Pagi tadi, saya & Abang Abu berada di MHI, TV3 menceritakan tentang Simpan Challenge! bagi anda yang ter-miss pagi tadi, ni, saya dah letakkan di YouTube untuk anda tontoni dan ketahui apa ke bendanya Simpan Challenge ni
BERITA TERKINI!
Ikon-ikon dari Telaga Biru Sdn Bhd / Storm Readers termasuk Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah dan Ustaz Zahazan Mohamed juga turut akan memberi tips dan santapan rohani mengenai wang dan perniagaan kepada mereka yang menyertai Simpan Challenge!
Sekiranya anda berminat untuk menyertai dan inginkan maklumat lanjut, klik butang di bawah
Wah.. hampir seminggu juga saya cuti beraya Kini mula ramai pulang dari kampung masing-masing…
Suka saya umumkan satu kempen yang bakal dijalankan bernama “Simpan Challenge” pada bulan November ini. Kempen Simpan Challenge bertujuan untuk mendidik dan menggalakkan orang ramai tabiat menyimpan.
Sebenarnya, menyimpan mempunyai “seni” dan strateginya tersendiri. Ramai yang menganggap, menyimpan sekadar menahan diri kita dari berbelanja. Sebenarnya, ianya lebih daripada itu yang bakal dikongsikan ketika bulan “Simpan Challenge”
Matlamat “Simpan Challenge” mudah sahaja, iaitu memberikan tip dan strategi yang praktikal bagaimana anda boleh menyimpan RM1,000 dalam masa 1 bulan. Mudahkan?
Insyaallah hari Selasa ini saya, dan pengasas Simpan Challenge, Abang Abu (daripada ebook mentor Jutawan) akan menceritakan sedikit sebanyak mengenai Simpan Challenge ini di MHI, TV3. Alhamdulillah, walaupun Simpan Challenge masih lagi diperingkat awal, tetapi telah pun mendapat kepercayaan berbagai pihak terutamanya media.
Sekiranya anda berminat untuk menyertai dan inginkan maklumat lanjut, klik butang di bawah
Sebulan berpuasa, kini tiba masanya menyambut Syawal
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca blog IrfanKhairi.com - tip satu minit!
Ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan anda dan kesudian anda berkunjung ke blog ini (bukan ke rumah… tahun ni takde open house ) sejak 3 tahun yang lepas. Blog ni pun dah menyambut 3 kali Raya
Maaf Zahir & batin sekiranya ada salah & silap. 0-0
Kebanyakan kita sedia tahu apa itu program affiliate. Sekiranya tak tahu, ringkasannya adalah…
Perniagaan Internet berbentuk affiliate adalah di mana anda mengesyorkan atau “recommend” produk dan perkhidmatan orang lain, dan sekiranya seseorang membeli produk/perkhidmatan tersebut, anda akan menerima komisyen.
Tetapi, tahukah anda, penyelidikan online telah menunjukkan bahawa, hanya 2% sahaja daripada mereka yang menyertai program affiliate benar-benar tahu kaedah sebenar dalam menjana pendapatan melalui program affiliate.
Bilangan besar yang menyertai program affiliate LANGSUNG tidak pernah berjaya membuat jualan, ataupun, sekiranya dapat, jumlahnya adalah terlalu kecil.
Dari pengalaman kami juga mengendalikan program affiliate Mentor Jutawan, keadaan ini terjadi. Ketika ini, ahli affiliate Mentor Jutawan adalah lebih daripada 3,000 ahli. Tetapi, yang sering membuat jualan dan menerima komisyen yang tinngi adalah kurang dari 100 ahli!
Mengapa ini terjadi?
Sebabnya hanya satu - kurangnya ilmu perniagaan affiliate!
Untuk menjadi 2% teratas dalam memperolehi pendapatan melalui program affiliate, anda perlu lengkapkan diri anda dengan ilmu perniagaan affiliate secukupnya.
Kebanyakan yang menyertai melakukan kaedah ini:
Promosi program affiliate secara rambang melalui email
Promosi program affiliate di blog menggunakan bahan promosi laman web jualan produk tersebut
Promosi produk affiliate TANPA memiliki produk tersebut
Pastinya, 3 cara ini (dan banyak lagi!) adalah cara yang salah kerana…
Promosi secara rambang melalui email akan menjadikan promosi anda berbentuk SPAM. Dan apabila spam, pastinya kredibiliti anda sebagai affiliate akan jatuh
Promosi menggunakan bahan yang terkandung dalam web jualan tidak semestinya membantu dalam menambahkan jualan kerana bahan yang sama digunakan oleh beratus atau beribu blog yang lain- tiada kelainan!
Promosi terbaik adalah dengan menjadi umpama “jurucakap” kepada produk affiliate yang disertai seperti memberi testomonial atau review yang ikhlas. Tanpa memiliki produk tersebut, usahawan affiliate pasti tidak dapat memberi testimonial dan review yang lengkap & bernas.
Sekiranya anda ingin mendalami program affiliate, RahsiaInternet.com telah melancarkan Laporan: X terbaru yang bertajuk…
“Cara Memulakan Perniagaan Internet Tanpa Modal dan Produk Sendiri dan 25 Tip Affiliate Hebat”
Laporan ini menjelaskan lebih terperinci mengenai program affiliate serta tip-tip bagaimana anda boleh memaksimakan pendapatan program affiliate yang anda sertai. Bukan itu sahaja, ia juga memuatkan kesilapan-kesilapan yang RAMAI penggusaha affiliate di Malaysia sering lakukan yang mengakibatkan tiada langsung jualan dilakukan dan amat kurang komisyen yang diterima.
Untuk mendapatkan Laporan X: Affiliate Hebat (harga RM20 sahaja), layari…
Baru-baru ini slot Radio saya telah bertukar dari rancangan “Yo!” kepada “Irfan on Air”. Irfan on Air berkonsep seperti blog anda baca ini, menyampaikan tip perniagaan, kewangan dan juga motivasi cara santai dan insyaallah happening! Saya juga membuka talian telefon untuk pendengar radio24 berkongsikan pengalaman, tip atau pun soalan bersama saya
Semalam di Radio24, program “Irfan on Air” (Setiap hari Khamis 2.15pm) saya kongsikan mengenai 4 tahap kewangan seseorang itu.
Berikut adalah 4 tahap tersebut…
#1: Kewangan tidak selamat (Finacially not secure)
Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan pun. Dalam erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan anda hanya mampu menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda dapat hidup dengan wang simpanan yang ada.
Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapapun. Boleh diumpamakan sebagai kais pagi-makan pagi… kais petang makan petang. Zaman modern ini, seumpama kais bulan ni, makan bulan ni… kais bulan depan, makan bulan depan
Masalahnya, ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidak selamat ini…
#2: Kewangan Selamat (Financially secure)
Ini adalah pilihan yang lebih baik. Ertinya, umpamanya sekiranya anda berhenti kerja (atau dinberhentikan ) anda mempunyai simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan. Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! keran tidak ramai yang berada di sini.
6 bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itu mendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambung pendapatan sara hidup. matlamat utama anda sekiranya anda berada di tahap #1 adalah untuk mencapai tahap ini… cukupkan simpanan anda untuk menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga- tanpa perlu kerja!
#3: Bebas kewangan / Mandiri kewangan (Financially Free)
Ini adalah matlamat bagi ramai antara kita. Tetapi, yang mencapainya adalah amat sedikit. Ertinya sekiranya anda berada di tahap ini adalah- anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja ataupun tidak! Anda mempunyai simpanan atau pun aliran pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga sampai bila-bila!
Tahap ini, anda tidak perlu kerja lagi (atau menjalankan perniagaan). namun begitu, ramai yang berada di tahap ini, masih lagi meneruskan karier atau perniagaan kerana berasa seronok melakukannya. Bukan kerana terpaksa, tetapi dengan sukarela…
Tips untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan berganda secara automatik, contoh seperti menyewa rumah, membina perniagaan yang dikendalikan secara automatik (perniagaan Internet) atau membina perniagaan yang dikendalikan oleh orang lain (mungkin pengurus).
#4: Tahap Kaya Giler (… ya.. memang saya sebut kaya Giler di radio!) atau Ultra Rich
Tahap ini lagi la sedikit yang capai… teramat sedikit. Mereka ini jenis yang mempunyai wang yang banyak sehingga tak terpakai wang yang dimiliki. Boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta… (kita nak dapat beratus ribu pun payah ) nama nama seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan.
Itulah 4 tahap kekayaan yang saya kongsikan di “Irfan on Air”. Sekiranya anda ikuti semalam, saya juga kongsikan teknik dan strategi bagaimana hendak meningkatkan tahap anda dari 1-2-3-dan-4. Insyaallah saya akan konsikan pada hari lain. Buat masa ini, kita faham dulu kedudukan kewangan kita…
Soalan cepu gangsa untuk hari Jumaat ini…
Anda berada dalam kedudukan yang mana?
*Tak perlu jawap di sini pun takpe. Just jawap dalam hati… yang penting kita sedar kedudukan kewangan kita dan berusaha untuk tingkatkan ke tahap yang seterusnya
Dalam pemasaran era baru, terdapat teknik menjual yang dikenali sebagai elevator pitch. Elevator = lif.. pitch = kata-kata menjual.
Maksud elevator pitch, bukannya anda menjual dan lakukan promosi ketika di dalam lif
Tetapi, maksudnya adalah untuk anda ciptakan satu “selling pitch” atau “kata-kata jualan” yang khas yang panjangnya dalam lingkungan 15-20 saat. Elevator pitch adalah terbaik oleh kerana ia akan membezakan anda dnegan pesaing-pesaing anda. Namanya dikenali sebagai “elevator pitch” kerana kononnya seumpama anda perlu promosi dalam jangka masa pendedk seperti di dalam lif.
Contoh:
Sekiranya anda seorang penasihat kewangan, apabila di tanya “apa anda buat?”, sering kali jawapannya adalah “Penasihat Kewangan”
Tetapi, sekiranya anda mempunyai elevator pitch, jawapan anda adalah:
“Saya membantu mereka yang dalam kesusahan kewangan untuk mengurus kewangan mereka dengan lebih sempurna dan menambahkan lagi pendapatan tanpa usaha dengan cara melaburkan simpanan yang sedia ada”
Sekiranya anda seorang konsultan Internet:
“Saya membantu perniagaan menambahkan keuntungan perniagaan mereka sebanyak 200% dengan memperkenalkan kaedah dan strategi perniagaan Internet yang mudah dan murah”
Elevator pitch adalah apabila anda menjelaskan apa yang anda lakukan (perniagaan anda) dengan lebih sempurna dan lengkap. Tidak lagi menjawab pertanyaan orang dengan “saya seorang arkitek” atau “saya seorang ejen hartanah” atau “saya seorang akauntan”.
Elevator pitch pastinya membezakan anda dengan pesaing-pesaing anda yang lain
Jadi, kongsikan elevator pitch anda di sini… siapa berani? (cabaran ni… siapa nak sahut?)
Sekiranya ianya terjadi kepada anda, jangan sesekali membalas dengan memburukkan perniagaan pesaing kembali. Ini adalah kerana, sekiranya anda melakukan ini, anda pula akan dilihat sebagai memburukkan perniagaan lain dan 10 orang akan memburukkan anda. Dalam erti kata lain, “buat tak tau” sahaja… tetapi, jelaskan pada perniagaan anda segala manfaat, kelebihan dan kekuatan yang ada pada perniagaan anda.
Sekiranya terdapat pesaing memburukkan anda, tambahkan ilmu dan tambahkan kekuatan perniagaan sendiri sehingga ianya menjadi amat sukar untuk pesaing menyaingi anda.Tujuan utama pesaing memburukkan anda adalah untuk menjatuhkan anda, dan menaikkan nama mereka. Memandangkan ini tujuan utama, maka, anda perlu bersedia dalam pelbagai aspek- terutama ilmu perniagaan.
Tingkatkan ilmu perniagaan anda sehingga anda sendiri mendapat lebih ramai pelanggan dan pasaran sehingga sukar untuk sesiapa menyaingi anda.Tidak perlu bergaduh atau berlawan dengan pesaing anda oleh kerana ianya hanya akan membuang masa anda di mana tiada siapa yang akan menang.
Tetapi, dengan ilmu, anda boleh melepasi semua pesaing anda sehingga apa sahaja teknik kurang baik yang digunakan oleh pesaing anda tidak akan menjadi keatas anda. Malah, ia akan menjatuhkan pesaing anda sendiri.
Fikir sejenak… sekiranya gerai burger cuba memburukkan McDonalds, adakah ia akan menjatuhkan kredibiliti gerai burger tersebut? adakah ia akan menganggu keuntungan McDonalds? Adakah McDonalds akan membalas balik dan memburukkan gerai burger tersebut?
Jawapan: Lengkapkan ilmu perniagaan anda sehingga jurang perniagaan anda dan pesaing anda menjadi seperti McDonalds dan gerai burger! THINK BIG!
Apa yang patut dilakukan sekiranya pesaing anda cuba memburuk-burukkan anda dan cuba menjatuhkan anda?
Pesaing yang cuba memburukkan dan menjatuhkan anda datangnya dengan pelbagai cara. Ada yang buat secara direct, ada yang buat secara kiasan ataupun secara perli. Namun, tujuannya tetap sama iaitu cuba memburukkan perniagaan anda, dan ingin meningkatkan perniagaan mereka.
Jangan salah fikir. Memburukkan perniagaan pesaing sebenarnya memburukkan perniagaan anda sendiri. Sekiranya anda memburukkan 1 perniagaan, 10 orang akan memburukkan perniagaan anda! Memburukkan perniagaan pesaing sama ada secara direct, kiasan, atau perli hanya akan menjatuhkan jualan dan keuntungan perniagaan sendiri sahaja oleh kerana kredibiliti perniagaan itu akan musnah.
Sekiranya kredibiliti perniagaan anda musnah, ianya amat sukar untuk mendapat kepercayaan kembali.
Pengguna kini adalah bijak & sophisticated.Oleh itu, ia adalah kesilapan besar sekiranya anda menggunakan teknik “memburukkan pesaing” pada zaman ini.
Apa yang anda akan lakukan sekiranya terdapat pesaing yang memburukkan dan cuba menjatuhkan perniagaan anda?
"Tidak
seperti pakar perniagaan Internet yang lain, Irfan Khairi melakukan apa yang diajarnya
untuk menjana pendapatan dari rumah. Kaedah berniaga yang ditunjukkan olehnya
adalah amat berkesan.
Teknik
yang diajarnya telah kami gunakan untuk memberi pulangan
berkali-kali ganda melalui laman web kami"
~Azizi
Ali Jutawan Penulis terlaris buku-buku
kewangan Malaysia #1 termasuk "Lahirnya Seorang Jutawan" & "Jutawan dari Planet
Jupiter"
"...Walaupun
saya telah membaca buku Irfan, masih banyak saya pelajari dan fahami
mengenai perniagaan Internet melalui workshop ini! Kini saya melihat segalanya
dengan lebih jelas lagi. Keputusan saya untuk memandu 7 jam dari Kota Bharu
ke Kuala Lumpur untuk turut menyertai adalah keputusan yang amat tepat! Saya BERSEMANGAT!
...dan kini memandang jauh ke masa hadapan yang lebih cerah!"
~Razzi
Rahman Usahawan Pelakon & Penyanyi
popular 90-an "Rambulan Kesiangan" & "Syakila"
"Penampilan
dan persembahan saudara Irfan yang tidak terlalu konservatif dan tidak terlalu
teknikal memudahkan workshop ini difahami walaupun peserta bukan yang arif dalam
bidang IT...
Dengan
'passion' dan sikap keterbukaan terhadap ilmu dan pendekatan yang baru, sesiapa
pun boleh berjaya"
~Manan
Ngah S.M.T,
A.M.T, P.P.N Ahli
muzik & Penggubah lagu
"Buku
Perniagaan Internet #1 Terlaris di Malaysia!"