April 2010
Monthly Archive
Wed 28 Apr 2010
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[27] Comments
Saya minat sangat menonton Discovery channel (Astro 551). Banyak sungguh yang boleh dipelajari. Hari tu, ada satu rancangan ni mengenai haiwan, menyebut satu quote berbunyi…
Survival is not necessarily to the strongest and intelegent, but to the species that can adapt and adjust to changing circumstances
Lebih kurang, maksudnya, untuk sesuatu spesis tu terus hidup, tak semestinya ia paling kuat, hebat dan pandai… tetapi, pada kebolehannya berubah dan menyesuaikan diri dengan keadaan yang bertukar.
Sebenarnya, istilah ini juga boleh diaplikasikan dalam perniagaan dan motivasi.
Chameleon adalah haiwan yang boleh mengubahkan warna kulitnya mengikut keadaan
Tak semestinya sesuatu perniagaan tu hebat, besar, dan kuat akan berjaya dalam apa jua keadaan. Kalau ekonomi jatuh, perniagaan sebegini pun boleh jatuh juga. Tetapi, perniagaan yang lebih fleksibel, dan boleh bertukar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ekonomi, adalah perniagaan yang akan survive!
Tahun lepas banyak perniagaan yang mengalami kegagalan. Namun, banyak juga yang mencapai kejayaan dalam keadaan ekonomi meleset. Apa yang dilakukan oleh perniagaan yang terus berjaya adalah kebolehan mereka adaptasi pada keadaan sekeliling.
Dalam perniagaan, be flexible. Berubah dan sesuaikan perniagaan dengan keadaan. Jangan constant (sama sahaja) apabila dalam keadaan dan persekitaran yang berbeza. Berubah untuk kebaikan
Perniagaan kecil-kecilan mempunyai satu advantage yang hebat, iaitu mudah untuk berubah dan mudah untuk lebih fleksible berbanding perniagaan besar-besaran.
Thanks Discovery channel!
Iklan:
Pada hari Ahad 2hb May 2010 ini, saya akan menjalankan satu seminar *mini* (separuh hari) khas bagi mereka yang menjalankan perniagaan MLM (tak kira perniagaan apa) yang ingin mempelajari kaedah menambahkan jualan dan prospek melalui Internet. Workshop Mini Lipat Ganda MLM ini akan mendedahkan strategi dan kaedah promosi terbaik bagi perniagaan MLM menggunakan Internet untuk mendapatkan lebih ramai downline.
Ramai yang menjalankan perniagaan MLM dan menggunakan Internet untuk mendapatkan pelanggan sering mengalami kesukaran. Walaupun dah promosi, dan spend banyak wang untuk promosi online, tetapi, masih tidak mendapat ramai downline. Di manakah masalahnya? Salahnya adalah dari segi strategi dan kaedah perniagaan MLM melalui Internet- terlalu ramai yang menggunakan cara yang salah!
Sekiranya anda menjalankan perniagaan berbentuk MLM, tidak kira dari syarikat apa pun, dan ingin menyertai, lawati http://www.rahsiainternet.com/lipatgandamlm untuk keterangan lanjut. Anda juga perlu menyesuaikan diri dan berubah untuk berjaya dalam perniagaan MLM yang makin ramai pesaingan! Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [27] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Perniagaan berubah - perlu flexible!Malas… musuh #1Up to date & trendyBerubah dalam perniagaan
Fri 23 Apr 2010
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[29] Comments
Dalam perniagaan, kita tidak lari dari rundingan, atau negotiation. Tidak kira, dengan pembekal, pelanggan, pengedar, dan sebagainya…
Dalam buku The Art of Negotiation, dua petua untuk berunding dengan berjaya.
- Pihak yang ingin perundingan itu untuk berjaya, adalah pihak yang mempunyai kelemahan dalam rundingan tersebut. Ini bermakna, sekiranya anda ingin sesuatu rundingan itu berjaya, cara terbaik adalah, jangan tunjukkan bahawa anda ingin sangat perundingan tersebut berjaya. Be neutral… buat muka biasa sahaja.
- Lebih banyak anda beri sebab kepada pihak satu lagi berminat dengan permintaan anda, lebih baik terma rundingan yang anda akan dapat. Ini bermaksud, tunjukkan nilai dan manfaat sebanyak yang mungkin untuk pihak satu lagi menerima rundingan anda.
Lain kali bila anda berunding, ingat dua petua ini. Anda akan dapat lihat kekuatan rundingan akan berpihak kepada anda.
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [29] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Kebolehan berunding dalam perniagaanBahasa dan gaya yang sama dalam perniagaanTulis… jangan tak tulis!Workshop Komunikasi Efektif Nizal Mohammad (TV3)
Wed 21 Apr 2010
Bagi warga Johor yang free pada hari Sabtu 24hb ini, temui saya dan Ustaz Zahazan Mohamed untuk tazkirah “Budaya Ilmu & Keberkatan Rezeki” dan “Rahsia Menjana Pendapatan di Rumah” sempena pelancaran StormReaders Zon Selatan.
Majlis ilmu ini akan diadakan di Pusat Islam Iskandar, Johor. So, datang beramai2 bersama kenalan & keluarga
Sekiranya anda ingin hadiri, klik di sini untuk download & print tiket penyertaan anda secara percuma InsyaAllah kita jumpa di sana…
Bagi anda yang tidak berada di Selatan dan ingin maklumat lanjut StormReaders, klik di sini
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [19] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Storm Readers - MLM 100% Syariah compliantKedai online @ e-shop StormReadersKekayaan menurut IslamSimpan Challenge di MHI, TV3
Mon 19 Apr 2010
Posted by Irfan Khairi under
Tip Kewangan[45] Comments
Kekayaan bukan maksudnya berapa banyak pendapatan kita, tetapi, berapa banyak kita boleh simpan. Ada yang berpendapatan tinggi, tapi, belanja pun turut tinggi. Malah sebahagian pula berbelanja lebih daripada pendapatan.
Prinsip ini dikenali sebagai Parkinson’s Law. Bermaksud, lagi tinggi pendapatan kita, secara pcychologynya lagi tinggi kehendak kita dan lagi tinggi perbelanjaan kita. Last-last, sama juga, masih kita tak dapat menyimpan.
Cara mengelakkan masalah kewangan adalah dengan sengaja kita melawan Parkinson’s Law ni, dengan will power yang ada dalam diri kita sendiri.
Semalam sesi saya di Hujung Minggu Malaysia, TV1 (7.30am), satu tip mudah dari pemanggil berbunyi…
Ukur baju pada badan sendiri. Kalau kita size M, takkan beli baju size XXL pula… jangan ikut seperti Biar papa asal bergaya.
Konsep untuk tidak terjerumus dalam masalah kewangan sememangnya mudah. Iaitu, jangan biarkan perbelanjaan lebih daripada pendapatan. Kalau kita boleh lakukan ini, maka, kita telah melawan Parkinson’s Law.
Kongsikan pendapat anda atau petua bagaimana kita hendak mengelakkan daripada Parkinson’s Law?
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [45] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Berjimat dari belian emosiErti financially free… kewangan mandiriKebahagiaan vs KesengsaraanParkinson’s Law dalam kewangan
Thu 15 Apr 2010
Sebenarnya, ada 3 sebab utama mengapa sesuatu perniagaan Internet gagal. Antaranya:
- Produk dan perkhidmatan yang dijual tidak mempunyai permintaan
- Laman web yang dibina tidak meyakinkan pelawat membuat belian
- Tidak melakukan promosi perniagaan Internet tersebut
Sekiranya anda pernah mencuba menjalankan perniagaan Internet, tetapi, masih tidak mendapat pulangan seperti yang diinginkan, cuba lihat 3 perkara utama di atas.
Adakah produk dan perkhidmatan kita tu mempunyai permintaan? Tak guna juga menjual sesuatu yang tidak mempunyai permintaan di pasaran.
Satu CARA MUDAH untuk mengetahui permintaan, adalah dengan melihat perniagaan BUKAN internet, atau perniagaan offline. Sekiranya produk tersebut mempunyai permintaan secara offline, maka, besar kemungkinan produk tersebut jika dibawa ke Internet, ia masih mendapat sambutan yang baik. Perniagaan online dan pernigaan offline, tidak banyak berbeza. Cuma yang membezakan adalah medium yang digunakan adalah Internet.
Adakah laman web tersebut boleh meyakinkan atau mengubahkan pelawat menjadi pembeli? Sekiranya anda ada produk yang BEST IN THE WORLD pun, tetapi, laman web yang tidak meyakinkan pelawat menjadi pembeli, maka, mereka tidak akan membeli juga.
Satu CARA MUDAH untuk memastikan laman web kita boleh meyakinkan pelawat menjadi pembeli, adalah dengan menjadikan kita sendiri sebagai pelanggan. Lihat laman web kita dan tanya pada diri sendiri “Sekiranya aku pelawat, adakah aku akan beli dari laman ini?”. Jujur pada diri kita sendiri. Put ourself in the shoes of our visitors dan dapatkan jawapan sejujur-jujurnya, adakah kita akan membeli produk tersebut dari laman web ini.
Adakah kita melakukan promosi? Tidak kira perniagaan Internet atau perniagaan bukan Internet, perniagaan MLM, atau perniagaan insurance, mutual funds atau apa sahaja… lebih 90% semua perniagaan ini akan GAGAL kerana tidak melakukan promosi! Tidak kira hebat macam mana pun produk kita, atau kita mempunyai laman yang meyakinkan kita, sekiranya tidak melakukan promosi, pastinya perniagaan Internet kita akan GAGAL.
Satu CARA MUDAH untuk mengetahui sama ada promosi kita adalah cukup, tanya pada diri sendiri, adakah kita melakukan sekurang-kurangnya 3 jenis kaedah promosi serentak pada sesuatu masa? Promosi adalah sesuatu yang perlu dilakukan secara berterusan, tidak kira perniagaan kita sudah popular pun, masih memerlukan promosi. Lihat sahaja Air Asia. Semua orang mengenali Air Asia, tetapi adakah Air Asia berhenti dari melakukan promosi? Apatah lagi perniagaan kecil-kecilan melalui Internet. Pastinya promosi adalah amat penting!
Pada hari Sabtu ini (lusa) 17hb April 2010 saya akan kendalikan satu Mini Workshop bertajuk Promosi Berapi (separuh hari). Khas bagi mereka yang mempunyai laman web, tetapi mengalami kesukaran mempromosinya. Insyaallah saya akan sampaikan kaedah-kaedah yang terkini dan paling efektif bagaimana hendak promosikan perniagaan Internet kita untuk melipatkali gandakan pelawat kita. Khas bagi mereka yang mempunyai laman web sahaja (kerana workshop kali ini bukan tahap asas dan lebih advance)
Sekiranya anda mempunyai laman web, dan ingin melipatkali gandakan pelawat laman web anda, tidak kira tahap kejayaan perniagaan Internet anda, boleh sertai saya, bersama satu kumpulan kecil usahawan Internet lain untuk mempelajari kaedah Promosi Berapi
. Workshop MINI ini dilakukan bersama group yang kecil (nama pun mini) untuk membolehkan interaksi yang lebih mendalam- mungkin dalam 15 peserta sahaja. Untuk maklumat lanjut, klik di sini.
ps: Ini kali pertama saya kendalikan Workshop Mini Promosi Berapi ini, so, I’m looking forward to it!
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [23] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Psikologi kewangan- belanja lebih dari pendapatanApa yang bermain dalam kepala usahawan berjaya?Outsider’s Edge - kejayaan mereka yang tersisihIrfan Khairi di Berita TV9
Mon 12 Apr 2010
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi ,
9/10[28] Comments
Konsep “abundant” seringkali di paparkan dalam buku-buku motivasi barat. Ertinya, banyak, berlebihan, berlimpah-limpah dan sewaktu dengannya.
Ianya amat penting untuk melihat bahawa semua rezeki yang ada di dunia ini adalah banyak dan unlimited.
Ramai yang mempunyai konsep yang SALAH iaitu memikirkan rezeki adalah terhad. Di ibaratkan seperti anda mempunyai kek. Dan bila anda makan satu slice kek tu, maka, kurang satu pecahan. Kalau anda bagi kawan anda makan satu lagi slice, makin kurang pecahan. Lagi ramai yang makan kek kita tu, makin kurang sehingga kek tu habis. Maka, tiada siapa, termasuk anda boleh merasa dah kek yang habis…
Sebenarnya rezeki adalah berlimpah-limpah di dunia ni dan tak habis (unlimited). Rezeki pula bukan sahaja wang atau harta, tetapi, rezeki termasuk ilmu, pengetahuan, kenalan, kasih sayang, dan macam-macam lagi.
Ertinya, kalau ada ilmu, kongsi ilmu dengan orang lain. Kalau ada wang, sedekah dan berikan zakat. Kalau ada pelanggan, kongsikan dengan usahawan-usahawan lain. Rezeki kita tidak akan habis, malah akan bertambah-tambah berpuluh dan beratus kali ganda lagi.
Lihat rezeki dunia ini melimpah-limpah, dan rezeki juga akan melimpah-limpah datang kepada kita
IK setiap Ahad 7.30am TV1, Hujung Minggu Malaysia
Mulai semalam (Ahad) insyaallah saya akan bertemu anda setiap minggu di TV1 jam 7.30 pagi untuk segmen bersama saya topik kewangan, motivasi & perniagaan di Hujung Minggu Malaysia. Tip di atas adalah sedikit ekstrak dari segmen semalam
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [28] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Gagal dalam perniagaan… FRUSTNYA!Nasihat perniagaan Abdul Rahman B Auf5 tip motivasi @ Facebook Irfan KhairiSelamat menyambut bulan Ramadhan 2009
Wed 7 Apr 2010
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[59] Comments


Apa akan jadi sekiranya enjin kereta kita dibiarkan dengan lama tanpa dimulakan?
Ia akan semput, susah nak start dan adakalanya rosak.
Begitu juga dengan otak kita. Mungkin ramai yang menyangka, otak kita kalau selalu digunakan, kalau selalu berfikir, ia akan rosak atau menjadi lesu kerana terlalu banyak berfikir.
Sebenarnya, selalunya otak kita akan menjadi lebih efisyen dan lebih sihat apabila lebih banyak kita berfikir. Disini juga sebahagian daripada cara menggerakkan momentum untuk terus berjaya.
Berbanyak-banyak berfikir mengenai idea baru, cara menjadi lebih kreatif dalam perniagaan, cara bersaing, strategy perniagaan baru, cara mendapat pelanggan, cara memulangkan pelanggan yang hilang dan sebagainya.
Apa yang saya selalu lakukan adalah, bawa buku nota kecil (yang macam buku 555 tu), dan pen ke mana sahaja. Dapat sahaja idea, cepat-cepat saya tulis. Kadang-kadang, sehari, berpuluh-puluh idea yang kita dapat!
Lebih banyak anda berfikir, lebih efisyen otak anda. Dan otak yang efisyen akan memberi idea-idea yang lebih bernas yang tidak pernah anda fikirkan!
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [59] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Hargai otak kita - ubah suara dalamanKekayaan vs Kesihatan5 pesanan saya di Facebook500+ Idea Perniagaan! WOW…
Mon 5 Apr 2010
Soalan cepu gangsa:
Menjalankan perniagaan, senang ke, susah?
- Bagi mereka yang belum lagi memulakan perniagaan, ramai yang fikir perniagaan tu senang
- Bagi mereka yang baru menjalankan perniagaan, ramai yang fikirkan perniagaan tu susah
- Bagi mereka yang dah berpengalaman dalam perniagaan, mereka rasakan perniagaan itu senang
Sama ada perniagaan itu senang atau susah, bergantung kepada tahap keadaan kita. Bila kita belum lagi memulakan perniagaan, kita lihat seperti perniagaan ini senang. Kerana kita belum lagi “merasa” perniagaan. Kita sekadar melihat kisah-kisah orang berjaya dalam perniagaan.
Bila kita BARU mulakan perniagaan, baru kita rasa perniagaan tu susah. Kerana sebelum ni kita kaitkan perniagaan dengan keuntungan sahaja. Tak pula fikir tentang perlu promosi, perlu menjaga pelanggan, perlu lakukan accounting, perlu handle staff, perlu fikirkan kaedah dan strategi untuk bersaing dengan pesaing yang begitu ramai!
Bila kita dah setahun dua berpengalaman dalam perniagaan, baru kita rasa perniagaan tu senang kembali kerana kita dah biasa dengan perniagaan & belajar selok belok perniagaan sepanjang pengalaman kita
Masalahnya, ramai yang give up atau berputus asa sebelum sampai tahap perniagaan itu senang kembali. Dalam masa setahun, apabila melalui kesukaran perniagaan, ramai yang gulung tikar kerana tak tahan… betapa susahnya menjalankan perniagaan!
Sesiapa ada pengalaman perniagaan susah senang yang boleh dikongsikan?
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [36] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Susah ke nak jadi jutawan??Melakukan kerja susah atau mudah?Kerja susah vs kerja mudahYang mana SCAM? Adakah ini SCAM?