May 2011


Tadi di KLfm, siri mingguan saya (jangan lupa dengar KLfm setiap selasa 7.30 pagi!) bersama DJ Zilfit3, saya menjemput Ingin menjemput pendengar KLfm dan juga pembaca blog/fb saya untuk sertai preview “2 dalam 1 Revolusi Media Sosial” yang akan diadakan pada…

Rabu 1hb Jun 2011
8.00 mlm - 10.30 mlm
Tingkat 5, Cititel Hotel, Midvalley
Masuk: PERCUMA ditaja oleh DIGI

Di mini seminar ini, saya akan kongsikan:

  • Kaedah memilih produk terbaik untuk dijual di Internet
  • 2 Cara Memulakan perniagaan melalui Internet (menggunakan modal dan tanpa modal)
  • Strategi promosikan perniagaan Internet menggunakan media sosial (seperti FB!)

Juga akan ada offer/diskaun bagi mereka yang ingin menyertai acara REVOLUSI yang akan diadakan pada bulan Oktober 2011.

50 pendaftaran terawal akan menerima DVD percuma saya bernilai RM89.90 cara menjalankan perniagaan melalui Internet. Oleh itu, anda tidak akan pulang dengan tangan kosong ;)

Untuk menempah tempat anda, sila hantarkan SMS kepada 017-3935364 dengan maklumlat berikut:

2DALAM1, (NAMA) ,(JUMLAH PESERTA), (ALAMAT EMAIL)

Kami akan hubungi anda sejurus mendapat SMS tempahan anda!

ps: Preview 2 dalam 1 juga akan memuatkan preview Konvensyen usahawan “Dari Kosong Sampai Jutawan” yang disampaikan oleh En Jefri daripada Peoplelogy Business Community.

Pendapat Anda? [4] Comments

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Lagu tema Revolusi Perniagaan Internet
  • Talk PERCUMA “Perniagaan Internet bersama IK” di Cititel, Midvalley 4hb June
  • Talk IK PENUH!
  • Perniagaan & tanggungjawab sosial

  • Rekacipta logo memainkan peranan yang penting dalam perniagaan. Simbol yang kecil yang diberi nama ‘logo’ boleh memberi impak yang besar pada perniagaan. Lihat sahaja jenama-jenama terkenal di dunia, semuanya mempunyai logo. Tanpa logo, tiada lah jenama.

    logos.jpg

    Berikut adalah 3 tip rekacipta logo untuk perniagaan anda

    • Pastikan rekacipta logo anda adalah profesional. Logo yang tidak profesional akan memberi tanggapan tidak profesional kepada perniagaan anda. Logo merupakan hubungan pertama antara pelanggan dan jenama anda.
    • Rekacipta logo perlu mudah dan tidak terlalu kompleks. Sekali lagi, fikirkan logo-logo yang terkenal, kesemuanya mempunyai ciri rekacipta dan bentuk yang mudah (simple)
    • Hadkan warna untuk logo ciptaan anda. Logo-logo popular kebanyakannya hanya menggunakan 2-3 warna sahaja. Ini memudahkan orang mengingati logo tersebut.

    Simbol yang kecil, tetapi memberi impak yan gbesar kepada apa sahaja perniagaan. Pastikan anda mempunyai LOGO untuk perniagaan atau perkhidmatan anda, tak kira walaupun anda one-man-show ;)

    Ingat, syarikat gergasi HP yang mempunyai logo mudah, hanya bermula sebagai one-man-show ;)

    Pendapat Anda? [14] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Logo perniagaan anda
  • Logo perniagaan anda… ada ke takde?
  • Logo perniagaan yang memberi kesan emosi
  • Warnai Perniagaan Anda

  • Menjadi popular tidak semestinya untuk industri hiburan sahaja. Perniagaan juga perlu menjadi popular untuk menarik pelanggan yang ramai. Pendek kata, lagi popular sesuatu perniagaan, lagi mudah menarik pelanggan- seperti industri hiburan!

    popularity.jpg

    Untuk menetahui cara menjadi popular, “MASA” memainkan peranan yang penting- terutamanya untuk jadi popular di Internet. Sememangnya sering kita dengar kisah-kisah “over-night sensation” (popular dalam masa singkat), namun, kisah-kisah sebegini tidak banyak dan hanya terjadi sekali sekala sahaja.

    Dengan menggunakan elemen “Masa”, kita dapat membina populariti perniagaan dan juga jenama kita. Jangan fikirkan menjadi popular dengan cepat oleh kerana cara yang lebih ideal dan terjamin untuk jangka panjang adalah membina populariti secara perlahan.

    Lihat contoh-contoh di bawah:

    • Justin Beiber popular sedunia hari ini meletakkan klipnya di YouTube sejak 2007!
    • Ana Rafali pemenang Juara lagu kini telah menggunakan Youtube sejak 2006!
    • Saya juga mendapat populariti bukan secara mendadak, tetapi telah menulis blog sejak 2006!

    Untuk membina jenama perniagaan kita, fikirkan elemen masa. Mulakan awal. Jangan bertangguh-tangguh oleh kerana lagi anda bertangguh, lagi lambat elemen masa akan membantu populariti perniagaan dan jenama anda. Mulakan sekarang dan biarkan masa membantu populariti perniagaan anda!

    Pendapat Anda? [14] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Penjaga zoo popular maut- tip hari ini!
  • Personaliti dalam perniagaan
  • Bagaimana hendak menjadi popular?
  • Bila kelemahan menjadi kekuatan

  • Ramai yang masih baru membina laman web perniagaan pada mulanya akan ghairah dalam meletakkan iklan-iklan (kebanyakannya iklan dari affiliate) dengan harapan, lagi banyak iklan, lagi mudah ianya akan di klik dan dapat komisyen.

    Masalahnya, apabila terlalu banyak iklan di laman anda, laman menjadi tidak profesional. Iklan juga menjadi tidak fokus dan ia mengakibatkan tiada siapa yang klik!

    Sebaiknya, hadkan bilangan iklan di laman anda mengikut jumlah (mungkin 2-3 iklan sahaja) ataupun industri (fokus kepada 1 industri sahaja). Untuk memaksimakan pulangan daripada iklan-iklan affiliate, kuncinya adalah untuk meletakkan iklan yang berkaitan dengan laman anda sahaja, dan berikan fokus kepada iklan tersebut, seperti testimonial peribadi ataupun artikel khas mengenai sesuatu perniagaan itu.

    Terlalu banyak iklan di sesebuah laman web akan mengurangkan keberkesanan iklan tersebut.

    Sebagai pengiklan pula, a good tip adalah untuk iklan di tempat yang tidak banyak iklan disiarkan untuk memaksimakan klik! :)

    Pendapat Anda? [32] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Iklan menjadi tidak efektif apabila…
  • Iklankan informasi dalam perniagaan
  • Pengiklanan perniagaan Internet makin kurang efektif
  • Cara paling efektif dalam pengiklanan

  •