January 2011


Di manakah tahap kewangan anda?
Oleh: Irfan Khairi
http://www.facebook.com/irfankhairi.fb

Terdapat 4 tahap kewangan bagi sesiapa sahaja. Untuk mencapai kejayaan dari segi kewangan, kita perlu ketahui di manakah keadaan kewangan kita kini. Sama seperti dalam mencapai apa sahaja matlamat, kita perlu ketahui di manakah kedudukan kita kini untuk mencapai matlamat tersebut. Dalam kata lain, untuk sampai ke poin B, kuta perlu ketahui poin A.

Di manakah tahap kewangan anda, adakah ianya pada tahap selamat ataupun tidak selamat? Pastinya semua orang mengimpikan untuk mencapai keadaan bebas kewangan ataupun, lebih daripada itu!

Artikel saya kali ini, adalah untuk anda cerminkan kedudukan anda sendiri dari segi kewangan.

Berikut adalah 4 tahap kewangan tersebut. Di manakah tahap kewangan anda?

#1: Kewangan tidak selamat (Finacially not secure)
Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan pun. Dalam erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan, anda hanya mampu menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda dapat hidup tanpa mengubah gaya hidup dengan wang simpanan yang ada.

Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapapun. Boleh diumpamakan sebagai kais pagi-makan pagi… kais petang makan petang. Zaman modern ini, seumpama kais bulan ni, makan bulan ni… kais bulan depan, makan bulan depan ;)

Masalahnya, ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidak selamat ini. Bayangkan sekiranya tempat anda kerja terpaksa melepaskan anda esok. Cukupkah simpanan yang anda ada untuk menyara hidup anda dan keluarga selama satu bulan? Sekiranya tidak, maka, perlu bunyikan siren amaran bahawa tahap kewangan anda tidak selamat!

#2: Kewangan Selamat (Financially secure)
Ini adalah pilihan yang lebih baik. Ertinya, umpamanya sekiranya anda berhenti kerja (atau diberhentikan :) ) anda mempunyai simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan. Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! kerana tidak ramai yang berada di sini.

Enam bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itu mendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambung pendapatan sara hidup. Matlamat utama anda sekiranya anda berada di tahap #1 adalah untuk mencapai tahap ini… cukupkan simpanan anda untuk menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga- tanpa perlu kerja!

Bagaimana hendak mencapai keadaan ini? Dengan mengamalkan tabiat menyimpan sekurang-kurangnya 10% pendapatan anda. Sekiranya anda merasakan ianya sukar untuk anda menyimpan 10% daripada simpanan anda, tidak mengapa. Mulakan dengan 2%. Pastinya anda boleh simpan 2% daripada pendapatan anda bukan?

Dengan bermula pada hanya 2%, anda akan menanam tabiat menyimpan, dan merasakan ianya mudah untuk menyimpan 2%. Apabila selesa dengan 2%, tambahkan simpanan kepada 4% sehingga rasa selesa, dan seterusnya 6%, 8% sehingga 10%.

#3: Bebas kewangan / Mandiri kewangan (Financially Free)
Ini adalah matlamat bagi ramai antara kita. Tetapi, yang mencapainya adalah amat sedikit. Ertinya sekiranya anda berada di tahap ini adalah- anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja ataupun tidak! Anda mempunyai simpanan atau pun aliran pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga sampai bila-bila! Tahap ini, anda tidak perlu kerja lagi (atau menjalankan perniagaan). namun begitu, ramai yang berada di tahap ini, masih lagi meneruskan karier atau perniagaan kerana berasa seronok melakukannya. Bukan kerana terpaksa, tetapi dengan sukarela…

Tips untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan berganda secara automatik, contoh seperti menyewa rumah, membina perniagaan yang dikendalikan secara automatik (perniagaan Internet) atau membina perniagaan yang dikendalikan oleh orang lain (mungkin pengurus).

#4: Tahap Tersangat kaya (Ultra Rich)
Tahap ini lagi la sedikit yang capai… teramat sedikit. Mereka ini jenis yang mempunyai wang yang banyak sehingga tak terpakai wang yang dimiliki. Mereka boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta kepada badan-badan kebajikan yang dipilih… nama nama seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan adalah tokoh-tokoh perniagaan yang berada di dalam tahap ini.

Mereka sering memiliki perniagaan besar-besaran yang dikendalikan oleh beribu-ribu pekerja. Sering kali wang yang dimiliki adalah berlebihan dan tidak terbelanja sehingga akhir hayat, walaubagaimanapun, keadaan ini tidak membuatkan mereka berhenti melakukan kerja dan menjalankan perniagaan oleh kerana, seringkali, bagi mereka yang berada di dalam keadaan kewangan ini, melakukan kerja kerana cintakan kerja- dan bukan wang!

Di manakah tahap kewangan anda dan ke manakah hala tuju matlamat kewangan anda? Tepuk dada, tanya selera!

*****************

Pakar perniagaan Internet, personaliti TV & radio, Irfan Khairi mendedahkan kaedah sebenar memulakan perniagaan Internet dari rumah di acara 2-hari Revolusi Perniagaan Internet. Sertai Revolusi Perniagaan Internet bersama Irfan Khairi dan ketahui bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan Internet yang berjaya. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Pendapat Anda? [11] Comments

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Di mana tahap kewangan anda
  • Satu jam seminggu
  • Perniagaan produk, perkhidmatan atau informasi?
  • Tip kewangan!

  • Sempena acara Revolusi Perniagaan Internet, dapatkan lagu tema acara ini- lagu berkonsep motivasi. Mudahan dapat memberi motivasi dan menaikkan semangat anda bila memerlukan!

    bm_poster_for_email.jpg

    Boleh download di sini: http://www.rahsiainternet.com/mp3/Revolusi_ku.mp3 enjoy!

    Nadi ku degup kencang
    Jiwa ku takkan goyang
    Keringat kudrat membasahi
    Semangat takkan mati

    Andai ku jatuh tersungkur
    Selagi di kandung tubuh
    Akan ku bangun semula
    Menggapai bintang

    Ku berdoa
    Pada Mu Tuhan
    beri kekuatan
    Tiada tandingan

    Ku berdoa
    Dengan nafas ku hela
    Ku lihat cahaya
    Dunia baru
    Revolusi ku

    Lagu & Lirik: IK
    Nyanyian: Razzi Rahman
    Performed by: Pagi band (facebook.com/pagifb)

    Boleh download di sini: http://www.rahsiainternet.com/mp3/Revolusi_ku.mp3 enjoy!

    ps: sekiranya anda free pada Khamis 27hb Jan 2011, jam 8.00 malam, akan diadakan sesi preview PERCUMA Revolusi Perniagaan Internet, di Cititel Hotel, Midvalley Kuala Lumpur (Tingkat 5). Di jemput hadir ;)

    Pendapat Anda? [10] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Revolusi Perniagaan Internet - a great 2 days event!
  • Rahsia membina jenama
  • TQ Majalah Solusi- Rakan Media “Revolusi Perniagaan Internet”
  • Irfan Khairi ‘Live’: “Revolusi Perniagaan Internet” poster

  • Keratan dari Berita Harian: Irfan Khairi cetus revolusi perniagaan Internet

    Mengimbau langkah pertamanyamenceburi perniagaan, Irfan Khairi berkata, ia bermula sejak pengajiannya dalam bidang reka bentuk multimedia di Unioverti Staffordshire United Kingdom (UK) dengan berniaga secara kecil-kecilan. Selain itu beliau bekerja sambilan sebagai tukang cuci di pasaraya Kwik Save di UK untuk mengumpul wang bagi membeli buku dan menghadiri bengkel motivasi serta perniagaan di negara itu sepanjang 2 tahun pengajian.

    rev_paper_ik.jpg

    Jika mahu berniaga, tidak perlu tunggu hingga dapat sarjana pengurusan perniagaan baru hendak mulakan perniagaan, malah semasa pengajian boleh mula kumpul pengalaman dengan berniaga secara kecil-kecilan dikalangan rakan.

    Ilmu perniagaan juga tidak kurang pentingnya, sebab itu saya bekerja sebagai tukang cuci selama 2 jam setiap hari dengan upah kira-kira RM7 mengikut kadar pertukaran wang sekitar 1997-1998 bagi membeli buku dan menghadiri bengkel. - katanya

    Antara pendedahan yang memberi kesan terhadapnya menerusi pembacaan dan bengkel dihadiri diluar negara, Irfan Khairi berkata adalah prinsip Pereto Rule 80/20 yang berdasarkan strategi 80% hasil dan 20% usaha.

    Prinsip itu, katanya, memberi penekanan mengenai jujur terhadap diri sendiri dengan melakukan perkara yang diminati serta pengurusan masa berkesan kerana jika tidak, apa yang berlaku adalah sebaliknya, iaitu sesorang itu akan meluangkan lebih masa berusaha iaitu 80% dan hanya mendapat 20% hasil….

    ps: Sekiranya anda ingin pelajari kaedah bagaimana membawa minat anda menjadi perniagaan di Internet, dan menggunakan tips dan strategi terkini dalam melipatgandakan pendapatan, sertai saya di acara 2-hari Revolusi Perniagaan Internet bulan April nanti di KLCC Convention center, Kuala Lumpur. Klik di sini untuk maklumat lanjut.  Tempat semakin terhad.

    Pendapat Anda? [12] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • TQ Majalah Solusi- Rakan Media “Revolusi Perniagaan Internet”
  • Terima kasih Radio24 sebagai Radio Rasmi “Revolusi Perniagaan Internet”
  • Berita Harian - Sembang Sabtu
  • Irfan Khairi ‘Live’: “Revolusi Perniagaan Internet” poster

  • Sambil-sambil kemas store rumah saya tadi, saya terjumpa dengan laptop lama saya ni. Saja nak kongsi dengan anda bahawa, inilah laptop saya ketika saya memperolehi RM1,000,000 pertama saya melalui perniagaan Internet ketika berumur 25 tahun ;)

    mylaptop1.jpg

    Baru teringat kembali masa saya beli laptop ni, saya tak berapa mampu, so, beli secara bayaran ansuran dan perlu membayar balik setiap bulan untuk cover hutang laptop.Mungkin keputusan yang paling tepat sekali untuk beli laptop ni secara ansuran ketika itu. Kalau tak, takde lah saya jalankan perniagaan Internet kot!

    Sungguh cepat masa berlalu, dari zaman laptop yang ada disk drive untuk floppy disk boleh muat 1.44mb, sehingga zaman ni, yang kita sering guna thumbdrive bergig-gig!

    Apa sahaja keputusan kita hari ini, akan mengubah keadaan kita 5… 10 tahun akan datang. So, lakukan keputusan yang tepat untuk diri anda!

    ps: Di Revolusi Perniagaan Internet 2hb & 3hb April 2011, saya akan kongsikan tip, strategi dan pengalaman saya 11 tahun menjalankan perniagaan melalui Internet dari rumah ;) Sekiranya ingin sertai, klik di sini…

    Pendapat Anda? [14] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Perniagaan produk, perkhidmatan atau informasi?
  • Apa saya buat dengan my first RM1,000,000?
  • Lihat pada kecantikan
  • Proses pindah.. memenatkan

  • satu babak dalam salah satu filem all time favourite saya- The Godfather dialog berbunyi…

    “Give him an offer he can’t resist”

    Walaupun dalam filem tersebut merupakan dialog antara mafia, tetapi, dialog itu boleh menjadi satu petua yang hebat dalam perniagaan!

    Dalam perniagaan, untuk menarik pelanggan, kita juga perlu memberi offer (tawaran) yang sukar untuk resist (ditolak). Fikirkan nilai yang terbaik untuk pelanggan anda sehingga sukar untuk mereka katakan “tidak”.

    Contoh:

    • Tawaran 10% atau 20% diskaun mungkin sudah biasa kita dengar. Jadi, mudah untuk kita tolak tawaran tersebut. Tetapi sekiranya tawaran 60% atau 70% diskaun, semestinya sukar untuk di tolak oleh pelanggan!
    • Beli satu dapat satu percuma, mungkin sering sudah kita dengar. Tetapi apakata lakukan beli 1 dapat 2 percuma!

    Baru baru ini, saya ternampak di kedai kasut tawaran “offer you can’t resist” ini.

    offerhebat.jpg

    Beli 1 kasut, dan dapat satu lagi kasut dengan harga hanya 50sen!

    Fikirkan tawaran terhebat yang boleh diberikan untuk menarik pelanggan! Lagi hebat tawaran tersebut, lagi ramai pelanggan anda akan dapat.

    ps: Jangan lupa sertai Revolusi Perniagaan Internet April 2011 ini, sementara pada harga early-bird. Harga asal akan dikenakan tidak lama lagi! Lawati http://www.irfankhairilive.com

    Pendapat Anda? [8] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Hebat dalam industri tidak semestinya hebat berniaga
  • Memulakan perniagaan yang hebat
  • ADA idea tetapi TIADA modal
  • Perniagaan dan modal permulaan

  • Alhamdulillah, tak lama lagi- Insya-Allah bulan depan, akan diterbitkan buku terbaru saya, iaitu “Nota Jutawan: Nota Kewangan” dari Telaga Biru Sdn Bhd. Sususlan dari siri Nota Jutawan - Nota Motivasi dan juga Nota Perniagaan. Tak sabar rasanya oleh kerana plan saya adalah untuk keluarkan 1 buku 1 tahun sejak 2006 alhamdulillah masih on track- selagi boleh menulis! ;) Kalau masuk buku terbaru ni, dah 6 buku saya di pasaran… i like ;)

    Anyway, di Facebook juga saya kongsikan tip-tip kewangan dari masa ke semasa, bagi mereka yang belum join FB saya, do join now! Bagi yang dah sertai, jangan lupa untuk “Share” tip-tip ni… ;)

    Berikut adalah antara tip-kewangan terbaru dari FB saya. Mudahan dapat memberi manfaat…

    Biar hidup sederhana, rumah sederhana, kereta sederhana, tetapi tak berhutang. daripada hidup mewah, rumah besar, kereta hebat, tapi hutang keliling pinggang dan terkejar2 nak bayar payment setiap bulan! ramai orang ‘kaya’ hidup gini

    Bagi yg dah berkeluarga, pengurusan wang adalah tanggungjawab semua- suami/isteri & anak2. kalau anda bijak urus wang, tapi ahli keluarga lain tak pandai- bocor juga. Sering bawa berbincang isu wang dgn pasangan. Mula didikan wang anak2 pada umur yang muda- galakkan mereka menabung & hargai wang yg diberi. Bila bebas kewangan bukan anda sorang2 tetapi satu keluarga

    Awal tahun, kita sering ada matlamat kewangan. Seperti, pendapatan bertambah dengan 30%… atau tambahkan keuntungan perniagaan kepada RMxxxxx dan sebagainya. Sering fokus pada berapa banyak kita nak DAPAT. Jangan lupa juga, matlamat berapa banyak kita nak JIMAT! Kerana kalau banyak yang kita DAPAT, tapi tak banyak yang kita JIMAT- tak guna juga ;)

    Apa sahaja yang tidak diingini terjadi, yakin bahawa ada hikmah sebaliknya! Sekiranya tertutup satu pintu rezeki, terbuka lagi beberapa tingkap rezeki! ;)

    Prioroti utama adalah lindungi diri sendiri dulu dengan simpanan kecemasan sekurang-kurangnya untuk menyara diri (dan keluarga) 3-6 bulan. baru fikirkan, nak melabur, atau nak mulakan perniagaan (yang memakan modal besar) atau beli barangan besar seperti rumah atau kereta baru. Nama pun simpanan kecemasan…kalau takde, memang bahaya untuk diri!

    ps: Sekiranya ingin perbaiki kewangan anda melalui memulakan perniagaan sambilan di Internet, sertai saya di acara 2-hari Revolusi Perniagaan Internet, April 2hb & 3hb 2011 di KLCC Convention Center. Klik di sini untuk maklumat lanjut!

    Pendapat Anda? [11] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • 5 tip kewangan dari Facebook Irfan Khairi
  • 5 tip motivasi *tahun baru* dari facebook saya
  • Akaun “TIPU” Irfan Khairi di Facebook
  • Satu jam seminggu

  • Buku laris di pasaran, “The Millionaire’s Mind” tulisan Dr Thomas Stanley melakukan survey/research pada jutawan2 di US. Faktor-faktor Jutawan mengikut turutan oleh Dr. Thomas Stanley adalah…

    1. Being honest with all people
    2. Being well discipline
    3. Getting along with others
    4. Having a supportive spouse (husband/wife)
    5. Working harder than most people
    6. Loving my carreer / business
    7. Having strong leadership qualities
    8. Having a very competitive spirit / personality
    9. Being very well organized
    10. Having the ability to sell my ideas / products
    11. Making wise investments
    12. Seeing opportunities other do not see
    13. Being my own boss
    14. Willing to take financial risk given the right return
    15. Having good mentors
    16. Having the urge to be well respected
    17. Investing in own business
    18. Finding profitable niche
    19. Having extraordinary energy
    20. Being physically fit

    Apa pendapat anda mengenai senarai ini? bagi saya, alhmadulillah kesemuanya saya ada. Kekuatan utama pada saya sekiranya pilih 5 sahaja adalah:

    1. Being honest with all people
    2. Having a supportive spouse
    3. Working harder than most people
    4. Loving my carreer / business
    5. Seeing opportunities other do not see

    Sekiranya anda boleh memilih 5 sahaja daripada senarai ini yang merupakan kekuatan utama anda, apakah dia?

    Pendapat Anda? [32] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Jutawan-jutawan The Millionaire Mind
  • IK & isteri dalam majalah
  • Penipu dalam perniagaan
  • Young, Internet-Savvy and rich

  • Untuk perniagaan kecil-kecilan, seringkali kita lakukan segala-galanya sendiri. Dari pengurusan perniagaan, pengurusan kewangan dan juga kerja-kerja promosi perniagaan. Seringkali juga, perniagaan kecil-kecilan yang kita jalankan, tak berkembang-kembang. Tetap pada satu tahap sahaja.

    Mengapa ini berlaku?

    release.jpg

    Sebabnya adalah sindrom tak mahu “lepaskan” dalam perniagaan! Ertinya, sebagai usahawan kecil-kecilan, kita hanya yakin bahawa segala-galanya perlu dijalankan sendiri, baru perniagaan kita sempurna. Tak mahu “lepaskan” kerja yang kita lakukan kepada orang lain untuk membantu perniagaan. Jadi, apa yang berlaku adalah, perniagaan kita yang “one-man-show” tetap menjadi “one-man-show”.

    Mungkin kerana rasa “takut” kalau upah orang lain buatkan, kerja tak menjadi sempurna. Ataupun “risau” kalau ada pekerja, nanti pekerja tipu kita. Atau “tak berani” tambah pekerja sebab fikirkan perlu tambah juga perbelanjaan untuk membayar pekerja.

    Berbagai-bagai sebab dalam perniagaan kita tidak mahu “lepaskan” sesetengah kerja kepada orang lain, dan ingin melakukan kesemuanya sendiri. Akibatnya, perniagaan kita tidak akan berkembang oleh kerana masa kita seornag adalah terhad.

    Belajar untuk “lepaskan” beberapa kerja kepada orang lain. Kembangkan perniagaan anda dengan mengagihkan kerja. Outsource kerja-kerja yang orang lain boleh lakukan untuk anda, supaya anda dapay fokuskan tenaga dan minda anda kepada perkara yang lebih penting dalam perniagaan- iaitu mengembangkannya.

    Sekiranya kita tidak belajar untuk “lepaskan” perniagaan kita, maka, sampai bila-bila perniagaan kita akan terperangkap dalam satu keadaan sahaja. Perniagaan terperangkap, masa kita juga akan terperangkap.

    So, learn to let go!  Belajar untuk “lepaskan” dalam perniagaan ;)

    ps: satu cara untuk “lepaskan” sesetengah kerja kita dalam perniagaan adalah menggunakan strategi perniagaan Internet di mana kita boleh gunakan medium internet dan perisian internet untuk menjalankan sebahagian dari perniagaan kita secara automatik- seperti promosi perniagaan! Ingin tahu caranya? layari http://www.IrfanKhairiLive.com 

    Pendapat Anda? [14] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Peluang sekali seumur hidup
  • Bootstrap: Modal memulakan perniagaan
  • Perubahan musim dalam perniagaan
  • Kalau gagal, gagal dan gagal, bila nak berhenti?

  •