Dalam mengumpul kewangan dan menambahkan kekayaan, kita bukan sahaja sepatutnya fikir bagaimana nak invest, bagaimana nak jimat wang, bagaimana nak tambahkan pendapatan, dan sebagainya… tetapi, kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi/hilang/burn wang kita…
Contoh:
meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak di bayar (mungkin anda pernah terkena!)
membuat pelaburan yang jelas merugikan (seperti beli rumah untuk disewa di kawasan tiada permintaan)
tertipu pada sesuatu SCAM
Tip saya kali ini, hendak kongsikan pada anda satu “formula” supaya kita tidak rugi/hilang/burn duit kita pada SCAM (penipuan). Formula ini berbunyi: NO SCAM!
N bermaksud: NAME.
NAME. Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan tersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka menyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan anda ketahui nama sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.
O bermaksud: OVER PROMISE.
OVER PROMISE. Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang diberikan adakah ianya over promising? Atau janji yang lebih-lebih dan tak masuk akal? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan bukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk (melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa dnegan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE!
S bermaksud: SEARCH.
Internet penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internet bersebar dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakan kekuatan Internet ini untuk membuat sedikit research. Anda perlu membuat SEARCH atau CARIAN, terutamanya di Google.com. Masuk Google.com dan lakukan research dengan cara type nama pemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat. Atau type nama program atau sistem yang digunakan.
Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akan mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuas hati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya, ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidak melakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!
C bermaksud: CONTACT.
Pastikan anda mempunyai contact details lengkap syarikat atau perniagaan tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM suka menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat, nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apa kata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan CONTACT details mereka. Ingat, wang anda dalam keadaan bahaya sekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak terjerat!
A bermaksud: ASK.
Tanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar industri! Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM. Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang sesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islam juga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu. Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya - tanya dan tanya lagi!
M bermaksud: MAKE SURE!
Pastikan anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkah N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan pelaburan anda. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM, sebenarnya, sebelum menyertai telah ada “rasa tak sedap hati”. Tetapi, sebabkan perasaan “ingin tahu” dan juga “cepat kaya” memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis SCAM.
Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda rugi WANG. tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalam memperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, anda akan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaan dan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akan kurang, dan kita mula stress… harapnya tidak terjadi pada kita ok?
Baca kembali NO SCAM di atas dan fikirkan. Kalaulah semua kita ikuti langkah-langkah ini, insyaallah tiadalah yang terjerat dengan SCAM-SCAM yang berlaku keliling kita.
Bagi anda yang pernah terkena SCAM (harapnya tidak ramai lah dari pembaca blog saya:)), apa kata anda rujuk semua di atas dan cuba jawab point-point di atas. Adakah anda melakukan segalanya sebelum terkena SCAM tersebut?
N - NAME
O - OVER PROMISE
S - SEARCH
C - CONTACT
A - ASK
M - MAKE SURE!
Maklumat tambahan:
Bagi anda yang mempunyai blog, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan sekiranya anda boleh link kepada tip hari ini. Ini kerana, dengan ilmu sedikit extra formula N-O S-C-A-M ini, maka kita dapat kurangkan rakan-rakan kita yang lain dari terkena SCAM. Mudahan kita juga berhati-hati di masa yang akan datang!
Ramai antara kita menunggu sesuatu atau seseorang untuk memotivasikan mereka. Sebenarnya motivasi ada di mana-mana sahaja. Dengan hanya menunggu, tiada apa yang akan berlaku. Antara kita, hanya 2% sahaja yang boleh memulakan sesuatu tanpa sebarang pengawasan atau suruhan. Mereka ini digelar pemimpin, ketua atau leader!
Sekiranya anda menunggu, anda akan menunggu untuk selama-lamanya.
Pemimpin, ketua atau leader melakukan pilihan sendiri untuk terus berusaha, golongan ini meletakkan satu standard yang tinggi. Anda perlu menanamkan semangat sebagai seorang pemimpin dan lakukan lebih daripada apa yang sepatutnya anda lakukan. Sekiranya anda bekerja, lakukan lebih daripada apa yang anda dibayar.
Sekiranya kita melakukan sesuatu lebih daripada kemampuan kita, kita akan merasakan kepuasan dan semangat akan semakin menjadi tinggi.
Satu tip untuk melakukan kerja dan tidak melengah-lengahkan masa adalah, anggap dan letakkan tekanan bahawa ia mesti disiapkan pada kadar yang segera. Anggap hari esok anda perlu ke outstation dan kerja di tangan anda ini mesti di siapkan juga sebelum malam ini. Bayangkan dan Tanya pada diri anda sendiri, sekiranya esok saya harus pergi outstation, apa perlu saya lakukan untuk menyiapkan kerja saya pada hari ini juga.
Ok, sempena hari Jumaat mulia ini, saya bagi tip melalui Al-Kulliyyah la ya… ikuti sesi saya di Al Kulliyyah tajuk “Kreatif berakhlak” di clip YouTube di bawah…
1. Dalam perniagaan tidak boleh menipu. Kita perlu fikir keuntungan jangkamasa panjang, dan bukan jangka masa pendek. Untuk bersaing dengan pesaing, kita perlu berbeza dengan pesaing kita. Bukan menipu untuk bersaing!
2. Zaman-zaman belia muda mudi ni la minda kita paling kreatif! Oleh itu rebut peluang sementara minda kita masih dalam keadaan optimum dan dinamik.
3. 98% peratus belia-belia kita tidak mempunyai matlamat. Matlamat adalah langkah pertama dalam mencapai sebarang kejayaan. Langkah kedua? dapatkan ILMU yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut!
4. Kita perlu mempunyai “perspektif masa” yang lama. Bererti, lebih lama kita dapat gambarkan masa depan kita jauh kehadapan, lebih hebat dan mudah untuk kita mencapai kejayaan!
Bottom line…
Ilmu tu penting. Wahyu pertama juga menekankan kepentingan ILMU dan dalam Al-Quran ILMU disebut sehingga 750 dalam berbagai-bagai cara…
*sorry saya cakap laju sikit sebab nak mengejar masa. 140km sejam!*
ps: Event saya pada bulan ini terdekat adalah Worshop Jutawan Internet pada Ahad 30hb Mei, bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan Internet dari rumah. Dan juga Lipat Ganda MLM pada Sabtu 29hb Mei, khas bagi pengusaha perniagaan MLM yang ingin pelajari kaedah sebenar mendapat ramai pelanggan & downline menggunakan Internet. Klik untuk maklumat lanjut.
Selamat menyambut hari belia negara (belated) beberapa hari lepas 15hb May. Pada tarikh tersebut, saya dijemput menjayakan program Al-Kulliyyah untuk hari Belia (nanti saya upload di youtube). Pada hari Sabtu pula, artikel ni keluar di Kosmo, antara 8 belia2 negara.
Very proud of pencapaian belia2 seperti Nicole, Siti, KRU & my friend angkasawan yang termasuk dalam 8 yang disentuh dalam artikel ini. Tapi, tah macam mana la nama saya pun boleh terselit sekali
Bagi anda yang terlepas baca, di sini sediakan versi scan artikel bertajuk “Kejayaan 8 belia Malaysia”. Klik untuk versi besar.
Yang funnynya, masa saya sekolah menengah, KRU adalah antara idola “belia” memotivasikan saya untuk berjaya. Sekarang, menyempat saya enterframe dengan mereka pula… memang x sangka. Begitulah dunia… it’s full of surprises! Just be happy always
Apa pun, terima kasih kepada anda yang sering memberi sokongan kepada saya selama ini! u all memang the best!
Sampai kita ke tip terakhir minggu MLM sempena Seminar Lipat Ganda MLM pada 29hb nanti… alhamdulillah, sambutan adalah amat baik! Ramai usahawan-usahawan MLM dari pelbagai perniagaan sudah mendaftar untuk mengetahui lebih banyak dan mendalam strategi yang paling efektif untuk bersaing dalam perniagaan MLM.
Tip hari ini adalah untuk mengumpul maklumat pelawat laman web anda! Sekurang-kurangnya dapatkan nama dan alamat email pelawat anda. Anda juga boleh mendapatkan nombor telefon. Caranya adalah dengan menyediakan borang untuk pelawat memasukkan nama, email dan nombor telefon.
Kita perlu ingat bahawa, seseorang pelawat yang tiba di laman web kita bermaksud mereka sudah mempunyai minat. Hanya memerlukan sedikit lagi anjakan untuk mengubah mereka menjadi pembeli atau downline.
Dengan mendapatkan nama dan email pelawat anda, anda boleh melakukan follow up dengan mereka. Follow up juga boleh dilakukan dengan menggunakan autoresponder- iaitu email yang di hantar secara automatik kepada prospek. Lebih menjimatkan masa anda!
Dalam perniagaan Internet, perniagaan yang berjaya mengumpul banyak nama dan email prospek sering kali adalah perniagaan yang dapat menjaminkan kejayaan. Sebagai usahawan MLM online juga, lebih banyak nama dan email yang dapat dikumpulkan melalui laman web anda, lebih berjaya perniagaan MLM anda- dijamin!
**Penting untuk tahu bahawa, nama dan email pastikan datang daripada PELAWAT ANDA. Dan bukannya dibeli dari sumber-sumber yang menjual 50,000… atau sejuta email. Kerana, menghantar maklumat anda ke senarai email yang dibeli hanya mengakibatkan SPAMMING dan akan menjatuhkan kredibiliti anda dan pastinya akan merugikan perniagaan anda! (rujuk tip hari pertama di sini)**
Di Seminar Lipat Ganda MLM saya akan dedahkan bagaimana anda boleh menambahkan lagi prospek anda menggunakan Internet dan mengautomasikan 80% daripada kerja jualan anda! Tidak perlu lagi melakukan follow up secara manual, dan smeuanya dilakukan secara automatik untuk menambahkan jualan, prospek dan downline anda.
Sertai saya pada 29hb May ini, di Cititel Kuala Lumpur pada pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari (boleh bawa keluarga sekali sambil-sambil mereka shopping di Mid Valley) Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran. Ikuti klip YouTube saya di bawah…
Dalam MLM secara offline, sering kali teknik Hard Sell digunakan. Hard Sell merupakan teknik yang lebih agresif untuk mendapatkan jualan. Sering teknik ini dilihat seperti “memaksa-maksa” prospek untuk sertai sesuatu program MLM.
Masalahnya, teknik Hard Selling ni la juga yang sering kali mencemarkan industri MLM oleh kerana agen-agen MLM yang memaksa kenalan, saudara masa, rakan pejabat untuk join.
Mungkin kita sendiri pun ada pengalaman dengan usahawan MLM yang terlalu direct dan aggresif untuk kita join program mereka. Adakah kita join, ataupun kita ambil langkah ke belakang kerana rasa tak selesa?
Soft selling pula bermaksud membina kredibiliti dan kepercayaan pelanggan terlebih dahulu dengan berkongsi maklumat dan informasi. Apabila dapat membina kepercayaan dan kredibiliti, usahawan MLM juga dapat membina perniagaan yang lebih baik.
Research ada menunjukkan bahawa teknik Soft Selling adalah lebih efektif dari Hard Selling. Bukan dari segi menambahkan jualan sahaja, tetapi juga dengan cara Soft Selling, prospek lebih terbuka menyampaikan mesej anda kepada kenalan mereka melalui word of mouth. Dan ini amatlah penting terutamanya dalam Industri seperti MLM.
Di Internet, Hard Selling dan Soft Selling juga digunakan. Dan seperti offline, Hard Selling kurang mendapat sambutan dari prospek. Minda mereka akan tertutup, dan mereka juga akan menutup laman web perniagaan MLM kita.
Ramai usahawan MLM tidak sedar mereka menggunakan teknik “Hard Selling” di Internet, dan akibatnya, tidak mendapat prospek dan downline- melakukan promosi yang banyak, tetapi, keputusan mendapat downline tidak memuaskan.
Sertai Seminar Lipat Ganda MLM untuk pelajari kaedah dan strategi soft selling di Internet yang paling efektif untuk perniagaan MLM anda, tak kira perniagaan MLM apa sekali pun. Layari www.LipatGandaMLM.com untuk maklumat lanjut.
Atas permintaan ramai, untuk Seminar Lipat Ganda MLM, bagi mereka yang hendak sertai secara berkumpulan akan mendapat diskaun berkumpulan. So, boleh sertai dengan kawan-kawan kalau nak save.
Apakah sebab utama perniagaan MLM kita gagal apabila kita mempromosikannya di Internet?
Jawapannya adalah- kurangnya KEPERCAYAAN
Internet merupakan medium perniagaan di mana kita tidak berjumpa bersemuka dengan prospek kita. Oleh itu, “kepercayaan” memainkan faktor yang penting sama ada anda akan berjaya ataupun tidak mempromosikan perniagaan MLM anda di Internet.
Dengan hanya memiliki laman web sahaja, ia masih tidak mencukupi untuk membina kepercayaan. Apa yang anda perlukan adalah laman web yang boleh membina kepercayaan prospek anda. Apabila anda telah berjaya membina kepercayaan, barulah prospek tidak ragu-ragu menyertai perniagaan anda.
So, misi utama anda adalah untuk BINA KEPERCAYAAN atau BUILD TRUST!
Bagaimana hendak melakukannya?
Salah satu cara membina kepercayaan adalah dengan menggunakan gambar.
Manusia secara psikologinya akan tertarik dengan manusia yang lain. Dengan adanya gambar orang di laman web, kepercayaan akan meningkat. Ia akan mengurangkan jurang tidak percaya terutamanya apabila di Internet prospek tidak berjumpa dengan penjual. Gambar sedikit sebanyak akan melegakan lagi prospek untuk melakukan urusan bersama usahawan MLM. Malah, dengan hanya mempunyai gambar di laman web, ia akan menambahkan kepercayaan 3-4 kali ganda!
Ada lagi kaedah-kaedah yang LEBIH efektif untuk membina kepercayaan prospek kita- topik yang amat penting bukan sahaja untuk perniagaan MLM tetapi perniagaan di Internet juga. Semuanya akan dikongsikan pada 29hb May ini di Seminar Lipat Ganda MLM. Sekiranya anda tidak berjaya meningkatkan kepercayaan prospek anda, maka, ianya akan menjadi amat sukar untuk prospek menjadi pelanggan dan downline anda. Klik di sini untuk maklumat lanjut Seminar Lipat Ganda MLM…
ps: Kami juga menyediakan diskaun untuk pendaftaran berkumpulan. Kalau datang bertiga atau lebih, jimat RM150… www.LipatGandaMLM.com
pps: Bagi anda yang TIDAK menjalankan perniagaan MLM dan ingin menjalankan perniagaan Internet menjual produk atau perkhidmatan, boleh sertai Workshop Jutawan Internet pada 30hb MayKlik di sini untuk keterangan lanjut.
Bersambung kita untuk minggu tip-tip perniagaan MLM. Kalau semalam saya berikan beberapa tip apa yang kita tidak SEPATUTNYA buat dalam mempromosikan perniagaan MLM kita, iaitu SPAMMING. Hari ni pula, saya nak kongsikan tip apa yang PERLU kita buat untuk menambahkan lagi keuntungan perniagaan MLM kita.
Perniagaan berbentuk MLM mempunyai persaingan yang tinggi- Amat tinggi berbandingkan dengan perniagaan cara konvensional.
Sebabnya, bukan sekadar persaingan dengan perniagaan MLM yang lain seperti Stormreaders, Vemma, Score A, Uptrend, Amway, HPA, Cosway, Revell, CNI, Luxor, Zhulian, Avon dan BANYAK LAGI… semua ini pesaingan yang direct. Tetapi, juga, dalam sesuatu syarikat juga mempunyai pesaingan sesama ahli-ahlinya. Contoh, di bawah syarikat XYZ, pesaingan adalah dikalangan ahli. Mungkin bukan pesaingan dengan downline-downline kita, tetapi juga terdapat pesaingan dengan upline kita serta, ahli-ahli dibawah “kaki” yang lain.
Oleh kerana pesaingan yang tinggi antara syarikat dan ahli ini juga, menjadikannya sukar untuk mendapat keuntungan yang baik dalam perniagaan ini.
Oleh yang demikian, apa yang penting untuk bersaing dalam perniagaan MLM adalah sama dengan perniagaan bukan MLM. Iaitu, dengan mencari perbezaan!
Ciptakan perbezaan antara anda dan pesaing-pesaing anda. Walaupun produk dan perkhidmatan yang dijual mungkin sama, tetapi, dengan menciptakan perbezaan melalui pendekatan mempromosikan perniagaan MLM anda. Perbezaan lebih mudah dilakukan melalui Internet oleh kerana medium Internet yang pelbagai kemudahan dan perisian.
Dengan menciptakan perbezaan approach kita, sama ada melalui promosi, pendedahan dan strategi kita di Internet, berbeza dengan pesaing-pesaing kita, maka di situ kita mempunyai advantage untuk mendapat lebih ramai pelanggan, prospek dan downline!
Di Seminar Lipat Ganda MLM pada 29hb May ini, saya akan kongsikan kaedah dan strategi melalui Internet bagaimana anda boleh membezakan diri anda dengan pesaing-pesaing anda dalam perniagaan MLM tak kira pesaing dalam syarikat yang sama, ataupun pesaingan dengan syarikat MLM yang lain. Strategi membezakan diri kita dengan pesaingan adalah amat penting dalam menambahkan pelanggan dan downline kita.
Sekiranya anda menyertai perniagaan MLM atau berminat untuk menyertai perniagaan MLM dan ingin tahu strategi membezakan antara anda dan pesaing-pesaing untuk mendapat keuntungan yang lebih tinggi, sertai Seminar Lipat Ganda MLM. Ikuti klip youtube di bawah untuk pesanan saya…
Sempena Seminar Lipat Ganda MLM,saya akan menulis tip-tip yang berkaitan dengan menjalankan perniagaan MLM melalui Internet. Kita namakan Minggu MLM ok
Ramai yang menjalan perniagaan MLM sering terlepas pandang untuk mempromosikan perniagaan MLM mereka di Internet. Sekiranya secara offline, mungkin kita boleh bertemu 2-3 prospek sehari. Tetapi dengan menggunakan strategi perniagaan di Internet, sesuatu perniagaan MLM tersebut boleh bertemu bukan setakat 2-3 prospek, malah 200-300 prospek sehari pun boleh.
Namun, ramai usahawan MLM pula melakukan kesilapan dan menggunakan strategi dan kaedah yang tidak berkesan dalam mempromosikan perniagaan MLM mereka di Internet. Bukan itu sahaja, malah, antara kaedah yang dijalankan sebenarnya hanya menjauhkan lagi prospek dan menjatuhkan kredibiliti usahawan tersebut.
Berikut adalah antara kaedah yang SALAH dan tidak seharusnya dilakukan oleh usahawan MLM mempromosikan perniagaan mereka di Internet:
Menghantar email SPAM. Maksudnya, kita secara membuta main email sahaja sesiapapun tentang perniagaan yang kita jalankan. Mungkin email-email dicari secara online, melalui forum, blog dan sebagainya. Kesilapan yang dilakukan adalah mengumpul email-email ini tanpa kebenaran pemilik dan menghantar email promosi perniagaan MLM kita.
Promosi perniagaan MLM di ruang blog, forum dan facebook orang lain. Sering kali usahawan MLM sebegini tak lepaskan peluang mempromosikan perniagaan MLM mreka di ruang komen blog, ruang balasan forum, dan juga ruang “wall” FB seseorang. Ini juga antara salah satu cabang daripada SPAM.
Menggunakan perkataan-perkataan “hype” atau melebih-lebih dalam mempromosikan perniagaan MLM mereka. Zaman ini, pengguna Internet adalah bijak. Sebarang “hype” hanya akan disambut dengan tidak kepercayaan prospek.
Cara promosi di atas bukan sahaja tidak efektif, malah akan menjatihkan kredibiliti seseorang usahawan MLM. Di internet, ianya sukar untuk meningkatkan kembali kredibiliti sekiranya ia jatuh. Oleh itu, jangan-jangan-jangan lakukan promosi berbentuk SPAM di atas. Hanya merugikan anda
Klik video YouTube di bawah untuk pesanan saya kepada usahawan2 MLM…
Tak lama lagi, saya akan kendalikan sebuah Seminar khusus bagi usahawan-usahawan MLM (tak kira perniagaan MLM apa pun) bagaimana cara sebenar dan paling efektif untuk mendapatkan lebih ramai prospek, pembeli dan juga downline anda.
Beberapa hari lepas ketika rakaman siri “Temu Bual” di Astro, salah satu soalan yang diajukan kepada saya adalah, apakah 5 kekuatan saya yang membawa saya kepada kejayaan.
Siri “Temu Bual” di Astro
Jawapan saya adalah:
1. Fokus
Mempunyai daya fokus yang kuat. Apabila menetapkan matlamat, saya memberi fokus yang amat hebat kepada matlamat tersebut. Perkara-perkara lain yang tidak membawa kepada pencapaian matlamat itu akan menjadi sebagai “gangguan”…
2. Mencari ilmu
Saya agak rajin mencari ilmu dengan cara membaca dan juga bertanya pada mereka yang lebih pakar…
3: Bijak mencari peluang
Saya banyak berfikir dan mencari peluang. Setiap hari saya akan fikirkan beberapa idea perniagaan. Bila tidak ada benda nak buat, saya akan fikir peluang-peluang menambahkan pendapatan…
4: Kreatif
Bukan sahaja kreatif dari segi rekacipta, tetapi, kreatif dalam cara pendekatan. Saya sering mencari idea-idea baru dalam pendekatan perniagaan atau konsep. Sebagai contoh, menggunakan pendekatan “Tip Satu Minit” untuk blog.
5: Kesabaran
Untuk berjaya, sememangnya terdapat banyak cabaran. Cabaran dalam perniagaan, cabaran dalam usaha, tak lupa juga cabaran dari segi mental apaila terdapat segelintir dikeliling kita cuba menjatuhkan dan melemahkan usaha kita…
Senaraikan apakah kekuatan anda dan asahkan kekuatan tersebut supaya ianya dapat memberi pulangan kepada anda. Amat penting untuk mengetahui kekuatan kita supaya kita dapat mengasahkannya dan praktiskan kekuatan-kekuatan tersebut.
Sememangnya kita sering dengar untuk kita fokus kepada kekuatan kita. Tetapi, pernah tak kita berhenti seketika dan menyenaraikan apakah kekuatan-kekuatan kita? Setelah identify kekuatan kita, lagi mudah untuk kita gunakan kekuatan kita itu.
Mereka yang berjaya melakukan kerja-kerja yang susah. Mereka yang tidak berjaya melakukan kerja-kerja yang mudah.
Mengapa hanya 2% sahaja di kalangan kita mencapai kejayaan yang cemerlang? Ini kerana 2% itu sanggup melakukan kerja-kerja yang susah.
Nak berjaya dengan cemerlangnya, bukanlah suatu perkara yang mudah. Kalau mudah, mungkin 98% yang mencapai kejayaan yang cemerlang. Tetapi, fakta sedihnya, hanya 2% sahaja dalam industri masing-masing mencapai kejayaan cemerlang.
Bagi mereka yang berjaya, mereka sanggup melakukan kerja yang susah. Mereka tahu, kerja itu susah, leceh, dan banyak tetapi, mereka lakukan juga.
Kerja yang susah pula menjadi senang sekiranya kita benar-benar minat dengan kerja tersebut. Sebab itulah, dalam apa sahaja kita lakukan, seperti perniagaan, pastikan kita benar-benar minat dalam perniagaan itu. Maka, menjalankan perniagaan tersebut akan dilihat seperti mudah (walaupun susah)
"Tidak seperti pakar perniagaan Internet yang lain, Irfan Khairi melakukan apa yang diajarnya untuk menjana pendapatan dari rumah. Kaedah berniaga yang ditunjukkan olehnya adalah amat berkesan.
Teknik yang diajarnya telah kami gunakan untuk memberi pulangan berkali-kali ganda melalui laman web kami"
~Azizi Ali Jutawan Penulis terlaris buku-buku kewangan Malaysia #1 termasuk "Lahirnya Seorang Jutawan" & "Jutawan dari Planet Jupiter"
"...Walaupun saya telah membaca buku Irfan, masih banyak saya pelajari dan fahami mengenai perniagaan Internet melalui workshop ini! Kini saya melihat segalanya dengan lebih jelas lagi. Keputusan saya untuk memandu 7 jam dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur untuk turut menyertai adalah keputusan yang amat tepat! Saya BERSEMANGAT! ...dan kini memandang jauh ke masa hadapan yang lebih cerah!"
~Razzi Rahman Usahawan Pelakon & Penyanyi popular 90-an "Rambulan Kesiangan" & "Syakila"
"Penampilan dan persembahan saudara Irfan yang tidak terlalu konservatif dan tidak terlalu teknikal memudahkan workshop ini difahami walaupun peserta bukan yang arif dalam bidang IT...
Dengan 'passion' dan sikap keterbukaan terhadap ilmu dan pendekatan yang baru, sesiapa pun boleh berjaya"
~Manan Ngah S.M.T, A.M.T, P.P.N Ahli muzik & Penggubah lagu
"Buku Perniagaan Internet #1 Terlaris di Malaysia!"