November 2009


Sebagai seorang usahawan, kita perlu mempunyai banyak idea. Idea mencari perniagaan baru, idea memberi inovatif kepada perniagaan sedia ada, idea mendapatkan strategi dalam memasarkan produk kita, dan sebagainya idea…

Ramai kenalan saya sering kata “IK ni memang banyak idea”. Memang betul pun, saya sendiri rasakan saya selalu mendapat idea bernas dalam perniagaan.

Tetapi, ada juga yang kurang mendapat idea dalam perniagaan. Nak dapatkan idea… memang susah! Apatah lagi idea yang baik. Sering kali mereka ni katakan diri mereka “tak kreatif”.

idea.jpg

Sebenarnya, mendapat / mencari idea adalah satu skil yang boleh dipelajari. Bukannya semua orang dilahirkan terus mempunyai banyak idea. Tetapi,  idea adalah satu kemahiran yang dipelajari.

Berikut adalah beberapa tips dalam mendapatkan idea:

  1. Berlatih mendapatkan idea! Mereka yang kurang dapat idea adalah mereka yang kurang cuba fikirkan idea. Lebih banyak kita cuba mencari idea, lebih banyak idea akan datang. Practice makes perfect. Selalu fikirkan idea tak kira sama ada ianya idea yang baik ataupun tidak.Dengan melatih minda kita selalu berfikir dan mencari idea, lebih mudah anda akan mendapat idea pada masa yang akan datang. Seperti bersenam, senamkan minda anda dalam mencari idea. Perlu selalu lakukannya!
  2. Thomas Edison pernah berkata “The greatest invention in the world is the mind of a child”. Cuba kita lihat kanak-kanak. Mereka tidak meletakkan had pada diri sendiri. Tidak risau dan takut melakukan sesuatu kerana “proses pembelajaran”. Tetapi, bagi kita yang telah dewasa, sering meletakkan had dalam kepala kita. Itu tak boleh… ini tak boleh… itu susah… ini susah… segala had pada pemikiran kita sebenarnya menghentikan idea dalam diri kita berkembang.Sering saya nasihat di talk saya bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan, cari idea perniagaan dan jangan fikir sama ada anda boleh lakukannya, atau mana nak cari supplier, atau mana nak cari pelanggan… just bebaskan fikiran kita dari had-had yang ada.. dan fikirkan idea!
  3. Banyak membaca! Sering kali idea-idea datang dari pembacaan. Seperti membaca blog ini… pernah tak anda mendapat idea? Ketika membaca akhbar… pernah tak dapat idea? Ketika membaca majalah… pernah tak dapat idea? Atau membaca di Internet? Pastinya pernah!Melalui bacaan, lebih banyak idea kita akan dapat. Tetapi, masalahnya ianya dikatakan budaya membaca adalah amat kurang di Malaysia. Mungkin sebab itu juga kita kurang mendapat idea. Lebih banyak input (melalui bacaan), lebih banyak output (idea-idea bernas) akan tercapai. Tanamkan tabiat membaca dan ini juga akan menanamkan tabiat mencari idea dengan sendirinya.

Selalu berfikir, jangan letakkan had di minda dan selalu membaca adalah kunci asas dalam mencari idea!

ps: Susulan dari topik semalam, sentiasa menulis / update blog juga memerlukan idea yang berterusan. Bagaimana hendak mencari idea dan lakukannya? Gunakan 3 kunci asas di atas ;)

Pendapat Anda? [28] Comments

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Ingin mulakan perniagaan, tapi tiada idea…
  • Kongsi idea dan bebaskannya
  • Idea hebat ketika cuti…
  • Idea perniagaan ada dalam diri anda!

  • Pagi tadi saya menjalankan recording untuk BFM 89.9fm program “Up The Ante” di mana saya menasihatkan tetamu jemputan mengenai perniagaan Internet mereka.

    Salah satu soalan yang saya nak kongsikan di sini adalah:

    “How often is the best practice to blog for a business?”

    So, berapa kerap kita patut menulis blog untuk perniagaan Internet kita? Ramai yang menulis seminggu satu posting… ada juga sebulan dua kali… sebulan sekali pun ada! ;)

    Ada juga blog perniagaan yang dah bersawang dan tak update-update pun… biasa lah… kalau hilang momentum, hilanglah semangat untuk menulis di blog.

    Jadi apakah kekerapan terbaik untuk menulis blog?

    Jawapannya adalah, yang terbaik, semestinya SEKALI SEHARI! Ya… itu yang terbaik… tetapi ramai yang tak mampu menulis sekali sehari.

    Namun, saya sendiri juga pada awal penglibatan di blog, memang menulis SEKALI SEHARI… anda boleh rujuk archive di sebelah kanan sidebar ni.. dan lihat tahun 2006, hampir sehari sekali saya buat posting untuk menarik ramai pelawat dan membina peminat. Maklumlah, masa tu belum orang kenal…

    Anyway, memandangkan SEKALI SEHARI memang diluar kemampuan kebanyakan kita… jadi, sebenarnya angka terbaik untuk menulis blog adalah 3 kali seminggu.

    Jadi, untuk menjalankan blog yang berjaya, pastikan anda sering update blog anda dan nombor yang baik adalah 3 POSTING SEMINGGU ;)

    Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca blog ini sejak tahun 2006 lagi. Tak lama lagi dah nak masuk 2010, 4 tahun saya berblogging ;)

    Pendapat Anda? [26] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Berjimat dari belian emosi
  • Tulis… jangan tak tulis!
  • Menulis matlamat… menulis lagi!
  • Jutawan banyak membaca!

  • Hari ni saya nak beri banyak statistik…

    • 2% daripada orang ramai, terus suka sesuatu yang baru dan menerima sesuatu yang baru
    • 12% daripada orang ramai menerima sesuatu yang baru selepas setahun ianya di pasaran
    • 22% daripada orang ramai akan menerima selepas 2 tahun kemudian…

    Jadi, adakah ianya idea yang baik untuk mulakan perniagaan menjual sesuatu yang 100% baru dan berinovasi?

    Sekiranya anda ingin menjual sesuatu yang baru di pasaran dan belum pernah dilakukan sebelum ini, fikirkan statistik di atas. Anda perlu mempunyai kewangan yang mencukupi untuk bertahan setahun dua kemudian.

    Itupun jangan lupa… lebih 60% lagi masih hanya tunggu dan lihat! ;)
    Hendak memulakan sesuatu yang 100% dan belum lagi ada orang buat di pasaran, sememangnya boleh… tetapi, perlu banyak bersabar untuk mendapat penerimaan orang ramai. bersabar dari segi wang tak masuk juga…

    Sebolehnya, jangan mulakan sesuatu yang 100% baru sekiranya modal anda adalah terhad.

    Inovasi dalam perniagaan bukan bererti perlu 100% berbeza dengan produk yang sedia ada di pasaran… beza 10% pun dah mencukupi.

    Kan dah kata… hari ni saya bagi banyak statistik ;)

    Pendapat Anda? [27] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Perniagaan produk dan perkhidmatan ciptaan baru
  • Produk sama tetapi pasaran berbeza
  • 5 Tip perniagaan 2009 (ketika ekonomi down)
  • Menambahkan keuntungan #1: Cari pasaran baru

  • Sejak ebook Mentor Jutawan dibuka untuk lesen Hak Jualan Semula (Resell Rights), beberapa email saya terima bertanyakan apa bezanya antara:

    • Resell Rights (RR)
    • Master Resell Rights (MRR)
    • Private Label Rights (PLR)

    Sebenarnya, Resell rights mula popular dengan penerbitan ebook, di mana usahawan Internet membolehkan pembeli ebook mereka menjual semula ebook, dan mereka mengambil 100% keuntungan.

    • Resell Rights (RR)
      Pemegang resell rights boleh menjual semula sesuatu ebook itu kepada orang lain dan mengambil keuntungan 100%. Namun, pemegang resell rights tidak boleh menjual kebenaran Resell Rights kepada orang lain. Bererti, dia hanya boleh jual ebook sahaja, tetapi tidak boleh menjual hak resell rights.
    • Master Resell Rights (MRR)
      Yang ni, sama seperti di atas, cuma, dia ni ada “Master rights”, kira lagi taiko. Maksudnya, pemilik Master Resell Rights bukan sahaja boleh menjual semula sesuatu ebook itu, tetapi juga, boleh jual “hak resell rights”. Bererti pembeli ebook dari mereka bukan setakat jadi pembaca sahaja, tetapi boleh jual semula ebook-ebook tersebut kerana mereka kini mendapat Resell Rights (RR)
    • Private Label Rights (PLR)
      Yang ni pula bererti, sesiapa yang memilikanya bukan sahaja boleh menjual ebook itu, tetapi boleh alter dan mengubah isi kandungan ebook tersebut. Siap boleh repackage, print menjadi buku dan jual di kedai, boleh ubah nama penulis kepada nama diri sendiri lagi!Pendek kata, bebas buat apa sahaja pada ebook yang dibelinya. Seumpama ebook itu adalah miliknya sendiri.

    Jadi, Mentor Jutawan yang diumumkan beberapa hari lepas adalah “Resell Rights” (RR) dan bukan Master Resell Rights (MRR) atau Private Label RIghts (PRR)

    Mendapatkan Resell Rights atau Hak Jualan semula adalah satu pilihan untuk memulakan perniagaan Internet sekiranya tidak mempunyai produk sendiri.

    Ini kerana, penulis asal ebook (seperti saya ;) ) telah bertungkus lumus menyiapkan ebook dan mengambil masa berbulan-bulan untuk menyiapkan sesuatu ebook. Sesiapa sahaja boleh mendapatkan resell rights dengan bayaran “lesen” yang dikenakan.

    Saya mengambil keputusan membuka peluang Mentor Jutawan Resell Rights/Hak Jualan Semula kerana ramai yang masih tidak tahu hendak menjual apa di Internet. Dan daripada senarai produk dan perkhidmatan RahsiaInternet.com, ebook Mentor Jutawan adalah yang paling laris di pasaran (Ya, lagi tinggi dari jualan buku Rahsia Jutawan Internet Terbongkar!)

    mtrblog.jpg

    Juga, dengan nama-nama ikon yang sedia ada dalam Mentor Jutawan, ia memudahkan sesiapa sahaja membuat jualan. Sekiranya anda berminat untuk memiliki Hak Jualan Semula ebook Mentor Jutawan yang semamangnya laris di pasaran, klik di sini untuk maklumat lanjut.

    Pendapat Anda? [19] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Mentor Jutawan Resell Rights & Laporan X *baru*
  • Mana lagi penting- Blog atau Laman web
  • Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan
  • Mentor Jutawan: Billi Lim, Jutawan Berani Gagal

  • Hari ni, ada 2 pengumuman yang agak menarik:

    1. Mentor Jutawan di buka untuk Hak Jualan Semula / Resell Rights (peluang jana pendapatan untuk anda!)
    2. Laporan X terbaru: Demi Masa, 18 Strategi Menjimatkan 80% dari Masa Anda

    Resell Rights Ebook laris: MENTOR JUTAWAN

    By now, pastinya pembaca-pembaca blog ini ketahui mengenai ebook Mentor Jutawan di mana ia memuatkan temubual saya dengan 7 tokoh usahawan jutawan termasuk, DDFK, Azizi Ali, Billi Lim, Abang Abu, Dato Hushamudin, Dato Azman Ching dan Chef Li. Juga dimuatkan Interview Nizal Mohammad dengan saya sendiri.

    Jualan ebook MENTOR JUTAWAN amat tinggi. Dan seperti anda ketahui, bila menjual ebook, keuntungan adalah 100%.

    Ramai yang masih tercari-cari produk untuk di jual di Internet dan tak kurang juga tanya saya sama ada saya mempunyai produk untuk mereka jual di Internet.

    So, dengan ini, untuk membantu anda yang tidak mempunyai produk untuk di jual di Internet, kami memberi peluang anda mendapatkan Resell Rights ebook laris Mentor Jutawan bersama IK ini!

    Apa itu Hak Jualan Semula / Resell Rights?

    Resell Rights adalah hak jualan semula. Bererti, anda boleh menjual ebook Mentor Jutawan dan mendapat 100% dari harga jualan. Bererti, kalau anda menjual 20 ebook ini, anda mendapat pulangan RM800. Harga jualan diletakkan pada RM40 minima satu ebook.

    Seperti Resell Rights kebanyakan produk di Internet, kami meletakkan hak kepada lesen jualan semula ini, supaya tidak terlalu ramai yang menjualnya di Internet dan menyebabkan persaingan. Buat masa ini, kami hadkan kepada 20 orang pemegang lesen jual semula sahaja.

    Klik di sini untuk maklumat penuh ebook Mentor Jutawan dan klik di sini untuk melihat feedback/review pembaca mengenai ebook yang amat laris di pasaran ini!

    Untuk mendapatkan Resell Rights bagi ebook Mentor Jutawan, bayaran lesen jual semula adalah RM400 (buat masa ini sebagai harga pengenalan. Pastinya ia akan naik tak lama lagi). Bererti anda hanya perlu menjual 10 ebook untuk break even, dan selebihnya adalah pure profit bagi anda; sampai bila-bila!

    Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan lesen hak jualan semula ebook Mentor Jutawan, klik di sini. Pengedaran lesen hak jualan adalah terhad.

    Apa yang anda akan terima:

    • Ebook Mentor Jutawan yang boleh dijualkan semula- keuntungan sampai bila-bila
    • Website template Mentor Jutawan yang digunakan oleh kami- amat efektif mendapatkan pembeli!
    • Marketing materials seperti testimonial dan email untuk tujuan promosi yang sedia efektif

    So, jangan lepaskan peluang ini kerana Resell Rights Mentor Jutawan yang kini hanya terhad kepada 20 pemegang lesen sahaja pada harga ini! Pastinya harga lesen akan dinaikkan lagi nanti.

    Laporan X terbaru: Demi Masa, 18 Strategi Menjimatkan 80% dari Masa Anda

    Laporan X terbaru bertajuk DEMI MASA mengandungi tip-tip bagaimana caranya menguruskan masa supaya dapat mencapai kejayaan dengan lebih cepat!

    Kali ini bukan sekadar laporan sahaja, tetapi disertakan juga dengan audio MP3 selama 35 minit tip-tip bagaimana anda boleh menjimatkan 80% daripada masa anda.

    Ramai yang tanya, apakah rahsia dan caranya menjadi jutawan pada usia yang muda? Jawapannya adalah dengan memahami masa dan memperbanyakkan masa dalam hidup anda!

    Secara purata, seseorang mengambil masa 33 tahun untuk menjadi jutawan. Bagaimana IK boleh lakukan dalam masa 3 tahun?

    Untuk mendapatkan laporan X terbaru ini, lawati http://www.irfankhairi.com/laporanX sambil di situ, jenguk-jenguk juga laporan X yang belum anda miliki ;)

    Pendapat Anda? [15] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Apa maksudnya Resell Rights Mentor Jutawan
  • Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan
  • 2% sahaja yang Hebat Affiliate
  • “Mentor Jutawan” akan datang…

  • Akan datang tak lama lagi, sebuah program TV khas mengenai Perniagaan Internet! Lama juga saya menunggu bila lah agaknya akan ada program TV mengenai perniagaan Internet… dan baru-baru ini terjawab juga.

    Sebuah production company milik Erma Fatima (siapa tak kenal Erma Fatima?) telah approach saya untuk saya menjadi hos kepada program TV tersebut. Tajuknya dirahsiakan dulu ok ;) (banyak juga perlu dirahsiakan dahulu untuk program ini ya.. so, mungkin sesetengah soalan tak terjawab buat masa ini). Minggu lepas bermeeting dengan Kak Erma untuk mengetahui lebih lanjut isi kandungannya.

    Dalam program ini, saya akan memberi tip memulakan dan menjalankan perniagaan Internet, serta terdapat juga segmen tetamu jemputan di mana saya akan temubual usahawan Internet yang berjaya untuk kongsikan juga tip perniagaan Internet yang digunakan.

    cbms.jpg

    Alhamdulillah, pilot episod telah dirakamkan pada minggu lepas. Kalau diikutkan perancangan, ianya akan ditayangkan sekitar Disember atau Januari.

    Berita baik untuk usahawan-usahawan Internet oleh kerana dengan tambahnya pendedahan perniagaan Internet kepada orang ramai, maka lebih ramai lagi akan bersedia untuk membeli secara online ;)

    ps: Workshop Jutawan Internet seterusnya akan diadakan di Kuala Lumpur pada 28hb November & Johor Bahru pada 5hb Disember. Untuk maklumat lanjut, klik di sini untuk workshop di KL atau klik di sini untuk workshop di Johor Bahru ;)

    Pendapat Anda? [34] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Tip Satu Minit… menjadi program TV?
  • Irfan Khairi - film star?
  • Irfan Khairi dalam Gedik Santai, TV3
  • Program TV “Menjana Impian”

  • Pagi tadi di Astro Awani, ruangan bersama IK, saya kongsikan tips tentang psikologi membuat jualan.

    Kita sedia tahu dalam membuat jualan, kita perlu mendapatkan emosi membeli daripada pelanggan. Berikut adalah beberapa tip menarik emosi seperti yang dikongsikan di Astro Awani, Awani Pagi. versi penuh perlu ikuti Astro Awani lah ok? ;)

    • Wang
      Semua orang memerlukan wang. Gunakan pendekatan “menjimatkan wang” atau “menambahkan wang” pada produk dan perkhidmatan yang dijual. Ini akan menarik perhatian orang rama oleh kerana wang adalah asas keperlua semua orang.
    • Keselamatan
      Wang adalah material. Sesuatu yang boleh dipegang. Keselamatan pula lebih kepada perasaan dalam diri. Cuba gunakan pendekatan menjaga keselamatan diri, keluarga dan orang lain. Produk seperti CCTV, insurans, airbag kereta menggunakan pendekatan ini.
    • Perasaan ingin disukai
      Semua orang ingin disukai oleh orang lain. Ia merupakan satu keperluan daripada hireraki keperluan Maslow. Gunakan pendekatan produk dan perkhidmatan kita akan menambah nilai seseorang itu dan menjadikannya dihormati dan disukai oleh orang lain.
    • Kesihatan
      Tak kira keadaan ekonomi, kesihatan sering menjadi prioriti setiap orang. Produk seperti vitamins, face mask, food suppliment dan ubat menggunakan pendekatan keperluan ini

    Dalam perniagaan, kita perlu melihat psikologi emosi manusia untuk memudahkan jualan. Ini kerana 90% keputusan belian adalah keputusan emosi.

    ps: Dalam menjalankan perniagaan Internet juga perlu menggunakan psikologi jualan di Internet. Workshop Jutawan Internet akan mendedahkan psikologi dalam perniagaan Internet juga. Sekiranya anda ingin menyertai Workshop Jutawan Internet, ianya akan diadakan pada hari Sabtu 14hb Novemeber 2009. Lawati http://www.rahsiainternet.com/workshop untuk pendaftaran dan keterangan lanjut.

    Pendapat Anda? [22] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Psikologi perniagaan pusat membeli belah
  • Isu kepercayaan dalam perniagaan
  • Kupon Diskaun… Pelanggan Berulang!
  • Kebahagiaan vs Kesengsaraan

  • Seperti yang di janjikan, ini dianya update “Dekor bersama IK” ;)

    Sebelum…

    Dan selepas…

    sohodone.jpg

    Alhamdulillah, selepas 2 minggu sibuk dengan proses pindah rumah, finally SOHO saya pun dah sedia… itulah “view” saya ketika buat kerja dari rumah. sekarang ni menulis blog ni pun, camtu lah view saya…

    As you can see, bilik saya penuh dengan apa yang saya minat… hujung sana, designer chair and guitar untuk melayan lagu. Belah kanan tu, meja pool, bila time-time penat buat kerja, boleh main pool kejap ;) . On the table, ada my ipod- tak leh tinggal punya… d IK’s best friend ;)

    Tip hari ini…

    Kerja, kerja juga… tapi ada masanya kita perlu rehat dan lakukan apa yang kita minat. Kalau kerja 24jam tanpa berhenti pun, tak bagus juga. Take a break… dengan hanya taking a break daripada kerja, anda akan boleh mula kembali fresh dan produktiviti pula meningkat. Dan break terbaik adalah dengan melakukan apa yang kita minat…

    ps: Oh ya.. bahagian kanan bilik saya (tak terlihat di gambar) terletaknya saya punya library. Gambar yang ni saya simpan dulu sebab tak surprise la kalau tunjuk semua kan? ;) Buku-buku yang kat lantai dan juga dalam kotak di gambar “Sebelum” semuanya tersimpan di home library saya… insyaallah lain kali boleh update!

    Pendapat Anda? [40] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • SoHo: IK di Kosmo
  • SoHo: Small office / Home office
  • SoHo: Rahsia Fokus - efficiency curve
  • Up selling = menambahkan LAGI keuntungan anda

  • Dalam perniagaan, ianya banyak membantu sekiranya kita lakukan gaya dan bahasa sama seperti pelanggan kita. Ertinya, cara kita berkomunikasi dengan pelanggan, biar sama atau hampir menyerupai pelanggan. Ini akan merapatkan ikatan dan kenalan antara usahawan dan pelanggan.

    talkin.jpg

    Saya pernah terbaca seorang jurujual yang pandai mendapatkan pelanggan, mengikut gaya dan style pelanggan apabila berunding- gaya pemakaian sehingga sekiranya pelanggan merokok, dia pun merokok sama (walaupun bukan seorang perokok)!

    Beberapa hari lepas, saya ke Sungai Buloh (nak beli pokok bunga, maklumlah, pindah rumah), dan saya bawa bersama seorang pekerja warga Bangladesh saya, namanya Jahangir.

    Di kedai-kedai pokok Sungai Buloh, saya biarkan si Jahangir sahaja yang menawar dan membeli pokok bunga kerana yang menjaga lot kedai kebanyakannya warga Bangladesh. Apa yang terjadi, kami mendapat sehingga 50% diskaun… sememangnya tidak akan saya dapat berunding sebegitu, tetapi, apabila Jahangir melakukan untuk saya, maka banyak diskaun yang kita dapat.

    Dalam perniagaan, cuba ikut gaya dan bahasa pelanggan kita supaya menjadi lebih mesra dan mendapat jualan yang rundingan yang terbaik!

    ps: Bila saya hantar kereta ke workshop untuk diperbaiki juga, saya cakap ala-ala cina dengan tauke workshop. Lebih mesra! ;)

    pps: Bercakap tentang menjimat ketika rundingan, kempen Simpan Challenge 2009 telah bermula! Masih belum terlewat untuk menyertai keran pendaftaran di buka antara 1-30hb November. Untuk menyertai, klik di sini!

    Pendapat Anda? [24] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Tak pandai “speaking”
  • Mengalih bahasa perniagaan Internet
  • Produk sama tetapi pasaran berbeza
  • Kelebihan berbahasa dalam perniagaan

  • Grab Personal Money magazine this month ;)

    IK on cover… c ya in d mag!

    ik_pm3.jpg

    Pstt… gambar tu tengah menongkat dagu & tenung jauh tu…. tu yang buat mahal ;)

    ps: Untuk pelajari cara memulakan perniagaan Internet dari rumah, sertai Workshop Jutawan Internet di http://www.rahsiainternet.com/workshop

    Pendapat Anda? [33] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Young, Internet-Savvy and rich
  • Kena tipu di Internet… kesian!
  • Dapatkan majalah I, Dara.com & Maskulin Feb 2009
  • Apa saya buat dengan my first RM1,000,000?

  •