January 2010
Monthly Archive
Wed 27 Jan 2010
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[46] Comments
Pastinya semua orang mengenali Jackie Chan- ikon Asia yang paling popular di mata dunia. Saya sendiri pun minat aksi-aksinya.
Tapi, tahukah anda, sebelum Jackie Chan popular, beliau berusaha untuk mempelajari Tae Kwando, Judo, Wing Chung dan seni mempertahankan diri yang lain selama 18 jam setiap hari?
Pernah dengar nama Lance Armstrong? Cancer survivor yang memenangi Tour De France berkali-kali. Tahukah anda selepas beliau pulih dari kanser, beliau hanya mempunyai 2 matlamat dalam hidupnya- iaitu memenangi Tour De France, dan membesarkan anaknya dengan sihat.
Setiap hari, dari pagi hingga malam, beliau berlatih untuk memenangi Tour De France dan tidak melakukan benda lain. Ditulis dalam bukunya “Anything else was secondary and an unnecessary distraction”
Dan siapa tidak mendapat inspirasi dari ratu squash Nicole David. Dalam laporan pernah mengatakan beliau berlatih lebih dari 8 jam setiap hari.
Lihat kembali industri kita sendiri. Sanggupkah kita mengikut jejak langkah ikon-ikon ini yang kesemuanya kini multi-millionaire? No short cut to success, tapi masih lagi ramai ingatkan boleh jadi kaya dengan cepat & mudah.
Ketika saya mengejar impian saya, saya cuma tidur 3-4 jam setiap hari!
Pendapat Anda? [46] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Melabur untuk ilmu… berapa banyak RM?Kerja susah vs kerja mudahMenjadi Mentor JutawanBukan semua berita baik apabila anda berjaya!
Sun 24 Jan 2010
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[22] Comments
Sedikit pengumuman, bagi mereka yang ingin mendapatkan buku-buku ilmiah daripada Telaga Biru Sdn Bhd, (termasuk buku-buku saya) kini boleh dapatkannya melalui kedai online StormReaders. Satu usaha untuk memudahkan lagi anda mencari ilmu-ilmu yang baik!
Stormreaders sebenarnya merupakan sebuah anak syarikat kepada Telaga Biru Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputera Islam yang telah beroperasi sejak 1997 yang berpengalaman menerbitkan produk-produk Islam yang disampaikan oleh ikon-ikon terkenal Negara seperti Dato` Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah , Ustazah Siti Nor Bahyah , Zahazan Mohamed, Irfan Khairi, Ustaz Zaharuddin, Dato Hj Ismail Kamus dan lain-lain dalam berbagai format melibatkan cenderahati, kaset, CD, VCD dan buku.
E-shop ini juga adalah untuk mereka yang menyertai StormReaders membuat jualan secara online. Oleh itu, bila anda sertai StormReaders, anda juga telah memulakan perniagaan Internet dan mendapat 20%++ atas setiap jualan buku ikon-ikon motivator & agama di atas. So, sekiranya anda berminat menjalankan perniagaan Internet menjual buku-buku Telaga Biru Sdn Bhd, boleh menyertai StormReaders.
Sekiranya anda ingin menyertai StormReaders, iaitu perniagaan berangaian (MLM) yang 100% patuhi syariah, klik di sini untuk mendapat keterangan lanjut taklimat yang bakal diadakan. Juga, saya ada menulis tip percuma bertajuk “6 Kaedah Mudah yang RAMAI Terlepas Pandang untuk Menambahkan Prospek Perniagaan Berangkaian (MLM) Mereka” bagi mereka yang minat/terlibat dalam perniagaan berbentuk berangkaian. Klik di sini untuk mendapatkannya.
Jangan lupa dapatkan buku-buku Telaga Biru Sdn Bhd (terutamanya buku saya
) melalui laman e-shop di atas!
Pendapat Anda? [22] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
StormReaders Network - pendaftaran bermulaStorm Readers - MLM 100% Syariah compliantMengapa ramai masih ragu-ragu membuat belian di Internet?Perniagaan Internet B to B - maksima keuntungan
Thu 21 Jan 2010
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[25] Comments
Mungkin anda mengenali seorang yang “perfectionist”, iaitu, kalau nak melakukan apa-apa, perlu lakukannya 100% perfect. Mungkin juga anda adalah seorang perfectionist.
Masalahnya dengan perfectionist adalah, ianya akan mengambil masa yang lama untuk melakukan sesuatu, mungkin juga tak mulakan langsung. Kerana ingin menjadikannya 100% sempurna. All perfect.
Tidak salahnya menjadi perfectionist sekiranya terbukti ia telah banyak membantu anda. Tetapi, sekiranya menjadi seorang perfectionist hanya melewat-lewatkan sesuatu kerja, atau langsung tidak mulakan sesuatu perniagaan kerana nak pastikan semuanya PERFECT atau SEMPURNA, maka, di situ timbulnya masalah.
Saya ada mengenali seorang kawan saya ni, dari duluuuu lagi nak mulakan perniagaan. Tetapi, dari dulu sampai kini, masih mencari ilmu, masih research, masih survey… sampai makan masa bertahun-tahun tak mulakan perniagaan… sebab dengan alasan, tak cukup ilmu lagi untuk mulakan perniagaan. Dirinya inginkan ilmu sepenuhnya & sempurna sebelum mulakan perniagaan.
Pastinya itu adalah kesilapan yang besar, kerana ILMU tidak akan CUKUP. Kalau belajar ilmu baru, sudah tentunya ada lagi ilmu lain yang belum belajar.
Nasihat saya, tak perlu jadi seorang “perfectionist” sekiranya ia hanya melewatkan matlamat kita. Sesuatu yang sempurna bagi kita (contoh: produk) mungkin belum lagi sempurna untuk orang lain (contoh: pelanggan). Go ALL OUT sementara motivasi dan momentum anda miliki. Cari ilmu dan juga perbaiki perniagaan kita along the way. Tak perlu tunggu sampai segala-galanya 100% perfect!
Pendapat Anda? [25] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Tak perfect lagi!Ingin mulakan perniagaan, tapi tiada idea…Bila ada masalah… terdapat penyelesaian10 orang terkaya Malaysia rugi berbillion
Mon 18 Jan 2010
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[21] Comments
Semalam berlangsungnya Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan yang diadakan di Berjaya Time Square Convention Center. Insyaallah nanti-nanti saya postkan gambar2 di sini… belum sempat dapatkannya lagi.
Antara speaker yang terlibat adalah saya, Azman Ching, Billi Lim, Chef Li dan Abang Abu. It was a great event dan banyak maklumat dan tips di kongsikan di konvensyen jutawan pertama ini.
Satu tip yang saya dapat dari Billi Lim, Failure Guru ingin saya kongsikan bersama. Ketika sesi soal jawab, beliau ditanya…
Bila nak tahu sama ada kita patut berhenti dari melakukan sesuatu akibat kegagalan demi kegagalan dilalui…
Jawapan Billi adalah (lebih kurang sebab saya x pandai ikut cara cakap Billi)
Lu aaa… kalau sudah gagal lor… salah siapa? salah lu lor…. kalau sudah cuba… benda yang sama… 5 kali, gagal gagal gagal… maksudnya, lu yang salah… lu tak belajar dari itu kesilapan lor. kalau lima kali sudah gagal… maksudnya, satu, lu tak belajar dari kesilapan. dua, mungkin keadaan buat lu gagal, dan ketiga, industri itu, bukan untuk lu…
so, cari industri lain lor… betul tak betul??? (trademark billi)
Dari fahaman saya, maksudnya, kalau anda dah cuba 5 kali dalam sesuatu industri, tetapi, tetap gagal… anda perlu salahkan diri sendiri dulu kerana, kegagalan ertinya tidak belajar dari kesilapan. Tetapi, sekiranya sudah habis ikhtiar, tetapi tetap gagal juga… ertinya, perniagaan yang anda lakukan, bukanlah yang sesuai untuk anda.
Jadi, 5 kali boleh dikatakan sebagai tanda untuk anda usaha sedaya upaya, belajar dari kesilapan, tambahkan ilmu seberapa banyak yang mungkin… TETAPI, sekiranya GAGAL juga…
Maka, industri/perniagaan yang anda lakukan itu bukanlah untuk anda. So, apa kata anda cuba perniagaan/industri lain…
* Harapnya betul la terjemahan saya apa yang Billi cakap
Anyway, Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan was great. Dapat saya berjumpa dengan dua mentor saya yang dah lama tak jumpa, Billi Lim & Chef Li!
ps: saya nak tekan kan… kalau gagal, dan kita tak belajar dari kegagalan dan tak cari ilmu untuk menjayakan kegagalan tersebut, ianya adalah 100% salah kita!
pps: bergurau je ya Billi. Saya & Billi memang suka bergurau… kalau anda pernah dengar ceramahnya, pasti tau Billi ni memang kelakar…
Pendapat Anda? [21] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Bersama Jutawan yang GAGAL! Billi LimOutsider’s Edge - kejayaan mereka yang tersisihMentor Jutawan: Billi Lim, Jutawan Berani GagalApa yang bermain dalam kepala usahawan berjaya?
Wed 13 Jan 2010
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[28] Comments
Lakukan sedikit MAGIC!… bukan maksudnya anda sebagai usahawan perlu membuat magic seperti David Blane atau Chris Angel atau Cyril… tetapi, anda tetap boleh melakukan satu magic kepada pelanggan anda dengan melakukan suatu “magic moment”
Apakah itu Magic Moment?
Menurut pakar perniagaan Jay Abraham, Magic Moment adalah satu keadaan atau lebih tepat lagi, satu PENGALAMAN yang dialami oleh pelanggan anda yang mereka tidak akan lupakan untuk jangka waktu yang panjang. Silap-silap, sampai bila-bila takkan lupakan.
Saya permudahkan dengan contoh dibawah…
Anda makan di restoran, ambik nasik, pilih lauk, ayam… sayur… ikan… kuah kari… dan lakukan pembayaran. On the way nak berjalan ke meja anda, anda terhilang balance, and terjatuh (salah anda sendiri… bukan sebab lantai licin atau terlanggar kucing). Habis nasi dan lauk pauk anda jatuh ke lantai. Adoi!
Tetapi, pemilik kedai itu, datang kepada anda dan bawakan kepada anda nasi, ayam, sayur, ikan & kuah kari yang baru dan suruh anda makan je. On the house!
Apakah perasaan anda? (selain daripada malu kena pandang pelanggan lain anda yang tersungkur
). Pastinya satu pengalaman yang baik yang diberikan oleh pemilik restoran tu bukan? Itulah dia nya pemilik tersebut menciptakan satu “Magic Moment”
Menciptakan “Magic Moment” bukan suatu yang boleh dipelajari daripada buku teks perniagaan atau universiti sekali pun, tetapi, ianya lebih kepada EQ (Emotional Intelligence). Selami diri pelanggan dari segi emosi, dan fahami keadaan mereka. Anda akan dapat mencipta satu Magic Moment yang akan diingati sampai bila-bila.
Lepas ini, kalau anda nak makan, anda pergi mana? Sudah tentu restoran itu lagi bukan?
Pendapat Anda? [28] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Kurangkan janji, lebihkan keputusanPerniagaan Internet… perlu 3 bulan (Magic Number)Kejayaan NizalTalk! - Komunikasi EfektifBeri balik - give back!
Mon 11 Jan 2010
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[45] Comments
Tahniah diucapkan kepada Telaga Biru Sdn Bhd kerana telah menubuhkan StormReaders Network, sebuah syarikat MLM yang 100% syariah complient menjual buku-buku ilmiah dan keagaamaan. Berikut adalah sedikit pengenalan StormReaders melalui video yang memaparkan ikon-ikon yang tidak asing lagi…
Ramai juga yang bertanya bagaimana hendak menyertai StormReaders. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui keterangan lanjut, isikan borang di bawah, dan anda akan dihantar maklumat lanjut secepat mungkin.
ps: StormReaders adalah satu-satunya perniagaan berbentuk network yang saya endorse dan beri sokongan sepenuhnya. Mengapa? Baca komen saya di bawah…
Pendapat Anda? [45] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Networking- kualiti, bukan kuantitiStorm Readers - MLM 100% Syariah compliantKedai online @ e-shop StormReadersNetwork berguna vs Network kurang berguna
Thu 7 Jan 2010
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[52] Comments
Salam,
Sedikit pengumuman daripada saya. Suka saya umumkan kewujudan perniagaan MLM bernama StormReaders (Bukan Storm Riders!) yang merupakan sebuah program MLM yang 100% syariah compliant dan menerima sokongan/endorse daripada saya.
Apa yang dijual di bawah StormReaders? Itu yang menariknya… jawapannya- buku-buku di bawah Telaga Biru Sdn Bhd, dimana kebanyakannya buku-buku motivasi, keagaamaan, koleksi hadis & doa, dan perniagaan dan banyak lagi termasuklah buku-buku saya
Bagi saya, perniagaan MLM StormReaders adalah sesuatu yang unik kerana jarang kita mendengar perniagaan MLM dilakukan untuk bahan-bahan ilmiah. Bukan sahaja menjana pendapatan melalui perniagaan, tetapi juga dapat menyebarkan ilmu yang baik.
Buku-buku Telaga Biru Sdn Bhd termasuk buku2 saya, Dato Fadzilah Kamsah, Ustazah Norbahyah, Prof Izzi, Ustaz Zahzan, Ustaz Zaharuddin dan ramai lagi. So, boleh dikatakan, bahan-bahan ilmiah yang dihasilkan adalah berkualiti.
Berita baiknya yang saya ingin war-warkan kepada anda adalah, Sabtu ini, bersamaan 9hb Januari, akan diadakan majlis pelancaran StormReaders!
Dan sepertimana, kita semua tahu, dalam konsep MLM, mereka yang sertai pada awal rangkaian mendapat pelbagai advantage. So, bagi anda yang berminat untuk mengetahui lanjut, jom sertai. Insyaallah saya juga akan turut berada di sana untuk memberi sokongan pada penerbit, mentor & rakan-rakan Telaga Biru Sdn Bhd. Beberapa ikon-ikon motivator lain juga akan turut hadir. Pesanan daripada StormReaders…
Assalamualaikum wbt,
Anda dijemput hadir ke majlis pelancaran MLM 100% syariah:
STORMREADERS NETWORK (anak syarikat Telaga Biru Sdn Bhd)
yang akan diadakan di
Dewan Komuniti Bandar Manjalara, Kepong, KL
pada Sabtu ini 9 Januari 2010 jam 2.00 petang.
Ustaz Zahazan (Penasihat Syariah Stormreaders Network Sdn Bhd) akan turut memberi ceramah bertajuk “Budaya Ilmu dan Keberkatan Rezeki.” Masuk adalah PERCUMA!
Best Regards
Faruq Zahran
PR Exect of Telaga Biru Sdn Bhd
Saya mengikuti perkembangan StormReaders sejak idea ini diilhamkan pada 2008 lagi, dan sejak itu, bermacam-macam proses yang dilalui untuk memastikan sistem MLM yang dijalankan adalah 100% syariah compliant. Mana taknya, dengan ikon seperti Ustaz Zahzan & Ustaz Zahariddin sebagai penasihat, pastinya segalanya dipantau dengan penuh teliti.
Sekiranya anda berminat menjalankan perniagaan berbentuk MLM, saya amat cadangkan program MLM StormReaders oleh kerana produk ilmiah sebagai produk jualannya. Sambil menjana pendapatan 9/10 dalam perniagaan, sambil-sambil berdakwah ilmu-ilmu yang baik. Nothing better!
ps: StormReaders juga boleh dijalankan 100% secara online oleh kerana peserta akan diberi e-store untuk menjual buku/mendapatkan downline melalui Internet. Sertai sesi diatas untuk keterangan lanjut
Pendapat Anda? [52] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Simpan Challenge di MHI, TV3Kedai online @ e-shop StormReadersBaca… jangan tak bacaStormReaders Network - pendaftaran bermula
Mon 4 Jan 2010
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[25] Comments
Zaman sekarang terlalu banyak iklan diluar sana. Kebanyakan masanya manusia dah tak lut dengan iklan. Dalam sehari secara average, kita terdedah kepada lebih 500 iklan. Tetapi kita tak pernah perasan kan?
Pernah saya travel dari KL ke KLIA, sepanjang highway nak menghala KLIA tu, saya kira lebih dari 100 papan tanda iklan (billboards). Kalau tak kira, for sure saya tak perasan punya sampai seratus lebih papan tanda… (takde kerja kira billboard)

Contoh iklan yang
kurang efektif
Anyway, tip saya hari ini adalah iklan adalah amat penting zaman ini. Tetapi dengan terlalu banyaknya iklan di luar sana, orang ramai pasti sukar untuk perasan iklan yang kita lakukan.
Oleh itu, zaman sekarang, iklan boleh dikatakan sebagai kurang efektif. Zaman ini, adalah zaman informasi. Untuk menarik minat orang ramai, kita berikan informasi.
Ini kerana, manusia masih lagi lut dengan informasi.

Iklan yang
lebih efektif berbentuk informasi!
Dalam iklan yang kita lakukan, muatkan informasi-informasi menarik seperti masalah yang produk kita selesaikan, jaminan produk kita, testimonial pelanggan, manfaat produk kita kepada orang ramai.
Zaman ini, informations sells. Oleh itu, bukan ikan semata-mata iklan. Tetapi, iklankan informasi perniagaan kita
Pendapat Anda? [25] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Perniagaan produk, perkhidmatan atau informasi?Perniagaan produk informasi & motivasi diriIrfan Khairi - Terhangat di pasaran!Maksima pulangan melalui program affiliate