July 2009
Monthly Archive
Wed 29 Jul 2009
Kali ini kita klik-klik laman web seorang lagi peserta Workshop Jutawan Internet yang berjaya, Che Mohd Raif @ Bro Phone yang menjual informasi di Internet melalui www.phonesolution2u.com. Bukan lagi rahsia bahawa informasi adalah produk yang amat lumayan pendapatannya sekiranya dilakukan dengan betul. Seperti mana keuntungan yang diraih oleh Bro Phone kita, mengajar kaedah memperbaiki handphone, melebihi RM20,000 sebulan! Tahniah diucapkan…
Tujuan ruangan klik-klik adalah untuk…
- Untuk mendedahkan lagi kewujudan laman-laman web tempatan yang berjaya menarik pelanggan
- Untuk memberi kefahaman dengan lebih mendalam maksud PERNIAGAAN INTERNET yang sebenar supaya orang ramai tidak keliru dengan skim buat duit di Internet
- Untuk memberi inspirasi dan idea kepada anda dalam memulakan perniagaan Internet diri anda sendiri

Berikut adalah temubual klik-klik bersama Che Mohd Arif… mudahan dapat memberi inspirasi dan juga ilmu bagi anda yang berminat untuk menjalankan perniagaan Internet.
Boleh anda kongsikan serba sedikit mengenai laman web anda?
phonesolution2u adalah laman web yang menawarkan maklumat tentang teknik-teknik membaikpulih telefon bimbit melalui Video CD yang memudahkan sesiapa sahaja mempelajarinya.Pada masa sekarang kami mengeluarkan VCD asas membaiki telefon bimbit yang mana 70% kerosakan lazimnya dibaiki dengan cara yang kami kongsikan ini.
Tahukan anda semua kos untuk membaiki telefon bimbit yang kerosakan berpunca dari ‘ribbon (kabel)’ boleh mencecah ratusan ringgit padahal kos alat gantinya sekitar RM15 sahaja dan perkara ini bukan sukar untuk dilakukan sendiri.
Bila dan bagaimanakah anda mulakan perniagaan Internet anda?
Saya melakukannya pada pertengahan tahun 2008. Tetapi saya rasa perlu mempealajarinya dari pakar yang tepat. Setelah mengetahui workshop IK diadakan di KB pada bulan mac 2009 saya terus mendaftar. Dari workshop tersebut banyak perkara baru yang saya pelajari dari perkongsian IK dan saya meneruskan bisnes on line ini dengan lebih serius lagi.
Apakah kebaikan perniagaan Internet yang paling anda suka?
Kalau bisnes off line pelanggan saya cuma dari kawasan sekitar sahaja tapi bisnes online tanpa had sempadan dan beroperasi 24jam.
Boleh anda kongsikan satu cara yang paling efektif anda promosikan laman web anda?
Saya mengiklankan bisnes ini dalam akhabar-akhbar tempatan serta meletakan banner di web-web yang popular serta melantik agen pemasaran diseluruh negara bagi memudahkan sesiapa sahaja mendapatkan produk Vcd ini.
Boleh anda kongsikan tip kepada pembaca yang ingin memulakan perniagaan internet?
Yang paling penting kita menguasai ilmu dalam bisnes yang kita ceburi kemudian lakukan dengan bersungguh-sungguh dan perlu ada kesabaran kerana pelbagai rintangan dan dugaan akan kita tempuhi untuk mencapai sesuatu kejayaan. Semua insan yang berjaya akan melalui perkara ini. Just do it!!
Apakah rancangan jangka masa panjang anda dalam perniagaan Internet?
Saya akan menerbitkan Vcd membaiki telefon bimbit secara berperingkat dari pengatahuan asas hingga ke tahap kemahiran yang tinggi. Kerana dari pengalaman saya selama 7 tahun dalam bisnes ini pontesinya begitu besar. Insyallah saya akan menyediakan segala perkara yang berkaitan bisnes telekomukasi dalam laman web saya di masa kan datang.
Sokong perniagaan Internet tempatan kita dengan melawati www.phonesolution2u.com
ps: Workshop Jutawan Internet terdekat akan diadakan pada 1hb Ogos 2009 (Sabtu ni) di Vistana Hotel, Kuala Lumpur. Ini antara workshop2 terakhir sebelum cuti puasa & raya. Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet, jangan melengahkan masa lagi, lawati http://www.rahsiainternet.com/workshop untuk maklumat lanjut
Hanya beberapa tempat sahaja kosong.
Pendapat Anda? [15] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Terlalu banyak iklanCara mudah dalam membina jenama perniagaan anda5 Tip perniagaan 2009 (ketika ekonomi down)Maksima pulangan melalui program affiliate
Mon 27 Jul 2009
Sejak 2 bulan sudah, buku terbaru saya “RahsiaInternet.com: Soal Jawab Perniagaan Internet” telah berada di pasaran dan sambutannya adalah agak hebat. Terima kasih kepada anda yang sering menyokong.
Kini, bagi anda yang belum lagi memiliki buku ini, boleh dapatkannya secara online di sini.
Buku ini memuatkan soalan-soalan terkumpul yang di terima dari peserta Workshop Jutawan Internet sejak tahun 2005 serta jawapan bagi soalan tersebut daripada saya.
Antara soalan-soalan yang terjawab di dalam buku ini termasuk…
- Bagaimanakah caranya membina laamn web perniagaan Internet?
- Berapakah kos untuk memulakan perniagaan Internet?
- Apakah kriteria-kriteria menjadi usahawan Internet yang berjaya?
- Bagaimana caranya memilih web hosting yang terbaik?
- Bagaimanakah caranya untuk membina logo untuk perniagaan Internet?
- Apakah ciri-ciri banner yang baik untuk mendapatkan klik?
- Apakah yang dimaksudkan dengan BLOG?
- Bagaimana caranya menciptakan sebuah blog yang popular?
- Bagaimanakah cara menerima bayaran di Internet?
- Bagaimanakah boleh saya memulakan perniagaan Internet tanpa produk atau perkhidmatan sendiri?
- Berapa banyakkah perlu saya laburkan untuk tujuan promosi?
- Saya menyertai perniagaan MLM, bagaimanakah caranya membawa perniagaan saya ke Internet?
- Berapakah pendapatan saya boleh terima melalui perniagaan Internet?
- Bagaimanakah caranya meningkatkan kepercayaan pelawat laman web kita untuk membeli daripada kita?
… dan banyak lagi!
Untuk mendapatkan “RahsiaInternet.com: Soal Jawab Perniagaan Internet”, klik di sini.
ps: Sekiranya anda ingin menghadiri Workshop Jutawan Internet, tarikh terdekat adalah pada 1hb Ogos 2009 di Hotel Vistana, Kuala Lumpur. Workshop Jutawan Internet telah dikendalikan lebih dari 4 tahun kini di Malaysia, Singapura & Brunei, and still going strong. Ucapan terima kasih tak terhingga kepada anda yang sentiasa menyokong! Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Pendapat Anda? [10] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
IK @ Nescafe Kickstart Season 4 - finalMinggu Soal & JawabSoal Jawab Mudah Perniagaan InternetSatu siri produk dalam perniagaan
Wed 22 Jul 2009
Menurut Brian Tracy International, genius mempunyai 3 perwatakan. Adakah anda seorang genius?
Albert Einstein juga menggunakan 3 kaedah ini
- Seorang genius akan fokus kepada satu kerja/satu masalah/ satu isu dalam satu masa. Dengan memberi tumpuan 100% dan fokus yang amat tinggi pada kerja yang perlu dilakukan, seluruh tenaga dapat didedikasikan untuk menjayakan sesuatu. Lebih hebat kita fokus kepada sesuatu isu dengan tumpuan yang amat tajam, lebih hebat & kreatif kita akan mencapai sesuatu matlamat itu.
- Seorang genius mempunyai kaedah dan cara yang sistematik untuk menangani sesuatu isu/masalah/ kerja. In other words, mempunyai perancangan yang rapi- sering kali menulisnya atas kertas setiap langkah mengikut prioriti. Mereka juga mengambil masa untuk duduk dan mencerminkan keadaan semasa dengan tepat supaya ketahui sesuatu titik permulaan. Mereka perlu tahu point A untuk sampai ke point B.
- Seorang genius mempunyai minda yang terbuka dan sedia menerima idea-idea baru. Tidak menutupkan fikirannya. Sering kali bertanyakan soalan “What if…” dan mengundang berbagai-bagai input dan jawapan untuk menghasilkan sesuatu.
Sebagai manusia kita juga perlu mengamalkan daya pemikiran seorang genius dengan mengikuti 3 langkah mudah di atas
So, lepas ni, boleh ramai-ramai jadi insan yang genius & usahawan genius
ps: Saya akan ke KB, Kelantan esok untuk menjalankan Workshop Jutawan Internet pada hari Sabtu 25hb ini. masih ada lagi 1-2 tempat kosong. Sekiranya anda berada di pantai timur dan ingin sertai, klik di sini.
pps: Siri Laporan X pertama: Cara Memusnahkan Pesaing Anda mendapat sambutan yang hebat. Sekiranya anda belum lagi membacanya, boleh klik di sini. Malam ni juga, di Cititel Midvalley saya akan mengadakan talk percuma berkenaan cara Memusnahkan Pesaing. Sekiranya berminat untuk menyertai, klik di sini.
Pendapat Anda? [18] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Bertemu Adi Putra- Genius MalaysiaPerniagaan produk, perkhidmatan atau informasi?Nama produk asal mana?Elevator pitch… adakah anda memilikinya?
Mon 20 Jul 2009
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[26] Comments
Suka saya umumkan produk terbaru keluaran kami, siri Laporan X kini boleh didapati secara online. Apakah itu laporan X? Laporan X adalah laporan khas yang menyerang sesuatu isu spesifik dalam membantu anda menggandakan keuntungan tidak kira apa sahaja perniagaan anda- perniagaan offline atau online.
Siri Laporan X pertama bertajuk “Cara Bagaimana Memusnahkan Pesaing Anda” yang akan mendedahkan bagaimana anda boleh membawa perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi dengan cara membina jenama perniagaan anda. Strategi yang didedahkan menunjukkan cara terbukti bagaimana anda boleh memusnahkan pesaingan dalam perniagaan anda dan menjadi pilihan utama kepada pelanggan.Dalam apa sahaja perniagaan, semestinya ada mempunyai pesaing. Pesaing adalah lumrah dalam perniagaan. Adakah pesaing baik atau tidak baik untuk perniagaan anda?
Ada yang akan kata pesaing adalah baik. Ada juga yang mengatakan pesaing adalah tidak baik untuk perniagaan. Sekiranya anda tanya pada saya, saya tidak suka pesaing dalam perniagaan
Semestinya dalam perniagaan, pesaing adalah antara faktor utama yang menentukan keuntungan perniagaan kita. Berita baiknya, terdapat strategi cara bagaimana anda boleh memusnahkan pesaingan dalam perniagaan anda dan menggandakan keuntungan perniagaan anda!
Bagaimana caranya memusnahkan pesaing? Adakah dengan cara kita memburuk-burukkan pesaing kita?
Sudah pastinya tidak. Kerana, dengan memburukkan pesaing kita, 10 lagi orang akan memburukkan perniagaan kita!
Adakah caranya menurunkan harga supaya harga kita lebih rendah dari pesaing kita?
Memang ia antara strategi, tetapi, menurunkan harga akan menyebabkan peperangan harga yang mana kedua-dua pihak akan rugi.
Adakah caranya menambahkan kualiti produk dan perkhidmatan anda?
Zaman ini, kualiti adalah satu kemestian. Ianya adalah kemestian untuk berniaga. Bermakna, produk anda berkualiti, peroduk pesaing juga adalah berkualiti. Sukar untuk bersaing pada kualiti oleh kerana semua usahawan akan mengejar kualiti dan meletakkannya sebagai keutamaan.
Oleh itu, apakah caranya untuk memusnahkan pesaing anda sekiranya bukan dengan cara memburukkan, menurunkan harga atau menambahkan kualiti?
Jawapannya terkandung dalam siri “Laporan X: Cara Bagaimana Memusnahkan Pesaing Anda”
Anda boleh dapatkannya di http://www.IrfanKhairi.com/laporanX
Laporan X mendedahkan bagaimana anda boleh membawa perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi dengan cara membina jenama perniagaan anda. Strategi yang didedahkan menunjukkan cara terbukti bagaimana anda boleh memusnahkan pesaingan dalam perniagaan anda dan menjadi pilihan utama kepada pelanggan.
Sekiranya anda memiliki perniagaan, atau dalam perancangan untuk memulakan perniagaan, “Laporan X: Cara Bagaimana Memusnahkan Pesaing Anda” pastinya adalah satu permata yang mesti anda miliki.
Untuk mendapatkannya, lawati http://www.IrfanKhairi.com/laporanX
Pendapat Anda? [26] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Jangan pandang rendah pesaingAdakah anda seorang genius?Pantau pesaing perniagaan andaPesaing memburukkan & menjatuhkan anda…
Wed 15 Jul 2009
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[26] Comments
Pagi tadi di segmen saya di Awani Pagi, Astro Awani (ch 501), saya kongsikan 4 strategi meletakkan harga dalam perniagaan. Berikut adalah stratgei tersebut bagi yang terlepas:
Premium Pricing
Merujuk kepada meletakkan produk atau perkhidmatan kita pada harga yang tinggi. Ini adalah strategi yang baik apabila produk dan perkhidmatan kita mempunyai keunikan yang tersendiri serta mempunyai daya saing yang hebat dibandingkan dengan pesaing.
Premium pricing adalah baik apabila ia boleh memberi tanggapan kualiti yang amat hebat. Dengan menggunakan premium pricing, marjin keuntungan adalah lebih tinggi, dan ini akan menambahkan keuntungan sesuatu perniagaan dan memudahkan promosi seterusnya mengembangkan perniagaan tersebut. Premium pricing seringkali menambahkan kekuatan jenama sesuatu perniagaan…
Contoh: Mercedes…
Penetration Pricing
Merujuk kepada srategi meletakkan harga rendah pada permulaan untuk mendapatkan pasaran yang lebih besar, kemudia secara perlahan-lahan menaikkan harga. Tujuan meletakkan pada harga yang rendah adalah untuk meramaikan pelanggan di sesuatu pasaran. Apabila telah mendapat market share yang tinggi, harga mula dinaikkan perlahan-lahan…
Contoh: Astro…
Economy Pricing
Favorite bagai ramai usahawan
meletakkan pada harga yang rendah untuk bersaing. Untuk menggunakan kaedah ini, kos pemasaran serta pembinaan/manufacturing perlu di turunkan.
Contoh: Air Asia…
Price Skimming
Meletakkan pada harga tinggi pada awal-awal pelancaran oleh kerana mempunyai daya saingan yang hebat dan keunikan yang hebat. Kemudian, secara perlahan-lahan menurunkan harga. Dengan kaedah ini, usahawan dapat memaksimakan keuntungan perniagaan pada awal-awal pelancaran. Harga dan keuntungan yang tinggi pada awal-awal biasanya akan menarik pesaingan, dan untuk bersaing, harga diturunkan pula…
Contoh: Handphone…
4 strategi meletakkan harga di atas adalah asas kepada kaedah meletakkan harga bagi produk atau perkhidmatan anda. Lepas ni, kalau anda takde idea nak letak harga produk atau perkhidmatan anda, anda boleh rujuk kepada 4 strategi ini…
Semalam juga, host, Dangsuria tanya saya… daripada 4 kaedah ini, kaedah mana yang saya paling suka. Jawapan saya: Premium Pricing!
Sedikit latihan untuk anda (dah lama saya tak beri latihan)…
Boleh tak anda berikan contoh yang lain, selain daripada contoh yang saya berikan di atas? Untuk mengasah minda anda tentang strategi meletakkan harga… have fun!
ps: Jangan lupa setiap Rabu jam 9.30am, saya kongsikan tip2 perniagaan di Astro Awani
Pendapat Anda? [26] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Menetapkan hargaLagi-lagi mengenai harga :)Tak kira berapa harga anda… pasti ada orang membeliPerniagaan yang meletakkan harga tinggi
Mon 13 Jul 2009
Baru-baru ini saya berpeluang bersama-sama mentor Jutawan Dato Dr Azman Ching, selama 3 hari 2 malam di Janda Baik, mengendalikan Business School Boot Camp bersama Peoplepreneur Business Community. Memang happening! Terlalu banyak yang hendak saya kongsikan pengalaman di sana, tapi, sebaiknya anda mengalami pengalaman itu sendiri.
Satu tip yang saya ingin kongsikan dari mentor jutawan Azman Ching, adalah mengenai usaha dalam mencapai matlamat. Memang banyak dah artikel mengenai matlamat saya kongsikan, tetapi, apa salahnya kita dengar inetrpretasi Azman Ching pula…

Matlamat ni, kita bayangkan seperti kita sedang mendayung sampan di tengah lautan. Di mana, kita boleh lihat satu pulau yang berhampiran. Kita dayung dengan kuat untuk menghala ke pulau tersebut. Dayung memang kuat, maklumlah, kita sorang-sorang je mendayung.
Tiba-tiba, datang ombak… menolak sampan kita ke arah lain. kita lawan ombak tersebut dengan menambahkan lagi kekuatan mendayung. Tetapi, ombak menolak lagi… lagi kuat kita dayung ke arah pulau itu, makin kuat pula ombak menolak kita ke arah lain…
Sampai satu tahap, kita give up… and kata… alamak, susahnya nak capai pulau yang tu… takpe lah. kita ikut je ombak ni dan cuba cari pulau lain pula yang lebih mudah.
Tanpa mengetahui bahawa, nanti ke arah pulau yang baru, pastinya ada juga ombak yang akan menghalang dan membawa kita ke arah yang lain…. dan lain… dan lain…
Memang ini sering terjadi. Matlamat yang kita lihat sememangnya jelas. Saya percaya anda yang membaca, anda mempunyai matlamat hidup dan kewangan yang jelas. Tetapi, akibat “ombak” yang sering menganggu kita dalam mencapai matlamat tersebut, sering kali, kita terbawa kearah yang lain… sehingga tak tercapai satu pun matlamat kita yang boleh dibanggakan.
Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut teknik menetapkan matlamat perniagaan anda dan juga bagaimana hendak mencapai apa sahaja matlamat kewangan anda, pada hari Rabu ini, jam 8-11 malam, Peoplepreneur Community akan mengendalikan seminar percuma bersama Dr Azman Ching dan juga saya sendiri. Sekiranya anda ingin menyertai seminar percuma ini, lawati http://www.irfankhairi.com/mentor/iknazman/…
Speaker undangan: Dato Dr Azman Ching & Irfan Khairi
Kelolaan Peoplepreneur Community
Tarikh: Rabu, 15hb Julai 2009
Waktu: 8.00mlm - 11.00mlm
Tempat: Cititel Hotel, Midvalley
Masuk: PERCUMA
lawati http://www.irfankhairi.com/mentor/iknazman/
Pendapat Anda? [28] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
No related posts
Thu 9 Jul 2009
Posted by Irfan Khairi under
Santai[39] Comments
Siapa tak kenal Michael Jackson? Well… my kids tak kenal
terasa tua lak…
Malam tadi berlangsungnya upacara memorial MJ. Seperti some of us, saya pun turut tengok. Posting saya bukan untuk mengisahkan kejayaan Michael Jackson. Sememangnya semua orang tahu tentang kejayaannya sebagai Raja Pop dunia. Tetapi posting saya adalah mengenai waktu-waktu menyedihkan yang berlaku pada Michael…
Apa yang menyebabkan kejatuhan Michael Jackson sekitar tahun 90-an?
Seperti orang-orang berjaya yang lain, apabila sampai ke satu tahap kejayaan yang membanggakan, pastinya ada pihak-pihak yang ingin mengambil kesempatan. Begitu juga terjadi kepada Michael Jackson.
Boleh dikatakan, saya salah seorang fan Michael Jackson. Infact, MJ adalah antara idola saya masa muda-muda dulu untuk mencapai kejayaan. Daripada pengamatan saya, MJ adalah seorang yang merendah diri, lemah lembut dan baik hati. tahukah anda MJ adalah pemegang Guiness Book of Records sebagai selebriti yang PALING BANYAK menyokong badan-badan kebajikan?
Dalam pada itu, ada juga pihak yang mengambil kesempatan atas keperibadian MJ.
Tahun 1993, MJ dituduh melakukan kesalahan berkelakuan sumbang dengan seorang kanak-kanak dibawah umur. Tuduhan tersebut dilakukan oleh ayah kepada kanak-kanak tersebut. Segala penyiasatan dan bukti menunjukkan ia hanyalah fitnah sahaja. MJ telah diugut dan difitnah oleh ayah kepada kanak-kanak tersebut untuk mendapatkan wang… akhirnya, budak tersebut mengaku dia menipu di mahkamah.
But it was too late then… kedudukannya sebagai penghibur telah dicemari. Sejak itu bermula kejatuhan MJ.
Later on in his life, MJ menerima lagi tuduhan dan ugutan yang sama dengan kanak-kanak lain pula. Keputusannya, beliau tetap didapati tidak bersalah.
Tetapi,keputusannya juga adalah, tekanan yang diperolehi dari proses yang memakan masa bertahun-tahun bagaikan menyerap nyawanya sendiri, keluarga dan juga sumber kewangannya sehingga hampir muflis.
Ianya dilaporkan ubat-ubat yang diambilnya untuk mengurangkan tekanan mengakibatkan pemergiannya minggu lepas.
Lagi besar kejayaan seseorang itu, lagi besar cabaran yang perlu dihadapi. Bagi MJ, semuanya bermula dengan hanya satu tuduhan yang telah dibuktikan palsu semata-mata.
MJ will always be my idol.
Pendapat Anda? [39] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Rahsia mencapai kecemerlangan pingat emasPengumuman5 Tip perniagaan 2009 (ketika ekonomi down)Tiada pengalaman, bagaimana hendak berjaya?
Tue 7 Jul 2009
Soalan favourite nowadays ketika saya kendalikan talk tak kira mana, adalah… “Apakah kesan ekonomi down kepada perniagaan Internet?”.
Menurut majalah Entrepreneur, perniagaan Internet adalah satu pilihan yang baik ketika ekonomi down.
Dari pantauan saya, saya lihat, perniagaan Internet mempunyai kekuatannya tersendiri ketika ekonomi down. Antaranya…
- Orang ramai menjimatkan wang dengan tak keluar shopping/jimat duit minyak… parking/masa/makan/minum. Oleh itu, shopping online daripada rumah menjadi satu pilihan
- Perniagaan Internet yang sememangnya berkos rendah
- Oleh kerana kos perniagaan Internet adalah rendah, produk yang dijual melalui online boleh bersaing pada harga (lebih murah). Ini menjadi pilihan ketika ekonomi down
- Bagi usahawan baru, memulakan perniagaan di Internet boleh mengambil masa kurang dari 1 minggu sekiranya dilakukan dengan cara yang betul. Ini juga mengurangkan kos dan mempercepatkan pulangan/turnover ketika ekonomi down.
- Setiap tahun, walaupun ketika ekonomi down, angka transaksi/keuntungan melalui perniagaan Internet terus meningkat menurut US Census Bureau
- Menurut analisa Entrepreneur Magazine, kini peningkatan jualan online adalah 3 kali ganda berbanding dengan offline! (wow
)
Adakah perniagaan Internet ok ketika ekonomi down? Semestinya!
Checkout ruang Klik-klik 2 posting lepas sebagai contoh perniagaan Internet yang menjual produk baby izzulbabygift. Supaya anda mendapat idea & isnpirasi memulakan perniagaan Internet anda.
ps: Workshop Jutawan Internet minit-minit terakhir sebelum cuti bulan puasa akan diadakan di Kuala Lumpur pada 18hb Julai dan Kota Bharu pada 25hb Julai. Sekiranya anda berminat untuk mempelajari cara memulakan perniagaan Internet dengan betul, lawati http://www.rahsiainternet.com
Pendapat Anda? [16] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Logo perniagaan yang memberi kesan emosiBisnes Berapi… akan datang!Waktu terbaik untuk melabur pada hartanahKeuntungan perniagaan daripada pelanggan-pelanggan yang lepas
Sun 5 Jul 2009
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[29] Comments
Saya amat suka dengan movie animasi seperti Toy Story, Finding Nemo, Cars, Monster’s Inc, Wall-E dan lain-lain daripada syarikat PIXAR. Pixar mempunyai satu formula yang pasti menjadi untuk perniagaan mereka (perniagaan bikin filem).
Formulanya adalah…
Karakter di tempat asal > karakter sesat > karakter ingin kembali ke tempat asal
Hampir kesemua movie Pixar menggunakan konsep formula ini…
- Toy Story: Mainan (Buzz Lightyear) yang sesat di ingin mencari jalan pulan ke angkasa lepas
- Finding Nemo: Anak ikan sesat dan bapanya ingin cari jalan membawa pulang anaknya (nemo)
- Cars: Kereta racing yang sesat di sebuah pekan Radiator Springs dan ingin pulang ke perlumbaan
- Monster’s Inc: Budak kecik yang sesat di alam monsters dan dibantu oleh 2 monster untuk kembali ke dunia benar
- Wall-E: Robot sesat di angkasa dan kemudian bantu manusia pulang ke bumi
Kesemuanya menggunakan formula yang sama. Formula yang dijumpai oleh PIXAR untuk sebuah movie animasi yang berjaya.
Dalam perniagaan juga, anda perlu mencari satu formula yang yang pasti menjadi untuk perniagaan anda.Apabila anda telah jumpa formula tersebut, anda hanya perlu ulangi formula itu dalam keadaan-keadaan yang berbeza dan segala usaha anda pasti akan menjadi
Tahukah anda Pixar juga adalah syarikat Steve Jobs (Apple). Beliau apabila di Apple berjaya membawa Apple mencapai kejayaan yang amat hebat… dan di Pixar juga melakukan perkara yang sama. Beliau mempunyai “formula” perniagaannya tersendiri!
Adakah anda mempunyai formula yang pasti menjadi untuk perniagaan anda?
ps: Tak lama lagi filem Pixar terbaru “UP” akan ditayangkan… cuba kita perhatikan kot-kot menggunakan formula yang sama
Pendapat Anda? [29] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Fikir di luar kotakStrategi Jutawan Internet Irfan KhairiSebelum, Kini dan Selepas…Cabaran Minggu Berfikir Positif : Hari ke-7
Fri 3 Jul 2009
Mulai hari ni saya akan buat satu ruang baru di tip satu minit ni untuk memaparkan laman-laman web perniagaan Internet tempatan disertakan temubual pendek pemilik laman web tersebut. Tujuannya:
- Untuk mendedahkan lagi kewujudan laman-laman web tempatan yang berjaya menarik pelanggan
- Untuk memberi kefahaman dengan lebih mendalam maksud PERNIAGAAN INTERNET yang sebenar supaya orang ramai tidak keliru dengan skim buat duit di Internet
- Untuk memberi inspirasi dan idea kepada anda dalam memulakan perniagaan Internet diri anda sendiri
Untuk klik-klik pertama ini, suka saya paparkan www.izzulbabygift.com dan temubual bersama pemilik, Ezril Jamil…
Boleh anda kongsikan serba sedikit mengenai laman web anda?
Izzul Baby Gift adalah lelaman khas bagi sesiapa yang inginkan kelainan untuk masalah mencari hadiah untuk si kecil atau si ibu yang baru melahirkan. Lelaman ini dicipta kerana terdapat kesukaran saya mendapat kan hadiah yang unik untuk teman saya satu ketika dulu. lelamana ini adalah hasil dari perkongsian perniagaan dengan Isteri yang gemar kepada barang-barang kanak-kanak. Ia juga dituju khas untuk anak kami Izzul Haq.
Terdapat banyak barang2 yang dihasilkan dengan tangan untuk memberi sentuhan istimewa kepada pengguna seperti diaper cakes, baby bouquet, baby basket, barang seperti apparel dan diaper bag exclusive telah dibawa masuk dari US. Diaper bag kami antara yg pertama di Asia dan terkenal dikalangan artis seperti Jeniffer lopez, matt damon,P.diddy dan lain2.
Bila dan bagaimanakah anda mulakan perniagaan Internet anda?
Kami memulakan perniagaan kami pada tahun 2008. Isteri saya telah mengikuti seminar Ik di golden landmark (Singapura) satu ketika dulu.Dia terus jatuh cinta dengan perniagaan internet. Tarikh tak ingat.
Apakah kebaikan perniagaan Internet yang paling anda suka?
Antara kebaikan ialah kita tidak payah bersua muka dengan pelanggan ketika mempromosikan produk kita.
Boleh anda kongsikan satu cara yang paling efektif anda promosikan laman web anda?
Satu cara paling efektik yang pernah saya lakukan ialah mempromosikan di majalah Manja.
Boleh anda kongsikan tip kepada pembaca yang ingin memulakan perniagaan internet?
Tips ialah lakukan apa yang diajar oleh yang berjaya seperti IK dengan bersungguh sungguh. Jangan cut corners. Nasihat saya ialah jangan putus asa sebab perniagaan internet seperti perniagaan biasa juga.
Apakah rancangan jangka masa panjang anda dalam perniagaan Internet?
Rancangan saya ialah untuk kembangkan lagi perniagaan saya dan ada perancangan untuk membuka lagi satu lelaman untuk produk lain pula.
Sokong perniagaan Internet tempatan kita dengan melawat www.izzulbabygift.com
Sekiranya anda ingin pelajari cara memulakan perniagaan Internet dari rumah, tidak kira anda ingin menjual apa, klik di sini untuk maklumat lanjut!
Pendapat Anda? [19] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Terlalu banyak iklanCara mudah dalam membina jenama perniagaan anda5 Tip perniagaan 2009 (ketika ekonomi down)Maksima pulangan melalui program affiliate