February 2011
Monthly Archive
Mon 28 Feb 2011
Dua pengumuman ingin saya sampaikan kepada anda…
Atas kejayaan mengendalikan sesi Online Seminar (Webinar) saya yang pertama beberapa minggu lepas serta menjalankan ulangan siaran, webinar siri 01 bertajuk “Nak jual Apa?”, ramai yang inginkan saya mengendalikan tajuk-tajuk baru pula!
Atas sokongan yang diterima, pada hari Khamis ini jam 9 malam secara “Live” online saya akan mengendalikan Webinar bersama Irfan Khairi “Live” siri 02 bertajuk “Cara bersaing!”. Yang akan mendedahkan kaedah bersaing supaya anda dapat menawan pesaing-pesaing dalam perniagaan anda!
Topik yang akan disampaikan:
- Masih tak tahu hendak menjual apa di Internet?
- Cara bersaing dengan efektif dan menewaskan pesaing anda?
- Cara paling efektif promosikan perniagaan anda- Facebook, Blog atau Laman Web?
- Maklumat lanjut Revolusi Perniagaan Internet 2hb & 3hb April
Sekiranya anda ingin mengikuti online seminar ini secara “live” dari keselesaan rumah anda, ikuti link di bawah dan cetak/print maklumat yang diberikan. Jangan ketinggalan oleh kerana sesi online webinar ini adalah percuma dan sarat dengan maklumat yang boleh membantu perniagaan di Internet. Lawati:
http://instantteleseminar.com/?eventid=18033087
*Jangan lupa print maklumat di sini & letak di depan meja komputer anda!
Pengumuman kedua adalah mengenai sesi Prelude Revolusi Perniagaan Internet yang akan diadakan pada Sabtu 12hb Mac 2011, di Vistana Hotel Kuala Lumpur.
Sejak beberapa bulan lepas, saya telah mengendalikan road tour PERCUMA memeberi tips dan strategi memulakan perniagaan melalui Internet. Alhamdulillah, sambutannya amat hebat dengan beribu peserta telah terlibat sama!
Namun, sesi road tour Prelude ini sudah hampir mencapai penghujungnya. Mungkin, sesi pada 12hb Mac ini adalah sesi terakhir yang dikendalikan, oleh kerana tempat untuk acara Revolusi Perniagaan Internet sudah hampir penuh. Sekiranya penuh, road tour akan dihentikan*.
Oleh itu, bagi mereka yang ingin mendapatkan tips dan strategi memulakan perniagaan melalui Internet di acara PRELUDE Revolusi, jangan ketinggalan pada hari Sabtu 12hb di Vistana Hotel Kuala Lumpur! Maklumat lanjut di bawah.
-Irfan Khairi @ IK
Kuala Lumpur
ps: Sudahkah anda sertai saya di Facebook? sekiranya belum, “Like” FB page saya di sini. Saya memberi berbagai2 tip perniagaan, motivasi dan kewangan setiap hari!
pps: Anda terlepas sesi webinar pertama Siri 01 “Nak jual apa?” Sertai PRELUDE Revolsi Perniagaan Internet di bawah supaya tidak ketinggalan tips dan strategi yang disampaikan!
****************
PRELUDE Revolusi Perniagaan Internet (PERCUMA)
Sesi terakhir!*
Ramai yang ingin memulakan perniagaan Internet tetapi, mempunyai 3 soalan utama, iaitu:
- Nak jual apa di Internet?
- Bagaimana nak mulakan perniagaan Internet?
- Bagaimana nak promosikan perniagaan anda?
Sesi saya di Vistana Hotel, Kuala Lumpur pada hari Sabtu 12hb Mac, akan menjawab ketiga-tiga soalan di atas. Tak kira sama ada anda ingin memulakan perniagaan secara part-time, atau anda sedang menjalankan perniagaan kini dan ingin mengembangkan keuntungan perniagaan anda melalui Internet, di sesi ini, akan membantu anda mencapai matlamat perniagaan Internet anda.
Oleh itu, anda dialu-alukan menghadiri sesi saya pada hari Sabtu depan!
PRELUDE REVOLUSI PERNIAGAAN INTERNET
Bersama Irfan Khairi
Tarikh: Sabtu 12hb Mac 2011
Kuala Lumpur
Vistana Hotel
10.00 pagi - 1.00 tengah hari
Masuk: PERCUMA
Sekiranya anda ingin menghadiri sesi di atas, sila lakukan tempahan awal oleh kerana sesi-sesi ini adalah eksklusif kepada 100 penyertaan sahaja untuk memudahkan pembelajaran teknik-teknik perniagaan Internet yang disampaikan. Juga akan disampaikan maklumat mengenai acara gilang gemilang- Revolusi Perniagaan Internet pada April 2011 + tawaran istimewa bagi mereka yang hadir.
Sekiranya ingin hadir sesi di Vistana Hotel Kuala Lumpur, sila email sales@rahsiainternet.com dengan tajuk “PRELUDE KUALA LUMPUR 12 MAC” beserta maklumat-maklumat berikut:
Nama: ………………………..
No.HP: ………………………..
Alamat email: …………………………
Jumlah peserta: ………………………………
Kita jumpa di sana ya!
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [6] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Irfan Khairi on Selling Information Online @ BFM89.9fmIrfan Khairi on Selling Service On The Internet @ BFM89.9fmPodcast: Irfan Khairi @ BFM89.9Aktiviti terbaru IK
Fri 25 Feb 2011
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[38] Comments
Sekiranya ada satu sahaja elemen untuk diubahkan dalam diri kita untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, elemen tersebut adalah SIKAP atau attitude.
Dengan mengubah sikap diri sendiri (dalaman), ia akan mengubah kejayaan kita (luaran). Sikap kita terhadap kerja, masa, wang, kejayaan, orang disekeliling, ilmu dan sebagainya.
Semua orang yang sudah berjaya kini, pada satu masa dahulu telah mengambil keputusan untuk lebih serius dalam mencapai kejayaan. Keputusan untuk lebih serius dengan diri sendiri akan mengubahkan sikap kita dalam berbagai bidang.
Mereka yang berjaya menanamkan sikap melakukan kerja yang sukar, penting & memberi pulangan. Manakala mereka yang tidak berjaya menanam sikap suka melakukan kerja yang mudah, tidak penting & sentiasa untuk release stress.
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [38] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Jangan sombong dalam bertanya!Zaman teknologi… masih terkejar masaBaca… jangan tak bacaSenarai jangan buat (Stop Doing List!)
Mon 21 Feb 2011
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[22] Comments
Ingin saya celoteh sedikit mengenai apa yang dikenali sebagai “perniagaan ikut-ikutan”, atau perniagaan mengikut “trend”… orang jual X, kita pun jual X. Bukan menjual serbuk cuci jenama X… tetapi, gantikan ‘X’ tu dengan apa sahaja produk atau perkhidmatan…
Contohnya, kita boleh lihat trend di Internet…
- Ramai sahaja yang menjual ‘tudung’ di Internet. Tak salah, malah bagus pun jual tudung… disamping mencari rezeki, menggalakkan tutup aurat.
- Bila lihat industri fotografi, banyaknya ‘wedding photographer’ di Internet. Berbagai harga yang disediakan… sampai ada kenalan profesional photographer saya mengadu makin susah nak cari makan.
- Time musim perayaan, sudah tentunya trend menjual ‘kuih raya’ di Internet. Kalau muka kita tak kena tag dengan kuih raya di Facebook, memang tak sah la masa bulan Ramadhan
Anyway, seperti saya kata, tak salah mengikut trend, atau mengikut perniagaan lain, dan menjadi perniagaan ikut-ikutan. Rezeki ada di mana-mana sahaja.
Dalam banyak-banyak ikan yang menarik ni, ikan mana yang anda tertarik?
Ikan yang berbeza bukan?
Cuma, dalam perniagaan, bila persaingan terlalu tinggi, maka makin susah untuk perniagaan kita mendapat keuntungan yang hebat. Keuntungan yang HEBAT ya saya sebut… nak dapat keuntungan yang biasa-biasa, memang boleh. Tetapi, dalam perniagaan, kita mahukan keuntungan yang HEBAT.
Bila nak mulakan perniagaan, kita perlu sedikit kreativiti. Kreativiti dalam meminimakan pesaingan kita. Bila kurang pesaing, lagi mudah kita hendak mendapat keuntungan yang hebat. Sebagai contoh…
- Kalau minat fesyen muslimah, tak semestinya menjual ‘tudung’ sahaja. Menjual ‘baju renang muslimah’ juga adalah fesyen muslimah.. dan mungkin persaingan adalah jauh lagi rendah dari menjual tudung.
- Kalau bidang ‘wedding photography’ terlalu ramai pesaing, bidang forografi lain masih ada… product photography, family photography, baby photos… dan macam-macam lagi. semuanya permintaan tinggi juga.
- Time-time raya, memang tak boleh lari dari kuih raya
Tetapi boleh sahaja jadi lebih kreatif seperti masih lagi menjual kuih raya yang di pakejkan dengan unik dan lebih cantik. Dan disasarkan kepada pasaran koprat sebagai high class ‘gift’. Menjadi kreatif, tak semestinya tukar produk ya… tukar sasaran pelanggan pun kreatif juga.
Jadi, dalam perniagaan, cuba cari kelainan… sukar sekiranya terlalu ramai pesaing untuk mendapat keuntungan yang HEBAT. Cuba fikir kreatif dan jangan terlalu mengikut-ikut perniagaan lain.
Bila saya sendiri hendak mulakan sesuatu perniagaan, soalan pertama yang saya akan tanya pada diri sendiri adalah ‘how to make it different?’. Anda juga patut lakukan yang sama
ps: Join me di Revolusi Perniagaan Internet 2hb & 3hb April nanti dan ketahui teknik2 bagaimana hendak menjadikan perniagaan anda berbeza dan mendapat keuntungan yang HEBAT!Klik di sini.
pps: Kongsi artikel ini ya!
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [22] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Perniagaan apa yang boleh jadikan kita jutawan?Jadikan diri sebagai duta perniagaanJutawan SoHoMenjadi pemborong online
Mon 14 Feb 2011
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[8] Comments
Sempena Revolusi Perniagaan Internet pada April 2011 ini, saya akan adakan “road tour” Prelude Revolusi di beberapa lokasi termasuk: Shah Alam, Seremban, Kuala Lumpur & Ipoh. Berikut adalah maklumat lanjut…
Sabtu 19hb Februari, Shah Alam, De Palma Hotel, 3.00pm - 5.30pm
Ahad 20hb Februari, Seremban, Klana Resort, 3.00pm - 5.30pm
Sabtu 26hb Februari, Kuala Lumpur, Vistana Hotel, 10.00am - 12.30pm
Ahad 27hb Februari, Ipoh, Heritage Hotel, 3.00pm - 5.30pm
Penyertaan untuk setiap lokasi adalah eksklusif kepada 100 penyertaan percuma sahaja. Bagi anda yang berada di lokasi-lokasi di atas, sila lakukan tempahan cepat sebelum tempat dipenuhi.
Topik yang saya akan sampaikan:
- Produk dan perkhidmatan paling laris dan terbaik untuk dijual pada tahun 2011!
- 4 langkah bagaimana anda boleh memulakan perniagaan Internet dari rumah anda!
- Kaedah mempromosikan perniagaan Internet anda secara murah dan paling efektif!
Juga akan disampaikan info mengenai Revolusi Perniagaan Internet.
Bagi yang berminat, sila lakukan pendaftaran percuma di sini.
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [8] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Online seminar *terbaru* Irfan Khairi “Cara bersaing!” Khamis ini - percuma!Revolusi Perniagaan Internet - a great 2 days event!Kerjasama Irfan Khairi & MynicLagu tema Revolusi Perniagaan Internet
Mon 7 Feb 2011
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[12] Comments
Untuk jadi kreatif, fikir seperti kanak2. kanak2 tidak meletakkan had dalam fikiran mereka. kita yang dewasa akan selalu fikir- boleh ke berjaya? nanti apa orang kata kalau kita berjaya? kalau buat camni boleh tak? Kanak2 tidak meletakkan had, sebab tu kanak2 kreatif!
Hargai diri kita sendiri. Bila kita menghargai diri, kita akan dapat melihat potensi diri kita. Yakin bahawa we are great and can do great things with great results. Keyakinan dalam diri sendiri adalah kunci utama kejayaan!
Bila ada yang tidak menyokong usaha kita untuk berjaya, berbanyak bersabar. tambahan lagi mereka yang rapat dengan kita. sekiranya anda ada kenalan, ahli keluarga, suami atau isteri yang berusaha untuk berjaya- berikan sokongan yang terhebat sekali. ianya adalah pemberian yang tidak ternilai! rezeki pastinya berganda dengan sokongan orang tersayang.
Have fun! senyum selalu! tak perlu lah serious sangat dalam hidup. bila kita gembira & berseronok melakukan apa yang kita suka, insyaallah rezeki akan berganda datang kepada kita
Ada kalanya, terdapat kata2 negatif orang lain diberikan pada kita. apa anda perlu buat? buat tak tau sahaja… TAKDE MAKNANYA. apa yang penting, jangan sampai kata2 negatif itu memasuki diri kita sendiri sehingga kita percayakannya dan mula ragu2 kebolehan sendiri!
Join me di Facebook http://www.facebook.com/irfankhairi.fb dan ‘Share’ artikel ini di facebook anda!
-ik
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [12] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Akaun “TIPU” Irfan Khairi di Facebook5 pesanan saya di Facebook5 tip motivasi dari Facebook Irfan KhairiIrfan Khairi on Selling Service On The Internet @ BFM89.9fm