Bila kita masuk pusat membeli belah, berbagai-bagai psikologi perniagaan digunakan untuk menarik pembeli. Dari harga, muzik yang dimainkan, lokasi produk telah dirancang dengan rapi untuk menarik emosi pembeli untuk membuat belian. Perasan tak anda antara psikologi perniagaan termasuk…
Produk-produk yang kecil seperti gula-gula, majalah, diletakkan disebelah kanan kaunter bayaran- hanya kerana kebanyakan antara kita cenderung menggunakan tangan kanan. Lokasi produk2 kecil ini di kaunter memudahkan kita membelinya dengan tidak fikir panjang dan terus mencapainya- penambahan belian kecil RM2 dari seorang pelanggan boleh menjadi RM2juta untuk setiap pelanggan di semua cawangan pasaraya!
Muzik-muzik yang dimainkan seringkali muzik berunsur gembira dan popular untuk menaikkan mood pelawat supaya turut bergembira. Bila pelawat gembira, maka lebih mudah dan banyak belian dilakukan! Begitu juga dengan gambar-gambar orang/keluarga gembira digunakan di sekeliling pasaraya- menarik psikologi orang untuk turut gembira.
Harga produk sering kali tidak dibulatkan ke jumlah puluh terdekat supaya nampak murah seperti - RM29.90 dan bukan RM30.00. Ini menggalakkan belian
Apa lagi psikologi perniagaan/pasaraya yang anda perasan? Kongsikan di sini….
Kekayaan atau kesihatan yang penting? Pastinya ramai akan kata, kesihatan lagi penting. Tapi sering kali, kita hanya mengambil berat tentang kesihatan kita apabila kita jatuh sakit. Bila tak sakit, mungkin berbagai aktiviti gaya hidup yang kurang sihat kita amalkan- seperti merokok, makan berlebihan, minum minuman yang manis dan sebagainya. Apabila jatuh sakit, baru lah kita akan tersedar dan pantang untuk menjaga kesihatan.
Menjaga kesihatan harus bermula daripada awal sebelum terlewat. Dengan kesihatan yang terjaga, kita juga dapat menjaga kewangan kita pada kos-kos perubatan yang sering menelan beribu ringgit. Antara cara asas menjaga kesihatan kita:
Jaga pemakanan kita - jangan makan berlebihan, kurangkan garam dan juga gula. Lebihkan buah buahan dan sayur-sayuran. Makanan terbaik adalah makanan organik (tidak diproses).
Bersenam selalu - lakukan senaman dari masa ke semasa. Senaman mudah seperti jogging ataupun berjalan. Bersukan adalah aktiviti sihat yang dapat dilakukan. Tidak minat dengan sukan? lakukan senaman-senaman mudah dari rumah (Turun naik tangga juga bersenam!)
Cukupkan rehat - Tidur sedikit awal setiap hari sekiranya anda rasakan badan penat dan lesu. Apa yang anda perlukan adalah rehat yang secukupnya.
Di pasaran juga terdapat berbagai-bagai produk kesihatan yang dapat menjaga kesihatan kita. Contoh seperti air sarang burung Litness. Klip video kesihatan di bawah di taja oleh Litness, minuman sarang burung plus kolegen.
Minggu lepas saya baru pulang dari bercuti di Australia. Jauh perjalanan luas pandangan. Antara sebab saya suka melancong (selain bercuti dan berehat) adalah mencari idea-idea perniagaan di luar negara. Ketika mencari idea perniagaan di Gold Coast, terdapat beberapa perniagaan yang menarik minat saya. Sekadar berkongsi apa yang bermain dalam fikiran saya, berikut adalah beberapa contoh…
Mini Golf. Rasanya di Malaysia belum ada lagi mini golf course. Padang golf dan driving range yang besar-besar tu memang ada. Tetapi, mini golf ni, adalah seperti taman golf kecil rekreasi untuk seisi keluarga. Bermian golf di taman kecil bersama keluarga adalah sesuatu yang menghiburkan! Satu idea yang menarik untuk di bawa ke Malaysia. Klik di sini untuk laman web mini golf di Australia
Mesin Sewa DVD. Sebabkan saya minat menonton DVD, mata aya terpaku dnegan satu mesin sewa DVD ketika berjalan-jalan di Surfer’s Paradise. Ya, seperti mesin Coca-Cola dan minuman gas di Malaysia, di sini, terdapat Mesin sewa DVD! Pengguna boleh pergi ke mesin tersebut (saiznya lebih kurang sama seperti mesin air berkarbonat), dan memilih DVD yang ingin di pinjam. Apabila selepas menonton, boleh pulangkan kan DVD tersebut di mesin itu. Hmmm… mungkin idea yang baik di Malaysia kerana 1.DVD adalah mahal untuk dibeli 2. Untuk mengelakkan cetak rompak DVD, pilihan menyewa DVD original pada harga yang rendah adalah satu pilihan yang baik! Ingin melihat idea ini? Klik di sini… namanya Oovie.
T-Shirt kelakar. Rasanya di Malaysia sudah ada, tetapi, masih belum meluas- iaitu Baju T yang ditulis jokes atau lawak jenaka. Satu baju T yang saya terbaca adalah “My Friend Went To Gold Coast and all he bought me is this lousy T Shirt”! mungkin saya boleh belikan T Shirt ini untuk kawan-kawan saya di Malaysia nanti… Mungkin juga Baju T kelakar berbahasa Malaysia juga belum meluas lagi di pasaran. Oleh kerana lawak jenaka adalah suatu yang universal, ia merupakan sesuatu yang boleh diterima oleh semua orang. Siapa yang tidak suka ketawa bukan?
Sememangnya jauh perjalanan, luas pandangan. Memang banyak idea-idea perniagaan yang saya dapat di sini dan boleh di bawa ke Malaysia. Mungkin satu hari nanti saya akan kongsikan banyak lagi dengan anda.
Tetapi, dengan zaman yang serba canggih hari ini, tidak semestinya kita ke luar negara. Seperti contoh-contoh saya di atas, ianya boleh didapati melalui Internet! Jangan jadikan alasan sebagai penghalang mencari idea. Hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Idea perniagaan ada di mana-mana… di keliling anda ketika ini, ataupun di Internet!
Alhamdulillah beberapa idea perniagaan yang saya dapat di sana akan di bawa ke Malaysia (bukan yang tersenarai di atas!). Insyaallah dengan sedikit perancangan, saya akan umumkan tak lama lagi
Satu teknik untuk mendapatkan idea perniagaan adalah dengan banyak berdialog dengan diri sendiri… dan orang lain!
Berdailog dengan diri sendiri: Ertinya, bercakap dengan diri sendiri. Berdialog dalam kepala anda. Apabila ternampak sesuatu perniagaan di keliling ada, bercakap dan tanyakan pada diri sendiri soalan-soalan peting berikut:
Apakah kekuatan perniagaan tersebut? Bolehkah saya mulakannya? Apakah kehebatannya jika saya mulakan perniagaan ini? Apakah bezanya perniagaan ini dengan perniagaan yang lain?
Apakah kelemahan perniagaan tersebut? Sekiranya saya mulakan perniagaan ini, apakah pembaikan yang perlu saya lakukan? Bagaimana saya boleh perbaiki kelemahan tersebut supaya boleh menjadi kekuatan?
Apakah peluang-peluang yang ada dalam perniagaan tersebut? Sekiranya saya mulakan perniagaan ini, adakah masih mempunyai peluang setelah dibaiki kelemahan? Bagaimana untuk mendapat peluang yang lebih dalam perniagaan ini- lokasi? pasaran berbeza? harga?
Apakah halangan dalam perniagaan tersebut? Sekiranya saya ingin mulakan perniagaan ini, apakaha halangannya? mungkin dari segi modal, dari segi pesaingan, dari segi lokasi, dan sebagainya.
Senaraikan segala jawapan yang anda dapat ketika berdialog dengan diri sendiri, dan ini adalah analisis awal idea perniagaan anda!
Berdailog dengan orang lain: Selepas menjalankan brainstorming di atas, kini anda bersedia untuk melakukan perbincangan atau mendapat input orang lain. Berkongsi idea dengan orang lain adalah penting oleh kerana anda akan mendapat input dari pelbagai pihak- sama ada positif ataupun negatif. Setidaknya, anda akan dapat tahu sama ada idea yang anda fikirkan adalah bagus, ataupun anda hanya syok sendiri!
Apa pun, nasihat akhir adalah untuk percaya pada diri anda sendiri. Sering terjadi, di mana orang lain tidak suka dan tidak setuju dengan idea perniagaan anda- tetapi, apabila dilakukan perniagaan tersebut mendapat sambutan yang amat hebat! Perniagaan BodyShop, Apple Computers, FedEx dan banyak lagi bermula dengan pelbagai input negatif orang lain… tetapi terbukti menjdi perniagaan yang berjaya sehingga hari ini. Tepuk dada, tanya selera!
Adakalanya kita perlu mengupah diri sendiri untuk memotivasikan diri kita. Tidak semestinya sekiranya mencapai kejayaan besar sahaja kita harus upah diri sendiri, kejayaan kecil juga kita perlu mengupah diri sendiri untuk memberi semangat dan motivasi untuk kita mencapai lebih tinggi.
Apa yang penting adalah upah yang diberikan perlulah dalam kemampuan kita. Jangan pula sebagai contoh, pencapaian kita dalam perniagaan mendapat RM10,000, kita upah diri sehingga RM8,000 atau lebih pula!
Di sini pengurusan kewangan adalah penting. Apabila mencapai target kewangan kita, ketepikan 5-10% untuk tabung ‘hiburan’ kita (setelah diletakkan 10% dalam tabung simpanan!)
Pembahagiannya adalah: 10% Simpanan (jangan di sentuh), 5% hiburan dan bakinya untuk sara diri dan keluarga termasuk derma dan kebajikan!
Tabung hiburan adalah untuk kita mengupah diri kita sendiri. Manakala tabung Simpanan adalah untuk kita simpan wang kita untuk masa depan- jangan di sentuh! Sesekali, kita perlu mengupah diri kita sendiri juga untuk memberi semangat dan motivasi mencapai lebih tinggi!
"Tidak seperti pakar perniagaan Internet yang lain, Irfan Khairi melakukan apa yang diajarnya untuk menjana pendapatan dari rumah. Kaedah berniaga yang ditunjukkan olehnya adalah amat berkesan.
Teknik yang diajarnya telah kami gunakan untuk memberi pulangan berkali-kali ganda melalui laman web kami"
~Azizi Ali Jutawan Penulis terlaris buku-buku kewangan Malaysia #1 termasuk "Lahirnya Seorang Jutawan" & "Jutawan dari Planet Jupiter"
"...Walaupun saya telah membaca buku Irfan, masih banyak saya pelajari dan fahami mengenai perniagaan Internet melalui workshop ini! Kini saya melihat segalanya dengan lebih jelas lagi. Keputusan saya untuk memandu 7 jam dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur untuk turut menyertai adalah keputusan yang amat tepat! Saya BERSEMANGAT! ...dan kini memandang jauh ke masa hadapan yang lebih cerah!"
~Razzi Rahman Usahawan Pelakon & Penyanyi popular 90-an "Rambulan Kesiangan" & "Syakila"
"Penampilan dan persembahan saudara Irfan yang tidak terlalu konservatif dan tidak terlalu teknikal memudahkan workshop ini difahami walaupun peserta bukan yang arif dalam bidang IT...
Dengan 'passion' dan sikap keterbukaan terhadap ilmu dan pendekatan yang baru, sesiapa pun boleh berjaya"
~Manan Ngah S.M.T, A.M.T, P.P.N Ahli muzik & Penggubah lagu
"Buku Perniagaan Internet #1 Terlaris di Malaysia!"