mana?

    Di sini ada maklumat yang interesting. Dalam perniagaan, setiap orang mempunyai keselesaan yang berbeza. Tidak semua boleh menjual produk, tidak semua boleh menjual perkhidmatan, dan tidak semua boleh menjual informasi.

    Di manakah tahap keselesaan anda?

    Dengan menjawab ini, anda boleh menentukan perniagaan jenis apa yang paling ideal untuk anda.

    • Adakah anda jenis selesa menjual produk? Contoh seperti menjual produk kesihatan, handphone, laptop, rumah, kereta, makanan, minuman dan sebagainya?
    • Adakah anda jenis selesa menjual perkhidmatan? Contoh seperti perkhidmatan kewangan, konsultan, alih bahasa, design, insurans, takaful dan sebagainya?
    • Adakah anda selesa menjual informasi? Contoh seperti buku, seminar, ebook, manual, report, program, workshop, dan sebagainya?

    Sekiranya, anda sudah lama mencuba perniagaan, tetapi masih belum berjaya, kemungkinannya adalah, apa yang anda jual adalah bukan dalam kategori perniagaan keselesaan anda.

    Sekiranya selama ini anda menjual produk, apa kata anda cuba menjual perkhidmatan. Sekiranya selama ini anda menjual perkhidmatan tetapi tidak berjaya, apa kata anda cuba menjual informasi.

    Selalu saya lihat seorang penjual (salesperson) yang hebat menjual produk, tetapi, apabila diberi perkhidmatan, dirinya tidak dapat membuat jualan yang baik. Sama juga seorang penjual perkhidmatan yang hebat, tetapi apabila diberinya produk kepadanya, dirinya langsung tidak dapat membuat jualan.

    Fikirkan ini. Persoalan ini bukan menjurus kepada “kebolehan” atau “skill” seseorang itu… tetapi, lebih kepada “keselesaan”- yang lebih kepada jiwa dan hati seseorang itu.

    Pendapat Anda? [21] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Promosi kepada siapa?
  • Iklankan informasi dalam perniagaan
  • Produk sama tetapi pasaran berbeza
  • Takut kena reject!

  • Setiap hari Rabu dalam jam 8.30am, saya bersama Astro Awani dalam program Awani Pagi menyampaikan maklumat mengenai perniagaan Internet. Kalau anda termiss, insyaallah saya akan uploadkan siri-siri perniagaan Internet saya di YouTube untuk tatapan anda :)

    Ok, hari ni back to basic balik. Ada antara kita masih tak faham lagi konsep asas perniagaan Internet, jadi dalam siri01 ini, saya kongsikan 4 langkah memulakan perniagaan Internet. Bagi anda yang ingin mengetahui konsep asa perniagaan Internet, pasti klip ini dapat membantu :)


    4 Langkah tersebut adalah:

    Langkah #1: Produk atau perkhidmatan

    Apakah produk atau perkhidmatan yang anda ingin jualkan di Internet? Dalam perniagaan, pastinya perlu ada pertukaran produk atau perkhidmatan dengan wang ringgit…

    Langkah #2: Laman Web

    Di Internet, laman web adalah kedai anda. Kalau perniagaan bukan Internet, anda perlu mempunyai tapak untuk menjual produk atau perkhidmatan. Di Internet, anda masih memerlukan tapak untuk menjual produk/perkhidmatan anda. Tapak di Internet berbentuk laman web…

    Langkah #3: Terima bayaran

    Laman web anda perlu boleh menerima bayaran. Sama ada menggunakan kad kredit, bank in dan cek.

    Langkah #4: Promosi

    Perniagaan Internet pastinya gagal tanpa promosi yang betul. promosi adalah aktiviti yang paling penting dalam menentukan kejayaan perniagaan Internet

    Pada May 16hb, saya akan ke Kota Kinabalu, Sabah untuk menjalankan Workshop Jutawan Internet. Bagi mereka di negeri di bawah bayu, yang berminat untuk mempelajari lebih lanjut mengenai perniagaan Internet, boleh sertai. Lawati http://www.rahsiainternet.com untuk keterangan lanjut.

    Workshop di KL pula akan diadakan pada hujung bulan ini, 30hb May… boleh sertai di http://www.rahsiainternet.com :) Jumpa di sana!

    Pendapat Anda? [17] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Apakah langkah seterusnya?
  • Langkah pertama PENTING dalam perniagaan
  • Minggu Memulakan Perniagaan Internet
  • Perniagaan Internet bermodalkan RM20,000!

  • Next Page »