November 2010


Dalam menjual apa sahaja, cara yang paling efektif untuk jangka masa panjang adalah dengan mengimplementasikan 2 langkah pengiklanan. Iaitu…

  1. Soft-sell
  2. Hard-sell

Langkah pertama adalah Soft-sell yang merujuk kepada pengiklanan yang memperkenalkan bakal pelanggan kepada produk atau perkhidmatan yang diniagakan. Sebagai contoh, business card, brochure, iklan dalam surat khabar, iklan melalui Internet dan lain-lain. Soft-sell adalah lebih kepada mengingatkan atau membina jenama sesuatu perniagaan.

Langkah kedua pula adalah Hard-sell yang merujuk kepada pengiklanan yang lebih agresif dalam meminta bakal pelanggan membuat pesanan. Sebagai contoh, leaflet yang mengandungi borang untuk dihantar balik, iklan akhbar yang mempunyai borang pesanan, sales-letter laman web, dan lain lain.

Soft-sell dan Hard-sell diperlukan oleh kerana cara untuk menembusi fikiran bakal pelanggan perlu dilakukan secara berperingkat oleh kerana kesedaran dan psikologi manusia dalam membuat keputusan membeli juga adalah secara berperingkat.

Contoh mudah soft-sell dan hard-sell diimplementasikan dalam perniagaan Internet adalah, Tip Satu Minit (Soft Sell) dan RahsiaInternet.com (Hard-sell). Contoh konsep ini digunakan untuk perniagaan bukan Internet pula adalah menghantar brochure/information pack kepada bakal pelanggan (soft-sell), kemudian follow up dengan temu janji untuk menunjukkan demonstrasi (hard-sell).

Pendapat Anda? [25] Comments

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Cara paling efektif dalam pengiklanan
  • Bila jenama perniagaan Internet berbeza…
  • SoHo: IK di Kosmo
  • Pengiklanan perniagaan Internet makin kurang efektif

  • Sekiranya anda mempunyai perniagaan Internet, bina sebuah blog untuk menarik lebih ramai pelawat berulang. Tip Satu Minit ini menarik lebih 1,000 pelawat sehari, dan saya mendapati, lebih ramai pelawat blog ini setiap hari, lebih tinggi jualan produk Rahsia Internet.com dari buku, CD dan juga Workshop.

    3 tip blog…

    1. Tentukan tema blog perniagaan Internet anda. Pastikan isu yang dibincangkan adalah berkaitan. Jangan lari daripada tajuk tema oleh kerana ia akan melemahkan jenama perniagaan anda.
    2. Pada mulanya, sememangnya blog tidak menerima ramai pelawat. Anda perlu promosi blog secara berterusan. Jangan hampa sekiranya melihat tiada orang memberi komen oleh kerana majoriti yang besar tidak memberi komen, mereka hanya membaca maklumat sahaja… seperti pelawat Tip Satu Minit ini :)
    3. Jangan terlalu informal di dalam blog perniagaan oleh kerana ianya akan mencerminkan perniagaan Internet anda. Sekiranya anda ingin sering menyuarakan pendapat peribadi, bina 2 blog- blog peribadi dan blog perniagaan dan asingkan posting berbentuk peribadi. Blog yang tidak formal akan menjejaskan jualan perniagaan Internet anda oleh kerana akan dilihat sebagai kurang profesional.

    *Tip bonus* Ciptakan kelainan pada blog anda untuk membezakan blog anda dan berpuluh ribu blog lain. Seperti blog ini, cara persembahan berkonsep “Tip Satu Minit!” dicipta tidak seperti blog-blog yang biasa anda lihat. Perbezaan pada persembahan akan menjadi satu tarikan walaupun isi kandungan mungkin tidak jauh berbeza!

    Pendapat Anda? [22] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Kuasa tiga untuk menarik pelanggan
  • Iklan yang pasti menarik pelanggan
  • Pemilihan warna yang bijak untuk perniagaan
  • 3 ikon usahawan kongsi rahsia

  • surprise2.jpgBeri sesuatu yang tidak disangka kepada pelanggan anda. Surprise-kan mereka! Ini akan memberi kesan yang amat mendalam kepada pelanggan anda dan pastinya anda akan diletakkan jauh lebih tinggi daripada pesaing-pesaing anda dengan satu aksi mudah ini.

    Bayangkan kita membeli sesuatu, tiba-tiba penjual tu memberi sesuatu extra tanpa di beritahu sebelum belian (free gift yang tidak diumumkan). Pastinya kita akan terkejut, dan pada waktu yang sama rasa diri kita dihargai oleh peniaga tersebut!

    Pepatah mat salleh berbunyi:

    People will forget what you do. People will forget what you say. But people will not forget how you make them feel!

    Beri sesuatu ’surprise’ dan pastinya anda akan membuat pelanggan anda merasa gembira dan mereka tidak akan lupakan anda!

    ps: Bulan ini bulan terakhir saya kendalikan seminar-seminar separuh hari sebelum saya bercuti 5 bulan! So, bulan ini RahsiaInternet.com menjalankan offer- BELI 1 DAPAT 1 Percuma. Sekiranya anda ingin hadiri mana-aman seminar pada hujung minggu ini, anda layak mendapat satu lagi percuma. Lawati http://www.rahsiainternet.com/pilihmana/ringkasan.htm untuk keterangan lanjut!

    Pendapat Anda? [8] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Beri pilihan… murah & mahal
  • Perniagaan berubah - perlu flexible!
  • Perniagaan produk baru di pasaran
  • Minta tolong lakukan sesuatu…

  • Walaupun selalu kita dengar berfikiran positif dimestikan untuk berjaya, adakalanya, berfikiran negatif juga dapat membantu dalam kejayaan. Seperti…

    • Berfikiran negatif dapat memberi amaran kepada kita tentang bahaya
    • Berfikiran negatif dapat membantu kita mengenali apa yang kita tidak mahu, sesuatu yang kita tidak inginkan dan sesuatu yang tidak memberi kegembiraan kepada kita
    • Berfikiran negatif dapat memberi kita cara memulihkan sesuatu dengan langkah-langkah positif yang menjadi suatu refleks apablia membuat  keputusan.

    Anggap berfikiran negatif sebagai amaran untuk mengelakkan daripada sesuatu berlaku. Sebagai contoh, untuk menjalankan perniagaan, terdapat risiko seperti tiada permintaan atas produk anda (berfikiran negatif). Namun, sebagai usahawan yang berjaya, fikiran ini dapat membantu dalam memberi cara pemiiran yang lebih kritikal dalam mencari niche permintaan anda sendiri (berfikiran positif yang akan dapat memberi keuntungan).

    Pendapat Anda? [12] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • 2 positif lawan 1 negatif… siapa menang?
  • Berfikiran negatif dan berfikiran positif- mana mudah?
  • Bila kena kutuk, apa nak buat?
  • Berbelanja ke arah pendidikan - Osman Affan

  • Saya amat mengalu-alukan pembaca blog & rakan-rakan FB saya untuk sama-sama bantu mana yang termampu.

    Pesanan dari rakan-rakan dari majalah Jutawan

    Prihatin dengan bencana alam yang menimpa saudara kita di Kangar & Kedah, Majalah Jutawan melancarkan ‘Tabung Bencana Alam - Kami Prihatin’ utk membantu golongan terbabit.

    Bantuan: makanan, keperluan sekolah, pakaian juga apa shj mengikut keikhlasan hati. Bagi yg ingin menyumbang dlm bentuk wang tunai boleh bank in ke akaun maybank no: 562795503492 atas nama: KAMI PRIHATIN – BANTUAN MANGSA BANJIR.

    Jangan lupa emailkan resit sumbangan anda ke majalahjutawan@gmail.com. Yg ikhlas membantu - hubungi Iera Yusoff 012-2671342 /03-4142 5831: Hafizah/Azahari

    Sedikit pengorbanan dari kita, memberi makna yang besar bagi mereka yang memerlukan.

    Please join me sama-sama sokong usaha Maljalah Jutawan. Share this bersama kawan2 anda di FB dengan klik link di bawah. Sokongan anda amat saya hargai! ;)

    Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.  ~Hadis Riwayat: Imam Ahmad 

    Pendapat Anda? [11] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Duit sen vs duit kertas
  • Tabung simpanan dan tabung hiburan adalah berbeza
  • SOLUSI: Panduan Hidup Bersyariat
  • Luar majalah, dalam majalah

    • Einstein was 4 years old before he could speak.
    • Iassc Newton did poorly in grade school and was considered “unpromising. “
    • When Thomas Edison was a youngster, his teacher told him he was too stupid to learn anything. He was counseled to go into a field where he might succeed by virtue of his pleasant personality. Thomas Edison adalah pencipta lampu mentol.
    • F.W. Woolworth got a job in a dry goods store when he was 21, but his boss would not permit him to wait on customers because he “didn’t have enough sense to close a sale.” Kini, Woolworth adalah pasaraya ternama di UK
    • Michael Jordan was cut from his high school basketball team.
    • A newspaper editor fired Walt Disney because he “lacked imagination and had no original ideas.”
    • Winston Churchill failed the 6th grade and had to repeat it because he did not complete the tests that were required for promotion.
    • Babe Ruth struck out 1,300 times, a major league record. (Babe Ruth ketika itu adalah pemain baseball yang paling banyak melakukan home-run)

    A person may make mistakes, but is not a failure until he or she starts blaming someone else. We must believe in ourselves, and somewhere along the road of life we will meet someone who sees greatness in us and lets us know it.

    Kadangkala amat sukar untuk kita melihat keistemewaan yang ada pada diri sendiri. Selalunya, orang lain yang akan dapat melihat keistemewaan kita. Sama seperti anda sering melihat keistemewaan yang ada pada orang lain dan tidak pada anda.

    Jangan segan bertanya dengan orang lain, rakan-rakan atau keluarga. Atau, anda juga boleh mendapatkan “hint” dari cara orang lain mendampingi anda. Dimanakah keistemewaan yang ada pada anda?

    Pendapat Anda? [43] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Kenapa tidak ada keyakinan diri?
  • Anda sebagai CEO syarikat anda
  • Kerja untuk diri sendiri
  • Upah atau beri hadiah kepada diri sendiri

  • Awal-awal dulu masa baru Internet bermula sekitar 1994, sebelum adanya Google. Sebelum perniagaan Internet popular. Saya ingat lagi masa tu, Yahoo sahaja yang paling popular, dan laman web saya sering buat rujukan adalah HotWired.

    Zaman itu juga, tiada banyak perniagaan Internet. persaingan adalah amat rendah. Saya bermula perniagaan Interet sekitar 1998- dah 12 tahun!

    online_advertising2.jpgInternet dulu dan Internet kini sudah jauh berbeza. Perniagaan Internet kini sudah semakin banyak. Oleh sebab itu juga, iklan di Internet bertambah banyak. Sekitar tahun 1994, ratio orang klik pada iklan adalah 10%. Ertinya, bagi setiap 100 kali orang terlihat iklan kita, 10 kali iklan akan di-klik.

    Zaman kini, dengan persaingan yang tinggi, ratio menjadi semakin rendah sehingga 0.01%. bererti, untuk mendapat 10 orang klik iklan kita, kita perlu memaparkan iklan tu sehingga 1000 kali!

    Saya pasti, anda pun sering tak endahkan iklan-iklan yang terdapat di Internet dan kurang klik pada iklan-iklan tersebut (tambahan zaman ni banyak juga iklan-iklan buat-duit-cepat-kaya)

    So, bagi usahawan Internet, apa yang perlu di lakukan?

    Zaman ini, kita tidak boleh bergantung pada pengiklanan sahaja. Usahawan Internet perlu lebih aktif menggunakan interaksi di Internet seperti menggunakan blog, forum, facebook, youtube, ebook, twitter, dan lain-lain. Iklan di Internet sering dilihat sebagai “satu hala” dan menjadi semakin tidak efektif. Manakala interaksi pula adalah “dua hala” dan memudahkan usahawan perniagaan Internet menarik perhatian prospek.

    Pendapat Anda? [24] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Cara paling efektif dalam pengiklanan
  • Iklan menjadi tidak efektif apabila…
  • Dua langkah dalam pengiklanan perniagaan Internet
  • Bila jenama perniagaan Internet berbeza…

  • Petang tadi saya & isteri bawa anak2 bawa main layang2 di ________ ;) . dekat area tu ada satu kedai ni, jual layang-layang sahaja. apa yang menariknya adalah strategi yang dilakukan oleh kedai ni…

    Kedai ni mengupah pekerjanya untuk bermain layang-layang di kawasan tersebut! Dan pekerjanya pula pandai main layang-layang yang berbagai jenis.

    kite-2kites.jpg

    So, apa yang terjadi adalah, mereka yang beriadah di kawasan tu akan tertarik pada layang-layang yang dimainkan oleh pekerja kedai tersebut, dan secara automatik, ramai yang nak cuba (termasuk budak-budak kecil) dan beli layang-layang di kedai tersebut.

    Satu strategi yang amat menarik oleh kerana kedai tersebut berjaya MENCIPTA permintaan!

    Sekiranya anda menjalankan perniagaan, cari jalan bagaimana anda boleh menciptakan permintaan daripada keadaan yang tiada permintaan. Tahukah anda contoh perniagaan-perniagaan lain yang berjaya menciptakan permintaan?

    Pendapat Anda? [15] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Kebolehan berunding dalam perniagaan
  • Penundaan Strategy X
  • Pantau pesaing perniagaan anda
  • Berubah dalam perniagaan

  •