October 2010


Sekiranya modal kita kurang atau budget kita kurang, bagaimanakah cara terbaik untuk promosi perniagaan kita?

Ikut dua langkah ini dan anda akan berjaya maksimakan pulangan promosi perniagaan anda pada kos yang rendah…

  • Langkah #1: Tentukan sasaran pasaran anda. Kecilkan pasaran anda kepada satu market sahaja. Who are the BEST target market for your products & services? Luangkan lebih banyak masa di sini.
  • Langkah #2: Ulang mesej promosi anda berkali-kali pada sasaran tersebut. Ulang-ulang dan ulang pada sasaran yang sama-sama dan sama!

Untuk berjaya mendapat pasaran yang besar, langkah pertama adalah untuk memasuki fikiran pasaran anda. Ini dapat dilakukan dengan mengulangi mesej yang sama berkali-kali.

Ianya akan mengambil masa yang lama untuk memasuki fikiran pasaran anda sekiranya modal anda adalah kurang, namun, dengan kesabaran dan ketekunan melakukan promosi yang sama, mesej perniagaan anda akan memasuki fikiran target market terbaik anda lambat laun!

Pendapat Anda? [27] Comments

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Kebarangkalian berjaya dalam promosi…
  • Menjalankan perniagaan Internet tanpa modal
  • Antara strategi & teknik
  • “Teaser” sebagai teknik promosi perniagaan

  • Minggu lepas saya kumpulkan 5 tip Kewangan daripada FB saya untuk tatapan blog di sini. Kali ni, saya kumpulkan 5 tip motivasi pula!
    Bagi anda yang belum join FB saya, rajin-rajin lah klik “LIKE” di sini oleh kerana setiap hari saya berikan tip motivasi & tip kewangan ;)

    Berikut adalah antara 5 tip motivasi TOP di facebook saya (berdasarkan LIKES) ;) :

    Untuk murah rezeki, setiap pagi, petang, siang, malam say: THANK YOU ALLAH!

    Buat apa yang kita minat. buat apa yang kita cinta. kalau kita lakukan sesuatu kerana minat dan cinta (passion) kita tak akan rasa penat, bosan dan letih. Kerja siang malam pun kita rasa best. tidur pun excited nak bangun sebab nak buat kerja. masa buat kerja, tak rasa pun masa berlalu!

    Sekiranya segalanya tidak seperti kita mahu, atau ditimpa malang, atau masalah yang besar, atau berada di dalam satu krisis, berhenti sebentar dan yakin pada diri sendiri bahawa segala-galanya ada hikmahnya. dalam apa pun keadaan yang sukar, pastinya ada penyelesaiannya dan seringkali kita akan menjadi in…san yang lebih kuat & hebat selepas melalui kesukaran tersebut!

    Untuk BERJAYA, kita perlu melatih minda kita untuk melihat peluang-peluang yang ada di sekeliling kita. untuk GAGAL, kita perlu melihat halangan-halangan yang ada di depan kita!

    Kita akan jadi seperti orang yang disekeliling kita. jika kita hendak berjaya, berkawan dengan orang-orang berminda positif. Jika kita hendak gagal, berkawan dengan orang-orang berminda negatif. Hadis pun ada menyebut umpama berteman pembawa minyak wangi, kita akan rasa harumannya. Bertemankan tukang besi…, akan terkena percikan api

    Semoga dapat memanfaatkan anda! Sekiranya anda belum sertai saya di FACEBOOK, boleh sertai sekarang di http://www.facebook.com/irfankhairi.fb Jumpa di sana!

    Sekiranya anda berada di Kuala Terengganu atau Kuantan, sertai saya hujung minggu ini. Saya akan berada di KUALA TERENGGAN. Grand Continental Hotel, Sabtu 30hb Oktober, 2.00 petang - 6.00 petang & KUANTAN. Grand Continental Hotel Ahad 31hb Oktober, 2.00 petang - 6.00 petang sempena jelajah satu Malaysia Anda Layak Berjaya mengendalikan “Bicara Santai”. Sekiranya anda ingin sertai secara percuma, hantarkan SMS kepada 017-3935 364 “LOKASI (seperti di atas) “. Penyertaan adalah percuma!

    Pendapat Anda? [9] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Akaun “TIPU” Irfan Khairi di Facebook
  • 5 pesanan saya di Facebook
  • 5 tip motivasi @ Facebook Irfan Khairi
  • Bersama Irfan Khairi @ WW Astro Awani

  • Dapatkan akhbar Kosmo! hari ni…. sedikit maklumat mengenai Seminar Rahsia3K yang bakal diadakan di PWTC pada hari Ahad ini. Jumpa di sana ya!

    Klik di sini sekiranya ingin sertai…

    ik_kosmo2.jpg
    Pendapat Anda? [6] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • SoHo: IK di Kosmo
  • Jutawan SoHo
  • Ingin mulakan perniagaan, tapi tiada idea…
  • Mengapa membina jenama perniagaan adalah penting

  • Hari ini di Radio24, Irfan on Air, saya membincangkan kaedah asas membina jenama. Membina jenama adalah amat penting di zaman ini yang terlalu banyak persaingan perniagaan. Sehari kita terdedah kepada lebih 2,000 iklan-iklan perniagaan. Tanpa membina jenama, pastinya perniagaan kita akan tenggelam!

    Membina jenama adalah amat penting dalam perniagaan, dan sebagai permulaan, berikut adalah asas-asas membina jenama…

    1. Nama perniagaan
      Pastikan nama perniagaan kita mudah disebut, mudah di eja dan mudah diingat! Seringkali, nama yang complex atau complicated mudah dilupakan oleh orang ramai. Fikirkan nama-nama jenama hebat di dunia, dan anda akan dapat lihat betapa mudahnya bahasa/nama digunakan untuk memudahkan nama perniagaan kita masuk ke fikiran pengguna.
    2. Logo & Warna perniagaan
      Manusia bersifat visual. Oleh itu, visual juga memainkan peranan penting untuk sesebuah perniagaan seperti logo dan warna. Bila kita fikirkan sesuatu jenama, apa yang kita ingat adalah imej perniagaan tersebut seperti tulisan senget Air Asia di atas warna merah, logo Apple pada produk apple seperti iPhone, dan juga lambang arca M warna emas untuk McDonalds. Klik di sini untuk tips menggunakan warna.
    3. Slogan
      Dengan terlalu banyak perniagaan, ianya semakin sukar untuk prospek kita ingat pada fungsi dan keistemewaan perniagaan kita. Oleh itu, kita perlu mempunyai slogan pendek yang padat untuk memberi makna kepada jenama kita. Klik di sini untuk tips menggunakan slogan.

    Namun begitu, menjenama perniagaan kita bukan setakat visual seperti di atas. Ada banyak lagi perlu difahami mengenai jenama terutamanya bagaimana kesan emosi sesuatu perniagaan itu boleh menarik lebih ramai pelanggan melalui pembinaan jenama- secara psikologi

    Di seminar Rahsia3K say akan kongsikan lebih banyak strategi-strategi paling efektif dalam membina jenama perniagaan kita walaupun perniagaan kecil-kecilan dari rumah.

    Satu kelemahan perniagaan kecil-kecilan adalah kurangnya maklumat bagaimana hendak membina jenama.

    Bagi anda yang berminat untuk memulakan perniagaan dan membina jenama di Internet dan juga bukan Internet, sertai sesi saya di Seminar Rahsia3K- Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan di PWTC Kuala Lumpur, Ahad 24hb Oktober ini. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

    Pendapat Anda? [10] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Mengapa membina jenama perniagaan adalah penting
  • Logo perniagaan anda… ada ke takde?
  • Membina Jenama Perniagaan
  • Rahsia membina jenama

  • Suka saya war-warkan Seminar Rahsia 3K yang akan diadakan di PWTC, Kuala Lumpur pada hari Ahad ini. Untuk beberapa minggu yang lepas, saya & Abang Abu menjalankan sesi Bicara Santai untuk memperkenalkan Seminar Rahsia 3K dan alhamdulillah kini, akan menyertai seramai 180 peserta (kurang 20 untuk penuhkan tempat!)

    Terima kasih tak terhingga bagi anda yang menyertai Bicara Santai saya & Abang Abu di Cititel & Vistana Hotel- memang riuh dibuatnya!

    3k_pic.jpg

    Seminar 3K akan dikendalikan oleh saya sendiri, Abang Abu, dan IronLady Datuk Dr Maznah Hamid di PWTC Kuala Lumpur pada hari Ahad 24hb Oktober ini (9.00 pagi - 6.00 petang)! Kami sasarkan 200 peserta, dan kini hanya 20 tempat sahaja tempat perlu dipenuhi. Sekiranya anda berminat, kami amat mengalu-alukan kehadiran anda!

    Apa yang anda akan pelajari dari kami bertiga…

    • Menyediakan diri ke arah mencipta kejayaan
    • Menyelami bakat dan potensi diri dan bagaimana membangunkannya
    • Membina keyakinan, kekebalan dan kepintaran diri dan emosi anda!
    • Melipat gandakan keuntungan perniagaan anda dengan membina jenama
    • Strategi menggandakan pelanggan perniagaan 4 kali ganda!
    • Sistem pengurusan wang secara mudah dan paling efektif!
    • Memupuk minda dan personaliti  ‘MAGNET WANG’ seperti JUTAWAN!

    Bagi sesi saya, saya akan sampaikan sesuatu yang amat penting dalam perniagaa dan kaedah yang paling hebat untuk bersaing dengan pesaing kita, iaitu - MEMBINA JENAMA secara offline dan juga online!

    logosss.gif
    Perniagaan kecil-kecilan harus belajar dari perniagaan besar dalam membina jenama!

    .

    Zaman ini, dengan terlalu banyak pesaingan, setiap perniagaan perlu membina jenamanya tersendiri. Sesi saya akan mendedahkan kepada anda dari bagaimana hendak memulakan perniagaan, sehingga cara membina jenama perniagaan anda! Tidak kira sama ada perniagaan anda adalah perniagaan besar, sederhana atau kecil, jenama adalah satu “guarantee” kejayaan perniagaan anda!

    Saya akan sampaikan:

    • Langkah pertama memilih perniagaan untuk diri anda
    • Kaedah memilih nama, logo, slogan dan warna perniagaan supaya jenama anda mudah dikenali
    • Ketahui rahsia JENAMA, iaitu strategi perniagaan yang paling penting pada zaman ini
    • Cara bersaing menggunakan jenama anda dan mendapat pelanggan lebih daripada pesaing anda
    • Bagaimana menggunakan Internet untuk menggandakan jenama anda denagn mudah, murah & pantas
    • Pelajari cara menggunakan media majalah, surat khabar, radio & TV dalam meningkatkan jenama
    • Kaedah melancarkan jenama perniagaan anda sendiri… yang pastinya takkan gagal!
    • … dan banyak lagi!

    Bagi usahawan dan juga bakal usahawan yang berminat untuk turut serta dalam Seminar Rahsia 3K bersama saya, Abang Abu & Datuk Maznah Hamid, boleh dapatkan maklumat lanjut di sini & booking secara online. Hanya 20 sahaja tempat sahaja tinggal.

    Pendapat Anda? [3] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • 3 ikon usahawan kongsi rahsia
  • Wang atau Kebahagiaan- yang mana pilihan anda?
  • Kebahagiaan vs Kesengsaraan
  • 3 asas membina jenama perniagaan

  • Bagi anda yang belum join FB saya, rajin-rajin lah klik “LIKE” di sini oleh kerana setiap hari saya berikan tip motivasi & tip kewangan ;)

    Berikut adalah antara 5 tip kewangan TOP di facebook saya (berdasarkan LIKES) ;) :

    Try to eat in, kurangkan makan di luar. selalunya kalau makan kat luar 3x ganda harga kosnya. Contoh, nak buat burger di rumah, kos hanya RM1.00. kalau beli kat gerai RM3.00. kalau pergi kerja bawa bekal, pergi keluar makan dulu siap2 di rumah, pergi mana saja, kalau makan luar cuba fikir kosnya adalah 1/3 dari harga. Amalkan tabiat berjimat- sikit2, lama2 jadi bukit ;)

    PERTAMA; harta kekayaan boleh melalaikan, menggelapkan hati dan jadikan seseorang itu sombong & riak. KEDUA; harta kekayaan boleh membantu mereka yang susah, membangunkan agama & negara, serta menjadikan kita lebih bersyukur dgn segala kurniaan-Nya. “HARTA” tidak salah. Tetapi, ianya adalah PILIHAN & KEPU…TUSAN manusia untuk tidak memilih yang PERTAMA dan memilih yg KEDUA!

    Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu pasti doa diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan / memutuskan hubungan keluarga. Jadi amalkan surah al-Waqiah. Riwayat Ibn Mardawaih: “Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan aj…arkanlah ia kepada anak-anak kamu.”

    sebelum melaburkan atau menyimpan wang di mana-mana, pastikan kita tiada hutang seperti kad kredit. ini kerana, tiada gunanya melabur dan memperolehi katakan 10% dan pada waktu yang sama kita terpaksa membayar interest kad kredit 18%. budak-budak pun tahu kita sedang kerugian 8%. tak masuk akan bukan?

    Wang bukan segala-galanya. Tetapi, Kurangnya wang akan mengakibatkan stress yang tinggi. Kurangnya wang adalah antara sebab tertinggi berlaku perselisihan faham suami isteri. Kurangnya wang menyukarkan mendapat perubatan & pendidikan terbaik untuk keluarga. Walaupun wang bukan segala-galanya, tetapi wang …adalah amat-amat penting dalam hidup!

      Semoga dapat memanfaatkan anda! Sekiranya anda belum sertai saya di FACEBOOK, boleh sertai sekarang di http://www.facebook.com/irfankhairi.fb Jumpa di sana!

      Pendapat Anda? [11] Comments

      Tip Satu Minit yang berkaitan:
    1. Akaun “TIPU” Irfan Khairi di Facebook
    2. 5 pesanan saya di Facebook
    3. Kerjasama Irfan Khairi & Mynic
    4. Bersama Irfan Khairi @ WW Astro Awani

    Keratan Berita Harian hari ini….

    ikdmaa.jpg
    IK, Datuk Maznah (Iron Lady) & Abang Abu (Mekanik Wang)

    3 ikon usahawan kongsi rahsia

    Seminar 3K beri peluang 300 peserta selami bakat, potensi majukan diri

    KUALA LUMPUR: Tiga ikon usahawan tempatan akan berkongsi idea dan pengalaman kejayaan mereka dalam Seminar 3K (Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan) yang akan diadakan di sini, pada 24 Oktober ini.

    Mereka ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce, Datuk Dr Maznah Hamid; jutawan internet, Dr Irfan Khairi dan pakar motivasi kewangan, Abang Abu yang lebih dikenali dengan panggilan ‘mekanik wang’.

    Seminar 3K (Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan) dicetuskan melalui buku tulisan Maznah menggunakan tajuk sama, akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), disusuli klinik keusahawanan yang diikuti interaksi langsung peserta dengan tiga usahawan terbabit.

    Seminar itu yang dijangka dihadiri 300 peserta bertujuan membongkar rahsia kejayaan dengan menyelami bakat dan potensi diri, membina keyakinan serta melipatgandakan keuntungan perniagaan melalui pembinaan jenama.

    “Setiap individu, tidak kira ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) atau mereka yang kurang bernasib baik berpotensi berjaya. Apa yang penting bagi mereka adalah memilih bidang perniagaan bersesuaian dengan nasihat dan tunjuk ajar betul,” kata Maznah di sini, semalam.

    Maznah berkata, seminar itu terbuka kepada semua pihak termasuk golongan artis yang sentiasa berdepan dengan masalah kewangan terutama ketika zaman populariti mereka menurun selain sektor korporat yang boleh menaja golongan tidak bernasib baik seperti ibu tunggal dan OKU menyertai seminar itu.

    Bayaran dikenakan cuma RM350 setiap peserta berbanding RM1,000 yang dikenakan bagi seminar seumpamanya.

    Sebarang maklumat lanjut mengenai seminar itu boleh diperoleh dengan melayari laman web, www.Rahsia3K.com atau hubungi talian 016-6966644 atau 016-3390303 atau 03-40420266.

    ps: Saya juga ingin mengalu-alukan anda untuk turut serta memeriahkan lagi majlis ilmu ini bersama kami bertiga. Bawa ahli keluarga bersama oleh kerana Seminar3K adalah cara santai! Walaupun santai, tetapi mesej yang kami ingin sampaikan adalah amat sirius untuk membina kejayaan diri. Sekiranya ingin dapatkan maklumat lanjut, klik di sini. See u there!

    Pendapat Anda? [6] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Jutawan siapa?
  • Iklan perniagaan di tempat pesaing
  • Gold award di Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC
  • Mentor Jutawan: Chef Li, Jutawan Senyap

  • valueadded.gifSememangnya dalam perniagaan saya sering mengatakan untuk kita mulakan perniagaan yang sedia mempunyai PERMINTAAN (demand). Ia adalah lebih mudah menjalankan perniagaan yang sedia mempunyai PERMINTAAN oleh kerana pelanggan yang akan mencari anda!

    Namun begitu jangan lupa juga dengan PENAWARAN (supply). Sekiranya PERMINTAAN tinggi, ianya tidak semestinya sesuatu yang bagis sekiranya PENAWARAN juga tinggi. Dalam konteks ini, ertinya PERSAINGAN.

    Tidak kira betapa tinggi permintaan perniagaan itu, sekiranya persaingan adalah terlalu tinggi, maka masih lagi sukar mencari keuntungan.

    Zaman ini, PENAWARAN atau persaingan adalah amat tinggi tidak kira apa sahaja perniagaan yang dijalankan. Satu cara untuk menangani keadaan persaingan terlalu tinggi, adalah dengan cara ADD VALUE atau menambah nilai produk dan perkhidmatan anda.

    Fikirkan bagaimana anda boleh tambahkan nilai produk dan perkhidmatan anda. Antara cara-caranya adalah:

    • Ketika raya hari tu, ramai yang menjual kuih raya (Penawaran tinggi), tetapi, ada satu peniaga kuih raya ni, menambah nilai kuih rayanya dengan menyediakan dalam bekas yang amat cantik dan kelihatan mahal untuk dijadikan sebagai “gift”!
    • Di kawasan perumahan saya, ada beberapa gerai menjual nasi lemak berlauk bungkus pagi-pagi. Semua lebih kurang sama sahaja, tetapi, satu gerai tu memberi tambahan nilai dengan cara menyediakan barisan untuk beratur… so, tak la terjadi orang potong q macam gerai2 lain.
    • 7-11 memberi penambahan nilai kepada pelanggan-pelanggan dengan cara membuka 24jam sehari.

    Belajar dari perniagaan di sekeliling anda. Cuba lihat apakah penambahan nilai yang dilakukan untuk menarik lebih ramai pelanggan? Kongsikan pendapat anda sekiranya terfikir penambahan nilai yang dilakukan oleh mana-mana perniagaan ;)

    Pendapat Anda? [12] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Kuasa “Tambah Kosong” - Fikir besar dalam perniagaan
  • Di mana nilai diri anda tertinggi?
  • Menjadi personaliti perniagaan anda
  • Dua petua apabila berunding

  •