June 2011
Monthly Archive
Wed 29 Jun 2011
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[9] Comments
Baru-baru ni, penangan iPad2 melanda. Rasanya macam baru je iPad keluar, dah ada iPad 2
Anyway, beberapa hari lepas, ketika mengendalikan Fahrin Ahmad vs Irfan Khairi (www.FAvsIK.com) di KLCC, pagi-pagi lagi dah ada queue panjang di hadapan kedai “Machines” (Kedai Mac/Apple Computers). Memang panjang kerana peminat-peminat iPad2 sedang beratur untuk menjadi orang-orang terawal memiliki iPad2.
Itulah penangan iPad2 dan Steve Jobs! Melahirkan kelompok besar peminat-peminat iPad yang sanggup beratur sebelum kedai buka lagi untuk mendapatkan produknya!
Apa yang terjadi di sini?
Apple telah berjaya menghasilkan produk yang mempunyai penyokong setia. Penyokong yang bangga dengan produk dan perkhidmatan yang diberikan. Penyokong yang akan bermati-matian melindungi produk dan perkhidmatan tersebut. Penulis pemasaran terkenal Guy Kawasaki (juga x-Apple) menamakan kumpulan penyokong ini sebagai ‘evengelist’.
Bina penyokong-penyokong setia untuk produk dan perkhidmatan anda. Apabila anda mempunyai penyokong setia, merekalah yang akan membantu dalam promosikan produk dan perkhidmatan anda.
Membina penyokong setia adalah satu kemestian pada ketika ini untuk memastikan perniagaan kita akan berterusan oleh kerana pesaingan dan iklan-iklan pesaing yang TERLALU banyak ketika ini!
PS: Saya amat menghargai penyokong2 setia saya sejak 2006 lagi! TQ so much all!
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [9] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Terima Kasih, Thank You & Shukran!Selamat Hari Raya Aidiladha - pengorbananSelamat berpuasa!Hebat dalam industri tidak semestinya hebat berniaga
Tue 21 Jun 2011
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[7] Comments
Salam!
Sibuk sejak dua menjak ni dengan pelbagai aktiviti, acara dan kerjasama IKSB. Suka saya update 3 perkara yang amat-amat menarik
- Perkara #1 - Prelude Revolusi: Formula Facebook
Bagi anda yang ingin tahu menjalankan perniagaan melalui Facebook, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan menjemput anda untuk ke acara 100% percuma (ditaja sepenuhnya) “Prelude Revolusi: Formula Facebook” yang akan diadakan pada hari Khamis (malam Jumaat ini).Ini adalah kali ketiga dan terakhir Formula Facebook akan di kendalikan di Kuala Lumpur. Lebih 400 peserta telah mendapat manfaat daripada Prelude Revolusi ini. Sekiranya anda menjalankan perniagaan, atau mahu memulakan perniagaan, atau menjalankan perkhidmatan dan ingin menggandakan jualan dan juga prospek anda, sertai Formula Facebook, untuk ketahui teknik dan strategi menggunakan Facebook dalam menambahkan keuntungan perniagaan anda. Bukan cara tagging-tagging!
Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakamkan. Ohw ya… pelakon Fahrin Ahmad juga turut serta untuk memeriahkan lagi majlis sempena FA vs IK. Bagi anda yang berminat untuk sertai Formula Facebook secara PERCUMA, klik di sini untuk daftar.
- Perkara #2: Fahrin Ahmad vs Irfan Khairi
Terlanjur saya sebutkan Fahrin Ahmad, pada hari Sabtu 25hb Jun ini akan diadakan satu pertemuan, pertembungan, perbalahan? Fahrin Ahmad vs Irfan Khairi. hehehe… jangan risau, kami tak bergaduh. Kalau bergaduh, gerenti saya kalah…FA vs IK adalah satu acara motivasi, kewangan dan perniagaan di mana dua idea dan konsep bertembung dalam mencapai kejayaan diri, dari segi kerier, perniagaan dan juga kewangan. Saya akan kongsikan teknik-teknik kejayaan perniagaan dan kewangan, manakala Fahrin akan akan kongsikan kaedah-kaedah menjenamakan diri dan komunikasi. Kesemua ini adalah penting dalam kejayaan apa sahaja.Apa yang menariknya, ia akan dijalankan cara penuh santai, menghiburkan di TGV Suria KLCC. Ya, kami sewa satu panggung TGV untuk mengendalikan sesi ini dan jualan tiket sungguh panas ketika ini!
Sekiranya anda bebas pada hari Sabtu ini dan ingin memeriahkan lagi majlis FA vs IK, sertai kami. Tiket murah sahaja, RM60. Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, lawati http://www.FAvsIK.com. Jumpa di sana!
- Perkara #3: Kerjasama Irfan Khairi dan MYNIC
Satu lagi berita terkini yang ingin saya sampaikan adalah baru-baru ini saya telah menjalinkan kolaborasi bersama MYNIC untuk memperluaskan lagi industri Internet Malaysia. Sokongan saya sepenuhnya untuk MYNIC!
Akan diadakan tidak lama lagi adalah .MY DAY 2011. Mulai hari ini, saya akan mula berkempen untuk penggunaan domain name .my (.com.my, .net.my, .org.my, .my dan lain-lain)- iaitu domain name khas untuk Malaysia. Banyak manfaatnya
Saya pun akan tambahkan penggunaan .my untuk perniagaan-perniagaan Internet saya.
Saya juga ingin jemput anda memeriahkan lagi .MY DAY bermula 29hb Jun ini. Untuk maklumat lanjut, klik di sini. Akan terdapat juga sesi perniagaan Internet bersama saya.
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [7] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Irfan Khairi on Selling Service On The Internet @ BFM89.9fmIrfan Khairi on Selling Information Online @ BFM89.9fmPodcast: Irfan Khairi @ BFM89.9IK Podcast @ BFM89.9fm
Sun 5 Jun 2011
Oleh kerana ekonomi down, ramai yang terlibat dalam bidang perkhidmatan (insurans, MLM, kewangan, hartanah, takaful, mutual funds dan sebagainya) semakin sukar mencari pelanggan. Oleh itu, minggu ini, saya ingin kongsikan sedikit mengenai cara mendapat Pelanggan Tanpa Had- ketika ekonomi down.
Hari ini sedikit tip untuk mendapat network yang ramai.
Kita sedia ketahui, dalam perniagaan perkhidmatan terutamanya, networking memang penting. Istilah yang selalu sangat digunakan adalah “If you are not networking, you are not working!”
Menurut buku Love is the Killer App: How to win Business oleh Tim Sanders, beliau menyebut untuk “mencintai” network kita. Maksudnya untuk benar-benar ingin membantu dan melihat orang lain berkembang. Dan bukannya semata-mata menggunakan network untuk kepentingan sendiri sahaja.
Dalam mendapat network yang berkualiti, 3 perkara penting perlu anda miliki:
- Perlu berlimu
Untuk mendapatkan network yang baik, anda perlu emnunjukkan anda seorang yang berilmu. Anda perlu banyak membaca buku dalam bidang anda sendiri. Sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari berkenaan dengan industri anda. Ilmu ini dapat dikongsikan dengan network anda.
- Perlu menambahkan jaringan
Cari peluang untuk ke majlis atau network gathering. Lebih ramai orang anda jumpa, lebih banyak peluang network anda boleh dapat. Satu peringatan di sini adalah, di sesuatu majlis, jangan terlalu sibuk berpindah-pindah tempat dan mengedarkan kad bisnes anda. Fikirkan KUALITI hubungan yang anda boleh jalinkan, dan bukan sekadar KUANTITI.
- Perlu punyai perasaan tolong menolong
Utamakan network anda dan bukan agenda anda terlebih dahulu. Lebih banyak bertanya dan mendengar daripada anda sahaja yang bercerita. Sebolehnya, bantu network anda tidak kira bidang apa pun, sebagai contoh, sekiranya network yang anda kenali seorang pemilik perniagaan cetakan, selepas berjumpa dan kenal, cuba dapatkan pelanggan cetakan untuknya. Anda tidak akan rugi apa-apa. Malahan, dengan mengutamakan agenda network anda, pastinya memberi kesan hubungan jangka panjang untuk anda!
Jadi, untuk memudahkan anda melakukan network, ingat 3 perkara itu: Ilmu + Tambah jaringan + Tolong menolong = Network yang berkualiti!
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [43] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Networking- kualiti, bukan kuantitiNetwork berguna vs Network kurang bergunaTip Satu Minit NetworkPerniagaan produk berkualiti pun PASTI akan GAGAL