August 2010
Monthly Archive
Mon 30 Aug 2010
Posted by Irfan Khairi under
Santai ,
REALITY![49] Comments
Ok, saja untuk hiburan… sementara tengah mood cuti hari merdeka
Ni gambar saya kira-kira 20 tahun lepas… ketika Form 2 di Sekolah Menengah Lelaki Bukit Bintang (PJ).
Cuba teka… mana satu saya?
Cuba teka mana IK? siapa betul dapat hadiah
)
Selamat menyambut hari M.E.R.D.E.K.A!
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [49] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Irfan Khairi on Selling Service On The Internet @ BFM89.9fmIrfan Khairi on Selling Information Online @ BFM89.9fmPodcast: Irfan Khairi @ BFM89.9IK Podcast @ BFM89.9fm
Thu 26 Aug 2010
Cara utama untuk membina kepercayaan pelawat anda untuk menjadi pelanggan adalah pada rupa dan gaya sesebuah laman web itu. Laman web yang kelihatan profesional akan mendapat kepercayaan
instantly daripada pelawat. Manakala laman web yang tidak kelihatan profesional, atau hasil reka grafiknya adalah daripada mereka yang tidak berpengalaman grafik, tidak akan berjaya menarik pelawat menjadi pembeli. Saya tahu kerana ijazah saya adalah dalam bidang grafik ketika di Staffordshire University, United Kindom

Cuba lihat laman web di bawah… adakah laman web sebegini dapat menarik pembeli? Tentunya sukar bukan? Oleh kerana ianya kelihatan tidak profesional.
Laman web yang kurang kelihatan profesional akan sukar memberi kepercayaan kepada pelawat. Ianya juga tidak mempunyai daya tarikan pada pelawat.
Bandingkan dengan laman web di bawah selepas melakukan “face-lift”…
Lebih meyakinkan bukan? Pastinya dapat mendapat lebih pelanggan berbanding dengan versi lama tadi.
So, sekiranya anda mempunyai laman web perniagaan Internet, the looks is very important. Sekiranya laman anda tidak profesional, ia akan mengurangkan pembeli oleh kerana tidak dapat membina kepercayaan. Ubah laman anda dan berikan nafas baru 
Pendek kata, sekiranya anda tidak mempunyai latar belakang grafik, apa kata dapatkan upah mereka yang mempunyai latar belakang grafik untuk menjadikan laman anda lebih profesional!
========
Adakah anda memiliki laman web perniagaan Internet, tetapi kurang mendapat sambutan? Sebab utamanya mungkin kerana laman anda tidak kelihatan profesional. Mungkin kerana anda binanya sendiri, atau kenalan/keluarga yang membantu membinakan yang tidak berpengalaman dalam grafik. Keadaan ini hanya akan mengurangkan jualan sesebuah laman web oleh kerana kepercayaan pelawat tidak dapat dibina.
Sekiranya anda ingin pihak RahsiaInternet.com memperbaiki mutu laman web anda supaya lebih tampak profesional dan hebat untuk membina kredibiliti dan kepercayaan dari pelawat anda, lawati http://www.RahsiaInternet.com/cayalah untuk perkhidmatan “Website Face-Lift” kami. Laman web anda akan menjadi lebih profesional! Klik di sini untuk maklumat lanjut.*Laman web JalanJalanCaraIslam.com seperti contoh di atas adalah hasil “face-lift” Cayalah!
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [15] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Perniagaan Internet tiada pertemuan 4 mataPelancaran Cayalah!Cayalah!com- pelan perniagaan short-cutMinggu Pelanggan Tanpa Had: Kumpulan referal profesional
Mon 23 Aug 2010
Posted by Irfan Khairi under
Tip Kewangan[24] Comments
Ramai yang nak cari duit dan jadi kaya. Siapa tak nak cari duit bukan?
Tetapi apa yang kita perlu ingatkan juga adalah, cari duit adalah hanya sebahagian daripada mengumpul kekayaan. Apa yang ramai juga terlepas pandang adalah untuk simpan duit yang sedia ada dan kembangkannya!
Sekiranya kita pandai cari duit macam mana pun, tetapi, pengurusan kewangan kita mengalami kebocoran, maka, tak guna pun cari duit untuk kaya… duit tetap akan mengalir keluar.
Berikut adalah keadaan kebocoran wang yang sering terjadi ketika musim perayaan:
- Time bulan tak puasa, makan minum sekeluarga RM40 sehari… tapi time bulan Ramadhan, makan minum sekeluarga sehari sampai RM60. Maklumlah, berselera melihat makanan di pasar Ramadhan
- Bila dekat nak raya, berbagai-bagai Sale akan di jalankan di pusat membeli belah. Time ni juga emosi membeli semakin meningkat- sehingga membeli barangan/perhiasan/pakaian yang murah… tetapi mungkin hanya untuk kegunaan sekali sahaja. Jaga-jaga emosi belian kita ketika Sale sana sini…
- Tidak mempunya budget ketika puasa dan hari raya. Bila tidak ada budget, maka, lagi mudah wang mengalir keluar dari dompet kita. Penat je kita mencari duit kalau tiada budget diperuntukkan untuk musim perayaan. Sedar-sedar, lepas raya pun puasa sunat sebulan dua lagi…
Kita perlu tahu cara-cara untuk menghalang segala kebocoran wang kita. Penat-penat kita cari duit, time-time musim perayaan ni, beringat-ingat lah juga untuk kurang berbelanja. Tampalkan segala kebocoran wang kita. Kita bukan sekadar puasa perut sahaja, apa kata puasa dompet juga
Selamat cari duit & simpan duit yang telah di cari. Kongsikan tip-tip anda untuk berjimat ketika musim perayaan di sini!
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [24] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Duit sen vs duit kertasAntara minat, passion dan wangBeli kereta guna duit orang…10 orang terkaya Malaysia rugi berbillion
Wed 18 Aug 2010
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[27] Comments
Pernah tak anda jumpa penipu dalam perniagaan? Tip kali ni bukan nak sentuh mengenai menipu dalam perniagaan tu tak baik, berdosa, tak dapat berkat… sebab tu, saya pasti semua pembaca tahu.
Tetapi kita lihat aspek implikasi usahawan penipu atas perniagaan sendiri. Mengapa usahawan penipu tak akan pergi jauh?
- Pernah saya tulis mengenai penyelidikian Dr Thomas Stanley mendapati, faktor utama #1 dalam senarainya untuk menjadi jutawan ialah “Being honest with all people”. Iaitu jutawan-jutawan yang ditemubual oleh Dr Thomas Stanley dalam buku Millionaire’s Mind, mengatakan kejujuran adalah faktor #1 memastikan kejayaan sesuatu perniagaan.
- Ianya dikatakan 60% daripada promosi perniagaan datang daripada “word of mouth”. Iaitu, promosi mulut ke mulut- selalunya daripada pelanggan yang berpuas hati. Masalahnya, berita buruk, lagi mudah tersebar daripada berita baik. pelanggan yang tak berpuas hati, lagi akan menghebahkan pengalaman mereka kepada orang ramai berbanding dengan pelanggan yang berpuas hati. Oleh itu, sekiranya pelanggan menjadi mangsa usahawan penipu, maka, pastinya berita tersebut akan tersebar dan perniagaan tersebut akan mengalami kerugian. 60% daripada promosi menjadi promosi yan gtak baik!
- Dalam perniagaan, kita perlu lihat keuntungan jangka panjang. Menjalankan perniagaan bukan untuk sebulan dua, atau setahun dua… tetapi, 10 tahun… 20 tahun.. dan lebih lagi! Usahawan penipu mungkin akan terlepas dengan keuntungan jangka pendek. Sebab menipu pelanggan memang mudah. Apabila pelanggan terjumpa usahawan penipu, maka, pastinya mereka tidak akan lagi berurusan dengannya. Dalam perniagaan, untuk memaksimakan keuntungan jangka panjang, pelanggan yang sedia ada adalah aset yang amat penting!
Jauhkan daripada menipu dalam perniagaan. Kalau kita sendiri pernah kena dengan usahawan penipu, apa perlu kita buat? Selain daripada aduan kepada pihak2 berkuasa seperti Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia atau Persatuan Pengguna Pengguna Islam, banyak-banyak bersabar oleh kerana usahawan penipu pastinya tidak akan berjaya di dunia dan akhirat.
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [27] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Nama Perniagaan AndaPentingnya pemasaran perniagaanPerniagaan yang berubahPerniagaan mesti bergerak… macam cowboy!
Mon 16 Aug 2010
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[18] Comments
Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat…
- Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat… kita takkan rasa cepat sangat nak give-up. Walaupun belum mendapat keuntungan yang lumayan perniagaan kita, kita tetap gembira kerana kita lakukan apa yang kita suka!
- Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat… kita akan rasa cepat sahaja masa berlalu. Kalau lakukan kerja tersebut dari pagi sampai malam, terasa sekejap je. Bila tidur malam pula, rasa nak cepat je siang hari datang sebab kita dapat ulang kembali melakukan perniagaan yang benar-benar kita suka!
- Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat… kita suka menambahkan ilmu dalam bidang tersebut. Kita rasa seronok membaca, menghadiri majlis ilmu dan bertanya pada yang lebih pakar mengenai sesuatu perkara. Kita akan all out menambahkan ilmu dan aplikasikan ilmu yang dipelajari!
Kalau buat perkara yang kita TAK minat…
- Kalau buat perkara yang kita TAK minat… kita akan rasa cepat je mengalah. bila perniagaan tidak mendapat untung, mula kita salahkan orang lain dan salahkan keadaan. Kita akan cepat bertukar industri dan mencuba perniagaan jenis lain fikirkan, mana la tau kalau buat perniagaan lain boleh dapat duit lumayan…
- Kalau buat perkara yang kita TAK minat… kita akan rasa bila lakukan perniagaan, lambat masa berlalu. Kita akan rasa cepat bosan dan tertunggu-tunggu bila lah hari ini akan berakhir kerana nak balik rumah untuk rehat. Perniagaan pula dilakukan dengan tidak bersungguh-sungguh…
- Kalau buat perkara yang kita TAK minat… kita tak suka mendalami ilmu bidang tersebut. Untuk berjaya dalam perniagaan, ilmu adalah amat penting. Tetapi bila dah tak minat, pastinya kita tidak akan luangkan masa dan wang untuk membeli buku, menghadiri majlis ilmu atau bertanya mengenai perniagaan kita. Akhirnya, tanpa ilmu yang cukup, perniagaan kelaka akan gagal…
Jadi, adakah perniagaan yang kita lakukan kini kita benar2 minat… ataupun tak minat?
**********
Seminar Perniagaan Internet Tanpa Modal
Sabtu, 21hb Ogos, Vistana Hotel, Kuala Lumpur
9.00 pagi - 1.00 tengah hari
Memulakan perniagaan seringkali tidak kesampaian oleh kerana kekurangan modal. Modal juga sering menjadi alasan tidak dapat memulakan perniagaan. Tahukah anda, melalui Internet, anda boleh menjalankan perniagaan tanpa sebarang modal?
Di seminar *terbaru* Perniagaan Internet Tanpa Modal, pakar perniagaan Internet Irfan Khairi akan mendedahkan strategi dan kaedah memulakan perniagaan Internet dari rumah tanpa anda mengeluarkan sebarang modal!
Lawati http://www.RahsiaInternet.com/tanpamodal untuk keterangan lanjut atau hubungi En Azran di 016-6966644
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [18] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Antara minat, passion dan wangPerniagaan yang menguntungkanSusah ke nak jadi jutawan??Bagaiamana nak tahu passion?
Thu 12 Aug 2010
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[29] Comments
Ada yang tanya pada saya, bilakah waktu terbaik untuk memulakan perniagaan dan berhenti kerja makan gaji? (pertanyaan dari mereka yang masih makan gaji dan berminat untuk mulakan perniagaan).
Jawapannya, sebaiknya…
- Bila kita dah mempunyai simpanan sekurang-kurangnya untuk menampung 3 bulan hidup kita tanpa sebarang income masuk. Terbaik adalah simpanan 6 bulan. Sebabnya, bila mulakan perniagaan, bukannya terus start perniagaan terus akan dapat income… sering kali, ia mengambil masa sedikit untuk melihat income yang baik. Oleh itu, terbaik, sebelum berhenti kerja makan gaji dan punca pendapatan utama anda terhenti, pastikan anda mempunyai simpanan secukupnya untuk menampung 3-6 bulan hidup anda!
- Bila sudah ada pengalaman perniagaan. Sekiranya belum ada pengalaman langsung dalam sesuatu perniagaan itu, jangan terus quit kerja makan gaji dan lakukan perniagaan pula. Sebaiknya, test market dulu… sambil kerja, lakukan sedikit part time dalam perniagaan yang ingin di ceburi. Dalam erti kata lain, sekurang-kurangnya sebelum berhenti kerja makan gaji, dapatkan pengalaman walaupun part time perniagaan yang akan diceburi!
- Bila kita ada banyak ilmu dalam bidang tersebut. Jangan terus quit kerja dan memulakan perniagaan sekiranya kita masih lagi cetek dalam ilmu perniagaan tersebut. Banyak membaca buku2 ilmiah yang berkaitan dengan perniagaan tersebut, lakukan research online, bertanya pakar-pakar industri sekiranya ada yang tak faham, dapatkan mentor, hadiri majlis ilmu berkaitan dengan perniagaan tersebit dan sewaktu dengannya. Ilmu adalah amat penting dalam apa jua bidang. Termasuk bidang perniagaan yang anda ingin ceburi. Sememangnya ilmu kita dalam sesuatu bidang itu tidak akan lengkap, tetapi sekurang-kurangnya banyak ilmu mengenai sesuatu perniagaan itu kita telah pelajari.
Sering saya dengar kisah seseorang quit kerja makan gaji untuk memulakan perniagaan, tetapi tidak melakukan perkara-perkara di atas… jawabnya, perniagaan pun bungkus, hidup semakin stress. Harapnya dijauhkan dari kita…
Play safe… persediakan diri kita terlebih dahulu sebelum quit day job kita. Pengalaman saya sendiri pun 2 tahun saya menjalankan perniagaan Internet sambil menambahkan ilmu di dada sebelum saya quit day job saya satu ketika dulu!
Kalau nak pelajari ilmu perniagaan Internet dan mulakan penriagaan Internet secara part time, layari www.RahsiaInternet.com ada beberapa seminar mini dikendalikan bulan puasa ini.
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [29] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Waktu terbaik untuk melabur pada hartanahKita semua pencuriPerniagaan Ummatan WasathaPotensi kita yang luar biasa
Mon 9 Aug 2010
Posted by Irfan Khairi under
REALITY![50] Comments
Seperti tahun lepas, saya update bila my baby girl Cinta punya birthday. Sebabnya, Cinta ni ramai uncle & auntie cyber
since sejak Cinta di lahirkan pada 8-8-08, saya dah letak gambarnya di blog ni… sampai mendapat 400 birthday wish.

Cinta ketika 1 day old bersama saya di hospital…
Then, 3 bulan kemudian, saya postkan gambar ni di ruang Reality…

Cinta at 3 months old…
Last year Cinta capai umur setahun…

Cinta 1 year old…
So, Ahad lepas, 8-8-10, Cinta dah pun masuk umur 2 tahun. Memang cepat masa berjalan… rasa macam baru je Cinta di lahirkan di Hospital Gleneagles oleh mamanya tersayang. Ni gambar Cinta terbaru sempena hari lahirnya yang ke-2. Dah besar Cinta

Cinta Strawberry Abadi, 2 years old!
Memang cepat kids grow! Cherish the moment and times. Saya pernah bertanya di FB saya, apakah erti kejayaan? Dan soalan ini juga sering di tanya ketika saya di TV. Bagi saya, erti kejayaan is about being “happy”. Kalau ada duit, tapi tak happy pun, apa gunanya kan? Kalau berjaya pangkat tinggi tapi masih tak happy, pun tiada gunanya. Kalau dah mencapai matlamat material, tetapi, masih tak happy… maka still kita tak ke mana.
The best thing about menjalankan perniagaan Internet dari rumah, adalah seperti gambar-gambar di atas. Dapat spend time dengan family & kids. Sejaka anak saya yang sulung dilahrikan (kini dah darjah 2), memang saya dah mulakan perniagaan di Internet dari rumah, so, Alhamdulillah dapat melihat dan bersama anak-anak setiap hari di rumah.
Sekiranya anda ingin tahu maklumat lanjut bagaimana hendak menjalankan perniagaan Internet dari rumah, saya ada juga menjalankan seminar ketika bulan puasa ini. Klik di sini untuk maklumat lanjut. Alhamdulillah ramai juga telah berjaya memulakan perniagaan Internet dari rumah dan dapat bersama anak2 membesar 24 jam sehari.
So sekarang Cinta Strawberry Abadi dah besar… dah boleh cakap macam-macam. Paling kecoh antara adik beradiknya sebab yang bongsu. Very manja dan pandai melukis
Wishing Cinta a Happy Birthday… mana tahu, besar esok Cinta boleh baca kembali blog ini kan?
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [50] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Happy birthday CintaAntara minat, passion dan wangCinta Strawberry 3 bulanKejayaan 8 belia Malaysia
Fri 6 Aug 2010
Siang tadi sambil jalan2 di Ikano Power Center di Damansara, ternampak poster “Toys R Us” (baru di buka) seperti di bawah…
Apa yang menarik perhatian saya adalah dua button/imej yang terdapat pada poster tersebut: YouTube & Facebook.
Tak kira betapa besarnya perniagaan anda, (atau betapa kecilnya perniagaan anda), anda tidak harus mengabaikan kekuatan pemasaran social networking.
Jenama gergasi seperti Toys R Us, Coca Cola, Air Asia dan banyak lagi menggunakan social networking sebagai salah satu kaedah promosi perniagaan Internet. Kita-kita yang perniagaan kecil-kecilan juga patut mengambil contoh ini dan menggunakan kemudahan social networking dalam perniagaan kita.
Mungkin kita sudah menggunakan Facebook dalam perniagaan Internet kita… tetapi sudahkah kita menggunakan YouTube? Bagaimana pula dengan Twitter? Bagaimana pula dengan social media yang lain?
Tip hari ini, fikirkan bagaimana social networking boleh membantu perniagaan anda! (Bukan sekadar FB sahaja ok!)
Sambil-sambil tu, sekiranya anda belum join FB saya, boleh sertai sekarang di sini ;) Klik pada “LIKE”!
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [22] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Menggunakan online video (Youtube) dalam perniagaanPentingnya pemasaran perniagaanStrategi pemasaran perniagaan menggunakan kod QRMenggunakan YouTube dalam Perniagaan
Wed 4 Aug 2010
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[27] Comments
Ok, dah lebih kurang 4 tahun saya menulis blog ni, and about time nak mengucapkan ribuan terima kasih bagi pengunjung setia blog ini… pengomen setia… dan juga mereka yang hanya membaca dan tak beri komen langsung
Sejak 4 tahun lepas, kini ada 742 postings dan 22,958 komen. Kalau from comments, ramai juga pengunjung2 baru… dan masih ada juga pengunjung2 yang sejak 2006 mengikuti blog saya ni. Terima kasih, Thank You & Shukran!
Jadi, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan SELAMAT DATANG kepada pembaca-pembaca baru. Dan happy reading kepada pembaca-pembaca setia. Walaupun sering kali saya tidak dapat membalas mesej-mesej di sini secara personal, tetapi saya tetap membaca kesemua tulisan anda. Insyaallah saya akan balas mana yang termampu…
Blog ini saya mulakan sejak tahun 2006 dengan matlamat memberi sedikit tip Motivasi, Perniagaan dan Kewangan. Tak banyak, sikit-sikit je oleh itu, saya namakan blog ni, “Tip 1 Minit”. Kebanyakan tip yang di sampaikan cuma ambil 1 minit je untuk baca. Tetapi ada kalanya terlajak juga 1 minit tu bila saya naik syok menulis
So, posting saya kali ini, hanya sekadar mengucapkan terima kasih yang tak terhingga atas sokongan anda di blog ini, di majlis2 ilmu yang saya kendalikan, di tv (dari Astro Awani, sehingga kini di TV1) dan juga radio (Radio24 & BFM) selama ini. Thank you, Thank you & Thank you atas sokongan anda pada saya sejak 2006 lagi…. saya doakan kejayaan anda, saya harap anda pun turut doakan kejayaan saya!
Wassalam!
-ik
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [27] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Ucapan Selamat Hari Raya & Sembang Raya 2007Berita Harian - Sembang SabtuTerima kasih Radio24 sebagai Radio Rasmi “Revolusi Perniagaan Internet”Gerak Usahawan Nasional 2007- Part 2