Cara seterusnya untuk menambahkan keuntungan, adalah dengan mengurangkan kos- jimatkan kos. Dalam perniagaan, tentunya terdapat kos mengendalikan perniagaan. Boleh tak kita kurangkan beberapa kos tersebut?

Cut cost to increase profit!
Matlamat pertama adalah untuk kurangkan kos pada 10% sahaja. Dengan mengurangkan kos 10%, boleh dikatakan keuntungan pula yang bertambah 10%.
Apa yang penting adalah untuk anda jejak semua wang keluar dalam perniagaan anda- senaraikan segalanya dan lakukan pantauan terperinci di mana anda boleh kurangkan kos-kos tertentu. Antaranya mungkin…
- Dapatkan supplier lain yang boleh memberi pada harga yang lebih rendah (pastikan kualiti tidak terganggu)
- Runding untuk mendapatkan lebih banyak stok pada harga diskaun
- Ubah daripada menyewa, kepada membeli aset
- Bayar sales team komisyen atas pencapaian (daripada bayar gaji tinggi untuk menggalakkan lebih jualan)
- Jimat pada overhead asas seperti elektrik, air, gas, etc…
- Guna semula apa yang boleh diguna semula (contoh, print atas kertas kedua-dua belah)
- Gunakan email daripada menghantar surat melalui pos
- Pelajari teknik-teknik mengurangkan kos petrol kereta
- Mencari ruang pejabat yang lebih murah
- Boleh tak pekerja anda kerja dari rumah? Jimatkan kos sewa ruang pejabat
Dan banyak lagi…
Sekiranya anda lihat senarai di atas (atau senarai anda sendiri), dan hanya mengurangkan 1% untuk setaip kos yang disebutkan, itu pun sudah dapat mengurangkan kos sebanyak 10%, dan menambahkan keuntungan 10%!
Sikit-sikit… lama-lama jadi bukit
IKLAN:
Workshop Jutawan Internet akan dijalankan di Kota Kinabalu, Sabah pada hari Sabtu 16hb May 2009. Sekiranya anda berada di KK dan berminat untuk menyertai, hubungi 016-6966644 atau 014-6633311 untuk maklumat lanjut (waktu pejabat). Atau layari http://www.rahsiainternet.com/workshop-kk untuk maklumat & pendaftaran
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [16] CommentsTip Satu Minit yang berkaitan:






