March 2011
Monthly Archive
Mon 28 Mar 2011
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[25] Comments
Innovative bermaksud mengubah sesuatu yang sedia ada menjadi baru. Kreatif pula bermaksud mencipta sesuatu yang baru.
Kebanyakan perniagaan yang berjaya dalam era ini adalah perniagaan yang inovatif oleh kerana terlalu banyak perniagaan yang sedia ada di pasaran. Dulu-dulu, perlu kreatif ketika persaingan adalah kurang.
Rahsia untuk menjadi innovative, senang sahaja. Iaitu, hanya ubah 10% sahaja daripada “original’. Tidak perlu ubah terlalu banyak.
Perniagaan yang berjaya ketika ini adalah mereka yang hanya mengubah 10% sahaja dari model asal. Contoh:
- Model asal adalah kedai gunting rambut biasa. Model inovatif adalah kedai gunting rambut pantas 15 minit (contoh: X-Cut)
- Model asal adalah kedai kopi. Model inovatif adalah kedai kopi berprestij (contoh: Starbucks)
- Model asal adalah menjual tudung. Model inovatif adalah menjual tudung yang berharga tinggi (contoh: tudung Ariani)
Mengubah terlalu banyak sesuatu model perniagaan akan mengelirukan pengguna- dan menyukarkan promosi anda. Mengubah sedikit sahaja (10%), tidak akan mengelirukan pengguna oleh kerana pengguna agak biasa/familiar dengan model asal.
Bila anda melakukan perniagaan, tidak kira perniagaan Internet atau bukan Internet, fikirkan bagaimana anda boleh bezakan diri anda dan pesaing dengan hanya 10%!
Pengumuman: Hanya beberapa hari sahaja lagi untuk Revolusi Perniagaan Internet pada 2hb dan 3hb April! Ingin tahu bagaimana hendak jadi inovatif dalam perniagaan Internet, sertai Revolusi Perniagaan Internet di sini.
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [25] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Hargai otak kita - ubah suara dalaman5 Tip perniagaan 2009 (ketika ekonomi down)Up to date & trendyKerja susah vs kerja mudah
Wed 23 Mar 2011
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[39] Comments
Masa saya sekolah dulu, seperti ramai remaja, kita minat dengan celebrity barat. Salah satu sebab utama saya memulakan perjalanan saya untuk mengejar kejayaan adalah inspirasi yang saya terima melalui bintang-bintang ini.
Bila menyelidik latar belakang celebrity yang terkenal, amat menakjubkan apabila mendapati…
- Brad Pitt pernah menjadi penghantar peti sejuk
- Jim Carrey pernah menjadi janitor
- Jerry Seinfeld pernah menjadi jurujual mentol
- Robbin Williams pernah menjual ais krim
- Denzel Washington pernah menjadi tukang membawa sampah (garbage man)
- Mariah Carrey pernah bekerja sebagai peneliti topi (cek topi rosak atau tidak sebelum dijual)
- Jack Nicholson pernah bekerja sebagai membahagi/megurus surat
- Ashton Kutcher pernah bekerja sebagai pencuci lantai (eh… macam saya je!)
Mudah-mudahan remaja zaman kini melihat idola-idola stars bukan sekadar mereka handsome atau cantik atau pandai berlakon, tetapi, mereka telah berusaha daripada bawah sehingga menjadi bintang yang kita kenali pada hari ini.
Tiada siapa yang dilahirkan terus menjadi bintang!
ps: Mungkin sebab saya minat bintang-bintang hollywood masa kecil dulu, secara tidak langsung (sub-concious) membawa diri saya ke arah media & penyiaran. hmmm?
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [39] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Cita-cita setinggi bintangThinking BIGPengumuman: Cara Promosi Versi 1.1 (baru)Irfan Khairi 20 tahun dulu…
Mon 14 Mar 2011
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[20] Comments
Pantas! Itulah kuncinya…
Untuk mencapai kejayaan dengan cepat, anda perlu lakukan sesuatu dengan pantas. Itulah yang dinamakan undang-undang “sebab dan kejadian”. Disebabkan sesuatu kerja itu dimulakan dengan cepat, maka, hasilnya juga akan terima dengan cepat.
Ramai yang tertanya-tanya, apakah rahsianya untuk mencapai kejayaan pada usia muda? Apakah rahsianya untuk mengumpulkan wang yang banyak pada usia muda?
Jawapannya adalah amat mudah. Mulakan dengan pantas! Mulakan proses anda mencapai matlamat anda dengan pantas dan mulakan proses mengumpul kewangan anda dengan cepat.
Satu pengajaran yang boleh kita ambil dari tycoon perniagaan billionaire British terkenal, Sir Richard Branson, pengasas Virgin companies adalah beliau melakukan segalanya dengan pantas.
Menurut biografi Richard Branson, bermula pertama kali perbincangan untuk membina syarikat penerbangan Virgin Airlines, Syarikat tersebut memulakan penerbangan pertamanya 5 bulan kemudian! Wah, betapa pantasnya seorang billionaire melakukan kerja.
Melakukan kerja dengan pantas adalah kunci untuk memulakan momentum motivasi. Bayangkan acara lumba lari pecut apabila semua atlit pecut berbaris di garisan mula. “Ke garisan… sedia… MULA!” kesemua pelari tersebut bermula dengan deras!
Ingat tak ketika sukan olimpik, adakalanya terdapat “foul start” dan pengadil terpaksa menghentikan perlumbaan sejurus selepas bermula. Perasan tak, ramai pelari akan terus berlari dan ada yang sehingga ¼ jalan pun, masih lagi berlari oleh kerana permulaan yang pantas memberi momentum yang pantas. Ianya sukar untuk berhenti dengan tiba-tiba!
Begitulah juga dengan motivasi diri. Sekiranya anda mempunyai idea untuk memulakan perniagaan, MULAKAN SEGERA perniagaan tersebut! Sekiranya anda ingin mula merancang kewangan anda, MULAKAN SEGERA dengan membuka akaun simpanan baru! Sekiranya anda ingin mempelajari ilmu baru, MULAKAN SEGERA ke kedai buku dan dapatkan buku yang berkaitan dengan ilmu tersebut.
Pembunuh kejayaan adalah “membuang masa” atau procrastination. Dengan memulakan sesuatu dengan pantas, anda membunh pembunuh ini. Momenntum akan dibina dan ia akan menjadi sukar untuk anda hentikan diri anda sendiri!
PS: Sertai saya di Revolusi Perniagaan Internet, pada 2hb & 3hb April ini dan pelajari kaedah menjana pendapatan melalui Internet dengan pantas!
Lawati http://www.irfankhairilive.com
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [20] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Perniagaan dan motivasi yang pantasBelajar untuk “lepaskan” dalam perniagaanDi mana nilai diri anda tertinggi?Zaman teknologi… masih terkejar masa
Tue 8 Mar 2011
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[10] Comments
Baru-baru ni, saya lalu pusat membeli belah Ikano Power Center di Damansara Perdana, dan perasan mereka sedang tukar nama shopping center tu kepada “IPC”. Personally saya lagi suka kalau ia ditukarkan kepada “Ikano” sahaja… baru bunyi imported 
Teringat pula saya kepada perniagaan-perniagaan yang kita kenali dulu, yang kemudiannya, mungkin akibat penjenamaan semula (rebranding), menukar nama….
Paling saya ingat adalah ubat gigi DARKIE… yang kemudiannya jadi DARLIE
OIL OF ULAN, menjadi OIL OF OLAY kini…
Adakalanya kita perlu melakukan penjenamaan semula produk kita. Namun, ianya bukan perkara yang mudah kerana ia mengakibatkan persepsi pelanggan dan juga bakal pelanggan anda yang telah lama menanam jenama asal dalam minda mereka.
Sebaliknya pula, penjenamaan semula adalah peluang untuk promosi kan produk kita dan memberi tanggapan produk ‘baru’.
Apa lagi produk-produk yang kita kenali yang telah bertukar nama?
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [10] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Nama Perniagaan AndaCara mudah dalam membina jenama perniagaan andaAda apa pada nama?Siapa nama dia?
Fri 4 Mar 2011
Posted by Irfan Khairi under
Tip Motivasi[44] Comments
Tip kali ini lain sikit… iaitu untuk jaga kesihatan. Untuk mengingatkan anda dan diri saya sendiri juga.
Perasan tak kalau kita tengok TV documentary mat salleh, ramai jutawan-jutawan barat dikalangan mereka yang berumur. Namun, walaupun berumur, masih lagi kuat dan sihat melancong, ke sana kemari, naik sports car, bawak yatch dan sebagainya.
Cara pemakanan & lifestyle orang barat secara langsung mempengaruhi kesihatan mereka. Berbeza dengan masyarakat kita- perlu lebih berhati-hati dengan kesihatan.
Nanti, kalau rezeki menyebelahi kita, ada duit banyak, tetapi kesihatan tidak menentu (keluar masuk hospital), tak dapat kita “enjoy” pulangan dari usaha kita selama ini!
Pesanan khidmat masyarakat ini ditaja oleh Irfan Khairi Sdn Bhd
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [44] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Kekayaan vs KesihatanPemakanan sihat menjaga kewangan dan motivasiJadikan diri sebagai duta perniagaanPsikologi membuat jualan dalam perniagaan