August 2009


Fokus adalah amat penting kerana kita boleh beri tumpuan 100% tenaga, usaha & kemampuan kita kepada sesuatu keadaan sahaja.

Bayangkan matahari yang terik… tentu la panas kan, kadangkala sampai kita tak tahan dengan kepanasannya…

magnify.jpg

Bayangkan pula kita mempunyai magnifying glass (kanta pembesar) dan gunakannya untuk menumpukan cahaya matahari kepada satu titik fokus.

Apa yang terjadi?

Fokus tersebut akan membuatkan kepanasan cahaya tersebut berganda sehingga boleh menyebabkan haba & api…

Dengan memberi tumpuan tenaga, usaha dan kemampuan kita pada satu titik fokus, tak kira kerja, perniagaan, atau hidup kita akan berjaya mencapai apa yang dimatlamatkan dengan lebih cepat dan mudah.

Ramai antara kita hilang fokus dalam hidup, itu yang menyebabkan matlamat kita tersasar.

Lepas ni, harapnya kita fikirkan magnifying glass & kesannya apabila fokus… harapan takde lagi kita hilang fokus ;)

Selamat bercuti & menyambut hari kemerdekaan!

Pendapat Anda? [35] Comments

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Masalah tak fokus - permudahkan hidup kita setiap hari
  • Kalau anda menjalankan perniagaan SoHo (Small Office Home Office)…
  • Buat Keputusan Hari Ini!
  • Promosi kepada siapa?

  • Ada yang tanya, yang mana lebih penting- sama ada memiliki laman web, ataupun memiliki blog?

    Blog lebih kepada soft sell. Maksudnya kewujudan blog adalah untuk meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap perniagaan kita. Melalui blog yang interaktif, usahawan dapat berkongsi maklumat dan sedikit sebanyak menciptakan”no barrier to entry” dengan berkongsikan maklumat. Kredibiliti akan meningkat, maka mewujudkan kemesraan dan kesenangan bersama pengunjung.

    Laman Web lebih kepada hardsell. Maksudnya kewujudan laman web adalah untuk membuat jualan. laman web sering memuatkan surat jualan atau salesletter untuk menekankan jualan sesuatu produk. Laman web sering kali bersifat statik dan tidak mempunyai interaksi sesama usahawan dan pelawat.

    Apabila digabungkan kedua-dua elemen soft sell dan hard sell ini, ia memudahkan lagi segala jualan.

    Contoh…

    Pelawat akan melayari IrfanKhairi.com/blog (blog) yang mengandungi maklumat. Kepercayaan & kredibiliti terbina dengan perkongsian informasi di dalam blog (soft sell). Di blog juga terdapat iklan Mentor Jutawan yang menghalakan pelawat untuk melawati IrfanKhairi.com/mentor (laman web). Laman web ini pula berfungsi untuk membuat jualan ebook mentor Jutawan (hard sell).

    Jadi, yang mana lebih penting, samaada blog atau laman web?

    Jawapannya- kedua-dua penting oleh kerana kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza dan saling meemrlukan antara satu sama lain.

    Happy blogging!

    Pendapat Anda? [35] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Gandakan pelawat - dapatkan recommendation dari pelawat anda
  • Perniagaan Internet dan Strategi Laman Mini
  • Blog perniagaan vs Facebook perniagaan
  • Burger mana lagi sedap?

  • The Millionaire Mind adalah buku tulisan Dr Thomas Stanley yang memuatkan survey yang dilakukannya keatas beratus-ratus jutawan. Menurut surveynya didapati “Having a supportive spouse” adalah dikalangan top 5 faktor-faktor kejayaan seorang jutawan!

    Pepatah mat salleh mengatakan bahawa, behind every succesful man, there is a woman.

    Bagi anda yang memburu kejayaan, amat-amat penting mempunyai pasangan hidup yang benar-benar memahami dan memberi sokongan 110%. Sekiranya tidak, maka, usaha untuk mencapai kejayaan akan menjadi semakin sukar.

    Pesanan saya…

    • Bagi anda yang merupakan isteri kepada suami yang memburu kejayaan hebat, berikan 110% sokongan!
    • Bagi anda yang merupakan suami kepada isteri yang memburu kejayaan hebat, berikan 110% sokongan! (Walaupun keadaan ini agak sukar bagi sesetengah kaum lelaki)
    • Bagi anda yang masih bujang trang-tang-tang… cari pasangan yang benar-benar memahami matlamat anda yang besar itu. Sekiranya sebelum kahwin x faham… maka, dah kawin nanti pun tetap tak faham-faham ;)

    Antara pembaca blog ini mungkin pernah berjumpa dengan isteri saya, Shaz ketika Workshop Jutawan Internet. No doubt Shaz berikan 110% sokongan untuk mencapai kejayaan… walaupun ketika kami duduk flat kecil tiada bilik 8 tahun dulu!

    Dan hari ini, genap 8 tahun wedding anniversary kami, dan dikurniakan 4 cahaya mata ;)

    wedding.jpg
    Gambar kahwin 8 tahun dulu…. :)

    Beri sokongan kepada pasangan hidup anda. Bukan sokongan ala kadar sahaja, tetapi 110% sokongan dengan penuh keghairahan (passion) ;) Baru la pasangan hidup kita takkan gagal…

    Pendapat Anda? [29] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Selamat berpuasa!
  • Angin yang sama kita layari
  • Skill yang akan mengubahkan hidup anda - Public Speaking!
  • 2 positif lawan 1 negatif… siapa menang?

  • Beberapa minggu lepas, saya ada menyebut tentang “Integration Marketing” dengan menunjukkan contoh bumbung Hard Rock Cafe yang dicat dengan logo Hard Rock supaya boleh pengunjung melihat daripada Menara Kuala Lumpur…

    Konsep Integration Marketing yang digunakan dalam contoh ini adalah…

    Intergration Marketing di mana mereka mengambil kesempatan intergrate kaedah promosi dengan “traffic” daripada menara KL.

    Integration marketing adalah konsep yang amat mudah, tetapi amat efektif dan sering kali ramai mengabaikannya. Ia boleh dilakukan untuk perniagaan tak kira saiz, besar ataupun kecil-kecilan.
    Apa maksud Intergration Marketing?

    Mengambil peluang traffic/flow yang sedia ada untuk memasarkan produk dan perkhidmatan

    Contoh lagi:

    • Bagaimana Pizza Hut (atau KFC) akan membuka cawangan apabila McDonalds membuka cawangan di sesuatu lokasi. Pizza Hut/KFC mengambil kesempatan traffic yang dihasilkan oleh McDonalds.
    • Bagaimana Air Asia membuka booth/pejabat dan juga meletakkan poster sebesar-besarnya di KLIA menulis “Now Everybody Can Fly!”. Air Asia mengambil kesempatan traffic di KLIA untuk promosikan penerbangan kos rendah mereka.
    • Bagaimana dalam perniagaan Internet, kita menggunakan “Thank You” email apabila pelanggan membeli sesuatu produk, dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan kita yang lain. Ini mengambil kesempatan trafik pembeli yang sedia ada mempunyai kepercayaan membeli daripada kita, untuk beli lagi.

    Cuba lihat disekeliling anda dan anda akan dapat nampak kaedah “Integration Marketing” ini digunakan.

    Fikirkan bagaimana anda juga boleh aplikasikannya dalam perniagaan anda- mengambil kesempatan trafik sedia ada, untuk menambahkan keuntungan perniagaan anda ;)

    Pendapat Anda? [12] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Buzz marketing - promosi percuma yang tersebar luas
  • Marketing Mix
  • Pentingnya pemasaran perniagaan
  • “Usahawan Muslim Perlu Rebut Peluang Perniagaan Internet”

  • Assalamualaikum,

    Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna kepada semua rakan2 yang sering melawat blog ini :)

    Semoga bulan mulia ini dikurniakan kita semua dengan pelbagai rezeki. Jangan lupa berzakat oleh kerana janji kepada kita bahawa “Harta tidak akan berkurangan sekiranya berzakat & bersedekah”

    Salam Ramadhan Al Mubarak! :)

    -IK

    Pendapat Anda? [12] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Selamat menyambut Ramadhan!
  • Selamat menyambut Ramadhan yang mulia
  • Selamat berpuasa!
  • Selamat Hari Raya Aidilfitri!

  • Perlu ke cable? Saya setakat speaker cable, network cable, guitar electric punya cable ada la… :)

    Maksud saya kali ini perlu kah kita mempunyai orang dalam, terutamanya geng2 politik untuk memajukan perniagaan kita? Sering kita dengar orang-orang kita selalu luahkan kalau takde ‘cable’, memang susah untuk perniagaan berjaya. Sejauh manakah ini benar?

    Secara peribadi, saya sendiri dalam perniagaan tidak pernah mempunyai cable atau menggunakan cable untuk mencapai kejayaan. Ramai juga usahawan-usahawan yang saya kenal bermula daripada kosong, tanpa cable, dengan hanya matlamat dan hasrat yang amat tinggi, boleh mencapai kejayaan berjuta.

    Sekiranya kita terlalu mengharapkan ‘cable’ dalam menentukan kejayaan perniagaan kita, maka perniagan kita umpama bukan dalam kawalan kita. Mengharapkan cable atau orang dalam, baru boleh berjaya… not my type of business.

    Saya juga sering melihat keadaan di mana perniagaan yang terlalu mengharapkan cable ni… terus gagal apabila cable tersebut tidak lagi dapat membantu perniagaan. Ini hanya menunjukkan kurang cekapnya usahawan apabila terlalu bergantung pada cable.

    Ketahui bahawa, dalam perniagaan, tak semestinya kita mempunyai kabel/org dalam untuk berjaya… dengan idea, matlamat & usaha, tak kira apa sahaja perniagaan boleh berjaya ;)

    Pendapat Anda? [32] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • IK bawak kereta apa?
  • Perlu diversify atau perlu niche?
  • Yakin dengan diri sendiri!
  • Perniagaan- senang atau susah?

  • Ada kata yang berbunyi, sekiranya anda tidak mangambil dadah, tetapi anda berkawan dengan mereka yang mengambil dadah, lambat laun anda juga turut akan mengambil dadah. Sekiranya anda tidak minum arak, tetapi anda sentiasa bersama mereka yang minum arak, lambat laun, anda juga akan minum arak (hendaknya anda dijauhkan dari dua contoh negatif ini!)

    Namun begitu, ianya adalah benar. Anda akan turut menjadi sama seperti bulatan kenalan anda! Berkenalan dengan usahawan-usahawan berjaya sentiasa dapatkan nasihat dari mereka yang berjaya di dalam industri anda. Cuba luangkan banyak masa anda bersama mereka yang bergelar jutawan.

    Lambat laun, anda juga akan mencapai seperti mereka! Itulah kekuatan sesuatu bulatan kenalan. Ia akan membentukkan anda menjadi seperti bulatan kenalan tersebut.

    Peribahasa mat salleh “If you want to soar with the eagles, you should not flock with the turkeys!” (Sekiranya anda ingin terbang gagah seperti sang helang, anda jangan menyertai kumpulan ayam belanda!)

    Pendapat Anda? [39] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • 85% kejayaan anda bergantung pada orang lain
  • Yang kaya menjadi semakin kaya… Bhg2
  • Kelilingi diri anda dengan mereka yang hebat…
  • Be a giver… Jadi seorang pemberi!

  • Dalam perniagaan, kalau tak sebut tentang harga, memang tak sah. Ramainya bila nak mulakan perniagaan akan fikir letakkan harga rendah… murah… jadi boleh bersaing. Tak salah strategi ini. Ada juga yang mengambil langkah yang lebih “berani” meletakkan harga tinggi untuk mendapat pasaran premium. Yang ni pun tak salah :)

    Jika di tanya saya, strategi mana yang lebih menarik, jawapan saya pastinya pada meletakkan harga untuk pasaran premium :)

    Nasihat saya, secara mudahnya, kita lihat terdapat 3 pasaran diluar sana…

    • Mereka berpendapatan rendah ATAU selalu inginkan bargain
      Golongan ini sering mencari produk dan perkhidmatan pada harga rendah. Dikatakan sebagai “bargain hunters”.
    • Mereka berpendapatan sederhana
      Mereka ni ditenagh-tengah pagar… quite flexible
    • Mereka berpendapatan tinggi ATAU selalu inginkan premium
      Mereka inginkan prestij, kualiti & premium. Tidak berapa risaukan harga tetapi selalu inginkan yang terbaik.

    Dengan memahami golongan pasaran sebegini, pastinya kita tidak takut dalam meletakkan harga oleh kerana tak kira apa sahaja harga anda letakkan, pastinya ada pembeli. Namun sudah tentu produk dan perkhidmatan anda perlu mencerminkan harga yang diletakkan…

    • Siapa kata MAS tak laku bila Air Asia meletakkan tambang pada harga yang murah? Pastinya ramai juga menggunakan MAS seperti saya sendiri selaku usahawan
    • Siapa kata ice-cream Haagn Dazs yang harga RM10 satu scoop tak lakukeran boleh dapat icecream Walls kat kedai RM10 satu balang? Haagn Dazs tetap laku kerana ramai yang inginkan ice cream premium
    • Siapa kata Mercedes, BMW, Ferrari tak laku sebab ada banyak lagi kereta-kereta murah di pasaran? Sudah tentu ramai juga pembeli kereta-kereta mewah ini…

    Dalam perniagaan, kita tidak semestinya mula pada harga rendah. Terutama usahawan-usahawan tempatan suka sangat meletakkan harga murah kerana “segan” harga tinggi atau “takut nanti apa orang kata” atau mungkin sikap rendah diri tidak berapa yakin dengan produk dan perkhidmatan sendiri ianya boleh diletakkan pada harga tinggi.

    Teringat tahun 2005 saya mulakan Workshop Jutawan Internet pada harga RM560… masa tu pun ramai dah kata harga tinggi. Makin lama, makin naik harga sehingga kini mencecah RM940. Masih ada yang kata harga tinggi. Tetapi pokoknya (bukan pokok untuk ditebang), sehingga kini setiap kali pasti dipenuhi peserta untuk Workshop Jutawan Internet!

    Sekali lagi perlu ingat… Tak kira berapa harga anda… pasti ada orang membeli! Anda hanya perlu sasarkan golongan yang tepat untuk perniagaan anda ;)

    ps: Workshop Jutawan Internet terakhir sebelum saya cuti 2 bulan akan diadakan pada hari Ahad ini. Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.rahsiainternet.com

    Pendapat Anda? [27] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Segan letak harga!
  • Berjimat dari belian emosi
  • Perniagaan yang meletakkan harga tinggi
  • Tip kewangan!

  • Pantasnya masa berlalu… rasa macam baru sahaja my baby girl Cinta Strawberry Abadi dilahirkan… tup tap tup tap, dah setahun umurnya hari ini…

    Bagi followers blog ini terutamanya ruang Reality, pasti ingat, Cinta dilahirkan pada 08/08/08.. dan saya ada post gambar/posting pada hari kelahirannya di sini > 08-08-08 Tarikh keramat :) Tiga bulan kemudian juga saya ada update gambar Cinta kerana ramai yang minta saya updatekan. Maklumlah, Cinta ramai uncle & auntie cyber… > Cinta Strawberry 3 bulan

    Hari ni, 08/08/09 genap setahun Cinta…

    Cinta berumur 1 hari…

    Cinta berumur 3 bulan…

    Khas untuk uncles & aunties cyber, Cinta Strawberry Abadi hari jadi pertama :) Cinta kini dah ada 4 gigi dan tersangatlah aktif.

    cinta-year1.jpg
    Cinta one year old 08-08-09!

    So, hari ni kami sekeluarga menyambut di Menara KL, restoran berputar Sri Angkasa… was a great time. Just raikan kecil2 je bersama wife, and the kids. Sambil2 sambil di Menara KL, tower yang ke 5 tertinggi di dunia, sempat juga lepak di observation deck dan tengok-tengok kat teropong.Sambil tengok-tengok… satu view ni menarik perhatian saya. Dalam banyak-banyak bumbung bangunan, bumbung bagunan ni yang menarik minat saya… Hard Rock Cafe!

    hardrockroof2.jpg

    Hard Rock Cafe telah mengecat logo Hard Rock di bumbung bangunnannya semata-mata untuk menarik perhatian mereka yang melawat Menara KL. Siapa yang melihat kebawah, pasti akan ternampak logo Hard Rock Cafe… pelancong-pelancong luar pasti tertarik dengan Hard Rock cafe sebagai tempat santai.

    Strategi yang digunakan oleh Hard Rock Cafe ini di namakan sebagai Intergration Marketing di mana mereka mengambil kesempatan intergrate kaedah promosi dengan “traffic” daripada menara KL. Ok, topik “Intergration marketing” saya kongsikan later lah ok…  :)

    Lepas lunch di Menara KL, pergi ke KLCC untuk berjalan2 pula… balik beli birthday cake…

    cake1.jpg
    Nama panjang sangat kot… susah kedai tu nak tulis :)

    Kids grow up so fast! Cherish the times & enjoy their company…. nanti dah besar, teringat2 pula masa they are small :)

    Pendapat Anda? [30] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Happy Birthday Cinta 2010
  • Antara minat, passion dan wang
  • Cinta Strawberry 3 bulan
  • Beri pelanggan pinjam produk perniagaan kita

  • Hari ni saya nak kongsikan klip saya di Awani Pagi minggu lepas berkongsi mengenai membina jenama dalam perniagaan (part 1). Insyaallah part 2 akan saya upload soon… belum berkesempatan upload di YouTube lagi.

    Berikut perbincangan mengenai jenama perniagaan di Awani Pagi, Astro Awani with my friends, Zaiful Ariffin & Azean Ishak…

    Bahagian 1: Membina Jenama Perniagaan


    Bahagian 2: Membina Jenama Perniagaan


    Sekadar update, ikuti sesi saya di TV & radio:

    *Astro Awani (ch501), setiap Rabu pagi jam 9.30am
    *Radio24 (93.9fm), setiap Khamis jam 2.15pm
    *BFM (89.9fm), setiap Rabu jam 1.00pm

    ps: Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang membina jenama, lawati http://www.irfankhairi.com/laporanX/

    Pendapat Anda? [8] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Mengapa membina jenama perniagaan adalah penting
  • Rahsia membina jenama
  • Cara mudah dalam membina jenama perniagaan anda
  • Ada apa pada nama?

  • Apa itu Buzz Marketing?

    Buzz Marketing adalah apabila tersebarnya berita perniagaan/trend kita dengan cara automatik secara meluas.

    buzz.jpg

    Sebagai contoh, seorang pemuda sedang mendengar iPodnya di perhentian bas. Sorang lagi pemuda bertanya… “Eh.. ipod ni yang latest kan? Berapa lagu boleh masukkan?” Pemuda tu pula menjawab, “Boleh muatkan 5,000 buah lagu… bukan tu je, nak tengok video & masuk Internet pun boleh. memang best iPod ni!”

    Itu adalah asas Buzz Marketing. Pemuda yang bertanyakan tu mendapat info, dan barangkali akan sebarkan informasi tu pada kawan-kawannya yang lain… “Eh, iPod terbaru ni boleh muatkan 5,000 buah lagu dan boleh mainkan video serta masuk Internet lagi!”

    Buzz Marketing boleh juga dikatakan seperti Word of Mouth, tetapi ianya lebih kepada sesuatu “trend” yang membolehkan promosi tersebar secara automatik…

    Antara contoh berlakunya Buzz Marketing seperti:

    • iPod
    • Yo-yo
    • Jam Swatch
    • Motorola Razr
    • Transformers the movie
    • … dan banyak lagi

    Bagaimana hendak menciptakan buzz? Jawapannya- produk atau perniagaan anda perlu mempunyai elemen “cool” :)

    Boleh kah anda namakan lagi produk/perkhidmatan/perniagaan yang tersebar secara Buzz Marketing?

    Pendapat Anda? [20] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Marketing Mix
  • Gandakan pelawat - dapatkan recommendation dari pelawat anda
  • Integration Marketing - Mengambil peluang trafik yang sedia ada
  • Pentingnya pemasaran perniagaan

  •