July 2010
Monthly Archive
Wed 28 Jul 2010
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[46] Comments
Pernah tak anda bayangkan pendapatan anda berganda 10x. Sekiranya pendapatan anda RM3,000 sebulan, bayangkan keadaan anda sekiranya anda mendapat RM30,000 sebulan.
Pernahkah anda bayangkan keadaan ini? Bagaimanakah perasaan anda dan keadaan anda sekiranya pendapatan anda adalah 10x ganda kini?
Mustahil? Sudah tentu tidak. Tetapi pernahkah anda terfikir, untuk anda berpendapatan 10x ganda sekarang, adakah anda perlu bekerja 10x ganda lebih banyak? atau 10x ganda lebih keras?
Berbanyak berfikir dan bayangkan bagaimana caranya untuk anda gandakan pendapatan anda 10x ganda.
What ever the mind conceive, it can acheive! Sekiranya anda boleh bayangkan bagaimana caranya untuk anda gandakan pendapatan anda 10x ganda, ia bermakna langkah pertama anda sudah selesai!
Apakah langkah kedua? Mudah…
Ketahui siapakah yang berpendapatan 10x ganda dalam industri anda, dan gunakan strategi dan prinsip yang digunakannya!
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [46] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Rahsia aliran pendapatan bergandaBersihkan pendapatan perniagaan InternetPendapatan passive dalam perniagaanMenjadi juara, pulangan berganda
Mon 26 Jul 2010
Perniagaan Internet juga boleh dimulakan tanpa sebarang modal wang- dengan hanya modal skil atau kebolehan kita sendiri. Sekiranya kita mempunyai kebolehan dan skil seperti design, mengalih bahasa, menyunting buku, ghostwriter, menulis, coaching, consulting, atau apa sahaja perkhidmatan, anda juga boleh menjalankan perniagaan melalui Internet.
Infact, perniagaan Internet saya yang pertama (11 tahun lalu) bermula dengan perkhidmatan saya sebagai designer. Modal saya, hanyalah skil atau kebolehan saya mereka cipta… dan tentunya masa yang diluangkan
So, sekiranya anda menjalankan perkhidmatan, anda boleh menjalankan perniagaan perkhidmatan anda melalui Internet. Klik-klik kali ini memaparkan perkhidmatan rekacipta Ms Elia Juaini untuk memberi inspirasi dan idea kepada anda untuk anda juga berjinak-jinak memasarkan perkhidmatan anda di Internet. Dan kalau nak anda nak mulakan perniagaan Internet tetapi tak tahu nak menghasilkan laman web dan bahan2 promosi yang lain, boleh hubungi Pinky Creative Design!
Boleh anda kongsikan serba sedikit mengenai laman web anda?
Laman web Pinky Creative adalah sebuah laman web yang menyediakan perkhidmatan rekaan. Pelbagai rekaan yang saya tawarkan termasuklah business card, flyer, bunting, banner, logo, web banner , web design dan juga photo decoration. Untuk setiap perkhidmatan yang saya tawarkan, saya akan memenuhi kehendak pelanggan dan menepati citarasa yang diingini, berkomunikasi adalah satu medium untuk saya memahami kehendak pelanggan saya. Bagi saya, setiap rekaan melambangkan personaliti bagi setiap individu. Keunikan dan kreativiti juga memainkan peranan penting dalam sesuatu rekaan saya kerana bagi saya unik itu membuatkan seseorang mengenali kita.
Bila dan bagaimanakah anda mulakan perniagaan Internet anda?
Saya mulakan perniagaan Internet saya pada tahun lepas,2009. Saya memang berkelulusan sebagai seorang pereka, tetapi saya tidak bekerja sebagai seorang pereka. Oleh itu, pada satu masa, saya tiba-tiba terfikir kenapa saya tidak memberikan perkhidmatan saya kepada orang lain dan sekaligus mengasah bakat saya. Disebabkan saya tidak mempunyai modal untuk membuka kedai, jadi saya mulakan melalui Internet dan membuat blog. Walaupun saya masih bekerja, tetapi saya tetap komited untuk memberikan perkhidmatan rekaan saya. Dulu, saya sering mereka untuk website kakak saya, Alhamdullillah sekarang saya juga sudah dapat menawarkan perkhidmatan saya pada orang lain juga.
Apakah kebaikan perniagaan Internet yang paling anda suka?
Saya suka perniagaan Internet sebab saya boleh berada di mana-mana saya suka untuk menjalankan perniagaan saya. Tiada had. Juga kalau tiada modal pun tidak apa sebab ada juga website yang free (seperti Blogger.com).
Boleh anda kongsikan satu cara yang paling efektif anda promosikan laman web anda?
Cara yang paling efektif bagi saya untuk mempromosikan laman web saya adalah melalui rakan-rakan atau bertukar link website. Saya sering bertukar link dengan rakan-rakan untuk mempromosikan laman web saya. Di samping itu, rakan-rakan yang telah menggunakan khidmat saya juga penting bagi saya untuk mempromosikan laman web saya kerana melalui testimonial merekalah, orang lain mule mempercayai saya.
Boleh anda kongsikan tip kepada pembaca yang ingin memulakan perniagaan internet?
Bagi saya, tip yang paling berkesan sekali adalah, “Terus mulakan apa yang anda fikirkan”. Jangan teragak-agak untuk melakukan sesuatu dan jangan selalu meletakkan alas an dalam diri untuk tidak melakukan sesuatu yang anda sedang fikirkan. Jika anda tidak tahu langsung nak menjual apa-apa, anda boleh berkongsi ilmu dengan hanya kata-kata atau perjalanan hidup anda melalui blog. Jadikan saja Dr Irfan Khairi sebagai mentor anda, pasti anda berjaya macam saya.
Apakah rancangan jangka masa panjang anda dalam perniagaan Internet?
Rancangan jangka masa panjang saya dalam perniagaan Internet adalah mendapatkan seberapa banyak pelanggan sehingga perniagaan design saya dikenali ramai dan mendapat satu juta sebelum umur 30 tahun.
All the best to Pinky Creative Design semoga terus berjaya!
**********
Ramai yang telah berjaya memulakan perniagaan Internet dari rumah melalui Workshop Perniagaan Internet #1 ini. Dengan menggunakan kebolehan,skill dan kekuatan anda, anda boleh ubahkannya menjadikan satu perniagaan di Internet. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Di workshop satu hari ini, Irfan Khairi akan kongsikan bagaimana anda boleh menggunakan Internet untuk menjana pendapatan dari rumah melalui perniagaan- tidak kira sama ada anda ingin menjual produk, ataupun perkhidmatan. Irfan Khairi juga akan membantu anda mencari produk apakah yang paling sesuai untuk anda niagakan di Internet berdasarkan minat dan kebolehan anda!
Klik di sini untuk membaca testimoni bekas-bekas peserta Workshop Jutawan Internet.
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [17] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Cara mudah dalam membina jenama perniagaan andaLihat pada kecantikanPodcast: Irfan Khairi @ BFM89.9Iklan di laman web menjadi tidak efektif
Tue 20 Jul 2010
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[23] Comments
Ramai bertanyakan saya tentang pendedahan awal saya dalam bidang perniagaan. Saya juga jarang berkongsikan kisah saya ketika kanak-kanak, bagaimana saya mula berminat dalam perniagaan.
IK masa kecik… comel kan?
Sebenarnya, saya dan perniagaan sudah lama tidak dapat dipisahkan. Sejak di bangku sekolah rendah lagi saya sudah berminat berniaga. Perniagaan pertama saya adalah menjual aiskrim kepada rakan-rakan sekolah. Ketika itu masih lagi sekolah rendah di Kuala Kangsar. Aiskrim yang macam mana?
Aiskrim plastik (Aiskrim Malaysia)! Bermodalkan beberapa ringgit sahaja, dan membeli plastik aiskrim yang datangnya dalam bungkusan mempunyai gambar King Kong. Saya menggunakan kordial di peti sejuk arwah nenek, dan membancuh 2-3 jenis perisa untuk di masukkan dalam plastik tersebut dan mengikatnya. Pasti anda pun masa kecil-kecil dulu pernah merasa aiskrim sebegini bukan?
Mulai situ, saya memang berminat berniaga. Di sekolah juga saya mengambil upah melukis kartun, melukis kad raya dan mencipta t-shirt untuk dijual kepada kawan-kawan.
Walaupun ibu dan ayah bukan ahli perniagaan, dan juga tiada keluarga yang terlibat dalam perniagaan (kebanyakannya bekerja dengan kerajaan), saya belajar berniaga dengan melihat dan belajar dari pemerhatian disekeliling. Berikut adalah 3 tip mudah mengalakkan si kecil untuk minat dengan perniagaan dan wang:
- Ketika di kedai, beri anak anda melakukan pembayaran dan mengambil baki wang daripada cashier. Dengan cara ini, ia membiasakan anak anda dengan transaksi perniagaan sejak kecil
- Upah dan beri galakkan anak anda apabila menghasilkan sesuatu yang menarik seperti lukisan atau kraftangan. Galakan sebegini akan meningkatkan lagi keyakinan anak kita dalam mengasah kreativiti sendiri.
- Galakkan anak anda menabung. Dari masa kesemasa, kira bersama hasil tabung supaya anak kita belajar menjejak simpanan. Juga, berikan hadiah kecil (hasil daripada simpanan) untuk menggalakkan simpanan dan juga membiasakan mereka melihat bahawa wang simpanan usaha sendiri akan kurang apabila berbelanja.
Sekiranya anda mempunyai anak atau adik atau anak buah, berikan pendedahan awal perniagaan dan kewangan kepada mereka. Ia akan banyak membantu mereka apabila dewasa kelak dari segi keyakinan diri dalam perniagaan dan pengurusan wang. Jadikan berniaga dan wang sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan menggembirakan.
Ciptakan keadaan di mana perniagaan adalah permainan bersama mereka. Galakkan mereka berfikir kreatif. Bincangkan perihal kewangan (bukan masalah kewangan) dan jadikan mereka menghormati dan mengharagi wang dengan cara yang menghiburkan.
Sekiranya anda mempunyai anak / adik / anak buah dalam lingkungan umur 8-13 tahun, satu program khas untuk mendedahkan kanak-kanak kepada perniagaan dan kewangan akan dikendalikan pada hari Sabtu 31hb Julai ini, yang dikelolakan oleh Abang Abu & saya sendiri. Pogram playshop “Junior Boss” ini telah mendapat sambutan yang hebat di Singapura sehingga ke Australia oleh pengasas Junior Boss, Abang Abu. Sekiranya anda mempunyai anak kecil berumur 8-13 tahun, dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Junior Boss, klik di sini.
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [23] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Antara minat, passion dan wangFasa PERTAMA dalam perniagaanPerniagaan Internet dan Strategi Laman MiniIdea perniagaan ketika di Australia
Wed 14 Jul 2010
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[34] Comments
Dalam perniagaan, semestinya penampilan pertama adalah amat penting untuk bakal pelanggan kita, terutamanya perniagaan yang berbentuk perkhidmatan dan kita mempunyai direct contact dengan pelanggan.
Ada yang tanya pada saya, penting ke mempunyai kereta besar dalam perniagaan? Selalunnya bila sebut kereta besar merujuk kepada Mercedes & BMW la…
Lihat 3 contoh kawan saya di bawah. Kisah benar ni…
- Kawan saya Chia merupakan seorang agent insurans. Membawa kereta Mercedes. Saya tanya pada dia… hebat la Chia ni, bawak kereta Merc. Mesti bisnes hebat. Jawab Chia, Kereta Merc ni adalah pejabatnya. Bila dia berjumpa client nak menjual insurance & pelaburan, dia perlu tunjuk yang dia pun mempunyai gaya hidup yang tinggi, dan kepentingannya mempunyai perlindungan dan pelaburan dari segi kewangan. Kereta Mercedes Chia memberi penampilan kepadanya bahawa beliau adalah seorang yang berjaya dalam bidang insurance dan dapat menarik pelanggan-pelanggan yang mempunyai pendapatan yang tinggi.
- Kawan saya Roy pula memiliki perniagaan perabot. Perniagaan biasa-biasa sahaja tetapi Roy membawa kereta Mercedes juga. Katanya, target clientnya adalah hotel-hotel. Untuk target market upscale sebegini, tak boleh la dirinya bawa kereta biasa-biasa. Bila bawa Mercedes, menunjukkan beliau merupakan usahawan perabut yang berjaya, terus dapat membina keyakinan dan kredibiliti kepada pelanggan-pelanggan yang upscale seperti hotel & syarikat2 besar.
- Kawan saya pula merupakan photographer. Bawa kereta pun boleh tahan
Mengapa as a photographer bawa kereta hebat-hebat? Katanya, untuk menarik pelanggan yang hebat-hebat juga. Pelanggannya terdiri dari golongan-golongan VIP, artis dan sebagainya. Baginya, kereta besar adalah satu pelaburan untuk menarik target market yang lebih tinggi. Agak-agaknya kalau bawa kereta kancil atau proton… mudah tak nak tarik golongan2 high class ni? Pastinya susah!
Membawa kereta hebat, selain daripada sememangnya minat, keselesaan dan menambah keyakinan diri kita, sekiranya digunakan dengan strategi yang betul, boleh menjadi satu strategi perniagaan yang hebat. Cara sebenarnya adalah, kereta besar bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, tetapi, ia juga membantu dalam menjayakan perniagaan dan meningkatkan keyakinan & kredibiliti kita di mata pelanggan!
Janji, jangan sebab nak bawa kereta besar sebab nak menunjuk-nunjuk tetapi terpaksa mengikat perut nak membayar pinjaman dan maintenance kereta yang mahal setiap bulan, dah la…
ps: Tapi, ik tak bawa kereta besar… kereta kecik je warna merah
sebabnya, perniagaan Internet tak perlu berjumpa pelanggan face-to-face. Ahad ini saya akan jalankan Seminar Lipat Ganda MLM di Vistana Hotel, Kuala Lumpur bagi anda yang menjalankan perniagaan berbentuk MLM (tak kira perniagaan MLM apa pun), tetapi tidak mahu mencari prospek dan pelanggan secara face-to-face, boleh melipatkali gandakan prospek dan downline anda MELALUI INTERNET SAHAJA. Sekiranya anda menjalankan perniagaan berbentuk MLM dan ingin sertai, klik di sini.
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [34] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Perniagaan bila nak jadi besarApa saya buat dengan my first RM1,000,000?IK bawak kereta apa?Perniagaan dan modal permulaan
Mon 12 Jul 2010
Hari ini suka saya kongsikan salah satu perniagaan Internet hasi daripada salah seorang peserta Workshop Jutawan Internet, Pn Ida Maslina yang menjalankan perniagaan Internet menjual Muffin di www.MuffinsMonster.com. Berikut adalah temubual bersama Ida, mengenai perniagaan Internetnya. Semoga dapat menyuntik inspirasi kepada anda juga untuk turut memulakan perniagaan Internet anda berdasarkan minat dan kebolehan anda
Sambil-sambil tu, boleh pesan juga muffin daripada MuffinsMonster.com sebab saya sendiri pernah test muffin tersebut dan memang best!
Boleh anda kongsikan serba sedikit mengenai laman web anda?
Laman web Muffins Monster menjual pelbagai jenis muffin dan cupcake utk apa jua majlis samaada majlis harijadi, pertunangan, perkahwinan, kenduri-kendara atau pun untuk makan-makan sendiri bersama keluarga. Muffin Monster di anggap unik kerana kami menyediakan pelbagai pilihan perisa muffin kepada pelanggan yg dibahagikan kepada 3 kategori iaitu All-time Favourite Muffin, Exclusive Jumbo Muffin dan Gourmet Muffin. Setakat ini kami mempunyai 27 jenis muffin dan dari semasa ke semasa kami akan menambah lagi perisa-perisa yang lain mengikut citarasa pelanggan.Kesemua muffin yg dikeluarkan oleh kami adalah berdasarkan tempahan dari pelanggan. Oleh itu, anda hanya akan mendapat muffin yang baru sahaja dibakar dari kami. Kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan-pelanggan kami yang berada di Malaysia sahaja.Yang terkini, terdapat beberapa homebakers yang bernaung di bawah Muffins Monster di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dan juga 2 buah negeri lain. Mereka telah mengeluarkan produk Muffins Monster di rumah mereka sendiri dan ini telah memberi pilihan kepada pelanggan-pelanggan Muffins Monster yg berada di sekitar kawasan homebakers tersebut untuk mendapatkan muffin yg mempunyai kualiti yang sama.
Bila dan bagaimanakah anda mulakan perniagaan Internet anda?
Kami telah memulakan perniagaan internet pada tahun 2007. Pada masa itu, saya masih bekerja dan tercari-cari perniagaan apa yang sesuai untuk saya jalankan supaya dalam masa yang sama saya dapat menjaga anak sendiri di rumah dan mencari rezeki. Kemudian, adik saya memberi idea kepada saya untuk memasarkan muffin yang biasa saya buat di rumah untuk keluarga ke dalam dunia internet. Pada masa itu, saya tidak mempercayai yang perniagaan begitu akan memberi pulangan. Tetapi setelah dicuba dgn menggunakan laman blog percuma pada mulanya, perniagaan internet ini mendapat sambutan di kalangan masyarakat dan alhamdulilah kini kami telah mempunyai laman web sendiri yang berdaftar dan jenama Muffins Monster telah dikenali ramai.
Apakah kebaikan perniagaan Internet yang paling anda suka?
Tidak perlu bersusah-payah keluar dari rumah untuk mempromosikan produk kita dan melalui laman web tidak ada had pelanggan yang akan masuk ke dalam laman web kita. Oleh itu, masa kita lebih fleksibel dan tidak terikat kepada waktu perniagaan konvensional yang lain.
Boleh anda kongsikan satu cara yang paling efektif anda promosikan laman web anda?
Cara yang paling efektif yang mempunyai kesan jangka masa panjang adalah mengaplikasikan Searh Engine Optimization (SEO) yang telah
dipelajari dari Dr Irfan Khairi dalam salah satu workshopnya. Setelah mengaplikasi tips-tips dari Dr Irfan, saya dapati jumlah pengunjung yang berkunjung ke website saya bertambah dengan mendadak.
Boleh anda kongsikan tip kepada pembaca yang ingin memulakan perniagaan internet?
Tips daripada saya ialah cari mentor dan belajar sebanyak yang boleh dari mentor yang sudah berjaya. Contoh yang paling dekat ialah mentor saya Dr Irfan Khairi. Kemudian, langkah pertama, bina jenama anda sendiri. Jika tak tahu bagaimana nak mulakan, sertai Muffins Monster di bawah program bisnes dari rumah.
Lawat laman web saya di www.muffinsmonster.com untuk keterangan lanjut.
Apakah rancangan jangka masa panjang anda dalam perniagaan Internet?
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [18] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Iklan di laman web menjadi tidak efektifTQ Majalah Solusi- Rakan Media “Revolusi Perniagaan Internet”Pengiklanan perniagaan Internet makin kurang efektifIK & Ustaz Zahazan di Dewan Pusat Islam Iskandar, Johor
Fri 9 Jul 2010
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[27] Comments
Ada juga yang kata bahawa mereka telah berfikir positif dari dulu hingga kini tetapi, masih tidak jumpa kejayaan. Selama 5 hari yang lepas pun berfikir positif, tetapi tidak rasa apa- apa perubahan. Ada juga yang kata, berfikir positif ini tak menjadi.
Malangnya ramai yang tersilap apabila isu berfikir positif. Selalunya kita berfikir positif sebegini:
“Saya pasti akan dapat menyiapkan kerja itu”
“Saya akan menjadi jutawan sebelum umur 35 tahun”
“Cara promosi perniagaan saya ini pasti tidak gagal”
Namun, berfikiran positif sebegini tidak mencukupi. Berfikir sebegini sememangnya positif, namun, ia hanya sebahagian dari berfikir positif. Ia tidak lengkap. Ia digelar external situation. Ia tidak menekankan kepada proses mencapai keinginan positif itu yang merupakan cara yang sebenar berfikir positif, seperti:
“Saya pasti akan fokus selama 4 jam setiap hari selama satu minggu dan menyiapkan kerja itu”
“Saya akan berusaha sekuat mungkin, mendalami ilmu perniagaan dan mencari pengalaman untuk menjadi jutawan sebelum berumur 35 tahun”
“Cara promosi yang terbukti berkesan ini dan telah digunakan oleh perniagaan-perniagaan kecil yang lain yang hampir sama dengan perniagaan saya ini, pasti tidak akan gagal”
Kini anda tahu cara sebenar berfikir positif. Selama 5 hari lepas adakah anda lakukannya dengan cara yang betul? Jika tidak, maka, teruskan 7 hari lagi dan hari-hari yang akan datang dengan berfikir positif dengan cara yang berkesan- iaitu menekankan kepada proses untuk mencapai pemikiran positif itu dan bukan sekadar destinasi sahaja. Berfikir positif bermula dengan mengubahkan fikiran dalaman sendiri kearah positif untuk mencapai aa yang dihajati. Cara ini adalah cara berfikir positif yang lebih efektif dan akan memberi perubahan kepada diri anda.
Iklan:
Pada hari Ahad 18hb Julai 2010 ini, saya akan menjalankan satu seminar *mini* (separuh hari) khas bagi mereka yang menjalankan perniagaan MLM (tak kira perniagaan apa) yang ingin mempelajari kaedah menambahkan jualan dan prospek melalui Internet. Seminar Lipat Ganda MLM ini akan mendedahkan strategi dan kaedah promosi terbaik bagi perniagaan MLM menggunakan Internet untuk mendapatkan lebih ramai downline.
Ramai yang menjalankan perniagaan MLM dan menggunakan Internet untuk mendapatkan pelanggan sering mengalami kesukaran. Walaupun dah promosi, dan spend banyak wang untuk promosi online, tetapi, masih tidak mendapat ramai downline. Di manakah masalahnya? Salahnya adalah dari segi strategi dan kaedah perniagaan MLM melalui Internet- terlalu ramai yang menggunakan cara yang salah!
Sekiranya anda menjalankan perniagaan berbentuk MLM, tidak kira dari syarikat apa pun, dan ingin menyertai, lawati http://www.rahsiainternet.com/lipatgandamlm untuk keterangan lanjut. Anda juga perlu menyesuaikan diri dan berubah untuk berjaya dalam perniagaan MLM yang makin ramai pesaingan! Terhad kepada 20 peserta sahaja - hanya 3 tempat tinggal Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [27] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Bila berfikiran negatif adalah baik…2 positif lawan 1 negatif… siapa menang?Cabaran Minggu Berfikir Positif : Hari ke-3Berfikiran negatif dan berfikiran positif- mana mudah?
Mon 5 Jul 2010
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[59] Comments
Kita tahu bahawa berfikir positif dalam apa sahaja adalah perkara yang akan membantu pencapaian kejayaan kita. Namun, seringkali fikiran negatif akan hadir dalam minda kita.
Disini ada satu latihan yang pasti akan membantu anda dalam berfikir positif.
Latihannya adalah, untuk 7 hari yang akan datang, paksa diri anda untuk berfikir dan bercakap mengenai perkara yang positif sahaja. Sekiranya perkara negatif terlintas, cepat-cepat ubahkannya menjadi positif. Comment di Tip Satu Minit juga perlu positif
Sekiranya anda berjaya dengan latihan ini selama 7 hari berturut-turut, anda akan dapati perubahan yang positif dalam cara pemikiran anda!
Adakah susah untuk berfikir positif setiap masa?
Terdapat dua jawapan- bagi mereka yang sudah biasa dengan berfikir positif, cabaran 7 hari ini akan kelihatan mudah. Bagi mereka yang sering diganggu fikiran negatif, akan mendapati cabaran 7 hari ini agak susah (ada sahaja fikiran negatif memasuki fikiran kita).
Cara pemikiran manusia sama ada positif atau negatif adalah satu tabiat (habit). Sekiranya anda sering berfikir positif, anda akan mengamalkan tabiat berfikir positif kebanyakan masa. Sekiranya anda sering berfikir negatif, tanpa anda sedar fikiran ini akan menjadi tabiat anda dan amat sukar anda menghindarinya.
Berfikir negatif akan selalu mengakibatkan kesedihan, kemurungan, bad mood, cepat marah dan hilang daya fokus kearah kejayaan.
Teruskan berfikir positif dan sekiranya fikiran negatif memasuki fikiran anda dalam masa 7 hari ini, cepat-cepat ubahkannya menjadi positif. Ini akan melatihkan anda mengamalkan tabiat/habit berfikir positif.
Berita baiknya adalah, berfikir dan berkelakuan positif adalah berjangkit! Anda akan dapat melihat perubahan mereka disekeliling anda. Kalau tak percaya, cuba test try!
Bermula Cabaran Minggu Berfikir Positif! Siapa yang sanggup menyahut cabaran ini?
**********
Di seminar ini, saya akan kongsikan strategi:
- Bagaimana anda boleh mendapatkan produk secara percuma
- Membina laman web tanpa bayaran
- Melakukan promosi perniagaan yang mendapat beribu pelawat TANPA sebarang MODAL!
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [59] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Cabaran Minggu Berfikir Positif : Hari ke-3Cabaran Minggu Berfikir Positif : Seminggu kemudian?Berfikiran negatif dan berfikiran positif- mana mudah?Apakah 5 kekuatan anda?
Thu 1 Jul 2010
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[26] Comments
Ramai menghadapi masalah tak fokus. Bererti, pada satu masa, macam-macam nak dibuatkan, sampai satu pun tak jalan. Masalah besar juga.
Ada laporan mengatakan manusia mempunyai 50,000 - 60,000 fikiran / thoughts perday. Oleh kerana terlalu banyak yang difikirkan dalam kepala kita, tu yang terjadinya terlalu banyak perkara kita hendak lakukan, kerana apa yang kita fikir, adalah apa yang kita akan buat. Dan bila terlalu banyak difikiran, maka, kita hilang fokus.
So nak buat macam mana?
Permudahkan hidup kita. Simplify your life. Gunakan kertas dan pen untuk menulis apa yang anda perlu lakukan hari ini. Aksi menulis apa yang kita hendak lakukan bagaikan mengeluarkan buah fikiran kita ke kertas- suatu yang berbentuk nyata, dan boleh dipegang.
Fokuskan kepada apa yang anda tulis sahaja. Pada kertas tersebut, sebolehnya hanya mengandungi 3 kerja besar yang perlu anda lakukan hari ini. 3 kerja sederhana dan 3 kerja kecil untuk hari ini.
Rancangkan dan jadualkan hari anda. Kerana 10 minit merancang hari akan menjimat berjam-jam hari anda oleh kerana anda melakukan perancangan untuk lebih fokus.
Anda mempunyai masalah susah nak fokus?
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [26] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Mengapa perlu fokusPermudahkan… simplify!Di mana letaknya fokus andaPermudahkan laman web perniagaan Internet anda