June 2010
Monthly Archive
Mon 28 Jun 2010
Alasan tak dapat mulakan perniagaan yang paling favorite sering saya dengar adalah “Tak ada modal… macam mana nak mulakan perniagaan?”
Jawapan saya adalah, always mulakan secara kecil-kecilan dulu. Jarang saya galakkan menggunakan pinjaman daripada institusi kewangan. Gunakan duit sendiri atau keluarga yang memahami. Bila kita bermula kecil, makin banyak ilmu yang kita akan pelajari dalam membesarkan perniagaan kita.
Satu pilihan memulakan perniagaan tanpa modal (atau modal minima) adalah dengan menjalankan perniagaan berbentuk affiliate di Internet.
Perniagaan affiliate adalah apabila kita menjual produk usahawan Internet lain melalui laman web kita dan mendapat komisyen daripada hasil jualan.
Ramai yang beranggapan, atau fikir, perniagaan berbentuk affiliate adalah perniagaan kecil-kecilan dan hanya wujud secara sampingan.
Sebenarnya, untuk berjaya dalam perniagaan affiliate, anggap perniagaan tersebut adalah perniagaan utama anda!
Berikut adalah 3 contoh laman web yang berkonsepkan menjalankan perniagaan affiliate (perniagaan Internet tanpa modal):
- http://www.livingroom.org.au/photolog/ Laman ini menjual berbagai-bagai jenis kamera- tanpa mereka menyimpan stok satu kamera pun! Dengan hanya menyertai program affiliate daripada Amazon.com
- http://www.gatzet.com/ juga adalah peminat gadget-gadget canggih dan menjalankan perniagaan Internet tanpa modal dengan menyertai program affiliate!
- http://www.thetoyreview.com/blog/ pula adalah usahawan yang berminat menjual permainan kanak-kanak, tetapi tidak menggunakan sebarang modal- hanya dengan menyertai program affiliate perniagaan internet lain yang menjual permianan di Internet!
Oleh itu, sebenarnya, alasan biasa “Tiada modal” untuk menjalankan perniagaan sudah tidak wujud lagi dengan menjalankan perniagaan berbentuk affiliate.
So, lepas ni, no more alasan TIADA MODAL dalam menjalankan perniagaan di Internet
Daripada menyertai skim-skim cepat kaya di Internet (yang pastinya perlukan wang modal), baik sertai perniagaan program affliate. Tak perlu bayar pun untuk menyertai. Pilihan yang lebih bijak bukan?
Sekiranya anda ingin pelajari dengan lebih lanjut cara menjalankan perniagaan Internet Tanpa Modal, saya akan menjalankan satu seminar *terbaru* di mana saya akan menunjukkan kaedah 100% percuma memulakan perniagaan Internet tanpa modal- daripada memilih produk secara percuma, membina laman web percuma sehingga promosi-promosi yang percuma tetapi amat efektif!
Untuk maklumat lanjut, klik di sini. Seminar Perniagaan Internet Tanpa Modal akan di adakan di Vistana Hotel, Kuala Lumpur pada 18hb Julai 2010.
Di seminar ini, anda akan pelajari cara menjalankan perniagaan Internet dari rumah yang berjaya, 100% tanpa sebarang modal.
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [20] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
ADA idea tetapi TIADA modalPerniagaan yang kita minat vs. perniagaan yang kita tak minatPerniagaan dan modal permulaanPreview Revolusi Media Sosial@ Cititel Hotel, Midvalley
Thu 24 Jun 2010
Posted by Irfan Khairi under
Santai ,
REALITY![29] Comments
Ok, hari ni santai-santai sahaja sebab nak kongsikan sesuatu yang mungkin anda tak tahu mengenai saya…
Tahukah anda saya asalnya pelukis kartun? komik? haaa…. tak tau kan?
Selepas SPM saya bekerja sebagai kartunis untuk sebuah majalah komik/kartun yang agak popular pada ketika itu (takyah sebut ok?). Semasa student di sekolah menengah juga, saya mendapat pendapatan sampingan daripada melukis untuk majalah-majalah dan syarikat penerbitan…
Ni contoh beberapa lukisan yang sempat saya sketch semalam
So, satu bakat saya yang mungkin ramai tak tahu adalah melukis kartun
Pernah juga ditemubual mencari kerja dengan syarikat animasi yang menerbitkan Usop Sontorian satu masa dulu. Tetapi, saya sebagai pelukis kartun tidak berpanjangan selepas mendapat tawaran belajar ke luar negara. Kalau tak, mungkin sampai sekarang saya melukis kartun
Baru-baru ni, saya cuba melukis kartun balik selepas lebih 10 tahun tinggalkan. Kenapa saya cuba melukis kembali? haaa… ada lah untuk projek buku saya terbaru akan datang
)
Tip hari ini…
Ada tak ilmu atau bakat yang anda miliki yang sudah lama anda tidak gunakan? Apa kata cungkil kembali bakat-bakat tu dan mana tau boleh menjadi satu idea perniagaan!
ps: Teringat saya boleh melukis kartun lepas bercerita tentang menconteng buku beberapa hari lepas. Mana taknya… teks book sekolah saya dipenuhi kartun2… Kartun juga IK ni ya…
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [29] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Memupuk minat keusahawan ketika kecilHappy Birthday Cinta 2010“Trigger” kepada motivasi diriTahu akan berjaya tetapi tidak tahu cara…
Mon 21 Jun 2010
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[20] Comments
Kita tahu bahawa membaca adalah penting untuk menambahkan ilmu kita kan?
Tetapi, ada juga yang membaca tetapi, tidak berjaya mengaplikasikan apa yang di baca. Mungkin kerana terlupa atau tidak menggunakan teknik yang betul dalam menambahkan pemahaman ketika membaca.
Satu tip mudah apabila membaca buku, ambil pen dan conteng pada buku tersebut
- Garis perkataan atau nota yang penting
- Letak bintang di bahagian margin sekiranya terdapat sesuatu yang anda ingin laksanakan
- Tulis di bahagian margin nota-nota anda sendiri dan bagaimana anda boleh aplikasikan apa yang di ajar
Dengan menconteng- garis, letak bintang dan menulis nota, kita akan dapaat menggandakan pemahaman kita pada apa yang di baca. Sejurus selepas habis memabaca buku tersebut, go through another round dan fokus pada contengan-contengan anda. Aksi melakukan ini kali kedua akan menggandakan ilmu dan pemahaman kita.
Contoh salah satu buku yang saya baca kena conteng… semua page lebih kurang camni
Tambahan: Dato’ Dr Fadzilah Kamsah juga pernah cerita pada saya, beliau juga “berinteraksi” dengan buku yang dibaca dengan menulis pada buku itu sama ada bersetuju… atau tidak setuju… atau sama ada pembaikan yang boleh ditambahkan pada buku yang di baca.
Sayang pada buku sebab taknak kena conteng?
Haa… patut kita sayang pada buku, atau sayang pada ilmu yang kita terlupa?
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [20] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Buang masa sahaja membaca bukuJutawan banyak membaca!Teknik “Halo” dalam perniagaanKebarangkalian berjaya dalam promosi…
Wed 16 Jun 2010
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[22] Comments
Bagi anda yang sudah menyertai Facebook saya, mungkin ada terbaca beberapa pesanan melalui status saya… hari ni saya senaraikan 5 antaranya ok mudahan dapat menyuntik semangat kepada kita semua
Sekiranya belum menyertai saya di Facebook, join now
Klik di sini untuk menyertai Facebook IK
kunci kejayaan adalah melakukan apa yang ramai orang TIDAK lakukan. Semua mempunyai impian tetapi ramai yang tidak melakukan apa-apa sekarang, esok atau minggu depan. Kejayaan adalah dengan melakukan sesuatu, bukan sekadar mengimpikan sesuatu.
untuk mencapai sesuatu impian, pastikan impian tersebut adalah sesuatu yang kita sendiri percayai boleh dicapai - sesuatu yang boleh diterima oleh minda kita. Make it real enough to believe it!
caranya untuk MEMULAKAN sesuatu adalah, BERHENTI berangan, berhenti bercakap dan berhenti memberi 1001 alasan. Mulakan sahaja!
berhati-hati apa yang kita masukkan dalam minda/otak/kepala kita. Sebab apa sahaja yang masuk, memang susah untuk dikeluarkan! Oleh itu, berusaha untuk masukkan perkara-perkara yang baik dan positif sahaja
15… 20 tahun akan datang, kita akan menyesal dengan perkara-perkara yang kita TIDAK LAKUKAN SEKARANG berbanding dengan perkara yang kita lakukan. So, take some risk dan cuba perkara-perkara baru. Kalau tak… nanti menyesal
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [22] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Akaun “TIPU” Irfan Khairi di FacebookMendapatkan pelanggan menggunakan BLOG atau FACEBOOK?5 tip motivasi @ Facebook Irfan KhairiBlog perniagaan vs Facebook perniagaan
Fri 11 Jun 2010
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[44] Comments
Cuba fikirkan…
Masa kita kecik-kecik dulu, zaman salah seorang sahaja ibu bapa kita bekerja. Selalunya bapa, ibu jadi suri rumah…
Zaman sekarang, lihat diri kita (atau abang/kakak kita bagi yang muda-muda), zaman sudah berubah di mana kedua suami & isteri perlu bekerja untuk menampung keluarga akibat ekonomi meningkat…
Fikirkan apa akan jadi 5 tahun lagi, 10 tahun lagi, atau 20 tahun lagi…
Bagaimana suami & isteri perlu menampung keluarga?
Pakar-pakar perniagaan berfikir, dalam satu masa nanti, kesemua keluarga perlu memikirkan memulakan perniagaan secara “part-time” untuk menampung keluarga. Ini kerana, ekonomi semakin naik, harga barang semakin naik dan yang penting sekali, lifestyle semakin meningkat.
Satu hari nanti, ia akan jadi amat sukar untuk hidup dengan hanya “makan gaji” kedua suami & isteri. Perniagaan secara sambilan dimestikan!
Sekiranya anda belum lagi memulakan perniagaan, fikirkan ini. Mulakan perancangan untuk memulakan perniagaan satu hari nanti
Soalan…
- Bagi anda yang belum memulakan perniagaan, apakah yang menghalang anda dari memulakan perniagaan? Mungkin rakan-rakan sini dapat membantu.
- Bagi mereka yang dah ada perniagaan, apakah penghalang sebelum memulakan perniagaan? Mungkin dapat kongsikan pengalaman bagi mereka yang belum memiliki perniagaan.
ps: Workshop Jutawan Internet pada hari Sabtu 19hb Jun (di KL) akan menunjukkan bagaimana anda boleh menggunakan Internet untuk perniagaan sambilan. Klik di sini.
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [44] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Perniagaan- senang atau susah?Perniagaan mail order yang dilupakan…Irfan Khairi ‘Live’: “Revolusi Perniagaan Internet” posterMalu memulakan dan menjalankan perniagaan…
Fri 4 Jun 2010
*Keratan dari Utusan Malaysia*
SUBANG 19 Mei - Tujuh jutawan terkenal akan bergabung untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran masing-masing dalam membantu melahirkan lebih ramai lagi rakyat di negara ini yang bergelar jutawan.
Dato Azman, Datuk Maznah & IK di sidang media DKSJ
Mereka terdiri daripada Irfan Khairi (jutawan Internet), Dr. Azman Ching (mentor jutawan), Chef Li (jutawan senyap), Datuk Maznah Hamid (usahawan jutawan), Abang Abu (jutawan kewangan), Dr. Azizan Osman (jutawan minda) dan Billi Lim (jutawan berani gagal).
Ketua Pegawai Eksekutif Peoplepreneur Business School (PBS), Allen Lee berkata, kesemua mereka akan bertindak sebagai penceramah dalam Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan II di Hotel Grand Dorsett Subang di sini pada 26 dan 27 Jun.
‘’Konvensyen anjuran Peoplepreneur Business School (PBS) itu menjangka kira-kira 500 peserta akan hadir,'’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
‘’Bagi peserta yang serius untuk menceburi bidang perniagaan selepas konvensyen ini nanti dinasihatkan menyertai PBS supaya mempunyai peluang lebih besar untuk ditunjuk ajar oleh mentor jutawan,'’ katanya.
Sementara itu, Maznah berharap rakyat negara ini menggunakan peluang menyertai konvensyen seperti itu bagi menimba ilmu sebelum bergelar seorang jutawan.
‘’Sesiapa sahaja boleh menjadi jutawan asalkan mempunyai keazaman yang kuat serta mendapat bimbingan daripada mereka yang telah berjaya,'’ katanya.
Maznah juga berharap pihak berkenaan menaja ibu-ibu tunggal miskin supaya dapat memberi mereka peluang untuk menghadiri konvensyen seperti ini.
‘’Dari pengalaman saya sendiri, golongan ini jika dibantu bukan sahaja dapat mengubah nasib mereka menjadi bertambah baik malah juga cemerlang dalam perniagaan yang dijalankan,'’ katanya.
Kata Maznah, bukannya satu perkara mudah untuk membolehkan tujuh jutawan itu bergabung dalam konvensyen kerana bagi mereka, masa amat bernilai.
Bagaimanapun, katanya, masing-masing bersemangat untuk bertemu dengan peserta kerana mereka sebenarnya ingin melihat lebih ramai lagi rakyat di negara ini bergelar jutawan.
Jemputan untuk anda: Sertai bersama Dato Maznah Hamid “Iron Lady” dan saya, IK, di Woksyop Mini “Dari Kosong Sampai Jutawan” pada hari Ahad ini jam 2.00 petang di Royale Bintang Hotel, Kuala Lumpur. Untuk menyertai, yuran hanya RM50 sahaja… boleh walk-in tapi perlu datang awal untuk memastikan tempat. Datang beramai-ramai ok! Hubungi 03 32871829 sekiranya inginkan maklumat lanjut.
ps: Jumpa anda hari Ahad ini ok! Sambil bawa anak jalan2 kat KL cuti sekolah, boleh jumpa kami
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [22] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Matlamat seorang jutawanTiada pengalaman, bagaimana hendak berjaya?Menjual pengalaman3 ikon usahawan kongsi rahsia
Tue 1 Jun 2010
Pada hari Sabtu 20hb Jun ini, saya akan mengadakan satu mini workshop bertajuk “Terhangat di pasaran” mengenai kaedah dan strategi menghasilkan ebook dan menjana pendapatan daripada ebook tersebut. Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.rahsiainternet.com/terhangat
Berikut adalah artikel tulisan saya daripada majalah NUR, ruang “bisnes”….
Produk paling laris di Internet
Oleh Irfan Khairi
Sering saya ditanya, apakah produk paling laris sekiranya dijual di Internet? Untuk mengetahui jawapan ini, kita perlu lihat terlebih dahulu, apakah kegunaan Internet yang paling tinggi sekali.
Orang ramai menggunakan Internet untuk mendapatkan informasi. Dalam zaman ini, zaman informasi, informasi adalah produk yang paling laris sekiranya dijual di Internet.
Produk informasi yang dimaksudkan boleh jadi dalam bentuk buku, video, audio, repot, manual, ebook, persembahan multimedia dan sebagainya.
Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet menjual informasi, pertama sekali adalah, anda perlu tetapkan, informasi apakah yang anda ingin perdagangkan. Oleh kerana tiada had pada informasi, maka, berbagai-bagai perkara boleh menjadi produk informasi.
Teringat saya satu ketika dulu ketika mengendalikan workshop perniagaan Internet saya, seorang peserta mengaku bahawa beliau tidak mempunyai idea untuk menjual apa pun di Internet. Bila ditanya, industri apakah yang dirinya kini terlibat, jawapannya adalah, industri membuang sampah.
Tersentak juga saya kerana sering kali, saya sarankan peserta untuk lakukan perniagaan berkaitan dengan industri atau minat masing masing. Apabila mendengar jawapannya “Industri membuang sampah”, saya sendiri tidak dapat sebarang idea apakah yang beliau boleh jual di Internet!
Saya minta peserta tersebut duduk terlebih dahulu dan ikuti segmen yang saya akan ceritakan tentang menjual produk informasi di Internet. Dengan harapan, beliau mendapat idea.
Sejurus selepas saya menceritakan bahawa informasi adalah produk terlaris dijual di Internet, dan memberi kebaikan-kebaikan lain menjual produk infomasi, peserta tersebut bangun semula dan berkata “Saya mempunyai idea nak jual apa di Internet. Saya akan menulis buku mengenai cara-cara kita boleh menambahkan pendapatan daripada sampah-sampah yang kita ada!”
Wah! Idea yang amat baik. Walaupun industri “buangan sampah”, masih boleh menjana idea untuk menghasilkan produk informasi. Sejak itu, saya amat yakin bahawa, tidak kira apa pun industri seseorang itu, pastinya terdapat “informasi” yang boleh dijual berkaitan dengan industri tersebut. Apa yang diperlukan adalah kreativiti dalam menghasilkan idea!
Kisah tersebut sering menjadi peringatan kepada saya bahawa tidak kira apa jua industri atau minat, pastinya terdapat “produk informasi” yang boleh dihasilkan.
Lihat dalam diri anda sendiri, industri anda dan minat anda, apakah informasi yang anda boleh jual di Internet?
Selepas mengetahui topik informasi yang anda ingin hasilkan, langkah seterusnya adalah untuk anda pilih kaedah penghantaran informasi tersebut. Sama ada ingin menjualnya dalam bentuk buku, video, audio, repot, manual, ebook, persembahan multimedia dan sebagainya.
Di sini saya juga ingin menyentuh tentang ebook atau e-buku yang merupakan kaedah penghantaran informasi yang kian popular di zaman ini.
Ebuku merujuk kepada informasi yang dikumpulkan dalam bentuk digital mirip kepada sebuah buku. Ianya adalah fail digital yang boleh dihantar kepada pembeli melalui email, atau, pembeli boleh muat turunkannya daripada Internet. Contoh sebuah e-buku boleh didapati di www.irfankhairi.com/mentor
Apa yang menariknya mengenai ebuku adalah, oleh kerana ianya berbentuk fail digital, kaedah penghantarannya kepada pembeli secara online menjimatkan wang (tidak perlu mencetak), masa (pembeli menerimanya secara segera) serta boleh mengandungi link/audio atau video supaya menjadikan ebuku anda interaktif.
Melihat potensi keuntungan e-buku juga boleh menarik minat ramai pihak. Sebagai contoh, oleh kerana ebuku adalah fail digital yang dijual oleh penjual terus kepada pembeli, sekiranya ebuku tersebut berharga RM40, penjual (atau usahawan ebuku) tersebut akan memperolehi keuntungan RM40!
Tidak seperti menjual buku biasa secara tradisional, sekiranya penulis buku menulis buku melalui penerbit dan buku tersebut dijual pada harga RM40, penulis menerima royalti atas setiap jualan sebanyak RM2 sahaja. Bandingkan keuntungan RM40 dan RM2 atas setiap jualan! Itulah antara kekuatan menjual informasi melalui digital di Internet.
Apabila anda mempunyai produk informasi untuk dijual, langkah seterusnya adalah memiliki laman web sebagai tempat mempamerkan produk informasi anda. Sekiranya pelawat laman web ingin membeli, mereka boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit atau membuat bayaran terus ke bank usahawan informasi tersebut.
Satu ketika dulu, zaman pertanian melahirkan ramai usahawan-usahawan tani. Kemudian zaman perindustrian pun mengganti menghasilkan ramai usahawan-usahawan perindustrian. Kini, kita memasuki era informasi, dan waktu inilah akan terlahirnya ramai usahawan-usahawan informasi- menjual produk paling laris di Internet!
Sekiranya anda berminat menghasilkan ebook untuk dijual di Internet, layari http://www.rahsiainternet.com/terhangat
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [25] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Iklankan informasi dalam perniagaanPerniagaan produk, perkhidmatan atau informasi?Irfan Khairi - Terhangat di pasaran!Menjadi perniagaan pertama atau pioneer tidak menjanjikan kejayaan