Seminggu juga tak update blog. Wow… satu record baru bagi saya
Bagi pengunjung Tip Satu Minit, maaf sebab lama tak update blog. Proses pindah rumah ni memang memenatkan. hari tu saya ada sebut akan update perkembangan SOHO saya, so, ini dianya…
Minggu lepas saya postkan gambar ni…
Bilik kosong.. baru cat warna merah & cream… merah= my fav color… (Tahukah anda!: Masa saya di Kolej & University, kawan-kawan panggil “Red” dan masa chat/berforum online, sebelum kenal perniagaan Internet, 10 tahun lepas nickname saya “Merah”)
Gambar seterusnya, kotak-kotak dahu masuk. Mostly buku-buku saya. On average seminggu saya khatam satu buku Insyaallah. Kebanyakan buku-buku perniagaan, motivasi & wang. by now, blinds & grill pun dah pasang…
Next… gambar buku-buku dah kena punggah… memang banyak. Bilik pun jadi macam kapal karam… kalau nampak carpet warna merah tu, ada la laptop saya. Sebagai tempat SOHO sementara Kesian… atas lantai je…
Seterusnya, perabot pun masuk… hmmm… agaknya apa la perabot yang ada… Dua orang tengah pasang IK punya “special request” untuk diletakkan kat tengah-tengah my SOHO…
Yang ni pula tengah pasang meja… so, lepas ni tak perlu SOHO atas lantai
Ok… barang dah masuk… perabot pun dah kautim. So, ini gambar terbaru SOHO IK… masih lagi dalam keadaan kapal karam sebab belum kemas lagi, but at least ada la meja untuk buat kerja. Juga… tu diaa… kat tengah-tengah my SOHO ada pool table sebagai tempat beriadah sebab saya minat main snooker & pool
So, lepas penat-penat buat kerja & business… boleh shoot some pool, siapa nak join?
View daripada meja kerja saya
Buku-buku masih lagi dalam proses kemasan dalam library saya… nanti dah siap beberapa hari lagi, saya akan tunjuk gambar complete SOHO saya
Thanks for visiting & insyaallah tip satu minit akan kembali tak lama lagi. Harap bersabar ya!
Ramai usahawan melakukan kesilapan memandang rendah pesaing mereka. Mereka mengabaikan pesaing-pesaing utama dengan alasan dalam hati mengatakan “Ahh.. strategi dia pastinya tak menjadi!”.
Ini adalah satu kesilapan yang besar kerana memandang rendah pesaing hanya mengaburkan mata kita daripada strategi sebenar yang dilakukan oleh pesaing. Jangan lupa pesaing juga mempunyai strategi tersendiri untuk mendapatkan pasaran yang lebih besar.
Apa yang terbaik anda boleh lakukan adalah hormati pesaing anda yang berjaya. Jangan pandang rendah pesaing terbaik anda. Pelajari strategi yang dilakukan dan perbaiki perniagaan sendiri berdasarkan kekuatan yang ditunjukkan.
Bagi yang ikuti blog ni, pasti tahu saya dalam proses pindah rumah. Sebab tu juga, jarang-jarang dapat update blog. Insyaallah minggu depan postings akan jadi seperti biasa ok… so, supaya takdelah anda masuk blog ni, dan tak update beberapa hari… sedikit “hiburan” untuk anda
Tengah-tengah mengemas barang-barang lama untuk pindah rumah, saya pun terjumpa gambar-gambar lama saya masa muda-mudi dulu. So, ni nak kongsikan satu (satu je) gambar saya masa di university 10 tahun lalu.. tahun 1999! Tahun saya mulakan perniagaan Internet…
Rambut panjang baru rock, jangan marah! (Jangan jeles Razzi Rahman)
Gambar di ambil di depan rumah sewa saya di Staffordshire ketika saya menuntut di Staffordshire University. Grad tahun 2000.
Sedikit latar belakang, saya sekolah rendah di SRK Raja Perempuan Mazwin (Kuala Kangsar) kemudian ke SRK Subang Jaya sampai darjah 6… Sekolah menengah di SMK Lelaki Bukit Bintang di PJ. lepas tu ke PPP ITM di Shah Alam mengikuti A Level (batch 13). Lepas tu ke British Consortium Higher Education (BCHEM) Cheras untuk melanjutkan first year degree. Lepas tu ke Staffordshire University, United Kingdom (gambar). Sekian terima kasih
Post kali ini hiburan semata-mata, so takde pun tip satu minit hari ini…
Baru-baru ini saya ditemubual oleh majalah Personal Money. Insyaallah akan keluar bulan depan sebagai cover story.
Berikut salah satu soalan (dan jawapan) yang diberikan ketika temubual
Personal Money: In your opinion, what distinguishes you from other non-millionaires youth? How do you do things differently?
IK: I think its “a good start”. I wouldn’t say I work harder than others, or work longer hours than others… but a good start of having a goal at the age of 18, and reaching it at the age of 25.
It’s like a rocket where you need full power & intense power to lift of from the earth. Once the rocket is out at the atmosphere, gravity will do the rest.
I too listen to music, go to the movies, watch DVD’s and go out. No different from other youths, but starting early, realizing how important it is to have a goal, and working towards the goal gives me an upper hand.
Starting early and giving all you got at the beginning really helps. I would say “a good start” is how I do it differently.
Kesimpulannya: Mula awal… kalau belum mula lagi, mula sekarang, Tiada masa untuk berlengah-lengah lagi sekiranya ingin mencapai kejayaan. So, do it now
So, jangan lepaskan majalah Personal Money daripada Edge bulan hadapan… bukan saya sorang je di cover, tetapi ada bersama 5 jutawan lain dari latar belakang yang berlainan. C u there!
Lama juga saya tak update ruangan Reality. So, hari ini saya ingin updatekan what I’ve been up to. Sekiranya anda follow saya di Twitter, saya ada menyebut tentang saya dalam proses pindah rumah
Yup… bagi anda yang berpengalaman pindah rumah, pastinya tahu sangat memenatkan- but exciting at the same time.
Insyallah dalam bulan ini, memang sibuk dengan proses memindah rumah. kini saya tinggal di kawasan Damansara (Selangor)… rumah baru di kawasan Damansara (KL) pula )
Seperti biasa, since saya menjalankan perniagaan Internet dari rumah, so, saya pun mempunyai ruang studio SOHO saya sendiri. SOHO saya ni di tingkat teratas rumah 3 tingkat. Memang kosong lagi, belum pasang grill dan masukkan furniture pun… cuma baru cat. (Maaf gambar tak berapa clear sebab ambik guna handphone je- klik untuk besarkan)
Kali ni Soho saya saya pilih warna merah (warna favorite) dan warna cream… nanti insyaallah saya update proses melengkapkan SOHO saya di sini untuk anda ikuti
Selain daripada warna favorite saya, research ada mengatakan bahawa warna merah adalah warna yang baik untuk Soho kerana bekerja dari rumah memerlukan transition/pertukaran yang drastik… dari bilik tidur ke pejabat, berapa tapak je Warna merah boleh memberi efek pertukaran environment (bekerja) tersebut.
Sekiranya anda ingin menjalankan perniagaan Internet dari rumah, sememangnya terbaik mempunyai ruang khas untuk menjalankannya. Tetapi sekiranya anda mempunyai ruang yang terhad di rumah anda untuk menjadikan satu bilik sebagai bilik Khas Soho, anda boleh chop/booking/sediakan satu bucu di rumah anda khas untuk perniagaan Internet anda. Ruang ini akan memberi kesan transition daripada rumah sebagai tempat rehat & rumah sebagai tempat bekerja.
Insyaallah beberapa hari lagi saya akan tambah gambar proses menyiapkan Soho saya ni…. c ya!
Rabu lepas, saya & Abang Abu di Astro Awani pula kongsikan mengenai Simpan Challenge di Astro Awani di Awani Pagi.
Simpan Challenge adalah program untuk menggalakkan masyarakat menyimpan. Sering saya katakan bahawa, kekayaan bukanlah berapa banyak pendapatan kita, tetapi, sebenarnya berapa banyak kita dapat simpan. Insyaallah Simpan Challenge yang akan dijalankan dari 1hb November - 30hb November dapat memberikan tip & strategi menyimpan RM1,000 dalam masa 30 hari tak kira di mana tahap kewangan anda
Berikut adalah rakaman Awani Pagi, Astro Awani sekiranya anda terlepas…
Bahagian 1: Simpan Challenge, Awani Pagi
Bahagian 2: Simpan Challenge, Awani Pagi
Sekiranya anda berminat untuk menyertai dan inginkan maklumat lanjut, klik butang di bawah
Pernahkah anda dalam keadaan perlu membuat keputusan? Mungkin dalam perniagaan, kewaangan atau kehidupan seharian. Namun, anda menghadapi jalan buntu apabila ingin melakukan keputusan tersebut…
Sering kali ini terjadi kepada saya :)
Terdapat satu teknik membuat keputusan yang ditunjukkan di dalam buku classic “Think & Grow Rich” tulisan Napolean Hill. Ramai orang yang berjaya termasuk Henry Ford, J Paul Getty dan Abraham Lincoln (semua orang lama-lama sebab buku classic) menggunakan cara ini. Saya sendiri juga menggunakan cara ini.
Caranya adalah untuk anda bayangkan anda mempunyai sekumpulan pembuat keputusan. Kumpulan tersebut terdiri daripada idola anda atau pakar- pakar industri masing-masing.
Bayangkan ketika anda buntu membuat keputusan, anda merujuk kepada kumpulan “imaginasi” anda. Anda boleh meletakkan sesiapa sahaja anda inginkan di dalam kumpulan anda.
Mungkin anda boleh bertanya…
“Sekiranya Bill Gates ingin mencipta produk baru,produk berkonsep apa yang akan diciptakan?”
“Sekiranya Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai wang sebegini, di mana beliau akan menyumbang kepada masyarakat?”
“Sekiranya Jamie Oliver diberi peluang memulakan rancangan TV baru, bagaimanakah konsepnya?”
Siapa teka bahawa soalan-soalan di atas adalah soalan yang saya tanya, memang betul pun
Yang bestnya, cara ini amat efektif! Ia membantu kita membuat keputusan dengan lebih tepat.
Tahu kah anda bahawa 95% produk yang di pasarkan di sesuatu negara, tidak dipasarkan keluar negara tersebut.
Contoh, 95% produk yang di Malaysia tidak ke luar negara pun. 95% produk dari Thailand, tidak keluar pun ke negara lain. 95% produk dari Jepun, tidak akan di eksport keluar Jepun pun! Dan seterusnya untuk negara-negara yang lain.
Maklumat ini adalah amat berguna untuk anda yang sering holiday (atau kerja) ke luar negara. Buka mata dan minda usahawan anda untuk membawa produk dari luar negara masuk ke Malaysia (atau ke negara lain). Di sini adalah peluang untuk anda mencari idea memulakan perniagaan dengan hanya memahami statistik 95% produk dari sesebuah negara tidak ke luar negara tersebut pun
Here’s a hot tip bagi anda yang berminat untuk mendapatkan prduk dari luar negara, tetapi tak berpeluang untuk keluar negara…
Gunakan perkhidmatan AliBaba.com untuk mencari pemborong/pengeluar dari luar negara
"Tidak
seperti pakar perniagaan Internet yang lain, Irfan Khairi melakukan apa yang diajarnya
untuk menjana pendapatan dari rumah. Kaedah berniaga yang ditunjukkan olehnya
adalah amat berkesan.
Teknik
yang diajarnya telah kami gunakan untuk memberi pulangan
berkali-kali ganda melalui laman web kami"
~Azizi
Ali Jutawan Penulis terlaris buku-buku
kewangan Malaysia #1 termasuk "Lahirnya Seorang Jutawan" & "Jutawan dari Planet
Jupiter"
"...Walaupun
saya telah membaca buku Irfan, masih banyak saya pelajari dan fahami
mengenai perniagaan Internet melalui workshop ini! Kini saya melihat segalanya
dengan lebih jelas lagi. Keputusan saya untuk memandu 7 jam dari Kota Bharu
ke Kuala Lumpur untuk turut menyertai adalah keputusan yang amat tepat! Saya BERSEMANGAT!
...dan kini memandang jauh ke masa hadapan yang lebih cerah!"
~Razzi
Rahman Usahawan Pelakon & Penyanyi
popular 90-an "Rambulan Kesiangan" & "Syakila"
"Penampilan
dan persembahan saudara Irfan yang tidak terlalu konservatif dan tidak terlalu
teknikal memudahkan workshop ini difahami walaupun peserta bukan yang arif dalam
bidang IT...
Dengan
'passion' dan sikap keterbukaan terhadap ilmu dan pendekatan yang baru, sesiapa
pun boleh berjaya"
~Manan
Ngah S.M.T,
A.M.T, P.P.N Ahli
muzik & Penggubah lagu
"Buku
Perniagaan Internet #1 Terlaris di Malaysia!"