September 2010


Sebelum May 6, 1954, tiada pelari dapat berlari sejauh 1 batu dalam masa kurang dari 4 minit. Berlari 1 batu dalam masa kurang 4 minit difikirkan mustahil!

Sehingga Roger Bannister mencabar dan memecahkan fikiran mustahil tersebut dengan berlari sejauh 1 batu dalam masa 3 minit 59 saat!

Apa yang terjadi selepas itu, pada tahun yang sama, beberapa pelari lain berjaya melepasi benteng 1 batu dalam masa kurang dari 4 minit.

Tahun-tahun yang seterusnya juga menyaksikan lebih ramai pelari berjaya memecahkan benteng 4 minit tersebut!

Apa yang telah terjadi?

Kisah Roger Bannister ini sering diceritakan dalam buku-buku motivasi barat. Ia menunjukkan bahawa benteng pertama yang perlu dilalui adalah benteng di minda. Apabila ia kelihatan mustahil, maka, ia sememangnya mustahil.

Tetapi, sekiranya ia terbukti boleh dilakukan, maka, benteng di minda sudah tiada lagi dan lebih ramai atlit dapat melakukan larian tersebut.

Buka mata anda kepada kisah-kisah disekeliling kita yang umpama “The 4-minute Mile”. Ia merupakan satu titik sebuah anjakan paradigma (Paradigme shift) yang boleh mengubahkan haluan hidup kita.

ps: Pada Sabtu 9hb Oktober, 8 malam, akan diadakan satu sesi Bicara Santai Percuma bersama saya dan pakar motivator kewangan Abang Abu, di Cititel, Midvalley KL. Yang bestnya, sesi “Bicara Santai: Buat Duit Simpan Duit” ni adalah PERCUMA. Tetapi, terhad kepada 100 peserta sahaja. Sekiranya anda berminat dan serius tentang kewangan anda, apa kata anda turut sertai kami… first come first serve basis ya. Klik di sini untuk daftar secara percuma.


pps: Juga akan di buka booth produk dan seminar RahsiaInternet.com pada harga diskaun untuk cover kos hotel. Bagi yang tidak dapat hadir, boleh dapatkan produk dan seminar RahsiaInternet.com di sini.

Pendapat Anda? [33] Comments

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Perancangan 2006/07 Irfan Khairi
  • Minda separuh sedar (Subconcious Mind)
  • Perniagaan yang memeningkan
  • Perniagaan produk informasi & motivasi diri

  • Hari ini di ruang Klik Klik perniagaan Internet, saya ingin kongsikan, salah satu perniagaan Internet daripada peserta saya yang awal- sejak tahun 2006 lagi! Ya, cepat rasanya masa berlalu. Saya mula menjalankan seminar perniagaan Internet sejak 2006 sehingga kini.

    Sejak 2006 saya menjalankan seminar perniagaan Internet, bukan sekadar ramai peserta sahaja, tetapi juga dapat ramai kenalan-kenalan rapat, termasuk bro Razzi Rahman yang sehingga kini became my good buddy.

    Razzi Rahman berpengalaman dalam menjalankan perniagaan secara offline bertahun-tahun di KB Mall menjual produk kesihatan dan pemakanan halal dikedainya. Bila mendengar tentang kehebatan Internet boleh menjangkau pelanggan sehingga serata dunia, Razzi terus mengambil kesempatan untuk mengembangkan perniagaannya melalui online untuk menambahkan keuntungan mendapat pelanggan seluruh dunia!

    Sekiranya anda sedia menjalankan perniagaan, apa kata ambil kesempatan perniagaan Internet untuk menggandakan lagi pendapatan anda dan mencapai pelanggan luar negara seperti kisah kejayaan HalalGelatine.com!

    Dan sekiranya anda memerlukan produk gelatine HALAL untuk bahan masakan anda, kini anda tahu bagaimana hendak mendapatkannya!


    HalalGelatine.com

    Boleh anda kongsikan serba sedikit mengenai laman web anda?

    Saya menganggap, laman web perniagaan saya HalalGelatine.com adalah seperti satu kedai runcit online yang halal dan paling berjaya sekali!

    Saya panggil ia Runcit kerana gelatin ini selalunya dijual dikedai-kedai runcit, mini market atau di bahagian barangan dapur jika di pasaraya besar. Tetapi saya menjualnya secara online ke seluruh dunia.

    Halal kerana, serbuk gelatin yang digunakan untuk membuat puding, jeli, kek, coklat dan berbagai agen pengikat ini asalnya dari bahan yang halal, iaitu dari tulang lembu, kerbau dan kambing BUKAN khinzir! Dan disembelih oleh orang Islam di kilang yang tidak bercampur dengan binatang-binatang lain yang haram dimakan oleh orang Islam. Serta diiktiraf oleh Majlis agama Islam Malaysia.

    Bila dan bagaimanakah anda mulakan perniagaan Internet anda?

    Seingat saya, pada akhir 2006… setelah saya menghadiri Workshop Rahsia Internet yang dikelolakan oleh Irfan khairi, saya tidak dapat tidur lena semenjak hari itu hahaha… Semuanya kerana berbagai-bagai idea yang terpancul dalam kepala saya ni.

    Well, nasib baiklah saya mendapat bimbingan lanjutan dari IK sehingga saya begitu fokus kepada satu idea sahaja, iaitu halalgelatine.com

    It takes me about 2 months tanpa jualan, namun selepas itu saya mendapat banyak pesanan dari seluruh Amerika dan United Kingdom…paling mengejutkan saya, apabila mendapat order dari Jepun, German, Switzerland, Denmark dan berkali-kali dari Paris.

    Dan kini saya amat bersyukur, Alhamdulillah, even orang bukan Islam pun sudah membuat pesanan dengan saya kerana mementingkan “Halalan Toyibun” yang bermaksud hygine food! ;)

    Apakah kebaikan perniagaan Internet yang paling anda suka?

    Kebaikan perniagaan Internet yang paling saya suka ialah apabila produk halal gelatin saya dapat dijual ke seluruh dunia, walau saya hanya berada di kampung saya Kota Bharu, Kelantan. Kadang-kadang saya menggeleng kepala sorang-sorang dan tersengih dengan keajaiban ini…whatever it is Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH swt.

    Boleh anda kongsikan satu cara yang paling efektif anda  promosikan laman web anda?

    Dalam masa yang sama, saya juga adalah seorang penulis dan saya sangat minat menulis, jadi salah satu cara yang saya lakukan untuk mempromosi laman web saya adalah saya banyak menulis artikel dan submit artikel itu ke EZINE.COM

    Hasilnya, artikel-artikel saya serta resipi-resipi menggunakan halal gelatin telah tersebar keseluruh dunia. Teknik ini dan banyak lagi saya pelajari dari Workshop Jutawan Internet kelolaan sifu saya, Irfan Khairi!

    Boleh anda kongsikan tip kepada pembaca yang ingin memulakan  perniagaan internet?

    Paling penting, buat keputusan hari ini juga untuk bertindak memilih produk apa yang anda mahu jual. Atau apa sahaja minat anda, sesuatu yang anda paling suka, yang boleh dijadikan perniagaan.

    JANGAN sesekali mahu melakukan kesemuanya, sure takkan jadi. Pilih satu dan focus on it! Kemudian jangan menoleh ke belakang lagi.

    Dan yang penting juga adalah dalami perniagaan Internet sebaiknya daripada mereka yang sudah berpengalaman dan telah melahirkan ramai usahawan Internet di Malaysia seperti sifu IK!

    Apakah rancangan jangka masa panjang anda dalam perniagaan Internet?

    Menambahkan lagi produk-produk yang menggunakan halal gelatine.

    Dan yang paling penting, mengekalkan info-info tentang pemakanan halal dan terus menulis artikel tentangnya seterusnya mempromosi ke seluruh dunia agar syarikat saya Nur Halalgelatine Resources terus dapat menjadi pengedar barangan halal kepada setiap rumah orang Islam mahupun bukan Islam, di seluruh dunia, InsyaAllah

    **********

    Ramai yang telah berjaya dalam perniagaan Internet. Untuk mengikuti kisah-kisah kejayaan usahawan Internet lain di ruang Klik-Klik perniagaan Internet, klik di sini! dan pelajari tips dan petua yang dikongsikan.

    Bulan depan, saya juga akan turut mengendalikan beberapa seminar perniagaan Internet, dan sekiranya anda berminat mengikutinya dan pelajari kaedah-kaedah memulakan perniagaan Internet dan mencapai pelanggan seluruh dunia walaupun hanya dari rumah, klik di sini.

    Pendapat Anda? [5] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • TQ Majalah Solusi- Rakan Media “Revolusi Perniagaan Internet”
  • Pengiklanan perniagaan Internet makin kurang efektif
  • 5 Tip perniagaan 2009 (ketika ekonomi down)
  • Perniagaan bukan Internet 2: Perniagaan Internet 1

  • ikonair.gifSemalam saya mengendalikan program radio mingguan saya di Radio24 “Irfan on Air” dan berkongsi dengan pendengar dan pemanggil cara-cara menjimat duit. Berikut adalah senarai daripada apa yang di kongsikan…

    • Kurangkan makan luar dengan keluarga, makan di rumah!
    • Bawa bekal dari rumah ke pejabat
    • Baca akhbar melalui Internet dan tidak lagi membeli
    • Daripada keluar menonton wayang, tonton di rumah melalui dvd
    • Bayar bil secara online- tidak perlu keluar rumah
    • Car pool- bergilir-gilir kereta dengan rakan pejabat dan jimatkan petrol
    • Tidak perlu membeli majalah, dapatkan maklumat online
    • Kurangkan ke complex membeli belah, tetapi beriadah bersama keluarga di taman
    • Beli kereta terpakai yang masih baik
    • Ubah lampu di rumah anda menggunakan lampu kos kuasa rendah (energy saving)

    Anda perlu membina senarai bagaimana ANDA boleh menjimatkan wang setiap hari. Penjimatan RM5 sini, RM10 sana lama kelamaan akan menjimatkan anda beribu RM juga seriap tahun!

    Apa kata anda kongsikan juga beberapa cara yang boleh anda fikirkan atau yang anda amalkan untuk manfaat bersama! Tinggalkan tips2 anda pula di sini…

    Pendapat Anda? [16] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Duit sen vs duit kertas
  • Bila cari duit, duit cari kita
  • Beli kereta guna duit orang…
  • Cara paling efektif dalam pengiklanan

  • Dalam perniagaan, mana yang lebih penting? Guna Blog perniagaan atau Facebook perniagaan?

    fbblog.gif

    Jawapannya agak cliche, sebab kedua-duanya penting dan kedua-duanya lain fungsinya untuk sesuatu perniagaan. Saya pecahkan kegunaannya di bawah:

    Facebook untuk perniagaan:

    • berhubung dengan pelanggan lama, baru dan prospek secara santai
    • kongsi maklumat-maklumat menarik yang berkaitan dengan industri
    • update pengikut dan penyokong tentang perniagaan yang dijalankan

    Blog untuk perniagaan:

    • tunjukkan kepakaran dan bidang perniagaan anda
    • kongsikan perniagaan yang dijalankan dengan lebih terperinci
    • amat penting untuk mendapat kedudukan terbaik di enjin pencari!

    Jadi, bagi yang tanya saya nak guna blog ataupun facebook dalam perniagaan, jawapannya adalah guna kedua-duanya sekali. Lagi banyak medium pendedahan kita di Internet, lebih mudah sesuatu perniagaan itu mendapat pendedahan di Internet untuk berkembang.

    Tiada syarat yang tetap sama ada sesuatu post atau berita itu patut kita letak di blog ataupun facebook. Ia bergantung pada keadaan. Gunakan tip di atas sebagai panduan sahaja.

    Seringkali, sebaiknya kita membawa bakal pelanggan ke blog dan juga laman web kita daripada Facebook. Facebook adalah amat baik untuk pendedahan perniagaan, tetapi agak sukar untuk dapatkan pelanggan. Gunakan blog atau laman web kita untuk close the sale. Jangan lupa juga kita boleh import blog posting kita ke dalam FB.

    Bagi anda yang belum add saya di Facebook, boleh “Like” saya di http://www.facebook.com/irfankhairi.fb kerana saya memberi tip-tip pendek motivasi & kewangan setiap hari di sana ;)

    xmodalmlm.gif

    Bagi anda yang berminat untuk pelajari strategi menjalankan perniagaan melalui Internet, sertai 2 seminar separuh hari yang saya akan jalankan tak lama lagi: Perniagaan Internet Tanpa Modal (untuk sesiapa sahaja yang ingin menjalankan perniagaan Internet secara part time) atau Seminar Lipat Ganda MLM (khas untuk usahawan MLM). Klik di sini untuk maklumat lanjut.

    Pendapat Anda? [10] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Mendapatkan pelanggan menggunakan BLOG atau FACEBOOK?
  • Akaun “TIPU” Irfan Khairi di Facebook
  • 5 pesanan saya di Facebook
  • Menggunakan Youtube & Facebook dalam pemasaran Internet

  • Berbekalkan minat dan kesungguhan, sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan Internet mengikut minat dan kebolehan sendiri. “Klik-klik” kali ini memaparkan Noorizam Sabran @ Ijam di www.NoorizamSabran.com, yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang fotografi dan ingin kongsikan minatnya dengan orang ramai disamping menjalankan perniagaan Internet.

    Bermula dengan minat dan kesungguhan, Ijam kini telah menghasilkan ebook asas fotografi (saya recommend anda download kerana ia akan membantu anda juga mengambil gambar keluarga!), T-shirt, serta mengendalikan workshop asas fotografinya sendiri- tahniah to Ijam!

    Bermula dengan hobi dan minat sendiri, kini Ijam berjaya menjalankan perniagaan Internet yang berjaya.

    ijam.gif
    www.NoorizamSabran.com


    Boleh anda kongsikan serba sedikit mengenai laman web anda?


    Blog NoorizamSabran.com adalah tentang informasi, Tips Asas Fotografi Digital. Blog ini sesuai untuk yang baru menceburi bidang fotografi dan ingin mempelajari asas fotografi dengan cara yang amat mudah untuk difahami.

    Gaya penyampaian bahasa yang saya gunakan juga mudah untuk difahami. Banyak tip-tip untuk merakam gambar menarik saya kongsikan di sini. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dan belajar dari yang pakar. Banyak juga permintaan kelas-kelas asas fotografi yang telah saya buat untuk individu, berkumpulan ataupun kelab-kelab fotografi di Malaysia . Selain itu,baju-baju t-shirt fotografi juga dijual melalui blog ini.

    Di noorizamsabran.com , pembaca juga boleh memuat turun ebook fotografi secara percuma yang saya hasilkan untuk dijadikan rujukan. Yang minat nak belajar fotografi, boleh muat turun ebook ni di www.noorizamsabran.com. Bagi saya apa yang penting adalah cara penyampaian supaya pembaca mudah memahami.

    Bila dan bagaimanakah anda mulakan perniagaan Internet anda?


    Saya mula berkongsi tips informasi asas fotografi ini melalui blog sejak tahun 2008 lagi. Masa tu agak sukar untuk mencari informasi tentang asas fotografi yang menggunakan Bahasa Malaysia di internet. Semuanya bermula dengan Workshop Rahsia Internet dari IK. IK menjadi ‘coach’ saya. Dari situ pelbagai idea yang datang. Terlalu banyak yang saya belajar tentang ilmu perniagaan di internet daripada Irfan Khairi . Noorizamsabran.com adalah satu daripada hasilnya sampai hari ini.

    Apakah kebaikan perniagaan Internet yang paling anda suka?

    Kenapa saya suka perniagaan internet? Sebabnya ia menjimatkan masa, cepat, tak perlu sesak dalam traffic jam dan yang paling best, boleh access di mana sahaja. Segala promosi sebahagian besarnya saya buat secara ‘online’. Kuncinya, ilmu perlu ada ditambah dengan kesungguhan diri kita.

    Boleh anda kongsikan satu cara yang paling efektif anda  promosikan laman web anda?


    Salah satu cara paling efektif untuk mempromosikan laman web saya adalah menggunakan laman social ‘Facebook’. Medium yang paling popular dan cepat dimasa ini. Selebihnya ‘word of mouth’ dari peserta workshop saya.

    Boleh anda kongsikan tip kepada pembaca yang ingin memulakan  perniagaan internet?


    Untuk memulakan perniagaan internet, paling penting sanggup belajar. Sebabnya bukan mudah untuk berjaya tanpa ilmu. Belajar perlu korbankan masa, wang dan paling penting belajar dengan yang pakar. Saya sendiri menjadikan IK sebagai ‘coach’


    Apakah rancangan jangka masa panjang anda dalam perniagaan Internet?


    Untuk jangka panjang, saya akan meluaskan lagi perniagaan ini dengan menghasilkan beberapa lagi cabang yang berkaitan dengan fotografi. Niche saya tetap untuk ‘beginner’. Sebab niche amat penting dalam perniagaan internet. Saya juga akan membuat usaha sama dengan peniaga-peniaga internet yang sudah berjaya bagi manaikkan lagi jenama saya supaya lebih dikenali. GO!!!

    **********

    Tahniah kepada Ijam kerana kini sudha mula meraih pendapatan melalui Internet dengan hobi dan minat sendiri!

    Salah satu kebaikan perniagaan Internet yang saya selalu tekankan adlaah kita boleh mengubahkan apa sahaja yang kita minat (mungkin hobi kita) seperti fotografi oleh Ijam, atau apa sahaja, hobi kereta, memasak, menjahit, bersukan, membaca, muzik, bermain game, memancing, bercucuk tanam atau apa sahaja menjadi perniagaan di Internet disamping mendapat pendapatan melalui perkara yang kita sedia tahu dan minat.

    Berikut adalah klip YouTube temubual saya di MHI, TV3 berkenaan dengan mengubahkan hobi menjadi perniagaan Internet bersama Abby Fana & Ahmad Fedtri

    Sekiranya tak dapat lihat klip di atas, klik di sini

    Sekiranya anda berminat untuk pelajari kaedah memulakan perniagaan Internet, tak kira perniagaan apa pun mengikut minat dan kebolehan anda, boleh sertai Workshop Jutawan Internet, atau seminar2 separuh hari yang akan dikendalikan pada bulan oktober nanti. Ada beberapa seminar mengikut keperluan masing-masing, boleh lawati http://www.RahsiaInternet.com untuk keterangan lanjut. Have a great weekend!

    Pendapat Anda? [7] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Iklan di laman web menjadi tidak efektif
  • TQ Majalah Solusi- Rakan Media “Revolusi Perniagaan Internet”
  • Pengiklanan perniagaan Internet makin kurang efektif
  • IK & Ustaz Zahazan di Dewan Pusat Islam Iskandar, Johor

  • Mudahan hari raya anda di sambut dengan penuh keceriaan dan kegembiraan. Bulan ini masih lagi bulan raya, dan open house sana-sini masih dijalankan walaupun kebanyakan dari kita sudah mula bekerja ;)

    Pada hari raya ke-3 saya menjalankan segmen motivasi saya di TV1, Hujung Minggu Malaysia bertajuk “Bangun Semula Selepas Raya” yang membincangkan bagaimana hendak mengurus semula kewangan kita sekiranya “ter” lari budget ketika raya. (Jangan lupa menonton segmen saya setiap Ahad)

    Hanya 2 cara sahaja yang kita boleh lakukan untuk stabilkan kewangan kita. iaitu:

    * Tambahkan simpanan (berjimat)
    * Tambahkan pendapatan

    Untuk tambahkan simpanan atau berjimat, satu formula yang dikenali sebagai “Solusi 60%” boleh digunakan. Solusi 60% bermaksud:

    1. 60% dari pendapatan kita adalah untuk keperluan bulanan seperti membayar kereta, rumah, bill, makan minum dan sebagainya.
    2. 10% dari pendapatan adalah untuk simpanan jangka panjang
    3. 10% dari pendapatan adalah untuk simpanan jangka pendek
    4. 10% dari pendapatan adalah untuk simpanan hari tua/pencen.
    5. 10% dari pendapatan adalah untuk hiburan / perbelanjaan am

    Selepas raya, sekiranya terdapat masalah yang sering dialami seperti penggunaan kad kredit meningkat, maka, perlu dilakukan simpanan kecemasan.Iaitu, masih menggunakan formula di atas, tetapi, ubahkan (3) & (4) iaitu simpanan jangka pendek dan simpanan hari tua kepada pembayaran kad kredit buat sementara waktu.

    Berikut adalah klip YouTube sekiranya terlari budget ketika raya…


    Klik di sini sekiranya tidak dapat melihat klip YouTube di atas

    Dengan menggunakan solusi 60% ini, ia menjadi satu panduan untuk kita tambahkan simpanan kita dan kurangkan perbelanjaan secara terancang.

    Sekiranya tiada ruang untuk kita menggunakan Solusi 60%, dan tiada ruang untuk kita menambahkan simpanan kita, maka, pilihan seterusnya adalah menambahkan pendapatan kita.

    ps: Sekiranya ingin menambahkan pendapatan, salah satu pilihan adalah memulakan perniagaan Internet dari rumah. Saya akan mengadakan seminar Lipat Ganda MLM tak lama lagi, khas bagi usahawan MLM yang ingin mempelajari kaedah bagaimana menambahkan prospek, downline dan juga pelanggan perniagaan MLM mereka melalui Internet- tak kira perniagaan MLM apa pun. Sekiranya anda menjalankan perniagaan berbentuk MLM dan inginkan maklumat lanjut, klik di sini.

    Pendapat Anda? [5] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Bila cari duit, duit cari kita
  • Ucapan Selamat Hari Raya & Sembang Raya 2007
  • Tip kewangan!
  • Selamat Hari Raya Aidilfitri!

  • mindpower.jpg

    Otak kita mengandungi lebih dari 100 billion sel. Ianya lebih hebat daripada komputer yang paling hebat yang pernah diciptakan. Hargai otak kita dan gunakan dengan sempurna. Saintis mengatakan, kebanyakan manusia hanya menggunakan 2% sahaja daripada kehebatan otak kita. Dan masih banyak lagi ruang yang belum lagi diterokai.

    Ramai antara kita yang mengalami masalah low self esteem, di mana mengatakan kita ni tak sehebat orang lain, orang lain lagi hebat dari kita dan kita tak mampu melakukan sesuatu yang hebat.

    Selagi kita memiliki masalah self esteem ini, dan sabotaj diri kita sendiri dengan kata-kata negatif ini, selagi itu, kita tidak dapat mencungkil keupayaan sebenar otak kita.

    Jadi, langkah pertama adalah, ubah suara-suara yang terdapat DALAM DIRI KITA SENDIRI. Bukan suara orang lain pun. Sering kali, ianya adalah suara kita sendiri yang meng-sabotaj dan mengatakan kita tidak boleh.

    Hargai otak kita. Apa yang kita fikirkan dalam otak kita adalah apa yang kita akan hasilkan luaran kita.

    Pendapat Anda? [10] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Otak yang lesu
  • “Speaking” dalam perniagaan
  • 5 tip motivasi @ Facebook Irfan Khairi
  • Sikap penentu segala

  • Peluang ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada anda sekeluarga. Maaf Zahir & Batin sekiranya ada tersalah dan silap.

    ri_raya.jpg

    Semoga raya ini di sambut dengan penuh keceriaan dan kegembiraan. Di samping jangan lupa juga pada mereka yang kurang bernasib baik.Sekiranya balik ke kampung halaman, berhati-hati di jalan raya dan ingat mereka yang tersayang. Semoga selamat sampai ke destinasi anda.


    Jadikan hari raya ini sebagai Ibadat. Beri dan mohon kemaafan kepada insan dengan penuh keikhlasan agar Allah swt ampunkan segala dosa kita.

    Jadikan pagi raya sebagai titik PERUBAHAN ke arah mencari redha Allah.

    Maaf Zahir dan batin dari saya sekeluarga,

    -Irfan Khairi

    Pendapat Anda? [8] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Selamat Hari Raya Aidilfitri!
  • Ucapan Selamat Hari Raya & Sembang Raya 2007
  • Ucapan Selamat Hari Raya & Sembang Raya…
  • Selamat Hari Raya Aidiladha - pengorbanan

  • Setiap Ahad jam 9am saya menjalankan segmen motivasi saya di Hujung Minggu Malaysia (HMM), TV1. Sebenarnya dah lama saya mengendalikannya, kira-kira 3 bulan sudah, tapi baru ni berkesempatan uploadkannya di YouTube ;) Insyaallah lepas-lepas ni saya akan carikan masa untuk upload segmen tersebut di YouTube.

    Topik minggu ini bertajuk “Memberi hadiah, memberi sedekah”. Bagi yang terlepas, boleh ikutinya di sini…

    Hari-hari terakhir Ramadhan ini, apa kata kita perbanyakkan sedekah dan amal jariah!


    Klik di sini sekiranya tidak dapat melihat klip YouTube di atas

    Pendapat Anda? [5] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Rezeki berlimpah-limpah “abundant”
  • Menjadi pemborong online
  • Beri balik - give back!
  • Pasaran perniagaan berbahasa Malaysia

  • Hari ini di ruang “Klik-Klik”, saya nak kongsikan salah seorang lagi peserta Workshop Jutawan Internet yang telah berjaya memulakan perniagaan melalui Internet dan meraih pendapatan bukan setakat dari Malaysia sahaja, malah dari luar negara termasuk Hong Kong dan Dubai dengan perkhidmatan yang unik - Chocolat Wrapper, oleh Pn Yafidah Yahaya (Fida).

    Ianya dikatakan, secara purata, manusia memperolehi 4 idea yang baik setiap hari. Tetapi, tak kira berapa banyak pun idea yang kita dapat sehari, dan kita tidak mengusahakan idea tersebut, tak kemana juga idea kita tak kira betapa bernasnya idea kita.

    Pn Fida telah menunjukkan satu contoh yang amat baik dalam mereliasasikan idea yang simple yang dimilikinya, iaitu menjual personalize chocolate wrapper ke serata dunia! Saya masih teringat ketika mengendalikan Workshop Jutawan Internet di mana Pn Fida sebagai peserta, berulang-ulang kali saya mengatakan ideanya adalah sesuatu yang boleh menjana pendapatan yang baik di Internet. Alhamdulillah, kini ia telah menjadi kenyataan.

    Mudahan tips dan petua yang dikongsikan oleh Pn Fida dapat memberikan inspirasi serta idea kepada anda juga untuk memulakan perniagaan Internet dari rumah- tak kira perniagaan apa pun.

    Sambil-sambil itu, sekiranya anda akan menjalankan sebarang majlis keramaian… apa kata order Choclate Wrapper dari Pn Fida!

    Boleh anda kongsikan serba sedikit mengenai laman web anda?

    Chocolat Wrapper – menyediakan perkhidmatan ‘pesonalized’ pembalut  coklat untuk majlis harijadi, perkahwinan, pertunangan, perayaan & juga majlis – majlis korporat. Chocolat Wrapper menjual Wrapper/Pembalut beserta dgn Coklat Handmade. Pelanggan boleh memilih koleksi pembalut coklat/ chocolate wrapper di laman web rasmi Chocolat Wrapper – www.chocolatwrapper.com

    Pelanggan hanya perlu memilih code design dan pihak kami mengubah warna dan informasi mengikut keperluan pelanggan secara PERCUMA. Produk utama Chocolat Wrapper ialah Coklat bar. Terdapat beberapa saiz coklat yang ditawarkan mengikut budget pelanggan.

    Produk terlaris ialah Coklat Bar RM 2.00, Coklat Puzzle Gift Pack & juga Coklat Raya Aidilfitri (mini bar). Perkhidmatan courier dalam negara dan juga luar negara turut disediakan.
    Chocolat Wrapper telah berjaya membuat penghantaran coklat ke beberapa negara seperti Dubai,Hong Kong, Singapore dan juga Brunei.

    Bila dan bagaimanakah anda mulakan perniagaan Internet anda?

    Saya mendapat dorongan untuk memulakan perniagaan melalui internet dr suami.

    Suami amat memahami hasrat saya yg amat meminati bidang perniagaan & perniagaan melalui internet adalah yg terbaik kerana saya suka pada konsep perniagaan yang fleksible.

    Selepas menghadiri Workshop Jutawan Internet, kelolaan Irfan Khairi tentang kepentingan Product Niche,ia telah lebih meyakinkan saya untuk terus fokus mengusahakan perniagaan Chocolate & Wrapper.

    Apakah kebaikan perniagaan Internet yang paling anda suka?

    Tidak perlu bersusah-payah keluar dari rumah untuk mempromosikan produk kita dan melalui laman web tidak ada had pelanggan yang akan masuk ke dalam laman web kita. Oleh itu, masa kita lebih fleksibel dan tidak terikat kepada waktu perniagaan konvensional yang lain.

    Boleh anda kongsikan satu cara yang paling efektif anda  promosikan laman web anda?

    Cara yang paling efektif yang mempunyai kesan jangka masa panjang adalah mengaplikasikan Searh Engine Optimization (SEO) yang telah dipelajari dari Irfan Khairi dalam salah satu workshopnya. Setelah mengaplikasi tips-tips dari Irfan, saya dapati jumlah pengunjung yang berkunjung ke website saya bertambah dengan mendadak.

    Boleh anda kongsikan tip kepada pembaca yang ingin memulakan  perniagaan internet?

    Tips daripada saya ialah cari mentor dan belajar sebanyak yang boleh dari mentor yang sudah berjaya. Contoh yang paling dekat ialah mentor saya Dr Irfan Khairi. Kemudian, langkah pertama, bina jenama anda sendiri. Jika tak tahu bagaimana nak mulakan, sertai Chocolat Wrapper di bawah program bisnes dari rumah. Lawat laman web saya di www.chocolatwrapper.com untuk keterangan lanjut atau di facebook Chocolat Wrapper.

    Apakah rancangan jangka masa panjang anda dalam perniagaan Internet?

    Rancangan jangka panjang saya dalam perniagaan internet ialah untuk memilik Chocolate Cafe bagi memudahkan sesi bertemu pelanggan. Selain itu saya berhasrat untuk memasarkan coklat dibawah jenama Chocolat Wrapper sehingga setanding dengan pasaran antarabangsa. Malaysia Boleh!

    **********

    sekiranya anda ingin pelajari kaedah menjalankan perniagaan Internet dari A-Z, sertai Workshop Jutawan Internet yang akan diadakan pada 2hb Oktober ini. Ramai usahawan Internet telah dilahirkan daripada workshop ini dan menjalankan perniagaan dari keselesaan rumah.

    Tak kira apa sahaja minat anda atau kebolehan anda, ubahkannya menjadi perniagaan di Internet! Untuk maklumat lanjut, layari http://www.rahsiainternet.com/workshop

    wji.gif
    Pendapat Anda? [16] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Iklan di laman web menjadi tidak efektif
  • TQ Majalah Solusi- Rakan Media “Revolusi Perniagaan Internet”
  • Pengiklanan perniagaan Internet makin kurang efektif
  • IK & Ustaz Zahazan di Dewan Pusat Islam Iskandar, Johor

  •