June 2009


race.jpgSetiap masa, juara mendapat pulangan berkali ganda berbanding tempat ke-dua.

Contohnya, dalam perlumbaan lumba lari, juara mendapat RM10,000, mana kala tempat ke-dua mendapat RM5,000.

Adakah ia bermaksud juara perlumbaan tersebut adalah 2 kali ganda lebih laju dari yang mendapat tempat ke dua? Semestinya tidak. Mungkin, hanya lebih laju pada masa satu saat sahaja! Tetapi, pulangan berganda 2 kali ganda.

Begitu juga dalam hidup harian dan perniagaan. Sekiranya kita menjadi juara bidang kita, pulangannya adalah berganda berbanding dengan pesaing kita yang ditempat kedua… ketiga… dan lain-lain.

Misi anda dalam hidup sekiranya untuk mendapat pulangan berganda adalah untuk menjadi juara dalam bidang anda. Tidak semestinya anda hebat berkali-kali ganda berbanding dengan pesaing anda. Pada hanya kehebatan melebihi pesaing anda sedikit sahaja, pulangan pun boleh berganda :)

Jadilah juara dalam bidang anda sendiri!

Pendapat Anda? [24] Comments

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Goyang kaki - Wang anda berganda 2!
  • Kejayaan dan World Cup 2006
  • Dapatkan pulangan yang tertinggi
  • Mengagihkan kerja = pulangan berganda

  • Selain daripada logo, dalam proses memberi jenama kepada perniagaan anda adalah- berikannya slogan!

    Slogan adalah kata-kata yang memberi gambaran menyeluruh kepada perniagaan anda dalam beberapa perkataan sahaja.

    Slogan yang terbaik adalah slogan yang memberi perbezaan perniagaan anda dan perniagaan pesaing-pesaing anda. Slogan juga perlu “straight to the point”  dan memberi impak kepada mereka yang membaca.

    Kini banyak slogan yang agak lemah oleh kerana peniaga tidak memikirkan kesan slogan kepada perniagaan. Berikut adalah contoh slogan-slogan yang kurang berkesan & bersifat general
    “We are #1 in customer service”
    “Your one stop computer shop”
    “Quality is our #1 priorty”
    “Your IT solutions”

    Slogan yang terbaik adalah yang unik, spesifik, dan memberi impak supaya orang ramai ingin menggunakan produk dan perkhidmatan anda:

    “When it absolutely, definitely need to be there” – Fedex
    “The Original Jeans” – Levi’s
    “Pizza in 30 minutes or FREE” – Dominos Pizza
    “There’s Hertz, and not exactly” - Hertz
    “MH for Malaysia Hospitality” - Malaysian Airlines

    Pendapat Anda? [51] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Apa itu perlesenan (licensing)?
  • Air Asia vs Firefly
  • Rahsia membina jenama
  • 3 events akan datang…

  • Minggu lepas Peoplepreneur Community telah mengendalikan seminar percuma bersama Mentor Jutawan, Dato Dr Azman Ching di Cititel Hotel, Midvalley. Saya juga turut hadir sebagai speaker jemputan. Memang FULLHOUSE! Bagi yang hadir, pastinya terhibur disamping mendapat permata-permata hebat dari mentor jutawan Dato Dr Azman Ching!

    Bagi yang tak dapat hadir, berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat diambil…

    az-q.jpg
    Pendaftaran percuma… ramai yang hadiri!

    az-azman.jpg
    Dr Azman Ching yang penuh dengan semangat
    menyampaikan sesi motivasi perniagaan

    az-ik.jpg
    Saya menyampaikan tip & strategi perniagaan
    (15 minit je… speaker jemputan :) )

    az-prev.jpg
    Jefri dengan preview Peoplepreneur Biz School

    Sekiranya anda hadir, pastinya berbagai-bagai motivasi dan tips anda terima daripada Dr Azman Ching. Saya sendiri teruja setiap kali mendengar ceramah beliau. bagi yang tidak dapat hadir, next time kalau ada peluang sebegini dengan Dr Azman Ching, jangan lepaskan!

    Satu nasihat penting dari Dr Azman Ching pada malam itu adalah…

    Di zaman ini, ekonomi adlaah seperti harimau yang mengejar kita. Sekiranya kita terlambat, pastinya kita di makan oleh harimau tersebut. Untuk mencapai kejayaan, kita perlu pantas dalam apa sahaja!

    Sekiranya anda terlepas peluang ini… ada satu lagi seminar percuma Mentor Jutawan yang akan diadakan pada hari esok. Kali ini, bukan bersama Dr Azman Ching, tetapi sesi talk bersama saya pula. Tajuknya: Strategi Bisnes IK2 yang akan mendedahkan…

    • Strategi dari ZERO menjadi JUTAWAN
    • Perkara penting sebelum memulakan apa sahaja perniagaan untuk menjaminkan KEJAYAAN
    • Strategi MEMBINA JENAMA perniagaan anda supaya anda dapat “MEMUSNAHKAN” PESAING!
    • Bagaimana menggunakan Internet untuk MENGGANDA 2x keuntungan apa jua jenis perniagaan!
    ik2-blog2.jpg
    Jangan jeles! Gambar saya macam watak dalam cerita Heroes! :) (Thanks to RazziRahman.com for the graphic above).

    .
    Sekiranya anda ingin menyertai sesi percuma Strategi Bisnes IK2 esok, di Cititel Hotel Midvalley, lawati http://www.irfankhairi.com/mentor/ik/ untuk keterangan lanjut & tempahan tempat.

    “Strategi Bisnes IK2
    Kelolaan Peoplepreneur Community
    Speaker: Irfan Khairi
    Tarikh: Selasa, 23hb Jun 2009
    Waktu: 8.00mlm - 10.30mlm
    Tempat: Cititel Hotel, Midvalley
    Masuk: PERCUMA
    Daftar di http://www.irfankhairi.com/mentor/ik/

    .
    Jumpa anda di sana! Pastinya anda akan mendapat beberapa strategi perniagaan baru yang anda boleh terus mengaplikasikannya dan kuasa dua kan keuntungan perniagaan anda :)

    Pendapat Anda? [25] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Seminar 2-Hari Bisnes Berapi: IK & Abang Abu
  • Program affiliate Bisnes Berapi- komisyen RM50
  • Hi, my name is Sam, this is my card!
  • Bisnes Berapi… akan datang!

  • Blog ni, tip satu minit kini sudah berumur 3 tahun… sering kali saya sendiri baca kembali tip-tip lama sejak 2006 untuk mencari idea-idea baru untuk perniagaan- kiranya untuk refresh kan memory. Sedang membaca posting lama-lama tadi… terdapat satu idea pula untuk memuatkan ruang “tip arkib” di sini… iaitu, tip-tip yang saya pilih sendiri (hand picked) yang saya rasa amat berharga untuk diulang siar… so, dari masa ke semasa, saya akan upkan posting lama yang saya namakan “tip arkib”. Enjoy!

    tiparkib.gif(June 2006) Demam Superman Returns pun bermula! Dan sebenarnya, ada satu tip perniagaan boleh kita ambil dari Superman (banyak tip perniagaan dari Superman sebenarnya!)

    Apabila filem Superman Returns mula digembar-gemburkan dan disiarkan di panggung wayang, anda perasan tak di kedai VCD seperti Speedy mengeluarkan balik stok-stok lama VCD Superman I, II dan II dan meletakkannya di rak-rak hadapan kedai tersebut?

    Tipnya adalah, produk baru akan menaikkan semula jualan produk-produk lama anda. Sekiranya anda mempunyai stok lama sesuatu produk yang kini susah untuk dijual, perkenalkan produk baru dan promosi sekali produk yang lama.

    Dengan mengeluarkan produk baru, bukan sahaja jualan produk tersebut akan naik, tetapi, produk-produk lama juga akan turut naik. Dengan mengimplementasikan tip ini, anda dapat meraih keuntungan yang lebih dari stok-stok lama (yang kini mungkin tiada siapa yang membeli).

    Ramai peniaga membuat kesilapan apabila mengeluar produk baru, mereka bagaikan menyorok produk-produk lama!

    Siapa boleh berikan contoh senario ini dalam perniagaan sekeliling kita selain Superman? (termasuk Batman, Spiderman, X-Men dan adik beradiknya…) :)

    Pendapat Anda? [31] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Bagaimana hendak menjadi popular?
  • Jangan takut dengan WANG!
  • Nama Perniagaan Anda
  • Berapa peratus untuk promosi perniagaan?

  • trans.jpgMungkin movie yang ramai sedang tertunggu-tunggu tak lama lagi adalah Transformers, Revenge of The Fallen. kalau anda tak tunggu pun, saya tunggu :)

    Baru saja saya melawat Toys R Us, dan bermacam-macam robot transformers kini berada di pasaran… berpuluh-puluh.

    Anak saya juga sukakan Ben-10, di Toys R Us, semua siri alien Ben 10 ada… berpuluh-puluh gak alien dia.

    Tak lama dulu, ‘craze’ Pokemon juga melanda satu dunia dengan beratus-ratus siri ‘Pocket Monsters’ berada di pasaran…

    Transformers, Ben-10 & Pokemon mempunyai persamaan dalam strategi perniagaan mereka. Iaitu, menciptakan satu “siri” untuk produk-produk mereka…

    Dengan menciptakan sebaris siri seperti robot transformers, alien ben 10 & monsters pokemon. Mencipta siri untuk perniagaan anda akan menggalakkan “collectors” yang pasti akan membeli seluruh siri produk anda.

    Boleh kah anda mencipta satu “siri” untuk produk atau perkhidmatan anda?

    Contoh mudah adalah buku saya Siri RahsiaInternet.com yang kini mempunyai 2 siri (Rahsia Jutawan Internet Terbongkar & Soal Jawab Perniagaan Internet) manakala Siri Nota Jutawan pun mempunyai 2 siri (Nota Motivasi & Nota Perniagaan). Kini saya sedang menghabiskan siri ke-3 iaitu Nota Jutawan: Nota Kewangan (coming soon!).

    So, bagaimana pula dengan anda? Ciptakan siri produk anda tersendiri & galakkan “collectors” untuk siri-siri anda…

    Boleh kah anda lihat strategi ini digunakan di sekeliling anda?

    Pendapat Anda? [15] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • IK Podcast @ BFM89.9fm
  • Perniagaan Internet ASAS: 4 Langkah Memulakan Perniagaan Internet
  • Bagaimana Cara Memusnahkan Pesaing Anda
  • Bersama Irfan Khairi siri 01 @ WW Astro Awani

  • Sekiranya anda lakukan sesuatu yang sama setiap hari, pastinya keputusan yang anda terima juga adalah sama.

    Lebih payah lagi, sekiranya dalam perniagaan, bukan ini yang terjadi. Kerana, dalam perniagaan, sekiranya kita lakukan perkara yang sama sahaja setiap hari, lama ke lamaan keputusan yang di alami akan menurun.

    Manusia adalah insan yang mempunyai tabiat. Dan tabiat yang paling sering kita alami (dan sering kali tidak sedar) adalah tabiat tidak mengubah diri dan sentiasa dalam zon selesa sahaja.

    Berhenti sebentar dan cermin diri sendiri dan perniagaan kita:

    • Apakah sesuatu yang *BARU* patut kita lakukan?
    • Apakah sesuatu yang kita sedang lakukan dan patut kurangkan?
    • Apakah sesuatu yang kita sedang lakukan dan patut 100% berhenti dari terus melakukan?

    Orang-orang berjaya adalah mereka yang sanggup berhenti melakukan apa yang kurang menjadi dan lakukan sesuatu yang baru- walaupun sekiranya ia bermakna perlu menghadapi risiko baru dan mungkin menghadapi kegagalan baru.

    Dalam perniagaan, untuk bersaing, sesuatu perniagaan itu perlu melakukan sesuatu yang baru, atau mengimplementasikan idea yang baru sebelum dilakukan oleh pesaing.

    Workshop Jutawan Internet di Kuching, Sarawak
    Saya akan terbang ke Kuching Sarawak dan mengendalikan Workshop Jutawan Internet di Kuching pada hari Sabtu ini bersamaan 20hb June 2009. Sekiranya anda berada di Kuching dan ingin pelajari bagaimana caranya menjalankan perniagaan Internet dari rumah, kita jumpa di sana! Layari http://www.rahsiainternet.com/workshop-kuching hari ini. Seperti biasa, tempat terhad dan makin dipenuhi.

    Pendapat Anda? [17] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Hangat-hangat tahi ayam..
  • Cuba, jangan tak cuba!
  • Perniagaan produk baru di pasaran
  • Plan B

  • Menurut Joe Girard, seorang pemegang World Record sebagai “Jurujual Terbaik di Dunia” (tak percaya boleh search Google), secara purata, seseorang itu kenal 250 orang yang lain.

    Konsep yang digunakannya untuk menjadi jurujual yang baik, adalah menganggap, setiap jualan yang dilakukannya bukan hanya kepada 1 pelanggan sahaja, tetapi, kepada 250 orang yang dikenali oleh 1 pelanggan tersebut.

    joe_girard.jpgDengan ini, sebagai usahawan, apabila menjual, perlu memberi yang terbaik kepada 1 pelanggan oleh kerana, bakal-bakal pelanggan yang mungkin boleh diterima adalah lebih daripada 1 sahaja… ada 250 lagi orang lain yang mengenali pelanggan ini.

    Fikirkan apabila membuat jualan produk atau perkhidmatan anda dengan TERbaik, pelanggan anda akan menyampaikan perkhidmatan anda yang TERbaik itu kepada kenalan-kenalannya yang lain. Mana tahu, berpuluh atau beratus pula pelanggan anda akan dapat daripada 1 pelanggan ini! Ingat, setiap pelanggan anda mengenali 250 orang lain- nasihat Joe Girard, jurujual Terbaik di Dunia!

    Pendapat Anda? [18] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Masalah “perfectionist” dalam perniagaan
  • Senyuman dalam perniagaan
  • Perniagaan Internet dan social networking
  • Keuntungan perniagaan daripada pelanggan-pelanggan yang lepas

  • Yang ni saya tak tahu bahasa Malaysia nya “Loyalty Programs”… any ideas?

    Dalam perniagaan, kos untuk mendapatkan pelanggan baru, adalah lebih tinggi daripada mendapat pelanggan sedia ada. Maksudnya, untuk mendapat pelanggan baru, kita perlu melakukan promosi baru, yang memakan kos tinggi. Tetapi, untuk menarik pelanggan sedia ada dalam membeli produk atau perkhidmatan kita semula, kosnya adalah lebih rendah.

    Satu kaedah dalam menarik pelanggan sedia ada kita adalah dengan mewujudkan loyalty program…

    Contoh loyalty program:

    • Kad Mesra yang kita guna di stesen minyak Petronas. Bila selalu menggunakan kad Mesra tersebut di Petronas, kita mendapat bonus
    • Di The Chicken Rice Shop, kalau kita order kids meal, mereka akan chop pada satu card ni, dan kalau dapat 8 chop, dapat 1 free meal
    • Di SPA juga sering menggunakan strategi ni, selepas maybe 5 sesi spa, kita dapat 1 sesi percuma

    Boleh tak anda aplikasi kan “loyalti program” seperti ini untuk perniagaan anda dalam menggalakkan lebih ramai pelanggan mengulangi pembelian mereka. Kerana…

    Kos mendapatkan pelanggan baru adalah lebih tinggi daripada mendapatkan pelanggan sedia ada

    Hmm… loyalty program = “program ganjaran” dalam bahasa Malaysia?

    Bolehkah anda berikan lagi contoh-contoh loyalty program/program ganjaran yang anda pernah temui?

    Pendapat Anda? [33] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Hanya promosi kepada…
  • Tip Satu Minit… menjadi program TV?
  • IK host untuk program TV perniagaan Internet
  • Rancangan JUTAWAN - popular!

  • BERITA TERKINI: Talk percuma hari JUMAAT 5hb pun dah penuh. Penyertaan telah ditutup. Harap maaf!

    Talk preview pada Khamis 4hb ini dah 100% penuh. Bagi anda yang dah hantar email semalam, tunggu reply dari Krew Rahsia Internet ok? Kami akan reply kepada email anda untuk confirm tempat.

    Berita baiknya, oleh kerana permintaan yang amat tinggi, RahsiaInternet.com akan buat satu lagi talk percuma/sesi bersama saya pada keeseokan harinya: JUMAAT 5hb JUNE 2009 di waktu & tempat yang sama.

    • Tajuk: Perniagaan Internet bersama IK
    • Tarikh: Khamis 4hb June 2009 PENUH!
    • Tarikh: Jumaat 5hb June 2009 PENUH
    • Waktu: 8.00malam - 10.00malam
    • Tempat: Cititel Hotel, Midvalley
    • Masuk: PERCUMA
    1. Bagi anda yang dah hantar email semalam, untuk datang yang sesi hari Khamis, tunggu reply confirmation email ok?
    2. Kami akan bagi tau sama ada anda sempat masuk yang Khamis atau tidak. Kalau tidak, kami akan book kan yang hari Jumaat punya- akan diberitahu dalam email dan juga krew kami akan call anda hari ini.
    3. Sekiranya anda belum lagi buat booking untuk talk percuma ini, dan ingin sertai yang JUMAAT punya, just email sales@rahsiainternet.com dengan nama & nombor handphone anda. Tajuk email, TALK PERCUMA DI CITITEL MIDVALLEY-JUMAAT
    BERITA TERKINI: Talk percuma hari JUMAAT 5hb pun dah penuh. Penyertaan telah ditutup. Harap maaf!
    Pendapat Anda? [14] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Selamat berpuasa!
  • Talk PERCUMA “Perniagaan Internet bersama IK” di Cititel, Midvalley 4hb June
  • Workshop Komunikasi Efektif Nizal Mohammad (TV3)
  • Rahsia Menjalankan Perniagaan Dari Rumah Secara Automatik

  • BERITA TERKINI: Talk percuma hari KHAMIS 4hb dah penuh. Penyertaan telah ditutup. Harap maaf!

    Suka saya umumkan, first time saya akan kendalikan sesi percuma Pengenalan kepada perniagaan Internet di Cititel Hotel, Midvalley pada hari Khamis 4hb June ini.

    • 8.00pm Jualan murah produk RahsiaInternet.com (SALE! up to 20% discount)
    • 8.15pm Talk “Perniagaan Internet bersama IK”
    • 9.15pm Preview Workshop Jutawan Internet Memulakan Perniagaan Internet dari Rumah
    • 9.30pm Sesi bonus: Autocard Privelege (Pemberian percuma kepada peserta WJI)
    • 9.45pm Sesi soal jawab
    • 10.00pm Jualan murah produk RahsiaInternet.com (SALE! up to 20% discount)
    pengenalan-poster-jpg.jpg

    Sesi pengenalan/preview ini adalah terbaik bagi anda yang belum memulakan perniagaan Internet atau ingin mempelajari bagaimana sebenarnya menjalankan perniagaan Internet. Semua dijemput hadir, ajak kawan, keluarga suami, isteri kerana, mana tahu, perniagaan Internet boleh menjadi sumber pendapatan anda di kala ekonomi tidak menentu.

    • Tajuk: Perniagaan Internet bersama IK
    • Tarikh: Khamis 4hb June 2009
    • Waktu: 8.00malam - 10.00malam
    • Tempat: Cititel Hotel, Midvalley

    Di sesi percuma ini juga kami akan kendalikan sale produk RahsiaInternet.com dimana anda boleh jimat berpuluh-puluh ringgit produk perniagaan Internet RahsiaInternet.com serta, akan dijalankan preview Workshop Jutawan Internet. Bagi anda yang belum menghadiri Workshop Jutawan Internet, sesi ini adalah terbaik. Juga akan terdapat satu pakej workshop baru, khas bagi mereka yang kurang berkemampuan menyertai Workshop Jutawan Internet sebelum ini. Semuanya akan dikongsikan pada hari Khamis ini… 

    *Nota supaya anda tidak keliru, apa yang saya jalankan adalah perniagaan Internet. Dan bukannya konsep MLM menggunakan Internet. Saya jalankan jual beli produk atau perkhidmatan melalui Internet, dan bukan konsep mencari downline seperti konsep perniagaan MLM. Perlu saya jelaskan ini sebab ada juga antara kita yang ingatkan saya buat MLM :) (Tak salah buat MLM cuma itu bukan perniagaan yang saya jalankan)

    Oleh kerana sesi talk pengenalan kepada perniagan Internet ini adalah PERCUMA, tempat pula adalah terhad kepada 60 peserta terawal sahaja. Nak masuk lebh sikit maybe boleh, tapi kena berdiri kot? :)

    So, permintaan kami, hanyalah untuk anda daftar terlebih dahulu secara percuma

    Sekiranya anda berminat untuk preview percuma ini dan ikuti talk saya, just email sales@rahsiainternet.com dengan nama & nombor handphone anda. Tajuk email, TALK PERCUMA DI CITITEL MIDVALLEY

    On top of that, kerana RahsiaInternet.com menghargai susah payah anda untuk datang mendengar talk percuma ini, 20 peserta terawal akan diberi sebuah buku perniagaan berharga RM25 secara percuma. Buku bercetak… bukan ebook.
    Tapi, pastikan anda betul2 dapat datang. Sebab kalau tak dapat datang, baik beri tempat tersebut kepada mereka yang betul-betul berminat untuk mempelajari perniagaan Internet kan? :)

    ps: Sila tanda di kalender anda, dan datang awal!

    BERITA TERKINI: Talk percuma hari KHAMIS 4hb dah penuh. Penyertaan telah ditutup. Harap maaf!

    Pendapat Anda? [14] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Talk IK PENUH!
  • Strategi Bisnes IK2- seminar percuma esok!
  • “Mentor Jutawan” akan datang…
  • Buku yang mengubah anda?