July 2011


ibiz.jpgSaya telah menjalankan perniagaan Internet selama 11 tahun masuk tahun ni… dan ini antara mengapa saya rasa perniagaan Internet best! (Tidak mengikut apa2 tututan) ;)

  • Internet membolehkan kita melakukan promosi perniagaan kepada beribu orang tanpa kos yang mahal berbanding akhbar, tv, radio, majalah dan sebagainya ;)
  • Internet membolehkan usahawan memberi seberapa banyak maklumat dalam pelbagai format kepada pelanggan dan bakal pelanggan seperti gambar, teks, video, bunyi, animasi berbanding dengan media cetak, pada kos yang rendah. Sering kali percuma seperti FB, Youtube dan blog ini.
  • Sasaran pasaran yang ambil perhatian, kerana mereka yang memilih untuk membaca, melihat, mendapatkan maklumat daripada kita…
  • Perniagaan online yang kecil boleh bersaing dengan perniagaan besar secara offline. Keduanya bersaing pada tahap yang sama kini. Perniagaan online milik satu orang boleh bersaing dengan syarikat yang miliki berpuluh atau beratus pekerja!
  • Boleh mendapat sasaran yang paling tepat oleh kerana di Internet terdapat komuniti-komuniti pelbagai industri.
  • Perniagaan Internet adalah fleksibel, boleh dijalankan dimana sahaja pada bila-bila masa. Asalkan ada hubungan Internet… kini guna telefon bimbit pun boleh menguruskan perniagaan ;)
  • Perniagaan Internet boleh mendapat pelanggan dari serata dunia pada kos yang terlalu rendah!
  • Dan yang paling best sekali, perniagaan Internet boleh dijalankan dari rumah bersama keluarga tercinta! ;) My favourite!

Semoga anda juga akan mencuba perniagaan Internet, atau setidaknya, gunakan medium Internet untuk melariskan lagi apa sahaja perniagaan anda online atau offline! ;)

Pendapat Anda? [20] Comments

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Kenapa hendak jadi jutawan?
  • Segan letak harga!
  • IK Podcast @ BFM89.9fm
  • IK bawak kereta apa?

  • Selalu saya ke klinik, hospital, pejabat doktor, pastinya di bilik doktor specialist tersebut berbagai-bagai sijil didalam frame. Sijil-sijil pencapaian/penddikan tersebut adalah untuk berikan keyakinan kepada pesakit/pelanggan (doktor juga buat bisnes ya) doktor tersebut.

    Selain daripada itu, sijil-sijil yang dalam frame juga membantu menaikkan semangat dan motivasi doktor tersebut atas pencapaiannya sebelum ini!

     certwall.jpg

    Satu teknik motivasi adalah dengan kita mengingatkan kembali pencapaian-pencapaian kita sebelum ini. Apa yang kita boleh buat adalah, framekan sijil-sijil pencapaian kita dan letak di dinding tempat kita boleh lihat. Atau sediakan rak untuk letakkan pingat atau pemberian penghargaan kita.

    Tak kira la, tak semestinya sijil pendidikan dan pencapaian yang tinggi sahaja. Kalau dulu-dulu kita menang pertandingan lumba lari… mewarna… tulisan khat, atau apa sahaja pencapaian mengikut peringkat umur kita, ia boleh dijadikan pembakar semangat bahawa satu masa dulu, kita pun boleh mencapainya. Why not now?

    ps: Teknik ini jga boleh digunakan untuk gambar-gambar pencapaian kita atau apa sahaja sebagai peringatan yang kita pernah mengalaminya! ;)

    Pendapat Anda? [17] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Siapa yang mengkritik?
  • Mesej daripada saya…
  • “Trigger” kepada motivasi diri
  • Hangat-hangat tahi ayam..

  •