March 2010


Sejak 2005 lagi, ada pihak-pihak yang tak bertanggungjawab suka menggunakan nama saya untuk kepentingan sendiri. Dan sejak 2005 juga beberapa kali saya mengambil tindakan undang-undang untuk membersihkan nama saya.

Kini, sekali lagi terjadi, melalui Facebook pula… seperti akaun tipu Irfan Khairi di bawah dengan lebih 3500+ fans..

fbtipu.jpg

Tahun lepas saya sememangnya ada akaun facebook, tapi oleh kerana dah sampai limit 5000 friends, saya hentikan akaun facebook saya kerana ramai yang tak dapat jadi friends & tertunggu-tunggu kerana saya tak aktifkan mereka. So, sejak itu saya pun tidak ada di Facebook untuk adil kepada semua pihak.

Sedar-sedar, ada pula yang membuka akaun facebook menggunakan nama saya & gambar saya. Perkara ini sememangnya satu penyalahgunaan dan boleh diambil tindakan undang-undang. Lebih-lebih lagi sekiranya akaun tersebut mempromosikan skim-skim yang saya sendiri TIDAK endorsekan.

Seperti yang saya lakukan sebelum ini, penyalahgunaan nama dan gambar saya akan disusuli dengan tindakan undang-undang.

Akibat kes ni, saya pun ambil keputusan untuk buka Fan page di Facebook supaya perkara ini tidak berlaku… bagi anda yang ada facebook, boleh klik di bawah…

Pendapat Anda? [35] Comments

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Kena tipu di Internet… kesian!
  • 5 pesanan saya di Facebook
  • Mendapatkan pelanggan menggunakan BLOG atau FACEBOOK?
  • 5 tip motivasi @ Facebook Irfan Khairi

  • Minggu ini terdapat 2 sesi bicara perniagaan bersama saya, dan 2 lagi mentor jutawan, Abang Abu & Billi Lim. Sekiranya pada tarikh tersebut anda free, di jemput sertai bersama. Keduanya sponsored event, so, tiada bayaran dikenakan.

    Biz Talk bersama Billi Lim

    “GAGAL Menjual, Berani Menjual” khas bagi mereka yang gagal dalam perniagaan, gagal dalam jualan, malu dalam jualan, takut hendak menjual dan sewaktu dengannya, sesi yang lepas Pakar Pemasaran Billi Lim berkongsi Rahsia berani menjual kepada peserta. Atas permintaan yang ramai, pada minggu ini Peoplepreneur Business School sekali lagi menaja Bicara Niaga dengan membawa Pakar pemasaran Billi Lim sekali lagi khusus kepada mereka yang ingin menjadi pakar dalam perniagaan.

    “GAGAL Menjual, Berani Menjual” oleh Billi Lim

    Rabu 31hb Mac 2010
    8.00 malam - 10.30 malam
    Cititel Hotel, Midvalley, KL
    Masuk: PERCUMA
    Ditaja oleh PBS

    Pendaftaran: SMS name, email, contact number kepada 017-6072100 atau register online at www.peoplepreneur.net

    *********

    Bicara WANG & PERNIAGAAN
    Bersama Irfan Khairi
    Speaker jemputan; Abang Abu

    “Cara Menjalankan perniagaan Internet dari rumah secara AUTOMATIK” oleh IK
    &
    “Kompas Wang - Kaedah SAMPAH, BOCOR, TERPAKSA & UNTUNG wang anda” oleh Abang Abu

    Ahad 4hb April 2010
    2.30 petang - 5.30 petang
    Hotel Singgahsana Petaling Jaya (belakang PJ Hiltion)
    Masuk: PERCUMA
    Ditaja oleh StormReaders2U

    Saya akan sampaikan topik yang sedang hangat diperkatakan, iaitu “Cara Menjalankan perniagaan Internet dari rumah secara AUTOMATIK”. Tak kira apa sahaja perniagaan yang anda jalankan, anda boleh menggunakan kaedah yang saya sampaikan ini untuk perniagaan anda. Kaedah yang guarantee akan melipatkali gandakan pelanggan anda dengan cara automatik- tak kira perniagaan apa yang anda jalankan.

    Mentor Jutawan Abang Abu juga sebagai speaker jemputan akan menyampaikan talknya yang cukup santai & mencuit hati “Kompas Wang - Kaedah SAMPAH, BOCOR, TERPAKSA & UNTUNG wang anda”. Ramai yang bekerja & berniaga untuk wang, tetapi, ramai juga tidak dapat menyimpan wang yang diperolehi. Sebabnya? Kerana tidak mengikut petunjuk Kompas WANG!.

    Sekiranya anda ingin menyertai sesi bersama Irfan Khairi dan Abang Abu secara percuma, sila email kepada sales@rahsiainternet.com

    TAJUK EMAIL: “PERNIAGAAN AUTOMATIK KL 4/4″

    Serta kan di dalam isi kandungan email:

    * NAMA
    * Nombor HP
    * EMAIL
    * JUMLAH PESERTA

    Pendapat Anda? [9] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Bersama Jutawan yang GAGAL! Billi Lim
  • Jutawan! bersama Abang Abu
  • Kalau gagal, gagal dan gagal, bila nak berhenti?
  • Bersama Irfan Khairi @ WW Astro Awani

  • Saya pernah berbual dengan kawan saya (berbangsa Cina) yang merupakan seorang agent insurans yang sangat berjaya. Namun begitu, dirinya tidak pandai membaca / bercakap bahasa Inggeris.

    Dalam berbual dengannya, saya amat tertarik dengan satu idea yang digunakannya dalam mendapat pelanggan kerana ianya amat unik sekali. Saya tanya dari mana dia mendapat idea tersebut?

    Katanya dari buku “Blue Ocean Strategy”. Saya sendiri pernah membaca buku tersebut dan memang saya akui, idea tersebut datang dari buku yang dinyatakan. Tetapi, yang saya peliknya, bagaimana dia dapat membaca buku tersebut sedangkan buku itu agak advance dan dia tak reti berbahasa Inggeris. Jadi, saya pun tanya.

    Jawapannya: Saya hanya baca sikit sahaja buku tu, dan ambil satu idea sahaja untuk saya implementasikan.

    Pengajaran: Dengan hanya satu idea sahaja, diimplementasikan dengan betul, ia dapat mengubah haluan perniagaan anda! Idea boleh dapat dari mana-mana, tetapi, terpulang kepada individu untuk mengimplementasikannya dengan berkesan!

    Ada pula yang membaca beberapa buah buku, tetapi langsung tidak mengimplementasikan walaupun satu idea. Mereka ini adalah dikalangan orang2 yang rugi…

    Pendapat Anda? [37] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Lompat si katak lompat…
  • Buku idea perniagaan saya
  • Idea hebat ketika cuti…
  • Cara menjadi kreatif dan menjana idea

  • Ahad lepas saya mengadakan sesi talk “Cara Menjalankan Perniagaan Secara Automatik Dari Rumah” di JB tajaan StormReaders2U.
    Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakam di Crystal Crown JB…

    jb1.jpg
    Ramai hadirin memeriahkan majlis
    jb3.jpg
    En Syah selaku Pengurus besar Stormreaders memberi taklimat ringkas
    jb2.jpg
    Beruntung di JB kerana Abang Abu turut memberi sesi percuma- gawat dewan dibuatnya.
    jb4.jpg
    Sesi “Cara Menjalankan Perniagaan Secara Automatik Dari Rumah”

    Ramai yang telah ketahui kaedah menjalankan perniagaan dari rumah secara automatik sempena “mini tour” saya di KL dan minggu lepas di JB.

    Ada bad news sikit :( Unfortunately, mini tour ke KB, kelantan terpaksa di tangguhkan. Sepatutnya akan diadakan pada Jumaat ini (esok), tetapi, akibat “Jom heboh” TV3 yang dijalankan di kawasan dewan yang kami booking, jalan didepannya di tutup dan menyukarkan hadirin. So, lepas perbincangan dengan pengurusan dewan, mereka cadangkan untuk tangguh dulu. Harap maaf ya bagi mereka dipantai Timur…

    Good news pula bagi mereka yang di Lembah Klang, kami akan mengadakan satu lagi sesi “Cara Menjalankan Perniagaan Secara Automatik Dari Rumah” pada hari Ahad 4hb April. Ianya akan diadakan di PJ kali ini di Hotel Singgahsana, PJ. Pada jam 2.30 petang-5.30 petang. Dengar-dengar cerita Abang Abu juga akan turut serta memberi sesi percuma juga. Ditaja oleh StormReaders2U.

    Bagi kawasan-kawasan lain, insyaallah April ini kami akan ke Ipoh, Kedah dan KB… (maaf sekali lagi kepada warga KB kerana terpaksa di tunda)

    Kalau anda ingin tahu “Cara Menjalankan Perniagaan Secara Automatik Dari Rumah”, sertai mini tour kami ok. Atau, kalau nak versi sepenuhnya, boleh sertai Workshop Jutawan Internet kerana ia adalah antara modul yang terkandung dalam workshop ini. Klik di sini untuk maklumat lanjut workshop Jutawan Internet Ahad ini. Workshop Jutawan Internet adalah sesi tertutup dengan <15 peserta  sahaja. Jadi, lebih mudah berinteraksi dengan saya.

    Pendapat Anda? [16] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • StormReaders Network - pendaftaran bermula
  • Kedai online @ e-shop StormReaders
  • StormReaders 2U di Vistana Hotel- fullhouse
  • Storm Readers - MLM 100% Syariah compliant

  • Hari ini di Radio24 93.9fm “Irfan on Air” saya kongsikan beberapa strategi mengurus & menjimatkan masa.

    Masa adalah komoditi yang amat berharga pada zaman ini. Sering kali dilihat, mereka yang berjaya adalah mereka yang agak berumur. Ini kerana, masa telah memainkan peranan dalam mengumpulkan kejayan.

    Bagaimanapula rahsia mencapai kejayaan cemerlang di usia yang muda? Jawapannya adalah pengurusan masa yang bijak!

    Berikut adalah ringkasan 3 tip yang saya sampaikan:

    1. Menetapkan matlamat jangka pendek adalah sebahagian daripada mengurus masa dengan cekap. Tulis apa yang anda hendak lakukan hari ini… esok… minggu ini. Kiranya, matlamat jangka pendek. Aksi menulis tersebut akan membuat kan matlamat jangka pendek kita masuk ke minda separuh sedar kita, dan menjadikan kita lebih cekap dalam menyiapkan apa sahaja kerja yang ditulis.
    2. Tulis matlamat di atas pada malam sebelumnya. Kerana, ketika tidur pun, apa yang kita rancangkan untuk esok akan bermain di kepala kita dan membuatkan kerja tersebut lebih mudah untuk dilaksanakan dengan cepat.
    3. Fikirkan kesengsaraan atau berita buruk yang akan terjadi sekiranya kerja yang kita ingin lakukan tidak siap. Manusia adalah insan yang beremosi. Kita melakukan sesuatu kerana inginkan kebahagiaan, dan mengelakkan kesengsaraan. namun, keadaan emosi “mengelakkan kesengsaraan” adalah lebih kuat untuk memotivasikan kita melakukan kerja dengan lebih cekap.

    Menjimat masa adalah amat penting kerana masa yang terlepas… kita tidak akan jumpa kembali! :

    Minggu depan di Radio24, saya akan sambungkan lagi tip2 dan kongsikan di sini insyaallah… kalau nak dnegar yang full, kena ikuti “Irfan on Air” setiap Selasa 12.30pm di Radio24.

    ps: Saya akan berada di PWTC sempena Pesta Buku 2010 pada Mac 24hb jam 4.00 petang di booth telaga Biru Sdn Bhd sempena sesi bertemu pembaca. Jumpa di sana ;)

    Pendapat Anda? [13] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Maaf… saya tak cukup masa
  • Zaman teknologi… masih terkejar masa
  • Hari #2: Domain Name & Web Hosting
  • Berjimat dari belian emosi

  • Hari ini di Berita Harian ruangan Varsiti terdapat artikel mengenai saya ketika zaman universiti. Kisahnya saya dulu-dulu pernah bekerja sebagai tukang cuci selama 2 tahun untuk mengumpul wang membeli buku2 dan juga hadiri seminar perniagaan. Sekiranya anda tak berkesempatan membeli Berita Harian, boleh baca versi scan artikel tersebut dengan klik di sini!

    Di bawah gambar yang clear sikit ketika saya di hadapan pasaraya “Kwik Save” tempat saya bekerja.

    kwiksave-irfan-small.jpg
    Ketika di UK, adalah kebiasaan student sana yang kesempitan wang bekerja untuk mendapat wang extra. Kalau kita berkesempitan wang di Malaysia, sanggup tak kita bekerja sebagai cleaner? Ataupun kita akan rasa malu “nanti apa pula orang kata”?
    Pendapat Anda? [74] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Berita Harian: Irfan Khairi cetus revolusi perniagaan Internet
  • Perniagaan Internet separa automatik
  • Idea hebat ketika cuti…
  • Menambahkan keuntungan #1: Cari pasaran baru

  • Siang tadi di Bernama Radio24, segmen Irfan on Air, topik yang dibincangkan adalah gagal dalam perniagaan. Di mana saya membuat phone interview dengan Mentor Jutawan, Billi Lim kita… it was a fun interview!

    Satu soalan yang diajukan kepada saya tadi berbunyi…

    IK pernah gagal ke?

    Sebab terima soalan cepu emas tu on air, saya pun sebutkan on air, 3 kegagalan saya sebelum ini. Habis semua orang tau… ;)

    • Baru-baru ni adik-adik kita ambil keputusan SPM kan? Teringat saya tentang kegagalan saya dalam mata pelajaran Prinsip Akaun ketika SPM- saya mendapat F9! Yup… saya kantoi accounts ;) That was a major downer sebab masa cuti tunggu result SPM saya dah berangan nak jadi jutawan dah… bila tengok result accounts… aduh- F9!
    • Lepas SPM saya melanjutkan pelajaran ke ITM Shah Alam (PPP) mengambil jurusan perniagaan. Majoring in Economics. Biasalah… nak jadi ahli perniagaan, kena la handal Econs. Final A-Level exam… dapat result, saya FAIL my Economics. Sampai terpaksa re-sit exam 2 bulan kemudian. Strike 2! Alhamdulillah, ketika re-sit, keputusan saya cukup-cukup makan (pass… kurang 1 point untuk kantoi balik) untuk fly ke UK.
    • Yang ni ramai tahu… tahun pertama saya menjalankan perniagaan Internet, saya GAGAL mendapatkan pelanggan. Dalam masa 1 tahun, saya cuma dapat 3 pelanggan sahaja. Saya ingat lagi ketika itu, satu pelanggan dari UK, satu pelanggan dari US dan sorang lagi dari Hong Kong. Keuntungan perniagaan Internet saya yang pertama adalah dalam RM600 sahaja setahun (setahun tu… bukan sebulan!)… strike 3!

    Bila ingat kembali, it was a great journey. Semua kegagalan itu mengajar cara kejayaan. Syukur Alhamdulillah, dari dulu lagi saya bukan seorang yang cepat putus asa, dan harapan kita semua tak akan putus asa.

    Pendapat Anda? [17] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Gagal dalam perniagaan… FRUSTNYA!
  • Kalau gagal, gagal dan gagal, bila nak berhenti?
  • Bersama Jutawan yang GAGAL! Billi Lim
  • Mentor Jutawan: Billi Lim, Jutawan Berani Gagal

  • Bulan ini, saya menghiasi cover majalah perniagaan “Jutawan”. So, dapatkannya ok…

    Cuma, tajuk “Jutawan Tersohor” tu rasanya jolokan tu kureng sesuai untuk saya ;) Terima kasih kepada majalah Jutawan kerana menjemput saya.

    covershadow.jpg

    OK, dah dapat majalah Jutawan, suka saya nak umumkan beberapa talk percuma yang bakal diadakan pada bulan ini…

    Rabu 17hb Mac - Biz Talk bersama Billi Lim
    Tajuk: “Dare to Sell”
    Lokasi: Boulevard, Midvalley, KL
    Waktu: 8.00 malam
    Masuk: PERCUMA (ditaja oleh PBS)

    Sesi bersama Billi Lim julung kali diadakan! Oleh itu, dijemput datang beramai-ramai melihat speaker yang penuh karisma (dan lawak) ini! ;) Daftar dengan meberikan , NAMA, EMAIL & NO. HP , ke 017-3935364 dengan segera kerana tempat adalah terhad! Insyaallah saya juga akan turut serta nanti memberi sedikit tip mengenai “kegagalan”

    Ahad 21hb Mac - Bersama Irfan Khairi
    Tajuk: “Cara Menjalankan Perniagaan Secara Automatik dari Rumah”
    Lokasi: Crystal Crown, Johor Bahru
    Waktu: 3.00 petang
    Masuk: PERCUMA (ditaja oleh StormReaders2U)

    Sesi yang mendapat sambutan hebat di Kuala Lumpur beberapa minggu lepas akan di bawa ke JB! Klik di sini untuk membaca mengenai sesi yang telah di adakan di KL. Sekiranya anda berada di JB, dan ingin merebut peluang ini (jarang2 saya turun ke JB untuk free talk ;) ), sila lakukan booking sekarang ok. Bagi warga JB, untuk menempah tempat, sila email kepada sales@rahsiainternet.com dengan TAJUK EMAIL: “STORMREADERS2U JB 21/3″. Serta kan NAMA, HP, EMAIL & JUMLAH PESERTA dalam isi kandungan email.

    Jumaat 26hb Mac - Bersama Irfan Khairi
    Tajuk: “Cara Menjalankan Perniagaan Secara Automatik dari Rumah”
    Lokasi: Hotel Raudah, Kota Bharu
    Waktu: 3.00 petang
    Masuk: PERCUMA (ditaja oleh StormReaders2U)

    Sesi yang mendapat sambutan hebat di Kuala Lumpur beberapa minggu lepas akan di bawa ke JB! Klik di sini untuk membaca mengenai sesi yang telah di adakan di KL. Sekiranya anda berada di KB, dan ingin merebut peluang ini (jarang2 saya turun ke KB untuk free talk ;) ), sila lakukan booking sekarang ok. Bagi warga KB, untuk menempah tempat, sila email kepada sales@rahsiainternet.com dengan TAJUK EMAIL: “STORMREADERS2U KB 26/3″. Serta kan NAMA, HP, EMAIL & JUMLAH PESERTA dalam isi kandungan email.

    Ya, bulan ini kami akan ke Pantai Timur dan Selatan ok… bahagian Utara tunggu dulu no…

    Bagi yang berminat untuk menyertai, minta anda booking tempat awal-awal ok… takut tak cukup tempat disediakan nanti ;) Jumpa anda di sana!

    Pendapat Anda? [21] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Luar majalah, dalam majalah
  • Temubual IK bersama Personal Money Magazine
  • Berfikiran negatif dan berfikiran positif- mana mudah?
  • Wang & Anda - Jejak Jutawan

  • Dalam perniagaan, sememangnya perlu menjual produk atau perkhidmatan yang berkualiti.

    qualiti.jpg

    Sering kali juga, produk atau perkhidmatan kita dah cukup berkualiti sebaik-baiknya. Pada harga yang amat berpatutan. TETAPI, jualan tetap tidak memberangsangkan! Mengapa ini terjadi?

    Jawapannya kembali kepada STRATEGI & PROMOSI

    Sebenarnya, sesuatu produk perniagaan walaupun berkualiti sederhana, tetap boleh kalahkan produk yang lebih bagus daripadanya dengan mempunyai STRATEGI & PROMOSI yang lebih berkesan.

    YA, bottom line is, produk berkualiti hebat, masih boleh gagal.

    Zaman ini, kualiti produk atau perkhidmatan sahaja tidak akan menjaminkan kejayaan sesuatu perniagaan oleh kerana terlalu banyak persaingan yang melakukan strategi dan promosi yang lebih berkesan. So, WALAUPUN anda mempunyai idea perniagaan yang hebat, produk yang hebat, kualiti yang hebat… pemikiran sebenarnya yang perlu ada…

    BUKAN lah…

    Perniagaan ini pasti berjaya sebab produknya berkualiti tinggi dari pesaing!

    TETAPI…

    Apakah STRATEGI dan PROMOSI untuk menjayakan perniagaan ini berbanding pesaing?

    Pendapat Anda? [24] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Beri jaminan @ guarantee
  • Gagal dalam perniagaan… FRUSTNYA!
  • Lihat pada kecantikan
  • Kalau gagal, gagal dan gagal, bila nak berhenti?

  • Tengok tajuk di atas, pasti ramai ingatkan saya nak ceritakan tentang Search Engine Ranking! Salah sama sekali kerana kali ni saya nak kongsi-kongsi santai takde kena mengena dengan perniagaan Internet ;)

    So, hari ni kita santai-santai sikit ok…

    Mereka yang mengikuti perkembangan saya melalui blog ini pasti tau yang saya juga minat dengan muzik/bermain muzik bukan? Dan tahun lepas, saya ada ceritakan mengenai band ‘indie’ kami, Razzi.muz.ik. Kalau nak baca posting tahun lepas, boleh klik di sini…

    Anyway, tahun lepas kami main lagu saja suka-suka dan memberi lagu kita for free secara online. Antara lagunya adalah Selamanya, ciptaan komposer Johan Nawawi dan juga Reaching Higher ciptaan Zul Mahat.

    Tahun lepas juga, saya mencuba buat kali pertamanya mencipta lagu sendiri- dari muzik, sampailah ke lirik lagu dan dinyanyikan oleh Bro Love, Razzi Rahman. Lagu tersebut diletakkan di YouTube, FB dan sebagainya dan mendapat sambutan yang amat hebat!

    Kalau anda ingat, its’ a song about peperangan di Gaza, dan tajuknya, “Voices”. Bagi anda yang tak pernah dengar, di jemput klik pada video di bawah untuk dengar first time ever, lagu ciptaan saya “Voices”


    Ok, itulah percubaan saya yang pertama mencipta lagu bermesejkan kemanusiaan untuk kita mengingati mereka di Gaza. Not bad kan? Selepas lagu “Voices” diedarkan di Internet, berbagai-bagai positif review diberikan. Dan ramai juga beri cadangan untuk kami buat lagu untuk mainstream- keluar cd… radio…tv dan sebagainya.

    So, tahun ni, Saya & Bro Love, Razzi Rahman, menyahut cabaran tersebut, dan hasilkan beberapa buah lagu lagi. Atas nasihat Razzi, dia inginkan saya ciptakan satu lagi lagu…sebab Razzi kata lagu “Voices” saya best! Saya boleh cipta lagu best…

    First of all, saya tak mahu cipta lagu… sebab saya bukannya pencipta lagu ;)   Tapi lepas dipujuk… dan diberi dorongan, last last saya pun setuju untuk ciptakan satu lagi lagu… manalah saya ada masa nak cipta lagu sangat…

    Lagu ke-dua, saya berikan tajuk “Kerana” dan kini mula dimainkan di stesen radio! Dan paling yang tak disangkakan, lagu “Kerana” kini telah masuk carta THR Gegar dan menduduki tempat ke #3 daripada 100 lagu popular!

    Wah… memang tak sangka. Terkejut & seronok at the same time sebab saya buat pun hanya suka-suka sahaja sambil release stress kerja ;)

    So, bagi anda yang nak dengar lagu “Kerana”, boleh mainkan klip YouTube di bawah… no #3 tu di carta… jangan main-main ;) )


    So amacam? Bila lagi boleh tengok saya main muzik! ;)

    So, tip atau lesson yang boleh diambil hari ini ada 3:

    1. Adakalanya kita perlukan sesuatu hobi atau sesuatu perkara untuk kita lakukan supaya take a break daripada kerja seharian. Kerja all the time pun tak boleh juga. Perlu ada masa nak release tension kan? Dan selepas melakuka nperkara tersebut, kita akan dapat kembali kepada kerja dengan minda dan tenaga yang makin fresh dan produktif. Bagi saya, perkara tersebut adalah muzik!
    2. Kadangkala, kita tidak tahu kebolehan kita atau bakat terpendam kita. Dan sering kali, orang lain yang boleh nampak bakat apa yang kita ada. Menulis/mencipta lagu tak pernah pun jadi dalam matlamat saya, tapi sedar-sedar, atas desakan orang lain, my bro Razzi Rahman, saya lakukan juga. Dan, what a surprise, mendapat sambutan ramai ke dua-dua lagu saya iaitu “Voices” tahun lepas, dan kini “Kerana” pula masuk carta #3 THR Gegar!
    3. Cannot help it, saya nak bagi juga tip perniagaan Internet! Seperti tip saya minggu lepas- gunakan YouTube untuk memberi pengalaman kepada pelawat laman web kita. Zaman ini, pelawat inginkan sesuatu yang interaktif dengan menggunakan bunyi dan juga visual. Dengan mempunyai elemen bunyi dan visual, terutamanya clip di YouTube, pelawat laman web mendapat pengalaman tambahan bukan sekadar teks sahaja.

    So, itulah dianya… hari Isnin ni, kita berhibur la sikit ya, so takde lah “Monday Blues”. Sambil-sambil menjalankan perniagaan, sambil-sambil kita santai juga ;)

    Harian Metro
    Baca review album RR & IK di Harian Metro. Kalau ada masa terluang, boleh baca di sini saja-saja. 

    Kalau nak dengar lagu-lagu lain Razzi Rahman & IK, boleh dapatkannya di sini

    ps: dapatkan NST hari ini kerana ada berita kami dalam New Straits Times today

    Pendapat Anda? [17] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Kuasa “Tambah Kosong” - Fikir besar dalam perniagaan
  • Networking- kualiti, bukan kuantiti
  • Perlu diversify atau perlu niche?
  • Perniagaan bukan Internet 2: Perniagaan Internet 1

  • Ada yang tanya pada saya. Apa harus dilakukan sekiranya terdapat orang mengutuk, memperlekehkan, melemparkan tohmahan, dan sewaktu dengannya kepada usaha kita. Saya rasa ramai yang pernah melalui ini, termasuklah diri saya sendiri.

    Ada banyak boleh dilakukan, tetapi, jawapan terbaik saya dapati dari artikel Dr H.M Tuah saya terbaca baru-baru ini. Pesan Dr. Tuah:

    Anda harus BERTERIMA KASIH kerana…

    1. Anda mendapat pahala FREE bila kita bersabar! :)
    2. Perkara-perkara negative tersebut boleh menjadi pendorong atau semangat untuk terus berjaya. Kiranya sebagai satu cabaran, dan lagi banyak cabaran, lebih hebat kita hendak buktikan mereka yang memberi kata-kata negatif tersebut bahawa kita akan berjaya!
    3. Dapat mendedahkan mereka yang berfikiran negatif kepada orang ramai. Sebelum orang lain kena, mereka akan tahu bahawa siapa yang suka memberi kata-kata negatif. Anda dapat membantu orang lain dengan secara tidak langsung untuk berhati-hati dengan golongan ini (tak perlu bagi tahu… orang  akan dapat lihat sendiri).

    Saya cukup setuju dengan Dr. Tuah.

    Sebab itu juga sering terjadi dalam kisah-kisah kejayaan bahawa mereka yang sering ditindas sebegini akan naik mencapai kejayaan yang lebih hebat. Pintu rezeki akan luas terbuka, semangat akan semakin membara dan melatihkan kita untuk abaikan perkara-perkara negatif disekeliling kita.

    Biasanya, mereka yang memberi kata-kata negatif ini, takkan ke mana-mana oleh kerana ia mencerminkan diri sendiri yang sering fokus kepada perkara negatif.

    Jadi, jauhkan dari memberi kata-kata negatif kepada orang lain. Beri semangat dan sokongan kepada sesiapa sahaja untuk berjaya. Ia akan mencerminkan kembali kepada diri anda untuk menjadi lebih positif dalam mencapai kejayaan :)

    Pendapat Anda? [57] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Kena kritik… apa nak buat? Kena sindir… apa nak buat?
  • Azwan Ali & Irfan Khairi buat apa tu!!??
  • Perniagaan yang kita minat vs. perniagaan yang kita tak minat
  • 5 tip motivasi @ Facebook Irfan Khairi

  •