Wah… semalam talk saya di Vistana Hotel, KL fullhouse! Talk bertajuk “Cara Menjalankan Perniagaan Secara Automatik dari Rumah” mendapat sambutan diluar jangkaan! Pada mulanya budget untuk 200 peserta sahaja… tetapi atas permintaan tinggi, jumlah ditambah kepada 300… pada hari tersebut, bila lihat ramai yang datang, sempat tambah seat kepada 400. Last-last yang datang 500+ peserta… sampai ada yang terpaksa berdiri lagi!
Peserta sedang daftar nak masuk dewan…
Terima kasih tak terhingga kepada mereka yang memberi sokongan. Alhamdulillah, ramai yang bagi tau saya sesi talk saya tu cukup bermanfaat dan boleh diaplikasikan kepada perniagaan masing-masing.
Fullhouse dengan lebih 500+ peserta yang hadir…
Walaupun talk saya ditaja oleh StormReaders2U, perniagaan MLM 100% patuhi syariah, saya pastikan isi kandungan talk saya boleh diaplikasikan kepada apa jua jenis perniagaan kerana mengetahui mereka yang sering memberi sokongan kepada saya adalah dalam pelbagai bidang perniagaan
Saya & En.Helmi… orang kuat saya di Stormreaders
Semalam juga berlangsungnya pelancara SDA (Sistem Duplikasi Automatik), satu sistem yang dicipta khas untuk mereka yang menyertai StormReaders dan dapat menjalankan perniagaan StormReaders secara automatik, tanpa jumpa orang seperti perniagaan MLM konvensional. Buat masa ini, hanya peserta semalam sahaja yang mengetahui mengenainya… belum tiba masanya lagi untuk diumumkan di blog. So, harap bersabar ok SDA adalah satu sistem yang saya ciptakan yang bakal menggegarkan StormReaders
Saya & En.Syah, pengurus besar Stormreaders Network
Bagi mereka yang tidak tahu menahu mengenai StormReaders, boleh klik di sini untuk keterangan lanjut. Tetapi suka saya umumkan di sini, daripada 500+ peserta yang hadir semalam, lebih dari 100 telah daftar sebagai ahli StormReaders2U selepas mengetahui tentang Sistem SDA! dan ramai lagi akan mendaftar dalam minggu ini. Menunjukkan kepercayaan orang ramai terhadap StormReaders, alhamdulillah & tahniah kepada Telaga Biru Sdn Bhd.
IK in action memberi talk menjalankan perniagaan secara automatik!
Atas sokongan anda juga, suka saya umumkan, bagi mereka yang ingin mendengar talk saya yang seterusnya, saya akan mengadakan satu sesi talk di Cititel Kuala Lumpur pada hari Rabu, 3hb March ini, jam 8.00 malam. Kali ini, bukan ditaja oleh StormReaders, tetapi oleh Peoplepreneur Business School.
Sesi saya kali ini, juga mengenai perniagaan Internet bertajuk:
“Cara Menjana Pendapatan Di Internet Tanpa Modal dan Produk Sendiri”
Tarikh: Rabu 3hb March 2010
Masa: 8.00 malam (sila datang awal 7.45 supaya tempat cukup)
Tempat: Cititel Hotel, Kuala Lumpur
Masuk: PERCUMAditaja oleh Peoplepreneur Business School
Sekiranya anda telah hadir pada sesi semalam, dan mendapat manfaat daripadanya, pastinya sesi Rabu ini juga anda akan dapat banyak idea-idea yang bernas dalam menjana pendapatan tambahan!
.
Sekiraya anda ingin menyertai, sms [nama], [alamat email], [contact number] kepada 017-3935364 untuk menempah tempat. Tempat terhad kepada 70 penyertaan percuma sahaja.
.
Dan sebagai bonus tambahan, saya akan beri percuma e-report saya bertajuk “Cara Menjana Pendapatan Di Internet Tanpa Modal dan Produk Sendiri” yang berharga RM20 secara PERCUMA kepada SEMUA peserta untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam mengenai apa yang saya bakal sampaikan pada hari Rabu nanti Dah la dapat ilmu free melalui talk saya… dapat ebook free lagi tu
.
Kalau tak dapat hadir dan nak dapatkan laporan X saya ni, boleh ke halaman Laporan X di sini dan mendapatkannya (tak la percuma… kena beli la kalau tak dapat datang) .
Berubah dalam perniagaan ada baiknya, ada buruknya…
Baiknya…
Kita lihat perniagaan-perniagaan besar seperti Malboro, Duracel, Colgate, Energizer, Coca-Cola… dan lain lain. Daripada lebih 50 tahun dulu, perniagaan-perniagaan ini x ubah pun dari konsep asal. Maka, jenama mereka sehingga kini menjadi jenama paling utama di dunia…
Buruknya…
Sesetengah produk, perlu diubah mengikut permintaan pasaran dan juga trend.
Kalau dilihat dibarat sebelum ini ada kedai video “Blockbuster” (Menyewa VHS di kedai), tetapi, atas permintaan sudah berkurangan & perniagaan Internet meningkat, maka “Netflix” (Menyewa DVD online) telah berjaya mengambil alih jenama tersebut.
Cuba juga kaji berapa kali “Pepsi” mengubah jenama dan logo mereka… tetapi, masih tidak dapat mengatasi Coca-Cola.
Bagaimana pula konsep realiti TV popular Malaysia, AF… dari 5-6 tahun dulu sehingga kini banyak perubahan telah berlaku, tetapi, permintaan semakin menurun.
Dalam perniagaan, perubahan adalah sesuatu yang MESTI dilakukan hanya sekiranya PERLU. If it works, don’t change it.
Ada juga usahawan yang tersilap strategi/teknik dalam perniagaan kerana hanya melakukan perubahan perniagaan dengan alasan “to keep it fresh” atau “nanti pelanggan bosan”. Sekiranya ini alasannya, maka, perubahan tidak PERLU.
Ini kerana, dalam membina jenama dan pengikut, sesuatu jenama itu perlu setia pada diri sendiri. Tidak perlu berubah. Seperti jenama-jenama besar di dunia, kita lihat berpuluh-puluh tahun tidak melakukan perubahan.
So, fikir berkali-kali sekiranya anda ingin mengubahkan sesuatu dalam perniagaan anda. Adakah ianya sesuatu yang MESTI?
Saya pasti anda pernah menggunakan YouTube. Sebabnya, YouTube adalah antara laman web yang paling ramai pengunjung setiap hari. Infact, laporan mengatakan video-video di YouTube di tonton lebih 1 billion kali sehari. 1 billion tu… bukan 1 million!
Tip kali ini pula adalah untuk anda menggunakan YouTube sebagai kaedah promosi perniagaan anda. Zaman sekarang, bukan lagi seperti zaman dulu, di mana laman web adalah statik sahaja. Zaman ini, zaman di gelar web 2.0 adalah zaman web yang lebih interaktif. Pengguna Internet inginkan sesuatu yang interaktif dan bukan statik.
Jadi, di sinilah kita harus menggunakan peluang-peluang yang ada di Internet seperti YouTube untuk menjadikan kewujudan online kita lebih interaktif.
Berikut adalah contoh klip YouTube saya buat untuk promosikan talk saya pada 27hb Februari depan…
Rahsia Menjalankan Perniagaan Dari Rumah Secara Automatik
Tarikh: Sabtu, 27hb Februari 2010
Tempat: Hotel Vistana, Kuala Lumpur
Masa: 2.30 petang - 6.00 petang
Masuk: Percuma!
Mainkan klip YouTube di bawah untuk jemputan ringkas daripada saya
Sesi talk ini ditaja oleh StormReaders2U dan saya akan memberi talk mengenai teknik dan strategi bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan dari rumah dan mendapat pendapatan secara automatik sepanjang tahun.
Dengan teknologi Internet, memulakan perniagaan Internet dari rumah menjadi semakin mudah. Bukan itu sahaja, perniagaan yang dijalankan boleh diautomasikan 100%!
Di sesi saya ini, saya akan dedahkan strategi yang saya sendiri telah gunakan selama 10 tahun bagaimana mendapat keuntungan secara automatik sepanjang tahun menggunakan Internet. Kaedah ini, sememangnya ramai usahawan Internet Malaysia terlepas pandang.
Oleh kerana majlis ini adalah percuma dan tempat adalah terhad kepada 200 penyertaan sahaja, diminta, untuk anda booking secara percuma untuk sesi ini. Untuk booking, mudah shj, just hantar email kepada sales@rahsiainternet.com dengan tajuk email “PERNIAGAAN AUTOMATIK” dan sertakan sekali:
nama
no phone
berapa tempat ingin booking
So, sekiranya anda free pada Sabtu 27hb Februari depan, apa kata join us! Saya pasti, teknik dan kaedah yang saya sampaikan sememangnya amat efektif & powerful dan boleh diaplikasikan pada apa sahaja perniagaan yang dijalankan.
ps: Booking berdasarkan first come first serve sahaja ok… kalau dah penuh 200 penyertaan, tak dapat nak dibantu dah Juga minta kerja sama kalau rasanya tak dapat datang, jangan pula booking tempat. Nanti merugikan peserta lain pulak…
“If I had nine hours to cut down a tree, I would spend six hours sharpening my axe!”~Abraham Lincoln
“Before everything else, getting ready is the secret of success”~ Henry Ford
“When schemes are laid in advance, it is surprising how often circumstances fit in with them”~Sir William Olser
Berhenti seketika, anda sering membaca Tip Satu Minit, tetapi adakah anda melakukan perkara yang paling penting sekali dalam mencapai kejayaan?
Di hadapan meja kerja saya ada sekeping kertas yang mengandungi segala perancangan saya tahun ini - berapa product baru yang akan dicipta, berapa kursus baru yang akan dijalankan, peluang perniagaan industri lain, pelan mengembangkan syarikat dan sebagainya.
Satu skema perancangan telah dirancangkan sejak awal lagi, dan setiap hari, saya akan berusaha mencapai segalanya.
Ambil sekeping kertas, dan sediakan skema perancangan anda untuk tahun ini. Siapa yang belum melakukan latihan ini, adalah dalam kerugian!
ps: Bagi mereka yang tidak tahu melakukan skema perancangan, ini adalah contoh gambarajah skema tersebut. Seperti flow chart sahaja.
Saya ada baca buku ini yang agak menarik“The Outsider’s Edge” oleh Brent D Taylor. Buku tersebut menerapkan konsep mengenai mereka yang tesisih dan mereka yang gagal… lagi mudah mencapai kejayaan!
Dalam buku tersbeut di beri contoh Oprah Winfrey, bagaimana daripada seorang anak yatim piatu, menjadi billionaire. Kalau nak tengok contoh terdekat, bagaimana Tan Sri Mokhtar Bukhary daripada hidup susah di rumah papan tanpa katil, menjadi seorang billionaire.
Jawapannya- the Outsider’s Edge.
Maksudnya, mereka yang terasa diri terasing, akan mempunyai semangat yang luar biasa untuk berjuang mencapai kejayaan. Dari segi motivasi, mereka yang gagal, terbuang, tersisih daripada keramaian akan mempunyai satu motivasi yang hebat untuk keluar dari kepompong kesusahan dan kemiskinan.
Dari perkataan “Outsider” menunjukkan mereka yang “diluar”…
Jadi di situ lah kita dapat lihat juga, mengapa ada orang Indonesia datang ke Malaysia jalankan perniagaan menjadi Jutawan. Bagaimana mereka yang hidup susah, tetapi diberi peluang, mencapai kejayaan yang cemerlang. Mereka yang gagal dalam perniagaan berkali-kali boleh berjaya juga akhirnya.
Bagi diri saya juga, apa yang memotivasikan saya untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan Internet adalah kegagalan saya 10 tahun lalu di mana saya hanya mendapat 3 pelanggan selama setahun. Bila terasa diri tersisih, atau gagal, maka, di situ timbul semangat luar biasa untuk berjaya.
Kalau kita belum mencapai kejayaan cemerlang, mungkin juga kerana kita belum pernah gagal-segagal-gagalnya yang memaksa kita ke dalam keadaan Outsider’s Edge untuk timbulkan semangat luar biasa!
ps: Workshop Jutawan Internet terdekat akan diadakan pada 13hb Februari 2010. Dijalankan masa cuti raya Cina supaya mereka yang jauh dari KL mudah datang untuk menghadiri… Klik di sini sekiranya ingin menyertai.
Kita sedia tahu networking tu penting dalam perniagaan kan?
Lagi ramai kita kenali, lagi besar network kita… maka lagi besar peluang kita mendapatkan bantuan bila perlu dari segi network perniagaan.
Namun begitu, mentor saya pesan…
Irfan, network besar pun tak guna… apa yang penting adalah kualiti network kita
Sememangnya benar. Tak kira la kalau kita ni pandai berkawan, dan punyai ramai kawan, tetapi, tak semestinya ia adalah baik untuk perniagaan kita. Bak kata orang, kawan yang gelak ketawa mudah di cari. Tetapi kawan menangis susah (lebih kurang)
Samalah juga dalam network perniagaan, dimana kebanyakan network kita, sebenarnya kurang berguna.
Kalau diikutkan undang-undang Pereto 80/20 rule, ini bermakna, kalau kita ada 10 kenalan dalam network perniagaan kita, sebenarnya 2 yang paling berguna sekali. Kalau kita ada 100 kenalan network perniagaan, maka, 20 network kita yang sangat-sangat berguna!
Oleh itu:
Tambahkan lebih ramai networking dalam perniagaan anda. 100… 200… 300… kerana 80% daripadanya besar kemungkinan tidak dapat membantu kita. Hanya 20% yang berkualiti dan dapat sama-sama membangunkan perniagaan
Kaji senarai network/kenalan perniagaan anda. Ambil kertas dan tulis nama mereka dan industri mereka. Bulatkan mereka yang anda rasakan dalam 20% yang dapat membantu anda. Senaraikan apa yang mungkin mereka boleh membantu anda dan anda boleh membantu mereka. Fikirkan win-win situation.
Lakukan apa yang ANDA BOLEH BANTU MEREKA terlebih dahulu! Bukan tunggu, atau minta mereka bantu anda. Anda yang perlu ambil langkah pertama
Networking adalah strategi perniagaan. Apabila bercakap tentang strategi, perlu mempunyai planning. Dan planning yang terbaik adalah dengan anda duduk & tuliskannya di atas kertas supaya anda dapat bezakan antara network berguna & network kurang berguna…
ps: Jangan pula write-off atau abaikan network yang kurang berguna, kerana, mungkin secara direct mereka tak dapat memabntu anda… tetapi, network atau kenalan kepada mereka dapat membantu anda pula! Nama pun networking so, kena fikir 2-3 level
Sedikit posting santai hari ni, nak kongsikan kisah saya & kenalan saya yang tak asing (bukan makhluk asing) Abang Abu. Kalau anda sering mengikuti blog ni, pastinya anda kenal dah dengan Abang Abu terutamanya yang menyertai konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan bulan lepas.
Saya & Abang Abu di Jom Heboh 2009
Saya & Abang Abu dah kenal lama dah… hampir 3 tahun. Abang Abu juga adalah business partner saya di Singapura. Setiap kali berjumpa, pastinya kami kongsikan idea-idea perniagaan dan strategi perniagaan. Abang Abu memang saya respect sebab banyak idea-idea yang kreatif dihasilkannya seperti Simpan Challenge.
Satu quote yang saya & Abang Abu amalkan adalah (saya punya favorite quote bila jumpa Abang Abu)…
Abang Abu… kalau kita tak buat- BERDOSA!
Haaa… apa maksud quote saya tu?
Setiap kali berjumpa Abang Abu kami akan bincang idea-idea baru, strategi perniagaan baru, kaedah terkini dan sebagainya dalam menjalankan perniagaan. Dan, tiap kali kalau ada idea yang kita dapat, saya akan kata “Kalau kita tak buat berdosa!”
Maka, lepas tu… pastinya apa yang dibincangkan akan di lakukan sehingga berjaya (atau gagal… janji buat kan?)!
You see, bagi saya, ilmu yang TIDAK DIAMALKAN adalah sia-sia sahaja. Dan perkara yang sia-sia adalah berdosa bukan?
Allah SWT amat murka pada mereka yang berbicara dan dalami ilmu, tetapi tidak mengamalkannya.
Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kemurkaan di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan“. (As-Shaff:2-3)
So, itulah maksud saya & Abang Abu. Kalau kita punyai idea, kalau kita punyai ilmu, kalau kita punyai niat, kalau kita punyai matlamat, kalau kita punyai kehendak…. TETAPI, kita tak amalkan, tak lakukan dan tak meneruskan, maka….
KALAU KITA TAK BUAT… BERDOSA!
Dan kita termasuk saya yang banyak membaca blog ini, buku-buku ilmiah yang lain, atau sertai kursus dan majlis ilmu yang lain… kalau tak amalkan apa yang diajar, berdosa tak?
Renung-renungkan & selamat beramal (pinjam dari guru saya Prof Izzi… kena lagukan sikit)
Satu konsep yang ingin saya perkenalkan kepada anda, iaitu kuasa “Tambah Kosong”
Apa maksudnya?
Dalam perniagaan (ataupun hidupan harian), sudah tentunya kita mempunyai matlamat. Contohnya, berapa ramai kita hendak berjumpa prospek hari ini? Berapa ramai kita hendak pelanggan minggu ini? Berapa banyak keuntungan kita inginkan bulan ini?
Sebagai contoh:
Dalam perniagaan MLM, hari ni kita nak jumpa 3 orang prospek
Dalam perniagaan spa, minggu ini kita inginkan 20 pelanggan
Dalam perniagaan Internet, bulan ini kita inginkan keuntungan RM4,000
Ok… itu matlamat kita. Sememangnya ianya amat penting untuk kita mempunyai matlamat. Tetapi, apa kata kita aplikasikan kuasa “Tambah Kosong” pada apa sahaja matlamat kita. Ertinya, tambah satu (atau dua) kosong pada hujung angka matlamat kita. Jadi…
Fikirkan dalam perniagaan MLM, hari ini bukan 3 prospek menjadi matlamat kita, tetapi 30!
Fikirkan dalam perniagaan spa, minggu ini bukan kita inginkan 20 pelanggan, tetapi 200!
Fikirkan dalam perniagaan Internet, bulan ini bukan kita inginkan RM4,000, tetapi keuntungan RM40,000!
Dengan menambahkan kosong pada angka matlamat anda, anda menggandakan lagi matlamat anda supaya ianya menjadi besar. Minda anda juga akan menjadi lebih kreatif untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi.
Bila besar matlamat kita, maka besarlah pencapaian kita. Shoot for the stars, if you miss, you will still get the moon!
"Tidak
seperti pakar perniagaan Internet yang lain, Irfan Khairi melakukan apa yang diajarnya
untuk menjana pendapatan dari rumah. Kaedah berniaga yang ditunjukkan olehnya
adalah amat berkesan.
Teknik
yang diajarnya telah kami gunakan untuk memberi pulangan
berkali-kali ganda melalui laman web kami"
~Azizi
Ali Jutawan Penulis terlaris buku-buku
kewangan Malaysia #1 termasuk "Lahirnya Seorang Jutawan" & "Jutawan dari Planet
Jupiter"
"...Walaupun
saya telah membaca buku Irfan, masih banyak saya pelajari dan fahami
mengenai perniagaan Internet melalui workshop ini! Kini saya melihat segalanya
dengan lebih jelas lagi. Keputusan saya untuk memandu 7 jam dari Kota Bharu
ke Kuala Lumpur untuk turut menyertai adalah keputusan yang amat tepat! Saya BERSEMANGAT!
...dan kini memandang jauh ke masa hadapan yang lebih cerah!"
~Razzi
Rahman Usahawan Pelakon & Penyanyi
popular 90-an "Rambulan Kesiangan" & "Syakila"
"Penampilan
dan persembahan saudara Irfan yang tidak terlalu konservatif dan tidak terlalu
teknikal memudahkan workshop ini difahami walaupun peserta bukan yang arif dalam
bidang IT...
Dengan
'passion' dan sikap keterbukaan terhadap ilmu dan pendekatan yang baru, sesiapa
pun boleh berjaya"
~Manan
Ngah S.M.T,
A.M.T, P.P.N Ahli
muzik & Penggubah lagu
"Buku
Perniagaan Internet #1 Terlaris di Malaysia!"